KOLEJ PROFESIONAL MARA BANDAR MELAKA
DIPLOMA IN HALAL INDUSTRY
KELAS: DHI 1B
TUGASAN: USUL FIQH (USL 1053)
TAJUK: PENGAMBILAN GELATIN DALAM INDUSTRI HALAL DAN
KAITANNYA DENGAN USUL FIQH
DISEDIAKAN UNTUK:
USTAZAH HAZWANI ADHILAH MOHD ZAKI
DISEDIAKAN OLEH:
NOMBOR ID PELAJAR NAMA PELAJAR
BMH21-01-018
BMH21-01-019 NUR SYUHADAH BINTI ZOLKUPLI
BMH21-01-026
NURUL AINA MAISARA BINTI
ZULKIFLI
YUMNI BINTI AHMAD SUBRI
ISI KANDUNGAN
ISI KANDUNGAN....................................................................................................................1
1. PENGENALAN .................................................................................................................2
2. KONSEP HALAL DALAM ISLAM ....................................................................................3
2.1 HALAL DALAM PERSPEKTIF ISLAM...........................................................................3
3. MAKSUD GELATIN ............................................................................................................4
5. PRODUK YANG MENGGUNAKAN GELATIN ...............................................................5
6.STATUS HALAL GELATIN.................................................................................................5
7. DALIL MENGENAI SUBHAH (KERAGUAN)..................................................................6
7.1 HADIS HALAL, HARAM DAN SYUBHAH ................................................................6
8. FUNGSI GELATIN...............................................................................................................7
9. GELATIN DALAM PRODUK FARMASEUTIKAL DAN SUPLEMEN ..........................8
9.1 STATUS PENGGUNAAN BAHAN BERNAJIS DALAM PRODUK
FARMASEUTIKAL ..............................................................................................................9
10. GELATIN DALAM PRODUK KOSMETIK ...................................................................10
KESIMPULAN ........................................................................................................................ 10
RUJUKAN ............................................................................................................................... 11
1
1. PENGENALAN
Kajian tentang penggunaan gelatin di dalam industri makanan ini adalah bertujuan bagi
membantu para pelajar untuk lebih mengenali dan memahami apakah itu gelatin dan
bagaimana proses ia diciptakan. Kajian ini disediakan beserta dengan definisi gelatin, status
halal gelatin, jenis jenis gelatin yang halal digunakan, produk produk halal yang menggunakan
gelatin, fungsi fungsi gelatin, gelatin dalam produk farmaseutikal dan suplemen, dalil
mengenai shubhah, dan yang terakhir gelatin di dalam produk kosmetik.
Diharapkan buku kajian ini dapat membantu sedikit sebanyak menambah idea dan membuka
minda berkenaan mengambil dan menggunakan gelatin di dalam industri halal.
2
2. KONSEP HALAL DALAM ISLAM
Perkataan halal berasal dari kalimah Arab iaitu halla, yahillu, hillan, wahalalan yang
bermaksud dibenarkan atau dibolehkan oleh hukum Syarak.
Dalam Munjid, ia didefinisikan sebagai sesuatu yang dibolehkan oleh Allah SWT2. .
Istilah syarak, halal didefinisikan sebagai sesuatu yang harus, yang diizinkannya di sisi syarak.
Dr. Yusuf al-Qardawi pula mendefinisikan halal sebagai sesuatu yang diharuskan, yang
terungkai padanya ikatan larangan, dan diizinkan oleh syarak untuk melakukannya
Firman Allah:
Maksudnya: Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah SWT telah memudahkan untuk
kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan telah melimpahkan kepada
kami nikmat-nikmat-Nya yang zahir dan yang batin. (Surah Luqman: 20)
2.1 HALAL DALAM PERSPEKTIF ISLAM
Islam merupakan agama yang syumul. Syariatnya mencakupi seluruh aspek yang diperlukan
oleh manusia, meliputi akidah, ibadah, muamalat, munakahat, jinayah dan akhlak. Ringkasnya,
Islam menetaskan hukum, peraturan dan undang-undang terhadap semua perkara yang
menyentuh perbuatan manusia. Matlamat pensyariatan hukum hakam dalam Islam adalah
untuk menjaga kemaslahatan manusia bagi kehidupan di dunia atau akhirat atau kedua-duanya.
