The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 481-8-mohamad, 2022-11-01 02:46:27

Isu dan Cabaran Kedudukan Bahasa Melayu dalam Arus Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

Minimal and Clean Creative Portfolio Presentation (1)

Dalam dunia sains dan teknologi kini, kerancuan dalam ayat bahasa Melayu di
media sosial semakin berleluasa. Kewujudan dan penggunaan media sosial
terutamanya dalam kalangan remaja telah menimbulkan polemik tentang
penggunaan bahasa Melayu yang betul. Keracuan bahasa juga termasuk dengan
keracuan daripada aspek sebutan, ejaan, kosa kata, istilah dan
laras bahasa. Pengaruh kerancuan bahasa ini dapat dikesan dalam dunia
teknologi media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter, Whatsapp dan lain-
lain.

Penggunaan bahasa rojak merupakan gabungan perkataan bahasa Melayu dan
bahasa Inggeris dalam menerangkan sesuatu perkara. Penggunaan bahasa rojak
dalam ayat bahasa Melayu berlaku kerana hadirnya segelintir
masyarakat ataupun remaja yang tidak petah berbicara dalam bahasa Melayu
sepenuhnya. Penggunaan bahasa rojak sering digunakan di media sosial kerana
remaja pada masa kin beranggapan bahawa penggunaan bahasa rojak
merupakan satu perkara yang moden apabila ayat bahasa Melayu diselitkan
dengan beberapa perkataan bahasa Inggeris.

Berikut merupakan contoh penggunaan bahasa rojak dalam penggunaan aplikasi
Whatsapp:

Penggunaan ayat bahasa Melayu yang betul ialah : Aliff cepatlah pergi kelas. Ini
menunjukkan bahawa masyarakat gemar mencampurkan kedua-dua bahasa
untuk membentuk sebuah ayat.

Negara kita terdapat pelbagai dialek seperti dialek Kelantan, Terengganu,
Kedah, Sabah dan sebagainya. Penggunaan dialek ini telah memberi kesan
kepada penulisan di dalam media sosial. Malah, hal ini akan timbulnya isu di
mana terdapatnya orang yang menyalah tafsir sesetengah perkataan
disebabkan oleh perbezaan makna dari segi dialek itu sendiri. Sebagai contoh,
perkataan "kopek" itu membawa maksud membuka dalam bahasa Melayu
standard tetapi dalam dialek Kelantan membawa makna yang lain.


Click to View FlipBook Version