STRATEGI PENGAJARAN RASULULLAH -Pedagogi Rasulullah s.a.w. merujuk kepada kaedah pengajaran yang telah dipraktikkan oleh Raulullah s.a.w. dalam menyampaikan sesuatu ilmu kepada para sahabat r.a. -Al-Sulami telah berkata yang bermaksud: “Maka demi bapa dan ibuku, sesungguhnya aku tidak pernah melihat guru yang terbaik cara pengajaranNya (Rasulullah s.a.w.) sebelum dan selepasNya (Rasulullah s.a.w.). Maka demi Allah s.w.t. Baginda s.a.w. tidak pernah memarahi ku, memukul ku dan mencela ku.” STRATEGI PENGAJARAN RASULULLAH DALIL/HADITH HURAIAN PERKAITAN DENGAN PENDIDIKAN ABAD KE-21 Jadi Role Model Dalam Pendidikan Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagiorang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan),Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyakbanyak(dalam masa susah dan senang) Berbentuk Praktikal -Baginda bukan sahaja mengajar dengan lisan bahkan dengan tingkahlaku baginda -Baginda tidak pernah mengarahkan sesuatu perkara melainkan setelah Baginda yang melakukannya terlebih dahulu, kemudian barulah diikuti oleh para sahabat berdasarkan apa yang mereka lihat Dialog atau Perbincangan Supaya dapat menarik perhatian pendengar dan melontarkan idea yang bernas -Isyarat dan Lakaran(peta minda) Teknik isyarat dan lakaran ini dapat memberikan kefahaman yang lebih terperinci kepada para sahabat -Menunjukkan contoh yang baik kepada murid -Memberikan interaksi yang baik dan positf terhadap pelajar -Bersungguh dalam mengajar PIMK2073R PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM (SR) TAJUK 1 : STRATEGI PENGAJARAN RASULULLAH DAN ULAMA’ Oleh : Nur Amalina Binti Abdul Malek (Doakan saya sentiasa diberi kemudahan dalam setiap urusan ,kesihatan yang baik dan kejayaan dunia akhirat) Teknik jawap soalan : 1-Sekurang-kurangnya 5 isi 2-Kena ada pendahuluan ringkas 3-Datangkan contoh macam mana teknik pengajaran Rasulullah (Hadith/dalil2 berkait)
Mengajar Secara Beransur Dari Ibnu 'Abbas bahwasannya Rasulullah SA mengutus Mu'adz ke Yaman, lantas beliau bersabda kepadanya: " Sungguh kamu akan mendatangi kaum dari ahlul kitab, maka serulah mereka kepada syahadat Laa ilaaha illallaah dan Saya adalah Rasulullah. Jika mereka menta'atimu, ajarkanlah kepada mereka bahwa Allah mewajibkan atas mereka shalat lima waktu sehari semalam,jika mereka menta'atimu, beritahukan kepada mereka sesungguhnya Allah mewajibkan atas mereka mengeluarkan zakat harta yang diambil dari orang-orang kaya untuk dibagikan kepada fakir miskin diantara mereka, jika mereka menta'atimu maka janganlah kamu mengambil zakat dari harta mereka yang paling bagus dan berhatihatilah atas do'aorang yang terzalimi karena tidak ada penghalang antara do'anya dengan Allah (do'anya mustajab)." -Rasulullah lebih mengutamakan mengajar kepada perkara yang lebih penting daripada perkara yang penting contoh Nabi ajar tentang keimanan terlebih dahulu berbanding mengajarkan Al-Quran -Mengajar kepada perkara asas kepada yang lebih mendalam secara beransur-ansur -Kaedah ni bertujuan untuk memudahkan untuk difahami dalam sesuatu perkara Merancang strategi pengajaran : i. Dari mudah kepada susah – mengajar konsep yang mudah terlebih dahulu sebelum berpindah kepada konsep yang lebih susah. ii. Dari perkara yang diketahui kepada perkara yang belum diketahui dengan memanipulasi pengetahuan sedia ada murid untuk dikaitkan dengan ilmu baru. iii. Dari maujud kepada mujarrad - menjelaskan sesuatu yang mujarrad dengan berfokus kepada benda yang maujud. iv. Dari khusus kepada umum – memberi beberapa contoh untuk dibuat generalisasi. v. Dari dekat kepada jauh – memberi contoh-contoh yang hampir dengan murid untuk menjelaskan perkara yang hampir sama dengan contoh yang diberi. Meraikan Perbezaan Pelajar Teknik mengambil kira perbezaan individu ini digunakan oleh Baginda ketika menjawab persoalan sahabat yang bertanya mengenai amalan yang paling mulia di sisi Allah Taala. Baginda menjawab persoalan ini berdasarkan kesesuaian, kepentingan, keperluan, dan keadaan seseorang -Baginda berinteraksi dengan setiap individu berdasarkan kefahamannya, bersesuaian dengan kedudukannya dan kepentingan situasinya. -Mengenalpasti tahap setiap murid didalam kelas -Mengadakan pembelajaran terbeza -Menggunakan pelbagai bahan bantuan mengajar -Memberi peneguhan positif
