The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by oneutm89, 2024-04-22 04:13:22

Buletin 2024 (JAN - MAC)

Buletin 2024 (JAN - MAC)

BULETIN KV IPOH ISSUE 1 / JANUARI - MAC 2024 DALAM EDISI INI 2024 SUKAN PROJEK TAHUN AKHIR INOVASI RAMADAN LAWATAN INDUSTRI


“KV DIHATIKU” PENDAFTARAN ASRAMA SESI 2024 KOLEJ VOKASIONAL KV IPOH JANUARI Pada hari Isnin 1 Januari 2024, telah berlangsung sesi pendaftaran asrama bagi sesi 2024 yang berlangsung di Kolej Kediaman KV Ipoh. Masa Pendaftaran bagi Sesi 1 ialah 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari iaitu melibatkan pelajar 1SVM, 2SVM dan SLDN. Manakala bagi sesi 2 pada 12.00 tengah hari - 2.00 petang yang melibatkan pelajar 1DVM dan 2DVM. Proses pendaftaran berjalan lancar dengan bantuan warden dan penyelia asrama.


Pada 4 Januari 2024, para pelajar Semester 4 DVM telah mengikuti Taklimat OJT yang telah disampaikan oleh En. Thuraisingam iaitu Ketua Unit Perhubungan dan Latihan Industri, Kolej Vokasional Ipoh. Para pelajar dibimbing mengenai cara memohon tempat menjalani OJT dan segala persediaan yang perlu dilaksanakan. Seramai 75 orang pelajar tahun akhir ini akan mula menjalani OJT yang akan bermula pada 22 April 2024. TAKLIMAT ON THE JOB TRAINING (OJT ) JANUARI Pada 4 Januari 2024, Tuan Pengarah KV Ipoh, Tn Hj Saiful Bahri bin Mat Sillah telah bersama pelajar-pelajar Kolej Kediaman KV Ipoh dalam satu majlis Ramah Mesra Bersama Pengarah: Menuju Kecemerlangan Bersama TVET. Majlis ini berlangsung di Surau An-Nur. RAMAH MESRA BERSAMA PENGARAH KV IPOH


05 JANUARI 2024 M A J L I S P E N Y A M P A I A N S U R A T K E N A I K A N P A N G K A T D A N A N U G E R A H P E N G A R A H HIGHLIGHT Pada 5 Januari 2024 telah diadakan Majlis penyampaian surat kenaikan pangkat kepada pensyarah dan anugerah kepada pelajar yang terlibat. Dalam majlis ini Tn. Hj. Saiful Bahri bin Mat Sillah, Pengarah KViP telah menyampaikan Anugerah Pengarah kepada para pelajar yang telah mencapai Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) sekurang-kurangnya 3.5 dalam Penilaian Akhir Sesi 1/2023 . Selain itu Anugerah Pengarah juga disampaikan kepada para pelajar SLDN yang cemerlang dalam Peperiksaan Percubaan SPM. Seramai 141 orang pelajar layak menerima Anugerah Pengarah. J A N U A R I


05 JANUARI 2024 M A J L I S P E N Y A M P A I A N S U R A T K E N A I K A N P A N G K A T D A N A N U G E R A H P E N G A R A H J A N U A R I


JANUARI LAWATAN KE USAS KV IPOH Pada 9 Januari 2024 pelajar Jabatan Teknologi Maklumat telah menerima jemputan bagi menghadiri Pameran Futuristic FYP Showcase 2024 daripada Jabatan Teknologi Maklumat, Universiti Azlan Shah. Lawatan ke pameran ini sebagai galakan kepada pelajar agar dapat mengembangkan lagi idea pelajar dalam menghasilkan Projek Tahun Akhir yang lebih mantap. Pelajar juga berkesempatan melawat Perpustakaan USAS sebagai lawatan penanda aras. PROGRAM BERSAMA ALUMNI - MAJLIS ILMU Pada 11 Januari 2024, satu majlis ilmu telah diadakan di Surau An-Nur. Program ini khas untuk pelajar Kolej Kediaman KViP. Istimewanya kuliah maghrib kali ini berjudul 'Remaja Rugi Tanpa Imu Dan Amal". Kuliah ini disampaikan oleh alumni Kolej Vokasional Ipoh, iaitu saudara Naqiub Rahimi. Beliau telah berjaya memberi suntikan semangat dan motivasi yang bernilai buat semua hadirin.


