KESATUAN KEBANGSAAN PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN
SEMENANJUNG MALAYSIA
E BOOK
BUKU LAPORAN PERSIDANGAN PERWAKILAN DWI
TAHUNAN KALI KE 25
ISI KANDUNGAN
Bil Kandungan Muka Surat
2-3
1. Aturcara Program 4-5
2. Notis Mesyuarat Agung Dwi Tahunan
6-7
Kali Ke 25 8
3. Kata-Kata Aluan Presiden
4. Carta Organisasi 4 -5
Ahli Majlis Tertinggi 2019-2021 9-11
Barisan Ahli Exco 2019-2021 12- 44
5. Notis Mesyuarat Agung Dwi Tahunan 45-47
Kali Ke 24 Penggal 2019-2021 48-70
6. Minit Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Kali Ke 24
7. Laporan Aktiviti Tahunan 71-92
8. Laporan Audit Luar 1 April 2019 – 31 Mac 2020
8.1 Penyata Tahunan - Borang N 93
8.2 Laporan Kewangan
9. Laporan Audit Luar 1 April 2020 - 31 Mac 2021 94
9.1 Penyata Tahunan - Borang N 95
9.2 Laporan Kewangan
10. Penyata Kewangan Tabung Kebajikan 97-99
11. Anggaran Perbelanjaan Mesyuarat Perwakilan
Dwi Tahunan Ke 24 Penggal 2019-2021
12. Anggaran Penyataan Akaun Dari
01/04/2020 Hingga 31/03/2021
13. Pemilihan Pegawai-Pegawai Kanan
Majlis Tertinggi Kesatuan Penggal 2021/2023
14. Usul-Usul Perwakilan
ATURCARA
PERSIDANGAN PERWAKILAN DWI TAHUNAN KALI KE 25 SESI 2021 - 2023
DAN MESYUARAT EXCO KALI KE 124
KESATUAN KEBANGSAAN PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN
SEMENANJUNG MALAYSIA
HARI : PERTAMA
TARIKH : 28 NOVEMBER 2021 (AHAD)
2.00 ptg Check In / Pendaftaran
3.00 ptg. Undian Pertandingan Badminton “Piala
Presiden KKPPPSM”
4.30 ptg. Kudapan petang / solat asar
5.00 ptg. Riadah/ Aktiviti kendiri
7.00 ptg. Makan malam
8.00 mlm. Pertandingan Badminton di Dewan Badminton
Perlis “Piala Presiden KKPPPSM”
8.00 pg. HARI : KEDUA
8.30 pg. TARIKH : 29 NOVEMBER 2021 (ISNIN)
10.00 pg.
Pendaftaran Ahli Mesyuarat Exco kali ke 124
Mesyuarat Exco Kali Ke 124
Kudapan pagi
10.30 pg. Sambung Mesyuarat Exco kali ke 124
4.30 ptg Penangguhan Mesyuarat Exco kali ke 124
5.00 ptg. Kudapan Petang
8.00 mlm. Majlis Makan Malam
2
HARI : KETIGA
TARIKH : 30 NOVEMBER 2021 (SELASA)
7.00 pg. Sarapanpagi
8.00 pg Pendaftaran
8.30 pg. Santapan minda (CME) – Slot 1 - OUM
9.30 pg Santapan minda (CME) – Slot 2 – Laman Web
KKPPPSM
10.00 pg. Kudapan pagi
10.30 pg. Perasmian Persidangan Perwakilan kali ke 25
1.00 ptg. Makan tengahari / solat zohor
2.00 ptg. Persidangan Perwakilan kali ke 25
5.00 ptg. Kudapan Petang
7.00 mlm. Makan malam
HARI : KEEMPAT
TARIKH : 1 DISEMBER 2021 (RABU)
7.00 pg. Sarapan pagi
8.30 pg. Sambung Persidangan Perwakilan kali ke 25
10.00 pg. Kudapan pagi
10.30 pg. Sambung Persidangan Perwakilan kali ke 25
12.00 tgh Penangguhan Persidang Perwakilan kali ke 25
12.30 tgh. Makan tengahari & check out / Bersurai
3
Notis Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Kali
Ke 25
4
5
Kata-Kata Aluan
Tn. Hj. Mohd Zabidi b. Mohd Taha
Presiden
Kesatuan Kebangsaan Penolong Pegawai Peubatan
Semenanjung Malaysia
Assalamualaikum dan salamsejahtera kepada rakan seperjuangan terutama
warga Kesatuan Kebangsaan Penolong Pegawai Perubatan Semenanjung
Malaysia (KKPPPSM) dan semua Penolong Pegawai Perubatan Malaysia
secara amnya. Tahun 2020 dan 2021, negara kita diuji dengan penularan
COVID-19 yang masih belum menemui noktahnya. Tahniah diucapkan
kepada semua PPP khasnya dan anggota KKM lain amnya yang telah
berganding bahu bersama menentang penularan wabak pandemik sebagai
anggota barisan hadapan (frontliner).
Dalam pancaroba yang dialami pada tahun ini, alhamdulillah syukur
kehadrat illahi kerana kesatuan berjaya “merealisasikan” beberapa perkara
yang telah dirancang. Untuk kebajikan ahli, kesatuan berjaya
menambahbaik faedah Tabung Kebajikan ahli, penambahbaikan “uniform”
baru PPP yang akan berkuatkuasa pada tahun 2023 serta pengisian jawatan
Gred Fleksi U44 dan sebagainya.
Saya juga mengucapkan tahniah kepada cawangan yang bekerja keras
menambah keahlian yang kini telah mencapai hampir 60% darianggota PPP
yang bertugas di KKM, semoga usaha murni ini akan berterusan.
Alhamdulillah sepanjang 2019-2021, KKPPPSM telah berjaya mewujudkan
laman sesawang sendiri yang mana sebelum ini KKPPPSM hanya
menumpang laman sesawang Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia.
Dengan adanyal aman sesawang ini, ahli bolehlah mendapat maklumat
terus dari KKPPPSM seperti menyemak daftar keahlian, melihat aktiviti
yang telah dan akan dilaksanakan diperingkat ibupejabat serta cawangan.
Saya memohon kerjasama tuan/ puan warga KKPPPSM khususnya untuk
menarik seramai mungkin PPP di luar sana untuk berganding bahu bersama
kesatuan (KKPPPSM) sebagai platform perjuangan, Tanpa sokongan ahli
6
siapalah KKPPPSM. Ini kesatuan kita, maka kitalah yang mencorak dan
menjayakannya. Ayuh tahun 2021-2023 ini kita tingkatkan keahlian
sehingga 80% dari penjawatan PPP di Semenanjung Malaysia.
Saya juga menyeru agar kita semua bersatuhati dan membina
“networking” seramai mungkin dikalangan PPP untuk berkongsi
pengalaman serta idea bagi memudahkan urusan kerja kita agar lebih
disegani dan disayangi oleh majikan.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih
tidak terhingga kepada AMT dan EXCO KKPPPSM bagi Penggal 2019-2021
atas komitmen yang diberikan sepanjangt empoh ini dan mengucap
tahniah kepada AMT dan EXCO yang baru dilantik akan menerajui kesatuan
untuk penggal 2021-2023, Harapan saya agar tuan/puan yang dilantik
dapat menggalas tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaik
mungkin demi profesion PPP dan KKPPPSM.
Semua ahli-ahli KKPPPSM, saya mengucapkan selamat bersidang dan
bermesyuarat dalam Persidangan DWI Tahun KKPPPSM Kali Ke 25, Semoga
semua perwakilan yang diamanahkan dapat memberi buah fikiran yang
bernas serta bermanfaat bagi meningkatkan profesion PPP.
