The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by RAJA NOR FADZILAH RAJA IZHAR, 2019-12-26 16:13:27

BUKU PENGURUSAN SMK SSAAS 2020

BUKU PENGURUSAN SMK SSAAS 2020

SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 1
BUKU PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 2020

BIL. BUTIRAN MUKA SURAT

1. Setitis Tinta Secoret Rasa 2
2. Falsafah Pendidikan Kebangsaan 3
3. Visi & Misi Kementerian Pendidikan Malaysia 4
4. Kurikulum Kebangsaan 4
5. Ikrar Perkhidmatan Awam Malaysia 5
6. Ikrar Integriti Perkhidmatan Awam 5
7. NKRA Kementerian Pendidikan Malaysia 6
8. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 7-9
9. Sejarah SMK SSAAS 10
10. Visi, Misi & Motto SMK SSAAS 11
11. Piagam Pelanggan SMK SSAAS 11
12. Amalan, Ikrar & Bendera SMK SSAAS 12
13. Lencana SMK SSAAS 13
14. Lagu SMK SSAAS 14
15. Dasar dan Hala Tuju Nilai-nilai Teras 15 - 18
16. Peranan dan Tanggungjawab Guru 19
17. ‘Five Generations’ 20
18. Amalan Nilai Murni dan PAK21 21 - 31
19. Panduan Am Untuk Staf SMK SSAAS 32 - 40
20. Kalendar Persekolahan 2020 41 - 43
21. Struktur Organisasi Sekolah 2020 44 - 79
22. Senarai Guru Tingkatan 2020 80
23. Senarai Nama Guru 2020 81 -82
24. Senarai Pencerapan 2020 83 - 84
25. Jadual Guru Bertugas Mingguan 2020 85 - 86
26. Mata Pelajaran Tingkatan 1, 2 dan 3 2020 87
27. Aliran Tingkatan 4 dan 5 2020 88 - 89
28. Carta Organisasi 90
29. Takwim SMK SSAAS 2020 91 - 115
30. Pelan Sekolah 2020 116

1 GURU CAKNA MURID KE PERSADA

SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 2
BUKU PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 2020

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh,
Alhamdulilla, syukur ke hadrat Ilahi atas segala nikmat dan rahmat-Nya yang
memberi ruang dan kekuatan sepanjang tahun 2019. 2019 melabuhkan tirai
manakala 2020 menanti kita dengan penuh cabaran. Harapan saya semua warga
pendidik SMKSSAAS bersiap siaga untuk menggalas tanggungjawab yang lebih besar
pada masa mendatang.
Pertama sekali, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
jutaan terima kasih kepada barisan Penolong Kanan, GKMP, Ketua-ketua panitia dan
semua guru yang telah menjalankan segala tugasan demi kecemerlangan anak didik
dan juga sekolah tercinta pada sesi yang lalu.Terima kasih kerana segala
tanggungjawab diterima secara positif dan penuh keikhlasan.
Warga pendidik yang dikasihi,
Tahun 2020, kita memilih tema ‘Guru Cakna, Murid Ke Persada’ yang
menuntut guru-guru mendidik dengan penuh kasih sayang untuk melahirkan
insan berminda kelas pertama. Guru - Guru SMKSSAAS mestilah ’Sehati Sejiwa’
dalam usaha membangunkan minda murid demi memastikan kemenjadian murid.
Kita harus sedar bahawa pendidikan merupakan tunjang dan wadah terpenting
kepada pembinaan negara bangsa dan pembangunan modal insan. Guru mestilah
komited dalam melaksanakan PAK 21, KBAT, GENOSIS dan Google Classroom dalam
PdPC.Ini bermakna guru mesti memiliki iltizam dalam menempuh cabaran yang
mendatang terutama dalam gelombang IR 4.0. Berundur bukan bererti kalah, mara
bukan bererti gagah.Sekali kita melangkah, bersama kita menjunjung amanah.
Akhirul kalam, saya mendoakan kesejahteraan semua warga pendidik
sekolah ini dan marilah kita berganding bahu menjana generasi gemilang. Kita
tempuhi cabaran 2020 dengan semangat satu pasukan. Semoga 2020 akan
menjanjikan kecemerlangan buat Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Salahuddin
Abdul Aziz Shah dalam semua bidang. Guru berdedikasi, murid berkualiti, sekolah
terpuji.
Sekian, terima kasih.

“GURU CAKNA, MURID KE PERSADA”

JOHANA BINTI MAT SAID
Pengetua

2 GURU CAKNA MURID KE PERSADA

SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 3
BUKU PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 2020

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini
adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberikan
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara.

3 GURU CAKNA MURID KE PERSADA

SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 4
BUKU PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 2020

Pendidikan Berkualiti
Insan Terdidik Negara Sejahtera

Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti
untuk membangunkan potensi individu bagi
memenuhi aspirasi Negara

Kurikulum Kebangsaan adalah suatu program
pendidikan yang termasuk kurikulum dan

kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua
pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur
kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu
perkembangan seseorang murid dengan
sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental
dan emosi serta untuk menanam dan
mempertingkatkan nilai moral yang diingini
dan untuk menyampaikan pengetahuan.

