The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Juee, 2023-01-17 21:28:01

ARE YOU A YOUNG BIILIONARE ?

PAF3033

I PRAKATA Alhamdulillah, dengan rasa rendah hati dipanjatkan rasa syukur kepada Allah SWT kerana dengan izinnya kami dapat menyusun satu bahan bacaan yang dapat membantu kanak-kanak menguasai kemahiran pengurusan wang kendiri dengan pendekatan mudah, inovatif dan sistematik dalam tempoh masa yang singkat dan lebih berkesan. Buku Are You A Young Billionaire? Ini merupakan satu bahan yang memenuhi tajuk utama kami iaitu perakaunan untuk kanak-kanak yang mana menggunakan pendekatan yang inovatif, kreatif, seronok dan terkini dalam membantu kanak-kanak menguasai kemahiran pengurusan kewangan. Pendekatan dan teknik yang digunakan dalam buku ini dapat menarik minat kanak-kanak untuk membaca. Buku ini sedikit sebanyak dapat menggalakkan kanak- kanak untuk menanam minat dari awal bagi menjadi seorang jutawan sebagai pekerjaan mereka pada masa hadapan. Terima kasih dan jutaan penghargaan kepada Profesor Madya Dr. Noor Lela Binti Ahmad yang banyak memberi sokongan terhadap penghasilan buku ini. Disamping itu juga, Dr Noor Lela telah banyak membantu dalam memberikan penerangan secara lebih terperinci terhadap isi kandungan yang diperlukan. Sekalung penghargaan buat semua yang telah melibatkan diri dan bertungkus lumus dalam menyiapkan, menyusun dan menghasilkan buku Are You A Young Billionaire? Ini secara langsung dan tidak langsung. Moga usaha murni ini dinilai di sisi Allah SWT sebagai amal jariah dan beroleh keberkatan atas usaha murni ini.


II BIODATA PENULIS


III


IV JADUAL ISI KANDUNGAN KANDUNGAN MUKA SURAT Prakata i Biodata Penulis ii - iii Jadual Isi Kandungan iv 1.0: Pengenalan Apa itu Jutawan? 1-2 2.0: Apa itu Perakaunan & Bagaimana Fungsinya kepada Jutawan Muda? 3 - 5 3.0: Siapakah Model Jutawan Muda & Bagaimana Mereka Menjadi Jutawan Muda? 6 - 9 4.0: Bagaimanakah Kanak-Kanak dapat Menguruskan Wang Saku? 10 - 16 5.0: Bagaimanakah Ibu bapa Menggalakkan Anak - Anak untuk Menabung? 17 - 21 6.0: Contoh Aplikasi yang Boleh Digunakan 22 - 28 Kesimpulan 29 Rujukan 30


1 Apa itu Jutawan? Secara umumnya, seseorang yang digelarkan jutawan merupakan seorang individu yang mempunyai nilai bersih atau kekayaannya melebihi satu juta unit mata wang di dalam satu akaun bank atau akaun simpanan. Menjadi Jutawan adalah idaman ramai orang. Menjadi jutawan juga tidak memerlukan sijil kelayakan yang tertinggi. Hanya perlu berusaha, berilmu dan berkeyakinan. Untuk menjadi seorang jutawan, kemahiran mengurus wang adalah perkara yang sangat penting. Memiliki ciri-ciri seorang jutawan perlu menanamkan sifat berjimat-cermat serta melakukan perbelanjaan mengikut pecahan seperti berikut: 1.0 APAKAH ITU JUTAWAN ?


2 Kemahiran bijak mengurus wang ini seharusnya dibiasakan sebelum bergelar jutawan atau perlu diamalkan sejak kecil lagi. Oleh itu, tidak dapat dinafikan bahawa kanak kanak yang berumur 10 tahun atau lebih juga boleh digelarkan sebagai jutawan.


