The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by anniesyusof, 2019-08-27 04:04:48

PANDUAN PENGGUNAAN GAJET MRSM KKB 2019

PANDUAN PENGGUNAAN GAJET MRSM KKB 2019

PANDUAN PENGGUNAAN GAJET
MAKTAB RENDAH SAINS MARA KUALA KUBU BHARU

Pengenalan
Panduan Penggunaan Gajet di Maktab Rendah Sains MARA Kuala Kubu Bharu
merupakan garis panduan yang dipersetujui dalam Mesyuarat Pelaksana Maktab
Bil. 4/2017 bertarikh 26 Julai 2017.
Gajet yang dipersetujui oleh pihak pengurusan untuk kegunaan pelajar ialah
komputer riba, telefon bimbit atau tablet sahaja dan tertakluk dengan peraturan
yang telah ditetapkan. Berikut ialah panduan penggunaan gajet dalam kawasan
maktab:

Panduan Pendaftaran
1. Semua gajet yang hendak digunakan di kawasan maktab hendaklah
didaftarkan melalui Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (PPTM) atau
Juruteknik Komputer.
2. Pelajar akan mendapat pelekat khas untuk ditampal pada gajet masing-
masing dan pengguna juga akan mendapat kata laluan untuk menggunakan
wifi maktab.
3. Yuran pendaftaran yang dikenakan ialah sebanyak RM10.00 bagi setiap
gajet untuk setahun.
4. Pendaftaran hendaklah dibuat dan diperbaharui pada setiap tahun.

Panduan Penggunaan
1. Pelajar TIDAK DIBENARKAN menggunakan gajet ketika berada di kawasan
yang tidak dibenarkan kecuali dengan kebenaran guru untuk tujuan
pembelajaran.
2. Pelajar juga TIDAK DIBENARKAN mengecas gajet di kawasan yang tidak
dibenarkan :
3. Kawasan larangan penggunaan gajet ialah:
a. Kawasan blok akademik termasuk kelas, bilik seminar, pusat sumber,
perpustakaan, makmal komputer, makmal sains dan lain-lain.
b. Surau
c. Dewan besar

1 | P a ge

d. Pejabat
4. Pelajar DIBENARKAN mengecas gajet di asrama (di tempat yang telah

disediakan).
5. Pelajar TIDAK DIBENARKAN membuat sebarang rakaman video atau

gambar tanpa kebenaran yang boleh menjejaskan imej mana-mana pihak
atau individu.
6. Pelajar DILARANG KERAS memuat naik video, gambar, kenyataan dan apa-
apa sahaja yang boleh mencemarkan imej individu, maktab atau MARA
melalui media sosial atau mana-mana media elektronik.
7. Aplikasi, bahan, video, gambar dan lain-lain yang berbentuk lucah, hiburan
atau permainan yang tidak patuh syariah dan melalaikan adalah TIDAK
DIBENARKAN.
8. Penggunaan gajet TIDAK DIBENARKAN selepas jam 11.30 malam.
9. Pelajar juga boleh didakwa dan dibicarakan dalam Jawatankuasa Disiplin
Maktab (JDM) sekiranya melanggar mana-mana peraturan penggunaan
gajet ini.

Panduan Pemantauan
1. Sekiranya pelajar melanggar mana-mana peraturan penggunaan gajet ini,
gajet tersebut boleh dirampas oleh mana-mana warden atau guru.
2. Gajet yang dirampas boleh diperiksa isi kandungannya oleh warden atau
guru dengan kehadiran pihak berkuasa atau diserahkan kepada pihak
berkuasa untuk diperiksa isi kandungannya, bergantung kepada kes
pelanggaran peraturan oleh pelajar.
3. Gajet yang dirampas akan diserahkan kepada Pembantu Tadbir
Pembangunan Pelajar dan diletakkan di bawah pemantauan Timbalan
Pengetua Pembangunan Pelajar.

4. Pihak maktab berhak untuk menyuruh pelajar untuk membuka kata laluan
gajet bagi memastikan Aplikasi Pemantauan Penjaga sentiasa dipasang
pada gajet tersebut.

5. Ibu bapa digalakkan untuk kerap kali memantau dan memeriksa gajet anak-
anak agar gajet digunakan secara berhemah dan patuh syariah. Perkara ini
juga dapat membendung salah laku anak-anak dalam kes-kes seperti
pergaulan bebas dan lucah serta kebejatan moral melalui aplikasi dan
permainan yang melalaikan atau keruntuhan sahsiah melalui pornografi.

Panduan Tuntutan
1. Pelajar hanya boleh membuat tuntutan gajet yang dirampas melalui ibu
bapa pada akhir semester. Ibu bapa hendaklah berjumpa dengan Timbalan

2 | P a ge

Pengetua Pembangunan Pelajar pada waktu pejabat untuk membuat
tuntutan.
2. Pelajar bersama ibu bapa dikehendaki menandatangani perjanjian salah
laku penggunaan gajet di hadapan Timbalan Pengetua.
3. Pihak Maktab tidak akan bertanggungjawab sekiranya gajet yang dirampas
telah diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut. Sebarang
tuntutan dari pihak berkuasa adalah di atas tanggungjawab pelajar atau ibu
bapa sendiri.
4. Denda sebanyak RM30.00 untuk kesalahan kali pertama dan RM50.00 untuk
kesalahan kali kedua dan berikutnya dikenakan terhadap setiap satu gajet
kerana melanggar peraturan yang telah ditetapkan.

Panduan Keselamatan
1. Membawa apa-apa gajet ke kawasan maktab adalah merupakan pilihan
individu dan atas kebenaran ibu bapa masing-masing.
2. Pihak maktab tidak mewajibkan pelajar membawa sebarang bentuk gajet
ke kawasan maktab.
3. Pelajar mestilah bertanggungjawab ke atas gajet masing-masing dengan:
a. Tidak meninggalkan gajet di kawasan terbuka yang boleh mengundang
insiden kecurian seperti di bilik utiliti, tempat mengecas dan tempat-
tempat lain.
b. Menyimpan gajet di dalam almari dan memastikan almari dikunci setiap
kali meninggalkan bilik.
c. Tidak melanggar peraturan penggunaan gajet sehingga boleh
menyebabkan rampasan gajet berlaku
d. Mendaftarkan gajet yang dibawa ke maktab.
4. Pihak maktab tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang
kehilangan gajet pelajar.

Pengetua
Maktab Rendah Sains MARA
Kuala Kubu Bharu

3 | P a ge


Click to View FlipBook Version