The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ct zuria, 2023-05-18 22:46:40

AKRAB PPD SAMARAHAN

AKRAB PPD SAMARAHAN

PENGENALAN AKRAB PPD SAMARAHAN Nama Organisasi : AKRAB PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SAMARAHAN Tahun Penubuhan AKRAB : Tahun 2015 Jumlah pegawai AKRAB : 31 orang Penyelaras AKRAB Organisasi : Puan Madelina Inum anak Salipui


MAKSUD AKRAB ❖ AKRAB merupakan nama khusus bagi pegawai yang dilantik sebagai pembimbing rakan sekerja sepertimana yang dikehendaki dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 18/2005. ❖ AKRAB membawa maksud Amanah, Komitmen, Rasional, Akhlak, Bestari yang merupakan ciri-ciri penting yang perlu ada pada seorang rakan pembimbing. ❖ AKRAB juga merupakan penjenamaan semula versi rakan pembimbing, pembimbing rakan sekerja, pegawai khidmat nasihat, pegawai khidmat kaunseling dan pelbagai nama yang merujuk kepada peranan sebagai rakan pembimbing di agensi. ❖ AKRAB merupakan agen penggerak kepada pelaksanaan budaya kerja kelas pertama dalam perkhidmatan awam. MISI AKRAB ❖ Melaksanakan aktiviti khidmat membimbing kepada warga organisasi ❖ Membantu pegawai yang memerlukan bantuan dalam menghadapi permasalahan kehidupan ❖ Bertindak sebagai perantara antara pegawai dengan kaunselor dalam membuat saringan kesesuaian masalah ❖ Mewujudkan hubungan baik dengan pihak pengurusan sumber manusia di agensi bagi memudahkan perlaksanaan aktiviti AKRAB


VISI DAN OBJEKTIF AKRAB ❖ “menjadikan AKRAB sebagai penggerak pembangunan modal insan dalam pengurusan sumber manusia” ❖ “menyediakan perkhidmatan membimbing bagi membantu rakan sekerja meningkatkan potensi dan kecemerlangan diri” PERANAN AKRAB ❖ Menjadi rakan yang peka kepada perasan orang lain dan keadaan sekeliling. Memberi sokongan kepada perubahan yang lebih baik. ❖ Sumber kepada rakan untuk berkongsi permasalahan. ❖ Memperkuatkan semangat rakan yang ingin berubah FALSAFAH AKRAB ❖ Sebagai ahli AKRAB, anda perlu sentiasa menghayati falsafah AKRAB iaitu: “Bantu Diri Untuk Membantu Rakan Lain”. Dalam usaha membantu rakan, anda mendapat pengetahuan, kemahiran dan pengalaman untuk mempertingkatkan diri dari segi ilmu pengetahuan, tingkah laku, perhubungan, kreativiti dan nilai diri.


JAWATANKUASA TERTINGGI AKRAB PPD SAMARAHAN


CARTA ORGANISASI AKRAB PPD SAMARAHAN


AKTIVITI AKRAB PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SAMARAHAN JANUARI 2022 HINGGA MEI 2023 AKTIVITI 1 - MESYUARAT AGUNG AKRAB PPD SAMARAHAN AKTIVITI 2 - BENGKEL PEMBUGARAN AKRAB PPD SAMARAHAN TAHUN 2022 AKTIVITI 3 - PROGRAM SHARING & CARING SEMPENA HARI GURU PERINGKAT PPD SAMARAHAN TAHUN 2022 AKTIVITI 4 - MESYUARAT AKRAB PPD SAMARAHAN BIL. 1 TAHUN 2022 AKTIVITI 5 - SAMBUTAN GAWAI RAYA TAHUN 2022 AKTIVITI 6 - PROGRAM TEAM BUILDING DI BORNEO TRIBAL VILLAGE TAHUN 2022 AKTIVITI 7 - HARI TERBUKA TRANSFORMASI PENDIDIKAN DAERAH SAMARAHAN SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN TAHUN 2022 AKTIVITI 8 - MESYUARAT AKRAB PPD SAMARAHAN BIL. 2 TAHUN 2022 AKTIVITI 9 - KARNIVAL AKRAB PPD SAMARAHAN 2.0 SEMPENA BULAN KAUNSELING KEBANGSAAN AKTIVITI 10 - PROGRAM JARINGAN STRATEGIK AKRAB PPD SAMARAHAN KE SABAH AKTIVITI 11 - MAJLIS APRESIASI TAUTAN KASIH (HI TEA) AKRAB PPD SAMARAHAN TAHUN 2022/2023 AKTIVITI 12 - MESYUARAT AKRAB BIL.1 TAHUN 2023 AKTIVITI 13 - PROGRAM TAUTAN KASIH RAMADHAN (BUBUR LAMBUK) AKRAB PPD SAMARAHAN