3 Menariknyaaa akaun Perakaunan adalah aktiviti penyampaian maklumat kewangan sesebuah entiti perniagaan kepada pengguna berkepentingan seperti pemegang saham dan pengurus. Umumnya, aktiviti ini dipersembahkan melalui penyata kewangan yang memperincikan sumber-sumber ekonomi dalam unit mata wang yang berada di bawah kawalan pengurusan. Perakaunan merupakan salah satu cabang Sains Matematik di mana ianya mencari punca kejayaan dan kegagalan sesebuah entiti perniagaan. Perakaunan adalah salah satu bidang profesional yang mempunyai standard dan piawaian yang tersendiri. Mempelajari subjek ini adalah amat menarik hal ini kerana ianya dapat di praktikkan dengan kehidupan seharian kita. Setiap individu boleh mempelajarinya secara formal mahupun tidak formal. Kita mempunyai kelebihan berbanding orang lain sekiranya dapat menguasai asas dalam perakaunan. 2.0 APAKAH ITU PERAKAUNAN & BAGAIMANAKAH FUNGSINYA KEPADA JUTAWAN MUDA ?


4 TUJUAN PERAKAUNAN DIWUJUDKAN


5 Perakaunan dan kewangan adalah tidak sama namun kedua-duanya mempunyai perkaitan yang sangat rapat. Perakaunan dan Kewangan kedua-duanya adalah sebahagian daripada ekonomi. Kedua-dua entiti ini bergantung kepada satu sama lain, seperti perakaunan adalah sebahagian daripada kewangan dan kewangan bergantung kepada perakaunan. Analisis kewangan dilakukan dengan bantuan penyata kewangan, yang dikemukakan oleh juruaudit. Dalam erti kata lain, mereka sangat rapat saling berhubungan, atau kita boleh katakan, akhir perakaunan adalah permulaan kewangan. Oleh itu bagi kanak-kanak yang berumur bawah 12 tahun, mereka perlu mendapat pendedahan awal mengenai istilah dan kegunaan yang berkaitan dengan subjek perakaunan. Contohnya, jualan, belanja, asset, liabiliti yang mudah disebut sebagai hutang dan ekuiti. Melalui pengetahuan asas ini akan menjadikan kanak-kanak lebih berminat untuk membuat perancangan kewangan dalam usaha menjadi seorang jutawan muda bermula seawal umur bawah 12 tahun. Jadi, kanak-kanak akan mengetahui cara mudah dalam menguruskan sumber kewangan keluar masuk yang ada dalam tangan anda.


6 ‘Role Model’ adalah sesorang atau sekumpulan orang yang dijadikan sebagai teladan hidup, atau pemberi inspirasi bagi orang atau kelompok tersebut. Ayuh, kita kenal ‘Role Model’ dalam dunia perjalanan menjadi jutawan muda dan cara mereka memulakan perjalanan tersebut; 1) Individu Terkaya di Dunia Meskipun tidak lahir daripada keluarga yang kaya tetapi dengan kebijaksanaan, beliau berjaya mengubah nasib hidup dan menjadi individu Paling Kaya di dunia pada tahun 2021 dengan anggaran pendapatan bersih 200 Juta Dollar mengalahkan Elon Musk di tangga ke-2. Pada permulaannya, aplikasi Amazon merupakan kedai buku secara atas talian yang ditubuhkan pada 1994 dengan permulaan dari rumah sahaja. Tetapi beliau berjaya mengembangkan sehingga ia menawarkan lebih daripada 45 juta barang dari Amarika Syarikat. Menariknya, aplikasinya ini turut membenarkan transaksi berbelanja melibatkan 25 mata wang di seluruh dunia. 3.0 SIAPAKAH ‘ROLE MODEL’ JUTAWAN MUDA & BAGAIMANAKAH MEREKA MENJADI JUTAWAN?


7 2) Youtuber Cilik Terkenal di Malaysia Pada umur 12 tahun, Alyssa Dezek membeli kereta idamannya Vellfire dengan hasil menjadi Youtuber Cilik. Jangkaan pendapatan adik Alyssa antara RM 32,000 sehingga RM 500,000 sebulan. Bahkan, hasil pendapatan turut berpunca daripada hasil bakat nyanyian dan kebolehan bermain instrumen muzik seperti Ukulele, gitar dan Biola. Menariknya, Alyssa mempelajari kemahiran ini bermula melalui Youtube dan mendapat sokongan keluarga membuatnya bergiat aktif sehingga menjadi antara model jutawan cilik yang tidak berputus asa. Pada 7 Jun 2021, Alyssa berjaya meraih 4.05 juta pengikut di Youtube dan lagu “Lagu untuk Kamu” hasil nyanyiannya meraih 153 juta tontonan. Ini membuktikan, bahawa kejayaan pasti hadir bagi individu yang berusaha tanpa mengenal had umur. IMBAS SAYA


