Modul KBAT Novel KSSM
Oleh, Ting Hea Ling
SMJK Nan Hwa
Kandungan:
Bahagian I: muka surat 1
Konsep Inovasi: Konsep JMJ+SaSoPSe
Bahagian II:muka surat 2
Sebar Luas
Bahagian III: muka surat 3-10
Contoh Soalan dan Jawapan Novel KBAT KSSM
Bahagian IV: ms10
Latihan Novel KBAT KSSM
Bahagian I:
Konsep Inovasi: Konsep JMJ+SaSoPSe
Gambar rajah ini menunjukkan inovasi untuk menjawab soalan novel, soalan 8, bahagian
ii. Konsepnya ialah JMJ+SaSoPSe. JMJ mewakili judul novel Jendela Menghadap jalan,
SaSo melambangkan salin kehendak soalan, P merupakan peristiwa manakala Se ialah
terangkan sebab bagi kehendak soalan. Apabila digabungkannya maka pelajar dapat
menghasilkan jawapan novel KBAT yang lengkap, tidak wujudnya masalah seperti
terpesong isi dalam jawapan mereka. Dalam modul ini, konsep yang inovasi ini didedahkan
kepada pelajar dan latihan -latihan yang disertakan jawapan disediakan untuk pelajar agar
mereka mempunyai bahan rujukan.
Simbol warna:
JMJ=coklat, SaSo=hijau, P=biru, Se=merah
BAHAGIAN II:
Sebar Luas
Bahagian II:
Sebar Luas
Penyebaran luas modul dikumpulkan dalam bentuk googe sites yang merangkumi link
Youtube: Video Penggunaan Konsep JMJ+SaSoSe, link Virtual Classroom dan link Google
Classroom yang merangkumi latihan soal jawab (berasaskan buku teks) yang lengkap,
video lengkap novel 4 zon, gambar rajah & Tik Tok Konsep JMJ+SaSoSe dan himpunan
soalan kbat novel serta link modul bentuk digital, link Dashboard PPD Manjung, link
dashboard Cikgootube.
Google Sites:
https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/kssm-t4-t5/inovasi-kssm-novel
Virtual Classroom:
https://www.canva.com/design/DAEgJtb4VF0/BEIo0vodo_zESoADqP1d_A/view?utm_con
tent=DAEgJtb4VF0&utm_campaign=designshare&utm_medium=link&utm_source=shareb
utton
Google Classroom:
https://classroom.google.com/c/MzExMTI1MjYxNDEw?cjc=jw22qx6
Kod GC: jw22qx6
Link Dashboard PPD Manjung:
https://datastudio.google.com/u/0/reporting/1gQic4c8HeZy-j5pogjDr0dqY-
PiSm7va/page/tiYSB?hl=en
Link Dashboard Cikgootube:
https://cikgootube.net/wp/bankbahanpdpc/
Bahagian III:
Contoh Soalan dan Jawapan Novel KBAT KSSM
Soalan 1
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan peristiwa yang
menggambarkan kecekalan dan kegigihan watak dalam novel tersebut. [6 markah]
Novel Tingkatan 4:
Contoh skema jawapan:
Dalam novel Jendela Menghadap Jalan, peristiwa yang menggambarkan kecekalan
dan kegigihan dalam setiap novel tersebut ialah peristiwa Lili diculik oleh Rafik dan
dikurung di sebuah pondok buruk. Rafik telah menculik Lili dengan mengacukan
sebilah pisau tajam ke leher Lili sebaik sahaja Lili turun dari bas. Rafik menjadikan Lili
sebagai orang tebusan dan mengurung Lili di sebuah pondok yang usang. Lili cekal
berhadapan dengan kes penculikannya oleh Rafik. Kes penculikan itu tidak
mematahkan semangat Lili. Sebaliknya, Lili berasa lebih bersemangat untuk
mengikuti perkembangan diri Rafik, sekali gus cuba membantunya. Lili turut
memaafkan Rafik. Peristiwa ini menggambarkan sikap Lili yang cekal ketika
menghadapi kes penculikan yang menakutkannya dan mengancam keselamatannya.
