The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aliciabintang09, 2023-06-15 21:01:58

KERTAS KERJA GAWAI YB - Copy

KERTAS KERJA GAWAI YB - Copy

Keywords: KERTAS KERJA GAWAI

SK SAINT LUKE (M) NG BAOH 96300 DALAT,SARAWAK KERTAS KERJA MAJLIS SILANG BUDAYA : SAMBUTAN HARI GAWAI SK SAINT LUKE (M) NANGA BAOH DALAT TAHUN 2023 TARIKH : 10 JULAI 2023 (ISNIN) TEMPAT : BALAI RAYA, NANGA BAOH ANJURAN : SK SAINT LUKE (M) NANGA BAOH DENGAN KERJASAMA : PERSATUAN PIBG SK SAINT LUKE (M) NANGA BAOH DAN KOMUNITI SETEMPAT


1.0 PENGENALAN Program Majlis Silang Budaya: Sambutan Hari Gawai merupakan salah satu program sekolah dengan kerjasama pihak ibu bapa/penjaga dan komuniti setempat yang akan dilaksanakan pada bulan Julai. Program ini dilaksanakan untuk meraikan salah satu sambutan perayaan utama bagi masyarakat Dayak di Sarawak yang disambut pada 1 Jun pada setiap tahun. 2.0 MATLAMAT Program ini bertujuan untuk memperkenalkan dengan lebih dekat tentang adat dan budaya semasa sambutan Hari Gawai yang diraikan oleh masyarakat Dayak di Sarawak. Selain itu, program ini juga dapat memberi peluang kepada warga sekolah, ibu bapa/penjaga dan komuniti setempat yang tidak meraikan Hari Gawai untuk merasai kemeriahan dan mencatat kenangan terindah. 3.0 OBJEKTIF PROGRAM 3.1 Untuk memperkenalkan kepada murid dan masyarakat disekeliling dengan budaya dan adat kaum lain. 3.2 Mengeratkan hubungan silaturahim serta hubungan kekeluargaan yang sedia terjalin antara warga sekolah SK Saint Luke, ibu bapa/penjaga dan komuniti setempat Nanga Baoh. 3.3 Menyatakan kepada murid betapa pentingnya semangat kerjasama dan semangat bersatu padu dalam diri supaya keamanan sejagat dapat dipelihara. 3.4 Menunjukkan kepelbagaian kaum yang menjadikan bumi Sarawak unik dan harmoni. 4.0 PELAKSANAAN 4.1 Dilaksanakan pada bulan 10 Julai 2023 bersamaan hari Isnin. 4.2 Tempat pelaksanaan di Balai Raya, Nanga Baoh. 5.0 SASARAN Semua ibu bapa/penjaga murid Tahun 1 hingga Tahun 6 serta komuniti setempat sekitar Nanga Baoh.


6.0 AHLI JAWATANKUASA JAWATANKUASA NAMA Pengerusi Encik Larry bin Basah (PK Pentadbiran) Puan Rowenna Niga anak Kerry (YDP PIBG) Naib Pengerusi Puan Norlaila binti Sani (PK Hal Ehwal Murid) Encik Amri bin Brahim (PK Kokurikulum) Encik Sapit anak Antas (Naib YDP PIBG) Penyelaras Encik Wattson anak Encharang Setiausaha Cik Alicia Bintang anak Jampong Bendahari Puan Theresa Badik anak Meng JK Pengacara Encik Mohd Norazlizam bin Azman (Bahasa Melayu) Cik Jacklyn anak Francis (Bahasa Iban) JK Bacaan Doa Encik Irang anak Imong JK Latar Pentas/Perhiasan Dewan Cik Nur Dayana binti Mazelan (K) Semua warga sekolah Ibu bapa/penjaga Komuniti setempat JK PA Sistem dan Peralatan Encik Mohammad Faddizul bin Serani (K) Ustaz Amirul Mukminin bin Amri JK Buku Program Cik Sapinah binti Abdul Rahman JK Penyediaan Tempat/ Kemas Semula Ustaz Amirul Mukminin bin Amri (K) Encik Hussaini bin Hamdan Semua murid JK Jurugambar Cik Nur Dayana Binti Mazelan (K) Puan Azura Humairah Abdullah JK Dokumentasi Puan Nur Ainisyahadah Abdullah (K) Cik Alicia Bintang anak Jampong