Akhir kata, saya mendoakan agar kita sentiasa dilindungi oleh Allah SWT
dari sebarang wabak penyakit dan moga dipermudahkan segala urusan
kita, insyaallah.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat bersidang.
7
Ahli Majlis Tertinggi Dan Exco 2019-2021
Barisan Ahli Majlis Tertinggi dan Exco KKPPPSM 2019-2021
8
NOTIS PANGGILAN PERSIDANGAN
PERWAKILAN DWI TAHUNAN KALI KE 24.
9
10
11
MINIT MESYUARAT PERSIDANGAN
PERWAKILAN KALI KE 24.
TARIKH: 17/09/2021 - 18/09/2021
TEMPAT: Hotel Grand Puteri Kuala Terengganu, Terengganu
MASA: 2.30 PETANG.
1. Tn Hj Mohd Zabidi bin Mohd Taha Presiden
2. Tn Hj Mohd Awal Din bin Mohd Nazir Timbalan Presiden
3. M Shazan Amir bin M Sakdon Setiausaha Agung
4. Ahmad Faizun bin Yunus @ Aziz Penolong Bendahari Agung
5. Zaharudin b Md Derus Juruaudit Dalaman
6. Sulaiman bin Naim Johor
7. Mohd Bakhtiar Bin Mohd Yunos Johor
8. Mohd Fauzi Bin Asri Johor
9. Mohd Yusof Bin Ishak Johor
10. Japari bin Idris Negeri Sembilan
11. Mohd Faizal bin Ramli Negeri Sembilan
12. Mohd Rashdan bin Nordin Negeri Sembilan
13. Mohd Hairil bin Othman Negeri Sembilan
14. Syed Shanaz Shazrin bin Syed Abd Rahman Negeri Sembilan
15. Hj. Che Hassan Bin Daud Kelantan
16. Hj. Muhammad Romzi Bin Husain Kelantan
17. Hj. Suzura Bin Hassan Kelantan
18. YM Ku Mhd Zaki Bin Ku Isa Kelantan
19. Hj. Abd. Razak Bin Sabdin Perak
20. Hj. Fadzle Bin Hashim Perak
21. Mohamad Hatta Bin Hj. Abas
@ Abd. Hamid Perak
22. Mohd Nadim Bin Iskak Selangor
23. Mohd Fairul Azizan Bin Mukhtar Selangor
24. Mohd Hasrizal Bin Jayah Selangor
25. Mohd Fadhlurahman Bin Kamaruddin Selangor
26. Hj. Baharul Rizal Bin Baharuddin Selangor
27. YM Engku Mohd Nazri
Bin Engku Mansor WP Kuala Lumpur &Putrajaya
28. Wan Muhamad Azman Bin
12
Wan Abdullah WP Kuala Lumpur &Putrajaya
29. Abd Karim Bin Mustafa WP Kuala Lumpur & Putrajaya
30. Mohd Ezani Bin Muhamad WP Kuala Lumpur & Putrajaya
31. Tn Hj Rosman Bin Jonet Melaka
32. Tn Hj Khairolnizam Bin M Taib Melaka
33. En. Muhammad Tajuddin Bin Azaha Melaka
34. Achik Isam bin Alias Pahang
35. Fauzal bin Pilus Pahang
36. Mohd Azrul bin Ali Pahang
37. Ahmad bin Dollah Pahang
38. Marwan bin Abdul Rahman Pahang
39. Zainorden B Tamat Kedah
40. Meor Mohd Hasbullah B Meor Rohidi Kedah
41. Mohd Yusni B Mohamad Desa Kedah
42. Ahmad Nazri B Mohamad Kedah
43. Mohammad Abdul Fatah B Ibrahim Kedah
44. Mohd Yunus bin Mohd Noor Pulau Pinang
45. Nursyakila binti Abdul Aziz Pulau Pinang
46. Muhamad Firdaus bin Mohamed Yunus Pulau Pinang
47. Hafizee bin Zailan Pulau Pinang
48. En Mohd Sukri bin Zakaria Perlis
49. Tn Hj Ahmad Yazid bin Awang Mat Yasin Perlis
50. En Zulkarnai bin Mat Yusof Perlis
51. Muhad Razuli bin Tulos Johor
52. Samri Bin Mohamad Sallih Johor
53. Reduan bin Abdullah Johor
54. Zulkefli Bin Daud Johor
55. Mohd Azahar Bin Ayob Johor
56. Mohd Aidil Bin Musa Johor
57. Rosli bin Abdul Rahman Negeri Sembilan
58. Azhar bin Ahmad Negeri Sembilan
59. Mahdzir bin Muhamad Negeri Sembilan
60. Mohd Afandy bin Ibrahim Negeri Sembilan
61. Mohd Khabir bin Che Par Negeri Sembilan
62. Mohd Khairul bin Ismail Negeri Sembilan
63. Aswadi Bin Mohamad @ Ghafar Kelantan
64. Mohd Azuan bin Ibrahim Kelantan
65. Ahmad Martunis bin Daud Kelantan
66. Nur Fadhilah bt Mohd Yusoff Kelantan
13
67. Nor Aimi Syazwani bt Ramli Kelantan
68. Zulfikar Bin Mohamed Khawari Perak
69. Tn. Hj. Saudi Bin Baharom Perak
70. Tn. Hj. Mohd. Faith Bin Said Perak
71. Badrolsham Bin Dzulkifli Perak
72. Tn. Hj.Abd. Samad Bin Othman Perak
73. Ummi Abibah binti Mohamad Adli Perak
74. Nik Shahrom bin Shahabudin Perak
75. Harun Bin Hj. Napiah Selangor
76. Mohd Ngazuan Bin Abdul Maei Selangor
77. Mohd Zaire Azizul Bin Azizi Selangor
78. Mohd Faisal Bin Mohd Abdullah Selangor
79. Mohd Anwaruddin Bin Jumali Selangor
80. Mohd Muzaffar Bin Hussain Selangor
81. Mohamad Nazir Bin Ismail Selangor
82. Mohamad Rizal Bin Ibrahim WP Kuala Lumpur & Putrajaya
83. Mohd Baktial Hazizi Bin Che Muda WP Kuala Lumpur & Putrajaya
84. Saufan Zakuan Bin Salleh WP Kuala Lumpur& Putrajaya
85. Zanif Bin Shafie WP Kuala Lumpur & Putrajaya
86. Zulkifli bin Baba Melaka
87. Hj Aris Bin Sahat Melaka
88. En Baharom Bin Liman Melaka
89. En Shahrizam Bin Ismail Melaka
90. Fazly Bin Hj Baba Melaka
91. Hj Rasdin Bin Rashid Melaka
92. Nurafizah Binti Mohd Nor Melaka
93. Mohd Salleh bin Ibrahim Pahang
94. Amirruddin bin Samsinar Pahang
95. Johari bin Muhamad Pahang
96. Hj Hazri bin Mohd Nor Pahang
97. Aliyasak bin Mahmud Pahang
98. Mohd Dzakiruddin bin Abdullah Sani Pahang
99. Hasrizal Bin Amil Kedah
100. Nordin B Kamis Kedah
101. Mohd Salleh Bin Yahaya Kedah
102. Maslan Md Isa @ Md Akid Kedah
103. Muhamat Rosli Bin Abdul Rahim Kedah
104. Nur Dalii.A Bt Zakaria Kedah
105. Hamdi B Mohamad Kedah
14
106. Mohammad Faidzol B Tayit @ Lit Kedah
107. Muhammad Alif B Fauzi Kedah
108. Zamri bin Zainal Abidin Pulau Pinang
109. Zuriah bt Baini Pulau Pinang
110. Noorhafizah bt Othman Pulau Pinang
111. Kheng Lee Chen Pulau Pinang
112. Tn Hj Mohd Hairulnisham
Perlis
bin Mohd Sepani Perlis
113. Tn Hj Alies bin Abu Bakar Perlis
114. En Abd Munir bin Mat Ali Perlis
115. En Azrul Fitri bin Hashim Perlis
116. Cik Aina Nasuha Binti Azizan Perlis
117. Nur’Afifah Asyrani bt Zabidi Perlis
118. Tn Hj Alies bin Abu Bakar Perlis
119. En Abd Munir bin Mat Ali Perlis
120. En Azrul Fitri bin Hashim Perlis
121. Cik Aina Nasuha Binti Azizan Perlis
122. Nur’Afifah Asyrani bt Zabidi Perlis
123. Tn Hj Azizul Azizi bin Ariffin Jemputan
124. Hj Mustafa bin Abd Rahman Jemputan
125. Hj Amin Zafri bin Abd Rahman Terengganu
126. Hussin b. Hasan Terengganu
127. Radzi b. Md Daud Terenggan
128. Sukri b. Said Terengganu
129. Azmira bt Alias
15
1. PERUTUSAN PENGERUSI (PRESIDEN)
1.1 Pengerusi mengucapkan selamat datang kepada barisan exco
2.
