The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by amiraisha1962, 2023-02-12 09:29:29

Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu

BMMB1104

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH 31150 HULU KINTA, PERAK DARUL RIDZUAN BMMB 1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU Nama : AMIRA AISHA BINTI MUSA No. K/P : 040206020872 Angka Giliran : 2022242310195 Program : PPISMP Ambilan : JUN 2022 Unit : Y3 Nama Pensyarah : PUAN ROS ANITA KARTINI BINTI MOHAMED Tarikh Hantar : 13 FEBRUARI 2023 PENGAKUAN PELAJAR Saya mengaku bahawa tugasan pentaksiran berterusan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : 13 FEB 2023 PEMERIKSA MODERATOR Markah Markah Tandatangan Cop Tandatangan Cop Tarikh Tarikh PENGESAHAN PELAJAR Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________


INSTITUT INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH TUGASAN PENTAKSIRAN BERTERUSAN TAHUN AKADEMIK: SEMESTER JANUARI 2023-MEI 2023 Program: PPISMP Nama Pelajar:AMIRA AISHA BINTI MUSA Kod: BMM1104 Semester / Tahun: Semester 1 / Tahun 1 Ambilan: Jun 2022 Kumpulan: Y1, Y2, Y3 dan Y4 Nama Kursus: Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu Tugas an Tarikh Mula Tarikh Hantar 1. Penghasilan Produk 20 JANUARI 2023 13 FEBRUARI 2023 2. Persembahan 16 FEBRUARI 2023 20 MAC 2023 Hasil Pembelajaran Kursus : 1. Menerangkan konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu serta manifestasi akal budi dalam Puisi Melayu Tradisional. (C2, HPP1) 2. Menganalisis konsep masyarakat, budaya Melayu, bidang kebudayaan Melayu, kebudayaan kebangsaan dan isu dalam kebudayaan Melayu. (C4, HPP2, KKG2). 3. Mengaplikasikan asas-asas kritikan sastera terhadap hasil karya sastera. (C3, A3, HPP2, HPP5, KKG1, KIK2) Pentaksiran berterusan ini bagi menilai hasil pembelajaran 1 dan 3. Objektif Pentaksiran Berterusan Pelajar dapat: 1. Menghuraikan konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu serta manifestasi akal budi dalam puisi tradisional. 2. Memperincikan fungsi kesusasteraan Melayu dalam kehidupan masyarakat Melayu Tradisional. 3. Mengaplikasikan asas-asas kritikan sastera terhadap hasil karya sastera melalui persembahan simulasi puisi kanak-kanak “Masyarakat rumpun Melayu tradisional sering dilihat sebagai masyarakat yang memiliki tahap pemikiran dan budi bahasa yang tinggi kerana penyampaian puisi dihasilkan secara imaginatif pada masa yang sama mempunyai bentuk struktur terkawal serta bahasa yang indah bagi mengimbangkan nilai rasa dan nilai erti.” – (Dharmawijaya, 1998) Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut; TUGASAN 1: Penghasilan Produk (30 markah)


Berdasarkan penyataan di atas, Puisi Melayu Tradisi merupakan Wahana Kesantunan Bahasa dan Budaya Masyarakat Malaysia. i. Terangkan konsep dan fungsi Puisi Melayu Tradisional sebagai Wahana Kesantunan Bahasa dan Budaya Masyarakat Malaysia dengan menghasilkan sebuah bentuk penulisan flip ebook. ii. Huraian dan penjelasan yang pelajar kemukakan perlu diterjemahkan dalam bentuk penulisan tidak melebihi 1200 patah perkataan. iii. Penulisan perlu menggambarkan kemahiran pelajar mengorganisasikan idea dan kemahiran pemikiran kritis dalam menginterpretasikan huraian di atas. TUGASAN KPPB Tugasan ini berkongsi Big Idea (Puisi Melayu Tradisi Wahana Kesantunan Bahasa dan Budaya Masyarakat Malaysia) dengan kursus BMMB1114 (Pengenalan Sistem Ejaan Jawi dan Rumi), kursus BMMB1124 (Literasi Bahasa), dan kursus BMMB1134 (Keterampilan Berbahasa). Projek KPPB dilaksanakan mengikut kesesuaian Big Idea. TUGASAN 2: Persembahan (30 markah) "Pemerolehan bahasa adalah sebagai satu proses penuranian tatabahasa ibunda bagi seorang kanak-kanak yang melibatkan aktiviti-aktiviti mengamati, memahami dan menerbitkan ujaran.” (Simanjuntak, 1987). a) Aspek Kandungan Secara berkumpulan, anda dikehendaki; i. Menganalisis beberapa buah puisi kanak-kanak seperti “Lagu Tiga Kupang”, “Tepuk Amai- amai”, “Burung Kakak Tua” dan sebagainya. Perbincangan yang dibuat seharusnya berdasarkan asas kritikan sastera yang dipelajari. b) Aspek komunikasi i. Simulasikan puisi kanak-kanak terpilih sebagai wahana kesantunan bahasa dan budaya secara didik hibur bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan di bilik darjah. ii. Simulasi tersebut perlu dipersembahkan melalui aplikasi youtube berdurasi 30 minit. iii. Persembahan akan dinilai melalui aspek komunikasi dan aspek kandungan. Arahan Pelaksanaan Tugasan: 1. Perbincangan Tugasan 1 perlu dilaksanakan secara individu dalam bentuk flip eBook.


