• KEGUNAAN KAIN PEMBALUT
i. Untuk membalut atau membungkus anggota yang luka atau bahagian yang cedera
seperti patah.
ii. Untuk menetapkan ikatan kepada anggota yang luka supaya jangan bergerak atau
beralih.
iii. Untuk menetapkan mengikut kayu pemilangkepada anggota yang patah.
iv. Untuk membuat anduh
v. Untuk memberhentikan darah , mengurangkan dan menghilangkan bengkak.
• JENIS-JENIS
i.Kain jarang
ii.Kain panas
iii.Kain kapas.
• JENIS IKATAN MEMBALUT
i. Balutan biasa
ii. Balutan selang seli
iii. Balutan nombor 8 seperti bahu
iv. Ikatan untuk kepala
KEGUNAAN KAYU TUAP DALAM RAWATAN PATAH TULANG
SEBAB-SEBAB PATAH TULANG
i. Pukulan yang kuat dan tepat. Kecederaan berlaku pada tempat yang terkena pukulan.
ii. Pukulan sipi. Keceraan berlaku jauh dari tempat yang terkena.
iii. Tersentap urat. Kecederaan berlaku oleh sebab urat yang terlekat pada tempatnya
tersentap
JENIS-JENIS PATAH TULANG
i. Patah rebung. Retak tulangnya, tetapi tidak terputus.
ii. Patah tebu. Sedikit sahaja cedera berlaku pada sekeliling tempat yang patah, tidak
menunjukkan luka terbuka.
iii. Patah riuk. Lukanya di kulit, tulang tersembul keluar dan kuman boleh masuk.
101
TUAP GENTIAN
Tuap boleh disediakan dengan menggunakan tongkat, payung, kayu atau surat khabar yang
lipat keras, tetapi hendaklah cukup panjang dan kuat.
Perhatian:
Jika kecederaan berlaku berdekatan dengan kulit, jangan diikat betul-betul pada tempat yang
patah itu. Gunakan beberapa banyak lapik di antara kedua-dua kaki dan di antara lengan dan
badan.
KEGUNAAN KAIN PEMBALUTKAIN PEMBALUT TIGA SEGI
Pembalut ialah kain bersih yang digunakan untuk menutup luka-luka atau bahagian yang
cedera. Pembalut yang biasa digunakan di dalam pertolongan cemas ialah seperti yang berikut:
i. Kain pembalut biasa (rollar bandage)
ii. Kain pembalut yang bercampur dengan getah (grepe bandage)
iii. Kain pembalut tiga persegi atau tiga penjuru.(triangular)
1.3 Merawat luka dan gigitan
a.Digigit Ular
Gigitan ular boleh menyebabkan terkejut yang amat sangat, bengkak pada tempat yang
digigit dan berbisa pada pesakit.
RAWATAN
• Jika anggota badan digigit, tahan perjalanan darah dengan mengikat kuat pada
bahagian yang digigit berhampiran dengan jantung, tetapi janganlah sehingga
menyebabkan pengaliran darah dalam urat nadi terhenti.
• Anda harus dapat merasakan denyutan nadi pada pergelangan tangan atau kaki.
• Cuci luka itu dengan air yang berwarna merah tua dengan kalium permanganat untuk
menawarkan racun yang ada pada luka itu.
• Juntaikan anggota yang digigit dan biarkan darah mengalir dengan menghiris daging
yang digigit dengan menggunakan pisau tajam yang telah dibakar terlebih dahulu.
• Longgarkan ikatan selam setengah minit tiap-tiap setengah jam.
• Biarkan pesakit bertenangdengan cukup.
• Berikannya kopi atau teh supaya badannya panas.
• Jika dia tidak bernafas bantunya dengan cara pertolongan dalam pernafasan.
• Panggil doktor atau bawa dia ke rumah sakit yang berhampiran.
102
• Antivenin (ubat menawarkan racun bisa gigitan ular) hanya boleh diberikan oleh
orang yang terlatih sahaja.
b.Disengat Lebah, Tebuan Dan Penyengat
Sengat yang paling bisa adalan sengat lebah dan tebuan. Biasanya lebah akan
meninggalkan sengat, lebih kurang 0.5mm-1.5mm di dalam kulit. Sebaliknya tebuan jarang
meninggalkan sengar di dalam kulit dan dianggap lebih berbahaya daripada lebah kerana
kebolehannya menyengat seseorang itu berkali-kali.
CARA RAWATAN
• Lebah
1. Keluarkan sengat dengan menggunakan jarum atau penyepit yang telah dibakar
dan disejukkan kemudiannya. Berhati-hati supaya tidak memecahkan racun yang
ada di atassengat itu.
2. Gunakan soda bikarbonit, ammonia atau air liur kerana lebah menyuntikkan asid,
maka kita perlu larutan alkali untuk menawarkannya.
3. Kain balut boleh digunakan dan dibalut untuk menyekat kemasukan kuman ke
dalam luka itu dan memberi kesan kepada luka itu.
4. Hantarkan pesakit segera ke hospital.
• Tebuan
1. Keluarkan sengat dengan menggunakan jarum atau penyepit yang telah dibakar dan
disejukkan kemudiannya. Berhati-hati supaya tidak memecahkan racun yang ada di
atassengat itu.
2. Cuka atau air limau boleh digunakan untuk menghilangkan bisanya kerana tebuan
menyuntikkan alkali yang kuat, maka larutan asid yang kuat diperlukan.
3. Kain balut boleh digunakan dan dibalut untuk menyekat kemasukan kuman ke dalam
luka itu dan memberi kesan kepada luka itu.
4. Hantarkan pesakit segera ke hospital.
Perhatian :
1. Jika sengat itu ada di dalam mulut atau di bibir, keadaan akan menjadi lebih rumit
kerana bengkak akan menghalang pengaliran udara.
103
2. Berikan pertolongan cemas seperti di atas dan kalau boleh berikan pesakit itu air
batu atau seulas kulit bawang untuk dihisap.
3. Elakkan daripada menggunakan kain pembalut untuk membalut luka di mulut atau
bibir.
1.4 Melecur, pitam dan patah
Terbakar disebabkan oleh benda-benda panas yang kering seperti api, arus elektrik atau bahan-
bahan yang keras lagi tajam seperti air, api, asid dan alkali.
Melecur pula disebabkan oleh benda-benda panas yang berair seperti wap air yang mendidih
atau minyak panas.
CARA RAWATAN
1. Baringkan pesakit dan rawat dia daripada terkejut. Jangan tanggalkan pakaiannya
kecuali jika basah disebabkan oleh minyak petrol atau air atau api atau alkali kerana
pakaian melindungkan orang itu daripada udara yang sejuk dan memberi kepanasan
kepadanya.
2. Lindungkan tempat yang terbakar atau melecur daripada udara dengan menutupnya
dengan kain pembalut yang basah atau kain kering.