Latihan:
Selain itu, peristiwa yang menggambarkan kecekalan dan kegigihan dalam setiap
novel tersebut ialah peristiwa …… Peristiwa ini menggambarkan ……
Novel Tingkatan 5:
Contoh skema jawapan:
Dalam novel Songket Berbenang Emas, peristiwa yang menggambarkan kecekalan
dan kegigihan dalam setiap novel tersebut ialah peristiwa Dahlia tabah menghadapi
masalah kesihatan ibunya. Dahlia tabah menghadapi masalah kesihatan ibunya,
Saleha yang menjadi kurang siuman. Ibu Dahlia merayau-rayau di kebun getah dan
bercakap sendirian sambal ketawa. Dia terpaksa dihantar ke Hospital Batu Pahat dan
Hospital Permai untuk menjalani rawatan pemulihan. Sepanjang ketiadaan ibunya,
Dahlia terpaksa keluar dari asrama untuk menguruskan kehidupan adik-adiknya
sepertimana yang dilakukan oleh ibunya sebelum jatuh sakit. Peristiwa ini
menunjukkan bahawa Dahlia amat tabah menjalani kehidupan seharian walaupun
ibunya jatuh sakit.
Latihan:
Selain itu, peristiwa yang menggambarkan kecekalan dan kegigihan dalam setiap
novel tersebut ialah peristiwa …… Peristiwa ini menggambarkan ……
Soalan 2
Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan peristiwa yang dapat memberikan
teladan kepada anda dan sebabnya. [6 markah]
Novel Tingkatan 4:
Contoh skema jawapan:
Dalam novel Jendela Menghadap Jalan, peristiwa yang dapat memberikan teladan
kepada saya ialah peristiwa Lili, Geetha dan Danel melihat matahari terbit di jeti
nelayan sebelum mereka berpisah untuk pulang ke bandar dapat memberikan teladan
kepada saya. Lili, Geetha dan Danel menyaksikan matahari terbit di jeti nelayan pada
hari perpisahan mereka. Geetha akan balik ke kampus manakala Lili akan pulang ke
Kuala Lumpur. Lili berasa berat hati untuk berpisah dengan kawan-kawannya.
Semasa menyaksikan matahari terbit, Danel menyarankan agar mereka terus
berhubung melalui telefon dan e-mel. Geetha pula mencadangkan agar mereka
menulis surat kerana surat datang dari hati. Mereka berpisah apabila Danel terpaksa
membawa ayahnya ke klinik. Peristiwa ini dapat memberikan teladan kepada saya
agar menghargai hubungan persahabatan antara rakan-rakan seperjuangan yang
berbilang kaum dan berusaha mengekalkan jalinan persahabatan yang erat walaupun
terpaksa berpisah setelah tamat sekolah di tingkatan lima. persekolahan, Lili, Geetha
dan Danel berjanji akan terus berhubung setelah berpisah. Danel telah menulis surat
kepada Lili dan berkata tentang hati dan perasaannya terhadap Lili. Lili pula membalas
surat Danel pada Disember 2008 untuk berkongsi kegembiraannya setelah
mengetahui cerita sejarah yang disampaikan oleh datuknya.
Latihan:
Selain itu, peristiwa yang dapat memberikan teladan kepada saya ialah peristiwa ……
Peristiwa ini dapat memberikan teladan kepada saya agar …….
Novel Tingkatan 5:
Contoh skema jawapan:
Dalam novel Songket Berbenang Emas pula, peristiwa yang dapat memberikan
teladan kepada saya ialah peristiwa Dahlia terpilih mengikuti Kursus Pengurusan
Perniagaan di Jepun dapat memberikan teladan kepada saya. Dahlia terpilih untuk
mengikuti Kursus Pengurusan Perniagaan peringkat ijazah pertama selama empat
tahun di Jepun. Sebelum itu, Dahlia diwajibkan mengikuti kursus bahasa Jepun di
Universiti Malaya selama enam bulan. Pemilihan Dahlia dibuat atas cadangan
sekolahnya dan Jabatan Pelajaran Johor berdasarkan pencapaiannya dalam
peperiksaan SPM. Peristiwa ini dapat memberikan teladan kepada saya agar terus
berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam
peperiksaan walaupun menghadapi pelbagai dugaan dalam kehidupan. Dahlia yang
ditimpa masalah keluarga yang serius tetap berusaha sedaya-upaya untuk menelaah
pelajaran. Sikap Dahlia yang gigih dan tabah telah membuahkan kejayaan yang manis
kepadanya sehingga berjaya melanjutkan pelajaran ke Jepun.