3. 3 2017/2018, exco yang baru 2019 – 2021, para perwakilan dan
pemerhati serta jemputan- jemputan khas yang dijemput khas
sempena BDC kali ini di Kuala Terengganu.
1.2 Ucapan terima kasih juga kepada Kesatuan Cawangan Negeri
Terengganu kerana berjaya menyediakan tempat untuk
persidangan dan mesyuarat kali ini di Hotel Grand Puteri Kuala
Terengganu. 81 bilik disediakan untuk semua ahli termasuk
jawatan kuasa cawangan Terengganu yang tinggal jauh dari
lokasi program diadakan.
1.3 Pengerusi menerangkan perjalanan program yang akan
diadakan. Majlis makan malam sempena BDC telah dipersetujui
oleh Ahli Majlis Tertinggi untuk di tanggung oleh pihak
KKPPPSM.
PENGESAHAN MINIT MESYUARAT EXCO KALI KE 24
2.1 Pengesahan minit dengan penambahbaikan.
Cadangan dengan pindaan.
En Aswadi Bin Mohamad @ Ghafar dari Cawangan Negeri
Kelantan
Sokongan
En. Zulfikar Bin Mohamed Khawari dari Cawangan Negeri Perak
PERKARA-PERKARA BERBANGKIT DARI MINIT YANG LEPAS
3.1 Masalah Dalaman AMT
i. Penolong Bendahari Agung & Tn Hj Saleh telah
membuat perbincangan dengan Tn Bendahari, beliau
menyatakan dan memutuskan tidak akan bersama
dengan KKPPPSM.
ii. Berpandukan buku peraturan KKPPPSM tidak
mewartakan tind1a6kan pemecatan bagi ahli atau
jawatankuasa kecuali mengikut Peraturan 8:
Perlembagaan Dan Pentadbiran Atau Peraturan 25
melalui undi sulit.
3.1.1 Cadangan dan tindakan;
i. Serahan surat tunjuk sebab secara rasmi dalam tempoh
14 hari sebelum tindakan seterusnya.
ii. Sekira tiada maklumbalas selepas tempoh yang di
berikan, Tn Presiden menganggapkan, Tn Bendahari
Agung tidak berminat meneruskan jawatan yang di
pertanggungjawabkan. Dengan memohon menyerahkan
semua dokumen berkaitan dengan KKPPPSM kepada
Penolong Bendahari Agung.
iii. Perubahan tandatangan cek dan urusan bank akan di
serahkan kepada Penolong Bendahari Agung.
3.1.2 Maklumbalas
i. Tiada jawapan atau maklumbalas diterima daripada
bekas Tuan Bendahari Agung dalam tempoh 14 hari
yang diberi dan dianggap tidak lagi berminat untuk
meneruskan tugas sebagai Bendahari Agung KKPPPSM
2017 – 2019
ii. Serahan aset, penyata dan dokumen berkaitan telah
diserahkan kepada Penolong Bendahari Agung 2017 /
2019 pada 13 September 2019 kecuali sebahagian
voucher masih ada di lembaga dan disahkan oleh Tuan
Hj Shazan, Setiausaha Agung KKPPPSM 2017 – 2019
iii. Pengerusi meminta Penolong Bendahari Agung dan
Setiausaha Agung KKPPSM 2017-2019 untuk menyemak
buku voucher dan dokumen berkaitan yang di serahkan
kerana melibatkan juruaudit luar dengan
mengemukakan bukti- bukti pengaliran wang dan
kemasukan wang bagi tujuan aktiviti kesatuan.
17
iv. Pengerusi juga memaklumkan tiada akaun dibuat dalam
tempoh 2 tahun dan Bendahari Agung yang
bertanggungjawab gagal menghadirkan diri ke
perbincangan bersama pihak JHEKS.
v. Perubahan tandatangan cek dan urusan bank akan
dilakukan selepas lantikan jawatan kuasa AMT yang baru
bagi mempermudah
Tindakan: Setiausaha Agung &
Bendahari
3.2 Kad Keahlian
i. Mohon semua cawangan kemaskini ahli yang tidak
mendapat kad keahlian dan serahkan kepada Penolong
Setiausaha Agung
Tindakan: SU Negeri & Pen.SU Agung
3.2.1 Cadangan
i. Setiap Negeri akan merekodkan dan penyerahan ahli
mengikut pendaftaran/kod negeri.
ii. Cawangan Kelantan dan Terengganu memaklumkan
tiada serahan nama lagi bagi mengenalpasti ahli yang
sudah menerima dan belum menerima kad
iii. Pengerusi meminta Pen. SU lantikan baru untuk
menyelesaikan urusan ini kerana tertangguh sekian
lama.
Tindakan: Pen.SU Agung & SU Cawangan Negeri
3.3 Perubahan Uniform & Penggunaan Kolar Pin
i. Pen. SU Agung memaklumkan, permohonan telah
berada di bhgn istiadat & protocol. Penambahbaikkan
dalam justifikasi kolar pin perlu di hantar segera bagi
18
tindakan kelulusan seterusnya.
ii. Pen. SU Agung akan meneruskan permohonan ini dan
sentiasa follow-up dengan pegawai berkenaan sehingga
selesai isu permohonan ini dengan seberapa segera.
3.3.1 Maklumbalas
i. Tiada maklumbalas lagi yang diterima daripada pegawai
berkenaan, pengerusi meminta SU Agung untuk follow
up dan hantar semula permohonan.
Tindakan: SU Agung
3.3.2 Cadangan:
i. Pengerusi mencadangkan supaya Tn Hj Shazan sebagai
wakil AMT baru untuk follow up berkaitan isu pakaian
seragam ini kerana sedia maklum dengan prosedur
berkenaan.
