The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aimi.syazlinn02, 2021-09-02 11:22:35

BMM- TUTORIAL 10

BMM- TUTORIAL 10

Bincangkan berkaitan

Fonem Suprasegmental dalam Bahasa Melayu:
- Prosodi
- Tekanan dan kelantangan suara
- Nada atau intonasi
- Jeda, panjang pendek (mora)
- Tempo
- Rima

Definisi prosodi sangat luas, bergantung kepada cara ia berperanan dalam bahasa.
Dalam linguistik prosodi menjelaskan segala perkara yang berkaitan bentuk bunyi
bahasa yang dapat didengar di telinga, iaitu yang tidak dapat dijelaskan melalui
simbol tulisan. Prosodi berfokus kapada ujaran, iaitu yang berkaitan dengan
intonasi dan rima.

Prosodi turut melihat perubahan kepada kepanjangan suku kata, kelantangan nada
dan beberapa perkara yang berkaitan dengan struktur bunyi ujaran yang dilafazkan.
Dalam tulisan tanda baca seperti tanda noktah, koma, noktah bertindih, koma
bernoktah, tanda seru, tanda soal dan sebagainya untuk menandakan sesuatu
supaya pembaca peka terhadap keperluan tertentu dalam teks yang dibaca. Dalam
bahasa lisan pula kita menggunakan bunyi-bunyi tertentu pada kata, frasa, klausa
dan ayat untuk mendapatkan perhatian pendengar.

Tekanan merupakan ucapan yang ditekankan pada satu-satu suku kata itu sehingga bahagian tersebut akan nampak
lebih keras, tegas, lantang atau menonjol apabila seseorang itu menyebutkannya. Tekanan juga dikenali sebagai ciri
lemah atau kerasnya suara penyebutan untuk sesuatu suku kata. Kebiasannya, kita akan menggunakan tekanan
apabila menyampaikan isi-isi penting yang terdapat dalam ucapan kita. Hal ini bertujuan bagi meraih kembali fokus
pendengar untuk mendengarkan isi-isi penting yang ingin disampaikan. Tekanan ini berlaku pada huruf vokal yang
mana pada huruf vokal inilah yang akan ditekankan atau boleh juga dipanjangkan. Kebiasannya, tekanan berlaku
pada suku kata yang kedua. Contohnya, perkataan ‘la ma’, ‘pa ku’, dan ‘ba ru’. Penggunaan tekanan ini boleh
dilambangkan dengan [’] pada perkataan,suku kata atau tempat yang ingin ditekankan.

Nada juga merupakan salah satu unsur yang terdapat dalam suprasegmental. Nada dalam
pengucapan seseorang boleh diketahui melalui tinggi atau rendahnya suara yang dilontarkan
oleh penutur kepada pendengarnya. Tinggi rendah suara yang diucapkan ini adalah disebabkan
oleh frekuensi getaran yang berbeza antara segmen dengan segmen yang lain. (Rahlina Muskar,
2015). Kepelbagaian nada yang digunakan ini digunakan dalam pelbagai keadaan. Contohnya,
nada rendah biasanya digunakan apabila seseorang itu ingin menggambarkan rasa sedih atau
kecewa. Sebaliknya, apabila seseorang itu gembira mereka kebiasaannya akan menggunakan
nada yang tinggi begitu juga dengan marah. Nada mendayu-dayu pula kebiasaannya digunakan
untuk memujuk atau ingin meraih simpati. Maka terbuktilah yang penggunaan nada ini
memainkan peranan penting dalam menyampaikan sesuatu maklumat.

Nada Lambang
Rendah 1
Sederhana (biasa) 2
Tinggi 3
Sangat tinggi 4

Intonasi adalah turun naik nada suara dalam pengucapan ayat atau frasa.
Terdapat pelbagai jenis intonasi yang terdapat dalam bahasa Melayu.
Antaranya ialah, apabila kita bertanya, kita akan menggunakan intonasi
yang agak tinggi di hujung ayat manakala jika membaca berita akan
menggunakan intonasi yang menurun pada hujung ayat. Intonasi ini juga
berkait rapat dengan semua ciri-ciri suprasegmental yang lain iaitu jeda,
nada, tekanan dan kepanjangan yang mana apabila digabungkan akan
membentuk kepelbagaian intonasi yang menarik.

