The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BENTUK KESALAHAN DI BAWAH AKTA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN – PERCERAIAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ismahfarzana, 2023-07-18 15:04:14

BENTUK KESALAHAN DI BAWAH AKTA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN – PERCERAIAN

BENTUK KESALAHAN DI BAWAH AKTA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN – PERCERAIAN

BENTUK KESALAHAN DI BAWAH AKTA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN – PERCERAIAN Di bawah Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan (Akta 303) Bahagian V - Pembubaran Perkahwinan, terdapat beberapa bentuk kesalahan yang dapat menjadi dasar untuk perceraian. Hal ini berlaku kerana beberapa faktor yang menjadi dorongan kepada penceraian itu berlaku. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Halimaton Shaadiah Saad, berkata peningkatan 23 peratus itu didapati apabila sebanyak 3,245 kes cerai direkod pada tahun lalu, berbanding hanya 2,586 pada 2021. "Antara punca perceraian ini berlaku adalah disebabkan faktor kewangan, tidak bertanggungjawab, kurang ilmu mengenai peranan suami dan isteri, tidak kuat pegangan agama, kehadiran dan campur tangan orang ketiga. "Sebagai usaha membantu pasangan ini, kita mewujudkan Program Raikan Cinta khusus kepada pasangan yang menghadapi krisis rumah tangga bertujuan mengeratkan semula tautan kasih sayang antara suami dan isteri," katanya. (Noraniza, 2023) Berikut adalah beberapa contoh kesalahan yang dapat menjadi alasan perceraian menurut undang-undang ini: 1.0 KEZALIMAN Kaunselor Berdaftar Universiti Putra Malaysia (UPM), Bahagian Perkhidmatan Sumber Manusia, Siti Fatimah Abdul Ghani, berkata masih ramai wanita tidak mempertahankan hak dan kebajikan diri disebabkan stigma serta persepsi berkenaan. Justeru, isu penderaan atau keganasan dalam rumah tangga sering kali berlaku membabitkan perkara itu sehingga membelenggu emosi wanita. "Mangsa juga mungkin faham dan sedar ada peruntukan undang-undang sedia ada boleh membendung jenayah ini, tapi berdiam diri.


"Malah, kebanyakan mangsa rasa berbelah bagi untuk mengambil apa-apa tindakan atas alasan masing sayangkan hubungan perkahwinan, masa depan suami isteri dan anak-anak serta risaukan persepsi masyarakat. "Banyak kes yang pernah didakwa sekalipun, kemudiannya tidak dapat diteruskan di mahkamah kerana mangsa tidak mahu hadir memberikan keterangan semasa perbicaraan kerana masih sayangkan pelaku, iaitu suami," katanya. (Nuratikah Athilya, 2022) Jika suami atau isteri melakukan kezaliman fizikal atau mental yang menyebabkan penderitaan atau bahaya bagi pasangan tersebut, itu dapat menjadi dasar untuk perceraian di bawah Seksyen 127. Menganiaya isteri. Seseorang yang menganiaya isterinya atau menipu harta isterinya adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya denda dan penjara itu. 2.0 PENGABAIAN HAK Pengabaian menunaikan tanggungjawab nafkah kepada isteri dan anak-anak merupakan antara punca perceraian yang tertinggi terutama di kala penularan pandemik Covid-19. Ramai suami dibuang kerja atau dipotong gaji. Ini memberi impak kepada kewangan keluarga. Terdapat juga suami salah faham dengan tidak memberi nafkah kepada isteri yang bekerja. Makin memburukkan keadaan apabila suami tidak membantu isteri dalam urusan rumahtangga sedangkan Rasulullah SAW sendiri sentiasa membantu isteri-isterinya di rumah. (Aqilah, 2022) Jika suami atau isteri secara tanpa alasan wajar meninggalkan pasangannya tanpa persetujuan dan tanpa alasan yang sah selama tempoh tertentu, itu dapat menjadi dasar untuk perceraian di bawah Seksyen 132. Dengan sengaja cuai mematuhi perintah nafkah. Tanpa menyentuh hak seseorang yang ada mempunyai kepentingan di bawah sesuatu perintah nafkah yang dibuat di bawah Akta ini untuk


