NAMA: ARIFF ADHAM BIN KHAIRUNNIDZAM OPSYEN / AMBILAN: PISMP MATEMATIK 3 AMBILAN JUN 2021/2026 KURSUS: EDUP3143 - SOSIOLOGI DALAM PENDIDIKAN Kesan-Kesan Stratifikasi Sosial dan Faktor-Faktor Kepelbagaian Sosiobudaya terhadap Pendidikan di Malaysia TUGASAN 2 - PRODUK DIGITAL
Isi Kandungan 1 2 FAKTOR-FAKTOR KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA TERHADAP PENDIDIKAN DI MALAYSIA KESAN-KESAN STRATIFIKASI SOSIAL DALAM PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Stratifikasi sosial merujuk kepada pembahagian masyarakat kepada pelapis-pelapis atau tahap-tahap berdasarkan kepada beberapa kriteria tertentu seperti status sosial, kekayaan, pendidikan, atau kuasa. Maksud dari stratifikasi sosial adalah untuk menggambarkan bagaimana masyarakat secara hierarki terbahagi berdasarkan perbezaan-perbezaan tersebut. Stratifikasi sosial boleh memberikan kesan yang signifikan kepada kehidupan individu dan kumpulan dalam masyarakat. Orang-orang dengan status sosial atau kekayaan yang tinggi cenderung mempunyai akses yang lebih besar kepada sumber daya dan peluang, sementara mereka yang berada di lapisan bawah mungkin menghadapi batasan-batasan tersebut. Maksud Stratifikasi Sosial Stratifikasi sosial dapat mempengaruhi banyak aspek kehidupan, termasuk peluang pendidikan, pekerjaan, akses kepada perkhidmatan kesihatan, dan kuasa politik. Selain itu, stratifikasi sosial juga dapat mempengaruhi norma-norma budaya dan interaksi sosial antara individu dan kumpulan.
Kesan-Kesan Stratifikasi Sosial dalam Pendidikan di Malaysia
Sekolah merupakan sebuah bangunan atau tempat yang berfungsi untuk memberikan pendidikan kepada pelajar, yang merujuk sesiapa yang belajar di situ Sekolah Kesan-Kesan Stratifikasi Sosial dalam Pendidikan di Malaysia Institusi Sosial adalah sebagai satu cara yang standard diwujudkan. khususnya untuk mengatasi pelabagai masalah masyarakat seperti menguruskan kematian, pengagihan makanan, kuasa dan sebagainya (Meyer, 1977) Institusi Sosial
Menubuhkan Institut Sosial Malaysia (ISM) Menawarkan program latihan yang berkualiti Menjalankan penyelidikan dan menghasilkan penerbitan terkini berkaitan isu-isu sosial sejagat Kepentingan Institusi Sosial Pendidikan dari segi politik, ekonomi, pentadbiran, agama dan sebagainya Menawarkan jawatan-jawatan prestasi akademik yang tinggi dalam bidang pentadbiran Laman Sesawang Institut Sosial Malaysia Kesan-Kesan Stratifikasi Sosial dalam Pendidikan di Malaysia Institusi Sosial
Sekolah Organisasi sekolah terbahagi kepada kumpulan iaitu pelajar, guru, pentadbir, dan kakitangan sekolah Setiap kumpulan mempunyai peranan dan kedudukan masing masing Pelajar dan Guru Guru
Konflik Hubungan Manusia di Sekolah Tingkahlaku atau peranan seseorang atau kumpulan di dalam sesuatu status tertentu didapati tidak mengikut ekspektasi orang lain yang memegang status peranan berkaitan. Guru yang berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah dalam pengurusan pendidikan dilantik memegang jawatan pengurusan di sekolah Ahli kumpulan tidak memahami dan enggan mengiktiraf cara kumpulan lain berperanan bagi mencapai matlamat organisasi sekolah tersebut
Sekolah Kesan Manakala, guru ini lebih berminat untuk menggunakan gaya pentadbiran dan kepimpinan terkini Golongan Bukan Konservatif Positif Organisasi sekolah akan berfungsi dengan berkesan bagi mencapai matlamatnya Negatif Membawa kepada keretakan hubungan terhadap pelbagai pihak dan mengganggu dalam mencapai matlamat organisasi Mereka lebih berminat dalam mengekalkan amalan-amalan dan peraturan lama semua aspek pentadbiran dan gaya kepimpinan sekolah Golongan Konservatif 1 2 3 Konservatif - bersikap mempertahankan adat
Sekumpulan manusia yang hidup bersama, saling berhubungan dan bekerjasama, mempunyai kesatuan sosial, serta sentiasa membina kebudayaan Masyarakat Kesan-Kesan Stratifikasi Sosial dalam Pendidikan di Malaysia Salah satu kelompok atau kumpulan manusia yang hidup bersama sebagai satu kesatuan atau unit masyarakat terkecil dan mempunyai hubungan darah, tinggal bersama, ikatan perkahwinan dan mempunyai seorang ketua keluarga Keluarga