4 GURU CAKNA MURID KE PERSADA

SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 5
BUKU PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 2020

Kami yang telah dilantik berkhidmat dengan kerajaan
Malaysia membuat ikrar di sini bahawa semasa dan selagi kami
berkhidmat dengan Kerajaan, kami akan patuh dengan
mengamalkan teras-teras perkhidmatan semasa menjalankan
tugas. Ke arah ini kami:
i. Berazam meningkatkan mutu perkhidmatan;
ii. Bekerja dengan penuh tanggungjawab;
iii. Berusaha mengikis sikap mementingkan diri sendiri;
iv. Berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan;
v. Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan

pembangunan negara;
vi. Bekerjasama dalam membanteras kelemahan dan musuh-

musuh negara; dan
vii. Berpegang teguh kepada ajaran agama.

Kami, Pegawai Awam Malaysia, dengan sepenuh dan rela
hati berikrar mempertahankan dan memperkukuhkan integriti
perkhidmatan awam dengan mencegah dan membanteras
segala bentuk rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan
melalui tindakan-tindakan berikut:
i. Berusaha memupuk dan mengamalkan nilai-nilai membenci

rasuah;
ii. Menutup semua ruang dan peluang yang mendedahkan

kepada amalan rasuah;
iii. Bertindak tegas terhadap mereka yang melanggar undang-

undang, peraturan dan etika jabatan;
iv. Bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak untuk

memerangi sebarang perlakuan jenayah rasuah;
v. Bertindak tegas terhadap mereka yang cuba mengugat

integriti dan imej Pegawai Awam;
vi. Mematuhi sepenuhnya Kod Etika Jabatan dan mengamalkan

nilai-nilai murni yang berteraskan ajaran agama dalam
melaksanakan tugas.

5 GURU CAKNA MURID KE PERSADA

SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 6
BUKU PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 2020

“ The Government is set to begin the transformation process
in strengthening the efficiency of its delivery system”

“ The KPI / KRA are not mere acronyms as they offer clear
measures designed to ensure that the government is continuously

working to better serve the needs of Malaysians”

“ Our real work will begin as we make the transformation
of government services happen”

Dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan,
kerajaan akan memberi tumpuan kepada 4 sub-NKRA untuk meluaskan
akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan.

1. PRASEKOLAH
Meningkatkan kadar penyertaan kanak-kanak berumur (4+

dan 5+) kepada 87% menjelang 2012 serta meningkatkan kualiti
pendidikan prasekolah dengan menjadikan prasekolah swasta dan
agensi-agensi lain sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan
kebangsaan.

2. LITERASI DAN NUMERASI (LINUS)
Setiap kanak-kanak menguasai kemahiran asas literasi dan

numerasi selepas mengikuti 3 tahun pendidikan rendah pada akhir
tahun 2012.

3. SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI (SBT)
Mewujudkan Sekolah Berprestasi Tinggi yang mempunyai

etos, karakter dan identiti tersendiri. Sekolah-sekolah ini akan
melonjakkan kecemerlangan pelajar ke peringkat paling tinggi.

4. TAWARAN BARU KEPADA PEMIMPIN SEKOLAH
Memperkenalkan penilaian berasaskan pencapaian untuk

menilai Pengetua dan Guru Besar (PGB) dengan menawarkan
ganjaran menarik kepada PGB yang melepasi sasaran serta
memandu PGB yang lemah.

6 GURU CAKNA MURID KE PERSADA

SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 7
BUKU PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 2020
7 GURU CAKNA MURID KE PERSADA

SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 8
BUKU PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 2020
8 GURU CAKNA MURID KE PERSADA

SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 9
BUKU PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 2020

TRANSFORMASI PENDIDIKAN AKAN DILAKSANAKAN
DALAM TEMPOH 13 TAHUN (2013 - 2025)

GELOMBANG 1 (2013 - 2015) GELOMBANG 2 (2020 - 2020) GELOMBANG 3 (2021 - 2025)
Mengubah sistem dengan memberi Memacu peningkatan sistem Menganjak ke arah kecemerlangan
sokongan kepada guru dan memberi
 Memperluas bimbingan dan sokongan melalui peningkatan tadbir-urus
fokus kepada kemahiran utama untuk membantu guru bagi menambah kendiri
pengetahuan
 Membimbing guru secara khusus bagi  Membenarkan pengurusan berasaskan
meningkatkan standard guru  Menyediakan kemajuan berdasarkan sekolah dan autonomi dengan lebih
kompetensi dan prestasi serta meluas dari segi pelaksanaan kurikulum
 Standard kemasukan yang lebih tinggi menambah baik latihan pra- dan peruntukan belanjawan bagi sekolah
bagi guru baharu perkhidmatan yang layak

