Ketiga-tiga anak Pak Saidi berlari mendapatkannya selepas
mendengar deringan bunyi loceng basikalnya. Pak Saidi berasa
gembira kerana kepulangannya disambut oleh anak-anaknya yang
sedang berlatih silat di halaman rumah. Adnan melayan ayahnya
dengan membawakan minuman. Selepas itu dia kembali berlatih silat
bersama-sama adiknya. Mereka gemar bermain perang olok-olok dan
biasanya Adnan yang selalu menang kerana sikapnya tidak mahu
mengalah. Adnan juga memperlihatkan sikap kepahlawanan dan
tanggungjawab walau ketika membantunya mahupun ketika bermain.
Permintaan anak-anaknya tidak pernah dikecewakan. Walaupun
sudah dibuatkan keris daripada kayu, Adnan meminta ayahnya
membuat senapang kayu pula.
Bab 4
Adnan menemani ayahnya Pak Saidi ke dusun durian berhampiran
Tanah Perkuburan. Pak Saidi yang mewakafkan sebahagian daripada
tanahnya menjadi Tanah Perkuburan sebab itulah dusun itu
bersebelahan dengan Tanah Perkuburan. Sikap Pak Saidi yang
dermawan menyebabkan orang kampung menyenanginya. Apabila
tiba musim buah-buahan, dia selalu menyedekahkan buah-buahan
kepada penduduk kampung. Pak Saidi menceritakan bahawa asal
usul dia dan ibu Adnan dari Minangkabau, Indonesia. Dia juga
menceritakan bahawa dia pernah membantu Dol Said Pahlawan
Naning menentang British. Hal ini dirahsiakan supaya penduduk
kampung tidak memandang serong. Pak Said menceritakan
bagaimana Dol Said dilayan oleh British dengan baik sedangkan
pengikutnya dibuang ke India. Pak Saidi juga menceritakan
bagaimana British boleh masuk dan menjajah Tanah Melayu. Sejak
itulah orang Melayu menentang penjajahan British bukan melalui
senjata tetapi melalui politik.
Bab 5
Adnan dan adik-adiknya berlatih silat pada waktu siang manakala
pada waktu malam pula Adnan diajar mengaji oleh ayahnya dan ada
kalanya dengan ibunya. Adanan menyatakan hasrat untuk mulai
bersekolah supaya menjadi pandai kelak. Ibunya Milah tidak
bersetuju kalau Adnan bersekolah di sekolah Inggeris tetapi berbeza
dengan pandangan Pak Saidi. Pak Saidi berpendapat belajar di
sekolah Inggeris dapat mempelajari pelbagai ilmu berbanding
sekolah agama ataupun sekolah Melayu. Milah menyatakan
kebimbangan tentang pandangan orang kampung tetapi Pak Saidi
menyatakan bahawa penentangan zaman sekarang bukan lagi
menggunakan senjata tetapi berdasarkan pengetahuan yang
setanding dengan orang Inggeris. Pak Saidi menyatakan hasrat
menyekolahkan anak-anaknya di sekolah Inggeris kepada ketiga-tiga
orang anaknya dan mereka menerimanya dengan senang hati. Milah
juga akhirnya akur dengan kehendak Pak Saidi.
Bab 6
Pak Saidi menghantar Adnan ke sekolah Inggeris. Walaupun ramai
penduduk kampung yang tidak mahu anaknya bersekolah Inggeris
kerana kononnya akan 23 menjadi murtad namun Pak Saidi berfikiran
sebaliknya. Dia ingin anak-anaknya menjadi orang yang berpelajaran.
Setiap pagi, sebelum pergi ke sawah, Pak Saidi mengayuh basikal
menghantar Adnan ke sekolah Inggeris di pekan Sungai Ramal.
Tengah hari dia menjemput anaknya dari sekolah. Syarat memakai
baju baharu, seluar baharu dituruti oleh Pak Saidi. Walaupun sudah
bersekolah di sekolah Inggeris, namun Pak Saidi tetapi mengajar
anak-anaknya mengaji pada waktu malam agar anak-anaknya
mempunyai jati diri yang kukuh dan tidak lupa asal usul dan berharap
anak-anaknya tidak menjadi sepertinya yang miskin. Pak Saidi
menasihati anak-anaknya supaya tidak mempedulikan apa-apa yang
dikatakan oleh orang lain.
Bab 7
Penduduk kampung menjadi gempar apabila mengetahui Pak Saidi
menyekolahkan anaknya di sekolah Inggeris. Ternyata penduduk
kampung tidak bersetuju dan membantah tindakan Pak Saidi. Abu
mencadangkan kepada Tuk Ketua supaya meminta Pak Saidi tidak
menghantar anaknya bersekolah di sekolah Inggeris dan menghalau
mereka sekiranya mereka masih berdegil. Namun, Tuk Ketua
menyatakan bahawa Pak Saidi dan anaknya orang baik sebaliknya
anak Abu yang tidak elok perangai dengan mencuri buah-buahan
penduduk kampung. Abu berasa marah dengan kelakuan anaknya dan
anaknya Nordin menganggap Pak Saidi yang memberitahu Tuk Ketua
akan hal ini. Mereka bercadang hendak mengenakan Pak Saidi.
Bab 8
Karim bertemu Pak Saidi di warung. Selepas menyampaikan wang
Ah Chong hasil jualan getah, Karim menyatakan bahawa Abu telah
menghasut Tuk Ketua supaya mengambil tindakan terhadap Pak
Saidi kerana menghantar anak belajar di sekolah Inggeris. Pak Saidi
tidak mengambil endah tindakan yang akan diambil oleh Abu kerana
dia yakin dia tidak melanggar undang-undang. Karim juga ingin tahu
apa sebabnya Pak Saidi menghantar anak bersekolah di sekolah
Inggeris. Pak Saidi menyatakan bahawa kita harus belajar dari
bangsa yang berjaya supaya anak-anak kita dapat ilmu pengetahuan
yang tinggi. Walaupun dia marah dengan British tetapi dia suka
dengan ilmu yang mereka ada. Pak Saidi menyangkal anak-anak
Karim yang perempuan semuanya tidak mampu untuk Berjaya
sebaliknya di tangan merekalah nanti Negara akan lebih maju. Petang
itu rumah Pak Saidi dikunjungi oleh Tuk Ketua kampung, Lebai Pian
dan Pak Karim serta Isa. Pak Saidi menerangkan tujuan dia
menyekolahkan Adnan di sekolah Inggeris. Guru Melayu yang
mengajar di sekolah itu juga akan membantu memantau anak-anak
mereka. Setelah bertukar-tukar pandangan akhirnya mereka setuju
dengan pendapat Pak Saidi walaupun tidak disenangi oleh Lebai Pian.
Bab 9
Mamat menegur Adnan dan bertanya tentang keseronokan belajar di
sekolah Inggeris. Adnan menyatakan keseronokannya belajar di situ
dan mengajar Mamat beberapa perkataan bahasa Inggeris yang
dipelajari. Mamat menyatakan ayahnya melarang dia belajar di
sekolah Inggeris kerana khuatir dia lupa agama. Adnan menafikan
bahawa dia lupa agama dan tidak berubah walaupun sudah belajar di
sekolah Inggeris apatah lagi malamnya dia tetap belajar mengaji
dengan ayahnya. Mereka berbual-bual dengan Ahmad dan bercerita
tentang cita-cita apabila besar nanti. Adnan yang mahu menjadi
askar supaya dapat mempertahankan Negara dari serangan musuh.
Malamnya, rumah mereka didatangi oleh dua lembaga yang tidak
dikenali. Dengan keberanian Pak Saidi dan Adnan, lembaga itu lari
lintang pukang, walaupun ada seorang yang mengena belutinya.
Rupa-rupanya mereka mengerat tayar basikal milik Pak Saidi. Pak
Saidi mendengar tentang Nordin yang sakit kaki. Dia memberitahu
isterinya mungkin Nordin salah seorang lembaga yang datang pada
malam tempoh hari dan dibaling beluti oleh Adnan. Di sekolah Adnan
mendapat pujian atas sikap hormat dan kerajinan serta pendirian
yang tetap menjadi askar yang dinyatakan kepada Cikgu Anderson.
Bab 10
Adnan akan berkhatan. Adnan resah apatah lagi Tuk Mudim sudah
sampai. Walaupun Tuk Mudim berjenaka tetapi bagi Adnan itu
bukanlah lawak. Rakan-rakan Adnan mengintai dari luar. Adnan
menjadi bersemangat apabila ayahnya berjanji untuk membelikan
basikal baharu apabila dia selesai berkhatan. Adnan bersemangat
dan tidak gentar apabila dikhatankan. Dia tersenyum selepas
dikhatankan. Kira-kira dua minggu kemudian, luka Adnan sembuh.
Pada hari yang dijanjikan ayahnya membawa pulang sebuah basikal
baharu.
Bab 11
Pak Saidi menanya Adnan tentang persekolahannya. Adnan
menyatakan bahawa dia seronok belajar di sekolah tersebut.
Keesokan harinya Cikgu Nazri memulakan perhimpunan pagi dengan
pengumuman tentang Pertandingan Syarahan dalam bahasa Inggeris.
Hanya Adnan yang bersetuju untuk mengambil bahagian sedangkan
rakan-rakannya yang lain tidak berminat kerana syarahan tersebut
dalam bahasa Inggeris. Akhirnya Nizam, Ah Chong dan Ramasamy
serta beberapa orang lain terangsang dengan semangat yang
ditunjukkan oleh Adnan dan turut sama dalam pertandingan tersebut.
Mak Milah bangga dengan semangat Adnan walaupun ditertawakan
oleh rakan-rakannya. Pak Saidi dan Mak Milah memberikan semangat
kepada Adnan dan bertambahlah berkobar-kobar Adnan kerana
mereka berjanji akan hadir pada hari pertandingan tersebut. Akhirnya
Adnan menjadi juara, Ah Chong mendapat tempat kedua manakala
Nizam mendapat tempat ketiga.
Bab 12
Adnan dan rakan-rakan pasukan bola sepak Kampung Sungai Ramal
berjaya mengalahkan pasukan bola sepak dari Kampung Merab.
Kekalahan itu menyebabkan mereka tidak berpuas hati. Mereka
mencadangan perlawanan tinju antara jaguh Kampung Sungai Ramal
dan jaguh Kampung Sungai Merab. Cabaran itu disambut oleh Adnan
yang dicadangkan oleh anak-anak muda kampungnya. Manakala
Budin mewakili Kampung Sungai Merab. Perlawanan yang dirancang
akhirnya berkesudahan dengan hampa apabila Budin dan Adnan
berdamai kerana beranggapan pertandingan tersebut tidak sah
kerana tidak dijalankan mengikut peraturan. Penyokong mereka
tidak berpuas hati dan menyebarkan fitnah bahawa Budin dan Adnan
bertinju dan mencuri rambutan Pak Samaun. Pak Saidi dan Pak Husin
pulang ke rumah setelah mendengar berita tersebut. Setelah ditanya
oleh Pak Saidi, Adnan menyatakan bahawa mereka tidak bertinju dan
tidak mencuri rambutan kerana masih mendengar pesan ayahnya
Bab 13
Selepas menamatkan pengajiannya, Adnan terpilih sebagai guru
pelatih mengajar di sekolah Sungai Ramal. Tetapi Adnan tidak minat
bekerja sebagai guru. Dia bercita-cita menjadi seorang askar. Namun
ketika itu belum ada peluang menjadi askar Melayu. Semenjak kecil
Adnan gemar mendengar cerita kisah pahlawan-pahlawan Melayu.
