The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-42286847, 2023-06-09 02:53:31

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SK GREEN ROAD KALI KE-27

1 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN GREEN ROAD, KUCHING ___________________________________________________________________ MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-27 KEHADIRAN 1. Halmi bin Sa’adi 28. Mayumi Bongkoi 2. Mohamad Fairuz bin Masri 29. Mimi Shahreyna bt. Shahri 3. Robin anak Maramat 30. Hazelyna Hairuddin 4. Abdullah Alexander Horbert Zen 31. Mastura binti Abdul Majid 5. Asma Dayana Haji Salleh 32. Norlaila binti Osman 6. Asrey bin Ariffin 33. Nur Azalilawati binti Jaraie 7. Norziah Mohd Ali 34. Noraini binti Salleh 8. Dayang Azrin binti Hasbi 35. Gaziani bin Abu Talib 9. Dianasih binti Yaman 36. Norhashina binti Ishak 10. Iffah Nadzirah binti Saizini 37. Rohami binti Supertan 11. Latifah anak Bajok 38. Rohameza Hizmi 12. Florance anak Akai 39. Rohaidah binti Ismawi 13. Gerald anak Benjamin 40. Surimawati binti Saini 14. Grace Ubong 41. Suhaili bt Sudin 15. Armizan bin Ahmad 42. Ummu Aiman 16. Hamasah binti Hassan 43. Wong Khai Fang 17. Indira Gandhi ak Nyupi 44. Wan Nik Kamal b. Haji Wan Ahmad 18. Ishak bin Bujang 45. Wee Chuan Siew 19. Jeissee Karen John 46. Yusnita binti Sa'adi 20. Janer anak Jikel 47. Hazelyna binti Hairuddin Sap 21. Julia Adat 48. Nordeen Tan bin Abdullah 22. Lydia anak Gilbert Nyaod 49. Mira Syahida binti Abdullah 23. Mohamad Faridzan bin Mashor 50. Siti Zaharah binti Buang 24. Azrilan bin Linggap 51. Suganthi Ramasamy 25. Maureen anak Stephen Satup 52. Julizawaty binti Jolly 26. Arman bin Chee 53. Mohd Sulaiman b Abd Malek 27. Hamisah binti Wahap 54. Mohd. Shukri bin Mohd. Salleh


2 AGENDA MESYUARAT 1.0. UCAPAN PENASIHAT, GURU BESAR SK GREEN ROAD 1.1 Guru Besar menyatakan penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli PIBG yang hadir ke Mesyuarat Agung kali ke-27. 1.2 Guru Besar menyatakan sokongan ibu bapa amat penting dalam usaha untuk membangunkan sekolah dari segi prasarana bagi mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat, kondusif dan sejahtera. 1.3. Guru Besar mengingatkan semua ibu bapa supaya mematuhi waktu persekolahan dan menghantar anak-anak lebih awal sebelum PdPc bermula. 1.4. Guru Besar memaklumkan pertandingan ko-kurikulum sedang berjalan dan ada murid yang dipilih untuk ke peringkat yang lebih tinggi. 1.5. Guru Besar memaklumkan pertandingan yang dianjurkan oleh pihak sekolah seperti Pertandingan Kitar Semula, Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas memerlukan sokongan semua pihak. 1.6. Guru Besar mengingatkan semua ibu bapa supaya memantau dan melihat apa yang dibawa oleh anak-anak ke sekolah. 1.7. Guru Besar memaklumkan bahawa isu beg berat merupakan diantara perkara utama yang sentiasa diberi perhatian oleh pihak sekolah. 1.8. Guru Besar menyatakan bahawa pihak sekolah sentiasa mengalu-alukan sumbangan ibu bapa bukan sahaja dalam bentuk wang ringgit tetapi juga idea dan kepakaran. Makluman : Semua Ahli 2.0. UCAPAN YANG DI-PERTUA PIBG 2.1 Encik Mohamad Fairuz Bin Masri selaku Yang Di-pertua (YDP) PIBG SK Green Road menyatakan penghargaan dan terima kasih kepada ibu bapa dan guru-guru yang hadir bagi menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-27. 2.2 YDP menyatakan bahawa PIBG sewajarnya bergerak seiring dengan keperluan sekolah untuk kemajuan bersama.


