MAJLIS
MAKAN MALAM
AMAL
SMK USJ13
HOTEL SUMMIT, SUBANG JAYA
30 OGOS 2019 | JUMAAT
7.00 PETANG —11.00 MALAM
PENGETUA SMK USJ 13
Puan Hajah Mazni binti Mohd Sheriff
Assalamualaikum Warahmatullahiwabarokatuh,
Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Baharu.
Alhamdulillah, marilah kita panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah SWT
kerana dengan Taufik dan Inayahnya kita dapat bersua mesra dalam Majlis Makan
Malam Amal anjuran PIBG SMK USJ 13 untuk tahun 2019. Pertama sekali saya ingin
menyatakan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada
semua tetamu yang hadir pada malam ini.
Saya bersyukur Majlis Makan Malam Amal ini dapat dilaksanakan dengan bantuan
daripada semua pihak. Syabas dan tahniah diucapkan kepada AJK Pengelola Majlis
Makan Malam Amal SMK USJ 13 kerana telah berjaya menzahirkan majlis ini dengan
penuh gemilang. Majlis Makan Malam ini merupakan salah satu program kemuncak yang
dianjurkan oleh pihak PIBG SMK USJ 13 sesi 2019/2020 untuk memperoleh dana bagi
membantu sekolah melaksanakan program sekolah demi kebaikan murid. Terima kasih
diucapkan kepada para tetamu kerana sudi memberi kerjasama dengan membeli tiket.
Moga majlis ini dapat dijadikan wadah untuk kita bersatu, bekerjasama dan bantu-
membantu demi membangunkan dan memartabatkan Sekolah Menengah Kebangsaan
USJ13 di persada arus perdana kecemerlangan pendidikan negara.
S—ay—a—b—e—rh—a—ra—p—hasil sumbangan ini akan menjadi insentif kepada pihak sekolah dalam
mengerakkan motivasi murid ke arah kecemerlangan pendidikan. Sesungguhnya, kami
warga guru tidak akan mempersiakan amanah yang diberikan untuk melihat anak didik
SMK USJ 13 terus cemerlang melakar sejarah mengharumkan nama sekolah dipersada
pendidikan.
Kata pepatah berat sama dipikul, ringgan sama dijinjing dan kita umpama aur dengan
tebing amat sesuai sekali untuk mengambarkan ikatan ibu bapa dan guru saling
memerlukan bagi memastikan kejayaan anak-anak SMK USJ 13 pada masa hadapan.
Insya Allah.
Sekian, terima kasih.
Puan Hajah Mazni binti Mohd Sheriff
Pengetua SMK USJ 13
YPD PIBG SMK USJ13 SESI 2019/2020
Encik Suhaimi bin Mohd Dasir
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Terlebih dahulu saya mengungkapkan ribuan terima kasih kerana memberi saya wadah
mengucapkan penghargaan saya selaku YDP PIBG SMK USJ 13 di sini. Selaku peneraju
PIBG tahun ini, saya mengalu-alukan kedatangan YAM Tengku serta Cik Puan, Tan Sri,
Puan Seri, Dato, Datin,Tuan Puan serta murid-murid semua. semua. Saya sangat berbesar
hati dengan sokongan daripada semua pihak. Hadirnya kita semua disini adalah tanda
komitmen kita menjayakan usaha-usaha bagi mengumpul dana PIBG demi kecemerlangan
murid-murid SMK USJ 13.
Majlis seperti ini bukanlah mudah untuk dijayakan kerana memerlukan idea, perancangan
serta peranan semua pihak yang mengambil masa bukan sehari dua untuk dilaksanakan.
Terima kasih kepada warga sekolah SMK USJ 13 terutamanya guru-guru dan AJK PIBG
2019 dan murid-murid yang bertungkus lumus menjayakan majlis makan malam amal ini.
Alhamdulillah dengan rahmat-Nya kita semua dapat bersama pada malam ini.
Dana PIBG perlu ditingkatkan demi kepentingan anak-anak kita untuk kepentingan
pembelajaran mereka agar mereka dapat belajar persekitaran yang selamat serta
kondusif. Aspek ini merangkumi hal-hal berkaitan program peningkatan akademik,
pembinaan sahsiah diri serta persekitaran yang selamat dan selesa untuk warga sekolah.
Aspek peningkatan prasarana serta juga membaik pulih prasarana sekolah juga amat
penting. Sehubungan dengan itu, sebarang sumbangan sangat bermakna dalam
memastikan murid-murid berupaya memokuskan diri terhadap kecemerlangan prestasi
akademik dan sahsiah diri mereka. Saya percaya usaha murni kita walau sekecil mana
sekali pun tidak pernah sia-sia sekiranya kepentingan anak-anak menjadi keutamaan.
Oleh itu, saya sangat berterima kasih kepada semua pihak yang saling berganding bahu
demi niat murni kita ini. Harapan saya semoga semangat persefahaman ini akan
berterusan demi kecemerlangan SMK USJ 13. Tidak lupa juga ribuan penghargaan
kepada para dermawan daripada pihak individu dan swasta, ibu bapa, murid-murid dan
guru-guru yang banyak menyumbang wang ringgit dan tenaga, semoga semua susah
payah kita akan terus melakar kejayaan cemerlang anak-anak SMK USJ 13.