Fungsi Keluarga Meneruskan keturunan, memelihara dan membesarkan anak, memberikan makanan bagi keluarga, merawat dan melindungi kesehatan para anggotanyadan Fungsi Biologis Identiti keluarga dan rasa selamat dan kasih sayang, membentuk personaliti, perlindungan keselamatan serta mengadakan hubungan keluarga dengan keluarga lain atau masyarakat Fungsi Psikologi Meneruskan nilai-nilai budaya, pembentukan norma-norma, tingkah laku pada setiap tahap perkembangan anak serta kehidupan keluarga Fungsi Sosiologi
Fungsi Keluarga Mencari sumber-sumber untuk memenuhi fungsi lainnya, pembahagian sumber-sumber tersebut untuk pengeluaran atau tabung tabungan dan menguruskan ekonomi atau kewangan Fungsi Sosial Membina keterampilan, tingkah laku dan pengetahuan dalam hubungan dengan fungsi-fungsi lain, persiapan untuk kehidupan dewasa dan memenuhi peranan sehingga anggota keluarga yang dewasa Fungsi Pendidikan
Stratifikasi sosial keluarga merujuk kepada pengkategoriannya ke dalam kumpulan berdasarkan faktor sosioekonomi seperti kekayaan, pendapatan, bangsa, pendidikan, etnik, jantina, pekerjaan, status sosial, atau kuasa yang diperolehi (sosial dan politik). Stratifikasi sosial keluarga berkait dengan pembahagian masyarakat kepada kategori, pangkat, atau kelas. Stratifikasi ini memberi manfaat kepada golongan kaya dan berkuasa dengan mengorbankan golongan miskin. Stratifikasi Sosial Keluarga Stratifikasi sosial dalam keluarga telah mewujudkan latar belakang keluarga berasaskan kaum dan kekayaan. Contoh utama ialah jurang gaji yang berbeza antara wanita dan lelaki, kaum, etnik, keturunan, dan kasta berasaskan kelahiran. Begitu juga dalam aspek lokasi tempat tinggal antara kawasan bandar, luar bandar dan pedalaman. Masyarakat yang menetap di kawasan bandar raya dan bandar akan mempunyai akses pendidikan yang lebih luas, pilihan sekolah dan institusi pendidikan yang pelbagai berbanding murid yang tinggal di kawasan luar bandar dan pedalaman yang mengalami kekurangan akses dalam pelbagai aspek
Sistem Sosial Stratifikasi Sosial Mempunyai Kepimpinan Manusia yang Hidup dalam Satu Kumpulan Melahirkan Kebudayaan Berubah Setiap individu dilahirkan sebagai pemimpin. Pemimpin dipilih secara keturunan atau diwarisi dalam tradisional. Moden berdasarkan pencapaian, kewibawaan serta karisma mereka Bhg. 1 - Pemilihan harta atau kekayaan Bhg. 2 - Status peranan individu Bhg. 3 - Kasta yang ditentukan melalui kelahiran Susunan bahagian yang saling berkaitan dan saling memerlukan untuk membentuk satu kesatuan Dari segi bilangan ahli, sistem ekonomi, politik dan sosial. Perubahan berlaku secara sedar dan tidak sedar Menghasilkan kebudayaan bebentuk material atau bukan material. Kebudayaan berbeza antara masyarakat bergantung kepada keperluan Wujud hubungan timbal balik dalam kelompok. Faktor milik bersama, sekeluarga, sebangsa, senegara dan seindeologi. Saling Berhubungan Berhubung sesama kelompok ataupun berbeza. Hubunga berlaku secara formal atau tidak formal. Masyarakat
Faktor-Faktor Kepelbagaian Sosiobudaya terhadap Pendidikan di Malaysia
Sosiobudaya merujuk kepada gabungan antara unsur-unsur sosial dan budaya dalam suatu masyarakat atau kumpulan manusia. Istilah ini mengacu pada interaksi kompleks antara aspek-aspek sosial (seperti struktur sosial, norma, nilai, dan institusi) dengan aspek-aspek budaya (seperti kepercayaan, adat istiadat, bahasa, dan seni). Dengan kata lain, sosiobudaya menggambarkan bagaimana faktorfaktor sosial dan budaya saling mempengaruhi dan membentuk kehidupan manusia dalam masyarakat. Fenomena sosiobudaya dapat mencakup segala sesuatu dari cara manusia berinteraksi dan berkomunikasi, hingga cara mereka membangun institusi sosial, mengatur kehidupan sehari-hari, serta memahami dan menyikapi dunia di sekitar mereka. Apa itu Sosiobudaya? Kajian tentang sosiobudaya seringkali melibatkan analisis terhadap pola-pola perilaku manusia, norma-norma sosial, struktur masyarakat, sistem kepercayaan, dan manifestasi budaya lainnya dalam konteks hubungan sosial yang beragam. Ini membantu kita memahami bagaimana nilai-nilai budaya mempengaruhi cara manusia berinteraksi dan membentuk dinamika sosial dalam masyarakat.