3 2.3 YDP memaklumkan bahawa PIBG akan sentiasa memberi sokongan dan kerjasama dalam penganjuran program-program akademik anjuran panitia di sekolah. 2.4 YDP memaklumkan PIBG menyediakan peruntukan kewangan sebanyak RM 1000.00 untuk program panitia subjek teras dan RM 500.00 untuk program panitia subjek bukan teras. 2.5 YDP memaklumkan PIBG juga telah banyak membantu dalam program pembangunan dan penambahbaikan infrastruktur sekolah. 2.6. YDP memaklumkan sumbangan PIBG berjumlah RM30.00 bagi satu keluarga merupakan sumbangan seikhlas hati daripada ibu bapa. 2.7. YDP menyatakan bahawa PIBG akan terus berusaha untuk mencari dana bagi memastikan semua projek dan program yang dirancang dapat dilaksanakan. Makluman: Semua Ahli 3.0. MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT TAHUNAN KALI KE-26 3.1. Minit Mesyuarat Tahunan kali ke-26 telah dibentangkan oleh Yang DiPertua PIBG sesi 2021-2023. Minit ini dicadangkan untuk disahkan oleh Encik Wan Nik Kamal bin Wan Ahmad dan disokong oleh Encik Gerald anak Benjamin. Makluman: Semua Ahli 4.0. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT Tiada Makluman: Semua Ahli


4 5.0. LAPORAN SETIAUSAHA 5.1. Laporan Setiausaha dibentangkan oleh Encik Mohd. Shukri bin Mohd. Salleh. Semua aktiviti, pembiayaan dan sumbangan PIBG boleh dirujuk pada lampiran 1 yang telah disediakan. 5.2. Laporan Setiausaha telah disahkan oleh Encik Abdullah Alexander dan disokong oleh Encik Ishak bin Bujang. Makluman: Semua Ahli 6.0. LAPORAN BENDAHARI 6.1. Laporan Bendahari dibentangkan oleh Puan Asma Dayana binti Haji Salleh. Segala perbelanjaan dan maklumat akaun boleh dirujuk pada lampiran 2 yang telah disediakan. 6.2. Laporan Bendahari telah disahkan oleh Encik Ghaziani Abu Talib dan disokong oleh Encik Mohd Halmi bin Khalid. Makluman: Semua Ahli 7.0. PEMBENTANGAN USUL DAN CADANGAN PIBG 2022 7.1. YDP menyatakan penghargaan dan terima kasih di atas semua usul dan cadangan yang telah dikemukakan oleh ibu bapa. 7.2. YDP memaklumkan bahawa PIBG akan sentiasa mengambil berat semua usul/cadangan yang telah dikemukakan dan akan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan kemampuan kewangan semasa PIBG. 7.3. YDP memaklumkan bahawa masalah kesesakan jalan raya bukan sahaja berlaku di SK Green Road tetapi juga berlaku di sekolah-sekolah yang lain. 7.4. YDP memaklumkan bahawa PIBG telah menghantar kertas cadangan bagi memohon sumbangan untuk projek menaik taraf pagar sekolah. 7.5. Encik Ishak bin Bujang mencadangkan supaya kipas (di) siling di dewan dapat ditukar kepada kipas (di) tiang supaya lebih banyak aktiviti sukan dan permainan dapat dijalankan di dewan. 7.6. Jawapan lengkap kepada semua usul/cadangan daripada ibu bapa boleh dirujuk pada lampiran 3 yang disediakan.


5 8.0 UCAPAN PENANGGUHAN MESYUARAT OLEH YDP 8.1. YDP mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru dan ibu bapa yang bersama-sama menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Green Road kali ke-27. 8.2. YDP berharap agar PIBG akan terus berusaha dalam memberi kerjasama serta sumbangan kepada pihak sekolah demi kejayaan dan kecemerlangan anak-anak. Mesyuarat ditangguh pada jam 4.15 petang Minit Dicatat oleh : 1. Cik Iffah Nadzirah binti Saizini 2. Cik Siti Zaharah binti Buang 3. Puan Dayang Azrin binti Hasbi Minit disediakan oleh : Minit disemak oleh : ……………………………………… MOHD. SHUKRI B. MOHD. SALLEH Yang Di Pertua PIBG Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Green Road, Kuching Setiausaha Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Green Road, Kuching