Sekian. Terima kasih
Encik Suhaimi B Dasir
YDP PIBG SMK USJ 13 Sesi 2019
PENAUNG MAJLIS MAKAN MALAM AMAL SMK USJ13
YAM Tengku Shariffuddin Shah bin YAM Tengku Sulaiman Shah Alhaj
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan salam perpaduan,
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya, kita
dapat bersama-sama di Hotel Summit ini sempena Majlis Makan Malam Amal anjuran
bersama PIBG SMK USJ 13 dan Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 13.
Setinggi-tinggi tahniah kepada PIBG SMK USJ 13 yang telah berkerjasama dengan
pihak sekolah menjayakan program yang amat bermakna ini. Saya berharap usaha
murni PIBG dan sekolah ini untuk menyediakan pelbagai kemudahan baik dari segi
pendidikan dan prasana bagi merealisasikan Pendidikan Abad Ke 21 seperti yang
dikehendaki oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi melahirkan generasi muda
berwawasan serta dapat mendepani arus cabaran dunia teknologi maklumat dan
komunikasi ini bukannya mudah, dibahu ibu bapa dan guru-guru diletakkan satu
tanggungjawab untuk memastikan usaha melahirkan generasi berkualiti, bersahsiah
tinggi dan berketrampilan akan menemui kejayaan. Lantaran itu atas sokongan padu
kepada ibu bapa dan guru-guru yang sentiasa berusaha ke arah melahirkan golongan
muda yang cemerlang ini maka saya sendiri hadir pada malam ini sebagai tanda ingin
bersama-sama menggalas tugas, memberi inspirasi untuk kalian meneruskan tugas murni
mendidik warga muda khususnya murid-murid SMK USJ 13 ini.
Benarlah kata orang, untuk meraih kejayaan kita perlu mengharungi pelbagai cabaran.
—Sma—ays—ian—gy—-am—kai—nsin—dg—enbguakan nhammudbaahtaunntmukasmaesrealnucrauhngAJmKajPliIsByGansgertdaisugsuurnu-agtuurruddeennggaannbteuggiatus
rapi. Sekalung tahniah sekali lagi kepada semua AJK Pelaksana Majlis Makan Malam
SMK USJ 13 yang pada hemat saya telah meranancang agenda ini pada bulan-bulan
sebelumnya. Semoga Allah SWT akan memberkati usaha bersungguh-sungguh ini
semoga objektif untuk program ini akan tercapai.
Akhir kata, saya amat berbesar hati dengan undangan bagi majlis Makan Malam Amal
seperti ini kerana kami sentiasa menyokong usaha untuk memastikan semua pihak
sederap mengatur langkah ke arah kegemilangan dunia pendidikan.
Sekian dan terima kasih
YAM Tengku Shariffuddin Shah bin YAM Tengku Sulaiman Shah Alhaj
Penaung Majlis Makan Malam Amal SMK USJ13
7.00 PM :Ketibaan Tetamu
8.00 PM
8.15PM :Ketibaan VVIP —
8.40 PM YAM Tengku Shariffuddin Shah Bin
YAM Tengku Sulaiman Shah Alhaj
9.00 PM :Perarakan Masuk Dif-dif Kehormat
:Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Selangor
9.30 PM :Bacaan Doa
10.00 PM
10.30 PM :Ucapan Alu-aluan YDP PIBG —
11.00 PM Encik Suhaimi Bin Mohd Dasir
:Ucapan Tetamu Kehormat —
Che Puan Juliana Shopie binti Johari Evans
:Tayangan Video
:Persembahan 1
Tarian Tradisional
Persembahan Piano
Persembahan nyanyian oleh Artis Luqman Faiz
:Penyampaian Sijil Penghargaan Penaja
:Persembahan 2
:Penyampaian Hadiah Cabutan Bertuah 1
:Persembahan 3
:Penyampaian Hadiah Cabutan Bertuah 2
:Nyanyian Lagu Patriotik beramai-ramai
:Majlis bersurai
PENAJA EMAS
[RM 5,000.00]
ALIRAN DESIGN STUDIO SDN BHD
PENAJA PERAK
[RM 3,000.00]
SHANU ENGINEERING SERVICES
ALIRAN DESIGN STUDIO SDN BHD
AL AMMAR WATER SDN BHD
DATO’ SERI MAHADI BIN BADRUL ZAMAN & KELUARGA
PENYUMBANG
[RM 1,500.00]
PUAN ZAITON BT SAFUWAN & KELUARGA
DATIN HJH FARIDZAJAN BT GULAM KHAN & KELUARGA
MY CRAFT STUDIO PUTRA HEIGHTS
LUQMAN FAIZ & KELUARGA
BINAFUR RESOURCES
SETIA DIDIK SDN BHD
C&C MULTI ADVANCE SDN BHD
Pihak PIBG SMK USJ 13 dengan sukacitanya
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
dan terima kasih kepada
Jawatankuasa Majlis Makan Malam Amal SMK USJ 13
Para Dermawan
Hotel Summit Subang Jaya
Koperasi SMK USJ 13Berhad
NB Catering
UCSI University
SEGi College
Taylors University
serta semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam
menjayakan Majlis Malam Malam Amal
SMK USJ 13
Terima Kasih