3. Panggil doktor
4. Berikan pesakit banyak minuman panas (jika dia sedar dalam kebakaran tidak teruk atau
melecur tidak teruk).
5. Jika pakaiannya disambar api, selimutkannya dengan kain, baju atau kain tutup meja.
Biarkannya di atas. Pergerakan akan menyalakan api.
Perhatian :
1. JANGAN gunakan ubat-ubat yang berminyak.
2. JANGAN cucuk gelembung-gelembung yang melecur
b. PITAM DAN PENGSAN
1. Udara tidak mengalir dengan betul.
2. Terlalu lapar atau terlalu kenyang
3. Mendapat berita yang mengejutkan.
4. Darah keluar terlalu banyak.
5. Melihat kejadian yang ngeri.
6. Mencium bau yang busuk.
7. Kekurangan oksigen dalam darah apabila pernafasan yang tergendala.
8. Kekurangan darah dalam otak.
9. Bernafas terlalu lama.
104
10. Otak tercedera.
TANDA-TANDA
2. Muka menjadi pucat.
3. Berasa pening dan sakit.
4. Denyutan nadi menjadi lemah.
5. Bernafas dengan deras.
RAWATAN
1. Longgarkan pakaian pada bahagian leher, dada dan pinggangnya.
2. Beri udara bersih dengan mengipasnya.
3. Jika pesakit telah sedar, berikan air sejuk atau teh manis yang panas.
4. Jika terlalu lapar berikan makanan ringan seperti biskut atau roti.
5. Berehat di tempat teduh.
6. Jika mukanya merah, angkat muka dan bahunya. Jika mukanya pucat, baringkannya.
7. Tahan semua darah daripada keluar kecuali dari telinga.
8. Jika dia bernafas dengan kuat, baringkanya dalam keadaan mengiring.
9. Selimutkannya tetapi jangan terlalu panas.
10. Makanan tidak boleh diberi selagi pesakit tidak sedar.
1.5 Pemulihan pernafasan
1. Susah bernafas.
2. Nafasnya berbunyi-bunyi.
3. Pernafasan boleh jadi berhenti
4. Bibir dan kuku jari kebiruan.
5. Orang itu boleh menjadi menggelisah.
6. Dia boleh jadi pengsan.
7. Berbuih disekeliling mulut, bibir dan hidung.
TINDAKAN
1. Jika boleh berenang, terjun ke dalam air dan selamatkan mangsa.
2. Jika mangsa sesak nafas, berikan rawatan pemulihan nafas.
3. Minta pertolongan orang ramai untuk menelefon ambulans.
105
4. Tanggalkan pakaian yang basah.
5. Selimutkan si mangsa supaya dia tidak kesejukan.
6. Jika sudah sedar, tenangkan hatinya dengan kata-kata manis.
3 PENGURUSAN DAN PERSIAPAN PERKHEMAHAN
2.1 Konsep
Definisi Perkhemahan Berkhemah adalah penghidupan di luar sama ada di hutan, di pantai,
di bukit, di gunungdan sebagainya. Berkhemah bermakna anda menerima atau memikul
beberapatanggungjawab terhadap pengurusan makanan, perlindungan dan melibatkan diri
dalamaktiviti berkaitan dengan persekitaran anda. Sekiranya anda berkhemah secara individu
atau berkumpulan, perhubungan rapat dengan alam semulajadi perlu anda utamakan.
2.2 Penglibatan
2.3 Sijil
2.4 Tujuan Perkhemahan
i. Meningkatkan ketakwaan kepada Tuhan.
ii. Meningkatkan kecekapan dan kendiri.
iii. Menghayati erti batasan kehidupan.
iv. Memupuk semangat keberanian dan kreativiti.
v. Meningkatkan semangat kekitaan, bepersatuan dan disiplin.
vi. Meningkatkan tahap kesihatan fizikal dan mental
106
Penulisan Log Harian Bil :5 Tarikh : 21 JULAI 2021
Tajuk
: PENGURUSAN DAN PERSIAPAN PERKHEMAHAN DAN
Lokasi ORIENTASI KURIKULUM SEKOLAH RENDAH
Jurulatih
Ketua Platun : GOOGLE MEET
Kekuatan Anggota
: ABDUL RAMIT BIN SULAIMAN
: AHMAD DANIAL AIMAN BIN AZMI
: 22
MASA AKTIVITI CATATAN
c. PENGURUSAN DAN PERSIAPAN PERKHEMAHAN
8.00 pagi
– 1.1 Jenis Perkhemahan
9.00 pagi
9.00 pagi 1.2 Perancangan dan persiapan awal
–
10.0 agi
10.00 pagi 1.3 Pemilihan tempat
–
10.0 agi
11.00 pagi 1.4 Aspek keselamatan
-
12.00 tengah
hari
107
Log Penulisan Pelajaran Bil : 5
Tarikh : 21 Julai 2021 Hari : Rabu
Tajuk : Pengurusan dan Persiapan Perkhemahan dan Orientasi Kurikulum
Sekolah Rendah
PENGURUSAN DAN PERSIAPAN PERKHEMAHAN
1.5 Jenis Perkhemahan
Perkhemahan ringkas Untuk 3 atau 4 orang ahli di tempat tinggal mereka Biasanya
dilakukan pada hujung minggu Biasa diadakan selama satu malam atau dua malam
Tujuannya ialah untuk mendapatkan sesuatu lencana atau ujian atau sekadar untuk
perkhemahan sahaja. Perkhemahan kumpulan Dianjurkan oleh pemimpin atau Majlis
Ketua Patrol Dihadiri oleh sekumpulan ahli Dijalankan selama dua atau tiga hari.
Biasanya diadakan sekali bagi tiap-tiap penggal persekolahan Perkhemahan secara
besar-besaran Dianjurkan oleh Maljis peringkat daerah, negeri ,negara atau dunia
Dihadiri oleh beratus-ratus atau beribu-ribu orang peserta Dikenali sebagai
jamboriDiadakan 4 tahun sekali Mengambil masa 3-7 hari
Jenis-jenis khemah
Khemah satu tiang
i. Ciri-ciri ringan, senang didirikan dan sesuai digunakan untuk perkhemahan
ringkas. Memuatkan 1-2 orang penghuni sahajaDitegakkan dengan
menggunakan satu tiang sahaja.Khemah bentuk A
ii. Memuatkan 3-6 penghuniDigunakan untuk perkhemahan ringkas dan
perkhemahn kumpulanDitegakkan dengan menggunakan 2 batang tiang dan
1 batang galang (bumbung)Khemah bentuk dinding
iii. Sesuai untuk perkhemahan kumpulanSama dengan khemah bentuk A, tetapi
mempunyai penahan angin atau hujan di bahagian tepinyaUntuk 5-6
orangKhemah Ridge
iv. Mempunyai sempadan yang lebih panjang dan luas daripada khemah-khemah
lainSesuai di kawasan pergunungan dan di tepi sungaiMemuatkan 4-7 orang
1.6 Perancangan dan persiapan awal
PERANCANGAN
Penyediaan Kertas Kerja – Kertas kerja mestilah mengandungi beberapa perkara
penting supaya perancangan program jelas diketahui oleh pihak pentadbiran. Antara
perkara penting adalah seperti berikut:- – Tajuk – Tarikh – Matlamat – Objektif – Plan
108
tindakan – Pengisian Program – Sumber tenaga –Sumber kewangan – Kawalan –
Penilaian
PERSIAPAN AWAL
i. Tinjauan - perlu dilakukan sebelum program dijalankan. Banyak faktor yang perlu
diberi perhatian seperti kesesuaian tempat, keselamatan kawasan, sumber air
dan makanan, sistem perhubungan dan lain-lain faktor yang difikirkan perlu.