2. Tugasan 2 perlu dilaksanakan secara berkumpulan dua hingga tiga orang menggunakan kemahiran digital. 3. Panjang penulisan dalam penghasilan produk bagi Tugasan 1 ialah 1200 patah perkataan tidak termasuk rajah dan lampiran. 4. Amalan plagiat tidak dibenarkan. 5. Produk dan persembahan yang dihasilkan ini perlu disiapkan mengikut tempoh masa yang ditetapkan. 6. Liputan dan isi kandungan kertas kerja perlu kreatif dan kritis, menyeluruh, konsisten dan terperinci berserta dengan bahan-bahan yang digunakan. 7. Pemahaman yang mendalam berkaitan aspek yang dituliskan. 8. Keseluruhan penulisan kertas kerja perlu menunjukkan ketulenannya. 9. Penulisan akademik haruslah menunjukkan kefasihan bahasa, kematangan hujah dalam menterjemahkan isi kandungan secara kreatif, kritikal dan analitikal. 10. Format dan organisasi perlu jelas dan koheren. 11. Rumusan yang ringkas, padat dan komprehensif. 12. Rujukan sumber perlulah daripada pelbagai sumber yang tepat seperti buku, jurnal, intenet dan bahan bercetak yang lain. 13. Bagi menyeragamkan proses penghasilan kerja kursus agar persembahan hasil kerja kursus menepati standard yang ditetapkan: 13.1. Hasil kerja kursus berbentuk teks perlu ditaip mengikut kaedah penulisan ilmiah. 13.2. Fon: Arial. 13.3. Saiz huruf: 11. 13.4. Langkau: 1.5 13.5. Rujukan: APA 7(American Psychological Association) terkini. 13.6. Rajah perlu dilabelkan. 14. Muka hadapan kerja kursus hendaklah dilengkapkan dengan maklumat yang berikut: 14.1. Nama Pelajar 14.2. Angka Giliran 14.3. Nombor Kad Pengenalan 14.4. Kumpulan / Unit 14.5. Kod dan Nama Kursus 14.6. Nama Pensyarah 14.7. Tarikh Hantar 15. Pentaksiran Berterusan ini akan dinilai berdasarkan panduan pemarkahan yang disediakan. Disediakan oleh: Disemak oleh:


Disahkan oleh : _______________________________ (Nama : SHAMSUDIN BIN ABU BAKAR) Ketua Jabatan


ISI KANDUNGAN PENGHARGAAN.........................................................................................................................................6 1.0 Pengenalan..........................................................................................................................................7 2.0 Fungsi Sastera Melayu ........................................................................................................................7 3.0 Konsep dan Jenis puisi Melayu tradisional .........................................................................................8 4.0 Analisis Puisi Melayu Tradisional ......................................................................................................10 4.1 Pantun...............................................................................................................................................10 4.1.1 Analisis pantun nasihat..................................................................................................................10 4.1.2 Analisis pantun kiasan....................................................................................................................11 4.1.3 Pantun Budi....................................................................................................................................12 5.0 Kesimpulan........................................................................................................................................13


PENGHARGAAN Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan kesyukuran kepada Allah swt kerana telah mengurniakan saya kesihatan dan petunjuk untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna.Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh kerana memberi peluang kepada saya menghasilkan kerja kursus dengan menyediakan perpustakaan untuk memudahkan saya mendapakan maklumat dan bahan rujukan Selepas itu,saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Ros Anita Kartini binti Mohamed yang telah banyak beri tunjuk ajar,pensyarah pembimbing saya kerana banyak membimbing dalam menyiapkan kerja kursus ini.Beliau banyak memberi penerangan tentang cara melakukan kerja kursus ini. Seterusnya tidak lupa juga kepada ibu bapa saya yang banyak memberi sokongan serta dorongan dalam menyiapkan kerja kursus ini.Malah tidak lupa terhadap rakan-rakan saya yang sama-sama bertungkus-lumus menghasilkan tugasan ini dan juga bertukar-tukar idea dalam membantu menyiapkan kerja kursus ini.