13 JANUARI 2024 K E J O H A N A N R A G B I S E N T U H A S R A M A K V I P O H 2 0 2 4 . HIGHLIGHT Pada tanggal 13 Januari 2024, Pasukan Ragbi Kolej, Brashian Wolves dengan kerjasama Unit Asrama telah menganjurkan Kejohanan Ragbi Sentuh Asrama KV Ipoh 2024. Buat pertama kalinya para pelajar perempuan juga berpeluang bermain ragbi dalam kejohanan ini. Tn. Hj. Saiful Bahri bin Mat Sillah, Pengarah KViP juga hadir memeriahkan kejohanan dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang.Semua pasukan telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi. J A N U A R I


“KV DIHATIKU” LAWATAN PENANDAARASAN -UTHM KOLEJ VOKASIONAL KV IPOH JANUARI Pada 15 Januari 2024, Ts. Suhaimi bin Ramli, Ketua Jabatan Teknologi Mekanikal dan Pembuatan telah mengetuai lawatan penandaarasan yang terdiri daripada pelajar dan pensyarah Program Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara(TPPU) KViP ke Fakulti Pendidikan Teknikal Vokasional, UTHM. Dalam lawatan ini para peserta telah diberi taklimat daripada pihak pengurusan FPTV. Seterusnya, mereka dibawa melawat ke Bengkel Penyejukan dan Penyamanan Udara dan Perpustakaan Tunku Tun Aminah. Para pensyarah juga mengambil peluang bertukar-tukar pandangan dan maklumat mengenai pelaksanaan program bersama Ts. Dr. Faizal Amin, Timbalan Dekan FPTV dan Cik Debbie, Ketua Program TPPU. Hasil dari lawatan ini dapat meningkatkan lagi motivasi diri para pelajar dan memantapkan pengurusan program TPPU KViP.


23 - 24 JANUARI 2024 P R O G R A M P L C : P E M A N T A P A N G U R U B A H A R U HIGHLIGHT Pada 23-24 Januari 2024 yang lalu, satu program PLC: Pemantapan Guru Baharu telah diadakan khusus untuk 3 orang Pensyarah baharu yang mula bertugas pada Tahun 2024 manakala 3 orang lagi pada pertengahan Tahun 2023 serta terbuka kepada Pensyarah KViP yang lain. Program ini merupakan program bersama anjuran Jawatankuasa OBE, JK Pembinaan Item dan juga JK Pembangunan Guru Baharu. Terdapat 3 slot berlainan iaitu Slot Pertama ialah Pengenalan OBE. Slot Kedua ialah Pembinaan Item dan Slot ketiga ialah Kajian Tindakan. Hasil daripada program ini dapat membantupensyarah baharu agar dapat memahami lebih mendalam konsep OBE dan mempraktikkan OBE di dalam pengajaran dan pembelajaran serta berupaya menghasilkan penilaian item yang holistik dan akhirnya menghasilkan Kajian Tindakan sebagai tugasan mereka. J A N U A R I


23-24 JANUARI 2024 P R O G R A M P L C : P E M A N T A P A N G U R U B A H A R U J A N U A R I


JANUARI HARI BERTEMU WARIS KV IPOH Pada 24 Januari 2024, Jabatan Teknologi Mekanikal & Pembuatan telah mengadakan Hari Bertemu Waris. Program ini merupakan sesi perbincangan dua hala antara pensyarah dan ibu bapa demi kecemerlangan akademik dan sahsiah para pelajar. Program dimulakan dengan kata alu-aluan oleh Pn. Hjh Nor Aisah binti Anuar Shah selaku Timbalan Pengarah Akademik. Beliau seterusnya menyampaikan taklimat berkaitan hala tuju kolej dan peraturan akademik. Program diteruskan dengan taklimat ringkas daripada En. Mohd Nizam bin Mohd Shohor berkaitan khidmat sokongan akademik yang ada di kolej bagi menyokong pembelajaran para pelajar. Ts. Suhaimi bin Ramli selaku Ketua Jabatan meneruskan slot dengan sesi perbincangan bersama para pensyarah. KV IPOH