KEPERCAYAAN / AGAMA Akuan kebenaran terhadap sesuatu perkara yang disertai oleh perasaan yang pasti terhadap perkara berkait dengan jiwa. Kepercayaan melibatkan akidah dan iman ADAT RESAM DAN BUDAYA Peraturan yang telah diamalkan sejak turun temurun dalam sesebuah masyarakat, sehingga menjadi peraturan dan hukum yang harus dipatuhi STRUKTUR SOSIAL Corak perhubungan dan institusi yang teratur dalam membentuk masyarakat atau kumpulan sosial BAHASA Satu sistem yang mempunyai makna, digunakan untuk menyampaikan konsep, membuat pernyataan dan bertindak sebagai alat komunikasi cth: tulisan, lisan dan gerakan (bahasa isyarat) BANGSA Malaysia merupakan salah satu negara berbilang kaum dan terdapat pelbagai etnik budaya dan agama Faktor-Faktor Kepelbagaian Sosiobudaya terhadap Pendidikan di Malaysia
Kewujudan pelbagai kaum dan etnik Malaysia menyebabkan kepelbagaian bahasa dan loghat yang berbeza-beza yang difahami dalam satu kelompok tertentu atau lebih besar. Sekolah merupakan salah satu tempat yang paling baik dalam mewujudkan perpaduan dengan menjadikan fungsi bahasa sebagai satu cara integrasi dan adaptasi sosial Struktur ini merangkumi pelbagai elemen dan susunan yang membentuk dan mempengaruhi kehidupan sosial, termasuk peranan, norma, hierarki, organisasi dan institusi. Struktur ini menunjukkan bagaimana individu dan kumpulan berinteraksi dalam masyarakat dan bagaimana mereka diletakkan secara relatif antara satu sama lain. Bangsa Kefahaman dalam identiti bangsa yang berbilang kaum akan dapat mewujudkan semangat saling hormatmenghormati, bekerjasama, toleransi agar dapat hidup dengan aman dan harmoni. Kepelbagaian budaya di Malaysia disebabkan sejarah penajajahan pendatang dari China tiba di Tanah Melayu. Suku kaum Cina yang mengamalakan kebanyakan adat Melayu tetapi masih mengekalkan beberapa budaya asal mereka. Bahasa Struktur Sosial Faktor-Faktor Kepelbagaian Sosiobudaya terhadap Pendidikan di Malaysia
Adat bermaksud suatu kebiasaan, manakala resam ialah lembaga, peraturan, hukum, norma yang dijunjung oleh kelompok masyarakat. Adat merujuk kepada undang-undang, atau hukum adat yang merangkumi bidang sosial, politik, ekonomi dan undang-undang samudera. Adat merangkumi seluruh aspek bermula daripada kelahiran, perkahwinan hinggalah kematian. Budaya merupakan satu cara hidup sama ada dipelajari oleh seseorang individu ataupun sesuatu kelompok yang merangkumi cara bertindak , berkelakuan dan berfikir Kepercayaan dan Agama Setiap bangsa mempunyai anutan dan kepercayaan mereka sendiri. Sebuah negara yang mengamalkan dasar pemerintahan yang bercorak keislaman adalah negara Malaysia. Penerapan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran membuktikan kepada perpaduan dalam kepelbagaian budaya dan agama di Malaysia. Selain daripada agama Islam, terdapat juga agama lain di Malaysia adalah agama Hindu, Buddha, Kristian, Animisme dan sebagainya Adat Resam dan Budaya Faktor-Faktor Kepelbagaian Sosiobudaya terhadap Pendidikan di Malaysia
Komponen Utama Struktur Sosial Set tingkah laku yang diharapkan, hak dan tanggungjawab yang dikaitkan dengan kedudukan atau status sosial tertentu. Mereka membimbing bagaimana individu harus bertindak dan berinteraksi dalam masyarakat. Contoh peranan adalah ibu bapa, guru, doktor, dan warganegara 1. Peranan Merujuk kepada kedudukan sosial atau kedudukan individu dalam masyarakat Ia boleh dianggap (diberikan semasa lahir atau berdasarkan ciriciri seperti jantina atau bangsa) atau dicapai (diperoleh daripada usaha atau pencapaian individu) Status biasanya datang dengan peranan dan jangkaan tertentu 2. Status Peraturan dan garis panduan yang diterima secara sosial yang mengawal tingkah laku dalam masyarakat atau kumpulan Mereka menentukan tindakan yang dianggap sesuai atau tidak wajar dalam pelbagai konteks sosial. Norma boleh menjadi formal (undang-undang) atau tidak formal (adat dan etika) 3. Norma