6 LAMPIRAN 1: LAPORAN SETIAUSAHA 1. MESYUARAT JAWATANKUASA BIL. NAMA MESYUARAT PELAKSANAAN AGENDA UTAMA KEHADIRAN 1 Mesyuarat J/Kuasa PIBG Bil.1/2021 Tarikh: 20.11. 2021 (Sabtu) Masa: 9.00 pagi Tempat: Lokasi masingmasing 1. Sesi Suai Kenal AJK PIBG Sesi 2021/2023 2. Laporan Kewangan 3. Laporan Program Hadir : 14 Tidak hadir bersebab: 7 2 Mesyuarat J/Kuasa PIBG Bil.1/2022 Tarikh: 21.05. 2022 (Sabtu) Masa: 9.00 pagi Tempat: Bilik Bacaan SK Green Road 1. Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-27 2. Perancangan program 3. Peruntukan PIBG 2022 Hadir : 13 Tidak hadir bersebab : 8 3 PraMesyuarat Agung PIBG kali ke-27 Tarikh: 15.06. 2022 (Rabu) Masa: 8.00 malam Tempat: Hotel Grand Marghareta 1. Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-27 2. Laporan Kewangan 3. Laporan Setiausaha Hadir: YDP, Setiausaha, Bendahari & Cikgu Lydia 2. BIRO PIBG SESI 2021/2023 1 Biro Akademik dan Kurikulum Ketua Biro : Cik Rohaidah binti Ismawi Setiausaha : En. Robin Ak Maramat 2 Biro Disiplin dan Kebajikan Ketua Biro : En. Ishak bin Bujang Setiausaha : Pn. Hazelyna binti Hairuddin Sap 3 Biro Ko-kurikulum dan Sukan Ketua Biro : Cik Mira Syahida binti Abdullah Setiausaha : En. Asrey bin Ariffin 4 Biro Keceriaan dan Keselamatan Ketua Biro : En. Gerald Anak Benjamin Setiausaha : Pn. Khatijah binti Abdullah 5 Biro Ekonomi dan Pembangunan Ketua Biro : Pn. Lydia Gilbert Nyaod Setiausaha : Pn. Hamasah binti Hassan 6 Biro Komunikasi, Teknologi dan Jamuan Ketua Biro : Pn. Hamisah bt, Wahap Setiausaha : Pn. Shatila binti Kamil 7 Biro Tugas-Tugas Khas Ketua Biro : En. Abdullah Alexander Hobert Zen Setiausaha : En. David Wong Tung Lian


7 3. PEMBIAYAAN AKTIVITI DAN PROGRAM BIL. PERKARA JUMLAH 1 Mengecat Bangunan Sekolah Blok A dan Pentadbiran RM 13,520.00 2 Program Transisi Tahun Satu RM 668.00 3 Program “I am Superstar” Panitia Matematik 2021 RM 1,000.00 4 Program Gaya Hidup Sihat RM 1,000.00 5 Program Minggu Bahasa Melayu 2021 RM 1,000.00 6 Hadiah bagi Program Panitia TMK RM 180.00 7 Sumbangan Untuk Persaraan dan Perpindahan Guru RM 350.00 8 Perbelanjaan Membeli 3 Unit Kanopi dan Papan Notis RM 965.80 9 Bayaran Upah Pemasangan Unifi RM 200.00 10 Bayaran Sewa Untuk RoRo Container (Sampah) RM 330.00 4. SUMBANGAN BIL. PENYUMBANG JUMLAH 1 YB Dato Sri Haji Fadhilah Yusof RM 3,000.00 2 Sarawak Energy Berhad RM 3,600.00 3 PEMADAM Negeri Sarawak RM 1,000.00 4 Datuk Amar Awang Tengah RM 3,000.00 5 Yayasan PEKEMA RM 5,600.00 6 Yayasan Sarawak RM 2,000.00 7 Pertubuhan Aman Mesra Bersatu 3 buah pendingin hawa disediakan oleh: disemak oleh: ………………………………… MOHD. SHUKRI B. MOHD.SALLEH Setiausaha Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Green Road, Kuching Yang Di Pertua PIBG Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Green Road, Kuching