Pada 26 Januari 2024, JK Perancangan Strategik bersama Unit Latihan & Kemajuan Staf telah menganjurkan Kursus Perancangan Strategik. Penceramah jemputan adalah Tn. Hj. Zuhair Azuar bin Ariffin, Ketua Unit Sektor Perancangan, PPD Kinta Utara. Kursus ini diadakan untuk memantapkan pengetahuan para pensyarah dalam menetapkan matlamat yang realistik dan objektif yang sesuai dengan misi. KURSUS PERANCANGAN STRATEGIK JANUARI Pada 26 Januari 2024, Majlis Perwakilan Pelajar KViP dengan kerjasama JK Kerohanian Kolej telah menjemput Al Fadhil Ustaz Amar Arif bin Ahmad Po’aad, Pegawai Jabatan Agama Islam Perak bagi menyampaikan ceramah sempena Isra’ dan Mikraj dan menceritakan peristiwa yang berlaku pada hari berlakunya Isra’ dan Mikraj. CERAMAH ISRA’ DAN MIKRAJ


30 JANUARI 2024 K U R S U S A S A S P E M A S A N G A N C C T V Pada 30 Januari 2024, Jabatan Teknologi Maklumat Jabatan Teknologi Maklumat telah mengadakan Kursus Asas Pemasangan CCTV. En. Ooi Goon Chin, Pengarah Syarikat MMX Tech telah berbesar hati untuk berkongsi kepakaran dalam asas pemasangan CCTV. Kursus ini merupakan salah satu aktiviti daripada Nota Persefahaman yang telah ditandatangani bersama KViP pada tahun lepas. Kursus ini disertai oleh kesemua pensyarah teknologi maklumat dan pelajar-pelajar 1 dvm dan 2 dvm Diploma Teknologi Maklumat. Di dalam kursus ini, pelajar-pelajar diajar caracara yang betul dalam membuat kabel pemasangan cctv. J A N U A R I


TAJAAAN BIASISWA DARI MSU FEBRUARI FEBRUARI 2 0 24 Pada 1 Februari 2024, Unit Sejarah telah menjemput En. Hasri bin Sahabudin bagi menyampaikan Teknik Menjawab Kertas Sejarah SPM untuk pelajar 2SLDN. Para pelajar ini akan menduduki peperiksaan Kertas Sejarah ini pada 5 Februari 2024. Tajaan biasiswa sebanyak RM100,000 bagi pelajar yang ingin menyambung pengajian di MSU. Pada 1 Feb Pn. Hjh. Nor Aisah Anuar Shah, Timbalan Pengarah Akademik KViP hadir dalam majlis penyerahan ‘mock cheque’ yang disampaikan oleh Professor Tan Sri Dato Wira Dr Mohd Shukri Ab Yajid, Presiden dan Pengasas MSU bertempat di Hotel Casuarina, Ipoh. TEKNIK MENJAWAN KERTAS SEJARAH SPM


Pada 2 Feb 2024 Unit Psikologi dan Kerjaya telah menganjurkan Bengkel Persediaan Latihan Industri bagi pelajar 2DVM. Penceramah jemputan adalah En. Mohd Ridzuan bin Osman, Pegawai Eksekutif Kanan, Jabatan Antarabangsa dan Kolej, MSU. Beliau menyampaikan ceramah berkaitan Penulisan resume, Persediaan menghadapi temuduga dan Persediaan menghadapi latihan industri. FEBRUARI 2 0 24 Pada 1 Februari 2024, Program Teknologi Pembinaan telah mengadakan Kursus Pemasangan Wall Panel IBS dengan menjemput Muhammad Alif Hakimi bin Suhimi, pemilik syarikat Permata Remaja Construction sebagai penceramah. Beliau adalah alumni kami dan merupakan kontraktor IBS yang menjalankan kerja pembinaan rumah menggunakan sistem wall panel. Bermula Feb 2024, Peers Support Group merupakan satu program anjuran Biro Akademik, Majlis Perwakilan Pelajar KViP dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Umum dan Unit Psikologi dan Kerjaya. Objektif program ini adalah untuk meningkatkan prestasi akademik para pelajar SVM dalam subjek Bahasa Melayu, Sejarah, Sains dan Matematik. Program berkonsep mentor-mentee ini dikendalikan oleh exco MPP dan diadakan setiap minggu. Soalan latihan dan bimbingan diberi oleh pensyarah pendidikan umum. Kaunselor juga turut berperanan sebagai penasihat kepada para exco MPP untuk melaksanakan program. PEMASANGAN AWALL PANEL PEERS SUPPORT GROUP BENGKEL PERSEDIAAN LATIHAN INDUSTRI