ii. Surat menyurat – surat-surat untuk dalaman seperti permohonan kelulusan
program kepada pengetua, perlantik jawatan kuasa, permohonan peralatan dan
sebagainya. Surat-surat kepada kepada berbagai pihak luar seperti pihak
pengurusan kawasan perkhemahan, polis, hospital dan lain-laian lagi.
iii. Sumber kewangan – perlu jelas sumber kewangan. Sebagai contoh kutipan dari
ahli atau tajaanmana-mana pihak.
iv. Perancangan perbelanjaan – perlu sedia satu senarai perancangan
perbelanjaan seperti pembelian bahan makanan, alatan dan sebagainya.
v. Persediaan alatan – Alatan yang hendak digunakan perlu diperiksa, dan dibaik
pulih jika perlu atau ditambah jika kurang, dikelaskan dan dikumpulkan di satu
tempat.
vi. Pengangkutan - Perlu tahu apa jenis pengangkutan yang diperlukan. Buat
tempahan supaya tidak berlaku kesulitan
1.7 Pemilihan tempat
i. Tanah yang rata dan selesa berbaring
ii. Ada perlindungan dari bukit atau pokok menghalang ancaman angin.
iii. Dekat dengan punca air.
iv. Mempunyai pemandangan yang indah dan lapang melihatnya.
v. Mendapat cahaya matahari.
vi. Mempunyai jalan perhubungan yang baik.
1.8 Aspek keselamatan
a. Sistem kawalan – sediakan jadual giliran kawalan malam.
b. Kod Laluan – Gunakan kod yang diketahui dan telah disahkan oleh semua ahli.
c. Peralatan – lampu suluh, tongkat, wisel, buku catatan. Peti ubat yang lengkap
dan terkawal. Ada petugas yang ditetapkan untuk memberi bantuan bantu
mula. Sediakan tempat khas untuk peserta yang sakit atau Cedera.
d. Keselamatan Api – Jangan membiarkan api tanpa pengawasan. Jangan
merokok dan menyala api di dalam khemah. Hanya lampu suluh sahaja
dibenarkan. Padamkan api dengan segera jika angin kuat bertiup ke arah
109
khemah. Jangan membuang pontong rokok dan bara api merata tempat.
Jangan memasang api tanpa tujuan.
e. Keselamatan air-Jangan mengambil air, mandi, membasuh di tempat batu
licin, lereng curam, kayu-kayu merbahaya dan arus laju. Jangan mandi
bersendirian, jika tidak tahu berenang. Apa bila mandi di sungai sentiasa
mengadap ke arah hulu sungai. Jangan turun ke dalam sungai, jika arus laju.
Sediakan alat bantuan kecemasan sepeti tali atau pelampung. Keselamatan di
Kawasan
f. Perkhemahan - Berkhemah di tempat yang selamat Buang objek tajam yang
berada kawasan perkhemahan. Perlu diwujudkan pasukan kawalan (sentri).
Wujudkan sistem kecemasan seperti password, tandaan boundry. Tabur sulfur
(belerang) di keliling kawasan atau khemah
110
Penulisan Log Harian Bil :6 Tarikh : 28 JULAI 2021
Tajuk
Lokasi : ORIENTASI KURIKULUM SEKOLAH RENDAH
Jurulatih
Ketua Platun : GOOGLE MEET
Kekuatan Anggota
: ABDUL RAMIT BIN SULAIMAN
: AHMAD DANIAL BIN AZMI
: 22
MASA AKTIVITI CATATAN
8.00 pagi PENGURUSAN DAN PERSIAPAN PERKHEMAHAN
– - Kemudahan asas
9.00 pagi
9.00 pagi - Pemeriksaan Pagi
–
10.00 pagi
10.00 pagi - Surat –menyurat
–
11.00 pagi
11.00 pagi - Kuarter master
-
12.00 tengah
hari
111
Log Penulisan Pelajaran Bil : 6
Tarikh : 28 Julai 2021 Hari : Rabu
Tajuk : Pengenalan, Konsep, Sejarah Dan Kepentingan Unit Beruniform
PENGURUSAN DAN PERSIAPAN PERKHEMAHAN
1. KEMUDAHAN ASAS
Kemudahan-kemudahan asas
Tempat yang ingin dijadikan tapak perkhemahan wajib mempunyaikemudahan asas
seperti sumber air dan sebagainya
Meneliti sama ada terdapat kedai menjual bahan makanan mentah dikawasan
berhampiran tapak perkhemahan
Terdapatnya sistem perhubungan seperti jalan raya, talian telefon dansebagainya
Tempat menarik dan selesa- Kawasan tepi pantai, sungai, tasik, hutan simpan boleh
dijadikan pilihanuntuk tapak perkhemahan- Kawasan haruslah jauh dari sebarang
ancaman bahaya seperti banjir, haiwanbuas dan sebagainya.
2. PEMERIKSAAN PAGI
Semasa perkhemahan, kebersihan diri dan kekemasan khemah serta kawasan
perkhemahan perlu diambil kira, sebagai satu amalan disiplin diri yang mesti dipupuk.
Oleh yang demikian adalah perlu Pemeriksaan Pagi dilakukan. Pemeriksaan Pagi ini
dilakukan oleh beberapa orang pemimpin yang mengadakan lawatan ke setiap
khemah. Lazimnya, pemeriksaan pagi dilakukan pada pukul 8.00 pagi. Antara aspek-
aspek yang dinilai termasuklah:
i. Kebersihan dalam dan persekitaran khemah
ii. Susun atur barang dan peralatan kumpulan
iii. Pakaian yang dibawa
iv. Gajet yang dibawa
Cara Pemeriksaan Pagi dilaksanakan adalah seperti berikut:
a. Membersihkan kawasan perkhemahan, membersihkan periuk dan peralatan
masak yang digunakan, menyusun peralatan perkhemahan dan sarapan pagi
hendaklah selesai sebelum pemeriksaan pagi.
b. Satu tiupan wisel yang panjang dibunyikan oleh pemimpin yang bertugas bagi
menandakan Pemeriksaan Pagi akan dilakukan.
