The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by WARDATUL BAIDHO, 2023-07-05 06:27:01

BUKU SKRAP DIGITAL ARAK

BUKU SKRAP ARAK

Keywords: arak,buku skrap digital,DARVIH

A R A K BUKU SKRAP DIGITAL WARDATUL BAIDHO BINTI MOHAMMAD DZUBHAIR 4 INOVATIF


Minuman beralkohol mengandungi etanol, iaitu sebatian yang tergolong dalam kumpulan dadah yang boleh menindas fungsi sistem saraf pusat. Ianya boleh melambatkan tindakbalas fizikal dan mental peminumnya. Selain itu, etanol juga adalah dadah yang boleh mendatangkan kebergantungan atau ketagihan jika diambil setiap hari. Sebaik sahaja diminum, alkohol akan diserap ke dalam aliran darah melalui permukaan perut dan usus. Sebahagian kecil akan terus pergi ke otak dan paru-paru, dan dikumuhkan melalui pernafasan. Manakala sebahagian besar alkohol akan dimetabolisma oleh hati dan dikumuhkan oleh ginjal melalui air kencing. PENGENALAN


KESAN BURUK MINUM ARAK


Kesan alkohol kepada peminumnya bergantung kepada jumlah alkohol yang berada dalam peredaran darah seseorang itu. Peminum yang mengambil minuman beralkohol dalam jumlah yang banyak akan mabuk. MABOK


APA ITU MABOK? seseorang itu akan hilang koordinasi gerak tubuh dan juga gangguan kepada pertimbangan dan kewarasan fikiran. Mereka boleh terjatuh, mengalami kemalangan, bergaduh, tercedera dan memory blackout yang mana merupakan komplikasi atau kesan kemudaratan jangka pendek berkaitan pengambilan minuman beralkohol. Kesan lain akibat mabuk adalah apa yang dikenal sebagai hangover.


Sakit kepala Loya Muntah Cirit - birit Gangguan pergerakan usus Menggeletar selama beberapa jam Tanda hangover akan hilang apabila semua alkohol dalam peredaran darah telah dikumuhkan dari badan. TANDA - TANDA HANGOVER ALKOHOL


Kecelaruan tingkahlaku dan fikiran Keresahan dan kebingungan Kekeliruan Kebergantungan kepada alkohol Hilang ingatan sementara atau kekal Kemurungan Kecenderungan untuk membunuh diri Psikosis Kemudaratan alkohol kepada sistem saraf dan otak (neuropsychiatry) merupakan kesan jangka panjang alkohol yang paling kerap dilaporkan di kalangan orang dewasa.Antara kesan alkohol kepada kesihatan mental ialah: NEUROPSYCHIATRY


Semua ini merupakan antara komplikasi atau kesan jangka panjang kemudaratan kesihatan alkohol. Kematian pra-matang boleh berlaku akibat kegagalan fungsi organ badan ini. KESAN TOKSIK KEPADA BADAN Gangguan mental (kemurungan,psikosis) Sirosis hati dan kegagalan fungsi hati Kegagalan jantung Gastritis Ulser Radang pankreas Kanser saluran oro-farink (mulut dan tekak)


Kajian saintifik juga telah menunjukkan kaitan antara pengambilan minuman beralkohol dikalangan wanita yang mengandung dengan kecacatan dan keabnormalan janin yang dikandung FETAL ALCOHOL SYNDROME


KEMATIAN MENGEJUT Kematian mengejut juga boleh sekiranya alkohol diambil dalam jumlah yang terlalu banyak dalam satu-satu masa, sehingga paras alkohol darah terlalu tinggi yang boleh menyebabkan keracunan atau ganggu sistem pernafasan.


Click to View FlipBook Version