1.0 Pengenalan Dalam meniti arus kemodenan ini,kita hendaklah mempelajari ilmu sastera kerana ia merupakan hasil karya masyarakat melayu.Umum mengetahui bahawa,istilah kesusasteraan yang digunakan dalam bahasa Melayu berasal daripada bahasa sanskrit ,iaitu sastra.Menurut Prof Dr Hashim Awang,Artikel akademik,hal 2,di mana sas- membawa maksud mengarahkan ataupun mengajar manakala –tra merujuk kepada alat.Oleh itu,sastra merupakan alat untuk mengajar.Bukan itu sahaja,kita dapat lihat awalan su-membawa maksud baik dan indah.Imbuhan ke- dan –an membawa maksud yang menyeluruh iaitu segala yang tertulis yang bernilai seni dan estetika. Selain itu,perkataan bahasa Inggeris literature juga membawa maksud yang sama dengan kesusasteraan.Hal ini dikatakan demikian kerana,literature yang berasal daripada perkataan literate ia membawa maksud huruf atau abjad.Tambahan pula,ia digunakan untuk tatabahasa dan juga puisi.Oleh itu,bagi meluahkan apa yang ada difikiran manusia akan menyerlahkan perasaan tersebut melalui sebuah karya tulisan yang indah. 2.0 Fungsi Sastera Melayu Antara fungsi sastera Melayu yang pertama ialah sebagai alat pendidikan.Kita dapat menyaksikan kisah-kisah yang dituis oleh para pengarang adalah melalui pengalaman mereka sendiri dan ia juga merangkui pelbagai bidang ilmu seperti politik,ekonomi dan agama.Bahkan ia juga terdiri nilai yang tinggi.Oleh itu pembaca dapat dijadikan sebagai pengajaran dan panduan di dalam hidup mereka. Seterusnya,sebagai hiburan.Apabila sesuatu karya itu mempunyai unsur yang menhiburkan ia dapat menarik minat membaca.Bahkan masyarakat juga mudah untuk menerimanya sebagai misalannya,cerita penglipurlara yang dapat menarik minat pembaca sehingga ia menjadi sebuah karya yang sangat digilai pada suatu masa dahulu. Selepas itu,fungsi sastera Melayu yang ketiga ialah dakwah.Terdapat beberapa ciri-ciri penting seperti ijabiyah[positif] dan waqi ‘iyyah[realistik]bagi membentuk pandangan sastera.Sarjana telah melakukan sumbangan sastera untuk pembentukan akhlak manusia Melayu bagi melihat sejauh manakah sumbangan sastera Islam ke arah pembentukan akhlak manusia di alam Melayu.