Kemahiran Berfikir Dan Penyelesaian Masalah Baginda mengawal emosi para sahabat selepas kekalahan dalam perang uhud dengan memberikan khabar gembira dan memberikan semangat kepada sahabatnya. -Nabi Muhamad : SAW merupakan sumber rujukan yang utama pada zaman sahabat sehingga di angkat sebagai pemimpin yang teragung. -Apabila berlaku konflik di kalangan masayrakat arab pada ketika itu, mereka akan berjumpa rasulullah untuk meminta pandangan baginda untuk menyelesaiakn masalah -Nabi s.a.w tidak menyiasat latar belakang yang orang yang melakukan kesalahan. -Baginda tidak menyalahkan sesiapa apabila berlaku situasi yang tidak di ingini tetapi terus cuba mencari jalan penyelesaian -Cipta satu masalah dan galakkan murid untuk berfikir untuk menyelesaikan masalah tersebut -Guru perlu menjadi pembimbing dalam penyelesaian masalah tersebut Dialog Dan Bersoal Jawap Dari Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Bagaimana pendapat kalian, sekiranya ada sungai berada dekat pintu salah seorang diantara kalian yang ia gunakan untuk mandi lima kali sehari, mungkinkah kotorannya masih ada?” Para sahabat menjawab; “Kotorannya tidak akan tinggal.” Baginda bersabda; “Itulah perumpamaan solat lima waktu, yang dengannya Allah akan menghapus kesalahan-kesalahan.” -Bertujuan untuk menarik tumpuan seseorang untuk menjawab sesuatu persoalan dan menggalakkan seseorang itu untuk berfikir, mengkaji dan mencari maklumat tentang sesuatu perkara. -Rasulullah SAW menggunakan kaedah berdialog untuk menarik perhatian pendengar. -Contohnya Nabi memulakan perbincangan dengan memberikan anologi dan bertanyakan pandangan para sahabatnya tentang analogi itu. -Lontarkan persoalan untuk cetuskan inkuiri dalam diri murid -Biarkan murid memberikan pandangan mereka terhadap sesuatu perkara -Guru membuat rumusan akhir Kiasan Dan Perumpamaan Antara contoh kiasan yang digunakan oleh Rasulullah : Maksudnya: “Perumpamaan teman yang baik dan teman yang buruk adalah seperti seorang penjual minyak wangi dan seorang tukang besi. Adapun, penjual minyak wangi akan memberi kamu (minyak wangi tersebut), atau kamu membeli daripadanya, atau kamu mendapat bau yang harum daripadanya. Sedangkan tukang besi pula, akan membakar bajumu dan juga kamu mendapatkan bau yang busuk.” Riwayat al-Bukhari dan Muslim -Berkesan untuk memberi pemahaman kepada maksud yang tersurat dan tersirat -Kaedah ini berlaku apabila cara yang ingin digunakan agak mengelirukan dan hukumnya susah untuk diketahui. Dengan menggunakan kaedah kiasan, kesamaran tersebut boleh tersingkap. -Guru perlu bijak mengaitkan antara kiasan dengan topik yang dipelajari -Guru perlu memastikan murid faham dengan kiasan dan perumpamaan yang diberikan dengan meminta mereka membuat rumusan hukum terhadap sesuatu yang dipelajari
STRATEGI PENGAJARAN ULAMA’ ULAMA’ IMAM ABU HANIFAH IMAM MALIK IMAM SYAFIE IMAM HAMBALI IMAM AL-GHAZALI Nama Nu’man bin Thabit. Berketurunan Parsi Malik bin Anas bin Abu Amar Al-Asbahi dari keturunan Arab Abu Abdullah Muhammad b. Idris Abu Abdullah bin Muhammad bin Hanbal bin Hilal Abu Hamid Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad al-Ghazali Tarikh & Tempat lahir Dilahirkan pada 80H (699M) di Kufah, Iraq Dilahirkan di Madinah pada 93H dilahirkan pada tahun 150H bersamaan 767M di Ghazzah, Palestin Lahir di Baghdad pada Rabiulawal tahun 164 Hijrah Dilahirkan di Tus, Parsi. Pada tahun 450 Hijrah/1058 masehi Tarikh Wafat Wafat pada 150 Hijrah Wafat pada tahun 179H ketika berumur 86 tahun Wafat pada tahun 204H bersamaan 820M, ketika berusia 54 tahun Meninggal 241 Hijrah bersamaan tahun 855 Masihi (77 tahun) Meninggal dunia pada 505H/1111M ketika berusia 62 tahun Kaedah Pengajaran Kaedah Mujadalah Cara atau kaedah ini banyak digunakan ketika beliau berdepan dengan anakanak muridnya yang dewasa. Beliau sama sekali tidak membenarkan mereka bertaklid sahaja sebaliknya dididik berfahaman merdeka. Mereka bebas berfikir untuk memecahkan persoalan-persoalan dan dibenarkan membantah pengajaran atau pendapat Imam Abu Hanifah yang dianggap bertentangan dengan wahyu Allah dan hadis nabi yang disertai dengan akal yang bersih dari segala bentuk pengaruh Kaedah Menyelesaikan Masalah Kaedah ini banyak digunakan oleh beliau ketika berhadapan dengan golongan pembesar, ketua-ketua jabatan dan orang yang datang menemui beliau dengan membawa Kaedah Syarahan -Kaedah paling banyak digunakan oleh Imam Malik dalam menyampaikan pengajaran. Majlis kuliah beliau diadakan di Masjid Madinah dan di rumah beliau sendiri. -Imam Malik mula menyampaikan kuliah atau syarahan sejak berusia 17 tahun. Beliau tidak mengajar melainkan setelah mendapat pengakuan daripada 70 orang gurunya. Kaedah Menyelesaikan Masalah Kaedah menyelesaikan masalah juga digunakan Secara Kuliah -Di Makkah, pusat pengajian beliau di Masjidil Haram. Beliau mengajar dengan duduk dikerusi sambal dikelilingi oleh murid-muridnya. -Di Mesir,beliau mengajar di Masjid Amru bin Ash Kaedah Membaca -Beliau