Bagi merealisasikan matlamat tersebut, Allah SWT telah menjelaskan sepenuhnya kepada
manusia, apa yang baik dan buruk, halal ataupun haram untuk kebaikan manusia di dunia dan
akhirat.
Pada asasnya, sesuatu benda atau sesuatu perbuatan itu tidak terlepas dari lima perkara iaitu
halal, haram, sunat, makruh dan harus. Bagi perkara yang halal secara mutlak, kita disuruh oleh
Allah SWT untuk memakan atau menggunakannya; manakala yang haram kita disuruh untuk
menjauhinya. Adapun bagi perkara yang syubhah, kita diperingatkan agar meninggalkannya
bagi mengelakkan kita terjebak ke dalam perkara yang haram.Menurut istilah ulama Usul,
Maslahah didefinisikan sebagai manfaat yang dimaksudkan oleh alShāric yang Maha
Bijaksana untuk hamba-hambanya daripada memelihara agama, jiwa, akal, keturunan dan
harta.
3
3. MAKSUD GELATIN
Menurut Portal MyHealth, perkataan ‘gelatin’ berasal daripada Bahasa Latin iaitu ‘gelatus’
yang membawa maksud ‘keras’. Gelatin adalah bahan semulajadi, iaitu bermaksud tiada gelatin
yang dihasilkan daripada proses sintetik atau ubah suai kimia. Pada asasnya, gelatin adalah
sejenis protein yanga dihasilkan daripada kulit, tulang atau ligament (tulang rawan) haiwan
seperi lembu, kerbau, ikan atau khinzir.
Manusia telah menggunakan gelatin sejak beratus-ratus tahun yang lalu. Pembuatan gelatin
bermula dari usaha menambah-nilai sisa tulang yang biasanya tidak diguna dan dibuang di
rumah pemotongan haiwan. Gelatin merupakan suatu jenis protein yang dihasilkan dari
rangkaian kolagen kulit, tulang atau ligamen (tulang rawan) haiwan.
4. SUMBER GELATIN
Gelatin terdiri daripada gabungan peptida
dan protein yang terhasil oleh hidrolisis separa
kolagen yang diambil daripada kulit, tulang, dan tisu
penghubung haiwan seperti lembu, ayam, khinzir,
dan ikan. Gelatin boleh didapati daripada pelbagai
sumber kolagen haiwan seperti ikan, lembu, kerbau
dan babi melalui proses hidrolisis. Terdapat 2 jenis
gelatin yang dibezakan melalui cara penghasilan iaitu sama ada menggunakan alkali atau asid.
1) Gelatin jenis A:
• Diperoleh dengan cara pengasidan.
• Majoriti gelatin jenis ini diperoleh daripada kulit babi yang kolagennya masih muda.
• Gelatin daripada sumber ikan juga dihasilkan daripada proses pengasidan ini.
2) Gelatin jenis B:
• Diperoleh dengan cara menggunakan alkali atau air kapur.
• Sumber untuk memproses gelatin ini adalah daripada lembu, kerbau atau kambing.
• Gelatin jenis ini juga dikenali sebagai ‘beef bovine’ atau ‘bovine’.
• Banyak dihasilkan daripada sumber lembu.
4
5. PRODUK YANG MENGGUNAKAN GELATIN
Kolagen. Produk ini adalah salah satu yang utama. Ia adalah scleroprotein, atau protein tidak
larut yang berasal dari haiwan. Ia boleh didapati di tulang binatang, tulang rawan dan tendon.
Apabila tulang atau daging dimasak, kolagen inilah yang menjadikan kuahnya seperti jeli
ketika dipadatkan. Untuk mendapatkan kolagen, tisu babi, lembu dan ikan digunakan. Untuk
pengeluaran gelatin, terutama kulit babi digunakan. Kolagen adalah produk pemprosesan
haiwan, vegetarian tidak dapat menggunakannya di dalam pinggannya. Gelatin digunakan
bukan sahaja dalam masakan. Ia memainkan peranan penstabil dalam banyak makanan, seperti
keju atau marjerin. Dia adalah sebahagian daripada cangkang pil. Vegetarian membaca anotasi
sebelum membeli ubat untuk memastikan bahawa tidak ada kolagen haiwan yang digunakan
dalam industri pil. Gelatin juga digunakan dalam pembuatan pasta gigi, beberapa kosmetik,
sup dan daging kalengan lain. Ia boleh dijual dalam bentuk tulen di bahagian kedai gula-gula.