Tindakan: Timbalan Presiden
3.4 Aset Bangunan Rumah Kedai 3 Tingkat Di Melaka
i. Tn Presiden memaklumkan penyewa aras bawah dengan
sewaan RM2000 sebulan dan di bayar setiap 15hb telah
dilaksanakan oleh penyewa tanpa tunggakkan.
ii. Bagi aras 3, penyewa sediaada telah di arah keluar atas
sebab gagal mematuhi perjanjian sewaan yang telah di
persetujui. Penyewa berkenaan telah mengosongkan
bangunan pada 30 Januari 2019. Serta menjelaskan
bayaran utiliti yang tertunggak sebelum baki deposit di
serahkan semula.
iii. Mulai 1 April, penyewa baru akan menduduki aras 3
tersebut dengan sewaan RM 800.00. dengan perniagaan
butik kecantikan muslimah.
iv. Jumlah pendapatan sewaan sehingga kini RM 2800.00
19
3.4.1 Maklumbalas
i. Penyewa telah diberi tempoh sehingga 31 Mac 2019
untuk mengosongkan fasiliti tersebut seperti sediakala
berdasarkan perjanjian tetapi gagal berbuat demikian,
oleh itu segala bentuk kelengkapan yang tertinggal telah
menjadi aset untuk kegunaan kesatuan. Bekas penyewa
maklum dan menerima keputusan tersebut.
ii. Penyewa baru perniagaan butik kecantikan muslimah
telah menarik diri dari menyewa premis berkenaan, dan
disewa oleh peniaga kedai pakaian bundle. Bayaran buat
masa ini mengikut masa yang ditetapkan. Buat masa ini
tiada bil bil utility yang tertinggal.
Tindakan: Makluman
3.5 Apartment Mayang Sari
Bangunan Mayang Sari Port Dikson. Bangunan ini sudah tidak
terurus lantaran banyak syarikat tidak sanggup mengurus.
Ada satu pengusaha berminat untuk mengurus bangunan
Mayasari. Ada 3 pilihan untuk membuat pilihan seperti
berikut :-
a) Lepas pegangan - Pemaju membeli dgn kos 50k
b) Lepas pegangan - Pemaju bayar RM 90k selepas 18
bulan mula beroperasi perbaiki bangunan.
c) Lepas pegangan - Kesatuan bayar 153K kos baikpulih
bangunan keseluruhan. (luaran sahaja, tidak termasuk
bahagian dalam)
3.5.1 Keputusan
Kesemua undian perwakilan bersetuju untuk memilih
pilihan 3.5 (a)
Tindakan:Presiden /
Pemegang Amanah /
Makluman
20
3.6 Tuntutan Tabung Kebajikan Secara Atas Talian
Cawangan Kelantan, mohon maklumanbalas tempoh
permohonan bagi ahli yang bersara serta permohonan melalui
secara atas talian.
Maklumbalas
i. Sekurang 2 tahun sumbangan potongan ahli bagi tuntutan
bayanan persaraan dan permohonan boleh dibuat dalam
bentuk manual.
ii. Pengerusi memaklumkan semua tuntutan selepas 2011 akan
dibayar secara berperingkat mengikut kelayakan jika belum
dituntut walaupun selepas bersara 2 hingga 3 tahun.
iii. Pen. Bendahari Agung memaklumkan isu tuntutan bayaran
pesaraan akan dilakukan melalui negeri masing- masing
dimana ahli yang ingin menuntut boleh berhubung dengan
exco cawanga negeri masing-masing.
Tindakan: Makluman
3.7 Sumbangan Pusat Kepada Cawangan Untuk Sebarang Aktiviti
RM 20.00 & RM 2.00 (makan) bagi kehadiran bagi Mesyuarat
Agung Cawangan kepada ahli. Pecahan RM 10.00 kesatuan pusat
& RM 10.00 dibayar oleh cawangan. Baki RM 2.00 akan di
tanggung oleh pusat untuk tanggungan kos makanan.
Tindakan: Makluman
3.8 Kebenaran KKPPPSM hadir dalam Mesyuarat KPPPN
KKPPPSM telah menerima maklumbalas dari LPP dimana,
Pihak LPP menyatakan bahawa KKPPPSM tidak dijemput
untuk Mesyuarat KPPPN dimana tiada perkara yang
berkaitan dengan KKPPPSM untuk tindakan.
3.8.1 Maklumbalas:
Tuan Presiden memaklumkan LPP telah menolak untuk
21
melibatkan kesatuan didalam semua mesyuarat melibatkan
profesion dengan alasan ada mesyuarat yang difikirkan
sesuai untuk melibatkan kesatuan hadir sama. Turut
dimaklumkan tiada mesyuarat yang diadakan melibatkan
kesatuan melainkan mesyuarat Lembaga Pembantu
Perubatan diadakan pada tahun ini.
Tindakan: Makluman
4. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
4.1 Buku Tunai
Buku Tunai telah mendapat teguran daripada JHEKS dimana
buku tunai tersebut perlu ditulis tangan dan tidak boleh di
print out secara digital kecuali mendapat kelulusan daripada
pusat. Pengerusi meminta SU Agung untuk mendapatkan
maklumbalas berkaitan perkara tersebut daripada pihak
JHEKS.
Tindakan: SU Agung
4.2 MyCPD point
Presiden meminta pandangan mengenai markah yang perlu
di kumpulkan untuk diturunkan ke 20 markah bagi
memperbaharui APC kerana terdapat PPP swasta yang sukar
untuk mengumpulkan markah sehingga 40 markah. Di
putuskan dalam perwakilan.
Tindakan: SU Agung
5. USUL - USUL
5.1. Negeri Johor
5.1.1. TABUNG KEBAJIKAN:
i. Pendidikan Keputusan Peperiksaan
Jumlah Keputusan peperiksaan dikurangkan agar setiap anggota
22
mendapat benafit dari jumlah yang dicaruman.
a. UPSR → 4A kepada 4A
b. PT 3 → 7A kepada 5A
c. SPM → 6A kepada 6A
d. STPM → 4P kepada CGPA 3.0
e. UPKK → 6A kepada 8A
Keputusan: Perwakilan bersetuju dengan undi majoritI
Makluman
ii. Ijazah
Mencadangkan agar diberi RM 500 kepada PPP yang berjaya
mengambil Ijazah yang diiktiraf oleh Lembaga Pembantu
Perubatan dengan syarat keputusan berjaya dan mendapat
pengiktirafan.
Keputusan
Perwakilan bersetuju dengan dengan pindaan, perlu di semak
dari sudut kewangan kesatuan mungkin dicadangakan perlu di
kurangkan dan akan dibawa ke mesyuarat seterusnya.
Tindakan: Bendahari Agung / Exco & Perwakilan
5.1.2.
5.1.3. HONORORIUM
i. Exco Tertinggi Kesatuan Negeri Dan Kebangsaan
Mencadangkan agar jumlah hononurium kepada Exco tertinggi
kesatuan negeri dan Kebangsaan dinaikan seperti berikut; -
a) Kebangsaan
1. Presiden : RM800 kepada RM 1000
23
2. Timb Presiden : RM500 kepada RM800
3. Setiausaha : RM500 kepada RM 800
4. Pen.Setiausaha :RM250 kepada RM500
5. Bendahari : RM500 kepada RM 800
6. Timba Bendahari : RM 250 kepada RM 500
7. Exco Wanita: RM:500.00
b) Negeri
1. Pengerusi : RM100 kepada RM 500
2. Timb Pengerusi : RM100 kepada RM300
3. Setiausaha : RM100 kepada RM 300
4. Pen.Setiausaha :RM100 kepada RM300
5. Bendahari : RM 100 kepada RM 300
Keputusan: Perwakilan bersetuju dengan undi majoriti
Makluman
5.1.4. INSIANTIF KEPADA PPP WANITA
Ahli mencadangkan agar pemberian insiatif secara one off
sebanyak RM 500 kepada PPP wanita yang bersalin kali
pertama, dan one off bayaran kemasukan ke wad
dikecualikan dalam perkara yang disebutkan (bersalin)
Keputusan: Perwakilan bersetuju dengan undi majoriti
5.1.5. Makluman
5.1.6. 24
5.1.7.