8 3) Youtuber Cilik Terkenal di Ukraine Seorang anak cilik berusia 7 tahun, Diana yang terkenal dalam rancangaan kanak-kanak iaitu Kids Diana Show terbukti dengan minat berjaya menjana pendapatan mencecah 234 juta dollar hasil daripada Youtube . Pada 7 Jun 2021, Diana memiliki 79.5 Juta pengikut di Youtube dan menjadi saluran Youtube kanak- kanak terkenal dari Ukraine. Pada mulanya, anak cilik ini membawakan isi kandungan video yang santai iaitu lagu kanak-kanak, belajar bahasa inggeris, mengulas mainan dan vlog abangnya, Roma. Abangnya juga mempunyai saluran Youtube; Kids Roma Show. Untuk menjadi jutawan muda ini, ibu dan ayahnya merupakan tulang belakang disebalik kejayaan mereka. IMBAS SAYA


9 Mengantuk SUDAH? IMBAS SAYA! NYANYI bersama YOK!


10 Definisi Wang Saku Wang atau dikenali sebagai duit merujuk kepada sesuatu objek atau barang yang digunakan untuk mendapatkan sesuatu barang dan perkhidmatan. Wang merupakan alat pertukaran nilai yang umum dan sah diterima masyarakat sebagai medium pertukaran dalam urusan jual beli dan urusniaga lain. Wang juga berfungsi sebagai alat penyimpanan nilai, unit akaun dan piawai langsaian hutang. Wang saku pula merujuk kepada jumlah wang mingguan yang diberikan oleh ibu bapa kepada anak-anak mereka sebagai elaun. Namun, takrif lain bagi wang saku ialah duit yang diberi sebagai perbelanjaan harian dan wang yang dibawa bersama untuk digunakan apabila diperlukan. Kepentingan Menguruskan Wang Saku dengan Bijak KEPENTINGAN MENGURUSKAN WANG SAKU DENGAN BIJAK. MENGELAKKAN DIRI MENJADI MATERIALISTIK MENGELAK HUTANG PERSEDIAAN AWAL UNTUK MASA HADAPAN DAPAT MEMENUHI KEPERLUAN BERBANDING KEHENDAK 4.0 BAGAIMANAKAH KANAK - KANAK DAPAT MENGURUS WANG SAKU ?


11 Tetapkan BAJET dan TARGET Bajet merupakan satu pelan anda untuk berbelanja menggunakan duit yang anda miliki. Kita sebagai manusia tidak akan lari daripada sikap berbelanja, sama ada berbelanja kerana perlu atau berbelanja kerana nafsu. Justeru, bajet merupakan salah satu cara untuk mengimbangi duit yang kita miliki dengan duit yang kita belanjakan. Diri sendiri yang akan memutuskan apa yang dibelanja, berapa yang akan dibelanjakan dan berapa banyak yang akan disimpan. Sebagai contoh : Apa yang boleh dibuat dengan RM5 ? = RM 5 RM 1 RM 1.50 - RM 2.50 BOLEH MASUKKAN KE DALAM TABUNG -


12 Target adalah sasaran atau tetapan yang dibuat oleh seseorang individu untuk dicapai pada masa hadapan. Target adalah berdasarkan keinginan seseorang itu sendiri, seperti target untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan, target untuk membeli sesuatu barang dan sebagainya. Contohnya, Amin ingin membeli Playstation dengan hasil simpanan duit wang sakunya setiap hari. Jadi, mengapakah meletakkan target dikira dapat menguruskan wang dengan bijak ? Dengan meletakkan target dalam kehidupan terutamanya berkenaan dengan wang, ia secara tak langsung dapat memupuk sikap berdisiplin, bertanggungjawab dan berdikari dalam diri seseorang individu. Sebagai contoh : Amin ingin membeli sebuah mainan kereta lumba yang berharga RM45.00. Memandangkan ibu bapa Amin telah melatih dirinya untuk mendapatkan sesuatu barang dengan usaha sendiri, maka Amin cuba untuk menabung demi membeli mainan kegemarannya itu. Amin telah meletakkan target kereta mainan nya itu dan menabung sebanyak RM1 sehari iaitu lebihan wang saku persekolahannya. Hasil tabungan Amin setiap hari selama 7 minggu, akhirnya Amin berjaya membeli mainan kegemarannya. Kesimpulannya, jika seseorang individu bijak merancang bajet dan mempunyai target, maka dia dapat menguruskan wang sakunya dengan bijak.Bukan itu sahaja, dia juga dapat memenuhi kehendaknya sendiri tanpa bantuan ibu bapa. RM 1 x 45 hari = RM 45.00