5 FEBRUARI 2024 P E R T A N D I N G A N I N O V A S I P E N S Y A R A H HIGHLIGHT Pada 5 Feb 2024 berlangsung penyampaian hadiah pertandingan inovasi pensyarah. Juara Pensyarah Inovatif bagi sesi 2023 dimenangi oleh En. Ahmad Syahmi bin Mohd Salim dari Jabatan Teknologi Mekanikal dan Pembuatan dengan projek bertajuk Aircond Service Notifier. Tempat Kedua dimenangi oleh Pn. Mazwani binti Mohammed Noor dari Jabatan Teknologi Awam. Manakala Pn. Norhidayah binti Mohd Yusop dari Jabatan Teknologi Maklumat mendapat tempat ketiga. F E B R U A R I


FEBRUARI HARI BERTEMU WARIS KV IPOH Pada 8 Februari 2024, Jabatan Teknologi Awam telah mengadakan Hari Bertemu Waris. Program ini merupakan sesi perbincangan tiga hala antara pensyarah, ibu bapa dan pelajar demi kecemerlangan akademik dan sahsiah. NATIONAL KV 7 SERIES Pada 16-17 Feb 2024, telah berlangsung Ragbi, 1st round of National KV 7 series di KV Batu Pahat.Pasukan Brashian Wolves telah mendapat tempat ke 4 Cup dari 24 Pasukan. KV IPOH


FEBRUARI PELANCARAN KEMPEN JAUHI SALAH LAKU BULI, VANDALISME DAN JENAYAH SEKSUAL KV IPOH Pada pagi Jumaat 16 Februari 2024 telah diadakan Pelancaran Kempen Jauhi Salah Laku Buli, Vandalisme dan Jenayah Seksual. Program dimulakan dengan perasmian daripada Tn. Hj. Saiful Bahri bin Mat Sillah, Pengarah KViP. Seterusnya ceramah disampaikan oleh YDH Inspektor Iffa Iffarena binti Jamuldin, Pegawai Penyiasat Jenayah Seksual Wanita dan KanakKanak, IPD Ipoh. HARI BERTEMU WARIS Pada 19 Februari 2024 Jabatan Perniagaan telah mengadakan Hari Bertemu Waris. Ibu bapa dijemput hadir ke kolej bagi membincangkan prestasi akademik para pelajar. Selain itu para ibubapa juga diberi taklimat mengenai Latihan Industri yang akan bermula pada April bagi pelajar tahun akhir. KV IPOH


LAWATAN INDUSTRI IBU PEJABAT PLUS KOLEJ VOKASIONAL KV IPOH FEBRUARI Pada 21 Februari 2024 seramai 37 orang pelajar Diploma Teknologi Maklumat dan 4 orang pensyarah yang diketuai oleh Ts. Zurina Zainudin telah mengadakan Lawatan Industri ke Ibu Pejabat PLUS Malaysia Berhad di Petaling Jaya. En. Mohd Yusof bin Abdul Aziz, Pengurus Besar Kanan Bahagian Operasi telah menyampaikan taklimat. Beliau menerangkan operasi PLUS dari segi ‘network’, ‘traffic monitoring system’ dan teknologi AI.


Pada 22 Feb 2024, Jabatan Teknologi Awam telah menganjurkan Kursus Penyeliaan yang merupakan sebahagian daripada kursus WTP 4043 bagi pelajar 2SVM. Kursus ini telah disampaikan oleh Ts. Muhammad Eddy bin Misrum, Pengurus Projek, PKT Logistic (M) Sdn Bhd. Beliau merupakan panel industri Program Teknologi Pembinaan KViP. Dalam kursus ini pelajar didedahkan tentang prosedur atau budaya kerja yang baik dan selamat di tapak bina. Modul ini juga mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran berkaitan penyeliaan pembinaan bangunan serta mengintegrasikan pengetahuan,kemahiran dan nilai dalam penggunaan bahan dan alatan semasa menyempurnakan tugasan berkaitan dengan penyeliaan pembinaan bangunan FEBRUARI 2 0 24 Pada 21 Februari 2024 En. Ahmad Mahfuz Najhan bin Shahar Murshid, Ketua Penolong Pengarah Kanan Sains Sosial telah hadir ke KViP bersama pegawai dari JPN dan PPD Kinta Utara bagi khidmat kunjung bantu untuk meningkatkan prestasi para pelajar program SLDN dalam SPM. KURSUS PENYELIAAN KUNJUNG BANTU SLDN