5.1.8. ANAK OKU
Ahli memohon agar diberi secara one off sebanyak RM
200.00 kepada anggota yang mempunyai anak OKU dengan
syarat ada kad OKU.
Perwakilan bersetuju dengan undi majoriti
Makluman
5.2. Negeri Melaka
5.2.1. PENCALONAN
i. Halangan kepada ahli kesatuan bertanding untuk merebut
sebarang jawatan penting kali kedua atau penggal
berikutnya sekiranya telah dihentikan jawatan atau dijatuhi
hukuman disiplin kesatuan dalam mana-mana jawatankuasa
sebelum ini.
ii. Untuk memberi peluang kepada mereka yang bersih dan
berwibawa sahaja bagi menerajui pucuk pimpinan tertinggi.
Tidak perlu mereka yang bermasalah menerajui pucuk
pimpinan kerana akan menyusahkan ahli yang lain.
Keputusan: Presiden memaklumkan calon yang telah dipecat
atau dijatuhi hukuman disiplin tidak akan di calonkan untuk
jawatan penting pada penggal seterusnya.
Makluman
5.3. Negeri Sembilan
5.3.1. YURAN
i. Menaikan yuran / potongan bulanan KKPPPSM daripada RM
7.00 sebulan kepada RM 10.00.
ii. Ini adalah selaras dengan pertambahan aktiviti kesatuan
samaada dalam bentuk bayaran saguhati seperti:
25
a. Faedah ahli yang menerima rawatan (kemasukan wad)
di Hospital.
b. Aktiviti berbentuk riadah, sukan dan promosi kesihatan
kepada komuniti.
c. Memperluas dan menganjurkan lebih banyak kursus,
bengkel, seminar demi meningkatkan ilmu, kemahiran
dan pengalaman PPP dalam tugasan harian.
d. Membantu menambah kewangan kesatuan dan
bayaran kepada ahli kesatuan.
Keputusan: Perwakilan bersetuju dengan undi
majoriti
Makluman
5.3.2. ELAUN
i. Pemberian elaun passive on call kepada anggota yang
menjalankan tugasan atas panggilan di Klinik Kesihatan
Ini adalah perlu memandangkan PPP yang bertugas oncall di
Klinik kesihatan diberikan elaun passive oncall seperti
Pegawai Perubatan memandangkan tugasan oncall
memerlukan PPP yang bertugas oncall perlu sentiasa
bersedia untuk menerima kes-kes kecemasan sehingga
keesokan harinya walaupun tiada kes yang datang pada
waktu standby tersebut. PPP yang bertugas haruslah
diberikan sesuatu seperti ini memandangkan profesion PPP
tersebut yang bertugas oncall sanggup berkorban masa dan
tenaga untuk memberikan komitmen dalam menyampaikan
perkhidmatan kesihatan yang bermutu dan lebih effisyen
kepada pelanggan yang memerlukan.
Keputusan: Kertas kerja akan dibuat oleh Kesatuan Negeri
Sembilan dalam tempoh seminggu.
26
Tindakan: Kesatuan Cawangan Negeri
Sembilan
5.3.3. MENGURANGKAN POINT MYCPD DARI 40 POINT KE 20 POINT
i. Menggalakkan lebih ramai PPP terutama yang junior untuk
mengisi markah atau point CPD lalu dapat melatih agar lebih
peka berkenaan point CPD.
ii. Ramai dalam kalangan PPP yang tidak dapat memenuhi 7
hari berkursus kerana kekangan staff di sesuatu tempat
bertugas.
iii. Dalam kalangan golongan professional terutama doktor
point CPD mereka hanya 20 point berbanding PPP.
iv. Point yang dikurangkan juga akan membuatkan PPP tidak
rasa terbeban untuk mencari point sehingga 40 walaupun
mempunyai jumlah kursus yang sedikit.
v. Kekangan waktu juga juga boleh menjadi punca PPP tidak
dapat mencari atau mengisi point CPD sehingga 40 point
kerana ada dalam kalangan PPP yang bertugas double syif.
vi. Ada dalam kalangan PPP yang rasa terbeban dengan 40
point jadi apabila point dikurangkan kepada 20 point ini
akan membuat mereka lebih bersemangat dan
berkeyakinan.
Keputusan: Perwakilan bersetuju dengan undi majoriti.
Tindakan: SU Agung
5.3.4. PAKAIAN SERAGAM
i. Penekanan aspek keselamatan dikalangan anggota yang
menjalankan tugas di lapangan (on-field) terutamanya dari
aspek pakaiaan seragam dan kasut yang mempunyai ciri-ciri
27
keselamatan terutamanya bertugas pada waktu malam hari.
ii. Ramai di kalangan Penolong Pegawai Perubatan yang
bertugas di hospital dan klinik kesihatan terlibat dengan
perkhidmatan pre – hospital care (PHC). Tiada pakaian yang
mempunyai ciri-ciri keselamatan yang seragam untuk
anggota yang bertugas. Orang awam tidak tahu mana satu
anggota PHC. Agensi-agensi lain sekiranya bertugas orang
awam akan tahu melalui uniform yang dipakai. Pakaian yang
seragam untuk anggota PHC membawa imej Kementerian
Kesihatan. Sepatutnya perkara ini telah lama dikaji Pekeliling
Ketua Pengarah Kesihatan Bil 10/2013. Pekeliling Garis
Panduan Penubuhan Unit Perkhidmatan Pra Hospital di
Jabatan Kecemasan dan Trauma hospital-hospital
Kementerian Kesihatan Malaysia. Sudah beberapa tahun
tahun penubuhan Unit PHC, sepatutnya sudah ada uniform
yang seragam dan mempunyai cirri-ciri keselamatan. Kita
sepatutnya memikirkan perkara ini semenjak arahan
penubuhan perkhimatan PHC.
Makluman
Keputusan:
i. Permohonan untuk pakaian seragam klinikal dan rasmi
sudah dihantar kepada bahagian istiadat dan protocol, serta
masih tiada maklumbalas.
ii. Presiden menamakan Tn Hj Shazan, sebagai naib presiden
baharu untuk penggal 2019-2021 untuk follow up perkara
berkaitan pakaian seragam yang dihantar.
Tindakan: Naib Presiden
28
5.4. Negeri Selangor
5.4.1. YURAN
i. Menaikkan yuran keahlian bulanan kepada RM 10.00 untuk
tambahan faedah kemalangan sebanyak RM 500.00.
ii. Bagi memberi pampasan kepada ahli yang meninggal akibat
kemalangan bagi membantu waris.
Keputusan: Perwakilan bersetuju dengan undi majoriti.
TIndakan: SU Agung
5.5. Negeri Terengganu
5.5.1. TABUNG KEBAJIKAN
i. Bantuan Banjir
a. Tambahan Bantuan Kebajikan bagi bencana seperti
Banjir Dan Kebakaran sebanyak RM 1,000.00 kepada
ahli.
b. Kekuatan kewangan kebajikan ahli, membantu ahli yang
ditimpa musibah dalam merawat emosi yang terganggu
sebelum boleh memulakan tugas kembali.
c. Perlu melihat kepada kekukuhan dana kesatuan kerana
boleh melibatkan ramai ahli.
Tindakan: Presiden / Bendahari
ii. Khairat Kematian
a. Tambahan Bantuan Kebajikan Khairat Kematian Ahli
sebanyak RM 1000.
b. Kekuatan kewangan kebajikan ahli, membantu
keluarga ahli yang ditimpa musibah secara mengejut
dan tiba-tiba.