Lambang Maksud
Intonasi yang manaik tetapi bukan pada
I
I! akhir ayat.
//
= Intonasi menurun secara beransur-ansur
Ʊ Intonasi menaik secara beransur-ansur

Intonasi tinggi tetapi mendatar
Intonasi yang menaik dan menurun

Jeda merupakan suatu unsur hentian yang memisahkan unsur linguistik iaitu perkataan,
ayat atau rangkai kata. Penentuan jeda dalam pengucapan akan menentukan maksud
yang akan disampaikan oleh seseorang penutur itu. Dengan penggunaan jeda yang
tepat, pendengar dapat memahami dan bertindak balas terhadap apa juga perkara yang
diungkapkan oleh penutur dengan tepat. Penggunaan jeda yang tidak tepat akan
membuatkan sesuatu pengucapan itu bukan sahaja janggal didengar malah akan
menyukarkan pemahaman pendengar. Jeda kebiasannya menggunakan pelbagai
lambang. Sebagai contoh, [/], [,], [;], [:], [-], dan [--]. Perubahan jeda ini akan merubah
maksud sesuatu pengucapan itu. Contohnya, ayat ‘itu lembu jantan Pak Ali’ ini boleh
memberi pelbagai maksud dengan adanya jeda. ‘Itu, lembu jantan Pak Ali’. Ayat ini jelas
merupakan ayat penyata yang menerangkan lembu itu kepunyaan Pak Ali. Namun
apabila kedudukan diubah kepada ‘itu, lembu jantan, Pak Ali’. Ayat ini adalah untuk
memberitahu Pak Ali bahawa lembu itu adalah seekor lembu jantan. Maka terbuktilah
yang perubahan jeda akan mengubah maksud ayat

Mora juga disebut panjang pendek yang merujuk kepada kadar
sesuatu bunyi itu diucapkan. Konsepnya sama dengan ‘harakat’
dalam bahasa Arab. Lambang bagi unsur ini ialah [:] dan disebut
mora. Lambang [::] bermaksud dua mora, manakala lambang [.]
bermaksud setengah mora. Dalam bahasa Melayu mora kurang
berperanan dan tidak membezakan makna sebagaimana dalam
bahasa Inggeris dan bahasa Arab. Penggunaan unsure ini lebih
ketara dalam bahasa inggeris,

Pendek Panjang

[sit] – sit (duduk) [si:t] – seat ( tempat duduk)

[full] – full (penuh) [fu:l] – fool ( bodoh )

Tempo merujuk kepada kadar cepat atau lambat sesuatu
percakapan, untuk tujuan atau sebab-sebab yang tertentu. Ia
berlaku kerana sesorang itu berhadapan dengan situasi yang
menghendaki dia melafazkan ujaran sedemikian rupa. Contohnya
apabila sesorang membuat ulasan selari sesuatu pertandingan
memerlukan penutur bercakap cepat dengan ujaran yang padat
dalam tempoh yang singkat.

Dalam keadaan tertentu tempo memberi kesan kepada
sesuatu makna, iaitu untuk memberi rangsangan dan
mendapatkan perhatian.

Rima terhasil daripada penggunaan pola tekanan,tempo dan nada. Secara
formal rima terdapat dalam bidang puisi dan muzik. Namun dalam
pertuturan biasa juga ada rima, cuma kuarang diberi perhatian. Malah ahli
bahasa mengatakan semua ujaran ada rima. Contohnya apabila ujaran itu
diulang-ulang dengan menggunakan pola yang sama. Contoh lain, dalam
pantun, sajak mahupun syair rima akhir adalah berbeza. Contoh pantun
rima akhir mestilah a,b,a,b atau berselang seli contoh

Nasi lemak buah bidara,
Sayang selasih saya lurutkan;
Buang emak buang saudara,
Sebab kasih saya turutkan.


Click to View FlipBook Version