FEBRUARI PEMBENTANGAN PROJEK TAHUN AKHIR BAGI PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI PENYEJUKAN DAN PENYAMANAN UDARA KV IPOH Pada 21 Februari 2024. Jabatan Teknologi Mekanikal dan Pembuatan telah menganjurkan Pertandingan Inovasi yang bersekali dengan Pembentangan Projek Tahun Akhir bagi Program Diploma Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara . Pertandingan ini telah dihakimi oleh Dr. Chen Siew Ping, Pegawai SiSC+ TVET dari PPD Kinta Utara dan dua orang panel industri program iaitu En. Mohamad Nadhir Zuhair Bin Mohamad Nozi dan En. Amar Qhuszaireen Bin Muhammad Azahar. Projek yang bertajuk Merekabentuk Alat Pengesan Habuk Elektronik Berasaskan Arduino Uno dari Kumpulan 6 telah memenangi tempat pertama bagi pertandingan ini. Ahli kumpulan ini terdiri daripada Raqiz Danial bin Mohd Raitumalah, Muhammad Ikhwan bin Azman dan Muhammad Amirun bin Azhar. KV IPOH


LAWATAN INDUSTRI KE BERYL'S MARKETING SDN BHD & FARM FRESH KOLEJ VOKASIONAL KV IPOH FEBRUARI Pada 21 Februari 2024 seramai 35 orang pelajar Diploma Pemasaran dan 3 orang pensyarah telah mengadakan Lawatan Industri ke Beryl's Marketing Sdn Bhd di Seri Kembangan dan Farm Fresh di UPM Serdang. Lawatan ke Muzium Beryl's memberi peluang kepada pelajar mengenali pelbagai jenis coklat yang digunakan untuk mencipta sampel yang sempurna. Selain itu, pelajar juga dapat menyaksikan sendiri proses pembuatan coklat, dari pemilihan biji koko hingga pembentukan produk. Manakala, lawatan ke Farm Fresh UPM Serdang, padat dengan pendidikan tentang amalan kelestarian di ladang dan sedikit sebanyak tentang industri tenusu yang diusahakan oleh Farm Fresh. “KV DIHATIKU”


FEBRUARI PEMBENTANGAN PTA DAN PERTANDINGAN INOVASI JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT KV IPOH Pada 22 Februari 2024 telah diadakan Pembentangan PTA dan Pertandingan Inovasi Jabatan Teknologi Maklumat. Para pelajar dinilai oleh En. Mohd Juzaili Hasrul Fitri bin Amir Hashim, Network Engineer dari Syarikat Hotspot System Solution. Beliau merupakan Panel Penasihat Industri Program Teknologi Maklumat. Sebanyak 7 kumpulan telah membentangkan Projek Tahun Akhir masingmasing. Juara bagi Projek PTA dan Inovasi peringkat program ialah projek Automatic Parking System. Projek ini merupakan inovasi daripada tiga orang pelajar iaitu 1.LUQMAN HAKEM BIN LAILY 2.MAVITHRA A/P PURUSHOTHAMAN 3.KIRTIKAH A/P RAMESH KV IPOH


23 FEBRUARI 2024 H A R I B E R T E M U W A R I S J A B A T A N T E K N O L O G I M A K L U M A T Pada 23 Februari 2024 telah diadakan Hari Bertemu Waris Program Teknologi Maklumat bagi pelajar Diploma . Sesi dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Tn. Hj. Saiful Bahri bin Mat Sillah, Pengarah KViP. Pn. Hjh. Nor Aisah, Timbalan Pengarah Akademik turut berucap bagi menerangkan visi, misi dan hasrat pengurusan kolej demi kecemerlangan pelajar. Seterusnya, Ts. Zurina Zainudin selaku Ketua Jabatan bersama Cik. Hjh. Nor Sunarti selaku Ketua Program telah menerangkan mengenai laluan pelajar selepas tamat diploma dan On The Job Training. Ibu bapa juga dimaklumkan mengenai beberapa inisiatif tambahan yang pihak jabatan dan kolej anjurkan iaitu sijil professional cisco, inovasi dan kelas MUET bagi yang ingin menyambung pelajaran ke peringkat ijazah. F E B R U A R I


