The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jainaljanut73, 2020-07-26 21:57:29

minit kokum 1 2020

minit kokum 1 2020

Tarikh MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM KALI PERTAMA, 2020
Hari SK KUKUSAN TAWAU, SABAH
Masa
Tempat : 29 .01.2020
Agenda : Rabu
: 12.50 tengahari

: Bilik Gerakan SK Kukusan Tawau
: 1. Ucapan Pengerusi – Guru Besar

2. Pengesahan Minit Mesyuarat
3 Hal-hal berbangkit
4. AJK Kokurikulum 2020
5. Takwim Kokurikulm 2020
6. Takwim Unit
7. Keberadaan Guru
8. Pentaksiran Segak Dan PAJSK
9. Pemakaian Baju Beruniform Guru Dan Murid
10. Hal-hal lain

Kehadiran

1. Pn. Sopiah Ahmad
2. Pn. Hjh Sulaini Kadir
3. Pn. Hjh Bunga bt Senne
4. Pn. Hasmiyani Emma
5. En. Rustan Mannu
6. Pn. Aidah Sumaa
7. En. Aidi Junaidi
8. En. Jainal Janut
9. Pn. Siti Jubaidah Tahir
10. Pn. Hanisah Rozlee
11. Pn. Hjh.Naimah Johan
12. Pn. Aminah Sudin
13. Pn. Misriah Salim
14. En .Mohd Yunus Husin
15. En. Julkafle Hassan
16. Pn. Yusrina Yusup
17. Pn. Asdawati Surianshah
18. En. Mahjaini Mohammad Abas
19. Pn. Rahmatiah Muin
20. Cik Siti Salwani Aqma Abd Jalil
21. Pn. Hasmina Banddu
22. Pn. Mazira Wahab
23. Pn. Zaiton Ismail
24. En. Mohd Syakir Mahmud
25. Pn. Istiqomah Muhammad Chaerun
26. Pn. Harlina Sawal
27. En. Mohd Marussoh Useh
28. Pn. Noraisah Awang
29. Pn.Wattini Abu
30. Pn. Rubiah Abd Rahim
31. Pn. Hirmah Tahir
32. Pn. Olivia Siahaan
33. Pn. Rosni Ambo Illang

34. Pn. Suhartini Abdul Hamid
35. Pn. Chut Izzaty Abdul Hadi
36. Pn. Haslinda Hasli
37. Pn. Siti Aishah Karim
38. Pn. Asmawati Matawali
39. Cik Nurul Asfarina Kamal Idris
40. Pn. A Salmiah Noorsalleh
41. Pn. Rohah Mat Hassan
42. Pn. Balqis Samsudin
43. Pn. Maslina Messang
44. Pn. Darmawati Suka
45. En. Aziz Hadani
46. En. Mohd Syarul Azman Bolalan@Baalo

Tidak Hadir : -
-
1. Tn. Hj. Mazlan Hj. Mohd Nor - kurang sihat
2. En. M. Syukur Muchtar -
3. En. Janong Landaki -
4. Pn. Hazmiza Zamri - Cuti Bersalin
5. Pn. Suriani @ Nani Lassani - MC
6. Pn. Siti Firusah Saibudan@Adan -
7. Pn. Noorafizan Raimee -
8. Cik Rostini Nawawi
9. En. Donald Bangkung

Agenda 1: Ucapan Pengerusi – Pn. Sopiah Ahmad

1.1 Pn. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang menghadiri
mesyuarat Kokurikulum kali pertama bagi tahun 2020.

1.2 Pn. Pengerusi memaklumkan bahawa surat pemakluman tentang tarikh baharu
penganjuran sukan MSSDT dan yuran telah dipanjangkan ke sekolah-sekolah di
daerah Tawau .

Agenda 2 : Pengesahan Minit Mesyuarat

2.1 Pn. Hjh Bunga Senne, PK Kokurikulum membaca Minit Mesyuarat Kali Ketiga bagi
2019 secara ringkas.

2.2 Minit mesyuarat disemak oleh ahli mesyuarat dan dicadang untuk disahkan oleh En.
Jainal Janut dan disokong oleh En. Mohd. Yunus Husin. Sidang mesyuarat sebulat
suara meluluskan Minit Mesyuarat Kali Ketiga Kokurikulum SK Kukusan 2019.

Agenda 3: Hal-hal berbangkit

3.1 Perkara 3.3 – Pn. Hjh Bunga Senne meminta semua guru menandatangani buku
kehadiran Kokurikulum setiap kali ada perjumpaan Kokurikulum.

3.2 Perkara 3.4 – Pn. Hjh Bunga Senne meminta ketua guru penasihat yang belum
menghantar fail-fail unit agar menghantar ke pejabat PK Kokurikulum dengan segera.