Dari situ timbulnya semangat untuk menjadi askar Melayu bagi
mempertahankan tanah air. Tambahan pula pada masa itu telah mula
bertiup semangat kebangsaan di kalangan anak-anak muda terutama
dalam kalangan guru-guru.
Bab 14
Tersebar berita mengenai ura-ura penubuhan askar Melayu. Inggeris
akan mengambil anak-anak muda bagi dilatih menjadi askar. Maka
semakin kuat keinginan Adnan hendak menjadi tentera. Pada suatu
hari, Kampung Sungai Ramal dikunjungi oleh beberapa anggota
tentera British yang bertujuan mencari anak-anak muda tempatan
yang berkelayakan untuk diserapkan ke dalam pasukan Askar
Melayu. Beberapa pemuda kampung termasuk Adnan Bin Saidi ingin
memohon tetapi tidak dibenarkan oleh ibunya. Ibunya lebih suka
Adnan terus menjadi guru mendidik anak bangsa. Tetapi Adnan tetap
berkeras ingin menjadi tentera. Ayahnya Pak Saidi, merestui cita-cita
anaknya. Akhirnya ibu Adnan mengalah.
Bab 15
Adnan bersama beberapa orang rakannya, nekad keluar dari
kampung untuk pergi ke kem latihan ketenteraan di Port Dickson.
Mereka pergi Cuma berjalan kaki dan menumpang lori barang dari
Kajang ke Seremban. Dan dari Seremban 26 ke Port Dickson. Mereka
telah diterima menjadi tentera selepas dimaklumkan oleh dua orang
anggota tentera yang datang ke rumahnya.
Bab 16
Setelah melaporkan diri di kem, Adnan dan Mamat terpaksa
menjalani latihan fizikal dan mental bagi melayakkan diri untuk
menjadi seorang tentera. Adnan menunjukkan kesungguhan yang
mendalam semasa menjalani latihan sehingga terpilih rekrut terbaik
dan seterusnya beliau diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu.
Itulah saat yang paling menggembirakan hati Adnan. Setelah selesai
upacara perbarisan, semua rekrut telah dimaklumkan mengenai
perintah pertukaran. Adnan telah diumumkan akan bertukar ke
Singapura manakala Mamat pula ditukar ke Kedah. Semua rekrut
telah dibenarkan bercuti selama seminggu. Berita itu amat
menggembirakan mereka kerana masing-masing terlalu rindukan
pada keluarga yang telah lama ditinggalkan
Bab 17
Kerana kesungguhannya maka dalam waktu yang singkat, Adnan
telah menerima kenaikan pangkat menjadi Sarjan pada tahun 1937.
Pada tahun yang sama beliau turut terpilih menyertai upacara
pertabalan King George VI di London. Tidak lama kemudian, Adnan
dinaikkan pangkat sekali lagi menjadi seorang Leftenan.
Sekembalinya Leftenan Adnan Saidi dari London, dia berkahwin
dengan seorang guru di kampungnya bernama Sophia Pakih Muda
Bab 18
Mahligai perkahwinan Adnan dan Sophia amat bahagia ditambah seri
dengan kehadiran tiga orang anak: dua lelaki, Mokhtar dan Zainudin
dan seorang anak perempuan. Tetapi bayi perempuan itu meninggal
dunia. Pada akhir tahun 1941, Lt. Adnan Saidi ditempatkan di Pasir
Panjang dan membawa keluarganya bersama-sama. Mereka tinggal
di rumah besar di Pasir Panjang, dalam kawasan yang dikhaskan
untuk keluarga Rejimen Askar Melayu. Mereka hidup bahagia.
Bab 19
Apabila berlaku Perang Dunia 11, dan Jepun Jepun bersedia untuk
menjajah Tanah Melayu maka Leftenan Adnan menghantar
keluarganya kembali ke kampung mereka di Kajang. Ini merupakan
masa yang gentir bagi Leftenan Adnan kerana isterinya, Sophia,
sedang mengandungkan anak mereka yang ketiga. Ini merupakan
kali terakhir mereka bersama. Dengan hati yang amat berat Sophia
membawa anak-anaknya pulang ke kampung mereka di Kajang.
Sekembalinya ke Singapura, Adnan mula mengaturkan persiapan.
Askar Melayu dan tentera British bekerjasama membantu penduduk
berpindah. Keadaan di Pasir Panjang sangat sunyi. Sebagai ketua
yang menjaga Pasir Panjang, Adnan sentiasa bersiap sedia dan
berjaga-jaga.
Bab 20
Leftenan Adnan diminta bertugas di Bukit Candu tetapi dalam masa
yang sama Pasir Panjang juga di bawah tanggungjawabnya. Sarjan
Arshad mencadangkan agar mereka mempertahankan satu tempat
sahaja namun kebijaksanaan Adnan menyatakan bahawa British
mahu mempertahankan Bukit Candu juga kerana di sebalik bukit
tersebut ada kilang Candu kepunyaan Inggeris. Mereka pun berkemas
ke Bukit Candu kerana kawasan tersebut kawasan yang pentig. Di
situ ada penduduk kampung yang tidak mahu berpindah. Adnan
memerintahkan supaya dibina kubu. Setelah kubu-kubu siap dibina
melalui gotong-royong. Keesokan harinya bertemankan Sarjan
Hassan, Adnan berjumpa Penghulu Sidek bagi membincangkan
masalah penduduk yang enggan berpindah. Mereka tidak Berjaya
mengajak penduduk kampung berpindah. Apa yang boleh dibuat ialah
memperketat kawalan dan mencadangkan pasukan pengawal
kampung. Adnan gembira apabila mendapat surat daripada isterinya
yang mengatakan bahawa semua ahli keluarganya dalam keadaan
selamat. Sebenarnya askar British, Nepal dan India juga tidak
berminat untuk meneruskan perjuangan. Adnan berpendapat bangsa
Melayulah yang harus mempertahankan tanah air.
Bab 21
Sabtu 6 Disember 1941, berita kemaraan tentera Jepun bertiup
kencang. Menurut Sir Thomas Philips bahawa askar Jepun akan
menyerang Tanah Melayu. Walaupun dijangkakan serangan itu dapat
dipatahkan namun mereka akan mengalami pertempuran yang
sengit. Mereka menjangkakan askar Jepun akan mendarat di
Kelantan dan Singapura. Cadangan Laksamana Thomas C. Hart
mendapat persetujuan ramai. Dengan adanya pesawat peninjau,
dapatlah pihak British mengetahui tahap kekuatan, jumlah tentera,
dan mengesan lokasi mereka. Akhirnya penduduk kampung mulai
mempercayai bahawa Bukit Candu akan diserang dan mereka
bersetuju untuk berpindah. Kalam keadaan yang genting itu, dua
lembaga cuba menceroboh rumah penduduk kampung yang
ditinggalkan. Dengan bantuan pengawal kampung dan askar, kedua-
dua lembaga tersebut Berjaya ditangkap. Rupa-rupanya mereka
hendak mencuri dan salah seorang daripada mereka ialah Samad.
Bab 22
Pagi itu Leftenan Adnan dan pegawai-pegawainya berkumpul di
depan pejabat pangkalan tentera di Bukit Candu. Mengikut jadual ada
pengawai baharu yang akan datang melaporkan diri pada sebelah
pagi dan pegawai tersebut tidak suka ditukarkan ke Bukit Candu.
Akhirnya Kapten Rix datang pada sebelah tengah hari. Setelah sejam
meninjau di udara akhirnya Pegawai Penerbangan Ramshaw
melaporkan ternampak tiga buah kapal di lautan yang dipantainya.
Mereka berpendapat Jepun telah membuat persiapan untuk
berperang. Apabila cuaca kembali reda, malam itu juga pesawat
peninjau melaporkan konvoi Angkatan Tentera Jepun hilang dari
lautan yang sepatutnya. Mereka berpendapat pihak musuh mengalih
laluan. Tentera Britsih mengerahkan semua pasukan berjaga-jaga.
Adnan memberikan taklimat di Bukit Candu dan Pasir Panjang supaya
mempertingkatkan kawalan. Dalam waktu yang sama, Tijah
memerhatikan Sophia yang semakin berubah. Sophia kelihatan
termenung dan gelisah. Sophia begitu bimbang dengan nasib Adnan.
Dia takut kehilangan Adnan.
Bab 23
Penduduk di Tanah Melayu mula berasa cemas dengan berita tentera
Jepun akan menyerang. Namun ada juga yang berasa gembira
kononnya Jepun hendak menghalau penjajah dan memerdekakan
Tanah Melayu. Penduduk kampung Sungai Ramal juga bercerita
mengenai perang. Pak Saidi tetap tidak mahu berlakunya perang.
Namun dia berserah kepada takdir kerana tiga orang anaknya iaitu
Leftenan Adnan dalam askar Melayu, Ahmad dalam angkatan tentera
Laut dalam kapal HMS Pelanduk, dan Amarullah juga dalam askar
Melayu. Pak Saidi bangga kerana ketiga anaknya berada dalam
angkatan tentera. Namun ibunya tetap risau sekiranya berlaku
peperangan. Leftenan Adnan sering mengutus surat kepada adik-
adiknya sambil memberi kata-kata perangsang supaya berjuang
bersungguh-sungguh demi tanah air.