JK Persembahan 1. Ngajat : - Puan Theresa Badik anak Meng(K) - Cik Alicia Bintang anak Jampong 2. Taboh : - Puan Rowenna Niga anak Kerry (K) - Encik Sapit Anak Antas JK Penyediaan Ranyai Encik Wattson Anak Encharang (K) Semua staf lelaki dan komuniti setempat JK Pertandingan Pekit Kumang dan Keling (Kanak-kanak) Cik Erma binti Ahmad (K) Cik Sapinah binti Abdul Rahman JK Hadiah dan Cabutan Tiket Bertuah Cik Alicia Bintang anak Jampong(K) Puan Fauziah binti Fauzi Puan Nur Aini Syahadah Abdullah JK Sukaneka (Pekit) Puan Azura Humairah Abdullah (K) Encik Mohd Norazlizam bin Azman Encik Wattson anak Encharang Encik Belajuk anak Briah JK Kebersihan Pekerja Kebersihan Sekolah Semua warga sekolah Ibu bapa/penjaga Komuniti setempat JK Keselamatan Pengawal Keselamatan Sekolah JK Jamuan Cik Tijah bin Suhai (K) PPM Asrama PO Asrama Wakil ‘Booth’ setiap Rumah Panjang


7.0 ATUR CARA SAMBUTAN MAJLIS SILANG BUDAYA: SAMBUTAN HARI GAWAI 7.1 Atur Cara Siang 0900: Mendirikan ‘Ranyai Uti’ dan gantung ‘Buah Ranyai’ 1100: - Pertandingan Melastik Tin/ Botol - Pertandingan Minum Air Manis Guna Mangkuk - Pertandingan Memancing Tin Kosong - ‘Meli Penyanyi Belagu’ (aktiviti selingan) 1230: Rehat dan Merarau 1400: - Pertandingan ‘Makai Chuan/Penganan’ - Pertandingan ‘Masukka Tanchut Ngena Kaki’ - Pertandingan ‘Engkeratung/Gamal paling Jai’ - ‘Meli Penyanyi Belagu’ (aktiviti selingan) 1630: Bersurai 7.2 Atur Cara Malam 1800: Ketibaan YDP/Wakil Klinik/Para Ibubapa 1830: Bacaan doa - Encik Irang anak Imong Ucapan aluan - Encik Larry bin Basah (PK Pentadbiran) Ucapan perasmian - Puan Rowenna Niga anak Kerry (YDP PIBG) Gimik Perasmian - Paluan gong oleh YDP PIBG 1930: - Cabutan Bertuah 1 - Persembahan Ngajat ‘Ngalu Temuai’- Murid Tahap 2 - Persembahan Taboh -Ibu bapa/penjaga/Murid Tahap 2 2000: - Minum Rehat - Cabutan Bertuah 2 2030: - ‘Pekit Kumang enggau Keling Nembiak’ - Karaoke Hiburan - Penyampaian Hadiah - Cabutan Bertuah 3 2200: ‘Numbangka Ranyai’ 2230: Bersurai


8.0 PERINCIAN AKTIVITI PERTANDINGAN (PEKIT) BIL PERINCIAN AKTIVITI JUMLAH BAYARAN (RM) JUMLAH PENYERTAAN 1. Pertandingan ‘Makai Chuan/Penganan’ RM 2.00 6 Orang Peserta 2. Pertandingan Melastik Tin/Botol RM 2.00 6 Orang Peserta 3. Pertandingan Minum Air Manis Guna Mangkuk RM 2.00 6 Orang Peserta 4. Pertandingan Memancing Tin Kosong RM 2.00 6 Orang Peserta 5. Pertandingan ‘Masukka Tanchut Ngena Kaki’ RM 2.00 6 Orang Peserta 6. Pertandingan ‘Engkeratung/Gamal Paling Jai’ RM 2.00 6 Orang Peserta 7. ‘Meli Penyanyi Belagu’ RM 3.00 Tiada Had 8. ‘Pekit Kumang enggau Keling Nembiak (Ngepan Iban/ Baju Bermotifkan Pua Kumbu) RM 3.00 - 6 Orang Lelaki -6 Orang Perempuan 9. Tiket Bertuah RM 3.00 - 9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN Bil Perkara Kuantiti Harga Seunit Jumlah (RM) 1 Makanan dan Minuman 50 RM10 RM500 2 Hamper 40 RM30 RM1200 3 Hiasan “backdrop” - - RM500 Jumlah RM2200


10.0 PENUTUP Diharap dengan adanya program seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan di antara staf sekolah, ibu bapa/penjaga dan komuniti setempat di Nanga Baoh. Selain itu, diharapkan agar program ini akan membolehkan murid-murid lebih terbuka dan bersedia menerima budaya lain selain daripada budaya yang ada di persekitaran mereka. Disediakan oleh: ….…………………….. (THERESA BADIK ANAK MENG) Setiausaha PIBG, SK Saint Luke, Dalat. Disemak oleh: ….…………………….. (ROWENNA NIGA ANAK KERRY) YDP PIBG, SK Saint Luke, Dalat Disahkan oleh: ….…………………….. (LARRY BIN BASAH) Penolong Kanan Pentadbiran, SK Saint Luke, Dalat.


Click to View FlipBook Version