Agenda 4 : AJK Kokurikulum 2020

4.1 Pn. Hjh Bunga Senne menyatakan AJK Kokurikulum telah dibentangkan dalam
mesyuarat pengurusan sekolah.
Tindakan: Semua guru

Agenda 5 : Takwim Kokurikulum 2020

5.1 Pn. Hjh Bunga Senne membentangkan takwim Kokurikulum 2020,
dengan bantuan “slide ppt” yang dipaparkan.

Agenda 6 : Takwim Unit 2020

6.1 Pn. Hjh Bunga Senne meminta agar setiap unit dan kelab menyediakan takwim dan
membentuk AJK murid dalam unit masing-masing.
Tindakan: Semua ketua Unit

6.2 Pn. Hjh Bunga Senne menyatakan aktiviti Kokurikulum tahun 2019 telah berjalan
dengan lancar dan mengucapkan tahniah kepada semua guru penasihat unit.

Agenda 7 : Keberadaan Guru

7.1 Pn. Hjh Bunga Senne mengingatkan semua guru hendaklah hadir pada pukul 1.30
petang dan berada di tempat perjumpaan masing-masing.
Tindakan: Semua guru

7.2 Pn. Hjh Bunga Senne menyatakan masa balik murid PPKI dan perdana adalah sama
iaitu pada pukul 4.50 petang.

7.3 Pn. Hjh Bunga Senne menyatakan guru yang tidak hadir agar memaklumkan kepada
PK Kokurikulum.
Tindakan: Semua guru

7.4 Pn. Hjh Bunga Senne memaklumkan aktiviti Kokurikulum dikekalkan iaitu pada waktu
petang setiap hari rabu 2 minggu sekali.
Makluman: Semua guru

7.5 En. Rustan mohon ditukarkan sebagai pembantu guru penasihat.
Ulasan: Pengerusi menyatakan AJK dikekalkan pada tahun ini.

7.6 Pn. Pengerusi meminta agar setiap guru mempunyai 3 penglibatan dalam
Kokurikulum.

7.7 Pn. Pengerusi menyatakan guru kaunseling juga dilibatkan dalam Kokurikulum.
7.7.1 En. Julkafle meminta agar beliau dikekalkan dalam persatuan TKRS dan Kelab

Rukun Negara.

7.8 Pn. Hjh Bunga Senne menyatakan semua data Kokurikulum akan dikumpulkan dan
dihantar ke PPDT.
Makluman: Semua guru

7.9 Cik Aqma meminta masa Kokurikulum PPKI diawalkan dari pukul 12.30 petang
hingga pukul 3.30 petang atas sebab keadaan murid PPKI.

Ulasan: Pn. Pengerusi bersetuju tetapi setiap murid ada penglibatan dalam 3 unit
dan guru-guru PPKI balik pada pukul 4.50 petang.

7.10 Pn. Pengerusi meminta masa Kokurikulum, guru mengisi borang keluar sekiranya
berurusan diluar sekolah.
Tindakan: Semua guru

Agenda 8 : Pentaksiran SEGAK Dan PAJSK

8.1 Pn. Pengerusi meminta agar setiausaha sukan mengisi Pentaksiran SEGAK
manakala guru kelas mengisi PAJSK.
Makluman: Penyelaras PAJSK dan SEGAK

Agenda 9: Pemakaian Baju Beruniform Guru Dan Murid

9.2 Pn. Pengerusi menyatakan baju formal unit beruniform wajib dipakai pada hari Isnin
dan pada hari Rabu guru boleh memakai baju unit beruniform yang tidak formal.
Makluman: Semua guru

Agenda 10: Hal-hal lain

10.1 Pn. Pengerusi menyatakan beberapa perkara:

10.1.1 Setiap aktiviti atau PdP dalam unit Kokurikulum hendaklah ada sisipan nilai kerana
bahagian nilai terdapat borang penilaian dan laporan akan dihantar pada bulan April.
Tindakan: Guru Penasihat unit

10.2 Pn. Bunga Senne menyatakan aktiviti Kokurikulum akan bermula pada minggu
hadapan.
Makluman: Semua guru

9.3 Pn. Bunga Senne menyatakan perjumpajaan pertama adalah pembubaran dan
pembentukan AJK setiap unit dan kelab.
Makluman: Semua guru penasihat

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.00 petang _______

Disediakan Oleh,

(Pn. Aidah Binti Sumaa)
Setiausaha Kokurikulum 2020
Tarikh: 29.1.2020

Cadangan untuk disahkan oleh:
Disokong untuk disahkan oleh:
Tarikh:


Click to View FlipBook Version