8 LAMPIRAN 2: LAPORAN BENDAHARI


9 LAMPIRAN 3: RINGKASAN USUL/CADANGAN 1. USUL AKADEMIK BIL. USUL/CADANGAN CATATAN/TINDAKAN 1 Kursus motivasi untuk tahun 6 - Mohamad Fairuz bin Masri Boleh dilaksanakan dengan kerjasama Unit Bimbingan & Kaunseling menggunakan peruntukan PIBG pada akhir tahun nanti. Pihak sekolah juga turut mengadakan sesi taklimat bagi kemasukan ke tingkatan 1 (Sekolah feeder dan Sekolah Khusus) 2 Menyelaraskansubjek/m atapelajaranbagi setiap hari untuk mengurangkan jumlah buku teks/buku latihan yang BanyakNurshahlyeana Abdullah Penyusunan Jadual Waktu Anjal berkuatkuasa 04.04.2022 dengan melaksanakan jadual waktu yang mengandungi 3-4 mata pelajaran sehari. Guru mata pelajaran akan memaklumkan murid sama ada buku teks perlu dibawa atau tidak. Ada guru subjek yang menggunakan buku teks digital di dalam kelas. Bilangan buku latihan tidak melebihi 2 buah buku dalam satu masa bagi setiap mata pelajaran. Ibu bapa perlu memantau anak-anak bagi memastikan buku yang dibawa mengikut jadual. Jadual Waktu akan ditambahbaik dari masa ke semasa. 3 Kelas tambahanShahputriana Alisha Ngu binti Abdullah Masa PdP sebelah pagi sudah mencukupi. Murid perlu fokus semasa pengajaran guru. Masa sebelah petang digunakan oleh guru untuk membuat persiapan untuk kelas seterusnya dan menyemak latihan murid. Guru-guru mengikuti kursus dalam talian, mesyuarat, taklimat, bengkel, dialog prestasi, sesi libat urus berkala/sepanjang masa. Murid menyiapkan kerja di rumah atau beriadah pada sebelah petang. Kemenjadian murid bukan sahaja dilihat dari akademik semata-mata tetapi juga sahsiah, rohani, emosi dan jasmani. 4 Menyediakan kelas tambahan kepada murid tahun 4 untuk penyediaan menghadapi UPSR. Bagi meningkatkanprestasi UPSR telah dimansuhkan bermula 2020. Tidak ada penilaian khusus bagi menggantikan UPSR. PBS/PBD diperkasa bagi melihat potensi murid secara menyeluruh. Masa PdP sebelah pagi sudah mencukupi. Murid perlu


10 murid-murid supaya mereka tidak merasa putus asa apabila mereka ketinggalan. Disebabkan pandemik melanda pada tahun lepas, murid banyak ketinggalan dalam pelajaran-Tania anak Cliff fokus semasa pengajaran guru. Masa sebelah petang digunakan oleh guru untuk membuat persiapan untuk kelas seterusnya dan menyemak latihan murid. Guru-guru mengikuti kursus dalam talian, mesyuarat, taklimat, bengkel, dialog prestasi, sesi libat urus berkala/sepanjang masa. Murid menyiapkan kerja di rumah atau beriadah pada sebelah petang. Kemenjadian murid bukan sahaja dilihat dari akademik semata-mata tetapi juga sahsiah, rohani, emosi dan jasmani. Ada murid yang terlibat dengan Kelas Asas Fardhu Ain (KAFA) setiap hari Isnin dan Selasa. 5 Prestasi murid sentiasa dikemaskini- Noorasikin Ann Rekod PBD setiap murid sentiasa dikemaskini oleh guru mata pelajaran secara berterusan. Setiap guru mempunyai Rekod PBD kelas masing-masing. Pelaporan PBD dilaksanakan sebanyak 3 Fasa setahun iaitu Jun 2022, Ogos 2022 dan Februari 2023. Pelaporan PBD Fasa 1 kepada ibu bapa penjaga serta murid akan dilaksanakan pada penghujung bulan Julai dan tarikh akan dimaklumkan kemudian. Tiada isu rekod prestasi murid tidak dikemaskini. 6 Swimming class- Deviyani Kelas renang dan Taekwando tidak termasuk dalam aktiviti Kokurikulum sekolah. Sebaliknya kedua-dua aktiviti ini pihak sekolah telah serahkan kepada pihak swasta untuk uruskan. Pihak sekolah Cuma memantau. Jika ibu bapa/penjaga yang berminat untuk menghantar anak-anak untuk menyertai program ini mohon berurusan terus kepada pihak tersebut. 7 Kelas tambahan untuk anak yang lemah dalam mata pelajaran. Belajar dalam group yang kecil supaya lebih fokusJunaida Binti Junaidi Setiap guru mata pelajaran sentiasa menjalankan aktiviti secara individu, berpasangan dan berkumpulan melalui pelbagai pendekatan seperti perbincangan dan pembentangan tugasan kumpulan di dalam bilik darjah. Rakan sekelas yang dapat menguasai isi pelajaran dengan cepat turut membantu rakan yang belum lagi menguasai pembelajaran atau sesuatu tajuk melalui