menguatkuasakannya di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana undangundang lain, Mahkamah yang membuat perintah boleh, jika perintah nafkah itu dengan sengaja tidak dipatuhi, mengarahkan supaya jumlah yang kena dibayar itu dilevi mengikut cara yang diperuntukkan oleh undang-undang bagi melevikan denda-denda yang dikenakan oleh Mahkamah itu, atau boleh menjatuhkan hukuman penjara ke atas orang yang sengaja cuai mematuhi perintah nafkah itu selama tempoh tidak lebih daripada satu bulan bagi tiap-tiap bulan nafkah masih belum dibayar. 3.0 PENGKHIANATAN Hampir 90 peratus kes masalah rumah tangga disebabkan oleh kesempitan kewangan namun, bukan semua jadi punca utama cerai. “Biasanya ia akan berkait dengan isu orang ketiga, baru berlakunya perceraian. Dalam banyak kes, selagi tidak ‘kantoi’ suami curang, ramai isteri bertahan walau berbelas atau berpuluh tahun menyara suami yang tidak bekerja. (Suzana, 2023) Gangguan pihak ketiga juga menjadi salah satu punca yang dikaitkan dengan berlakunya perceraian di luar Mahkamah. Isu pertelingkahan mula berlaku setelah isteri mendapat tahu sama ada melalui suaminya atau diberitahu oleh pihak lain mengenai suaminya ingin berkahwin dengan wanita lain. Hasrat suami dihalang keras oleh isteri yang membawa kepada perbalahan yang menyebabkan suami hilang sabar seterusnya menceraikan isteri di luar Mahkamah. (Mazlan, 2010) Jika salah satu pasangan terlibat dalam perselingkuhan atau hubungan seksual di luar pernikahan tanpa persetujuan pasangan lainnya, itu dapat menjadi alasan perceraian dan boleh dikaitakn dengan denda di bawah Seksyen 128. Tidak memberi keadilan yang sewajarnya kepada isteri. Seseorang yang tidak memberi keadilan sewajar kepada isterinya mengikut Hukum Syara' adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau keduaduanya denda dan penjara itu


4.0 PENGGUGURAN KANDUNGAN Jika salah satu pasangan yang asalnya beragama non-Islam secara sukarela memeluk agama Islam tanpa persetujuan pasangan lainnya, itu dapat menjadi dasar untuk perceraian boleh dikaitakn dengan Seksyen 46. Pertukaran agama. (1) Jika salah satu pihak kepada sesuatu perkahwinan itu murtad atau memeluk sesuatu kepercayaan lain daripada Islam, maka perbuatan yang demikian tidak boleh dengan sendirinya berkuatkuasa membubarkan perkahwinan itu melainkan dan sehingga disahkan sedemikian oleh Mahkamah. (2) Jika salah satu pihak kepada sesuatu perkahwinan bukan Islam memeluk agama Islam, maka perbuatan yang demikian tidak boleh dengan sendirinya berkuatkuasa membubarkan perkahwinan itu melainkan dan sehingga disahkan sedemikian oleh Mahkamah Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid, berkata ibu bapa memainkan peranan sangat penting dalam mencorakkan hala tuju pegangan agama anak sejak kecil lagi kerana ibu bapa adalah guru pertama mereka. Katanya, jika ibu bapa sendiri tidak mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya seperti meninggalkan solat, bagaimana anak dapat mencontohi dan memahami ajaran Islam dengan baik. "Umat Islam seharusnya melihat Islam daripada kaca mata Islam yang sebenar dengan merujuk kepada al-Quran dan hadis, bukannya manusia. "Manusia kadang-kadang tidak boleh menggambarkan apa pegangan sebenar mereka dan boleh berubah pada bila masa-masa," katanya ketika dihubungi, semalam. (Harian, 2016) Selain itu, pasangan suami atau isteri yang mengalami masalah atau alasan yang boleh menyebabkan penceraian seperti di atas boleh dikeaitkan dengan kesalahan di bawah Seksyen 52. Perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh.


(1) Seseorang perempuan yang berkahwin mengikut Hukum Syara' adalah berhak mendapat suatu perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh atas satu atau lebih daripada alasan-alasan yang berikut, iaitu – a. bahawa suami telah cuai atau telah tidak mengadakan peruntukan bagi nafkahnya selama tempoh tiga bulan; b. bahawa suami telah tidak menunaikan, tanpa sebab yang munasabah, kewajipan perkahwinannya (nafkah batin) selama tempoh satu tahun; c. bahawa suami menganiayainya, iaitu, antara lain - (i) lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannya menderita disebabkan oleh kelakuan aniaya; atau (ii) berkawan dengan perempuan-perempuan jahat atau hidup berperangai keji mengikut pandangan Hukum Syara'; atau (iii) cuba memaksa isteri hidup secara lucah; atau (iv) melupuskan harta isteri atau melarang isteri itu dari menggunakan hak-haknya di sisi undang-undang terhadap harta itu; atau (v) menghalang isteri dari menunai atau menjalankan kewajipan atau amalan agamanya; atau (vi) jika ia mempunyai isteri lebih daripada seorang, dia tidak melayani isteri yang berkenaan secara adil mengikut kehendak-kehendak Hukum Syara'; d. Tiada sesuatu perintah boleh dibuat atas alasan dalam perenggan (c) dalam subseksyen (1) sehingga hukuman itu telah dikemukakan dan suami telahpun menjalani satu tahun dari hukuman itu. e. Sebelum membuat suatu perintah atas alasan dalam perenggan (e) dalam subseksyen (1) Mahkamah hendaklah, atas permohonan suami, membuat suatu perintah menghendaki suami memuaskan hati Mahkamah dalam tempoh enam bulan dari tarikh perintah itu bahawa dia tidak lagi mati pucuk, dan jika suami memuaskan hati Mahkamah sedemikian dalam tempoh itu, tiada sesuatu perintah boleh dibuat atas alasan itu. f. Tiada sesuatu perintah boleh dibuat atas mana-mana alasan dalam subseksyen (1) jika suami memuaskan hati Mahkamah bahawa isteri, dengan mengetahui bahawa adalah terbuka kepadanya untuk mendapatkan perkahwinan itu ditolak, telah bertingkahlaku terhadap suaminya dengan cara yang menyebabkan suami mempercayai dengan munasabah bahawa isteri tidak akan menolak perkahwinan itu, dan bahawa adalah tidak adil kepada suami jika dibuat perintah itu.