Bab 24
Sejurus selepas tengah malam, tentera Jepun bergerak ke arah
pantai yang dipertahankan oleh pasukan India British yang mengawal
pantai. Pasukan meriam British mula membedil sepanjang kawasan
persisiran pantai dan laut sewaktu telah jelas bahawa tentera Jepun
sudah memulakan pendaratan mereka. Tembakan suar menerangkan
kawasan pendaratan Jepun dan unit Dogra mula menembak ke arah
pesawat pendarat sebaik sahaja pesawat itu diterangi suar. Usaha
pertahanan dilakukan bersungguh-sungguh oleh unit Dogras tetapi
mereka menghadapi tentangan yang sengit. Kubu mesingan (MG) di
pantai digunakan dengan berkesan terhadap tentera Jepun yang
mula mendarat di pantai dan membunuh banyak askar Jepun
termasuk komander batalionnya, 31 Mejar Nakamura, yang
mengetuai orang-orangnya menyerbu kedudukan musuh. Kolonel
Masanobu Tsuji menulis dalam bukunya mengenai Kempen Tanah
Melayu: "Kubu-kubu kecil musuh yang disediakan dengan teliti
bertindak dengan ganas dan sepenuh kekuatan sehinggakan orang-
orang kami terbaring di pantai, separuh dalam air, separuh di pantai,
tidak dapat mengangkat kepala mereka". Tidak sehingga tentera
Jepun memusatkan serangan mereka terhadap dua buah kubu kecil
dan parit pertahanan sokongan yang menguasai kawasan
pendaratan, barulah mereka menguasai tempat mendarat. Dalam
pertempuran secara berhadapan, tentera Jepun berjaya
menumpaskan tentera India British yang bertahan kawasan penting
ini. Semasa pertempuran ini berlaku, gelombang penyerang kedua
tersangkut di pantai terbuka dihujani tembakan meriam British yang
mengakibatkan jumlah korban yang teruk. Bagaimanapun, sebaik
sahaja kubu kecil telah dimusnahkan, pasukan ini mampu bergerak
ke hadapan dan membolosi kedudukan Dogra. Walaupun membuat
serangan balas, kedudukan supai India tidak dapat dipertahankan
lagi dan pasukan pertahanan mula berundur.
Bab 25
Pada 8 Disember 1941, dalam mesyuarat tergempar di Bilik Gerakan
Pangkalan Tentera British di Kota Bharu, Pemerintah Kor, Jeneral
Heath memaklumkan bahawa tinjauan udara di Teluk Siam
mendapati adanya pergerakan besar-besaran tentera Jepun di
Songkhla dan Pattani. Ops Matador dilancarkan oleh Jeneral Heath.
Oleh sebab Jeneral A.E. Percival yang dipertanggungjawabkan
mendapat berita tersebut lewat akhirnya tentera Jepun sudah pun
mendarat di Kota Bharu. Namun tersekat di Sungai Kelantan kerana
ada kubu tentera British di situ. Pertempuran sengit berlaku dan
akhirnya tentera Jepun Berjaya memasuki Kelantan. Pegawai dan
askar yang menjaga Lapangan Terbang Pengkalan Chepa lari ke
Stesen Kereta Api Kuala Krai. Mereka akhirnya membakar Lapangan
Terbang Pengkalan Chepa agar pihak musuh tidak dapat
menggunakannya. Jerangkap samar yang dipasang di Lapangan
Terbang Pengkalan Chepa telah menyebabkan ramai askar Jepun
terbunuh. Akhirnya tentera Jepun berjaya menawan Kelantan. Pada
9 Disember 1941, tentera Jepun menempatkan askarnya di Lapangan
Terbang Pengkalan Chepa. Tentera British menggugurkan bom
seberat 250 paun dan tepat mengenai sasaran kapal pengangkut IJN
Awajisan Maru yang merupakan kapal Jepun pertama yang
ditenggelamkan dalam Perang Dunia Kedua. Tentera membalas
serangan tentera British di Butterworth dan juga di Kuantan., Alor
Setar dan Sungai Petani.
Bab 26
Kelantan, Terengganu, Kedah dan Pulau Pinang telah diserang oleh
tentera Jepun dalam masa yang singkat. Harapan tentera British
ialah tentera laut. Kapal perang kebanggaan British HMS Prince of
Wales dan HMS Repulse 32 meninggalkan Singapura menuju ke
Kelantan. Walau bagaimanapun pergerakan kapal perang itu berjaya
dikesan oleh pihak Jepun. Sepuluh buah pesawat Jepun diarahkan
melakukan serangan kamikaze terhadap dua buah kapal perang
British itu. Akhirnya dua buah kapal perang British berjaya
ditenggelamkan oleh tentera Jepun. Pada 11 Disember 1941, Jeneral
A.E. Percival memerintahkan Regimen Punjab menyekat kemaraan
tentera Jepun di Changlun. Tentera Jepun menggunakan kereta
kebal bagi menyerang tentera Punjab. Pada 12 Disember 1941,
Jeneral Yamashita memerintahkan 85 buah pesawat pengebom
Jepun menyerang pertahanan British di Pulau Pinang. Walau
bagaimanapun mereka tersalah sasar dengan membuat serangan
terhadap kawasan awam. Pada hari yang sama tentera Jepun
bergerak ke Jitra. Tentera Jepun menggunakan kereta kebal dan
bedilan artileri untuk memberikan lalukan kepada tentera infantry
menyerang garisan pertahanan yang dijaga Batalion Punjab dan
Gurkha. Walau bagaimanapun tentera ini dapat ditewaskan. Tangisan
Mak Milah mengejutkan Sophia di dapur. Ahmad anak mereka telah
terkorban di medan perang dan turut tersemadi di dasar laut. Hati
Sophia dirundung kebimbangan memikirkan nasib suaminya.
Bab 27
31 Januari 1942, penduduk Johor Bahru gembar dengan kehadiran
ramai tentera Jepun. Mereka yang tiba dengan berjalan kaki dan
menaiki basikal kelihatan berkeliaran di mana-mana. Akibat tiada
pertahanan yang kukuh di Johor, tentera Jepun Berjaya menawan
satu persatu negeri di Tanah Melayu. Hal ini memberikan tamparan
kepada tentera British yang selama ini dianggap paling kuat di dunia.
Akibat kekalahan itu, Panglima Tertinggi British di Timur Jauh, Sir
Robert Brooke-Popham dilucutkan jawatan dan digantikan oleh
Leftenan Jeneral Sir Henry Pownall. Pada petang 31 Januari 1942,
seluruh Semenanjung Tanah Melayu jatuh ke tangan Jepun. Pasukan
tentera British yang terakhir meninggalkan Tanah Melayu telah
meletupkan Tambak Johor sebagai usaha menyekat kemaraan
Jepun. Samad dijadikan sebagai pengintip tentera Jepun memerhati
gerak tentera British. Hasil dari maklumat Samad, pengintip Jepun
telah melaporkan kepada markas di Kluang. Kapten Rix dan Leftenan
Adnan mengatur persiapan menentang tentera Jepun. Leftenan
Adnan kecewa kerana tentera asing tidak bersungguh-sungguh
mempertahankan Tanah Melayu.
Bab 28
3 Februari 1942, Tentera Jepun telah bersedia untuk melancarkan
serangan. Jeneral Yamashita menghantar 13000 orang tentera
elitnya bagi melakukan pendaratan di bahagian utara Singapura
berhampiran Sarimbun. Jeneral Yamashita mengarahkan supaya
tenteranya memusnahkan tangki-tangki minyak di Pelabuhan Tentera
Laut Singapura. Pasukan artileri Jepun pula menyerang Pangkalan
Udara Tengah di Seletar dan di Sembawang. Markas tentera Jepun
33 dipindahkan ke Istana Bukit Serene di Johor Bahru. Pertempuran
di ruang udara Singapura berlangsung sepanjang hari dari pagi hingga
ke petang. British terpaksa memindahkan kapal terbang Hurricanes
dan Buffaloes yang selamat ke Palembang. Masalah pentadbiran dan
kawalan menyebabkan pertahanan tentera Berikat semakin lemah.
Rejimen Askar Melayu bersungguh-sungguh mempertahankan
kedudukan. Satu-satunya pasukan yang masih bersemangat untuk
bertempur dengan tentera Jepun ialah askar Melayu. Adnan dan
anggotanya tetap akan berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir
walaupun anggota pasukannya tidak ramai tetapi dia percaya hanya
dengan semangat juang yang tinggi mampu memberikan tentangan
sengit kepada musuh. Advertisements
Bab 29
Leftenan Adnan curiga dengan Samad yang lalu-lalang di hadapan
pangkalan. Petang itu Penghulu Deraman daripada pengawal
kampung datang bertemu Leftenan Adnan untuk menyatakan
persediaan mereka bertempur membantu pasukan askar Melayu
menentang tentera Jepun. Dalam perbincangan mereka mengagak
bahawa Samad dan dua orang adalah pengintip Jepun dan
menganggap tali barut seperti Samad tidak harus dibiarkan. Malam
itu Penghulu Deraman Berjaya mengesahkan bahawa Samad adalah
tali barut Jepun. Malam keesokannya mereka Berjaya dikalahkan.
Jeneral Yamashita berang apabila tiga orang pengintipnya mati
ditembak askar Melayu. Berita pertahanan Pasir Panjang diserang
tentera Jepun menambahkan kebimbangan Jeneral A.E. Percival.
Tentera Jepun mengubah taktik serangan dengan menggunakan
kereta kebal. Kemaraan mereka ditentang hebat pasukan askar
Melayu. Setelah beberapa buah kereta kebal Jepun dapat
dimusnahkan, akhirnya tentera Jepun berundur semula ke Jurong.
Askar Melayu diserang oleh tentera Jepun yang marah. Berita itu
menggusarkan Leftenan Adnan. Apatahlah lagi Kapten Rix bagai
membiarkan sahaja askar Melayu mempertahankan Pasir Panjang.
Bab 30
Askar Melayu keletihan sebab tidak cukup tidur dan tidak tentu
makan. Selepas solat Subuh, mereka kembali menjalankan tugas
masing-masing. Suasana hening menjadi gempar apabila dikejutkan
dengan berita tentera Jepun sudah datang. Adnan mengarahkan
anggotanya bersiap sedia. Tentera Jepun menghantar utusan untuk
berunding. Adnan tetap tidak mahu berundur diikuti dengan
pengeboman tentera Jepun dari udara. Pertempuran berlaku antara
kedua-dua pihak. Banyak nyawa yang terkorban. Kompeni C begitu
mempertahankan Bukit Candu. Pertempuran ini memperlihatkan
semangat juang askar Melayu lebih komited dan berani. Namun tidak
berupaya mengalahkan askar Melayu. Hal ini menimbulkan
kemarahan tentera Jepun. 34 Pertempuran berlaku di Pasir Panjang
menyebabkan anggota Leftenan Adnan hendak membantu tetapi
dihalang oleh Adnan. Adnan bimbang Bukit Candu akan diserang.
Tentera Jepun menyamar dengan memakai pakaian tentera Sikh
yang ditawan. Adnan tidak sedap hati kerana dia tidak dimaklumkan
tentang hal itu. Akhirnya Adnan menyerang tentera Jepun yang
menyamar dan menyebabkan tentera Jepun banyak kehilangan
nyawa.
Bab 31
Mejar Kimura bersetuju agar tentera Jepun menggempur askar
Melayu petang tersebut hingga musnah. Dari puncak Bukit Candu,
askar Melayu dapat melihat dengan jelas tentera Jepun sedang mara.
Tentera Jepun yang menyangka pertahanan di Bukit Candu telah
musnah tiba-tiba dihujani dengan tembakan mesingan dari arah bukit.