membacakan kitab karangannya dikhalayak ramai Kaedah Imlak -Digunakan ketika penyusunan kitab Al-Umm dimana beliau mengimlakkannya Bercerita -Teknik ini mudah menarik minat orang yang mendengar - Semasa Imam Ahmad menyampaikan hadis, ia akan menceritakan tentang rawi-rawinya satu persatu sehingga sampai kepada Rasulullah. Ini amat penting dalam pengajaran hadis kepada sifat-sifat perawinya dari segi amalan mereka, thiqah, kuat ingatan dan lain-lain lagi akan menentukan kesahihan sesuatu hadis. Kaedah perbandingan - Kaedah perbandingan digunakan dalam pengajaran, perbincangan dan untuk membuktikan kebenaran fikiran dan kepercayaan mereka kepada karyakaryanya. -Contoh : Dalam kitab Ihya Ulum Ad-Din, Imam al-Ghazali menerangkan perbezaan pendapat dalam kalangan cerdik pandai tentang kebaikan dan keburukan akhlak Kaedah Halaqah - Al-Ghazali telah mendirikan sebuah sekolah berhampiran rumahnya untuk penuntut-penuntut ilmu dan sebagai tempat singgah bagi golongan sufi. - Pelajar-pelajar mengelilingi gurunya dalam separa bulatan untuk mendengar syarahannya. Kaedah petunjuk dan bimbingan Imam al-Ghazali ialah seorang peneliti dan selalu mengadakan percubaan sebelum
beberapa masalah atau persoalan untuk diselesaikan. Sering kali timbul masalah-masalah baharu yang tidak menemui hukum atau keputusan berdasarkan al-Quran dan hadis berjaya beliau selesaikan berdasarkan ijtihadnya. Imam Abu Hanifah merupakan seorang yang bijak menyelesaikan masalah yang rumit bagi orang lain untuk menyelesaikannya Kaedah Nasihat -Kaedah memberi ajaran dalam bentuk nasihat secara langsung kepada anak-anak muridnya, sama ada yang berkaitan dengan soal keagamaan, adat kekeluargaan, adab bergaul dan sebagainya. - Contohnya, nasihat yang telah beliau berikan kepada beberapa orang anak muridnya seperti Abu Yusuf Yaacob bin Ibrahim, al-Qadhi dan rakan-rakannya yang mana nasihat tersebut dianggap sebagai nasihat yang luar biasa. Kaedah Contoh Teladan Baik -Ini merupakan kaedah tidak langsung semasa mengajar anak muridnya. Beliau banyak menunjukkan contoh, sikap, tindakan serta tutur kata yang baik, yang dapat dilihat dan dicontohi oleh murid-muridnya. - Contohnya, beliau telah menunjukkan satu ajaran melalui sikapnya yang tidak menyukai atau tidak bekerjasama dalam hal rasuah, ganjaran kebendaan dan sebagainya yang terlalu berbentuk keduniaan oleh imam Malik khususnya dalam perkara yang berkaitan dengan hukum. Setiap masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh murid-muridnya akan dirujuk kepada imam Malik. -Dalam menyelesaikan sesuatu masalah, Imam Malik tidak suka kepada masalah andaian atau khayalan yakni masalah yang direka-reka dan tidak pernah berlaku. - Beliau akan menyelesaikan masalah yang benar-benar berlaku dalam masyarakat atau masalah yang waqi’i sahaja. -Imam Malik amat berhati-hati dalam menyampaikan jawapan kepada masalah yang dikemukakan. Beliau tidak akan menjawab sebelum memikir dan mengkaji dengan mendalam. Kaedah Ulangan Menggunakan kaedah ulangan/ tikrar bagi mengukuhkan pemahaman muridnya kepada anak muridnya. Kaedah Halaqah -Digunakan ketika mengajar di Baghdad -Pengajaran beliau dihadiri oleh segenap lapisan masyarakat yg terdiri daripada ulama, cerdik pandai dan pegawai kerajaan Bersyarah - Bersyarah bukan sahaja sekadar membaca, tetapi memberi interpretasi dan menghuraikan ideaidea supaya murid dapat memahaminya. Teknik ini juga digunakan oleh guru-guru yang masyhur, termasuk nabi-nabi dan para bijak pandai. Teknik yang sama juga telah digunakan oleh Imam Ahmad dalam pengajarannya. Ini dapat dibuktikan dalam buku “Pokok Pegangan Imam-imam Mazhab dalam Membina Hukum, halaman 268. memberikan pendapatnya. Pendapatpendapat beliau diperah daripada kemurnian hidup yang dihayatinya, dimensi-dimensi ilmu pengetahuan yang dicapainya melalui percubaanpercubaan yang telah dilakukan dan daripada beberapa kesulitan yang dialami di dalam kehidupannya Misalnya, dalam menanamkan dasardasar agama kepada anak-anak, Imam alGhazali memulakan dengan meniru, iaitu menunjuk cara, diikuti dengan meyakini dan menguatkan dengan dalil-dalil, membaca ayat-ayat al-Quran dan menerangkan kandungan serta maknanya Kaedah Dialog & Perbincangan Kaedah dialog adalah kaedah yang berdasarkan dialog, perbincangan melalui soaljawab untuk sampai kepada fakta yang tidak dapat diragukan, dikritik dan dibantah lagi. Kaedah inidapat mengasah otak dan memperkuatkan pendapat di samping kepercayaan kepada diri sendiri dan berkemampuan untuk berbicara tanpa teks Imam al-Ghazali pernah menggunakan kaedah perbincangan dan dialog bagi mendalamkan lagi kefahaman seseorang terhadap ilmu.