 Mewujudkan Pembimbing Pengetua  Menambah baik kurikulum peringkat  Meneruskan budaya kecemerlangan
yang berdedikasi dan mengukuhkan rendah dan melaksanakan kurikulum profesionalisme dibimbing rakan
kriteria pemilihan pemimpin sekolah baharu peringkat menengah bagi sejawat, iaitu guru dan pemimpin
meningkatkan standard kandungan dan sekolah saling membimbing, berkongsi
 Merombak soalan peperiksaan dengan pembelajaran setanding dengan amalan terbaik dan memastikan rakan
tumpuan kepada peningkatan soalan standard antarabangsa sejawat mempunyai kebertanggung-
aras tinggi (HOTS) jawaban memenuhi standard
 Menghentikan kelas peralihan, profesionalisme
 Standard BM yang sama pada menjalankan rintis bagi pilihan untuk
peringkat rendah dan penyediaan immersion BI dan mengukuhkan  Meningkatkan inovasi dan pilihan bagi
bantuan pemulihan kepada murid penyediaan pendidikan bahasa ketiga meningkatkan kemahiran berbahasa
lemah dalam BM dan BI untuk meningkatkan penguasaan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa
pelbagai bahasa Inggeris dan menyediakan lebih pilihan
 Melaksanakan 1BestariNet ke semua untuk mempelajari bahasa tambahan
sekolah  Melaksanakan inovasi ICT untuk
sekolah pedalaman, sekolah kurang  Melaksanakan program dan inovasi ICT
 Memastikan sokongan PPD kepada guru dan sekolah kurang murid bagi kumpulan berkeperluan khusus di
sekolah berprestasi rendah termasuk seluruh negara untuk meningkatkan
kepada murid dengan keperluan  Mengukuhkan program untuk kumpulan standard pembelajaran
khusus berkeperluan khusus seperti Orang
Asli dan kumpulan minoriti lain, pintar  Mengukuh dan mentransformasi
 Meningkatkan enrolmen dan cerdas dan berkeperluan khas Kementerian melalui pengukuhan
penglibatan ibu bapa serta kemajuan kerjaya bagi pegawai pada
menawarkan pendidikan vokasional  Memperluas tawaran pendidikan peringkat Kementerian
yang lebih baik untuk meningkatkan vokasional
enrolmen prasekolah dan sekolah  Mengkaji semula struktur sekolah untuk
menengah  Mengukuhkan Bahagian Utama KPM, menentukan keperluan bagi
menyusun semula peranan mengoptimumkan laluan dan pilihan
 Mengukuhkan praktikum dalam Kementerian, JPN dan PPD persekolahan
program vokasional melalui
peningkatan kolaborasi dengan sektor
swasta

 Mentransformasi kementerian

KEBERHASILAN UTAMA KEBERHASILAN UTAMA KEBERHASILAN UTAMA

 100% literasi murid dalam BI & BM  Prestasi Malaysia pada purata  Pencapaian Malaysia pada kedudukan
dan menguasai kemahiran numerasi antarabangsa dalam kitaran TIMSS negara sepertiga teratas dalam TIMSS
selepas 3 tahun persekolahan dan PISA seterusnya dan PISA

 92% prasekolah, 98% sekolah rendah  100% enrolmen prasekolah hingga  Mengekalkan atau meningkatkan
dan 95% enrolmen menengah rendah menengah rendah, 90% enrolmen enrolmen
menengah atas
 Pengurangan 25% jurang bandar dan  Mengekalkan atau mengurangkan jurang
luar bandar  50% pengurangan jurang bandar / luar bandar dan luar bandar, 50%
bandar, 25% pengurangan jurang pengurangan jurang sosioekonomi dan
sosioekonomi dan jantina jantina

9 GURU CAKNA MURID KE PERSADA

SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 10
BUKU PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 2020

Pada tahun 1978, sebidang tanah seluas 9.6 ekar di Seksyen 2 telah berubah wajah.

Hasil pembangunan pendidikan maka terdirilah sebuah sekolah menengah yang pertama di

Shah Alam. Dalam masa dua bulan, semua warga sekolah ini menumpang di Sekolah

Kebangsaan Seksyen 16. Pada 19 Mac 1979, sekolah ini dibuka sepenuhnya dan dikenali

sebagai Sekolah Menengah Shah Alam.

Sekolah Menengah Shah Alam diasaskan pentadbirannya oleh Encik Kasim Soohot
sebagai Guru Besar yang pertama. Pada peringkat awal, hanya terdapat tiga blok bangunan
iaitu Blok A dan B beserta Bengkel Seni Perusahaan dan kantin. Kumpulan pertama yang
menjadi warga sekolah ini terdiri daripada 11 orang guru yang bertugas mendidik seramai 262
orang murid. Di samping itu, terdapat 6 orang kakitangan am yang membantu tugas guru-
guru.

Hasil idea pengetua ketiga, Encik Salehuddin Mohd Said, maka wujudlah lencana
sekolah, bendera sekolah dan lagu sekolah, ‘Belajar Berbakti’. Pada 15 Ogos 1987, hasil
cadangan jawatankuasa PIBG sekolah, Sekolah Menengah Shah Alam bertukar nama
kepada Sekolah Menengah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dengan perkenan Duli Yang
Maha Mulia Sultan Selangor.