Kesalahan lain yang boleh berlaku ialah dengan lafaz talak di luar mahkamah. Hal ini boleh disabitkan dalam Seksyen 124. Perceraian di luar Mahkamah dan tanpa kebenaran Mahkamah. Jika seseorang lelaki menceraikan isterinya dengan melafazkan talaq dengan apa-apa bentuk di luar Mahkamah dan tanpa kebenaran Mahkamah itu maka dia adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya denda dan penjara itu. Natijahnya, perkahwinan merupakan perbuatan yang mulia di dalam Islam. Adapun penceraian merupakan jalan akhir bagi pasangan tetapi perlulah dengan cara yang betul dan hikmah. Hal ini banyak berkait dengan masyarakat. Walaupun peceraian di mata masyarakat merupakan perbuatan yang buruk tetapi bukan bermakna penceraian tidak boleh dilaksanakan. Jika terdapat pelbagai masalah atau keburukan dalam suatu perkahwinan maka sebaiknya penceraian merupakan jalan yang terbaik. Oleh itu, amat penting untuk masyarakat membuka mata dan meneliti dengan lebih baik tentang perkahwinan baik sebelum dan selepas. Hal ini kerana berkait dengan dua insan yang mempunyai emosi. Biarpun masalah-masalah rumah tangga amat sukar untuk diatasi, tetapi jika perkara tersebut ditangani dengan sebaik mungkin, ia akan memberi impak yang positif untuk mengeratkan lagi hubungan di antara suami dan isteri. Segala masalah itu akan menjadi imun kepada pasangan tersebut dan mereka dapat meneruskan hidup dengan aman damai, bukannya mengambil jalan singkat seperti pergaduhan yang akhirnya membawa kepada perceraian. (Mazlan, 2010) Ismah Farzana binti Ahmad Razali 3 Julai 2023


RUJUKAN A. M. (2022, Januari 10). Abai Nafkah Isteri, Anak Punca Cerai. Retrieved From Https://Www.Utusan.Com.My/:Https://Www.Utusan.Com.My/Rencana/Forum/2022/01/AbaiNafkah-Isteri-Anak-Punca-Cerai/ Harian, B. (2016, Mei). Pasangan Murtad Sejak Setahun Lalu. Retrieved From Www.Bharian.Com.My:Https://Www.Bharian.Com.My/Berita/Nasional/2016/05/155805/Pasa ngan-Murtad-Sejak-Setahun-Lalu M. A. (2010). Kesalahan-Kesalahan Matrimoni Dalam Kes Perceraian Di Luar Mahkamah Dan Tanpa Kebenaran Mahkamah : Kajian Di Mahkamah Syariah Negeri Selangor Darul Ehsan. Jabatan Syariah Dan Undang-Undang Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Kuala Lumpur, 85 - 86. Malaysia, P. (1987, April 29). Akta 303 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984. Retrieved From Http://Www2.Esyariah.Gov.My/: Http://Www2.Esyariah.Gov.My/Esyariah/Mal/Portalv1/Enakmen2011/Federal_Original.Nsf/B3 ac9c218c8efdc4482568310022d8b3/D441586f0bd6767348256cef00297264?Opendocument N. A. (2023). Kehadiran Orang Ketiga Punca Perceraian Meningkat Di Kedah. N. H. (2022, November 29). Sebab Takbberani Dan Malu Isteri Pendamkkes, Didera Suami. Retrieved From Https://Www.Bharian.Com.My/: Https://Www.Bharian.Com.My/Wanita/LainLain/2022/11/1032892/Sebab-Tak-Berani-Dan-Malu-Isteri-Pendam-Kes-Didera-Suami Suzana. (2023, Januari 22). Lacur Isteri Antara 10 Punca Penceraian. Retrieved From Www.Astroawani.Com: Https://Www.Astroawani.Com/Berita-Malaysia/Lacur-Isteri-Antara-10- Punca-Perceraian-403112


Click to View FlipBook Version