112
c. Ketika Pemeriksaan Pagi dijalankan, semua ahli badan unit beruniform berdiri
sebaris mengikut sistem patrol iaitu ketua patrol berada di kanan sekali,
kuarter master, ahli-ahli dan di kiri sekali ialah penolong ketua patrol.
d. Semasa Pemeriksaan Pagi dijalankan, semua pakaian dalam patrol
berkenaan diletakkan di hadapan ahli-ahli patrol.
e. Ketua Patrol akan memberi arahan bersedia kepada ahli-ahlinya. Seperti
“Patrol Nuri Sedia,” sebelum pemimpin berada di pintu gerbang patrol itu.
f. Semasa pemimpin memasuki pintu gerbang patrol, ketua patrol bergerak ke
hadapan lalu memberi tabik hormat dan melapor diri kepada pemimpin
bertugas. Contoh ayat laporan: “Kami Patrol Nuri seramai 20 orang, siap sedia
menerima arahan tuan.”
g. Manakala penolong ketua patrol dan kuarter master akan keluar baris sejurus
selepas menerima arahan daripada salah seorang pemimpin. Kemudian
kembali ke dalam barisan setelah selesai pemeriksaan.
h. Selepas itu, ketua patrol memberi hormat sekali lagi dan meminta kebenaran
menjalankan tugas-tugas lain. Contoh ayat: “Kami Patrol Nuri seramai 20
orang mengucapkan ribuan terima kasih, dan minta kebenaran menjalankan
tugas lain, tuan.”
i. Maka selesailah Pemeriksaan Pagi, selepas pemimpin keluar daripada pintu
gerbang. Ketua Patrol mengarahkan ahli-ahlinya keluar baris.
3. SURAT – MENYURAT
Beberapa keperluan perlu diperoleh sebelum mengadakan sesuatu aktiviti
perkhemahan iaitu :
a) Kebenaran pengetua/ guru besar
b) Kebenaran pemilik tanah/ tapak perkhemahan
c) Pemberitahuan dan kebenaran daripada Ketua Balai Polis berdekatan
d) Kebenaran ibu bapa atau penjaga
Surat kebenaran perlu dihantar lebih kurang satu setengah atau dua bulan sebelum
perkhemahan diadakan
Kebenaran dan persetujuan daripada pengetua atau guru besar dan pemiliktapak
perkhemahan diperolehi terlebih dahulu sebelum kebenaran laindipohon.
Bajet/Belanjawan
113
Bajet mensti dirancang dengan sebaiknya supaya keperluan perkhemahandapat
ditanggung dengan baik dan teliti
Butiran-butiran bajet adalah seperti kos peralatan, perubatan, makanan dan
pengangkutan- Jenis aktiviti yang dijalankan dan jumlah peserta akan menentukan
kos bajet.
114
Penulisan Log Harian Bil :7 Tarikh : 18 OGOS 2021
Tajuk
Lokasi : PENGURUSAN DAN PERSIAPAN PERKHEMAHAN
Jurulatih
Ketua Platun : GOOGLE MEET
Kekuatan Anggota
: ABDUL RAMIT BIN SULAIMAN
: AHMAD DANIAL AIMAN BIN AZMI
: 22
MASA AKTIVITI CATATAN
8.00 pagi PENGURUSAN DAN PERSIAPAN PERKHEMAHAN
– - Laporan
9.00 pagi
9.00 pagi - Refleksi
–
10.00 pagi
10.00 pagi ORIENTASI KURIKULUM SEKOLAH RENDAH
– - Kurikulum unit beruniform
11.00 pagi
11.00 pagi - Perancangan program
-
12.00 tengah
hari
115
Log Penulisan Pelajaran Bil : 7
Tarikh : 18 OGOS 2021 Hari : RABU
Tajuk : PENGENALAN, KONSEP, SEJARAH DAN KEPENTINGAN UNIT
BERUNIFORM
1. PENGURUSAN DAN PERSIAPAN PERKHEMAHAN
1.1 Laporan
Mempunyai tarikh, dan ulasan ringkas bagi setiap aktiviti yang telah dijalankan
Lampiran gambar sebagai pengukuhan bagi setiap aktiviti.
Contoh:
1.2 Refleksi
Pandangan sendiri tentang segala perancangan perkhemahan yang telah dilakukan
Sebarang cadangan ataupun kelemahan yang terdapat sepanjang program
Harapan untuk penambahbaikan perancangan masa akan datang.
Contoh:
Sebagai mukadimah saya ingin memanjatkan segala kesyukuran dan terima kasih
kepada Tuhan kerana telah melindungi saya dan semua rakan-rakan saya yang
terlibat dalam Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform. Kami berjaya menempuhi
segala halangan dan kekangan dengan berjaya sekali. Saya juga ingin merakamkan
ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak
langsung dalam mengendalikan program ini.
Kerjasama dalam kalangan ahli jawatankuasa dan peserta Perkhemahan
Bersepadu Unit Beruniform ini merupakan tunggak utama kejayaan program ini.
Dalam pada ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ribuan terima kasih kepada
Unit Gerko Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan yang telah
menganjurkan program ini bagi melahirkan guru yang berdisplin dan berkeyakinan
diri yang tinggi. Sekalung penghargaan kepada pensyarah yang sudi hadir bersama
kami di sepanjang perkhemahan ini. Segala maklumat yang disampaikan dapat
dijadikan sebagai pedoman dan ilmu pada masa akan datang. Tanpa kerjasama dan
sokongan dari semua pihak sudah tentu perkhemahan ini tidak dapat dilaksanakan
dengan sempurna.
116
Kami telah menjalani satu perkhemahan selama 4 hari 3 malam di Kem Taman
Pertanian, Semambu, Kuantan,Pahang pada 27 hingga 30 Ogos 2012. Pelbagai
aktiviti yang menarik telah dilaksanakan sepanjang saya berada disana. Disana saya
dapat mempraktikkan ilmu yang telah diajar oleh pensyarah kami sepenuhnya dalam
pelbagaiRefleksi Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform DPLI Page 1
Kadet Remaja Sekolahhal. Perkhemahan ini adalah wajib disertai oleh semua
guru pelatihDiploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI). Semua guru pelatih DPLI
menyertai dua unit uniform yang berlainan iaitu badan beruniform Kadet Remaja
Sekolah dan Pengkap. Selain itu, guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda
Pendidikan (PISMP) semester 4 juga turut mengambil bahagian dalam perkhemahan
ini.
Secara jujur, sebelum perkhemahan saya berasa takut dan kurang
berkeyakinan untuk pergi berkhemah dengan keadaan akan dihadapi di sana nanti.