Pada 19 Mac 1988 bersamaan hari Sabtu, berlangsunglah peristiwa bersejarah buat
warga Sekolah Menengah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Duli Yang Maha
Mulia Sultan Selangor telah mencemar duli merasmikan sekolah ini. Majlis ini bersempena
dengan sambutan Hari Keputeraan baginda. Sebuah tapak perasmian hasil sumbangan MCIS
dan sebuah tugu sekolah dibina sebagai mercu tanda genap 10 tahun sekolah ini diasaskan.
Turut hadir mengiringi baginda dalam upacara perasmian tersebut ialah Duli Yang Teramat
Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Idris Shah (Sultan Selangor terkini) dan YAB Dato’ Menteri
Besar, Datuk Muhammad Haji Muhammad Taibin

Baginda Sultan mengurniakan cenderamata
kepada Puan Hajah Hamidah Abd Kadir,
Pengetua SMK SSAAS

10 GURU CAKNA MURID KE PERSADA

SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 11
BUKU PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 2020

PENDIDIKAN BERKUALITI
INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA

MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI
UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI
MEMENUHI ASPIRASI NEGARA

“BELAJAR BERBAKTI”

Moto atau cogankata yang membawa harapan
agar ilmu yang diperolehi akan dapat melahirkan
masyarakat yang berguna, berjasa dan berbakti
kepada ibu bapa, agama, bangsa dan negara tercinta.

 Meningkatkan kecemerlangan akademik, kokurikulum, ICT
melalui pengalaman dan kualiti guru.

 Melahirkan warga sekolah yang berbudi bahasa,
bertanggungjawab, mencintai sekolah dan persekitarannya.

 Menjalin hubungan mesra antara warga sekolah dengan
masyarakat.

 Menyediakan prasarana dan peluang kepada murid-murid untuk
menggilap potensi diri.

11 GURU CAKNA MURID KE PERSADA

SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 12
BUKU PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 2020

SMK SSAAS sentiasa mengamalkan :
1. Budaya kepimpinan berkualiti.
2. Budaya pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.
3. Budaya ilmu ke arah kecemerlangan.
4. Budaya sahsiah mulia dan diri sejahtera.
5. Kerjasama kukuh antara sekolah, ibubapa, komuniti dan pihak
berkaitan.

Maka kami, rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh
tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita berdasarkan atas
prinsip-prinsip Rukunegara :

 KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
 KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
 KELUHURAN PERLEMBAGAAN
 KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
 KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Bahawasanya kami berikrar akan :
 Menghormati ibu bapa, guru-guru, rakan-rakan,

masyarakat dan hak orang lain;
 Mematuhi peraturan dan undang-undang sekolah;

 Sedia berbakti, yakin diri, bertanggungjawab,
bekerjasama dan cemerlang dalam semua bidang.

Warna Kuning - Melambangkan kedaulatan agama Islam, bangsa dan negara
Warna Putih Malaysia.

Warna Merah - Melambangkan perpaduan dan keharmonian hidup antara
guru, ibu bapa dan murid dalam usaha mengejar
kecemerlangan dalam semua bidang.

- Melambangkan keberanian dan kesungguhan dalam
mencipta kecemerlangan.

12 GURU CAKNA MURID KE PERSADA

SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 13
BUKU PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 2020

Lencana SMK SSAAS mempunyai beberapa lambang dan cogankata diikuti dengan
empat warna iaitu kuning, merah, biru laut dan biru keunguan. Warna-warna
dipilih berasaskan rasa berkat dan cintakan Negeri Selangor Darul Ehsan dan
menjadi warna latar belakang.

3 BUAH BUKU
Melambangkan simbol pencapaian ilmu dan peningkatan akademik.
Juga melambangkan bahan bacaan atau wadah untuk memperolehi
ilmu dunia dan akhirat.

RODA
Merupakan simbol pencapaian teknologi yang tinggi dan masyarakat
yang progresif.

DUA TANGAN MENADAH KE LANGIT
Simbol pengharapan dan permohonan doa kepada Tuhan yang
berasaskan kepada pengertian bahawa segala aspek kehidupan
manusia perlulah mendapat keredhaan Tuhan.

WARNA KUNING
Khususnya bermaksud kerjasama dan keupayaan bersama semua
pihak iaitu ibu, bapa dan guru terhadap usaha memberi pendidikan
sempurna kepada murid-murid sekolah.

WARNA MERAH
Melambangkan semangat kesetiaan dan keteguhan hati dalam
melaksanakan segala usaha dan tanggungjawab ke arah mencapai
matlamat memberi pendidikan ilmu demi kebahagiaan hidup.

WARNA BIRU LAUT
Warna latar belakang lencana membawa maksud cita-cita memupuk
perpaduan bagi tujuan melahirkan masyarakat yang dinamis dan
harmonis.

WARNA BIRU KEUNGUAN
Melambangkan kepentingan akhlak dan moral yang baik sebagai asas
dan tonggak penting yang menegakkan masyarakat yang adil, harmonis
dan progresif.