FEBRUARI 2 0 24 Pada 27 Februari 2024, Khidmat Komuniti pelajar 1DVM telah dilaksanakan dengan jayanya di RTM Perak. Setinggi Penghargaan diucapkan kepada En. Mohd Zam bin Ali, Timbalan Pengarah, Jabatan Penyiaran Negeri Perak atas kerjasama ini. KHIDMAT KOMUNITI DI RTM PERAK Pada 23 Feb 2024 telah berjalan pembentangan Projek PTA pelajar Diploma Teknologi Pembinaan. Pembentangan ini telah dinilai oleh Ts. Muhammad Eddy bin Misrum, panel penasihat industri Program Teknologi Pembinaan. PEMBENTANGAN PTA PELAJAR DIPLOMA TEKNOLOGI PEMBINAAN Pada 29 Februari 2024 telah berlangsung Program Jerayawara Jom Masuk UniMAP Peringkat Zon Perak di Dewan Teknokrat KViP. Seramai 12 orang delegasi dari UniMAP hadir yang diketuai oleh Prof. Ir. Ts. Shahriman bin Abu Bakar, Dekan Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Mekanikal, UniMAP. Para pelajar juga diberi taklimat oleh Ts. Dr. Norshah Aizat bin Shuaib, Ketua Bahagian Promosi dan Pemasaran, UniMAP. JERAYAWARA JOM MASUK UNIMAP


PROGRAM JEJAK ILMU BERSAMA UNIT PUSAT SUMBER KEJOHANAN UTP 7S FEBRUARI FEBRUARI 2 0 24 Pada 24 dan 25 Februari 2024, Pasukan Ragbi Lelaki dan Wanita KViP telah mencapai kejayaan yang membanggakan dalam kejohanan UTP 7s di Universiti Teknologi Petronas. Brashian Wolves rc telah mendapat Naib Johan Cup U20 dan Brashian Wolves Ladies merangkul Johan Bowl Touch. Program Jejak Ilmu Bersama Unit Pusat Sumber Peringkat Kolej Vokasional Ipoh telah diadakan pada 26 Februari 2024 sehingga 1 Mac 2024. Program Jejak Ilmu ini adalah anjuran Unit Pusat Sumber dengan Kerjasama Exo Akademik MPP Kolej Vokasional Ipoh. Objektif program ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar tentang kepentingan pusat sumber sebagai sumber rujukan. Sempena Program Jejak Ilmu Bersama Unit Pusat Sumber ini, pelbagai pertandingan yang dianjurkan antaranya teka berat buku, aktiviti bual bicara tanyalah ustaz, pengunjung bertuah, literasi maklumat , pameran bertema, peminjam buku terbanyak, dan hadiah misteri bagi pengunjung terawal.


1 MAC 2024 P R O G R A M G O T O N G - R O Y O N G 2 . 0 Pada 1 Mac 2024 yang lalu, Program Gotong-Royong 2.0 telah dilaksanakan di sekitar kolej. Antara objektif program ini adalah meningkatkan tahap kebersihan, keceriaan dan keselamatan sekolah, dan membudayakan amalan gotongroyong dalam kalangan warga sekolah (murid, guru dan anggota khidmat pengurusan) serta memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan murid seperti kerjasama, bertanggungjawab, bertolak ansur dan rajin. Program ini telah dilaksanakan dengan lancar atas kerjasama seluruh warga Kolej Vokasional Ipoh. M A C


1 MAC 2024 C E R A M A H I H Y A R A M A D A N 1 4 4 5 H Pada 11 Mac 2024 yang lalu, Ceramah Ihya Ramadan 1445H sempena Majlis Pelancaran Ihya Ramadan telah dilaksanakan di Dewan Teknokrat KV Ipoh. Al-Fadhil Ustaz Amar Arif bin Ahmad Po'aad telah dijemput untuk menyampaikan ceramah. Program Ihya’ Ramadan ini diadakan pada setiap tahun sepanjang bulan Ramadan berlangsung yang melibatkan semua pelajar dan pensyarah yang beragama Islam di Kolej Vokasional Ipoh. Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang bulan ini bagi merangsang kreativiti pelajar seterusnya menjana pembangunan modal insan agar penghayatan Ramadan dapat meningkatkan keutuhan sahsiah peribadi dan kredibiliti bagi melahirkan generasi Khaira ummah tercapai. M A C