Latihan:
Selain itu, peristiwa yang menggambarkan kecekalan dan kegigihan dalam setiap
novel tersebut ialah peristiwa …… Peristiwa ini dapat memberikan teladan kepada
saya agar ……
Soalan 3
Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, terangkan peristiwa menarik kepada
pembaca. Huraikan sebab anda berpendapat sedemikian. (6 markah)
Novel Tingkatan 4:
Contoh skema jawapan:
Dalam novel Jendela Menghadap Jalan, peristiwa menarik kepada pembaca pada
ialah peristiwa Lili yang patuh akan ibunya yang memintanya bercuti di kampung datuk
dan neneknya. Lili tidak begitu gembira dengan permintaan ibunya kerana dia ingin
memanfaatkan cuti sekolah terakhirnya bersama-sama teman-teman sekelas dan dia
ingin menghadiri majlis perpisahan pengetua sekolah. Namun demikian, Lili berpura-
pura suka balik ke kampung di depan ibunya kerana dia tidak tergamak menyakiti hati
ibunya dengan berkata benar. Lili merelakan diri untuk pulang ke kampung datuknya
iaitu Kampung Sentosa yang jauh daripada pembangunan di Dungun, Terengganu.
Lili berpendapat bahawa setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya dan dia
perlu patuh akan kehendak ibunya. Peristiwa ini dianggap menarik kerana
menggambarkan Lili sebagai seorang anak yang taat akan perintah ibunya. Lili
sanggup mengetepikan kehendak sendiri untuk memenuhi permintaan ibunya. Lili
percaya bahawa perancangan ibunya pasti membawa kebaikan kepadanya.
Latihan:
Selain itu, peristiwa menarik kepada pembaca pada ialah peristiwa …… Peristiwa ini
dianggap menarik kerana ……
Novel Tingkatan 5:
Contoh skema jawapan:
Dalam novel Songket Berbenang Emas pula, peristiwa menarik kepada pembaca
ialah peristiwa Azhari bertanya kepada Dahlia tentang hajatnya unutk membawa
keluarganya ke rumah Dahlia untuk membincangkan hubungan mereka secara serius.
Azhari berjumpa dengan Dahlia di kantin Sekolah Menengah Kebangsaan
Temenggung Ibrahim. Azhari memberitahu Dahlia bahawa dia telah habis belajar dan
akan mendapat segulung ijazah pada bulan Ogos nanti. Azhari juga memaklumkan
Dahlia bahawa keluarganya akan datang ke rumah Dahlia untuk tujuan merisik. Dahlia
berasa serba salah kerana dia masih belajar. Sebagai anak sulung, Dahlia ingin
membaiki kehidupan diri dan keluarganya sebelum berumah tangga. Oleh itu, Dahlia
meminta Azhari mengerti bahawa keadaan hidupnya masih belum sempurna dan dia
ingin membantu keluarganya. Peristiwa ini dianggap menarik kerana menggambarkan
Dahlia sebagai seorang anak yang mementingkan kehidupan keluarga sendiri dan
pelajarannya. Dahlia meletakkan kepentingan keluarganya dan pelajarannya melebihi
perkara lain kerana dia sedar bahawa peluang untuk belajar amat berharga dan hanya
kecemerlangan dalam pelajaran yang mampu membantu keluarganya untuk
mengubah taraf kehidupan.
Latihan:
Selain itu, peristiwa menarik kepada pembaca pada ialah peristiwa …… Peristiwa ini
dianggap menarik kerana ……
Soalan 4
Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, wajarkah pengarang mengakhiri cerita
seperti yang terdapat dalam setiap novel? Berikan alasan anda.
Novel Tingkatan 4:
Contoh skema jawapan:
Bagi novel Jendela Menghadap Jalan, pengarang wajar mengakhiri cerita dengan
menulis misteri jendela rumah di Kampung Sentosa dibina menghadap ke jalan seperti
yang terdapat dalam novel. Pengarang telah menulis cerita datuk dan nenek Lili
tentang sejarah pembinaan kampung pada bahagian terakhir novel ini. Menurut cerita
nenek, jendela rumah di kampung dibina menghadap ke jalan bagi memudahkan
penduduk kampung mengintai pergerakan komunis Bintang Tiga dan sentiasa
berjaga-jaga. Pengarang wajar mengakhiri cerita dengan merungkai misteri jendela
rumah dibina menghadap ke jalan kerana dari awal hingga akhir pembaca tertanya-
tanya tentang sebab jendela yang dibina menghadap ke jalan. Pembaca dapat
mengetahui peristiwa sejarah semasa negara diancam oleh komunis.