11 Selaraskan jumlah murid dalam kelas dalam jumlah yang minimum. Jumlah murid yang ramai, membuatkan murid-murid kurang diberi perhatian oleh guru.-Junaida Binti Junaidi pendekatan ‘Buddy Support System’. Pembelajaran Terbeza (Differentiated Learning) - Latihan mengikut tahap kemampuan setiap murid mengikut 3 kumpulan berbeza iaitu TP1&TP2, TP3&TP4 dan TP5&TP6 juga ada disediakan oleh guru mata pelajaran. 8 Learning techniques seminar- Noraziah Abdul Wahab Cadangan yang baik dan boleh dilaksanakan sekali dengan Program Motivasi Tahun 6. 9 Mohon pihak sekolah menambahbaik jadual waktu pembelajaran bagi mengatasi masalah beg berat. Ini adalah kerana ada murid yang bersaiz kecil dan kelas berada ditingkat yang teratas. Cadangan saya supaya hanya 3 matapelajaran untuk sehari. Jawapan sama dengan perkara 2 Jadual Waktu Anjal sudah disediakan berkuatkuasa 04.04.2022 Guru mata pelajaran akan memaklumkan murid sama ada buku teks perlu dibawa atau tidak. Ada guru subjek yang menggunakan buku teks digital di dalam kelas. Ada juga buku latihan dan buku aktiviti murid yang dikutip oleh guru mata pelajaran untuk disemak, jadi tiada isu beg berat. Sila pastikan murid tidak membawa barangan yang tidak perlu ke sekolah. Terdapat sebilangan murid yang tidak merujuk jadual waktu dan masih lagi membawa buku mata pelajaran yang tidak diajar pada hari tersebut. 10 Pencapaian akademik perlu dipertingkatkan lagiNor Nazziah binti Ibrahim Pentaksiran Sumatif akan dilaksanakan. Info lanjut berkenaan perkara ini akan dimaklumkan oleh KPM. PBD dilaksanakan secara berterusan untuk melihat tahap penguasaan murid. Minggu Panitia Mata Pelajaran dilaksanakan sepanjang tahun. Minggu Pendidikan Islam dan Mathematics Week telah dianjurkan di peringkat sekolah. Minggu PanitiaPanitia Mata Pelajaran yang lain akan menyusul. Guru-guru juga sentiasa melaksanakan Professional Learning Community (PLC) bagi meningkatkan kemahiran mengajar.


12 11 Kelas tambahan onlineZamiza Othman Penyertaan murid dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) semasa tempoh kawalan pergerakan kurang memberangsangkan, masalah capaian Internet, murid tidak fokus, murid tidak memberikan respon apabila guru bertanyakan soalan dan murid tidak menyiapkan tugasan yang diberikan. Buat masa ini, kelas online tidak perlu lagi. PdP secara bersemuka lebih praktikal. PdPR tidak lagi dilaksanakan. PdPC di sekolah dilaksanakan sepenuhnya sejak sekolah dibuka semula. (rujuk Garis Panduan Pengoperasian Sekolah 4.0) Masa PdP sebelah pagi sudah mencukupi. Murid perlu fokus semasa pengajaran guru. Masa sebelah petang digunakan oleh guru untuk membuat persiapan untuk kelas seterusnya. Guru-guru mengikuti kursus dalam talian, mesyuarat, bengkel, sesi libat urus berkala/sepanjang masa. Murid menyiapkan kerja di rumah atau beriadah pada sebelah petang. 12 Kekalkan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar-Zafirah Matthew Abdullah Bahasa Pengantar sesebuah sekolah ditetapkan oleh KPM Ianya Dasar Kerajaan. Dual Language Program Sarawak (DLP Sarawak) dilaksanakan di semua sekolah di Sarawak. Sains dan Matematik diajar dan dipelajari dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya. Bahasa Melayu dimartabatkan dan Bahasa Inggeris diperkukuhkan. Highly Immersive Programme (H.I.P) dilaksanakan di sekolah bagi mewujudkan persekitaran Bahasa Inggeris. 13 Meningkatkan taraf akademik- Nor Rodhiah binti Sherbini Jawapan adalah sama seperti Usul #12 Pentaksiran Sumatif akan dilaksanakan. Info lanjut berkenaan perkara ini akan dimaklumkan oleh KPM. PBD berterusan untuk melihat tahap penguasaan murid. Minggu Panitia Mata Pelajaran dilaksanakan sepanjang tahun. Minggu Pendidikan Islam dan Mathematics Week telah dianjurkan di peringkat sekolah. Minggu Panitia-