13 Bezakan Keperluan dan Kehendak Untuk menjadi salah seorang individu yang bijak menguruskan wang, kita perlulah cakna dalam membezakan barang keperluan dan kehendak. Hal ini demikian kerana manusia mempunyai sikap ingin berbelanja ke atas barang yang diingini tetapi tidak bijak menguruskan duit. Secara umumnya keperluan adalah barang dan perkhidmatan yang perlu dibeli dan dibelanjakan bagi meneruskan hidup. Antara contoh barang keperluan termasuklah tempat tinggal, makanan, pakaian dan air. Manakala, kehendak pula merupakan keinginan terhadap barang dan perkhidmatan untuk hidup dengan lebih selesa dan mewah daripada keadaan asal. Contoh keperluan dan kehendak kanak-kanak di sekolah : KEPERLUAN KEHENDAK - Makan pagi & tengahari - Tambang bas - Alat tulis - Membeli kudapan - Membeli alat mainan Kanak-kanak haruslah bijak dalam membezakan keperluan dan kehendak. Hal ini demikian kerana wang saku yang diberikan oleh ibu bapa adalah untuk perbelanjaan harian sekolah. Tidak salah untuk memenuhi kehendak diri, tetapi perlulah bijak membahagi dan mendahulukan perkara yang penting. Sebagai contoh : Nasi Ayam merupakan barang keperluan berbentuk makanan, di mana ianya untuk mengeyangkan perut yang lapar. Manakala Chicken Chop pula RM 5.00 RM 9.00


14 merupakan barang kehendak berbentuk makanan kerana ianya lebih sedap dan mahal jika dibandingkan dengan Nasi Ayam. Jika anda pengguna yang bijak, anda akan memilih Nasi Ayam dengan harga yang murah berbanding Chicken Chop yang harganya mahal. Lebihan duit tersebut boleh dibelanjakan untuk barang lain atau disimpan dalam tabungan. Merekodkan Aliran Duit Keluar dan Masuk Untuk merekodkan aliran duit keluar dan masuk, anda boleh meggunakan sistem buku tunai untuk catatan harian anda. Cara menyediakan buku tunai : BUKU TUNAI Tarikh Perkara Bank Tunai Tarikh Perkara Bank Tunai 2021 Jan, 1 Baki awal 0 Rajah 4.1 1) Sediakan buku tunai mengikut format yang disediakan. Memandang ini adalah catatan bukan perniagaan, maka boleh abaikan kolum “Bank”. 2) Kolum di sebelah kiri merupakan ruangan debit (duit masuk), manakala kolum di sebelah kanan merupakan ruangan kredit (duit keluar). 3) Letakkan baki awal bulan tersebut, sekiranya anda mempunyai RM 0 tunai ditangan, maka letakkan RM 0. Tarikh Perkara Bank Tunai Tarikh Perkara Bank Tunai 2021 2021 Jan, 1 Baki awal 0 Jan, 1 Belanja harian sekolah 5 Jan, 1 Duit belanja untuk seminggu 25 Rajah 4.2 4) Contoh 1, ibu bapa anda telah memberikan duit belanja untuk seminggu kepada anda. Jadi rekodkan di ruangan debit seperi Rajah 4.2 5) Kemudian, rekodkan duit keluar di sebelah kredit memandangkan 1 Januari adalah hari persekolahan.