BENGKEL TEKNIK MENJAWAB PENILAIAN AKHIR KERTAS TEORI (DVM) PROGRAM TPPU KOLEJ VOKASIONAL KV IPOH MAC Pada 13 Mac 2024 yang lalu, Program Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara (TPPU) telah mengadakan Bengkel Teknik Menjawab Penilaian Akhir bagi Kertas Teori DVM. Penceramah bagi bengkel ini ialah Pn. Erma Sharina, Ketua Program TPPU yang merupakan penggubal KSKV dan pemeriksa kertas program TPPU di peringkat Sijil dan Diploma. Turut bersama sebagai fasilitator ialah Cik Sharifah Salmah yang juga terlibat dalam pembinaan item dan sebagai pemeriksa kertas. Bengkel ini diadakan supaya pelajar membuat persediaan yang rapi untuk menghadapi Penilaian Akhir yang akan datang. “KV DIHATIKU”


PEMBENTANGAN PROJEK TAHUN AKHIR DIPLOMA PEMASARAN KOLEJ VOKASIONAL KV IPOH MAC Pada 13 Mac 2024 yang lalu, Program Pemasaran telah mengadakan Pertandingan Pembentangan Projek Tahun Akhir bagi pelajar Diploma Pemasaran Kohort 2022. Encik Ismazaidi bin Ismail, Pengurus INF Venture Sdn. Bhd. juga merupakan Panel Penasihat Industri bagi Program Pemasaran telah hadir untuk menjadi Juri Jemputan bersama Pn. FaznurAzwa binti Mahmud, Ketua Jabatan Perniagaan KViP. Seramai 14 pelajar telah membuat pembentangan yang terdiri daripada 12 peserta individu dan 1 peserta berkumpulan iaitu pasangan kembar. Kesemua peserta telah berjaya menghasilkan projek dan membentangkan hasil projek dengan baik. “KV DIHATIKU”


MAC 2 0 24 Pada 14 Mac 2024 yang lepas, penyampaian hadiah melalui Pengarah Kolej Vokasional Ipoh telah diberikan kepada pelajar yang bernama Darwisy Fakrullah bin Zainal Amali, Amsyar Al-Huzaif bin Ahmad Al-Fasal ( Jabatan Perniagaan) dan Muhammad Aiman bin Mohd Kamarulzaman (Jabatan Teknologi Maklumat). Pelajarpelajar ini telah memenangi tempat ketiga dalam Pertandingan Video Kreatif Peringkat Daerah Kinta Utara bagi sesi Akademik 2023/2024 yang dianjurkan oleh Unit Sumber & Teknologi Pendidikan, Sektor Pembelajaran, Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara. PERTANDINGAN VIDEO KREATIF Pada 13 Mac 2024 yang lalu, Program Teknologi Maklumat telah mengadakan Bengkel Teknik Menjawab Penilaian Akhir bagi Kertas Teori DVM. Penceramah bagi bengkel ini ialah Ts. Zurina Binti Zainudin, Ketua Jabatan Teknologi Maklumat yang merupakan penggubal soalan SVM dan DVM. Bengkel ini diadakan supaya pelajar membuat persediaan yang rapi untuk menghadapi Penilaian Akhir yang akan datang. BENGKEL TEKNIK MENJAWAB PENILAIAN AKHIR KERTAS TEORI (DVM) PROGRAM TEKNOLOGI MAKLUMAT


14 MAC 2024 P E R T A N D I N G A N I N O V A S I P E L A J A R A N T A R A J A B A T A N K V I P 2 0 2 4 Pada 14 Mac 2024 yang lalu, Jawatankuasa Pembudayaan Inovasi Kolej telah mengadakan Pertandingan Inovasi Antara Jabatan di peringkat KViP. Sebanyak 8 pasukan telah bertanding bagi mewakili Jabatan masing-masing. Pertandingan ini telah diadili oleh juri jemputan iaitu Ts. Norsyeila binti Buyamin dan Pn. Mahani binti Mohd Zamberi dari Politeknik Ungku Omar. Pemenang adalah seperti yang berikut: Tempat Pertama - Pasukan HVAC Innovators (Program Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara) Tempat Kedua - E-book Kuat (Program Pemasaran) Tempat ketiga - Automatic Parking System (Program Teknologi Maklumat) M A C