AKTIVITI 1 DAN AKTIVITI 2 MESYUARAT AGUNG AKRAB DAN BENGKEL PEMBUGARAN AKRAB PPD SAMARAHAN Tarikh : 04 Mac 2022 (Jumaat) Tempat : Bilik Melati, PPD Samarahan Masa : 8.00 pagi – 4.30 petang Sasaran : Ahli AKRAB PPD Samarahan Mesyuarat Agung AKRAB PPD Samarahan Tahun 2022 ini diadakan bertujuan untuk: ❖ membubarkan jawatankuasa Induk bagi Tahun 2020 – 2022 ❖ membuat pemilihan Jawatankuasa baharu bagi Tahun 2022 – 2024. ❖ Perbincangan usul daripada ahli AKRAB. ❖ Penyampaian sijil kepada mantan AJK Tertinggi AKRAB Tahun 2020 – 2022 ❖ cadangan program/ aktiviti AKRAB dan tarikh pelaksanaan bagi tahun 2022. Selepas mesyuarat Majlis Perpisahan sempena perpindahan 2 orang ahli AKRAB ke Daerah Simunjan telah diadakan di Restoran Sharing, Summer Mall. Bengkel Pembugaran AKRAB PPD Samarahan Tahun 2022 ini diadakan bertujuan : ❖ Memastikan semua ahli AKRAB sedar, mahu, faham dan sedia menjalankan amanah sebagai ahli AKRAB. ❖ Memastikan ahli AKRAB berupaya membimbing rakan-rakan sekerja yang menghadapi masalah dan meningkatkan keupayaan ahli AKRAB dalam menghadapi cabaran kerja pada masa kini. ❖ Pelbagai teknik dan kemahiran didedahkan dalam menangani setiap permasalahan yang dihadapi selain untuk diri sendiri tetapi juga untuk rakan sekerja.


GAMBAR AKTIVITI 1 & 2


GAMBAR AKTIVITI 1 & 2


GAMBAR AKTIVITI 1 & 2


GAMBAR AKTIVITI 1 & 2


AKTIVITI 3 PROGRAM SHARING & CARING SEMPENA HARI GURU PERINGKAT PPD SAMARAHAN TAHUN 2022 Tarikh : 26 Mei 2022 (Khamis) Tempat : Bilik Melati, PPD Samarahan Masa : 8.00 pagi – 1.00 petang Sasaran : Ahli AKRAB PPD Samarahan 1. Program Sharing and Caring telah dilaksanakan : ❖ Sempena sambutan Hari Guru peringkat PPD Samarahan ❖ Sumbangan kek, cenderamata berupa tabung, ‘keychain’ dan tempat letak alat tulis. 2. Penghargaan kepada semua pegawai dan staf yang bertugas di PPD Samarahan atas jasa dan komitmen menjulang Pendidikan dan kemenjadian murid di daerah Samarahan.