Sumbangan (Hasil Penulisan) - Orang pertama menyusun kitab feqah mengikut bab dan tajuk secara tersusun - Teliti dalam menentukan martabat hadis dan hanya menerima hadis soheh dalam menentukan hukum - Menulis Kitab Fiqh Al-Akbar dan alFaraidh - Mengasaskan Mazhab Hanafi yang masih diamalkan di Mesir - Beliau menghasilkan kitab-kitab terutamanya dalam bidang Hadis dan Fekah melalui karyakaryanya seperti Kitab al-Muatta' - Pendukung kepada mazhab Maliki - Beliau menghasilkan kitab bidang Fekah melalui karyakaryanya seperti Kitab al-Umm - Pengasas kaedah usul fiqh dengan hasil karya beliau Kitab al-Risalah - Mengasaskan kaedah untuk mengithbatkan (menentukan) hukum mesti dengan hadis sohih - Pengasas mazhab Syafie - Beliau memberi sumbangan yang besar dalam bidang hadis dan perundangan Islam -Kitab karangan beliau : 1.Kitab Al-Musnadmengandungi 40000 hadis 2.Tafsir al-Quran 3.An-Nasakh wal Mansukh 4.Kitab At-Tarikh 5.Kitab Al-Ilah - Pengasas mazhab Hanbali -Keilmuannya meluas dalam pelbagai bidang ilmu: (Falsafah ,Akidah,Fiqh,Ilmu Kalam,Tasawuf,Akhlak,Mantiq,Ulumul Quran,Politik - Telah mengarang lebih daripada 300 buku -Antara penulisannya : 1. Kitab Maqasid-Falasifah (Tujuan Ilmu Falsafah) yang membincangkan teori falsafah 2. kitab Tahafut al-Falasifah 3. lhya' Ulumuddin (Menghidupkan IlmuIlmu Agama) 4. Kitab Ayyuh al-Walad (Aduhai Anakku) 5. alMunqiz Minad Dhalal 6. Al-Iqtishad Jil I'tiqad (Kesederhanaan Dalam Kepercayaan ) membincangkan soal kepimpinan bagi sesebuah negara Islam.
PEDAGOGI : STRATEGI PENGAJARAN Berpusatkan guru -Melibatkan guru yang memainkan peranan yang utama, mengurus dan mengawal kelas, memberi penerangan, manakala murid hanya bertindak sebagai pendengar - Antara kaedah yang boleh digunakan : Demonstrasi,Syarahan,Bercerita,Pengajaran berkumpulan,Pengajaran Mikro,Pengajaran Keseluruhan Kelas Berpusatkan murid -Murid memainkan peranan penting dan digalakkan untuk bergiat aktif dalam proses PdP -Guru hanya sebagai pemimpin untuk membimbing murid -Antara kaedah yang boleh digunakan : Projek,Perbincangan,Penyoalan,Simulasi,Lakonan,Sumbang saran, Inkuiri Penemuan Berpusatkan bahan -Guru sebagai fasilitator yang menekankan kepada penggunaan bahan bantu mengajar Bahan bantu mengajar -Antara kaedah yang digunakan : Audio Visual,Komputer,Bahan Cetak,Modul,Buku PENDEKATAN Induktif -Dari Khusus Kepada Umum (Dari Fakta kepada Kesimpulan) -Guru memulakan pengajaran dengan memberikan contoh yang khusus tetapi mengandungi prinsip yang sama -Berdasarkan contoh-contoh yg diberikan murid-murid akan dibimbing untuk memikir, mengkaji, mengenalpasti, mentafsir maklumat yang terkandung dalam contoh-contoh khusus itu, Kemudian murid-murid membuat generalisasi atau kesimpulan yang berkenaan -Contohnya : Guru akan meminta murid- murid menyenaraikan jenis air yang mereka tahu. Kemudian meminta mereka untuk mengkategorikannya pula mengikut jenis-jenis yang asli dengan yang tidak. Contoh air milo dengan air paip. Kemudian kita membimbing murid mengaitkan air yang asli dengan air mutlak dan hukumnya Deduktif -Dari umum kpd Khusus -Guru memberitahu objektif pembelajaran -Pelajar dibimbing mengingati hukum,prinsip, teori atau peraturan yang berkaitan utk membolehkan mereka