29
iii. Faedah Persaraan
Faedah Persaraan ahli dinaikkan mengikut tempoh keahlian :
a. 5 hingga 15 tahun = RM200.00
b. 16 hingga 25 tahun = RM400.00
c. >26 tahun = RM600.00
Sebagai tanggungjawab sosial dan kebajikan ahli yang bersara
yang telah menyokong perjalanan kesatuan sepangjang tempoh
perkhidmatan ahli tersebut. Kekuatan kewangan / tabung
kebajikan
iv. Masuk Wad
Menaikkan Tabung Kebajikan bagi ahli yang masuk wad (selain
keguguran kandungan atau bersalin) dari RM200 kepada
RM400.00
Kekuatan kewangan kebajikan ahli, membantu ahli yang
ditimpa musibah
Keputusan: Perwakilan bersetuju dengan undi majoriti
TIndakan: SU Agung
5.5.2. ASET KKPPPSM
i. Mayang Sari, Port Dickson
a. Cadangan Penjualan Aset Kesatuan yang dianggap liability
kepada Kewangan Kesatuan: Apartment Mayang Sari, Port
Dickson
b. Menjadi liabiliti kepada kewangan Kesatuan, Tiada sebarang
hasil diperolehi tetapi kos penyelenggaran yang tinggi dan
berterusan.
Keputusan: Perwakilan bersetuju untuk memilih pilihan dalam
30
perkara 1.5.1(a) iaitu melepaskan pegangan - Pemaju
membeli dgn kos 50k
Tindakan: Presiden
5.5.3. PROFESSION PPP
i. Elaun On-Call
a. Tambahbaik pembayaran elaun on-call kepada PPP yang
bertugas tinggal atas panggilan selepas waktu pejabat dan
tidak terhad kepada 3 orang sahaja.
b. Semua PPP yang bertugas di Klinik Kesihatan dijadualkan
bertugas secara tinggal atas panggilan, bagi mengurangkan
beban kepada PPP yang lain elak pusingan jadual yang tidak
terlalu dekat dan membolehkan PPP mendapat rehat yang
cukup bagi menyempurnakan tugasan diwaktu kerja yang
lain.
Keputusan: Isu dipanjangkan ke mesyuarat akan datang
Tindakan: Presiden/ SU Agung/ Exco dan perwakilan
ii. Tudung PPP Wanita
a. Menambahbaik kepada pemakaian tudung PPP Wanita agar
pemakaian di luar sebagaimana sekarang adalah ke dalam.
b. Pemakaian lebih patuh kepada syariah dan menutupi aurat
dengan melabuhkan tudung dengan berada di luar baju
Keputusan: Perwakilan sebulat suara bahawa, tudung boleh
digunakan diluar bagi urusan-urusan rasmi dan dimasukkan ke
dalam bagi yang melibatkan prosedur klinikal.
Makluman
31
5.6. Negeri Kelantan
5.6.1. Pakaian Seragam Wanita
i. Mohon pihak KKM membenarkan pemakian tudung bagi
Penolong Pegawai Perubatan Wanita di bahagian luarr baju
bagi tujuan menutup bahagian aurat dengan sempurna.
ii. Mohon di kaji semua senarai elaun-elaun untuk pegawai
kesatuan seperti kadar kelayakan bayaran hotel, mileage,
elaun makan dan yang berkaitan semasa menghadiri
mesyuarat exco atau program ibupejabat kesatuan.
iii. Cadangan supaya di wujukan peluang bagi PPP yang berada
di gred kenaikan pangkat secara hakiki dan tidak pernah
menerima kenaikan pangkat secara KUP satu lagi kenaikan
secara KUP setahun bersara wajib.
iv. Cadangan untuk apungkan perjawatan PPP yang
melanjutkan pelajaran secara sepenuh masa ke bahagian
latihan bagi membolehkan kekosongan penempatan
tersebut dapat di isi untuk elakkan timbul masalah pada
tugas di tempat berkenaan.
v. Cadangan agar di wujudkan insentif atau insurance
berkelompok bagi melindungi ahli yang terlibat dalam
kemalangan semasa bertugas atau semasa dalam perjalanan
pegi dan balik ke tempat bertugas.
Tindakan: Presiden / SU Agong
6 LAIN-LAIN HAL
6.1 Negeri Perlis
.
i. Minit Mesyuarat
32
Perlis meminta agar minit mesyuarat diedarkan kepada semua
cawangan negeri untuk dibincangkan diperingkat negeri
sebelum dibawa ke mesyuarat BDC seterusnya.
Maklumbalas:
Presiden memaklumkan minit mesyuarat telah diedarkan dua
minggu sebelum BDC ke 24 bermula melalui aplikasi whatsapp
dan juga email kepada setiausaha negeri.
Makluman
ii. Sumbangan
Mohon kepada kesatuan untuk memberi sumbangan kepada
ahli dalam cawangan negeri yang berminat untuk
membentangkan kertas kajian di peringkat dalam dan luar
negeri.
Maklumbalas:
Pihak kesatuan telah menaja 3 orang ahli untuk konferen
sebagai pembentang kertas kajian pada tahun ini di Perak.
Makluman
iii. Tudung
Exco wanita mencadangkan agar tudung dipakai diluar untuk
keselesaan dan menutup aurat, beliau mencadangkan agar
penggunaan tudung bawal sebagai standard yang digunapakai.
Maklumbalas:
Presiden memaklumkan tudung dipakai diluar untuk tugasan
rasmi dan boleh dipakai didalam untuk tugasan klinikal. Akan
diputuskan didalam mesyuarat perwakilan.
.Tindakan: Ibupejabat/ Makluman
33
6.2 Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
i. Penerimaan Bayaran Elaun Post Basik
Perlu berhubung dengan bahagian sumber manusia Hosp atau
PTJ masing-masing bagi melayakkan mendapat elaun tersebut.
Maklumbalas
a. Presiden memaklumkan bahawa BPL telah memohon untuk
melayakkan pemegang sijil post basik EEG dan Neurofisiologi
menerima elaun pos basik tetapi masih tiada keputusan
rasmi.
b. Elaun tugas khas diberikan kpd PP yang tugas expert dan
kepada KPPPN,TKPPPN dan lain-lain yang sesuai. Kertaskerja
akan dibuat oleh Cawangan W.P
c. Elaun khas untuk PPP yang ada Master. Cadangan elaun
RM100 sebulan diberikan kepada PPP yang mempunyai
‘Master’ yang diiktiraf oleh KKM
Tindakan : Cawangan
Wilayah Persekutuan
ii. Jawatan
Menwujud jawatan Flexi Gred bagi PPP (U41, U42 & Gred
U44) di Kesihatan Awam
Maklumbalas:
Sudah diluluskan untuk kesihatan awam tetapi masih tiada
hebahan.
Makluman
iii. Perlantikan U41
Perlantikan Gred U41Tertangguh sejak 2015, tiada pengisian
sebanyak 73 pos.
34
Maklumbalas:
Pihak Ibupejabat akan menghantar semula surat pengisian
tersebut pada penggal baru ini.
Tindakan: SU Agung
6.3 Negeri Kedah
i. Cetakan Buku Peraturan Baru
Memohon dibuat cetakan semula Buku Peraturan-Peraturan
KKPPPSM
Maklumbalas:
Akan di buat percetakan dan diedarkan kepada semua
cawangan
Cadangan
10.1.i.1. Pencetakan akan di laksanakan selepas
Mesyuarat Perwakilan akan datang.
Tindakan: SU Agung
6.4 Negeri Sembilan
i. Perjawatan Gred U44
Penjawatan Gred 44 di JKN Negeri Sembilan di Bahagian
Perubatan telah di pindah ke Negeri Lain. Mohon dalam ABM
untuk permohonan baru.
35
Maklumbalas
Lembaga Pembanu Perubatan (LPP) telah ambil maklum dan
akan mengambil tindakan susulan.