Latihan:
Selain itu, Bagi novel Jendela Menghadap Jalan, pengarang wajar mengakhiri cerita
dengan …… Pengarang wajar mengakhiri cerita dengan …… kerana ……
Novel Tingkatan 5:
Contoh skema jawapan:
Bagi novel Songket Berbenang Emas, pengarang wajar mengakhiri cerita dengan
menulis kejayaan Dahlia yang terpilih untuk mengikuti Kursus Pengurusan
Perniagaan di Jepun selama empat tahun seperti yang terdapat dalam novel. Sebelum
bertolak ke Jepun, Dahlia diwajibkan mengikuti kursus bahasa Jepun di Universiti
Malaya selama enam bulan. Dahlia dipilih mewakili calon STPM Bahagian Seri Gading
oleh Jabatan Pendidikan Negeri Johor berdasarkan pencapaiannya dalam
peperiksaan SPM. Pengarang wajar mengakhiri cerita dengan menulis kejayaan
Dahlia dalam pelajarannya untuk membuktikan bahawa kegigihan dan ketabahan
Dahlia dalam menghadapi cabaran hidup akan membuahkan kejayaan yang manis
untuknya. Peristiwa kejayaan Dahlia dapat memotivasikan pembaca supaya tidak
berputus asa dalam usaha mengejar impian dalam kehidupan.
Latihan:
Selain itu, Bagi novel Jendela Menghadap Jalan, pengarang wajar mengakhiri cerita
dengan …… pengarang wajar mengakhiri cerita dengan …… untuk membuktikan
bahawa ……
Soalan 5
Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan peristiwa yang
menggambarkan usaha gigih pada watak yang terdapat dalam novel tersebut.
[6 markah]
Novel Tingkatan 4:
Contoh skema jawapan:
Dalam novel Jendela Menghadap Jalan, peristiwa yang menggambarkan usaha gigih
pada watak yang terdapat dalam novel tersebut ialah watak utama, Lili berusaha
dengan gigih untuk menyelesaikan masalah rumah tangga Che Jah dengan bantuan
Kak Mimah dan Nadia, dua orang pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. Lili
menceritakan masalah rumah tangga Che Jah kepada Kak Mimah yang kebetulan
datang berubat dengan datuknya. Che Jah dan anak-anaknya iaitu Haziq dan Rafik
telah menjadi mangsa penderaan suami Che Jah, iaitu Seman. Berkat kegigihan Lili,
masalah rumah tangga Che Jah telah dapat diselesaikan apabila Che Jah membuat
laporan polis dengan bantuan Kak Mimah dan Nadia. Peristiwa ini dapat
menggambarkan usaha Lili yang gigih berusaha berjaya menyelamatkan Che Jah dan
anak-anaknya daripada terus dianiaya oleh Seman.
Latihan:
Dalam novel Jendela Menghadap Jalan, peristiwa yang menggambarkan usaha gigih
pada watak yang terdapat dalam novel tersebut ialah …… Peristiwa ini dapat
menggambarkan usaha watak yang gigih …….
Novel Tingkatan 5:
Contoh skema jawapan:
Dalam novel Songket Berbenang Emas pula, peristiwa yang dapat menjelaskan
pengajaran kegigihan kepada pembaca ialah Dahlia gigih belajar untuk memperoleh
keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan STPM walaupun menghadapi
pelbagai dugaan dalam kehidupan. Semasa kampung Dahlia dilanda banjir besar,
rumah Dahlia yang daif di tepi sungai telah hanyut dibawa air banjir. Dahlia sekeluarga
terpaksa berpindah ke balai raya buat sementara waktu. Semasa berada di balai raya,
Dahlia mengulang kaji pelajaran walaupun keadaan di sekelilingnya tidak selesa.
Berkat kegigihannya, Dahlia berjaya melanjutkan pelajaran ke Jepun dalam Kursus
Pengurusan Perniagaan. Peristiwa ini dapat menggambarkan usaha Dahlia yang gigih
belajar telah berjaya melanjutkan pelajaran pada peringkat ijazah di Jepun dan
kejayaan ini pasti dapat membantu Dahlia mengubah nasib keluarganya yang
sentiasa hidup miskin.
Latihan:
Dalam novel Songket Berbenang Emas, peristiwa yang menggambarkan usaha gigih
pada watak yang terdapat dalam novel tersebut ialah …… Peristiwa ini dapat
menggambarkan usaha watak yang gigih …….