13 Panitia Mata Pelajaran yang lain akan menyusul. 14 Harap para guru memperketatkan pemantauan anak-anak murid di dalam kelas- Nor Rodhiah binti Sherbini Memang sudah menjadi tugas dan peranan guru untuk memantau murid di dalam kelas. Peranan ibu bapa penjaga juga amat penting di dalam perkara ini. Terapkan budaya menghormati guru di dalam diri anak-anak. 15 Ramai Murid Tahun 1 masih gagal mengusai asas 3M kesan dari Pandemik Covid- Deo Aidan Joshae anak Dicky Guru sentiasa berusaha membantu murid agar dapat menguasai 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul (reasoning). Peranan ibu bapa penjaga amat penting. Kurangkan penggunaan gajet di kalangan anak-anak kecuali bagi tujuan pembelajaran. Beli buku ‘Bacalah Sayang’ dan ‘English Phonics’ book. Kelas Pemulihan Khas hanya untuk murid Tahun 2 dan Tahun 3 sahaja. Program Galakan Membaca Peringkat Sekolah dan Program Bacathon anjuran bersama PIBG SKGR. Intervensi Membaca untuk murid Tahun Satu oleh guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Program Menggilap Permata (Program Intervensi) Kelas Pemulihan Khas Tahun 2 dan Tahun 3. Mathematics Intervention Programme (Differentiated Learning) dilaksanakan oleh guru Matematik untuk membantu murid menguasai asas mengira. 2. USUL DISIPLIN BIL. USUL/CADANGAN CATATAN/TINDAKAN 1 Ambil perhatian masalah buli dalam kelas- Russell Ahngong Memberi perhatian kepada murid supaya tidak ada kes buli di sekolah seperti meminta duit sesama sendiri- Banun Samuel Setakat ini tiada laporan isu buli yang serius sehingga melibatkan peraturan dan undangundang. Sebab istilah buli merupakan gangguan emosi, fizikal yang terlalu besar. Cuma kes-kes terpencil yang melibat kenakalan murid/ganggu dan bergurau yang berlebihan. Dakwaan salah laku disiplin telahpun pihak sekolah siasat dan selesai.Semasa PdP murid-murid adalah di bawah kawalan dan pengawasan guru mata


14 pelajaran. Salah laku disiplin sentiasa diingatkan kepada murid-murid semasa dalam kelas dan perhimpunan. 3. USUL KEBAJIKAN BIL. USUL/CADANGAN CATATAN/TINDAKAN 1 Tubuhkan tabung kebajikan untuk muridmurid miskin-Mohamad Fairuz bin Masri Jawatankuasa Bantuan dan Kebajikan Sekolah sudah ditubuhkan. Berperanan untuk mengenalpasti murid sekolah yang layak untuk menerima bantuan yang disalurkan oleh pihak kerajaan,agensi swasta mahupun orang perseorangan. 2 Bantuan MuridShaputriana Alisha Ngu binti Abdullah Pihak sekolah memang memastikan murid yang layak menerima bantuan mendapat bantuan yang sepatutnya mengikut syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Senarai bantuan seperti Bantuan awal Persekolahan( BAP ) Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin(KWAPM),Bantuan Pakaian Seragam,Bantuan Back To School. 3 Kebajikan guru dan staffNoorasikin Ann Pihak sekolah sudah mewujudkan badan kebajikan khas untuk guru dan staff. 4 Tempat menunggu yang lebih selamat dan selesa terutamanya selepas KAFA dan KokurikulumAbang Syahraini bin Man Tempat menunggu memang sudah disediakan dan dalam keadaan yang selesa dan selamat. Kerusi telah disediakan dengan mencukupi. 5 Bantuan untuk anak cemerlang-Deviyani Sumbangan PIBG, Baitulmal, Yayasan Sarawak dan Badan-Badan Bukan Kerajaan. 6 Sediakan tempat makan yang bersih dan berlapik sekiranya murid disuruh makan diluar kelas- Junaida Pihak sekolah telamenyusun semula waktu rehat murid secara berperingkat. Tahap 1 - ( 9.40 – 10.00 ) Tahap 2 - ( 10.10 -10.30 )