13 GURU CAKNA MURID KE PERSADA

SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 14
BUKU PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 2020

“BELAJAR BERBAKTI”

SM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Tempat tumpah kasih kami
Kami dididik dan dipimpin
Untuk berbakti pada pertiwi
Pada ayah dan juga ibu
Guru pembimbing kami

Berikrar semua bersumpah setia
Semoga tercapai yang dicita

Dengan restu Tuhan yang satu
Dan limpah kurnia Duli Tuanku
Belajar berbakti itulah azam kami
Menjunjung hasrat ibu pertiwi
SM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Jasamu tetap abadi
Membara tekad bersemangat
Namamu akan kujunjung tinggi

Pada ayah dan juga ibu
Guru pembimbing kami
Berikrar semua bersumpah setia
Semoga tercapai yang dicita

Gubahan dan lirik : Encik Salahuddin Said

14 GURU CAKNA MURID KE PERSADA

SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 15
BUKU PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 2020
15 GURU CAKNA MURID KE PERSADA

SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 16
BUKU PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 2020
16 GURU CAKNA MURID KE PERSADA

SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 17
BUKU PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 2020
17 GURU CAKNA MURID KE PERSADA

SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 18
BUKU PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 2020
18 GURU CAKNA MURID KE PERSADA

SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 19
BUKU PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 2020
19 GURU CAKNA MURID KE PERSADA

SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 20
BUKU PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 2020
20 GURU CAKNA MURID KE PERSADA

SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 21
BUKU PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 2020
21 GURU CAKNA MURID KE PERSADA

SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 22
BUKU PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 2020
22 GURU CAKNA MURID KE PERSADA

SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 23
BUKU PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 2020
23 GURU CAKNA MURID KE PERSADA

SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 24
BUKU PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 2020
24 GURU CAKNA MURID KE PERSADA

SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 25
BUKU PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 2020
25 GURU CAKNA MURID KE PERSADA

SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 26
BUKU PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 2020
26 GURU CAKNA MURID KE PERSADA

SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 27
BUKU PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 2020
27 GURU CAKNA MURID KE PERSADA

SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 28
BUKU PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 2020
28 GURU CAKNA MURID KE PERSADA

SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 29
BUKU PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 2020
29 GURU CAKNA MURID KE PERSADA

SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 30
BUKU PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 2020
30 GURU CAKNA MURID KE PERSADA

SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 31
BUKU PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 2020
31 GURU CAKNA MURID KE PERSADA

SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 32
BUKU PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 2020

1. ARAHAN AM
1.1 Selaku pegawai kerajaan, guru dan staf sokongan adalah tertakluk kepada
segala arahan yang terdapat dalam Perintah Am Kerajaan. Oleh itu, semua guru
dan staf sokongan dikehendaki membaca, memahami dan juga mematuhi
Perintah Am tersebut.
1.2 Guru dan staf sokongan sekolah dinasihatkan supaya membaca, memahami
dan boleh mentafsirkan dengan tepat akan kandungan Perintah Am dan Arahan
Perkhidmatan lain.
1.3 Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan dan menjunjungnya
sebagai satu profesion yang mulia.
1.4 Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati
prinsip-prinsip Perkhidmatan Cemerlang.
1.5 Guru hendaklah mengamalkan dan menghayati Falsafah dan Matlamat
Pendidikan Kebangsaan.
1.6 Semua guru dan staf sokongan hendaklah meletakkan kepentingan murid,
sekolah dan komuniti lebih daripada kepentingan diri dalam menjalankan tugas.
1.7 Semua guru dan staf sokongan bertanggungjawab menjaga dan menjamin
keselamatan murid dan menjaga harta benda sekolah.
1.8 Semua guru dan staf sokongan hendaklah sentiasa mengamalkan kepimpinan
yang berkesan dan dinamik serta cekap menjalankan tugas.

2. KEHADIRAN RASMI

2.1 Guru dan staf sokongan mesti berada di dalam kawasan sekolah seperti

ketetapan berikut :

2.1.1 Guru

(a) Isnin hingga Khamis : 7.20 pagi hingga 2.30 petang

(b) Jumaat : 7.20 pagi hingga 12.30 tengahari

2.1.2 Staf Sokongan

(a) mesti berada di tempat bertugas masing-masing 5 minit sebelum

waktu bertugas rasmi.

(b) mesti mematuhi peruntukan jumlah jam bekerja mengikut PKPA

iaitu 9 jam sehari (termasuk rehat tengah hari 1 jam)

i. 7.30 pagi hingga 4.30 petang

ii. 8.00 pagi hingga 5.00 petang

2.2 Guru-guru dan staf sokongan mesti hadir 5 minit lebih awal daripada masa yang

ditetapkan dalam semua urusan rasmi sekolah (kurikulum, kokurikulum,

program, mesyuarat dan aktiviti sekolah).

2.3 Staf sokongan mesti memastikan bilik / tempat bertugas ada petugas jika keluar

berehat / makan. Sistem giliran boleh dilaksanakan.

2.4 Setiap hari persekolahan / hari bekerja / kerja lebih masa, guru / staf sokongan

mesti mendaftar masuk dan mendaftar keluar dari sekolah.

2.5 Guru dan staf sokongan yang tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat atau

pulang awal hendaklah memberikan kenyataan atau sebab-sebab yang wajar

lebih awal kepada Pengetua / Penolong Kanan / Penolong Kanan Petang.

32 GURU CAKNA MURID KE PERSADA

SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 33
BUKU PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 2020

2.6 Guru yang tidak dapat hadir disebabkan menghadiri kursus / taklimat / bengkel /
cuti rehat khas / membawa pasukan dan lain-lain perlu mengatur jual-beli
jadual waktu atau mengisi borang Rancangan Kerja Kelas Ketika Ketiadaan
Guru dan memaklumkan kepada Penolong Kanan / Penolong Kanan Petang.