Soalan 6
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan peristiwa yang menunjukkan
kasih sayang antara ahli keluarga yang terdapat dalam novel tersebut. [6 markah]
Novel Tingkatan 4:
Contoh skema jawapan:
Dalam novel Jendela Menghadap Jalan, peristiwa yang menunjukkan kasih sayang
antara ahli keluarga ialah peristiwa Lili memenuhi permintaan ibunya untuk
menghabiskan cuti sekolah di kampung datuk dan neneknya walaupun dia
mempunyai rancangan sendiri untuk cuti sekolah tersebut. Ibu Lili telah
mengejutkannya pada awal pagi untuk menghantarnya pulang ke kampung datuknya
di Dungun, Terengganu. Lili berasa sedih kerana dia merancang untuk menghabiskan
cuti persekolahan terakhirnya dengan teman-temannya dan menghadiri majlis
perpisahan pengetua. Namun demikian, Lili berpura-pura gembira dengan permintaan
ibunya kerana dia tidak tergamak untuk membantah permintaan ibunya dan
melukakan hati ibunya. Peristiwa ini menggambarkan kasih sayang seorang anak
terhadap ibunya. Lili yang amat menyayangi ibunya menurut sahaja suruhan ibunya
untuk bercuti di kampung walaupun hatinya tidak rela kerana dia mahu menjaga
perasaan ibunya.
Latihan:
Dalam novel Jendela Menghadap Jalan, peristiwa yang menunjukkan kasih sayang
antara ahli keluarga ialah…… Peristiwa ini menggambarkan kasih sayang seorang
anak terhadap ibunya …….
Novel Tingkatan 5:
Contoh skema jawapan:
Dalam novel Songket Berbenang Emas pula, peristiwa yang menunjukkan kasih
sayang antara ahli keluarga ialah peristiwa Dahlia menziarahi neneknya yang sakit
walaupun neneknya tidak menyukainya. Dahlia yang peka terhadap keadaan
sekeliling telah mendapati bahawa Nek Kiah sudah beberapa hari tidak kelihatan di
rumahnya atau di mana-mana di kampung itu. Dahlia pergi ke rumah neneknya kerana
risau akan neneknya. Dahlia mendapati neneknya sedang sakit namun neneknya
menghalaunya. Dahlia tidak berputus asa dan disebabkan perasaan sayang terhadap
neneknya, dia mengajak Azhari untuk menziarahi neneknya buat kali kedua. Dahlia
mendapati neneknya terbaring dalam keadaan mata terpejam. Dahlia tidak
mengendahkan kebencian neneknya terhadapnya. Dahlia menjaga dan melayan
neneknya dengan baik sepanjang tempoh neneknya sakit. Ahli keluarga Dahlia yang
lain juga membantu menjaga Nek Kiah. Peristiwa ini dapat menggambarkan kasih
sayang antara cucu dengan nenek. Dahlia amat menyayangi neneknya kerana
sanggup menjaga neneknya ketika neneknya sakit walaupun neneknya pernah
membencinya.
Latihan:
Dalam novel Songket Berbenang Emas, peristiwa yang menunjukkan kasih sayang
antara ahli keluarga ialah…… Peristiwa ini menggambarkan kasih sayang seorang
cucu terhadap neneknya …….
Soalan 7
Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, huraikan peristiwa yang dapat
membuktikan watak dalam novel menjalankan tugas dengan amanah dalam novel
tersebut. [6markah]
Novel Tingkatan 4:
Contoh skema jawapan:
Dalam novel Jendela Menghadap Jalan, peristiwa yang dapat membuktikan watak
dalam novel menjalankan tugas dengan amanah ialah Datuk Lili amanah dalam
melaksanakan tugas sebagai pengamal perubatan tradisional. Datuk Lili bersikap
amanah dalam melaksanakan tugas sebagai pengamal perubatan tradisional. Datuk
Lili merawat semua pesakit yang datang berubat dengannya dengan bersungguh-
sungguh. Datuk Lili telah menyembuhkan penyakit Puan Letchumi, ibu Geetha
dengan menggunakan rawatan tradisional melalui penggunaan herba. Datuk juga
merawat Kak Mimah yang menghidap penyakit gout dengan menggunakan tumbuh-
tumbuhan herba seperti mas cotek, pegaga, daun sirih dan daun belimbing. Datuk
amat komited terhadap tugasnya sebagai pengamal perubatan tradisional dan dia
sanggup masuk ke dalam hutan seorang diri untuk mencari bahan-bahan untuk
dijadikan herba. Datuk memberi rawatan perubatan tradisional kepada orang yang
memerlukannya tanpa memikirkan ganjaran. Pelaksanaan tugas dengan amanah
jelas digambarkan oleh datuk yang amanah dalam tugasnya sebagai seorang
pengamal perubatan tradisional.