Tindakan: Makluman
ii. Perjawatan Pre Hopistal Care (PHC)
Mengujudkan penjawatan dalam PHC berasingan di Jabatan
Kecemasan.
Maklumbalas
Bahagian perbendaharaan tidak setuju dengan pengasingan
tersebut kerana jika ia dipecahkan, mereka perlu memiliki
kewangan dan kod aktiviti mereka sendiri dan secara tidak
langsung perjawatan yang ada perlu di bahagi dua.
Tindakan: Makluman
iii. Elaun On call PP di KK
Cadangan Elaun sebanyak RM 150 diberikan kepada 3 orang PPP
oncall berjadual walaupun tiada kes.
Maklumbalas:
Cadangan ini telah dibawa dalam usul oleh Cawangan Negeri
Sembilan, Kertas kerja akan dibuat oleh Cawangan negeri
Sembilan
Tindakan: Cawangan Negeri Sembilan
6.5 Negeri Selangor
i. Pertukaran Anggota
Pertukaran Pegawai dengan pengganti perlu disokong kerana
isu ketiadaan anggota pengganti untuk mengganti tugas.
36
ii. Bantuan tali leher dengan tali pinggang
PTJ boleh membekalkan tali pinggang atau tali leher kerana ia
termaktub di dalam pakaian seragam dengan kebenaran ketua
jabatan.
Makluman
6.6 Negeri Melaka
i. Tuntutan Tabung kebajikan melalui online dan manual
menyebabkan tuntutan dua kali. Pen Bendahari perlu
membuat pengesahan tuntutan dengan Kesatuan Caw.
Negeri.
a. Penolong bendaharui agung akan semak melalui fail
tuntutan yang ada.
ii. Memohon semua cawangan membuat penambahan
Pendaftaran ahli untuk kesinambungan kutipan kewangan
kesatuan.
iii. Penambahbaikan syarat kenaikan pangkat mengikut gred
iv. Pengekalan bayaran elaun Haji bagi pertugas Haji.
Maklumbalas
Mesyuarat bersetuju untuk membincangkan usul-usul tersebut
di mesyuarat Exco akan datang.
Makluman
6.7 Negeri Johor.
i. Permohonan Penambahbaikan dalam Buku Peraturan dan
Tabung Kebajikan
37
Maklumbalas
Menunggu kelulusan JHEKS dengan permohonan dan
penambaikan peraturan baru selepas mesyuarat Perwakilan Dwi
Tahunan akan datang.
Tindakan: Ibupejabat
ii. Gelaran PPP perlu di selaraskan di seluruh negeri mengikut
hariki mulai JKN Negeri hingga ke Hospital dan PKD.
Terutama dalam MyPortfolio.
Maklumbalas
Mohon Caw Johor senaraikan cadangan gelaran terkini.
Tindakan: Cawangan Negeri Johor
6.8 Negeri Pahang
i. Kenaikan pangkat KUP & Hakiki
Kenaikan pangkat KUP & Hakiki perlu diwujudkan skim gred
jawatan sendiri.
Maklumbalas
Penyandang KUP32 boleh dicadangkan oleh PTJ untuk mengisi
kekosongan hakiki U32 yang masih kosong dengan syarat
bertugas di negeri tersebut serta boleh ditempatkan dimana
mana lokasi yang dirasakan perlu.
Makluman
6.9 Negeri Terengganu
i. Syarat kenaikan Pangkat P&P sentiasa berubah dari BSM.
Seragamkan penjawatan dan gelaran di setiap negeri
Makluman
38
6.10 Negeri Kelantan
i. Memohon pemaklaian tudung dikeluar untuk PP Wanita
untuk tutup aurat. Mesyuarat bersetuju untuk memohon
pemakaian tudung keluar dengan merujuk kepada university
berkenaan yang sudah guna-pakai.
ii. Peluang PP Hakiki yang tidak pernah mendapat KUP
mendapat kenaikan gaji setapak setahun sebelum Bersara
sebagai penghargaan perkhidmatan.
iii. Jawatan PPP yang belajar diapungkan atau dikosongkan
untuk diisi Penolong Pegawai Perubatan lain supaya
perkhidmatan berterusan.
iv. Insuran berkelompok. Pengerusi memaklumkan bahawa
insuran telah ada tetapi tidak praktikal kerana tidak berbaloi
untuk caruman kelompok.Pengerusi menggalakan insuran
secara individu.
Tindakan: Ibupejabat
7. PEMILIHAN JAWATANKUASA PEMERIKSAAN KERTAS UNDI
Mesyuarat membuat pemilihan Jawatan pemeriksa kertas undi Ahli
JK yang dipilih adalah :-
1. Reduan bin Abdullah (Johor)- Ketua Pemeriksa Kertas undi.
2. Mohd Fadhlurahman Bin Kamaruddin - Selangor
3. Nur’Afifah Asyrani bt Zabidi - Perlis
4. Mohd Baktial Hazizi Bin Che Muda Wilayah Persekutuan
5. En Zanif bin Shafee-Melaka.
6. En. Amirruddin bin Samsinar-Pahang.
7. En Nordin Bin Kamis - Kedah
8. Cik Aina Nasuha Binti Azizan - Perlis.
39
8. MEMBENTANGKAN ANGGARAN PENDAPATAN DAN
PERBELANJAAN KESATUAN BAGI TEMPOH 1 JANUARI 2017
HINGGA 31 Mac 2018 DAN 1 April 2018 HINGGA 31 Mac 2019
Pembentangan tidak dapat disediakan kerana Bendahari Agung
telah menletak jawatan disaat akhir Persidangan,
Perbentangan akan dibuat semasa Persidangan Perwakilan DWI
akan datang
9 MEMBENTANG DAN MELULUSKAN PERBELANJAAN BDC KALI KE 24
10 KEPUTUSAN PEMILIHAN PEGAWAI KANAN KESATUAN IBUPEJABAT
BAGI PENGGAL 2019-2021
Keputusan telah di umumkan oleh Reduan bin Abdullah Ketua
Pemerisa Kertas Keputusan Undian:-
Bilangan Kertas Undi Yang Dikeluarkan - 5259
Bilangan Kertas Undi Yang Dikembalikan - 2432
Bilangan Kertas Undi Yang Rosak* -
Bilangan Kertas Undi Yang Sah - 161
2271
PEGAWAI KANAN KESATUAN IBUPEJABAT BAGI PENGGAL 2019-
2021.