Namun persepsi saya telah bertukar apabila saya telah berada di kem tersebut dan
merasakan perkhemahan ini sangat menyeronokkan dan memberi pengalaman yang
cukup manis buat saya. Di samping itu, saya juga telah mengeratkan hubungan
silaturrahim dengan rakan-rakan yang lain. Kami yang kurang rapat sepanjang jam
interaksi kokurikulum telah menjadi rapat di kem Taman Pertanian. Ia telah membina
semangat setiakawan di antara satu sama lain.
Sebelum perkhemahan ini diadakan, suatu ahli jawatankuasa telah dilantik
untuk mengendalikan perkhemahan kami di Kem Taman Pertanian Semambu.
Perkhemahan ini telah diketuai oleh Saudara KL Wong. Kami telah berbincang
mengenai perkaraperkara penting yang perlu disiapkan untuk perkhemahan tersebut
sebelum kami bertolak dari IPGKTAA, Kuala Lipis. Kami meneliti perkara-perkara
yang diperlukan satu persatu sebelum perkhemahan ini. Setiap ahli jawatankuasa
telah melakukan tugas masing-masing dengan sikap penuh bertanggungjawab. Saya
sangat menghormati sikap kawan-kawan Kadet Remaja Sekolah yang menguruskan
perkhemahan ini kerana mereka sangat bertanggungjawab dan berkaliber.
Saya telah dilantik sebagai Ketua AJK Aktiviti dimana saya perlu menguruskan
aktiviti-aktiviti kumpulan yang akan dijalankan oleh para peserta di kem tersebut.
Sebelum perkhemahan dimulakan, AJK Aktiviti telah membuat perbincangan dimana
kami meneliti aktiviti yang perlu dijalankan di kem Taman Pertanian Semambu dan
juga menguruskan jadual aktiviti untuk Kadet Remaja Sekolah. Di sini, saya telah
117
mendapati antara semua rakan-rakan seperjuangan sangat erat dan kukuh untuk
menjayakan perkhemahan ini.
Saya sebagai Ketua Ahli Jawatankuasa Aktiviti telah mengadakan perjumpaan
bersama semua ahli-ahli KRS untuk mendapatkan penyertaan ahli pasukan. Ahli-ahli
KRS yang berminat telah memasuki pertandingan orentaring dan masakan rimba.
Bagi station pertandingan ikatan dan simpulan, pertandingan KIM dan pertandingan
pandu arah pula, semua guru pelatih perlu mengambil bahagin kerana ia adalah
aktiviti wajib.Setiap orang pelatih dibekalkan dengan satu boring khas yang
menunjukkan mereka mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Markah
juga akan diambil bagi pertandingan ini. Seterusnya bagi menyeimbangi kemasukan
ahli-ahli dalam pertandingan yang diadakan saya mencadangkan agar semua ahli
KRS perlu mengambil bahagian dalam acara Malam Kebudayaan yang akan
diadakan pada hari khamis di sebelah malam.
Saya berasa sangat mudah untuk berkomunikasi dengan semua ahli KRS
apabila saya dipertanggungjawabkan sebagai Ketua Ahli Jawatankuasa Aktiviti.
Tidak banyak masalah yang timbul semasa saya membahagikan tugas kepada
semua ahli KRS mengikuti aktiviti yang akan diadakan. Semua ahli memberikan
komitmen yang tinggi apabila diberikan satu tanggungjawab kepada mereka.
Menguruskan jadual aktiviti menjadi satu pengalaman yang berguna kepada saya
dan apabila saya berada di sekolah kelak saya dapat mengaplikasi ilmu yang saya
perolehi. Cara menguruskan sebuah ahli kumpulan dengan mengambil kira
keperluan semua orang tanpa menyinggung perasaan mana-mana ahli juga turut
saya pelajari.
Pada 27 Ogos 2012 Program Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform telah
bermula secara rasminya. Pada pukul 8 pagi semua guru pelatih DPLI telah diminta
untuk berkumpul di hadapan Astaka Khalid Al- Walid. Saya telah bersiap dengan beg
galas dan berkumpul di hadapan astaka. Kemudian semua ahli yang berkumpul di
astaka telah bergegas ke Unit Kokurikulam untuk mengambil barang-barang
perkhemahan yang telah dipinjam dari unit itu. Dengan kebenaran pensyarah
kamiRefleksi Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform DPLI Page 3
Kadet Remaja Sekolahtelah menyimpan barang-barang di biliknya. Oleh itu, kami ke
bilik pensyarah untuk memungah semula semua barang-barang tersebut ke astaka.
118
Selepas memeriksa semua barang-barang yang diperlukan telah diambil kami
menyusun semua barang-barang tersebut di dalam bakul yang disediakan. Kemudian
kami menunggu kedatangan bas dengan penuh rasa sabar. Bas telah sampai pada
pukul lebih kurang 11 pagi. Selepas itu, kami telah menyusun semua barang-barang
perkhemahan di dalam bas. Seterusnya saya menaiki bas dan mendapatkan tempat
duduk bersebelahan tingkap. Pada pukul 11.30 pagi bas yang ditempah khas itu telah
mula beredar dari Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan.
Perjalanan selama 5 jam telah diambil untuk sampai ke tapak Perkhemahan Taman
Pertanian Semambu, Kuantan.
Selepas sahaja sampai ke tapak Perkhemahan Taman Pertanian Semambu,
Kuantan kami telah mendapat arahan untuk memilih khemah yang telah siap
dipasang. Selepas khemah telah dipilih oleh semua guru pelatih DPLI kami telah
membersihkan khemah tersebut dengan menyapu dan lap kotoran yang terdapat. Di
dalam khemah kami terdapat 6 orang guru pelatih DPLI yang tinggal pada mulanya.
Mereka terdiri daripada saya Krishnaveny, Kasthuribai, Vanitha, Rogani, Malini dan
Mogana. Kemudiannya adik dari Kadet Remaja Sekolah semester 4 datang untuk
bertanya supaya dapat tinggal bersama di khemah kami bersama kawannya.
Saya telah meminta mereka tinggal sekali di dalam khemah tersebut kerana
kami faham khemah tidak mencukupi untuk menampung semua guru pelatih. Ahli
dalam khemah kami telah meningkat kepada 8 orang. Shalini dari Kadet Remaja
Sekolah dan Mary dari Bulan Sabit Merah turut berada dalam khemah kami.
Walaupun kami tidak kenal mereka pada mulanya tetapi kami menjadi begitu rapat
dengan mereka kemudiannya. Kami dapat berkerjasama dengan mereka sepanjang
tempoh perkhemahan ini diadakan. Kebersihan khemah yang kami tinggal sentiasa
dijaga dengan baik. Semangat tolong-menolong antara satu sama lain juga turut
dipraktikan.
Selepas khemah dibersihkan semua guru pelatih telah dipanggil oleh En.