15 Tarikh Perkara Bank Tunai Tarikh Perkara Bank Tunai 2021 2021 Jan, 1 Baki awal 0 Jan, 1 Belanja harian sekolah 5 Jan, 1 Duit belanja untuk seminggu 25 Jan, 2 Belanja harian sekolah 5 Jan,20 Tambahan duit belanja 10 Jan, 3 Beli buku tulis 2.50 3 5 5 Jan 31 5 Rajah 4.3 6) Rekodkan seperti biasa aktiviti harian anda. Tarikh Perkara Bank Tunai Tarikh Perkara Bank Tunai 2021 2021 Jan, 1 Baki awal 0 Jan, 1 Belanja harian sekolah 5 Jan, 1 Duit belanja untuk seminggu 25 Jan, 2 Belanja harian sekolah 5 Jan, 4 Tambahan duit belanja 10 Jan, 3 Beli buku tulis 2.50 Jan, 7 Baki akhir 7.50 3 5 5 Jan 5 5 35 35 Rajah 4.4 Belanja harian sekolah Belanja harian sekolah Baki akhir = Baki Tunai debit – Baki Tunai kredit


16 7) Selepas cukup seminggu, imbangkan kedua-dua belah buku tunai. 8) Jika baki kanan lebih banyak maka letakkan sebagai angka imbangan, dan sebaliknya. 9) Kemudian rekodkan baki akhir. 35 35 2021 Jan, 8 Baki awal 7.50 Rajah 4.5 10) Akhirnya, rekodkan semula baki akhir minggu tersebut sebagai baki awal minggu akan datang. Kemudian, ulangi langkah yang sama. Aktiviti mencatat aliran duit keluar dan masuk juga boleh dilakukan dalam kadar bulanan bergantung kepada cara agihan perbelanjaan daripada ibu bapa. Dengan adanya sistem Buku Tunai, aliran duit keluar dan masuk akan lebih jelas dan terancang. Kanak-kanak juga akan lebih mudah untuk mengenalpasti ke manakah duit yang dilaburkan. Pengamalan sistem rekod ini juga dapat memupuk sikap berdikari dalam diri anak-anak kemudian mengelakkan daripada berlakunya aktiviti yang akan memboroskan diri mereka. Justeru, kanak-kanak akan lebih cekap untuk mengendalikan duit.


17 5.0 BAGAIMANAKAH IBU BAPA DAPAT MENGGALAKKAN ANAK - ANAK UNTUK MENABUNG?


18 APA ITU MENABUNG ? Menabung ialah amalan menyimpan wang yang diperoleh. Menabung merupakan amalan yang mulia Mengasingkan sejumlah wang demi menjamin masa hadapan seseorang.


19 Dengan adanya akaun bank, setiap kali tabung anak penuh, ibu bapa boleh membawa anak mereka untuk menyimpan duit tersebut di dalam bank untuk simpanan masa hadapan. Membuka akaun bank untuk anak LANGKAH- LANGKAH IBU BAPA MENGGALAKKAN ANAK UNTUK MENABUNG ? Ibu bapa boleh menghadiahkan anak mereka tabung yang comel dan menarik perhatian mereka. Tabung yang cantik mungkin boleh menjadikan anak mereka lebih bersemangat untuk menabung. Hadiahkan tabung yang cantik kepada anak


20 Bacalah buku kewangan dan simpanan sebagai penambah ilmu. Cari buku yang bersesuaian dengan peringkat umur. Amalan menabung ini dapat dipupuk melalui pembacaan buku kewangan juga. Amalkan sikap mencatat belanja setiap kali mengeluarkan duit untuk belanja. Ibu bapa boleh menyediakan buku seperti buku tunai. Buku tunai ini akan merekod segala duit yang keluar dan masuk. Baca buku kewangan dan simpanan simpanan Sikap Mencatat Belanja LANGKAH - LANGKAH IBU BAPA MENGGALAKKAN ANAK UNTUK MENABUNG ?


21


22 1) Monefy Applikasi yang dapat membantu untuk merekodkan perbelanjaan sekaligus menunjukkan baki simpanan sedia ada. Memudahkan proses bagi individu yang masih tidak mahir dalam menguruskan kewangan peribadi. 6.0 CONTOH APLIKASI YANG BOLEH DIGUNAKAN


23 Dapat membantu memudahkan urusan untuk mengesan dan mengawal perbelanjaan peribadi. Mudah untuk mengetahui baki simpanan sedia ada. Memudahkan dalam urusan merekodkan perbelanjaan dengan hanya meletakkan jumlah dan kategori perbelanjaan tersebut.