Tidak lama kemudian kapal terbang Jepun menyerang semula
kedudukan mereka. Ternyata pertahanan askar Melayu di Bukit
Candu masih kukuh. Koperal Senin, Lans Koperal Yusof turut
terkorban. Keadaan semakin genting kerana musuh menyerang dari
pelbagai arah. Kapten Rix cedera parah dan akhirnya meninggal
dunia. Tembakan yang dilepaskan oleh askar Melayu sudah tidak
serancak mula-mula tadi Adnan memerintahkan supaya jangan
berundur dan mengalah. Penghulu Deraman, Deris dan Haji Burhan
berasa sedih kerana tidak dapat membantu Adnan sebagaimana
janjinya.
Bab 32
Pertempuran sengit berlanjutan di Bukit Candu. Semua jenis senjata
digunakan, termasuk bom tangan dan senjata automatik. Lt. Adnan
sendiri mengendalikan senjata mesingan jenis Lewis Gun. Dalam
kebanyakan kes, askar bertempur dalam pertempuran berhadapan
menggunakan bayonet. tetapi, mereka kekal bertahan
mengecewakan pihak musuh. Dalam pertempuran yang berikutnya
pegawai dan tentera mati. Adnan cedera parah tetapi enggan
berundur dan sebaliknya menyuruh orang-orangnya berjuang
sehingga ke titisan darah terakhir. Keberaniannyalah yang
menaikkan semangat juang orang-orangnya untuk bertahan
bersungguh-sungguh. Tentera Jepun yang marah kerana
keberaniannya menentang musuh sehingga ramai yang terkorban
telah berjaya menawan Leftenan Adnan lalu diserkup dengan guni.
Tentera Jepun kemudiannya telah menggantungkan Leftenan Adnan
yang cedera parah itu pada dahan pokok ceri. Kerana meradang
akibat kehilangan ramai rakan, tentera Jepun kemudiannya telah
berbaris panjang kemudian mereka berjalan di bawah pokok ceri itu.
Setiap orang yang lalu di bawah pokok ceri itu telah menikam tubuh
Leftenan Adnan yang tergantung pada pokok tersebut dengan
boyonet. Kejadian itu dilihat oleh Koperal Yaakob.
Bab 33
Dua hari selepas pertempuran di Bukit Candu dan setelah askar
British menyerah kalah, Haji Burhan dan beberapa orang penduduk
kampung yang 35 tinggal berhampiran dengan Bukit Candu telah
memanjat bukit tersebut. Mereka menjumpai sebuah banglo lalu
memasukinya. Di sana terlihat berpuluh mayat askar Melayu
bergelimpangan. Ada yang putus lehernya dan ada pula yang terburai
perutnya akibat tikaman dan tetakan senjata tajam. Mereka juga
terjumpa seorang yang masih hidup lalu merawatnya. Kemudian
Koperal Yaakob pun menceritakan kehebatan askar Melayu
menentang Jepun sehingga ke titisan darah terakhir. Kemudian
penduduk kampung mengumpulkan mayat-mayat askar Melayu lalu
mengebumikannya. Advertisements
Bab 34
Pada suatu hari berpuluh-puluh askar Jepun sampai ke kampung
Sungai Ramal, Kajang. Mereka mencari keluarga Leftenan Adnan.
Tetapi penduduk kampung telah berpakat tidak akan bekerjasama
dengan tentera Jepun. Mereka menyembunyikan keluarga Leftenan
Adnan. Keberanian Leftenan Adnan menjadi pencetus semangat
anak-anak muda bagi menentang tentera Jepun. Ramai yang
menyertai pasukan pembebasan rakyat bagi menentang pendudukan
Jepun di tanah Melayu
Bab 35
Penduduk Pekan Sungai Ramal hidup dalam ketakutan dan
kesusahan di bawah pemerintahan Jepun. Peniaga-peniaga Cina
menutup kedai kerana takut dengan keganasan Jepun. Penduduk
kampung yang menjadi mangsa hidup dengan serba kekurangan.
Rakyat terpaksa memakan ubi, pisang ,dan apa saja yang boleh
menjadi alas perut. Sophia dan anak-anaknya dijaga oleh ayahnya
iaitu Pakih Muda. Sophia diuji lagi dengan kematian anak
perempuannya, Fatimah akibat demam panas. Pada 15 Ogos 1945,
Jepun telah menyerah kalah dan Tanah Melayu diperintah semula
oleh British. Rakyat telah kembali memulakan kehidupan baru
dengan mengerjakan ladang dan sawah sebagai kegiatan harian.
Sophia bekerja di sawah dan menoreh getah untuk menyara anak-
anaknya. Setelah Sekolah Kebangsaan Sungai Ramal dibuka semula,
Sophia telah ditawarkan semula mengajar di sekolah itu. Pada hari
pertama memulakan tugas di sekolah, Sophia telah berkenalan
dengan Ustaz Ridwan dan akhirnya mereka berdua telah berkahwin
menjadi pasangan suami isteri yang bahagia. Selepas empat tahun
berkahwin, mereka telah berpindah ke Melaka. Sophia disahkan
menghidap penyakit leukemia.
KEKUATAN NOVEL
Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa merupakan salah satu novel
yang mempunyai banyak kekuatan dan memberikan banyak manfaat
kepada pembaca. Hal ini dikatakan demikian kerana novel ini
mengisahkan tentang keberanian Leftenan Adnan bin Saidi iaitu
seorang anggota tentera dalam mempertahankan tanah air.
Seterusnya,novel ini dapat memberi inspirasi kepada pembaca
terutamanya anak muda untuk memperjuangkan tanah air dari
dijajah. Selain itu,novel ini juga mempunyai banyak pengajaran iaitu
kita mestilah berani mempertahankan negara daripada penjajah agar
kita dapat hidup dalam keadaan yang aman dan harmoni. Di samping
itu, para pembaca akan lebih menghormati pejuang-pejuang yang
sanggup berkorban demi negara. Akhir sekali, perwatakan watak
utama novel ini meninggalkan kesan yang mendalam dalam kepada
para pembaca.
KEKURANGAN NOVEL
Terdapat beberapa kekurangan yang ada di dalam novel ini iaitu
penulis tidak menceritakan dengan lebih lanjut tentang isteri
Leftenan Adnan sepanjang Leftenan Adnan berperang. Selain itu,
jalan cerita novel ini sangat panjang dan akan menyebabkan para
pembaca berasa tidak tertarik untuk menghabiskan novel.
Seterusnya, novel ini mempunyai banyak fakta yang cepat
membosankan para pembaca. Akhit sekali, penulis juga tidak
menceritak tentang adik Leftenan Adnan, Ahmad iaitu seorang
Angkatan tentera Laut dalam kapal HMS Pelanduk.
PENAMBAHBAIKAN NOVEL
Pada pendapat saya, penulis perlulah mengurangkan bab
ataupun meringkaskan cerita supaya pembaca tidak berasa cepat
bosan. Seterusnya, penulis perlulah peka akan aspek keselamatan
kerana mungkin pembaca akan terpengaruh. Akhir sekali, penulis
juga perlu mengurangkan nilai-nilai negatif yang terdapat di dalam
novel ini.
PENGENALAN NOVEL
Novel Pantai Kasih Karya Azmah Nordin
Ringkasan novel
Anak perempuan tunggal Raiha itu adalah seorang anak istimewa,
berkromosom lebih iaitu ‘down sinDoktorom’. Sejak mengetahui
keadaan anaknya dalam kandungan, suaminya meminta agar
kandungan itu digugurkan, namun Raiha tetap mahu melahirkan
anak tersebut walaupun mendapat tentangan daripada suaminya.
Selain diminta agar anak tersebut dihantar ke asrama yang
mengasuh anak istimewa seperti Rohayu atau Ayu itu, namun Raiha
bertegas untuk memelihara sendiri dan menghabiskan masa dengan
anaknya itu menyebabkan Doktor Sadiz berada kecewa kerana
isterinya itu melebihkan anaknya daripada dia. Kedegilan Raiha
menyebabkan suaminya berasa marah dan membakar kereta
mewah yang dibawa oleh Raiha untuk melarikan diri. Tiba-tiba
kanak-kanak istimewa itu berada di tempat kejadian dan tidak
semena-mena tersambar api kereta yang sedang marak itu sehingga
rentung. Kematian anaknya itu amat menyiksakan jiwa Raiha yang
tetap menyalahkan bahawa Doktor Sadizlah dengan sengaja
membakar anaknya itu.
Biografi Penulis
Azmah Nordin merupakan seorang pengarang
buku di Malaysia. Beliau dilahirkan pada 10
Januari 1958 di Kulim, Kedah. Azmah Nordin
kemudiannya mendapat pendidikan rendah dan
menengah dalam aliran Melayu dan Inggeris.
Pada 1973 beliau berpindak ke Sabah dan
menetap di sana. Beliau mula berjinak dengan
dunia penulisan pada awal 1980-an, iaitu dalam
penulisan rencana. Kecenderungannya menulis
dalam bidang sastera bermula pada awal tahun
1986. Beliau meminati penulisan sajak, cerpen dan novel.
Kulit hadapan dan kulit belakang novel
SINOPSIS NOVEL
Novel Pantai Kasih Karya Azmah Nordin
KESELURUHAN :
Karya penulisan novel ini mengisahkan tentang seorang doktor
muda yang bernama Raiha. Beliau telah menghadapi pelbagai
cabaran sebelum berjaya menjadi seorang doktor bedah. Raiha juga
gagal dalam perkahwinannya bersama Dr. Sadiz. Selepas itu, Raiha
menerima pelawaan mentornya, Doktor Uwang untuk bekerja di
sebuah pusat rawatan mewah yang dikenali sebagai Pusat Rawatan
Pantai Kasih.
Raiha merasakan sesuatu yang aneh sepanjang bertugas di pusat
rawatan tersebut kerana pesakit yang sama mempunyai komplikasi
yang serupa beberapa kali. Dalam masa yang sama, Raiha dihantui
kisah silamnya bersama bekas suaminya. Walau bagaimanapun dia
tetap tabah meneruskan kerjaya dalam bidang perubatan.
Dr. Raiha cuba meluahkan keanehan yang dilihat di pusat perubatan
kepada Doktor Uwang, tetapi mentornya tidak senang dengan
luahannya. Raiha juga sebenarnya berminat dengan Dr. Uwang sejak
menjadi pelajar di IPT dahulu. Peristiwa aneh berlaku semakin
kerap sehingalah Dr. Uwang mengalami kemalangan jalan di pusat
rawatan. Akhirnya, kejadian antara Raiha dan bekas suaminya
dihuraikan dan Raiha sedar bahawa di merupakan seorang mangsa
keadaan.
SETIAP BAB :
Bab 1
Raiha merasakan sesuatu yang aneh sepanjang bertugas di pusat
rawatan tersebut kerana pesakit yang sama mempunyai komplikasi
yang serupa beberapa kali. Dalam masa yang sama, Raiha dihantui
kisah silamnya bersama bekas suaminya. Walau bagaimanapun dia
tetap tabah meneruskan kerjaya dalam bidang perubatan. Dr. Raiha
cuba meluahkan keanehan yang dilihat di pusat perubatan kepada
Doktor Uwang, tetapi mentornya tidak senang dengan luahannya.