2.7 Guru perlu menyediakan latihan / aktiviti untuk kelas yang ditinggalkan dan
menyerahkan lembaran kerja kepada Penolong Kanan / Penolong Kanan Petang
untuk diedarkan kepada guru yang menggantikan kelas tersebut.

2.8 Semua urusan peribadi guru dan staf sokongan hendaklah dibuat di luar waktu
sekolah / bekerja kecuali dalam keadaan kecemasan tetapi perlu memaklumkan
kepada Pengetua / Penolong Kanan / Penolong Kanan Petang mengikut
peraturan yang ditetapkan.

3. GURU BERTUGAS MINGGUAN

3.1 Hendaklah datang sekurang-kurangnya 10 minit lebih awal dan pulang

sekurang-kurangnya 10 minit setelah sekolah berakhir.

3.2 Mengendalikan perhimpunan mingguan bersama Lembaga Pengawas agar

berjalan lancar.

3.3 Pada hari Jumaat waktu bertugas adalah seperti berikut :

Guru bertugas mingguan : 7.20 pagi hingga 2.30 petang

3.5 Perhimpunan Pagi

Hari : Isnin

Masa : 7.20 pagi hingga 8.10 pagi

3.6 Memantau dan memastikan kawasan sekolah dalam keadaan yang bersih, ceria

dan selamat.

3.7 Bekerjasama dengan Lembaga Pengawas dalam mengawasi disiplin murid

di luar waktu belajar seperti waktu rehat dan waktu sebelum loceng pertama

dibunyikan.

3.8 Mengawasi disiplin murid pada masa balik di kawasan menunggu kenderaan.

3.9 Mengurus rawatan murid yang sakit dan menghantar mereka ke hospital /

ke rumah.

3.10 Merekodkan nama dan bilangan murid yang mendapatkan surat kebenaran

ke hospital dan surat kebenaran pulang awal.

3.11 Menguruskan hal-hal bersabit dengan kehilangan barang-barang.

3.12 Mencatatkan kegiatan-kegiatan sekolah pada minggu berkenaan.

3.13 Melengkapkan Buku Laporan Bertugas Mingguan dan membuat pelaporan pada

perhimpunan minggu berikutnya.

4. KELUAR DARI KAWASAN SEKOLAH PADA WAKTU BERTUGAS
4.1 Guru dan staf sokongan tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah pada
waktu bertugas kecuali jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau
arahan dari Jabatan / Pejabat Pendidikan Daerah dengan syarat mendapat
kebenaran daripada Pengetua / Penolong Kanan.
4.2 Guru dan staf sokongan dikehendaki mengisi Buku Rekod Keluar (Rasmi atau
Tidak Rasmi) dan mendapatkan tandatangan Pengetua / Penolong Kanan
sebelum keluar dan selepas balik.

33 GURU CAKNA MURID KE PERSADA

SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 34
BUKU PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 2020

4.3 Sebelum meninggalkan sekolah, guru diminta mendapatkan guru ganti dengan
jual beli jadual waktu atau meninggalkan kerja bertulis untuk murid melalui
Guru Penolong Kanan / Penolong Kanan Petang.

4.4 Apabila diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugas / arahan misalnya
menghadiri mesyuarat, pergi ke Jabatan Pendidikan atau ke sekolah lain, guru /
staf sokongan hendaklah mengambil tindakan sendiri. Guru / staf sokongan yang
ditugaskan tidak boleh mengarahkan guru / staf lain melaksanakannya tanpa
pengetahuan Pengetua. Jika tugas itu terpaksa dijalankan oleh pihak lain atas
persetujuan sesama sendiri, maka hal tersebut mesti sampai ke pengetahuan
Pengetua.

5. PERJAWATAN
5.1 Jika guru menghadapi sebarang masalah dalam bidang perjawatan, mereka
boleh berurusan dengan Pembantu Tadbir atau Pengetua.
5.2 Guru yang menghadapi masalah dalam bidang pengajaran bolehlah berurusan
dengan Ketua Panitia, Ketua Bidang atau Penolong Kanan.
5.3 Semua guru perlu mengajar mengikut Sukatan Pelajaran dan menyelesaikannya
berdasarkan Rancangan Tahunan dan SKT yang ditetapkan pada awal tahun.

6. REKOD PENGAJARAN GURU
6.1 Semua guru perlu menyediakan secara online dan menyimpan rancangan
mengajar dalam Fail Rancangan Mengajar. Pihak pentadbir boleh menentukan
guru-guru tertentu untuk menggunakan Buku Rancangan Mengajar sahaja.
6.2 Rancangan Mengajar perlu diurus dengan sempurna dan dapat dikemukakan
dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa.
6.3 Guru-guru perlu menyediakan satu Fail Rancangan Mengajar untuk menyimpan
semua dokumen yang berkaitan dengan proses pengajaran dan penilaian. Fail
ini hendaklah diserahkan untuk disemak dan ditandatangani oleh Pengetua /
Guru Penolong Kanan pada setiap hari Jumaat.

7. JADUAL WAKTU
7.1 Guru tingkatan / kelas hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu untuk
dipamerkan dalam kelas masing-masing.
7.2 Guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa
kebenaran
7.3 Guru masa pertama perlu masuk kelas 5 minit lebih awal untuk proses
membersihkan kelas.
7.4 Guru mesti bersama murid mengikut masa yang tercatat dalam jadual waktu
atau jadual waktu ganti.
7.5 Guru tidak dibenarkan meninggalkan murid dalam kelas tanpa penyeliaan.