GAMBAR AKTIVITI 3


AKTIVITI 4 MESYUARAT AKRAB PPD SAMARAHAN BIL. 1 TAHUN 2022 Tarikh : 04 Julai 2022 (Isnin) Tempat : Kantin, PPD Samarahan Masa : 2.00 – 5.00 petang Sasaran : Ahli AKRAB PPD Samarahan Mesyuarat AKRAB PPD Samarahan Bil. 1 Tahun 2022 ini diadakan bertujuan : ❖ Perkongsian dapatan daripada Bengkel Sekretariat AKRAB Sarawak Tahun 2022 yang telah diadakan pada 27 – 29 Jun 2022 di Sektor Sumber Pendidikan Negeri Sarawak. ❖ Setiap biro membuat pelaporan bagi aktiviti yang telah dilaksanakan dari Januari hingga Jun 2022. ❖ semua ahli AKRAB telah mendapat sumbangan kameja -T daripada Lea Sport Centre, Kuching untuk digunakan semasa aktiviti dan program AKRAB.


GAMBAR AKTIVITI 4


AKTIVITI 5 SAMBUTAN GAWAI RAYA TAHUN 2022 Tarikh : 04 Julai 2022 (Isnin) Tempat : Kantin, PPD Samarahan Masa : 2.00 – 5.00 petang Sasaran Ahli AKRAB PPD Samarahan Program ini diadakan bertujuan: ❖ merayakan Hari Gawai dan Hari Raya Aidilfitri. 2022 ❖ memupok semangat perpaduan dan kerjasama di kalangan ahli AKRAB yang berbilang kaum. ❖ menyemai semangat saling menghormati di antara satu sama lain .


GAMBAR AKTIVITI 5


AKTIVITI 6 PROGRAM TEAM BUILDING DI BORNEO TRIBAL VILLAGE TAHUN 2022 Tarikh : 19 Ogos 2022 (Jumaat) Tempat : Borneo Tribal Village, Bau Masa : 6.30 pagi – 5.00 petang Sasaran : Ahli AKRAB PPD Samarahan Program Team Building ini diadakan bertujuan : ❖ melaksanakan intervensi kepada ahli AKRAB dalam membimbing dan membantu rakan-rakan lain. ❖ mengukuhkan semangat berpasukan, hormat-menghormati, memupuk nilai positif dan keyakinan diri. ❖ saling bantu membantu dalam menyelesaikan situasi atau misi yang diberi serta meningkatkan kemahiran berkomunikasi yang berkesan. ❖ meningkatkan kerjasama, persefahaman, pengetahuan, pengalaman dan hubungan silaturrahim dapat dieratkan secara berterusan. ❖ memartabatkan AKRAB supaya semakin proaktif, efisien dan komited menyumbang khidmat bantu kepada kalangan kakitangan awam.


GAMBAR AKTIVITI 6


GAMBAR AKTIVITI 6


GAMBAR AKTIVITI 6


GAMBAR AKTIVITI 6


GAMBAR AKTIVITI 6


GAMBAR AKTIVITI 6


AKTIVITI 7 HARI TERBUKA TRANSFORMASI PENDIDIKAN DAERAH SAMARAHAN SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN TAHUN 2022 Tarikh : 28 & 29 Ogos 2022 (Sabtu & Ahad) Tempat : PPD Samarahan Masa : 2.00 – 5.00 petang Sasaran : Ahli AKRAB PPD Samarahan , NGO, Ibu Bapa/ Komuniti/ Orang Awam, Warga Pendidikan daerah Samarahan. 1. Program Hari Terbuka Tranformasi Pendidikan Daerah Samarahan Sempena Bulan Kemerdekaan Tahun 2022 merupakan satu usaha untuk : ❖ Menyampaikan maklumat terkini, dasar dan perkhidmatan baharu pendidikan kepada pemegang taruh (Stakeholder), pelanggan dan rakan strategic ❖ Mempamerkan inovasi dan pencapaian hasil murid dan guru melalui penerapan nilai Sekolahku Sejahtera. 2. Booth Sektor Pengurusan Psikologi dan Kaunseling / AKRAB PPD Samarahan telah mengadakan ujian kesihatan mental dan pameran aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh AKRAB. 3. Booth Sektor Pengurusan Psikologi dan Kaunseling / AKRAB PPD Samarahan telah memenangi hadiah untuk Kategori Booth Paling Ceria pada program berkenaan. 4. Program ni melibatkan 6 kluster iaitu : ❖ Kluster Sekolah ❖ Kluster Pembelajaran ❖ Kluster Sukan ❖ Kluster Kokurikulum dan Kesenian ❖ Kluster HEM ❖ Kluster Perkhidmatan Digital 5. Antara aktiviti yang diadakan ialah : ❖ Zumba ❖ Pameran Pendidikan ❖ Pertandingan Nyanyian ❖ Pertandingan Mewarna bagi kanakkanak Prasekolah ❖ Pemeriksaan Kesihatan daripada Klinik Kesihatan Samarahan ❖ Pemeriksaan peralatan seperti komputer peribadi dan sebagainya