Raiha juga sebenarnya berminat dengan Dr. Uwang sejak menjadi
pelajar di IPT dahulu. Peristiwa aneh berlaku semakin kerap
sehingalah Dr. Uwang mengalami kemalangan jalan di pusat
rawatan. Akhirnya, kejadian antara Raiha dan bekas suaminya
dihuraikan dan Raiha sedar bahawa di merupakan seorang mangsa
keadaan.
Raiha merasakan sesuatu yang aneh sepanjang bertugas di pusat
rawatan tersebut kerana pesakit yang sama mempunyai komplikasi
yang serupa beberapa kali. Dalam masa yang sama, Raiha dihantui
kisah silamnya bersama bekas suaminya. Walau bagaimanapun dia
tetap tabah meneruskan kerjaya dalam bidang perubatan. Dr. Raiha
cuba meluahkan keanehan yang dilihat di pusat perubatan kepada
Doktor Uwang, tetapi mentornya tidak senang dengan luahannya.
Raiha juga sebenarnya berminat dengan Dr. Uwang sejak menjadi
pelajar di IPT dahulu. Peristiwa aneh berlaku semakin kerap
sehingalah Dr. Uwang mengalami kemalangan jalan di pusat
rawatan. Akhirnya, kejadian antara Raiha dan bekas suaminya
dihuraikan dan Raiha sedar bahawa di merupakan seorang mangsa
keadaan.
Bab 2
Doktor Uwang berpendirian tegas terhadap prinsip hidup, amat tidak
bersetuju sekiranya ada orang gaji di rumahnya. Malahan anak
tunggal hasil keterlanjurannya dahulu pun dihantar belajar di sekolah
swasta berasrama seawal usia tujuh tahun lagi sehingga anaknya itu
kekok untuk bersama-samanya apabila ada peluang pulang bercuti
semesternya. Doktor Uwang berpendapat anaknya itu tidak harus
pulang langsung kerana memalukannya sahaja. Ketegasan Doktor
Uwang terhadap bisnes kesihatan menjadikannya sebagai salah
seorang doktor berwibawa yang banyak membawa keuntungan
kepada PRPK. Ayah mentuanya yang menyerahkan PRPK kepadanya
turut berpendapat bahawa untuk kaya tidak harus ada halangan
asalnya berusaha. Walaupun agak kesal menyerahkan PRPK kepada
Doktor Uwang, namun akur dengan kehebatan menantunya menerajui
PRPK.
Doktor Uwang menganggap ayah mentuanya sama seperti Raiha
yang ada kalanya seperti memperkecil-kecilkannya kewibawaannya
tetapi dia berpendapat bahawa untuk mendapat kesihatan yang baik
mestilah menggunakan kecanggihan alat perubatan. Doktor Uwang
juga sering mengeluh kesakitan pada pergelangan tangannya dan
kepala lututnya namun belum sempat membuat diagnosis tepat
terhadap penyakitnya itu. Oleh sebab dia kurang sihat untuk
melakukan pembedahan terhadap Unong Siron pada kali ini, tugas itu
diserahkan kepada Raiha.
Namun sikap Raiha yang menjengkelkannya. Raiha mempersoalkan
kejadian infeksi yang berlaku kepada Unong Siron. Peribadi Raiha
yang dikenali sewaktu menjadi siswi dengan yang ada sekarang amat
berbeza. Dahulu Raiha menaruh hati terhadapnya tetapi sekarang
sudah lenyap dan menganggap Raiha sudah angkuh dan beranggapan
Raiha tidak bersyukur dengan tawaran berkhidmat di PRPK miliknya.
Doktor Uwang juga teringat kembali terhadap kanak-kanak
perempuan yang sudah meninggal dunia dan sentiasa membayang
hidupnya. Lamunannya tersentak apabila ingatannya juga turut
dibayangi oleh peristiwa pencerobohan doktor palsu yang menyamar
di PRPK miliknya.
Bab 3
Sister Felicia menjalankan rutin hariannya seperti biasa walaupun
dia sangat mamai ketika itu. Dia menemui pesakitnya di bilik VVIP
yang digambarkan seperti hotel bertaraf lima bintang. Dia mengambil
suhu dan mengukur nadi pesakit yang bergelar Datin itu dengan
berhati-hati serta bersopan santun. Baginya merawat pesakit
berkelas menengah atas ini perlukan kesabaran dan layanan yang
tinggi. Pesakit itu perasan akan perubahan diri Sister Felicia yang
kelihatan pucat lalu ditegurnya tetapi dia mengatakan bahawa
keadaannya seperti biasa sahaja, barangkali cuaca musim kemarau
panjang ini menyebabkan keadaannya begitu. Dia terbayang kembali
peristiwa ketika dia bersama Doktor Sadiz yang berkesudahan
dengan gambaran kematian anak perempuannya yang rentung akibat
disambar api yang sedang marak membakar kereta mewah doktor itu.
Selepas meneladeni pesakit yang bergelar Datin itu, Felicia
kemudiannya ke dapur dan menikmati ais krim milik Raiha sambil
teringat kembali zaman dia menjadi pelajar bidang kejururawatan
dahulu. Walaupun dia mempelajari bidang perubatan tetapi dia masih
tidak berupaya mengubati dirinya yang kelukaan. Malah dia
mengambil ubat batuk sebagai penawar kelukaan hatinya. Felicia
juga sering mendengar keluhan ibu Unong Sairon yang mengeluh
tentang pembedahan anaknya yang keenam sama ada Berjaya
ataupun tidak kerana kemampuannya hanya setakat itu sahaja
disebabkan semua wang insurans anaknya sudah dihabiskan untuk
belanja perubatan tersebut.
Raiha masih teringat akan peristiwa hitamnya. Pelbagai pertanyaan
menyerpa benaknya tentang punca kematian anaknya juga tentang
keputusan perbicaraan Raiha vs Sadiz yang akhirnya berpihak
kepada bekas suaminya itu. Raiha juga teringat akan Doktor Sadiz
yang menyalahkan dirinya atas kematian anak perempuan mereka.
Raiha pula memberitahu bahawa semuanya berpuca daripada Doktor
Sadiz menyebabkan sanak saudara yang selama ini menyokongnya
semakin berundur dari hidupnya. Raiha juga teringat akan layanan
kasar Felicia terhadap ibu pesakitnya Unong Siron, masyarakat kelas
menengah bawah. Sergahan Raiha terhadap Felicia menyebabkan
Felicia kecil hati dan berasa amarah dengan tindakan Raiha
walaupun sebenarnya tindakannya mengasari ibu pesakit adalah
salah. Raiha berasa bersalah akan tindakannya menegur sikap
Felicia. Dia teringat kisah lama antaranya dengan Felicia. Mereka
bersekolah di sekolah yang sama, tetapi Felicia menghilang selepas
kematian ibunya. Mereka bertemu di Hospital Kinabalu selepas
sekian lama menghilang. Pada ketika itu Felicia seorang jururawat
manakala Raiha sudah menjadi doktor
Raiha masih teringat akan serkahan Doktor Sadiz terhadapnya.
Doktor Sadiz menyatakan bahawa Raiha sengaja melarikan diri
kereta mewahnya. Bukan itu sahaja Doktor Sadiz juga menyatakan
bahawa barang kemas yang dibelikannya juga turut dibawa lari oleh
Raiha. Namun Raiha cuba menyangkal dengan mengatakan bahawa
barang kemas yang dibawa adalah barang kemas miliknya hasil titik
peluhnya sendiri. Doktor Sadiz menyatakan bahawa sampai mati
sekalipun dia tidak akan melepaskan Raiha. Doktor Sadiz mahu
Raiha merana, gantung tidak bertali sebagai balasan tergamak
memalukannya di mata golongan masyarakat elit.
Bab 4
Raiha tiba di rumahnya di sebuah apartment di tingkat enam
miliknya yang terletak tidak jauh dari Pusat Rawatan Pantai Kasih. Di
sepanjang jalan Raiha teringat akan peristiwa hitam misteri kematian
anaknya, dan kekalahan kes tersebut di tangan bekas suaminya.
Setibanya dia di apartmentnya itu, dia berasa sangat sunyi dan
teringat pula kisah neneknya yang membesarkannya selama
ini. Arwah neneknya yang berketurunan Idaan menyatakan bahawa
nenek moyangnya dahulu berasal dari Nunuk Ragang. Daerah itu
terletak di Tampias suatu kawasan di Hulu Lubuk Dalam daerah
Ranau.
Raiha juga teringat akan Doktor Sadiz yang melayani dengan baik
sebelum peristiwa hitam muncul. Raiha ingat ketika dia
mengandungkan bayi hasil persenyawaan sperma suaminya itu. Dia
juga teringat akan permintaan Doktor Sadiz supaya menggugurkan
bayi yang sedang dikandunginya itu kerana kehadirannya bayi
tersebut tidak direstui apatah lagi sudah diketahui fizikal bayi
tersebut yang kelebihan kromosom akan menyebabkan dia malu
dengan masyarakat. Anak-anak dengan bekas isterinya tidak ada
yang cacat. Raiha tidak tergamak hendak membunuh bayi tersebut
apatah lagi bayi tersebut sah hukum dan mempunyai hak untuk hidup.
Akhirnya bayi tersebut lahir dan diberi nama Rohayu atau
panggilannya ‘Ayu’.
Kegelisahan Dotu Untong terhadap panggilan palsu dan
pencerobohan di Pusat Rawatan Pantai Kasih miliknya sebelum
diserahkan kepada anaknya Doktor Uwang amat jelas. Dia berharap
selepas daripada insiden tersebut perkara sebegitu tidak berulang.
Kegelisahan turut dirasai oleh isteri Doktor Uwang, namun tidak
diendahkan oleh Doktor Uwang akan rungutan dan kegusaran
isterinya itu. Doktor Uwang berpendapat isterinya yang sah dan yang
tidak rasmi serta bapanya juga tidak harus ambil peduli tentang
pencerobohan di Pusat Rawatan Pantai Kasih. Baginya, mereka tidak
tahu akan perniagaan kesihatan kini.
Doktor Uwang juga teringat akan persoalan yang diajukan oleh
emak Unong Siron yang mempersoalkan kewibawaannya menangani
kes pembedahan penggantian tulang pinggul hingga keenam kalinya
itu. Namun, dia sudah menetapkan pendiriannya bahawa dia akan
berbuat apa-apa sahaja untuk memberikan hasil baik berpihak
kepadanya. Asalkan keuntungan berlipat kali ganda masuk ke
poketnya sudah memadai, tidak perlu memikirkan bagaimana mereka
mendapatkan wang membayar kos perubatan di situ. ‘Doktor Uwang
mengelamun sambil menonton rancangan ‘Money Matters’ di
televisyen. Lamunannya hingga ke peristiwa anak pak ciknya rentung
dan disaksikan di hadapan matanya sendiri.