34 GURU CAKNA MURID KE PERSADA

SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 35
BUKU PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 2020

8. KEHADIRAN KURSUS / BENGKEL / MESYUARAT / TAKLIMAT / LATIHAN
8.1 Guru-guru wajib menghadiri mana-mana kursus / bengkel / mesyuarat / taklimat /
latihan dan lain-lain yang dianjurkan oleh Sekolah /Jabatan / Kementerian pada
tarikh yang ditetapkan.
8.2 Jika ada kecemasan yang menyebabkan ketidakhadiran, guru perlu
memaklumkan lebih awal kepada pihak pentadbir dan pihak yang menganjurkan
kursus tersebut.
8.3 Guru perlu hadir ke sekolah sebaik sahaja kursus / bengkel / mesyuarat /
taklimat / latihan tersebut tamat.
8.4 Guru perlu menulis minit curai dalam tempoh 3 hari selepas berkursus kepada
Penolong Kanan yang berkaitan.
8.5 Guru yang menghadiri tugas rasmi di luar sekolah perlu mematuhi arahan
Mengurus Masa Instruksional (MMI).

9. PERMOHONAN CUTI
9.1 Prosedur Permohonan Cuti
9.1.1 Semua cuti (kecuali cuti sakit) bukan hak istimewa dan perlu dipohon
tiga hari lebih awal daripada Pengetua dengan mengisi borang yang
disediakan di pejabat.
9.1.2 Surat kebenaran bercuti perlu difailkan dalam fail peribadi dan
dimaklumkan kepada Penolong Kanan / GKMP untuk dibuat jadual
kelas ganti.
9.1.3 Cuti sakit yang diambil perlu dimaklumkan lebih awal supaya guru ganti
disediakan untuk kelas yang ditinggalkan.
9.1.4 Cuti sakit perlu disusuli dengan surat dari hospital kerajaan atau klinik
swasta ke pejabat untuk difailkan.

9.2 Cuti Penggal Sekolah
9.2.1 Mengikut Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran KP(PP)0046.SJ/A(30)
bertarikh 24 Disember 1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal
sekolah untuk menggantikan cuti rehat. Tetapi guru boleh dipanggil
bertugas oleh Pengetua tidak melebihi sepertiga daripada jumlah cuti
sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-tugas seharian selain daripada
tugas mengajar.

9.3 Cuti Rehat Khas
9.3.1 Cuti rehat khas tidak lebih daripada sepuluh (10) hari yang diberikan
kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan diganti dengan Cuti Rehat
Khas sebanyak sepuluh (10) hari dalam satu tahun kalendar.
9.3.2 Cuti Rehat Khas yang tidak dapat dihabiskan tidak boleh dibawa ke
tahun berikutnya tetapi dibenarkan untuk dikumpul bagi tujuan
Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (‘Golden Hand Shake’) bagi
pegawai yang layak.

35 GURU CAKNA MURID KE PERSADA

SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 36
BUKU PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 2020

9.4 Cuti Sakit
9.4.1 Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak boleh melebihi 15
hari dalam setahun.
9.4.2 Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan atau
putus-putus akan dilaporkan ke Jabatan Pendidikan Negeri dan
Kementerian Pendidikan untuk menentukan pembayaran gaji.

9.5 Cuti Bersalin
9.5.1 Tempoh cuti bersalin 60 atau 90 hari bermula dari anak dilahirkan
termasuk cuti penggal persekolahan dan cuti am.
9.5.2 Guru wanita yang bersalin layak mendapat kemudahan cuti bersalin
sebanyak 360 hari sepanjang tempoh perkhidmatannya.
9.5.3 Guru wanita layak menggunakan cuti tanpa gaji untuk menyusukan
anak.
9.5.4 Jika guru wanita ingin mengambil cuti bersalin tambahan (melebihi 360
hari), guru wanita perlu mematuhi PKPA.

9.6 Cuti Isteri Bersalin
9.6.1 Guru lelaki yang isterinya bersalin layak mendapat kemudahan cuti
isteri bersalin sebanyak 7 hari bermula dari hari anak dilahirkan
termasuk cuti penggal persekolahan dan cuti am (Sabtu, Ahad dan cuti
umum).

9.7 Cuti Keluar Negeri
9.7.1 Semua guru yang hendak ke luar negeri mesti mendapat kebenaran
dari Jabatan Pendidikan Negeri dengan mengisi borang permohonan
yang ada di pejabat sekurang-kurangnya 5 minggu daripada tarikh
bertolak.
9.7.2 Lawatan peribadi perlu memohon cuti (jika hari bekerja) daripada Ketua
Jabatan.