15 binti Junaidi Tahap 1 :Murid Tahun 1 dan 2 makan di dalam kelas. Murid tahun 3 makan di meja kantin. Tahap 2:Tahun 5, dan 6 makan di dalam kelas. Murid tahun 4 makan di meja kantin 7 Mohon pihak sekolah memantau/menasihatkan pihak guard supaya menjalankan tugas/peranan yang sepatutnya terutama sekali semasa tamat waktu persekolahan. Sekurang-kurangnya pihak guard membantu kelancaran trafik dikawasan sekolahNorjehan binti Hossen Skop tugas Pengawal Keselamatan hanya dalam kawasan sekolah. Jika ada pengawal secara suka rela mengawal lalulintas itu budi bicara mereka. Ada guru yang bertugas bagi memantau keselamatan pada setiap hari (Waktu datang dan balik) 4. USUL PEMBANGUNAN BIL. USUL/CADANGAN CATATAN/TINDAKAN 1 Refurbish tandas sekolah - Mohamad Fairuz bin Masri Setakat ini tandas di bangunan Blok B menepati standard yang telah ditetapkan. Kita tidak dibenarkan untuk mengubah suai kerana ianya mengikut plan asal bangunan. Apa yang perlu kita buat jika mengalami kerosakan, kita hanya perlu tukar ganti bahagian/peralatan yang rosak (pam kepala paip dan hos) 2 Kalau boleh ada ‘hose paip’ bagi memudahkan murid untuk membuang air besar- Noorazlizan bin Razali Hos, baldi dan gayung telah disediakan di setiap tandas. 3 Membaiki tandas yang rosak dan sentiasa memastikan tandas Tandas merupakan kemudahan yang sangat penting di mana-mana institusi, pejaabat bangunan awam dan sebagainya. Kewajipan


16 bersih dan selamatAbdul Razib bin Abdillah pihak yang bertanggung jawab dalam memastikan (keselamatan, kebersihan dan keceriaan) dijaga sepanjang masa. 4 Penyelenggaraan tandas murid-Noorasikin Ann Penyelenggaraan telah dilaksannakan pada bulan Mac tahun 2021. Antara perkara yang diselanggara ialah Tukar pintu Tandas lelaki blok B, Tukar pam (Sistem flush) dan pintu di Tandas lelaki & perempuan di Blok A. 5 Baiki tandas kerana aduan selalu tiada air-Nur Akma Hadirah binti Ezalman Sejak kebelakangan ini memang isu ketiadaan menjadi kerisauan pihak sekolah. Tekanan air yang rendah akibat pam tidak berfungsi dengan baik. Masalah segera di atasi memandangkan kemudahan tandas memang sangat perlu. Buat masa ini isu tekanan air yang rendah dapat diselesaikan. Dua buah pam air telah dibaikpulih. 6 Kebersihan tandas haruslah diutamakan- Sharifah Norafizah binti Wan Arbi Kebersihan tandas telah dipertanggungjawabkan kepada pekerja syarikat pembersihan. Jadual pembersihan tandas telah ditetapkan: 2 kali sehari, 10.30 pagi & 3.00 petang 7 Tandas dibuat baru di kawasan lain selain daripada kawasan blok kelas-Zamiza Othman Buat masa ini tiada keperluan untuk membina tandas baru di tempat lain (memerlukan penyediaan tempat dan kos pembinaan) di mana tempat di sekolah ini adalah terhad. 8 Kemudahan Letak Kereta: Shaputriana Alisha Ngu binti Abdullah Setakat ini tempat letak kereta sedia ada di dalam kawasan sekolah adalah terhad. Bilangan nya hanya cukup untuk menampung 56 orang guru dan kakitangan. 9 Kemudahan parkingDeviyani 10 Cat Semula Bangunan Sekolah- Angela Merici anak Dolen Bangunan sekolah di cat warna baru Kerja-kerja mengecat bangunan Blok A sudah pun selesai tahun lepas dengan sumbangan PIBG. Manakala bangunan Blok B dalam proses memperolehi sumber kewangan bagi kerja-kerja mengecat.