Felicia memasuki bilik farmasi lagi. Tiba-tiba muncul seorang
pesakit lelaki yang pernah mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan
Pantai Kasih itu. Dengan garangnya pesakit itu membincangkan
tentang infeksi yang terjadi kepadanya. Felicia bingkas ingin
memanggil Doktor Mohammad namun dihalang oleh pesakit tersebut.
Lalu Felicia mencadangkan Doktor Uwang. Cadangannya itu tidak
dipersetujui oleh pesakit tersebut sebaliknya dia mahukan Doktor
Raiha. Feilcia memberitahu bahawa Doktor Raiha tiada dan tidak
dipercayai oleh pesakit itu sebaliknya menganggap Felicia
berbohong dan sengaja mahu menipu. Felicia juga dituduh sengaja
menceritakan yang baik-baik tanpa memberitahu risiko yang
terpaksa dihadapi oleh pesakit.
Felicia cuba menjelaskan hal yang sebenar kepada pesakit itu tetapi
pesakit itu digambarkan melemparkan simen dan splinnya ke
arahnya menyebabkan Felicia terjelopok, namun itu hanyalah
khayalan Felicia semata-mata. Apabila Felicia mengangkat muka
suasana menjadi berubah apabila didapati dia berada di stor Pusat
Rawatan Pantai Kasih.
Bab 5
Doktor Uwang melarikan diri daripada diganggu bayangan anak
perempuan pak ciknya yang mati secara sadis dengan mengunjungi
kelab malam serba eksklusif. Walaupun dia mencari ketenangan
namun tidak ditemui di kelab malam mewah itu, kerana asyik
diperhatikan oleh seorang wanita sejak dia tiba di situ. Tiba-tiba
wajah Raiha muncul dalam fikiran Doktor Uwang, begitu juga dengan
Unong Siron yang baharu selesai menjalani pembedahan penggantian
sendi pinggul yang keenam. Dia tidak mahu bayangan mereka
mengganggu hasratnya untuk mengaut keuntungan di Pusat Rawatan
Pantai Kasih itu.
Doktor Uwang yang menghabiskan masa menikmati kehangatan
kelab malam sememangnya seorang yang pemilih. Kupu-kupu malam
yang menjadi isteri-isteri tidak rasminya haruslah dipastikan akan
kebersihan dan kesihatan mereka terlebih dahulu. Doktor Uwang
melihat gelagat pengunjung kelab malam mewah itu. Tiba-tiba
wanita-wanita yang dilihatnya dalam kelab malam itu berubah
menjadi gadis mirim Unong Siron dan seorang lagi berubah menjadi
anak perempuan pak ciknya. Kehadiran mereka dalam fikirannya
amat tidak disenangi. Tiba-tiba kepala lutut dan kedua-dua
pergelangan tangannya ngilu yang amat sangat.
Felicia berasa kurang senang dengan Raiha yang cuba mengganggu
kredibilitinya selama ini. Hal ini seolah-olah menyebabkan dia
mengunjungi bilik farmasi untuk mencari kelegaan. Felicia juga
berasa terkejut apabila Doktor Mohammad menyatakan bahawa dia
mendapat panggilan palsu. Sister Felicia mencadangkan supaya
Doktor Mohammad pulang sahaja dan berehat di rumah sebaliknya
ditolak malah Doktor Mohammad bercadang untuk bermalam di bilik
rehat Pusat Rawatan Pantai Kasih sahaja pada malam itu. Dalam
keadaan separa khayal dan didatangi dengan beberapa peristiwa
hitam dalam hidunya, Sister Felicia didapati terjelepok di lantai bilik
air oleh Ariana namun Sister Felicia menafikan bahawa dia tergelincir
di situ.
Bab 6
Doktor Uwang teringat kisah kereta Porsche milik Doktor Sadiz yang
terbakar. Kisahnya bermula apabila ayah; Doktor Uwang iaitu Doktor
Ontong meminta Doktor Uwang menghantar pak usunya Doktor Sadiz
pulang selepas sama-sama meraikan tahun baru di rumahnya. Dalam
perjalanan sewaktu hendak menghantar Felecia dan Doktor Sadiz
pulang, Doktor Sadiz mendapati pindu kondo tempat tinggalnya
terbuka dan terdedah luas. Doktor Sadiz juga berasa aneh kerana
kereta Porsche yang diletakkan di garaj juga tidak ada di tempatnya.
Doktor Sadiz bergegas keluar dari kereta itu bingkas menuju ke
kondominiumnya. Tidak sampai lima minit kemudian, Doktor Sadiz
muncul lagi dengan wajah muncung dan merungut-rungut.
Doktor Sadiz marah kerana Raiha membawa lari keretanya dan
mengapa tidak menggunakan keretanya sendiri sekalipun minyak
keretanya habis isilah sendiri. Doktor Uwang menawarkan diri untuk
membantu pak ciknya itu. Doktor Sadiz meminta Doktor Uwang
menghantarnya ke lokasi tempat tinggal Raiha. Sister Felicia yang
ada dalam kenderaan Doktor Uwang bercadang untuk pulang sendiri
tetapi dihalang oleh Doktor Uwang yang akan menghantarnya pulang
selepas selesai membantu Doktor Sadiz. Doktor Uwang juga
menyatakan hasrat untuk menaikkan pangkat Sister Felicia kerana
didapati Felicia komited dengan tugasnya selama ini. Mereka
memerhatikan saat Doktor Sadiz muncul dengan gelen minyak yang
kosong. Lamunan Doktor Uwang tersentak apabila ada panggilan
kecemasan dari Pusat Rawatan Pantai Kasih. Isterinya menyatakan
bahawa Doktor Raiha ingin membincangkan hal pesakit Uning Siro
dan panggilan tersebut amat penting.
Di ruang tamu apartment tempat tinggal Raiha, dia dikejar perasaan
takut dan tidak tenteram. Raiha teringat bagaimana dia
mempersoalkan kewibawaan Doktor Uwang sehingga terpaksa
menjalankan pembedahan kali kelima terhadap pesakit yang sama di
tempat yang sama membuatkan Doktor Uwang marah dan
tersinggung. Raiha juga berasa resah apabila Pusat Rawatan Pantai
Kasih diceroboh serta peristiwa hitam yang sering datang dalam
ingatannya. Raiha juga terbayang saat dia memarahi Sister Felicia
yang melayan kasar emak Unong Siron. Felicia yang memanggil emak
Unong sebagai ‘sapi tua’ menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku
antaranya dengan emak Unong ketika itu. Felicia menganggap ‘sapi
tua’ itu keterlaluan dan menuduhnya tidak jujur membuat cadangan
pembedahan di Pusat Rawatan Pantai Kasih.
Raiha berpendapat bahawa walau apa juga yang dinyatakan oleh
Felicia, dia tidak sepatutnya melayan emak Unong dengan kasar
begitu. Bagi Raiha yang penting adalah kebajikan para pesakit dan
ahli keluarga yang turut terlibat dalam rawatan itu. Mengasari orang
yang memang sedia menderita sakit pada badan dan mental, adalah
kejam dan meminta Felicia supaya tidak mengulanginya lagi.
Deringan telefon menyentak lamunan Raiha. Panggilan telefon itu
memintanya datang segera ke Pusat Rawatan Pantai Kasih. Dia tidak
terus bingkas ke sana sebaliknya wajah arwah ayahnya menerjah
dalam ingatannya. Arwah ayahnya memang tidak merestui hasratnya
untuk menjadi pakar bedah. Walaupun arwah bapanya seorang pakar
bedah tetapi dia berpendapat tugas sebegitu tidak sesuai digalas
oleh Raiha. Hati Raiha geram dengan telahan bapanya itu lalu dia
bingkas bangun dan tergopoh gapah melangkah keluar dari
apartmentnya menuju ke Pusat Rawatan Pantai Kasih.
Bab 7
Felicia Landosi, Sister Kanan kepercayaan Doktor Uwang di Pusat
Rawatan Pantai Kasih begitu tertekan dengan situasi di tempat kerja
apatah lagi Doktor Usman sudah mulai mempertikaikan
kewibawaannya setelah mendapati bahawa dia telah melakukan
kesalahan besar. Doktor Uwang sering mempersoalkan tentang lafaz
yang pernah dibuat oleh Felicia ketika mengikuti Kursus
Kejururawatan. Felicia juga tertekan dengan serkahan ‘sapi tua’ iaitu
ibu Unong Siron tentang musibah anaknnya berpunca daripada
Felicia sendiri. Felicia berasa bahawa dirinya diperendahkan hingga
setaraf dengan jiran tetangga sewaktu dia masih dalam alam kanak-
kanak hingga alam remaja menyebabkan dia sungguh malu.
Kepahitan hidupnya menyebabkan dia berjinak-jinak dengan ubat
batuk supaya dia dapat melupakan kisah silamnya.
Felicia juga jengkel dengan sikap Raiha yang dahulunya adalah
merupakan rakan karib sekelas yang berjaya menangkapnya ketika
melakukan kesalahan. Dia juga begitu tertekan dengan peristiwa
hitam yang mencemarkan sejarah hidupnya. Dia sering teringat akan
masyarakat jirannya yang mengatakan bahawa dia merupakan
golongan masyarakat kelas menengah bawah begitu juga tentang
kelahirannya yang tiada diketahui bapa kandungnya. Kenangan hitam
itu menghantui dirinya kerana ibunya yang dianggap liar itu
menjadikan dia sebagai mangsa ejekkan rakan-rakan sekolah.
Keadaannya semakin parah apabila mula berhalusinasi akibat
kesan ubat batuknya itu. Tiba-tiba dia didatangi oleh seorang lelaki
kacak yang siap berpakaian seperti seorang doktor. Keadaan mamai
menyebabkan Felicia tidak dapat melihat dengan jelas doktor muda
itu, Doktor Muda itu bersimpati dengan keadaan Felicia dan kerana
sikap prihatinnya itulah Felicia sanggup percaya dengan doktor muda
itu.
Raiha yang dalam perjalanan ke Pusat Rawatan Pantai Kasih
selepas mendapat panggilan kecemasan tadi mengambil keputusan
untuk tidak lagi mempersoalkan kewibawaan Doktor Uwang
sehingga mencetuskan ketegangan antaranya dan Doktor Uwang.
Setibanya di Pusat Rawatan itu Raiha bergegas ke wad yang dihuni
oleh Unong Siron. Doktor Alex Ng menegurnya dengan mesra dan
bertanya sebab dia kembali semula sedangkan waktu bertugasnya
sudah tamat. Raiha menyatakan bahawa dia menerima panggilan
kecemasan tentang Unong Siron. Doktor Alex Ng menjelaskan
bahawa mereka tidak membuat panggilan kecemasan tersebut.