Komponen Utama Struktur Sosial Sistem dan struktur formal yang memenuhi fungsi dan peranan sosial tertentu dalam masyarakat Contohnya termasuk kerajaan, pendidikan, keluarga, agama, dan ekonomi. Institusi membantu mengatur dan mengawal selia pelbagai aspek kehidupan sosial 4. Institusi Merujuk kepada kedudukan atau susun lapis individu atau kumpulan dalam masyarakat berdasarkan faktor seperti kekayaan, kuasa, prestij atau kelas sosial. Hierarki boleh membawa kepada akses yang tidak sama rata kepada sumber dan peluang 5. Hierarki Sosial Merangkumi pelbagai kumpulan sosial dan organisasi yang dimiliki oleh individu, seperti keluarga, kelab, kumpulan agama, syarikat dan parti politik. Kumpulan ini selalunya mempunyai struktur dan norma mereka sendiri 6. Kumpulan dan Organisasi
Komponen Utama Struktur Sosial 7. Rangkaian Sosial 8. Budaya Hubungan dan perhubungan antara individu dan kumpulan dalam masyarakat. Mereka boleh menjadi tidak formal (persahabatan) atau formal (rangkaian profesional) dan memainkan peranan penting dalam pertukaran maklumat dan pengaruh sosial Unsur budaya, seperti kepercayaan, nilai, dan simbol, adalah sebahagian daripada struktur sosial. Mereka membentuk cara orang melihat dan mentafsir dunia sosial mereka dan mempengaruhi tingkah laku Struktur sosial yang tidak statik tetapi berkembang dari semasa ke semasa Perubahan sosial boleh disebabkan oleh faktor seperti kemajuan teknologi, peralihan ekonomi, pembaharuan politik dan transformasi budaya Perubahan ini boleh mengubah struktur sosial sedia ada 9. Perubahan Sosial
Kesimpulannya, kesan-kesan stratifikasi sosial dan faktor-faktor kepelbagaian sosiobudaya terhadap pendidikan di Malaysia mempengaruhi revolusi pendidikan. Stratifikasi sosial boleh mencipta kesenjangan dalam akses dan hasil pendidikan antara kelompok-kelompok sosial, sementara faktor-faktor sosiobudaya seperti kepelbagaian bahasa, budaya, dan agama mempengaruhi kualiti dan kesetaraan pendidikan. Keperluan pendidikan yang inklusif, multikultural, dan relevan dengan keperluan masyarakat yang berbeza memerlukan perhatian terhadap dinamika sosial dan budaya dalam perancangan dan pelaksanaan dasar pendidikan di Malaysia. Penutup
Rujukan Binti Maunah. (2015). Stratifikasi Sosial dan Perjuangan Kelas dalam Perspektif Sosiologi Pendidikan. IAIN Tulungagung, Jl. Mayor Soejadi Timur 46 Tulungagung Harold, R. Kerbo. (2012). Social Stratification and Inequality. California Polytechnic State University, San Luis Obispo. Department of Social Sciences Idrul Hisham., Rosly., & Mohd Hanapiah. (2024). Sosiologi dalam Pendidikan. Local Publications (M) SDN BHD. Rosfazila Rahman. (2019). Kesepaduan Sosiobudaya Dalam Kepelbagaian Masyarakat Majmuk. Jauhar, 3(1), 44-50. http://journal.kuis.edu.my/jauhar/images/artikel/Jilid3bil1/07- Dr_Rosfazila_Abd_Rahman- _KUIS.pdf Suresh, K. (2016). Keberkesanan hubungan guru kelas-murid dalam merangsang kesedaran terhadap integrasi etnik dalam kalangan murid di bilik darjah 1. Jurnal Ilmi, 6 : 69-88. Yunus Kaya & David Brady. (2008). "Stratification?" International Encyclopedia of the Social Sciences, (2nd ed.). Duke University, Durham North Carlifornia.
Sekian Terima kasih by ariff adham