menyelesaikan masalah atau mendapat kesimpulan baru. -Pendekatan ini bermula dengan guru memberikan rumus-rumus atau teori yang berkaitan contoh hukum halal, haram, kemudiannya murid-murid dikehendaki memberikan contoh atau huraian daripada rumus atau teori yang dikatakan Bersepadu -Semua ilmu diajarkan saling berkait antara satu sama lain -Guru menggunakan strategi pengabungjalinan dan penyerapan -Dalam gabungjalin,kemahiran boleh berlaku dalam dua bentuk: i) gabungjalin kemahiran dalam satu mata pelajaran ii)gabung jalin kemahiran daripada beberapa kemahiran Pemusatan pelajar TAJUK 2 : PEDAGOGI DALAM PdP PENDIDIKAN ISLAM Oleh : Nur Amalina Binti Abdul Malek (Doakan saya sentiasa diberi kemudahan dalam setiap urusan ,kesihatan yang baik dan kejayaan dunia akhirat)
-Pelajar semua melibatkan diri di dalam kelas -Guru menggalakkan murid terlibat aktif dalam kelas seperti mengemukakan pendapat, berbincang, merancang dan membentang -Guru hanya pembimbing memberi panduan-panduan yang betul supaya memperolehi pengetahuan yang mantap dan berkesan Qudwah Hasanah Guru mempunyai kaitan kuat dengan pembentukkan murid sama ada dari segi belajar, motivasi, pencapaian akademik dan juga personaliti murid. Guru bukan sahaja menyampaikan melalui ilmu mengikut silibus malah menjadi contoh daripada pelbagai aspek kepada murid Guru perlu mempraktikkan akhlak mulia untuk dicontohi dan dihayati oleh murid- murid TEKNIK/ KAEDAH PENGAJARAN Sumbang saran Aktiviti perbincangan iaitu ahli dalam kumpulan mengemukakan seberapa banyak idea dengan tujuan menyelesaikan sesuatu masalah. Ianya bertujuan melatih murid mengemukakan idea atau pandangan yang bernas Bercerita -Bercerita melibatkan aktiviti-aktiviti yang menceritakan semula perkara-perkara atau peristiwa-peristiwa sama ada imiginasi, tradisi, atau kisah benar. -Strategi ini dapat meningkatkan minat dan membina apresiasi serta menikmati kesusasteraan . Di samping itu bercerita dapat memperkayakan pengajian pelbagai bahasa, membekalkan pelbagai pengalaman, mengembangkan kemahiran mendengar, dan memotivasikan murid untuk membaca Tunjuk cara -Kaedah pembelajaran dengan menunjukkan contoh atau membuat uji kaji. - Kaedah ini melihat kepada keupayaan murid untuk mengingat -Kaedah serampang dua mata ini memberi peluang kepada murid untuk belajar bukan sahaja secara teori semata-mata, bahkan dapat melakukan perkara yang dipelajari secara praktikal. - Teknik ini membolehkan murid menguasai sesuatu perkara dengan lebih mudah dan dapat meningkatkan ingatan murid terhadap sesuatu perkara. Syarahan Merupakan kaedah pengajaran di mana guru lebih banyak melibatkan diri dalam memberi penerangan, huraian dan penjelasan kepada pelajar. Ia juga merupakan satu bentuk penyampaian atau penerangan mengenai statu isi pengajaran secara lisan oleh guru Soal jawab Guru mengemukakan soalan dan pelajar memberi jawapan. Soal jawab juga biasanya berdasarkan kepada dialog dan perbincangan untuk mendapatkan jawapan serta fakta yang tidak dapat diragui kebenarannya atau dikritik lagi. Ia merupakan kaedah interaksi dua hala yang melibatkan pelajar dan guru, di samping itu ia turut menyumbang kepada kesan yang positif dan memberikan kefahaman yang lebih jelas kepada kepada pelajar.
KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM MENGIKUT BIDANG BIDANG KAEDAH CONTOH AL-QURAN -Teknik yang boleh digunakan : 1.Talaqqi/Musyafahah /Tadarus 2. Tikrar/Pengulangan 3. Sambung bacaan/Cuba Jaya 4. Tasmik 5.Perbincangan (Ayat kefahaman) Talaqqi/Musyafahah Guru akan memberi contoh bacaan dan murid mengikut bacaan guru tersebut. Dalam melaksanakan kaedah talaqqi ini, murid-murid dikehendaki mendengar pembacaan guru dengan teliti serta melihat pergerakan mulut guru. Kemudian murid secara individu/ beramai-ramai membaca mengikut bacaan guru dan diteliti oleh guru sehingga guru berpuas hati. Tikrar -Murid mengulangi bacaan guru. Selepas guru membaca, murid-murid ikut. -Murid mengulangi bacaan murid. Selepas seorang murid membaca, murid-murid lain ikut. -Murid membaca beramai-ramai mengikut kumpulan, kumpulan lain mendengar sahaja. -Seorang murid membaca, murid lain mendengar sahaja. Perbincangan Guru dan murid berbincang mengenai intinbat (rumusan) hukum atau pengajaran yang boleh diambil dari maksud ayat yang telah dihuraikan. Kaedah ini boleh dilaksanakan secara kelas atau kumpulan kecil. HADITH -Teknik yang boleh digunakan : 1. Forum 2. Perbincangan formal Perbincangan formal Guru menentukan pelajar yang akan ambil bahagian dan bahagikan tajuk JAWI -Teknik yang boleh digunakan adalah 1.Kaedah Huruf Kaedah yang memberi penekanan kepada murid-murid mengenal nama dan bunyi huruf 2.Kaedah Bunyi Kaedah membunyikan suku kata dan menyambungkannya dengan suku kata yang lain. 3.Kaedah pandang sebut Kaedah yang bergantung erat kepada bahan bantu atau gambar kerana kaedah ini hanya dapat dilaksanakan dengan membunyikan perkataan atau rangkaikata melalaui gambar atau membunyikan ayat melalaui gambar yang ada cerita 4. Kaedah Mengeja Kaedah di mana murid dikehendaki menyebut huruf dan mengeja serta membina suku kata tersebut. Selain itu, murid juga boleh mengeja terus sesuatu perkataan Aktiviti yang boleh dijalankan: -Menunjukkan huruf alif, ba, ta dan sebagainya dengan bahan bantu seperti manila kad atau flash kad -Guru memperkenalkan dan menyebut huruf tersebut -Murid-murid diminta menyebut huruf tersebut berulang-ulang secara individu, kumpulan, berpasangan atau secara kelas -Guru memperkenalkan huruf vocal dan menggabungkannya dengan huruf-huruf tersebut iaitu ba,bi,bu dan sebagainya. -Kemudian bunyi-bunyi itu disambung menjadi suku kata, perkataan dan rangkai kata - Guru meminta murid menulis menulis perkataan-perkataan yang dibentuk.
ADAB -Asas pengajaran Adab adalah berorientasikan ‘qudwah hasanah” atau menunjukkan contoh teladan yang baik daripada guru untuk ditiru oleh muridmurid dalam kehidupan harian -Antara teknik pengajaran yang boleh dijalankan : Perbincangan, Lakonan, Soal jawab, Kuliah, Penerangan, Tunjuk cara atau demonstrasi, Latih tubi, Bercerita, Sumbang saran, Simulasi, Akhbar dalam darjah (ADD), Menulis rencana, Projek Kaedah Lakonan -Guru mewujudkan satu situasi bermasalah .Sebagai contoh murid tidak berminat menuntut ilmu -Guru mengaitkan dengan kisah pengorbanan Imam Ghazali ketika mengembara menuntut ilmu -Guru menerengkan secara ringkas tentang situasi tersebut, peranan watak-watak dan tempat lakonan Berdasarkan watak-watak yang ditentukan, pelajar memainkan peranan mereka dalam sesi lakonan -Guru berbincang dalam kelas tentang situasi dan peristiwa dalam lakonan tersebut -Guru membimbing pelajar membuat rumusan SIRAH -Antara objektif utama pengajaran sirah ialah: 1. Menyedarkan pelajar tentang kisah hidup dan perjuangan Nabi saw dalam menegakkan agama Islam 2. Mengambil iktibar dan pengajaran yang telah berlaku terhadap umat dahulu 3. Menjadi nabi saw sebagai contoh ikutan yang baik 4. Menanam semangat cintakan agama -Kaedah pengajaran berorientasikan sejarah -Antara teknik pengajaran yang boleh digunakan : Bercerita, Main peranan,Projek, Latih tubi, Perbincangan kumpulan, Kuliah atau penerangan, Simulasi, Pengurusan grafik, Forum, Soal jawab, Sumbang saran Kaedah Lakonan/main peranan Berbentuk drama pendek atau sketsa yang melibatkan lebih daripada dua orang pelajar. Setiap pelajar melakonkan watak mengikut skrip atau isi pengajaran. Berpeluang mengalami sendiri situiasi dan masalah. -Guru perlu memilih jalan cerita yang sesuai -Guru perlu menerangkan terlebih dahulu situasi tersebut sebelum minta murid melakonkannya IBADAH Antara objektif utama pengajaran ibadah ialah: 1. Pelajar mengetahui hukum dan peraturan dalam syariat Islam 2. Pelajar memahami rahsia, keistimewaan, hikmah dan tujuan sesuatu hukum 3. Pelajar dapat menghayati ibadah khusus yang diperintahkan allah swt 4. Pelajar dapat menghayati keindahan sistem dan perundangan Islam 5. Pelajar dapat berpegang dan beramal dengan syariat Islam -Antara teknik pengajaran yang boleh digunakan : Tunjuk cara atau demonstrasi, Simulasi, Amali, Soal jawab, Latih tubi, Kuliah atau penerangan, Bercerita, Projek, Pengurusan Grafik Kaedah tunjuk cara -Perlu tentukan objektif -Guru perlu beri penerangan mengenai tunjuk cara tersebut -Sediakan bahan dan peralatan yang sesuai -Pastikan susun atur murid sesuai dan dalam keadaan selesa -Perhatikan respons pelajar -Galakkan penglibatan pelajar ketika sesi berlangsung -Ulang2 langkah penting sebagai pengukuhan -Selepas selesai, guru bersoal jawap dan buat rumusan AQIDAH -Guru perlu menghayati objektif utama pengajaran akidah sebelum menyampaikan kepada pelajar. Antara objektif utama pengajaran akidah ialah: 1. membentuk akidah Islam yang betul di kalangan pelajar 2. membekalkan pelajar dengan ilmu akidah yang lengkap dan mendalam Perbincangan -Guru memulakan perbincangan dengan mengemukakan tajuk. -Murid diminta memberi sumbangan idea atau pertanyaan sewaktu berbincang dan mendapat tindak balas dari murid lain.