Raiha teringat bahawa yang membuat panggilan tadi ialah Doktor
Uwang sedangkan menurut Alex, Doktor Uwang sudah pulang siang
tadi. Mungkin ini adalah panggilan palsu. Alex turut menjelaskan
bahawa doktor-doktor lain turut juga menerima panggilan palsu
seperti itu. Terlanjur sudah berada di Pusat Rawatan Pantai Kasih,
Raiha ingin menjenguk Unong Siron yang baharu sahaja dibedah
senja tadi. Dalam benak fikirannya, Raiha berharap Unong akan
Berjaya pada kali ini.
Bab 8
Raiha masih dihimpit dengan kenangan silam. Kenangan pedih
bersama Doktor Sadiz dan kehilangan anak perempuan
kesayangannya itu sering menghantuinya tanpa henti. Lamunannya
terhenti apabila dia disapa oleh ibu Unong Siron yang inginkan
kepastian keadaan anaknya selepas menjalani pembedahan kali ke-
6 infeksi ke atas tulang pinggul. Dia berjanji supaya tidak berulang
lagi pembedahan yang menyebabkan ibu tua itu menghadapi
kesukaran terutama apabila semua wang simpanannya habis. Dia
juga berjanji tidak akan ada derita lagi pada Unong yang terpaksa
menghabiskan masa lama di hospital. Setelah memastikan bahawa
semuanya berada dalam keadaan normal, Dia amat bersimpati
dengan anak gadis kecil itu sehinggakan ingatannya teradap anak
gadisnya yang rentung datang kembali. Apatah lagi ingatan terhadap
sikap Doktor Sadiz yang memintanya menghantar ayu agar dipelihara
oleh orang lain.
Lamunannya tersentak apabila Ariana Abdullah menyatakan
bahawa Sister Felicia Landosi ditahan oleh penceroboh yang
menyamar sebagai doktor dahulu, di bilik bedah. Keadaan menjadi
huru-hara dengan kejadian ini. Ibu Unong Siron menawarkan diri
untuk menenangkan penceroboh kerana dia kenal penceroboh yang
tinggal bersebelahan dengan kampungnya. Ibu Unong Siron meminta
penceroboh yang menyamar sebagai doktor itu membantu
menyelamatkan anaknya yang parah. Hati penceroboh itu tersentuh
dan membuka pintu kecemasan. Pengawal keselamatan meluru
masuk ke dalam bilik tersebut tetapi dihalangi oleh Raiha yang
menyatakan bahawa Unong Siron begitu parah dan dibawa ke
hospital lain untuk mendapatkan rawatan dan meminta penceroboh
itu ke hospital tersebut Peristiwa itu pun berakhir. Ibu Unong Siron
menceritakan bahawa sebenarnya penceroboh itu adalah bekas
penuntut bidang perubatan sebuah universiti tempatan yang gagal
dalam peperiksaan akhir semester.
Bab 9
Sewaktu Doktor Uwang membelok masuk ke kawasan Pusat
Rawatan Pantai Kasih, dia ternampak bayangan wajah anak
saudaranya yang sudah meninggal dunia akibat rentung di dalam
kereta mewah yang terbakar. Dia teringat waktu Doktor Mohammad
dan Doktor Alex Ng memintanya bertugas walaupun sebenarnya dia
ingin berehat di rumahnya daripada kengiluan pada kedua-dua belah
pergelangan tangan dan kepala lututnya. Doktor Uwang juga
mengimbas kembali tentang infeksi yang berulang kembali walaupun
pembedahan kali keenam dilakukan ke atas Unong Siron dan
menganggap sekiranya menjadi akut sekalipun bukanlah salahnya.
Dia juga terbayang semua wajah pesakitnya yang pernah dibedah
seolah-olah mahu berinteraksi dengannya. Kemudian disusuli dengan
wajah seorang kanak-kanak perempuan yang seluruh badannya
melecur. Kesemua wajah-wajah ini mengganggu hidupnya
belakangan ini.
Doktor Uwang juga teringat saat dia menghantar Dotor Sadiz dan
Felicia Landosi pulang selepas menghadiri majlis sempena
menyambut ketibaan tahun baru. Doktor Sadiz yang marah apabila
mendapati Raiha membawa pulang kereta Porsche bersama-sama
aak perempuannya. Dia juga teringat ketika membawa Doktor Sadiz
untuk membeli minyak petrol selepas itu dan berhenti di sebuah
rumah tumpangan pada tengah malam dan teringat saat kereta
Porsche itu dijilat api tidak lama kemudian sehingga menyambar
kanak-kanak perempuan yang secara kebetulan berada di situ.
Doktor Uwang juga terbayang wajah perempuan tua yang memohon
simpati sebagaimana wajah-wajah waris pesakit golongan kelas
menengah bawah yang lain. Perempuan tua itu bertanya tentang
kesan sekiranya komplikasi masih berlaku walaupun anaknya sudah
dibedah sebanyak enam kali. Doktor Uwang masih mengatakan
bahawa urusan wang bukanlah urusannya. Kemarahan perempuan
tua itu menyebabkan Doktor Uwang tercabar apabila dicop sebagai
doktor mata duitan. Doktor Uwang tersentak apabila ingatannya
kembali kepada penceroboh yang masuk dan menyamar sebagai
Doktor di Pusat Rawatan Pantai Kasih yang sepatutnya sesuai
menangani kes anak perempuan tua itu.
Raiha teringat sikap Doktor Sadiz yang tidak akan memaafkannya
walaupun sampai dia meninggal dunia. Doktor Sadiz akan
membiarkan hidup Raiha tergantung-gantung. Raiha turut melihat
sikap Doktor Sadiz yang keluar melangkah dari mahkamah keluarga
dengan senyum sinis. Dia juga masih ingat dengan tidak dijangka-
jangka kereta Doktor Sadiz yang memecut laju dan sedang mengekori
lori minyak petrol merempuh belakang lori yang berhenti secara tiba-
tiba di persimpangan lampu trafik.
Akhirnya Doktor Uwang telah merempuh tembok Pusat Rawatan
Pantai Kasih akibat seluruh tubuhnya tidak dapat berfungsi dengan
baik apabila tangannya berasa kebas dan lututnya kejang. Dia
dikeluarkan dari kenderaan mewah yang dipandunya dengan bantuan
pekerja-pekerja pusat rawatan tersebut dan Raihalah yang
mengambil alih menyelamatkan nyawanya dan melakukan
pembedahan apabila didapati kecederaan teruk di bahagian
pergelangan tangan dan lutut kaki yang hancur dan memerlukan
penggantian sendi pada anggota tersebut.
Akhirnya Felicia Landosi memohon maaf daripada Raiha atas
penglibatan dirinya menjadi budak suruhan membeli minyak petrol
oleh Doktor Sadiz yang akhirnya berjaya menjejaki Raiha dan menjadi
saksi apabila Doktor Sadiz melepas geram dengan membakar kereta
itu sendiri. Dia sendiri terkejut apabila secara tiba-tiba anak Raiha
muncul di situ dan langsung disambar api dan dia turut menyatakan
bahawa sewaktu di mahkamah dia tidak tampil sebagai saksi kerana
takut. Raiha akhirnya tersedar bahawa mereka adalah mangsa
keadaan.
KEKUATAN NOVEL
Novel ini mempunyai beberapa kekuatan iaitu nilai-nilai yang diterap
dalam novel ini seperti nilai keberanian yang ditunjukkan oleh Raiha
yang berani mempertahankan bahawa kesalahan atas kematiaan
anak perempuannya adalah disebabkan oleh Doktor Sadiz.
Seterusnya, penulis menggunakan istilah-istilah sains dalam bidang
perubatan. Selain itu, Raiha dengan pendiriannya Berjaya
menempuh segala dugaan dan akhirnya mencapai kejayaaan. Akhir
sekali, terdapat iktibar yang boleh pemaca ambil dari novel ini
seperti bertanggungjawab. Sebagai contoh, Emak Unong Siron yang
berusaha mendapatkan wang demi menampung kos rawatan
anaknya
KEKURANGAN NOVEL
Novel ini juga mempunyai beberapa kekurangan iaitu
kekurangan teknik plot membuatkan jalan cerita agak bosan.
Seterusnya, kekurangan gaya bahasa juga membuatkan novel ini
bosan untuk dibaca. Akhir sekali, perwatakan yang kejam iaitu Dr
Sadiz yang sanggup membakar kereta mewah Raiha kerana kecewa
akan Raiha yang hanya menumpukan perhatian kepada anaknya
yang mengalami Down Syndrome.
PENAMBAHBAIKAN NOVEL
Pada pendapat saya, penulis perlulah memperbanyakkan teknik
plot untuk menarikkan lagi cerita. Seterusnya, penulis juga perlu
menambah gaya bahasa kedalam novel supaya pembaca lebih
tertarik untuk membaca novel. Akhir sekali, penulis perlulah
memberi amaran awal kepaada pembaca tentang sifat kekejaman
yang terdapat dalam novel ini.
PENGENALAN NOVEL TINGKATAN 5
Novel Songket Berbenang Emas Karya Khairuddin Ayip
Ringkasan novel
Dahlia seorang remaja berusia 19 tahun tabah menghadapi dugaan
hidupnya apabila menghadapi masalah kesihatan ibu. Emaknya,
Saleha menghadapi tekanan perasaan dan dimasukkan ke hospital
untuk rawatan pemulihan. Masalah kesihatan ibunya ini
menyebabkan Dahlia terpaksa mengambil alih semua tugas
menguruskan adik-adik dan keperluan rumah.
Biografi Penulis
Khairuddin bin Ayip lahir pada 25 Februari, 1962 di Karnpung
Jelotong, Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Beliau merupakan anak
keenam daripada sembilan adik beradik. Ayahnya pekerja JPT
sementara ibunya seorang penoreh getah. Pada tahun 1969, beliau
mendapat pendidikan awal di SK Pintas Raya dan pada tahun 1975,
beliau meneruskan persekolahan di SM Tun Ismail sehingga lulus
SPM. Pada tahun 1980, Khairuddin melanjutkan pelajaran ke
tingkatan enam di SM Dato' Bentara Luar. Setelah lulus STP, pada
tahun 1982 hingga 1984 beliau mengikuti kursus dalam bidang
Pendidikan Sekolah Menengah, Pendidikan Seni dan Pengajian
Melayu di Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim, Johor Bahru.
Mulai tahun 1985, Khairuddin bertugas sebagai guru di SRK Sri
Petaling, Petaling Jaya. Setelah sepuluh tahun di sekolah tersebut,
beliau bertugas di SR Seksyen 18, Shah Alam sebagai Penyelia
Petang. Bermula Disember 1995, bertugas sebagai Guru Penolong
Kanan I di SK Seksyen 20, Shah Alam. Mulai bulan Julai 1996, beliau
melanjutkan pelajaran dalam bidang Pengkhususan Bahasa dan
Linguistik Melayu, Fakulti Bahasa Moden dm Komunikasi, Universiti
Putra Malaysia. Setelah tamat, pada tahun 1999 beliau bertugas di
SM Teknik, Shah Alam, Selangor. Kini
beliau bertugas sebagai Pegawai
School Improvement Specialist
Coaches (SISC) di Pejabat Pendidikan
Daerah Petaling Perdana, Selangor.