Akhir sekali sebagai medium protes dan kritik sosial.Melalui sastera mereka dapat mempaparkan apa yang telah berlaku di realiti kehidupan manusia.Umum mengetahui bahawa karya sastera berfokuskan kepada masyarakat,kehidupan dan munusia.Oleh itu susila adab akan dipengerahui dan mesej yang disampaikan melalui karya sastera sama ada bertujuan menegur,mengkritik ataupun menyampaikan mesej 3.0 Konsep dan Jenis puisi Melayu tradisional Pada zaman dahulu,bagi mengungkapkan tentang pemikiran dan akal budi orang Melayu mereka menggunakan puisi tradisional.Oleh itu,kita dapat lihat orang Melayu dulu mempunyai ilmu yang tinggi kerana mereka sangat mahir dalam berbahasa.Hal ini kerana kita dapat lihat melalui puisi tradisional yang ditulis oleh mereka.Tambahan pula,akal budi seseorang itu dapat mencerminkan perbuatan atau pemikiran serta ia didokong oleh kebijaksaan dan keindahan.Kita dapat menterjemahkan pemikiran dan sikap melalui pelbagai medium namun yang paling lazim ialah melalui penghasilan karya seni misalannya,seni sastera. Selepas itu,puisi tradisional Melayu terbahagi kepada empat dan yang pertama ialah pantun.Jika kita ingin menyampaikan pemikiran dan perasaan kita boleh menyampaikan melalui pantun.Masyarakat Melayu menggunakan pantun dengan kaedah rangkapan yang tertua.Orang zaman dahulu gemar dalam beralas-balas pantun bahkan ia juga terkandung dalam banyak rangkap contohnya dua rangkap,tiga rangkap dan empat rangkap.Tuntasnya,kita dapat lihat pantun sesuai dengan orang Melayu di mana ia dapat menunjukkan kesenian dan kebudayaan orang Melayu sendiri. Puisi tradisional yang kedua ialah syair.Orang Melayu yang mendapat pengaruh Arab dan Parsi sering mencipta syair.Pada abad ke-16 Hamzah Fansuri telah memperkenalkan dan memperkembangkan syair bagi mengajar agama islam.Melalui penulisan syair Hamzah Fansuri kita dapat lihat bahawa beliau ingin hidup manusia sejahtera di dunia dan juga akhirat.Beliau juga ingin kita untuk sentiasa berfikir agar iman kita terpelihara. Selain itu ialah seloka.Semasa kedatangan agama Hindu di Asia Tenggara seloka dipercayai berkembang.Seloka bermaksud berseloroh,berjenaka atau bersindir.Mengejek,menyindir secara serius atau jenaka merupakan ciri penting bagi seloka.Sebagai analoginya melalui Cerita Jenaka Rakyat iaitu seloka Pandai Pak Pandir merupakan seloka yang sangat terkenal dalam masarakat Melayu.


Di samping itu,puisi tradisional yang terakhir ialah gurindam.Gurindam berbentuk terikat.Hal ini kerana gurindam terdiri daripada dua baris serangkap bahkan hanya enam patah perkataan dengan rima akhir ‘a’, ‘a’.Bagi menyampaikan nasihat,perasaan cinta,pengajaran serta kebenaran orang Melayu pada zaman dahulu akan menggunakan gurindam.


4.0 Analisis Puisi Melayu Tradisional 4.1 Pantun 4.1.1 Analisis pantun nasihat Tanam balik puah peria, Buah peria mahal sekali Buat baik berpada – pada Buat jahat jangan sekali Pantun di atas merupakan pantun empat kerat dan merupakan pantun nasihat.Kita boleh melihat bahawa dua rangkap di atas merupakan pembayang manakala dua rangkap akhir ialah nasihat yang ingin di sampaikan oleh penulis.Bahkan kita dapat lihat bahawa pantun di atas berbentuk terikat.Tambahan pula,terdapat gaya bahasa seperti anafora contohnya buat baik berpada-pada buat jahat jangan sesekali.Maksud bagi dua rangkap terakhir ialah jika kita ingin melakukan sesuatu perkara yang baik kita hendaklah berpada-pada jangan berlebihan tetapi kita juga jangan sesekali melakukan kejahatan.Sebagai analoginya,jika kita melakukan kebaikan yang melebihi batas orang akan menggunakan kesempatan terhadap diri kita. Akal budi manifestasi dalam pantun tersebut ialah penulis ingin menasihati kita jika kita ingin melakukan sesuatu kebaikan lakukanlah mengikut kemampuan kita.Hal ini kerana jika kita melakukan kebaikan yang luar kemampuan ia boleh menyebabkan orang di sekeliling kita disalahtafsir.Walaubagaimana pun kita janganlah berbuat jahat kerana ia boleh mendorong kita ke arah keburukan.Oleh itu masyarakat dapat dijadikan sebagai panduan hidup atas nasihat yang diberikan oleh penulis tersebut.Sudah terang lagi bersuluh, penulis ingin kita untuk sentiasa melakukan kebaikan dan menjauhkan diri kita daripada melakukan kemungkaran.