3. menanamkan keyakinan dan roh keislaman yang jitu ke jiwa pelajar 4. membentuk pekerti mulia berlandaskan tuntutan akidah -Antara teknik pengajaran yang boleh digunakan : Soal jawab,Perbincangan,Kuliah ,Bercerita ,Sumbangsaran, Analogi, Akhbar dalam darjah (ADD) , Projek, Menulis rencana, Forum -Perbincangan tidak dimonopoli oleh seorang pelajar sahaja. -Guru berperanan memastikan perbincangan tidak keluar topik. -Kaedah ini diaplikasikan oleh Rasulullah dalam menyampaikan ilmu dengan mengadakan musyawarah atau perbincangan dengan pengikutnya dalam memutuskan sesuatu perkara KOMPONEN PAK21 KOMUNIKASI -Berlaku komunikasi antara guru-murid,murid-murid dan murid-bahan -Murid dapat memerhati,mendengar dan memberi maklum balas dengan orang lain -Murid yakin untuk berinteraksi dengan rakan mereka semasa menyampaikan topik KOLABORATIF -Berlaku Kerjasama antara guru-murid, murid-murid secara aktif dan menyeluruh yang membolehkan berlaku pertukaran idea antara mereka -Murid boleh bekerjasama dan bertolak ansur dalam menerima pandangan yang berbeza -Murid dilibatkan secara seimbnag dalam kumpulan melalui pembahagian tugasan PEMIKIRAN KRITIS - Berlaku penerokaan pemikiran untuk menilai sesuatu idea secara logik dan rasional dengan alas an dan bukti munasabah -Murid akan bersikap ingin tahu dan menjadi seorang yang bermaklumat -Murid mampu untuk membuat keputusan yang berasas dan berfikiran terbuka untuk menerima pandangan orang lain NILAI MURNI & ETIKA -Penerapan dan pemupukan nilai murni & etika kea rah pembentukan jati diri nasional mengikut acuam Malaysia -Murid perlu menzahirkan amalan nilai murni dan amalkannya dalam kehidupan seharian KREATIVITI -Berlaku proses penjanaan idea yang menghasilkan inovasi bahan,aktiviti dan projek yang baru,unik dan berkualiti -Murid perlu memiliki pemikiran terbuka dan melihat situasi sedia ada daripada pelbagai sudut untuk menjana idea -Murid perlu berpandangan jauh dan mempunyai hala tuju yang jelas. -Murid juga perlu berani mengambil risiko
PEDAGOGI & PENGAJARAN PENDIDIKAN KHAS -Definisi Pendidikan Khas : Satu bentuk pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak bekeperluan khas (Hallahan&Kaufman,2006) - Menurut Xubuntu (2008) Kanak-kanak istimewa adalah sebahagian daripada mereka yang tergolong dalam kumpulan Orang Kurang Upaya (OKU), iaitu seseorang yang tidak berupaya menentukan sendiri bagi memperoleh sepenuhnya, atau sebahagian daripada keperluan biasa seseorang individu, dan tidak dapat hidup bermasyarakat sama ada dari segi fizikal, atau mental, dan berlaku sama ada sejak dilahirkan, ataupun sesudah itu - Antara perkara utama yang perlu dilakukan oleh guru ialah, analisis murid mengikut kategorinya. i) Kurang upaya pendengaran ii) Kurang upaya penglihatan iii) Kurang upaya fizikal iv) Celebral Palsy v) Masalah Pembelajaran vi) Lain-lain KAEDAH PENGAJARAN MURID MBK KAEDAH PENGAJARAN MBK HURAIAN CONTOH TUNJUK CARA Penting bagi membiasakan murid dengan prosedur yang perlu diikuti oleh mereka semasa melakukan aktiviti - Merupakan kaedah yang telah lama digunakan di sekolah dan ia paling sesuai digunakan dalam PdP Pendidikan Khas - Kaedah ini merupakan satu cara untuk membiasakan murid dengan prosedur yang perlu diikuti oleh mereka semasa membuat aktiviti seperti berkebun, menggunakan alatan dan sebagainya - Kaedah tunjuk cara yang berjaya mengandungi langkah-langkah yang memberi murid peluang menunjukkan bahawa mereka benar-benar memahami apa yang dipelajari. Sesuatu tunjuk cara tidak akan berjaya dan lengkap jika tidak diberi peluang murid membuat sesuatu yang menunjukkan mereka telah menguasai maklumat, proses atau prinsip tertentu. - Guru perlu menjadi pendemonstrasi dengan menunjukkan cara yang betul kepada murid tersebut - Boleh menggunakan bahan digital atau bahan bergambar bagi membantu teknik ini - Namun, kaedah ini tidak sesuai dilakukan kepada murid yang berada dalam kategori kurang upaya penglihatan -Guru menunjukkan cara penggunaan AlQuran Braille SIMULASI - Simulasi merupakan satu gambaran abstrak sesuatu situasi sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing masing untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau isu - Tujuan kaedah simulasi adalah untuk meningkatkan kebolehan murid mengaplikasikan konsep-konsep tertentu dalam penyelesaian masalah - Guru menunjukkan cara berwuduk dengan betul BERCERITA - Bercerita adalah satu susunan kejadian atau peristiwa yang berlaku sama ada benar-benar berlaku atau diciptakan. - Selain menjadi satu hiburan untuk pelajar, bercerita dapat mencernakan daya kreatif dan imaginasi pelajar. Ia dapat melatih pelajar dengan pelbagai kemahiran dan kecekapan bahasa terutamanya kemahiran lisan (mendengar dan bertutur) serta menggalakkan pelajar berkomunikasi dengan berkesan dari segi sebutan, nada, intonasi dan ekspresi/mimik muka. -Guru bercerita kepada murid mengenai sirah kehidupan Nabi Muhammad BERI ARAHAN - Tujuan memberi arahan adalah untuk memberi panduan kepada murid sebelum mereka memulakan aktiviti. - Guru perlulah mengambil masa yang lama untuk memberi arahan. Perkara penting ialah murid perlu mempelajari bagaimana mematuhi arahan yang agak sukar difahami. Oleh itu, arahan guru haruslah jelas dan tepat serta berulang-ulang sebelum pembelajaran bermula. Arahan yang tidak tepat, kabur, sukar, singkat serta tidak diulangulang akan menyebabkan murid melakukan kesalahan semasa menyelesaikan tugasan -Guru perlu memberikan arahan yang jelas contoh seperti meminta mereka melukis atau menampal kertas
ISU DAN CABARAN DALAM PENGAJARAN MURID BEKEPERLUAN KHAS (MBK) Antara Bahan BBM Untuk Murid Bekeperluan Khas : 1. Braille (Untuk OKU Penglihatan) 2. Audio 3. Cerita bergambar contoh : Charlie Chaplin (untuk OKU Pendengaran) 4. Bahan maujud (Model/Arca/Alatan yang berkait dengan tajuk) ISU CABARAN Kekurangan bahan bantu mengajar - Guru-guru pendidikan Khas ini bermasalah untuk membina alat bantu mengajar dengan menggunakan kreativiti sendiri tanpa bantuan orang lain. Perkara ini mungkin disebabkan kebanyakan guru-guru ini tidak mempunyai pendedahan yang cukup untuk membuat alat bantu mengajar bagi pelajar-pelajar Pendidikan Khas ini serta kurang dibekalkan oleh pihak lain Kemahiran penggunaan BBM muridmurid MBK Contohnya : Penggunaan Al-Quran Braille dan bahasa isyarat - Guru sendiri kurang mahir dalam menggunakan BBM/ peralatan tersebut - Perlu diadakan kursus pengajaran/latihan tentang penggunaan bahan bantu yang berkaitan Masa pengajaran yang terhad Beban tugas: guru Pendidikan Khas banyak diberikan tugas ko-kurikulum dan lain-lain kerana dianggap tidak mempunyai banyak kerja Kekurangan kursus/ bengkel kemahiran PdP Guru perlu mempunyai kompetensi yang baik bagi menjalankan PdP kepada MBK ini. Antara ciri-ciri yang perlu ada : a) Mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam mata pelajaran yang diajarnya. b) Mempunyai imaginasi yang tinggi untuk membolehkan ia membuat pelbagai contoh yang dapat membantu pelajar memahami suatu konsep dengan mudah. c) Dapat menggunakan alatan dan bahan pengajaran dengan baik dalam pengajarannya. Komitmen dari ibu bapa dan masyarakat - Proses pengajaran dan pembelajaran murid Pendidikan khas tidak boleh disandarkan kepada guru semata-mata, sebaliknya memerlukan sokongan berterusan daripada semua pihak termasuk ibu bapa dan masyarakat - Guru pendidikan khas dibayar elaun untuk mengajar. Ini merupakan insentif yang disediakan khas oleh pihak kerajaan Malaysia untuk guru-guru pendidikan khas atas dasar memikul tanggungjawab khas. Walau bagaimanapun, tiada elaun khas yang diberikan kepada guru-guru aliran perdana yang terlibat mengajar murid berkeperluan khas di program inklusif - Pelajar inklusif didapati mampu menguasai sesuatu kemahiran dengan lebih baik sekiranya khidmat guru damping dari NASOM yang tepat digunakan bagi membantu mereka semasa mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran di kelas perdana. Namun, perkhidmatan guru pendamping tidak banyak dibekalkan walaupun pelajar inklusif sangat memerlukannya Guru tidak menunjukkan sikap yang positif dan bermotivasi terhadap profesion perguruan nya - Tahap keyakinan guru untuk mengajar kanak-kanak yang mengalami autisme adalah sederhana sahaja - walaupun guru dapat menghasilkan rancangan pengajaran, tetapi mereka kurang memberi penekanan terhadap cara menangani masalah murid. - Terdapat guru yang menunjukkan sikap marah dan geram bila berhadapan dengan tingkah laku dan juga didapati menghadapi tekanan perasaan. Suasana tempat kerja, kuasa autonomi di dalam bilik darjah, sokongan pihak pentadbir turut mempengaruhi tahap motivasi guru.