Kulit hadapan dan kulit belakang novel
SINOPSIS NOVEL TINGKATAN 5
Novel Songket Berbenang Emas Karya Khairuddin Ayip
KESELURUHAN :
Novel ini mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang murid yang cerdik
dan disenangi oleh teman-temannya. Namun, Dahlia menghadapi
masalah keluarga sehingga mengganggu tumpuannya terhadap
peperiksaan STPM yang bakal didudukinya. Sebagai anak sulung,
Dahlia terpaksa memberikan perhatian kepada adik-adiknya setelah
pelbagai masalah melanda keluarganya. Ibunya, Saleha dirawat di
Hospital Permai kerana mengalami masalah tekanan mental.
Ayahnya dipatuk ular sehingga dimasukkan ke wad selama beberapa
hari. Adik lelakinya pula terpengaruh dengan kawan-kawan sehingga
tidak berminat untuk belajar. Situasi ini telah menyebabkan Dahlia
terpaksa keluar dari asrama untuk menjaga adik-adiknya.Tekanan
hidup Dahlia semakin bertambah apabila hubungannya dengan Azhari
dipandang serong oleh jirannya. Tindakan berani Dahlia terjun ke
sungai untuk menyelamatkan Said tidak dihargai, malah dicemuh
pula kerana gagal menyelamatkannya.Walau bagaimanapun, Dahlia
tetap tabah menghadapi dugaan. Hadiah atas kesabarannya
menghadapi pelbagai dugaan hidup ialah kejayaan Dahlia yang dapat
melanjutkan pelajaran ke Jepun dan pertunangannya dengan Azhari.
SETIAP BAB :
BAB 1
Setelah penat berlatih bola jaring untuk bertanding dengan pelajar
tingkatan enam rendah, Dahlia berbual-bual dengan Siti Wangi, rakan
karibnya mengenai kertas kerja yang disuruh oleh Cikgu Hisyam. Dia
memberitahu Siti Wangi, isi telah dicari tetapi fakta-fakta masih tidak
lengkap.
Kemudian,Kavita datang menemui Dahlia dengan membawa
pesanan seorang lelaki mahu bertemunya di kantin.Dahlia pergi
bertemu dengan lelaki itu yang bernama Azhari. Lelaki itu
memberitahu Dahlia ,dia telah habis belajar dan akan mendapat
segulung ijazah pada bulan Ogos nanti. Azhari juga
memaklumkan keluarganya akan datang ke rumah Dahlia untuk
tujuan merisik. Dahlia meminta Azhari mengerti bahawa dia masih
belajar dan ingin membantu keluarganya kerana dia merupakan anak
sulung.
Bab 2
Pada petang itu, Azhari menghantar Dahlia pulang ke kampungnya
tetapi sehingga ke jambatan sahaja. Jirannya yang bernama Aton
telah menegurnya semasa dia turun dari kereta Azhari. Aton juga
menyindir Dahlia yang selalu balik dengan mengatakan bahawa dia
tidak suka tinggal di asrama. Dahlia membalas sindiran Aton dengan
mengatakan bahawa orang tuanya masih ada. Dahlia tidak suka akan
Aton kerana Aton mengatakan emaknya “tak betul”.
Sewaktu sampai di rumahnya, Dahlia terdengar adiknya, Anggerik
menangis kelaparan. Melati memberitahu emak mereka telah keluar
rumah dan belum pulang lagi. Dahlia terus mendapatkan Anggerik
dan memarahi Melati kerana membuat susu yang terlalu cair.
Sebenarnya, susu telah habis.. Dahlia telah menyiapkan makan
malam manakala Melati disuruh pergi ke kedai Tauke Lim untuk
membeli susu dan gula pasir sekilo secara hutang.
Selepas itu, Dahlia pergi mencari emaknya di kebun getah.
Dahlia terdengar emaknya bercakap sendirian dan tidak
mempedulikan panggilannya. Hati Dahlia benar-benar tersentuh
apabila melihat ibunya sebegitu. Emaknya juga tidak mengenalinya
menyebabkan Dahlia menangis.Tiba-tiba, abahnya Embong muncul
dan bertanyakan sebab Dahlia di situ kerana sudah masuk waktu
Maghrib. Dahlia menuding ke arah emaknya. Embong cuba memujuk
Saleha balik ke rumah tetapi Saleha mengatakan rumahnya di tengah
kebun getah itu dan dia tidak mahu diganggu. Dahlia mencadangkan
abahnya supaya mendapatkan bantuan orang kampung sebelum
emaknya pergi lebih jauh ke dalam kebun.
Bab 3
Selepas solat Isyak, Dahlia asyik befikir tentang penyakit emaknya
itu. Dia tertanya-tanya sama ada emaknya terkena buatan orang.
Akan tetapi, Dahlia tidak tahu orang yang berhasad dengki dengan
keluarganya. Akhirnya, Dahlia pasrah dan mengakui bahawa semua
yang berlaku itu adalah ketentuan Allah. Dahlia berdoa agar Allah
menguatkan imannya, memberi ketabahan dan kekuatan untuk
melalui hari-hari yang mendatang. Dia juga berdoa agar emaknya
pulih seperti sediakala. Setelah habis berdoa, Dahlia terdengar suara
Nek Kiah, ibu kepada emaknya.
Nek Kiah memarahi Embong kerana mengikat Saleha. Abah Dahlia
memberitahu, beliau terpaksa berbuat sedemikian kerana takut
Saleha lari. Nek Kiah memang tidak suka akan keluarga Dahlia
kerana mereka hidup dalam kemiskinan. Nek Kiah membandingkan
keluarga Dahlia dengan anak-anaknya yang lain yang semuanya
hidup senang-lenang. Haji Sulaiman selaku Ketua Kampung Parit Haji
Rais datang membawa orang dari Hospital Batu Pahat. Tujuan
kedatangan mereka adalah untuk membawa Saleha mendapatkan
rawatan. Walaupun anak-anak dan Nek Kiah melarang Saleha untuk
dibawa ke hospital namun Embong serba salah menghadapi situasi
itu.
Bab 4
Dahlia menyelesaikan kerja rumah, kerja sekolah dan membantu
Melati menyiapkan latihan Matematik. Dahlia merebahkan dirinya di
sebelah Anggerik. Dahlia mengimbas kembali pantun yang
diungkapkan oleh Azhari sewaktu menghantarnya pulang pada hari
Khamis yang lalu. Dahlia tidak sanggup untuk melukakan hati
sesiapa. Dia meminta agar Azhari mengerti keadaan keluarganya
yang belum sempurna. Dahlia juga meminta izin Azhari untuk
membaiki diri sendiri dan keluarganya.
Pada petang Khamis itu, dia dihantar oleh Azhari pulang ke kampung
tetapi Dahlia meminta Azhari memberhentikannya jauh dari
rumahnya untuk mengelakkan salah faham orang kampung. Pada
keesokan paginya,Dahlia dikejutkan oleh abahnya yang menyuruhnya
pergi ke sekolah. Embong memberitahu Dahlia bahawa beliau akan
menguruskan hal berkaitan adik-adik Dahlia walaupun sebenarnya
beliau sendiri tidak tahu akan cara untuk menyelesaikan masalah
tersebut kerana beliau terpaksa bekerja mencari nafkah keluarga.
Perkara inilah yang menjadi punca beliau tidak mahu menghantar
isterinya ke hospital. Embong pasrah memikirkan masalah tersebut,
beliau menyerahkan segala-galanya kepada Tuhan.
Embong mengimbas kembali perbualannya dengan Saleha
mengenai ibu mentuanya, Nek Kiah yang tidak suka akan keluarga
mereka. Nek Kiah tidak suka keluarga mereka disebabkan mereka
hidup miskin tidak seperti anak-anaknya yang lain. Anak-anak Saleha
dan Embong tidak diumpamakan sebagai cucu oleh Nek Kiah.
Embong juga teringat semula peristiwa isterinya pernah
memberitahu bahawa sejak kebelakangan ini beliau terasa ada
bayang-bayang mengejarnya. Telinganya juga sering terdengar suara
yang pelik-pelik. Badannya juga terasa lemah.
Embong dikejutkan oleh suara Dahlia yang disangkakan isterinya.
Embong memberitahu Dahlia doktor memaklumkan emaknya hanya
rungsing, Embong tidak menceritakan perkara sebenar yang berlaku
kepada Saleha di bilik kurungan di hospital itu kerana bimbang Dahlia
tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pelajarannya. Embong
juga memberitahu bahawa beliau akan memetik buah kelapa sawit
Haji Sulaiman pada keesokannya. Mereka dikejutkan oleh Abu Bakar,
adik Dahlia yang sudah tiga hari tidak balik ke rumah dan rela menjadi
gelandangan setelah mendapat gred tiga dalam SPM.
Bab 5
Dahlia menaiki bas JMBC berjalur merah untuk ke sekolah. Dia yang
sepatutnya pulang pada hari Sabtu ke asrama tidak berbuat demikian
kerana adiknya, Anggerik asyik menangis. Dahlia tidak rela dituduh
mementingkan diri sendiri oleh sebab itu dia pergi ke sekolah pada
hari Ahad itu dari rumahnya. Dahlia sampai lewat ke Sekolah
Menengah Kebangsaan Temenggong Ibrahim iaitu lima minit pukul
lapan pagi. Pintu pagar telah berkunci. Dahlia ternampak Cikgu
Salwani, warden asramanya sedang menuju ke bilik guru. Dahlia
ditanya oleh Cikgu Salwani punca kelewatannya dan meminta Dahlia
berjumpa dengannya pada petang itu.
Dahlia tidak dapat menumpukan perhatiannya di dalam kelas. Dia
asyik teringat emak, Anggerik dan abahnya. Siti Wangi mengingatkan
Dahlia, mereka ada janji temu pada pukul 2:00 petang untuk
membincangkan kertas kerja yang akan dibentangkan pada hari
Khamis. \
Dahlia memberitahu dia tidak bersedia dan pada petang itu dia
hendak melawat emaknya di hospital. Pada petang itu, Dahlia tidak
bertemu dengan Cikgu Salwani kerana dia risau akan ditanya macam-
macam. Dahlia telah keluar dari asrama tanpa kebenaran wardennya
dan terus pergi ke hospital untuk berjumpa emaknya. Dahlia
terserempak dengan Haji Sulaiman ketika di hospital. Haji Sulaiman
memaklumkan emaknya telah dibawa ke Hospital Permai, Johor
Bahru.
Bab 6
Dahlia telah dihantar oleh Haji Sulaiman ke rumahnya. Haji Sulaiman
telah memberitahu abahnya tentang Saleha yang telah dihantar ke
Hospital Permai. Abah seolah-olah menyalahkan nasibnya yang
sebegitu. Pada petang itu Nek Kiah telah datang ke rumahnya