Ia mewakili butiran, pinggan, serpihan atau kubus.
6.STATUS HALAL GELATIN
Gelatin menjadi isu dalam aspek halal kerana 90% pengeluaran gelatin di pasaran dunia adalah
tidak dapat dipastikan status halal. Berdasarkan rajah dl bawah, didapati penghasilan gelatine
dunia kebanyakkannya adalah dari Negara bukan Islam seperti 39% Western Europe, 22%
Other, 17% Latin America, 20% North America, 2% Eastern Europe
Penentu status halal gelatine adalah berdasarkan:
- Sumber gelatin
- Proses Pengeluaran
- Status kebersihan secara keseluruhan
Sebagai pengguna muslim, adalah menjadi tanggungjawab kita dalam memastikan status halal
produk yang digunakan. Pengguna yang bijak akan memastikan pelabelan produk yang di beli
mempunyai logo halal yang telah diiktiraf JAKIM. JAKIM sebagai agensi bertanggungjawab
untuk pengesahan dan pensijilan halal membuat pemeriksaan serta pemantauan keatas produk-
produk yang menggunakan sijil halal.
5
7. DALIL MENGENAI SUBHAH (KERAGUAN)
Imam al-Ghazali (2010) mentakrifkan syubhah sebagai perkara yang samar-samar disebabkan
berlakunya pertembungan antara dua pegangan yang timbul dari dua bukti atau sebab:
Takrifan ini merumuskan beberapa perkara seperti berikut:
i. Perkara yang di ragukan
ii. Sangkaan yang kuat kerana wujud;
Menurut Imam al-Ghazali (2010) keraguan atau syak yang timbul mengenai sesuatu perkara
yang tidak disandarkan kepada bukti dan alamat merupakan perbuatan was-was dan perlu
dielakkan.
7.1 HADIS HALAL, HARAM DAN SYUBHAH
ْ يَقهو هلْ َو َسلَّ َْم َعلَي ِْه اللْه َصلَّى اللِْ َر هسو َْل َس ِمع هْت قَا َْل َعن هه َما الْله َر ِض َْي بَ ِشيرْ ب ِنْ ال ُّنع َما ِْن الْلِ َعب ِْد أَبِي َعن: َو ِإ َّنْ بَيِ ْن ال َحلاَ َلْ ِإ َّْن
ْ ِم َْن َكثِيرْ َيعلَ هم هه َّنْ َْل همشتَ ِب َها ْت أه همورْ َوبَي َن هه َما َب ِي ْن ال َح َرا َم، ِل ِدي ِن ِْه استَب َرْأَ َف َقْد ال ُّشبه َها ِْت اتَّ َقى َف َم ِْن النَّا ِس،ِفي َوقَ َعْ َو َمنْ َو ِعر ِض ِه
ْ ِفي َو َق َْع ال ُّشبه َها ِت، َيرتَ َْع أَنْ هيو ِش هْك ال ِح َمى َحو َْل َيرع َىْ َكال َّرا ِعي ال َح َرا ِم،َم َحا ِر همهْه الْلِ ِح َمى َو ِإ َّنْ أَلَْ ِح ًمى َم ِلكْ ِل هك ِْل َو ِإ َّنْ أَلَْ فِي ِه
َْومسلم البخاري رواه )القَل هْب َو ِه َْي أَ ْلَ هكلُّ ْهه ال َج َسدْه َف َسْدَ فَ َسدَ ْت َوإِذَا هكلُّ ْهه ال َج َسْده َص َل َْح َصلَ َح ْت ِإذَا همض َغةًْ ال َج َس ِْد ِفي َو ِإ َّْن أَل
Ertinya:
Dari Abu Abdillah Nu’man bin Basyir r.a” Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda,
‘Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Antara keduanya terdapat perkara-
perkara yang syubhah (samar-samar) yang tidak diketahui oleh banyak orang. Maka barang
siapa yang takut terhadap syubhah, bererti dia telah menyelamatkan agama dan
kehormatannya. Dan barang siapa yang terjerumus dalam perkara syubhah, maka akan
terjerumus dalam perkara yang diharamkan. Sebagaimana pengembala yang mengembala
haiwannya di sekitar (ladang) yang dilarang untuk memasukinya, maka lambat laun dia akan
memasukinya. Ketahuilah bahwa setiap raja memiliki larangan dan larangan Allah adalah apa
yang Dia haramkan. Ketahuilah bahwa dalam diri ini terdapat segumpal daging, jika dia baik
maka baiklah seluruh tubuh ini dan jika dia buruk, maka buruklah seluruh tubuh. Ketahuilah
bahwa dia adalah hati” (HR. Bukhari dan Muslim)
6
8. FUNGSI GELATIN
Tujuan gelatin digunakan adalah mengatasi masalah yang timbul dalam industri makanan
khususnya dalam mempelbagaikan produk. Gelatin boleh digunakan sama ada sebagai bahan
ramuan atau kondisioner makanan dalam industri pemprosesan makanan.