14 MAC 2024 P E R T A N D I N G A N I N O V A S I P E L A J A R A N T A R A J A B A T A N K V I P 2 0 2 4 M A C


MAC 2 0 24 Pada 15 Mac 2024 yang lalu, Jabatan Perniagaan telah menganjurkan Bengkel Teknik Menjawab Soalan Penilaian Akhir (Teori) DVM yang bertempat di Makmal Pemasaran. Penceramah bagi bengkel ini ialah Pn. Zarina binti Shaari, Ketua Program Pemasaran yang merupakan pemeriksa kertas soalan PA DVM, Subject-Matter-Expert (SME) dan Pn NurFatin binti Ishak, penggubal soalan PA DVM merangkap pemeriksa kertas soalan PA DVM dan Ketua Panel (Penilaian dan Pentaksiran) bagi Program Pemasaran. Bengkel ini diadakan supaya pelajar membuat persediaan yang rapi untuk menghadapi Penilaian Akhir yang akan datang. BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN PA (TEORI) DVM JABATAN PERNIAGAAN Pada 18 Mac 2024 dan 20 Mac 2024 yang lalu, Kolej Vokasional Ipoh telah mengalu-alukan kemasukan pelajar-pelajar Sijil Vokasional Malaysia (SVM) Kohort 2024 bagi keempat-empat program yang ditawarkan di KViP iaitu Program Pembinaan,Program Penyejukan dan Penyamanan Udara,Program Pemasaran dan Program Teknologi Sistem Komputer dan Rangkaian. Sesi pendaftaran ambilan pertama dan ambilan kali kedua telah dilaksanakan dengan lancar. PENDAFTARAN PELAJAR PROGRAM SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA KOHORT 2024


MAC 2 0 24 Pada 19 Mac 2024 hingga 21 Mac 2024, pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang minggu serasi bagi pelajar Sijil Vokasional Malaysia (SVM) kohort 2024. Semua aktiviti dijalankan dengan lancar bawah pengendalian Unit Psikologi dan Kerjaya. MINGGU SERASI PELAJAR BAHARU KOHORT 2024 Pada 21 Mac 2024 yang lalu, Jabatan Perniagaan telah mengadakan Program Persediaan On-The-Job Training di Makmal Pemasaran dan disampaikan oleh Penyelaras OJT Program Pemasaran, Cik Nurul Amira binti Husain dan Ketua Jabatan Perniagaan, Faznur-Azwa binti Mahmud. Program ini diadakan untuk melakukan semak semula tentang persediaan, nasihat dan motivasi sebelum mereka memulakan latihan industri selepas cuti semester dan cuti Hari Raya iaitu pada 22 April 2024. PROGRAM PERSEDIAAN ON-THE-JOB TRAINING JABATAN PERNIAGAAN


22 MAC 2024 C E R A M A H H U K U M A N B U L I D A N J E N A Y A H S E K S U A L Pada 22 Mac 2024 yang lalu, Ceramah Hukuman Buli dan Jenayah Seksual telah diadakan di Surau An Nur, Kolej Vokasional Ipoh. Ceramah telah disampaikan oleh Sarjan Penjara Mohd Shaf Romm Ulesi dari Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah. Demo hukuman rotan juga dibuat untuk memberi kesedaran kepada pelajar supaya tidak terlibat dengan sebarang jenayah. Gambaran keadaan di penjara juga disampaikan kepada pelajar seperti contoh tilam yang digunakan oleh banduan, gaji banduan dan jenis-jenis warna pakaian banduan. M A C


MAC 2 0 24 Pada 22 Mac 2024 yang lalu, pelajar-pelajar Sijil Vokasional Malaysia kohort 2024 telah melawat ke bengkel mengikut program untuk sesi suai kenal dengan pensyarah-pensyarah bengkel dan guru kelas masingmasing setelah menjalani orientasi selama 4 hari. SESI TAKLIMAT PELAJAR BAHARU KOHORT 2024 MENGIKUT PROGRAM Pada 29 Mac 2024 yang lalu, Jawatankuasa Kerohanian KViP telah menganjurkan Ceramah Nuzul Al-Quran di Dewan Teknokrat KViP sempena Program Ihya Ramadan 1445H. Penceramah jemputan ialah Al-Fadhil Ustaz Suhaimi Latip. Objektif ceramah ini adalah untuk menyemarakkan lagi perasaan cinta kepada Al-Quran dalam kalangan warga kolej sebagai sumber ilmu yang terpelihara. CERAMAH NUZUL AL-QURAN


Click to View FlipBook Version