Latihan:
Dalam novel Jendela Menghadap Jalan, peristiwa yang dapat membuktikan watak
dalam novel menjalankan tugas dengan amanah ialah ……. Pelaksanaan tugas
dengan amanah jelas digambarkan oleh ……
Novel Tingkatan 5:
Contoh skema jawapan:
Dalam novel Songket Berbenang Emas pula, peristiwa yang dapat membuktikan
watak dalam novel menjalankan tugas dengan amanah ialah Haji Sulaiman amanah
dalam melaksanakan tugas sebagai ketua Kampung. Haji Sulaiman bersikap amanah
dalam melaksanakan tugas sebagai ketua Kampung Parit Haji Rais. Haji Sulaiman
bersikap amanah dalam menjaga kebajikan anak buahnya. Haji Sulaiman membantu
Embong mendapatkan rawatan bagi isterinya, Saleha yang menghadapi masalah
tekanan mental. Haji Sulaiman membawa orang dari Hospital Batu Pahat ke rumah
Embong untuk membawa Saleha ke hospital untuk menerima rawatan agar penyakit
Saleha cepat sembuh. Semasa Haji Sulaiman pergi ke bandar, dia singgah di Hospital
Batu Pahat untuk melawat Saleha. Dia membenarkan Saleha dipindah ke Hospital
Permai, Johor Bahru untuk mendapatkan rawatan yang lebih baik. Pelaksanaan tugas
dengan amanah jelas digambarkan oleh Haji Sulaiman yang amanah
dalam membantu penduduk kampung yang menghadapi masalah.
Latihan:
Dalam novel Songket Berbenang Emas, peristiwa yang dapat membuktikan watak
dalam novel menjalankan tugas dengan amanah ialah ……. Pelaksanaan tugas
dengan amanah jelas digambarkan oleh ……
Bahagian IV:
Latihan Novel KBAT KSSM
1. Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan peristiwa yang
dapat memberikan keinsafan kepada anda setelah anda membacannya.
[6markah]
2. Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, jelaskan peristiwa yang
menggambarkan kepincangan masyarakat yang terdapat dalam novel tersebut.
[6 markah]
3. Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, terangkan peristiwa yang
menyayat hati pembaca dalam novel tersebut. [6 markah]
4. Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan peristiwa yang
berjaya menimbulkan perasaan simpati pembaca dalam novel yang anda
pelajari. [6 markah]
5. Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, jelaskan peristiwa yang
diketengahkan oleh pengarang yang dapat memberi manfaat kepada pembaca.
[6 markah]
6. Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan peristiwa yang
bertitik tolak daripada niat mendidik remaja dan sebab pengarang berbuat
sedemikian. [6 markah]
7. Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, terangkan peristiwa yang
menggambarkan cabaran yang dihadapi oleh watak dan cara mengatasinya.
[6 markah]
8. Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, jelaskan peristiwa yang
dapat menggambarkan penyelesaian konflik oleh watak. [6 markah]
9. Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan peristiwa sifat
kemasyarakatan yang patut dicontohi oleh pembaca dan kewajarannya untuk
diteladani oleh masyarakat. [6 markah]
10.Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, terangkan peristiwa yang
menunjukkan sikap masyarakat yang patut dihindari dan berikan alasan anda.
[6 markah]
11.Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan peristiwa yang
menunjukkan tindakan watak yang tidak wajar dicontohi dan sebabnya. [6
markah]
12.Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, terangkan peristiwa yang
dikaitkan dengan kesepatan melakukan sesuatu pekerjaan yang
diketengahkan oleh pengarang dalam novel tersebut. [6 markah]
13.Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, terangkan peristiwa yang
dapat menimbulkan perasaan kagum kepada pembaca. [6 markah]
14.Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, terangkan bagaimana
watak menggapai kejayaan dalam novel tersebut. [6 markah]
15.Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, terangkan peristiwa yang
menyentuh tentang maruah watak dalam novel tersebut. [6 markah]