Antara fungsi gelatin adalah:
Fungsi Contoh
Agen penstabilan Produk hasilan daging seperti sosej
Agen pemekat Makanan bersos
Agen pembuih Produk susu terproses
Agen pengikat Produk daging
Agen pelekat Gula-gula dan produk sejenisnya
Agen pelembut Produk bakeri, ais krim
Agen pembentuk/konsistensi Gula-gula dan produk sejenisnya
Agen pelapis Produk buah-buahan
7
9. GELATIN DALAM PRODUK FARMASEUTIKAL DAN SUPLEMEN
Farmaseutikal Halal
Undang-undang antarabangsa dan undang-undang negara khususnya Malaysia adalah terpakai
dalam aktiviti pemasaran dan penggunaan produk farmaseutikal.
Sebagai contoh di Malaysia, Jabatan Standard Malaysia telah membangunkan MS2424:2012
iaitu Garis Panduan Farmaseutikal Halal yang tersenarai seperti di bawah:
a. Tidak mengandungi sebarang bahan atau produk dari haiwan yang
tidak halal dalam syariat Islam atau sebarang bahagian atau produk
dari binatang yang tidak disembelih mengikut syariat Islam.
b. Tidak mengandungi najis mengikut syariat Islam.
c. Selamat untuk digunakan, tidak beracun, tidak memabukkan dan tidak membahayakan
kesihatan mengikut preskripsi dos.
d. Tidak diproses atau dibuat dengan menggunakan peralatan yang tercemar dengan najis
mengikut syariat Islam.
e. Tidak mengandungi mana-mana anggota badan manusia atau derivatifnya yang tidak
dibenarkan oleh syariat Islam
Kategori Ubat: Ubat boleh dikategorikan kepada 3 kumpulan besar (Abd Rahman, 2010):
a. Ubat Farmaseutikal: Ubat-ubatan dalam bentuk dos seperti tablet, kapsul, krim, suntikan
& sebagainya. Ubat farmaseutikal ini dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu:
i- Ubat Am: Ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi doctor
ii- Ubat terkawal: Ubat yang hanya boleh diperolehi dengan preskripsi doctor
b. Produk Nutraseutikal atau Suplemen Kesihatan: Produk yang mengandungi bahan seperti
vitamin, mineral, makanan, botanikal, asid amino dan diambil sebagai bahan tambahan.
c. Ubat Tradisional dan Komplementari: Produk yang digunakan dalam pengamalan perubatan
asli atau alternatif mengandungi bahan-bahan semulajadi yang berasal daripada tumbuhan,
binatang, galian dalam bentuk pati ekstrak atau bukan pati ekstrak.
8
9.1 STATUS PENGGUNAAN BAHAN BERNAJIS DALAM PRODUK
FARMASEUTIKAL
• Maqasid Syariah Dalam Perubatan: Maqasid Syariah yang bertujuan menjaga
kemaslahatan manusia dan menolak kemudaratan. ia boleh disimpulkan
sebagaimana berikut:
a. Penjagaan Agama
b. Penjagaan Nyawa
c. Penjagaan Akal.
d. Penjagaan Keturunan
e. Penjagaan Harta
Indikator Ijtihad:
1. Istihalah Antara kaedah atau prinsip fiqh yang digunakan dalam menjawab persoalan
penggunaan bahan – bahan berunsur najis dalam aplikasi boiteknologi di dalam bidang
perubatan adalah konsep Istihalah. Dari aspek bahasa, kalimah istihalah adalah perkataan
Bahasa Arab yang berasal dari kata dasar hala ))حالatau hawala, ( حولyang membawa dua
maksud yang berbeza iaitu:
i. Berubah
ii. Mustahil Manakala perkataan istihalah pula adalah kata terbitan dari istahal, yastihil,
istihalah yang membawa pengertian yang sama dengan kata dasarnya iaitu perubahan atau
pertukaran pada tabie dan sifat sesuatu.