17 11 Di cat semula agar nampak ceria- Nur Irdilla binti Ibrahim Jawapan di atas 12 Lalulintas: Permohonan pembesaran jalan masuk dan keluar kepada pihak berkuasa tempatan bagi mengatasi masalah kesesakan lalulintasChillter anak Guna Proses pembesaran jalan di luar kawasan sekolah adalah di luar kemampuan dan tanggungjawab pihak sekolah. Walaubagaimanapun pihak sekolah hanya boleh mencadang dan memohon pihak berkuasa tempatan dalam urusan tersebut. Jika kita lihat dari sudut keluasan kawasan, memang terhad disebabkan oleh kawasan perumahan terlalu dekat dengan jalanraya. 13 Padang Sekolah: Pembangunan prasarana sukan (padang bola)- Chillter ak Guna Semua aktiviti sukan dan permainan dijalankan di kawasan padang dan dalam dewan sedia ada. 14 Padang untuk aktiviti sukan dibaiki dan diperbesarkan- Nur Akma Hadirah binti Ezalman Semua aktiviti sukan dan permainan dijalankan di kawasan padang dan dalam dewan sedia ada. 5. LAIN-LAIN USUL BIL. USUL/CADANGAN CATATAN/TINDAKAN 1 Buat pemantauan harga di kantin, ya memang sedia maklum harga barang meningkat, tetapi jangan terlalu naik sangat harga makanan- Noorazlizan bin Razali Pemantauan secara menyeluruh kepada pengusaha kantin telah dilaksanakan dari masa ke semasa. Pihak JPN, PPD dan Pejabat Kesihatan juga membantu dalam membuat pemantauan tersebut. 2 Penambahbaikan kerusi meja di kantin/dewan untuk murid-murid lebih selesa dan bersih berbanding jika hanya makan duduk bersila di lantai dewanNurshahlyeana Keseluruhan kawasan kantin sudahpun disediakan meja dan kerusi dengan secukupnya. Lampu dan kipas sudah berfungsi sepenuhnya.


18 Abdullah 3 Mohon anak-anak skgr jaga kesihatan, jika batuk atau demam tolong nasihat ibu bapa tersebut untuk tidak menghantar anak ke sekolah bagi mengelakkan penyakit tersebut berjangkit kepada muridmurid lain- Noorasikin Ann Pihak sekolah telah memaklumkan kepada semua ibu bapa dalam sesi libat urus penoperasian pembukaan sekolah berkaitan dengan SOP terkini yang mengandungi penjagaan kesihatan dan keselamatan. Pihak sekolah telah menyediakan bilik isolasi bagi menempatkan murid yang bergejala sebelum ibu bapa datang untuk menjemput. 4 Meyediakan RELA/ security untuk mengawasi lalu lintas di depan sekolah bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas & keselamatan murid-murid semasa melintas-Banun Samuel Kos bagi menyediakan perkhidmatan RELA sangat tinggi bagi tujuan pemantau lalulintas setiap hari. Tetapi jika PIBG mampu untuk membiayai perkhidmatan RELA, kita boleh laksanakan. Setakat ini kita hanya menggunakan khidmat Pengawal Keselamatan dan tenaga guru yang bertugas harian. 5 Memasang LCD Projektordi semua kelas tahun 6- Wee Chuan Siew LCD merupakan aset alih (Harta Modal). Bagi memperolehi harta modal peruntukan PCG mata pelajaran hanya membenarkan 30% (RM5000.00) daripada jumlah keseluruhan peruntukan PCG Mata Pelajaran. Ini bermakna pihak pengurusan hanya boleh memperolehi sebuah sahaja LCD setahun. Bagi tahun ini (2022) kita telah memperuntukan sejumlah RM2000.00 untuk membeli LCD untuk mata pelajaran sejarah. Bagi tujuan itu kita kenalah menunggu tahun 2023 untuk memperolehi satu lagi LCD.


Click to View FlipBook Version