24 Dapat menyesuaikan kategori perbelanjaan mengikut pilihan sendiri


25 2) ShopBack Aplikasi yang menawarkan pilihan pembelian yang lebih bijak kepada pengguna dengan memulangkan sebahagian daripada jumlah perbelanjaan apabila membuat pembelian melalui aplikasi ini. Mendapat akses kepada pelbagai tawaran, baucer dan kod promo daripada pelbagai perniagaan.


26 Dapat mengesan pulangan atas pembelian yang telah dilakukan melalui aplikasi ShopBack


27 3) Fortune City Sebuah aplikasi yang menyeronokkan yang telah direka untuk merekodkan dan memantau perbelanjaan peribadi namun telah diolah untuk memastikan pengalaman yang menyeronokkan kepada pengguna. Dapat mengesan pendapatan dan perbelanjaan peribadi berdasarkan rekod yang telah dikemaskini.


28 Bagi setiap rekod yang telah dimasukkan, pengguna boleh menukarkannya kepada bentuk bangunan ataupun kemudahan yang berkait rapat dengan kategori perbelanjaan yang telah direkodkan. Laporan harian, bulanan dan tahunan yang mudah untuk difahami dan diakses.


29 KESIMPULAN RUJUKAN Konklusinya, kanak-kanak perlu menyemai sikap berjimat cermat sejak kecil lagi agar kebiasaan ini menjadi pedoman ketika besar nanti. Pengurusan wang dengan bijak juga dapat mengatasi masalah ketika berlakunya kecemasan, memudahkan pembiayaan keperluan semasa dan yang akan datang dan menikmati kehidupan yang lebih gembira dan selesa di hari tua nanti, bak kata pepatah “berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian”. Selain itu, dengan adanya jimat cermat ini, kita tidak akan boros dalam perbelanjaan seharian seperti makanan, hiburan dan sebagainya. Malah, menggunakan wang dengan cermat dan memastikan tidak terlebih guna wang yang ada. Misalnya, seseorang yang berjimat cermat sudah tentu akan menggunakan separuh sahaja wang perbelanjaan manakala separuhnya lagi akan disimpan sama ada di dalam bekas tabung atau disimpan di bank. Penyimpan bank juga akan memperoleh dividen hasil daripada simpanan, bak kata pepatah sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Jadi, amalan menabung berupaya memupuk kita lebih berjimat cermat untuk bila-bila masa. Intihanya, amalan menabung amat mulia. Setiap individu perlu mengorak langkah untuk menabung. Amalan ini bukan sahaja dapat merealisasikan impian diri sendiri malahan negara. Dalam keadaan kemelesetan ekonomi dunia, rakyat juga dapat menghadapi kegawatan ekonomi ini dengan tabah kerana mempunyai tabungan yang cukup untuk membiayai kos hidup.


30 RUJUKAN Admin. (2020, November 28). Faedah Menabung. https://www.mywilayah.com/2020/11/faedah-menabung.html?m=1 Anis Affandi (2020, September 29). Digelar Kanak-Kanak Terkaya di Dunia, Pendapatan Youtube ‘Kids Diana Show’ Cecah 234 Juta !. https://siraplimau.com/kids-diana-show-youtube/ Apa itu ShopBack? (2018, October 24). ShopBack MY. https://support.shopback.my/hc/ms-my/articles/360026114494-Apa-itu- ShopBack- Monefy - Handy personal finance management tool for Android and iOS. (2016, May 6). Monefy: Better Way to Track Your Expenses. https://monefy.me Najwa Azman (2021. September 16). Apakah itu Perakauan?. http://duniakaun.blogspot.com/2015/09/apakah-itu-perakaunan_22.html?m=1 Shamila Zahari (2020 Ogos 21). Kanak-Kanak Buat Duit Jadi Youtuber. https://www.sinarharian.com.my/article/97561/SUARA-SINAR/Analisis- Sinar/Kanak-kanak-buat-duit-jadi-YouTuber Strick, K. (2018, September 13). Fortune City: the hyped app that turns tracking your income into a game. Evening Standard. https://www.standard.co.uk/tech/fortune-city-app-need-to-know-a3935061.html Tokopedia (2021, April 14). 10 Orang Terkaya di Dunia & Bisnis Yang Membuat Mereka Kaya. https://www.tokopedia.com/blog/orang-terkaya-di-dunia-fin/ Unit Perakaunan (2019). Accounting 1. Kolej Matrikulasi Melaka:Melaka.


Click to View FlipBook Version