9
10. GELATIN DALAM PRODUK KOSMETIK
Bahan Gelatin telah menjadi isu hangat bagi seluruh penduduk dunia termasuk orang-orang
Islam, Yahudi, Vegetarian, Buddha dan lain-lain apabila mereka mengetahui sumber gelatin
adalah dari tulang-tulang dan kulit-kulit haiwan.
Bagi masyarakat Islam, walaupun sumbernya dari binatang yang halal dimakan, mereka harus
memastikan bahawa haiwan-haiwan tersebut disembelih oleh orang Islam dan mengikut
syariah.
Gelatin bersifat serba boleh, iaitu boleh berfungsi sebagai bahan pengisi, pengemulsi
(emulsifier), pengikat, pengendap dan mempertingkatkan zat. Sifatnya juga fleksibel iaitu
dapat membentuk lapisan tipis yang elastik, membentuk filem yang transparan, kukuh dan kuat,
kemudian sifat penting lain iaitu daya pencernaannya yang tinggi.
Sering digunakan produk yang biasanya memasak makanan, kerana ia adalah bahan semulajadi
dan organik. Keuntungan gelatin untuk kulit wajah terbukti baru-baru ini, apabila para pakar
menetapkan matlamat pembelajaran untuk memperkaya tubuh dengan collagens dari luar.
KESIMPULAN
Setelah kita melihat secara perbandingan menerusi pelbagai dimensi adalah jelas wujud
percanggahan ketara pada dasarnya dalam konsep halal, di mana konsep halal mempunyai
pengertian tersendiri yang membezakan dengan yang lain. Pelbagai kegunaan gelatin yang
boleh digunakan didalam kehidupan seharian. Gelatin juga mempunyai keistimewaan yang
tidak terdapat dalam benda yang lain.
10
RUJUKAN
Al-Munjid fi al Lughah al-Arabiyah al-Muc asirah, Bayrut, hlm. 309.
Al-Qardawi, Yusuf, al-Halal wa al-Haram fi al-Islam, Maktabah al-Islami, Bayrut,
1415H./1994, hlm. 17.
https://shafiqolbu.wordpress.com/2012/06/14/apakah-itu-gelatin/
https://harianpost.my/apakah-gelatin-halal/
Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari ISSN 2289 6325 Bil. 19, SI 2018 (Special Issue:
Islamic Jurisprudence in Contemporary Society) ms 91
Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari ISSN 2289 6325 Bil. 19, SI 2018 (Special Issue:
Islamic Jurisprudence in Contemporary Society) ms 92
Al-Quran:
Surah al-Anaam ayat 145 & Surah Luqman ayat 20
Kodjo Boady Djagnya; Zhang Wang; Shiying Xu (2010). "Gelatin: A Valuable Protein for
Food and Pharmaceutical Industries: Review". Critical Reviews in Food Science and Nutrition.
Taylor and Francis Online. 41 (6): 481–492. doi:10.1080/20014091091904. PMID 11592686.
^ Ward, A.G.; Courts, A. (1977). The Science and Technology of Gelatin. New York:
Academic Press. ISBN 0-12-735050-0.
^ "Global Gelatin market". Dicapai pada 11 May 2016.
^ "Gelatin". Encyclopedia.com. 2016. Dicapai pada 9 September 2016.
http://www.halalanquality.com/images/Brochures/GELATIN%20DALAM%20MAKANAN.
pdf
https://jalanakhirat.wordpress.com/2014/10/22/hais-mengenai-makanan-halal-haram-dan-
syubhah/
https://may.hairsalonsnaples.com/zhelatin-dlja-kozhi-vnutr.htm
http://animhosnan.blogspot.com/2018/01/gelatin-apa-dia.html?m=
11