Ahmad Yani untuk memberi penerangan tentang aktiviti-aktiviti yang akan diadakan,
memperkenalkan Komenden Kem dan peraturan-peraturan yang perlu diikuti semasa
mengikuti perkhemahan ini. Penerangan yang terperinci telah diberikan kepada
semua guru pelatih. Selepas selesai perjumpaan itu, semua guru pelatih telah pergi
untuk menyiapkan diri untuk perjumpaan pada pukul 9 malam. Saya bersama rakan-
rakan yang lain telah bergegas ke kawasan memasak untuk menyediakan makan
malam untuk rakan-rakan KRS yang lain. Selepas menyediakan makan malam kami
119
telah mandi dan bersiap sedia untuk makan dan seterusnya pergi ke dewan terbuka
untuk mendengar taklimat malam itu.
Acara rasmi pertama yang diadakan pada hari pertama ialah perjumpaan
semua ahli unit beruniform yang diadakan serentak. Dalam taklimat yang diberikan
En. Ahmad Yani memperkenalkan Komenden Kem secara rasmi kepada semua guru
pelatih. Semua guru pelatih diberi nasihat agar mendengar segala arahan Komenden
Kem dan mematuhi arahan tersebut. Selain itu, penerangan tentang tugas rondaan
malam dan kawalan keselamatan juga turut diberi. Semua ahli unit beruniform
tertakluk kepada undang-undang kem dan tindakan akan diambil jika ada guru pelatih
yang engkar mendengar arahan. Talimat pada malam itu tamat pada pukul 11.30
malam dan semua guru pelatih dibenarkan balik ke khemah masing-masing untuk
berehat.
Acara pertama pada pagi hari kedua ialah upacara menaikan bendera
diadakan. Kadet Remaja Sekolah Diploma Perguruan Lepasan Ijazah telah
mengetuai upacara menaikan bendera pada pagi itu. Kami telah menyanyikan lagi
Negara Ku dengan penuh semangat. Selapas upacara menaikan bendera pada pagi
hari kedua tamat, kami telah dibahagikan kepada kepada beberapa kumpulan dan
mempelajari untuk membuat ikatan dan simpulan yang berlainan. Saya dapat
mempelajari 10 jenis ikatan dalam tempoh waktu 2 jam sahaja. Seronok rasanya
dapat mempraktikkan ilmu ikatan dan simpulan di sana. Dalam waktu itu, saya belajar
tentang erti semangat berpasukan. Jika kami tidak bekerjasama tidak mungkin kami
dapat menyiapkan tugasan diberikan. Kami membahagikan tugas dengan adil dan
kami melaksanakan tugas yang diberikan dengan penuh amanah sekali.
Seterusnya aktiviti yang amat mencabar saya bagi saya berlangsung. Iaitu aktiviti
Orentering untuk masuk ke hutan. Letih sekali rasanya kerana kami terpaksa
memasuki hutan yang tebal yang dan trak laluannya adalah panjang. Memasuki
hutan ialah satu pengalaman yang amat bermakna sekali ini kerana ini adalah
pengalaman pertama saya memasuki hutan. Sungguh indah ciptaan tuhan dan ini
membautkan saya rasa bersyukur sekali. Tidak cukup dengan itu, aktiviti didalam
hutan adalah amat terkesan sekali di hati saya.
Pada malam terakhir aktiviti kami diteruskan lagi dengan aktiviti malam
kebudayaan. Malam kebudayaan ini boleh dianggap sebagai acara kemuncak bagi
Perkhemahan Unit Beruniform kali ini. Majlis kami pada malam itu dihadiri oleh semua
120
unit beruniform dan pensyarah pembimbing. Majlis kami pada malam itu dirasmikan
dengan gemilangnya oleh Ketua Unit Gerko Institut Pendidikan Guru kami iaitu Encik
Ahmad Yani. Terdapat pelbagai aktiviti yang menarik sebelum upacara perasmian ini.
Kami dikehendaki mereka tepukan semangat bagi setiap kumpulan. Ianya akan
menambahkan lagi kehangatan majlis pada malam itu.
Tema pada pada malam itu adalah bebas tetapi hendaklah mempunyai
unsurunsur alam sesuai dengan tempat perkhemahan kami. Terdapat 7 kumpulan
yang membuat persembahan pada malam itu. Persembahan yang pertama ialah
daripada unit beruniform Pandu Puteri. Sesungguhnya persembahan mereka pada
malam itu sungguh memberikan pengajaran yang berguna kepada semua guru
pelatih. Persembahan yang lain pula ialah dari kumpulan pengakap dengan dikir yang
sangat kreatif dan menghiburkan hati. Walaupun berunsurkan hiburan tetapi terdapat
pelbagai mesej yang ingin disampaikan oleh mereka terutamanya hal-hal yang
berkaitan moral. Seterusnya, guru pelatih disajikan dengan sedikit lakonan dan tarian
yang sungguh indah dan mengasyikkan oleh unit Pandu Puteri. Tarian yang lemah
gemalai dan tidak ada kecacatan langsung amat mengasyikkan para guru pelatih.
Kadet Remaja Sekolah dan juga PBSM pula tampil dengan lakonan yang memberi
banyak pengajaran kepada semua tetapi dibuat dalam suasana yang cukup santai
dan menghiburkan. Kesimpulannya, kesemua guru pelatih dapat menghiburkan diri
disamping mengambil banyak pengajaran daripada persembahan-persembahan oleh
unit-unit beruniform.
Kesimpulannya, pelbagai manfaat yang saya dapat daripada mengikuti
perkhemahan ini. Saya melihat perkhemahan ini memberi impak yang positif kepada
diri saya dimana saya telah mempelajari banyak perkara dan benda baru dalam
hidup. Walaupun saya mengikut perkhemahan ini buat kali pertama tetapi saya suka
akan perkhemahan ini kerana memberi makna dan mengisi ilmu dalam dada.
Memang pada mulanya, saya tidak suka dan tidak berminat dengan perkhemahan ini
namun setelah berada di kem ini saya menjadi sangat berminat dengan aktiviti
perkhemahan ini. Tidak ada langsung rasa menyesal saya selama mengikuti
perkhemahan ini.
Perkara yang paling menggembirakan adalah saya telah berjaya mempelajari
ikatan dan simpulan. Saya akan bawa ilmu ini kepada anak-anak murid saya di
sekolah kelak. Banyak perkara yang telah saya pelajari dari segi Jasmani, Emosi,
Rohani, Intelek dan Sosial semasa perkhemahan ini. Saya dapat memupuk sikap
121
bertolak ansur, sifat sabar, setiakawan, bekerjasama dan bekerjasama antara ahli
pasukan ialah antara perkara yang dapat saya pelajari disini dan saya percaya ianya
tidak boleh dijual beli. Saya akan gunakan ia untuk menjadi insan yang lebih baik
dimasa hadapan dan juga guru yang cemerlang. Saya bangga menjadi ahli Kadet
Remaja Sekolah. Sekian, terima kasih.