GAMBAR AKTIVITI 7


GAMBAR AKTIVITI 7


GAMBAR AKTIVITI 7


AKTIVITI 8 MESYUARAT AKRAB PPD SAMARAHAN BIL. 2 TAHUN 2022 Tarikh : 24 Oktober 2022 (Isnin) Tempat : Bilik Melati, PPD Samarahan Masa : 2.00 – 5.00 petang Sasaran : Ahli AKRAB PPD Samarahan Mesyuarat AKRAB PPD Samarahan Bil. 2 Tahun 2022 ini diadakan bertujuan untuk : ❖ Perbincangan mengenai 2 program yang akan diadakan pada bulan Oktober dan November iaitu Karnival AKRAB 2.0 dan Program Jaringan Strategik di Sabah. ❖ Perbincangan isu-isu ahli AKRAB. ❖ Setiap biro membuat pelaporan bagi aktiviti yang telah dilaksanakan dari Julai hingga September 2022.


GAMBAR AKTIVITI 8


GAMBAR AKTIVITI 8


AKTIVITI 9 KARNIVAL AKRAB PPD SAMARAHAN 2.0 SEMPENA BULAN KAUNSELING KEBANGSAAN Tarikh : 28 & 29 Oktober 2022 (Jumaat dan Sabtu) Tempat : PPD Samarahan Masa : 8.00 pagi – 1.00 petang Sasaran : Ahli AKRAB PPD Samarahan , Warga Pendidikan dan Komuniti setempat / NGO. 1. KARNIVAL AKRAB PPD SAMARAHAN 2.0 diadakan untuk : ❖ Memperkenalkan dan mempromosikan peranan AKRAB kepada komuniti setempat khususnya warga pendidikan di Daerah Samarahan. ❖ Memberi ilmu pengetahuan dan kesedaran tentang kepentingan kesejahteraan minda bersesuaian dengan sambutan Bulan Psikologi dan Kaunseling serta Bulan Kesihatan Mental Sedunia. ❖ Merapatkan lagi ukhwah dan silaturahim di antara Ahli AKRAB dengan warga pendidikan serta komuniti setempat. 2. Karnival AKRAB 2.0 dapat : ❖ Meningkatkan nilai positif, meningkatkan keyakinan diri, meningkatkan interaksi sekaligus dapat meningkatkan kesefahaman antara satu sama lain. ❖ Nilai kerjasama, tolong-menolong, toleransi dan perpaduan juga dapat dipupuk dalam kalangan ahli AKRAB dalam usaha untuk menjayakan karnival ini. ❖ Pelbagai maklumat boleh disampaikan terutama kepentingan mengekalkan dan menjaga kesihatan minda dan fizikal kerana penjagaan kesihatan yang menyeluruh memainkan peranan yang penting dalam menghadapi cabaran hari demi hari. ❖ Meningkatkan kesedaran, pengetahuan, pengalaman, hubungan silaturrahim dapat dieratkan secara berterusan dan diharap dapat memartabatkan AKRAB supaya semakin proaktif, efisien dan komited menyumbang khidmat bantu kepada kalangan kakitangan awam. ❖ Memberi manfaat kepada semua ahli, warga pendidikan dan komuniti setempat.