4.1.2 Analisis pantun kiasan Limau bentan di tepi tingkap, Budak-budak melempar burung Harimau di hutan lagi ku tangkap Kononlah pula cicak mengkarung Sebagaimana kita dapat lihat pantun di atas merupakan pantun kiasan.Pantun ini terdapat empat baris.Melalui baris pertama pantun kita dapat lihat terdapat unsur bunyi iaitu asonansi di mana berlakunya pengulangan vokal e.Umum mengetahui bahawa ,dua rangkap pantun merupakan pembayang manakala dua rangkap terakhir ialah maksud yang ingin disampaikan oleh penulis dengan menggunakan kata-kata kiasan.Maksud pantun tersebut ialah seseorang yang bersifat sombong atas kelebihan yang ada pada dirinya.Oleh disebabkan itu,dia memandang rendah terhadap orang lain. Akal budi manifestasi pantun dia atas ialah penulis ingin berkias tentang sifat negatif seseorang sehingga boleh menjejaskan kehidupan mereka.Masyarakat hendaklah merendah diri atas apa yang dilakukan dan tidak boleh memandang rendah terhadap orang lain.Kesannya apabila kita tidak memandang rendah kepada orang lain mereka akan memandang mulia kepada kita.Oleh itu kehidupan masyarakat akan aman sejahtera kerana kita tidak sombong atas kelebihan yang terdapat di dalam diri kita bahkan kita tidak boleh memandang rendah terhadap kekurangan seseorang individu.Penulis mengharapkan pembaca dapat mempraktikan amalan tersebut di dalam kehidupan seharian.


4.1.3 Pantun Budi Tenang-tenang air di laut Sampan kolek mudik ke tanjung, Hat terkenang mulut menyebut Budi yang baik rasa nak junjung Pantun di atasmerupakan pantun empat kerat yang bertemakan budi.Kita dapat lihat gaya bahasa yang digunakan oleh pantun ini ialah penggunaan unsur alam contohnya di baris pertama dan kedua yang mengandungi perkataan air,laut dan juga tanjung.Maksud pantun tersebut ialah jika kita mempunyai budi yang baik kita akan sentiasa dikenang dan menjadi sebutan orang. Seterusnya,penulis ingin menyampaikan bahawa kita hendaklah sentiasa mempunyai sikap yang baik agar tidak dipandang hina oleh orang lain.Bahkan beliau juga ingin menyampaikan kepada pembaca bahawa bahasa menunjukkan identiti sesuatu bangsa.


5.0 Kesimpulan Secara keseluruhannya,kesusasteraan Melayu amat bagus untuk dipelajari.Hal ini demikian kerana,apabila kita mempelajari sastera ia dapat membantu dalam meningkatkan kemahiran berahasa sebagai contoh kemahiran mendengar,bertutur,membaca dan menulis.Bukan itu sahaja,pada pendapat saya karya sastera ini mempunyai banyak pengajaran bahkan ia juga membantu memberikan kesedaran tentang kemanusiaan,kemasyarakatan dan budaya.Selain itu,karya-karya sastera yang bertemakan moral secara tidak langsung dapat memberikan nilainilai murni serta pengajaran kepada kita.Sebagaimana kita dapat lihat,karya sastera yang menceritakan tentang budaya,perkauman serta politik ia dapat memupuk semangat nasionalisme terhadap diri individu tersebut.Oleh itu,kita hendaklah mempelajari ilmu sastera kerana ia mempunyai banyak keindahan kata-kata dan maksud yang tersirat yang ingin disampaikan oleh penulis.


RUJUKAN [Ungku], A. A. (2011). Pantun dan Kebijaksanaan Akal Budi Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ali, A. H. (2018). Kesusasteraan Melayu dalam pendidikan dan kritikan. Persatuan Penulis Budiman Malaysia. Awang, H. (1985). Mendekati Kesusasteraan Melayu. Petaling Jaya: Fajar Bakti sdn.bhd. Mh, N. (2013, November 1). Slideshare. Retrieved from https://www.slideshare.net/zulawanis/syairdan-gurindam Nanidefran. (n.d.). SCRIBD. Retrieved from https://www.scribd.com/doc/122868245/Konsep-dan-fungsikesusasteraan-Melayu Nor, R. M. (2012, september 20). slideshare. Retrieved from https://www.slideshare.net/Awok/jenispantun Pustaka, D. B. (1988). Glosari Istilah Kesusasteraan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Rizki, A. (2022, Agust). detikedu. Retrieved from https://www.detik.com/edu/detikpedia/d6252526/mengenal-jenis-jenis-pantun-lengkap-dengan-contohnya/amp Sariyan, A. (2007). Santun Berbahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Shafiqhazman. (n.d.). SCRIBD. Retrieved from https://www.scribd.com/doc/152150815/Definisi-Seloka


Click to View FlipBook Version