2. ORIENTASI KURIKULUM SEKOLAH RENDAH
2.1 Kurikulum unit beruniform
Program UB di Sekolah Rendah Merancang Program Program Jangka Pendek dan
panjang Program Unit Beruniform di sekolah rendah diperkenalkan kepada murid-
murid tahun 4,5, dan 6. Di sekolah terdapat banyak unit beruniform ditubuhkan. Antara
unit beruniform yang selalunya ada di sekolah ialah Kadet Remaja Sekolah,
Pengakap, Pandu Puteri, Kadet Polis, dan Bulan Sabit Merah Malaysia.
Dalam merancang program unit beruniform KRS di sekolah, terdapat skema yang
perlu diikuti iaitu:
i. Pada pertamanya perlu menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan dan
Penyelarasan KRS.
ii. Merumus dan menetapkan visi dan misi kegiatan KRS dan menghebahkan
kepada guru-guru dan pelajar-pelajar
iii. Menubuhkan Jawatankuasa Kerja Pengurusan dan Penyelarasan Kegiatan KRS
yang terdiri daripada guru-guru penasihat
iv. Mengkaji dan mengenalpasti kekuatan dan kelemahan dalam pelaksanaan
kegiatan KRS pada tahun-tahun sebelumnya dan merumuskan dasar,
pendekatan dan kaedah baru pelaksanaan
v. Memberi taklimat kepada guru-guru tentang dasar, pendekatan dan kaedah baru
pelaksanaan KRS yang telah dirumuskan
vi. Menyediakan keperluan asas pentadbiran
vii. Menyediakan atau memperolehi keperluan prasarana dan
kemudahankemudahan asas
viii. Mengenalpasti keupayaan sekolah dari aspek pelaksanaan
ix. Memperoleh dan mengemaskini inventori, bekalan pejabat dan harta modal
bidang kokurikulum
x. Menyediakan perancangan dan jadual tahunan (takwim) kegiatan kokurikulum
sekolah
xi. Melaksanakan kursus-kursus pengurusan kokurikulum kepada guruguru
xii. Memantau dan menyelia pelaksanaan kegiatan KRS
122
xiii. Menyedia, mengumpul dan menyemak dokumentasi pelaksanaan program
xiv. Melaksanakan Skema Penilaian Program KRS untuk setiap pelajar
xv. Merancang dan melaksanakan kursus-kursus kejurulatihan
xvi. Meneroka dan mewujudkan peluang-peluang penyertaan dan penglibatan
pelajar dalam kegiatan KRS di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan
antarabangsa
2.2 Perancangan program
Prinsip merancang program seperti berikut:
1. Menyediakan ruang, peluang, kesempatan dan kemudahan pembelajaran yang
menarik, menyeronokkan dan merentasi kurikulum
2. merancang, menganjur dan mengelolakan kegiatan kokurikulum yang berbentuk
aktiviti
3. semua program yang dirancang diberi penekanan secara sedar kapada usaha
bersepadu ke arah memperkukuhkan semangat patriotisme, dan semangat
perpaduan antara kaum dan wilayah
4. menyediakan peluang, ruang dan kemudahan yang mencukupi
5. Menyediakan skema peningkatan pengetahuan, kemahiran, pencapaian, dan
kepimpinan
6. Semua program dan kegiatan kokurikulum yang dirancang memberi peluang dan
kesempatan kepada pelajar untuk mengembangkan minat
7. Menyediakan peluang dan kesempatan kepada pelajar untuk memperagakan
bakat dan kebolehan masing-masing di khalayak ramai
8. Menerapkan elemen-elemen kerjaya dalam program dan kegiatan kokurikulum
yang dirancang
9. Mewujudkan rangkaian kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan, syarikat-
syarikat swasta, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan institusi pengajian
tinggi untuk memperluas, mempelbagai dan mempertingkatkan penglibatan
pelajar dalam kegiatan kokurikulum
10. Mewujudkan peluang kepada pelajar untuk mempertingkatkan daya saing dan
daya tahan masing-masing
11. Merealisasikan unsur-unsur penghargaan dalam setiap aktiviti/kegiatan
kokurikulum yang dianjur
Program jangka pendek dan panjang Program jangka pendek merupakan
perancangan terperinci yang dilakukan oleh pengurus peringkat bawahan. Jangka
masanya paling pendek kurang daripada satu tahun. Program ini menekankan pada
123
tugas-tugas rutin dan dilakukan secara berulang-ulang seperti kerja harian, mingguan,
dan bulanan. Antara contoh program jangka pendek ialah persediaan untuk
pertandingan kawab kaki daerah dan sekolah, perujian dan pentauliahan pangkat
kadet, perkhemahan, rombongan atau program perdana dan lain-lain. Manakala
program jangka panjang pula bertujuan untuk meningkatkan peratus markah aspek
kehadiran setiap ahli.
Jangka masanya adalah panjang sekurang-kurang tiga tahun. contohnya seperti
perjumpaan Unir Beruniform Kadet Remaja 100% pelajar menghadiri aktiviti badan
beruniform. Pertandingan kawab kaki peringkat Sekolah
- Pentauliahan pangkat KRS
- Perkhemahan KRS
- Rombongan/Program Perdana KRS
-
124
Penulisan Log Harian Bil : 8 Tarikh : 1 SEPTEMBER 2021
Tajuk : PERKHEMAHAN ATAS TALIAN
Lokasi : GOOGLE MEET
Jurulatih : ABDUL RAMIT BIN SULAIMAN
Ketua Platun : AHMAD DANIAL AIMAN BIN AZMI
Kekuatan Anggota : 22
MASA AKTIVITI CATATAN
8.00 pagi - 8.30 pagi TAKLIMAT PERKHEMAHAN
8.30 pagi - 10.30 pagi Lakaran pelan tapak perkhemahan yang
ideal
10.30 pagi - 11.00 pagi Rehat
11.00 pagi - 1.00 petang Langkah-langkah sebelum, semasa dan
selepas
1.00 petang - 2.30 petang Solat dan makan tengahari
2.30 petang - 4.30 petang Video kraf perkhemahan (gajet)
4.30 petang - 5.00 petang Solat asar dan minum petang
5.00 petang - 7.00 petang Video kraf perkhemahan (gajet)
125
Log Penulisan Pelajaran Bil : 8
Tarikh : 1 SEPTEMBER 2021 Hari : RABU
Tajuk : PERKHEMAHAN ATAS TALIAN
1.0 Taklimat perkhemahan
Taklimat perkheman telah diberikan oleh En Abdul Ramit melalui Google Meet tentang
perjalanan perkhemahan atas talian yang berlangsung selama 4 hari. Jadula
perkhemahan telah diberikan dan pelajar perlu menyiapkan tugasan atau ujian yang
telah ditetapkan berdasarkan jadual yang telah diberikan.