Karnival AKRAB 2.0 PPD Samarahan 28 Oktober 2022 – Jumaat Slot 1 Tajuk : Perkongsian Ilmu untuk Timbalan Dan Ketua Sektor PPD Samarahan / PGB Daerah Samarahan (Pembugaran AKRAB) Masa : 8.30 pagi – 10.00 pagi Penceramah : Encik Ahmad bin Adlie (Kaunselor Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak) Platform : Atas talian Slot 2 Tajuk : Perkongsian Ilmu untuk AKP Daerah Samarahan (Emotional Awareness – Self Care) Masa : 10.30 pagi – 11.30 pagi Penceramah : Platform : Atas talian Slot 3 Tajuk : Pertandingan Pakaian Beragam tema “ Tadisional” bagi murid tahun 1 semua sekolah rendah aerah Samarahan. Karnival AKRAB 2.0 PPD Samarahan 29 Oktober 2022 – Sabtu ❖ Zumba ❖ Majlis Pelancaran Karnival AKRAB 2.0 PPD Samarahan Sempena Bulan Kaunseling Tahun 2022 ❖ Slot Kewangan bersama Agro Bank ❖ Acara sukaneka


GAMBAR AKTIVITI 9


GAMBAR AKTIVITI 9


GAMBAR AKTIVITI 9


GAMBAR AKTIVITI 9


GAMBAR AKTIVITI 9


GAMBAR AKTIVITI 9


GAMBAR AKTIVITI 9


GAMBAR AKTIVITI 9


GAMBAR AKTIVITI 9


AKTIVITI 10 PROGRAM JARINGAN STRATEGIK AKRAB PPD SAMARAHAN KE SABAH Tarikh : 23 – 27 November 2022 ( Ahad) Tempat : PPD Tuaran & JPN Sabah Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang Sasaran : Ahli AKRAB PPD Samarahan Program jaringan strategik merupakan satu proses yang sistematik dan berterusan untuk mengenalpasti, mempelajari, mengubahsuai dan melaksanakan amalan-amalan terbaik daripada organisasi yang sama atau organisasi yang lain. Program ini bertujuan : ❖ Meningkatkan lagi mutu perkhidmatan dan kecekapan serta kemahiran AKRAB. ❖ Satu langkah yang baik ke arah penambahbaikan berterusan serta berkesan untuk mengukuhkan tahap semangat berpasukan, hormat menghormati, memupuk nilai positif, keyakinan diri dan saling bantu membantu dalam menyelesaikan situasi atau misi yang diberi. ❖ Perkongsian pintar boleh meningkatkan pengetahuan AKRAB untuk menjadi lebih efisien dan cekap dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang AKRAB.Perolehan input serta idea, pengalaman dan meningkatkan pengetahuan untuk dijadikan rujukan dan panduan. ❖ Membina jaringan kerjasama antara AKRAB PPD Samarahan dan AKRAB dari daerah atau negeri lain. ❖ Membantu ahli AKRAB agar sentiasa menjalankan usaha-usaha penambahbaikan secara berterusan dan dengan itu menjamin kecemerlangan prestasi AKRAB. ❖ Konsep pembelajaran setiap masa untuk mengenalpasti kelemahan dan seterusnya berupaya untuk melaksanakan penambahbaikan dan meningkatkan kepakaran dalam sesuatu proses kerja dan menjadi contoh kepada rakan sekerja lain.


PROGRAM JARINGAN STRATEGIK DI SABAH 24 November 2022 ❖ Lawatan ke PPD Tuaran. ❖ Lawatan ke JPN Sabah. 25 November 2022 ❖ Lawatan psikososial ke Kundasang Sabah 26 November 2022 ❖ Team Building AJK Induk AKRAB di Pulau Manukan dan Pulau Mamutik. ❖ Bengkel pemantapan AKRAB.


GAMBAR AKTIVITI 10


GAMBAR AKTIVITI 10


GAMBAR AKTIVITI 10


GAMBAR AKTIVITI 10


GAMBAR AKTIVITI 10


Click to View FlipBook Version