Jawatan Nama Calon Undi Catatan
diperolehi
1. MOHD ZABIDI BIN MENANG
MOHD TAHA 1276
PRESIDEN
2. MOHD AWAL DIN 485
TIMB BIN MOHD NAZIR
PRESIDEN 510
3. ZAIHARI BIN MENANG
ABDUL HAMID
TANPA
M.SHAZAN AMIR BERTANDING
BIN M.SAKDON
821
SETIAUSAHA 1. MOHD AWAL DIN
40
AGUNG BIN MOHD NAZIR
2. MOHAMAD 827 MENAN
NAZIR ISMAIL 623 G
3. MUHAMMAD 1319 MENARI
TAJUDDIN BIN 679 K DIRI
AZAHA (Surat
Rasmi di
PENOLONG 1. CHE WAN lampirk
SETIAUSAHA ABDULLAH BIN an)
AGUNG CHE MOHAMAD
MENANG
2. MOHD AIDIL BIN
MUSA 273
3. MUHAMMAD
TAJUDDIN BIN
AZAHA
BENDAHARI AHMAD FAIZUN BIN MENANG
TANPA
AGUNG YUNUS @ AZIZ
BERTANDING
PENOLONG 1. MOHD NGAZUAN MENANG
BENDAHARI BIN ABD MAEI 1452
AGUNG
2. MOHD AIDIL BIN 819
MUSA
11 PERLANTIKAN 2 JURUAUDIT DALAMAN
Mesyuarat sebulat suara bersetuju melantik 2 juruaudit Dalaman
1. Juruaudit 1 Tn Hj Zaharudin Bin Md. Derus (Selangor)
2. Juruaudit 2 Tn Hj Jaffri Bin Bahari (Melaka)
41
12 PERLANTIKAN PEMEGANG AMANAH BAGI SESI 2019-2021
BIL NAMA CALON CAWANGAN ALAMAT
1. Mohd Zabidi Bin Mohd Melaka Hospital
Taha Melaka
Hospital Kuala
2. En Zanif Bin Shafee WP Kuala Lumpur
Lumpur Hospital
Melaka
3. Zulkifli Bin Baba Melaka
13 PERLANTIKAN EXCO WANITA
BIL NAMA CALON CAWANGAN ALAMAT
1. Nurafizah Binti Mohd Melaka Majoriti
Nur pertama
29 undian
2. Nur Fadhilah Binti Kelantan Majoriti kedua
Mohd Yusoff 24 undian
14 UCAPAN PENANGUHAN
14.1 Cawangan Johor
Mengucapkan tahniah kepada JK Pusat dan Cawangan P.
Pinang telah Berjaya laksanakan tanggungjawab dengan
cemerlang dalam penganjuran BDC kali 22.
Cawangan Johor juga mengucapkan terima kasih atas
sokongan Tn. HJ Idris Mantan Presiden KKPPPSM.
14.2 Cawangan Melaka
Mengucapkan tahniah dan syabas kepada cawangan P.
Pinang atas penganjuran yang cemerlang dan kepada
Cawangan Kedah yang akan menganjurkan BDC akan
datang.
14.3 Cawangan Negeri Sembilan
Mengucapkan Terima kasih kepada Cawangan P. Pinang
yang telah menganjurkan BDC kali ini dengan cemerlang.
14.4 Cawangan Selangor.
Mengucapkan Terima kasih kepada Cawangan P. Pinang
yang telah menganjurkan BDC kali ini dengan baik juga
42
tahniah kepada perlantikan AMT baru.
14.5 Cawangan Perak
Tahniah dan Terima kasih kepada Cawangan P. Pinang yang
telah menganjurkan BDC kali ini dengan sempurna.
14.6 Cawangan Kedah
Memaklumkan walaupun Cawangan Kedah telah berpisah
dengan cawangan Perlis tetapi kerjasama masih ada dan
juga mengucapkan terima kasih kepada Cawangan P. Pinang
yang telah menganjurkan BDC kali ini dengan cemerlang.
14.7 Cawangan Kelantan
Mengucapkan tahniah kepada JK Pusat dan Cawangan P.
Pinang telah Bertungkus lumus menjayakan BDC kali ini
dengan baik dan cemerlang. Walaubagaimanapun
perjuangan kita masih belum selesai.
14.8 Cawangan Pahang
Mengucapkan tahniah kepada JK Pusat/AMT dan Cawangan
Terengganu atas penganjuran BDC kali 24 serta atas
komitmen Perwakilan menjayakan BDC kali ini.
14.9 Cawangan P.Pinang.
Mengucapkan tahniah kepada JK Pusat dan Cawangan
Terengganu telah Berjaya laksanakan tanggungjawab
dengan cemerlang dalam penganjuran BDC kali 23.Tahniah
juga kepada Perlantikan AMT Baru dan harapan semoga
dapat bertugas dengan penuh tanggungjawab dalam
penyelesaian isu-isu KESATUAN.
14.10 Cawangan Terengganu.
Selaku Penganjur Cawangan P. Pinang memohon ampun dan
maaf atas sebarang masalah. kesilapan, layanan yang tidak
sempurna dan apa-apa kekurangan semasa mesyuarat BDC
kali ini
14.11 Setiausaha Agung 2017-2019- En. M Shazan Amir Bin
M Sakdon
43
Mengucapkan terimakasih kepada Perwakilan yang telah
mengamanahkan beliau menjalankan tugas tersebut
14.12 Penolong Bendahari 2017-2019 -En. Faizun Bin
Yunos.
Mengucapkan terima kasih atas kepercayaan perwakilan
melantik sebagai Bendahari bagi penggal 2019-2021
walaupun masih baru dalam aktiviti KESATUAN dan berikrar
akan menjalankan tugas dengan sebaik mungkin.
14.13 Presiden – Hj Zabidi Bin Mohd Taha
Mengucapkan terima kasih atas kepercayaan Perwakilan
menlantik sebagai Presiden bagi penggal 2019-2021, akan
menjalankan tanggunjawab dengan sebaik mungkin.
15 PENANGGUHAN PERSIDANGAN
Penetapan tuan rumah bagi mesyuarat dwi tahunan ke 25 akan
diputuskan pada mesyuarat exco akan datang.
Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 12.30 tengahari.
Minit disediakan Oleh:
Mohd Aidil Bin Musa
Penolong Setiausaha Agung
KKPPPSM (NUAMO) 2019-2021
Minit Disemak Oleh :
Mohamad Nazir Bin Ismail
Setiausaha Agung
KKPPPSM (NUAMO) 2019-2021
Minit disahkan oleh”
Tn. Hj. Mohd Zabidi b. Mohd Taha
44
Presiden
KKPPPSM (NUAMO)2019-2021
LAPORAN AKTIVITI IBUPEJABAT 2019-2021
Laporan ini adalah merupakan laporan aktiviti ibupejabat yang telah
dilaksanakan sepanjang tempoh penggal 2019-2021.
Sepanjang tempoh 2019-2021, KKPPPSM telah melaksanakan beberapa
program samada walaupuan dalam suasana pandemik covid-19 yang
menular di negara kita.
Antara aktiviti yang dilaksanakan adlah mesyuarat, seminar dan kursus.
Program-program ini meliputi penglibatan Ahli Majlis Tertinggi, Ahli Exco
serta ahli-ahli. Laporan ini turut menerangkan gerak kerja pegawai-
pegawai KKPPPSM sepanjang tempoh tersebut.
PERSIDANGAN PERWAKILAN DWITAHUNAN KALI KE 24 KESATUAN KEBANGSAAN
PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN SEMENANJUNG MALAYSIA
45
KUNJUNG HORMAT KESATUAN KEBANGSAAN PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN
SEMENANJUNG MALAYSIA DENGAN LEMBAGA PEMBANTU PERUBATAN
MESYUARAT PERBINCANGAN PEMANSUHAN BAYARAN INSENTIF PERKHIDMATAN
KRITIKAL (BIPK) BAGI PERLANTIKAN BAHARU BERMULA JANUARI 2020
46
MEGHADIRI GACOPA , 2ND INTERNATIONAL DELEGATES AND SCIENTIFIC
CONFERENCE
KUNJUNGAN HORMAT KESATUAN KEBANGSAAN PENOLONG PEGAWAI
PERUBATANSEMENANJUNG MALAYSIA (KKPPPSM) KE BAHAGIAN PERKIDMATAN
PENGURUSAN SUMBER KKM
KUNJUNGAN HORMAT KESATUAN KEBANGSAAN PENOLONG PEGAWAI
PERUBATAN SEMENANJUNG MALAYSIA (KKPPPSM) KE JHEKS MELAKA
47
MESYUARAT KESATUAN KEBANGSAAN PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN
SEMENANJUNG MALAYSIA EXCO KE 123
48
LAPORAN AUDIT LUAR
1 APRIL 2019 -31 MAC 2020
49