2.0 Lakaran pelan tapak perkhemahan yang ideal
Pelan tapak perkhemahan termasuk dalam tugasan 3 bagi subjek MPU3062. Pelan
ini perlu menitikberatkan tentang aspek keselamatan, kedudukan peralatan, gajet
dalam kawasan perkhemahan. Saya telah melakarkan pelan pada tugasan 3.
3.0 Langkah-langkah sebelum, semasa dan selepas
Menulis berkaitan langkah pengurusan perkhemahan yang perlu dilaksanakan secara
bersemuka telah saya siapkan dalam tugasan 3. Beberapa aspek perlu ditekankan
lebih-lebih lagi persediaan sebelum perkhemahan termasuklah surat, peralatan,
tempat untuk perkhemahan dan sebagainya. Hal ini dapat melatih saya untuk
mengetahui cara pengurusan perkhemahan walaupun tidak dapat dilaksanakan
secara bersemuka
4.0 Video kraf perkhemahan (gajet)
Bagi penghasilan gajet, saya menggunakan buluh yang telah diambil beberapa hari
sebelum mula perkhemahan. Buluh saya potong menjadi kecil dan sesuai untuk
dijadikan replika gajet. Saya juga menggunakan beberapa jenis simpulan dan ikatan
seperti manuk, seraya dan balak dalam penghasilan gajet.
126
127
Penulisan Log Harian Bil : 9 Tarikh : 2 SEPTEMBER 2021
Tajuk : PERKHEMAHAN ATAS TALIAN
Lokasi : GOOGLE MEET
Jurulatih : ABDUL RAMIT BIN SULAIMAN
Ketua Platun : AHMAD DANIAL AIMAN BIN AZMI
Kekuatan Anggota : 22
MASA AKTIVITI CATATAN
8.00 pagi - 8.30 pagi TAKLIMAT PERKHEMAHAN
8.30 pagi - 10.30 pagi Video Kawad Kaki
10.30 pagi - 11.00 pagi Rehat
11.00 pagi - 1.00 petang Video Kawad Kaki
1.00 petang - 2.30 petang Solat dan makan tengahari
2.30 petang - 4.30 petang Video Ujian Ikatan Dan Simpulan
4.30 petang - 5.00 petang
5.00 petang - 7.00 petang Solat asar dan minum petang
Video Ujian Ikatan Dan Simpulan
128
Log Penulisan Pelajaran Bil : 9
Tarikh : 2 SEPTEMBER 2021 Hari : KHAMIS
Tajuk : PERKHEMAHAN ATAS TALIAN
1.0 Video Ujian Kawad Kaki
Saya melaksanakan ujian kawad kaki di halaman rumah kerana kawasan yang lapang.
Bagi kawad, beberapa pergerakan kawad statik dan dinamik telah saya lakukan
seperti pergerakan ke kenan, kiri menghadap ke belakang dan hadapan. Bagi kawad
dinaik pula, saya melakukan hormat ke hadapan dan ke kanan. Penghasilan video ini
saya muat naik di Youtube dan pautan ke Google Classrom.
2.0 Video Ujian Ikatan Dan Simpulan
Ujian ikatan dan simpulan memerlukan 3 jenis simpulan dan 1 ikatan. Saya memilih
untuk melakukan simpulan manuk, bunga geti dan tindih kasih manakala ikatan saya
memilih untuk melakukan ikatan seraya. Perlatan yang saya gunakan hanya dua utas
tali dan dua batang kayu. Sama seperti tugasan kawad kaki, saya muatnaik di Youtube
dan pautan ke dalam Google Classroom
129
Penulisan Log Harian Bil : 10 Tarikh : 3 SEPTEMBER 2021
Tajuk
Lokasi : PERKHEMAHAN ATAS TALIAN
Jurulatih
Ketua Platun : GOOGLE MEET
Kekuatan Anggota
: ABDUL RAMIT BIN SULAIMAN
: AHMAD DANIAL AIMAN BIN AZMI
: 22
MASA AKTIVITI CATATAN
8.00 pagi - 8.30 pagi TAKLIMAT PERKHEMAHAN
8.30 pagi - 10.30 pagi Video Ujian Masakan
10.30 pagi - 11.00 pagi Rehat
11.00 pagi - 1.00 petang Video Ujian Masakan
1.00 petang - 2.30 petang Solat dan makan tengahari
2.30 petang - 4.30 petang Video Ujian Pertolongan Cemas
4.30 petang - 5.00 petang Solat asar dan minum petang
5.00 petang - 7.00 petang Video Ujian Pertolongan Cemas
130
Log Penulisan Pelajaran Bil : 10
Tarikh : 3 SEPTEMBER 2021 Hari : JUMAAT
Tajuk : PERKHEMAHAN ATAS TALIAN
1.0 Video ujian masakan
Ujian masakan telah ditetapkan bahan asas seperti tepung, ikan, ayam, kentang dan
telur. tempoh bagi memasak agak lama dan saya mempercepatkan rakaman yang
saya hasilkan.
2.0 Video ujian pertolongan cemas
Saya telah melakukan 4 jenis petolongan cemas iaitu balutan di kepala, tangan, tapak
tangan dan lutut. Saya menggunakan kain anduh untuk melakukan balutan
131
Penulisan Log Harian Bil : 11 Tarikh : 4 SEPTEMBER 2021
Tajuk
Lokasi : PERKHEMAHAN ATAS TALIAN
Jurulatih
Ketua Platun : GOOGLE MEET
Kekuatan Anggota
: ABDUL RAMIT BIN SULAIMAN
: AHMAD DANIAL AIMAN BIN AZMI
: 22
MASA AKTIVITI CATATAN
8.00 pagi - 8.30 pagi TAKLIMAT PERKHEMAHAN
8.30 pagi - 10.30 pagi Laporan perkhemahan
10.30 pagi - 11.00 pagi Rehat
11.00 pagi - 1.00 petang Penutup/ Bersurai
132
Log Penulisan Pelajaran Bil : 11
Tarikh : 4 SEPTEMBER 2021 Hari : SABTU
Tajuk : PERKHEMAHAN ATAS TALIAN
1.0 Laporan perkhemahan
Laporan ringkas telah saya laksanakan bagi kesemua aktiviti perkehamahan atas
talian sepanjang 4 hari. Saya juga turut menyediakan refleksi berdasarkan apa yang
telah saya jalankan dalam tugasan 3.
2.0 Penutup
Penutup perkhemahan dirasmikan oleh Dr Khairuddin bin Said, Timbalan Pengarah
IPKTAA. Dan dihadiri oleh semua pensyarah yang terlibat serat pelajar PISMP
Semester 3 yang mengikuti kursus MPU3062 ini.
133