9.8 Cuti Tanpa Gaji
9.8.1 Mengikut Perintah Am Bab C, Cuti Tanpa Gaji boleh dipohon atas
sebab-sebab persendirian yang mustahak.
9.8.2 Cuti Tanpa Gaji daripada kakitangan bukan mengajar boleh diberi
selepas habis semua cuti rehatnya.
9.8.3 Kelayakan Cuti Tanpa Gaji ialah 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun
perkhidmatan tetapi tidak melebihi 180 hari.
9.8.4 Cuti Tanpa Gaji untuk tujuan keluar negeri hanya boleh diambil sekali
dalam masa 4 tahun.
9.8.5 Kelulusan Cuti Tanpa Gaji yang tidak melebihi 14 hari setahun adalah
diluluskan oleh Pegawai Pendidikan Daerah. Cuti yang melebihi 15 hari
diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Borang permohonan
hendaklah dihantar di Pejabat Pendidikan Daerah 10 minggu sebelum
tarikh mula bercuti.

36 GURU CAKNA MURID KE PERSADA

SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 37
BUKU PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 2020

10. PAKAIAN
10.1 Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion keguruan dan
masyarakat timur.
10.2 Semua guru hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan, majlis
rasmi di sekolah / di luar sekolah.
10.3 Pakaian tanpa lengan tidak dibenarkan bagi guru perempuan.
10.4 Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan dan panjang rambut yang
sesuai.
10.5 Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian sukan
yang sesuai.
10.6 Guru perempuan - seluar trek panjang yang sesuai, kemeja sukan, baju trek,
kasut sukan atau getah tanpa tumit.
10.7 Guru lelaki - seluar trek panjang yang sesuai. Kemeja T, kemeja sukan, baju
trek atau jersi. Kasut sukan atau kasut getah tanpa tumit.
10.8 Guru lelaki digalakkan memakai baju melayu lengkap pada hari Jumaat.
10.9 Semua staf digalakkan memakai pakaian seragam pada acara rasmi sekolah
dengan arahan Pengetua.
10.10 Kakitangan awam dikehendaki dan digalakkan memakai Pakaian Batik pada
setiap hari Khamis dan Pakaian Unit Beruniform pada setiap hari Rabu.

11. PERHUBUNGAN SESAMA GURU
11.1 Guru sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan profesional yang baik dan
sihat sesama guru dan dapat mewujudkan perasaan kekitaan.
11.2 Guru tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan / fahaman /
pendapat / kepercayaan kepada guru, murid atau staf sokongan sekolah yang
lain.
11.3 Perhubungan yang berbentuk kumpulan yang berdasarkan kepada kaum,
status sosial, sosioekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan
sama sekali wujud di sekolah.

12. BILIK GURU
12.1 Ketua bilik guru perlu bertanggungjawab terhadap kemudahan, keselamatan,
keselesaan, kebersihan dan keceriaan.
12.2 Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah menjadi tanggungjawab semua
guru termasuk keselamatan harta benda di dalam bilik guru.
12.3 Guru tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah semasa tiada PdP. Masa
ini dianggap sebagai ‘non teaching period’ dan bukan ‘free period’. Oleh itu,
guru hendaklah menggunakan masa tersebut di bilik guru untuk perkara-
perkara berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran sahaja.
12.4 Guru tidak seharusnya membenarkan murid berada di bilik guru secara
beramai-ramai tanpa urusan.
12.5 Guru yang berada di bilik guru hendaklah sama-sama bertanggungjawab
memastikan suasana yang sesuai dan tidak mengganggu ketenteraman mana-
mana pihak. Konsep 5R (recycle, reduce, reuse, rethink, repair) dan 5S
(sisih, susun, sapu, seragam, sentiasa amal) perlu dijadikan amalan harian.

37 GURU CAKNA MURID KE PERSADA

SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 38
BUKU PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 2020

13. KESELAMATAN HARTA BENDA SEKOLAH
13.1 Semua staf dikehendaki memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga
keselamatan harta benda sekolah. Murid yang merosakkan harta benda sekolah
sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja hendaklah dibawa
ke pengetahuan pihak sekolah.
13.2 Ketua Panitia / Guru Kanan Mata Pelajaran hendaklah memastikan terdapat
peraturan-peraturan mengenai penggunaan alat-alat di bilik-bilik tertentu seperti
makmal, bengkel, bilik komputer dan lain-lain.
13.3 Buku Pengesanan hendaklah digunakan apabila berlakunya pergerakan
peralatan.

14. KEBERSIHAN
14.1 Setiap guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah. Jadual giliran
bertugas murid hendaklah disediakan oleh guru kelas. Alatan kebersihan kelas
hendaklah digunakan dengan rapi dan disimpan dengan selamat.
14.2 Guru Kanan Mata Pelajaran / Ketua Panitia dan guru-guru lain yang
menggunakan bilik khas / tempat khas (bilik komputer, makmal, bengkel, bilik
kaunseling dan lain-lain) bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan bilik
tersebut.
14.3 Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab semua guru, staf sokongan
dan murid.
14.4 Amalan 5R (recycle, reduce, reuse, rethink, repair) dan 5S (sisih, susun,
sapu, seragam, sentiasa amal) hendaklah menjadi keutamaan dan amalan
harian.

15. SURAT-MENYURAT
15.1 Semua surat rasmi yang menggunakan ‘letter head’ sekolah perlu
ditandatangani oleh Pengetua.
15.2 Surat-surat rasmi untuk individu / agensi luar perlu melalui Pengetua / PPD /
JPNS.

16. SURAT YANG DITERIMA
16.1 Guru-guru yang diberi tanggungjawab untuk mengambil tindakan terhadap surat
rasmi yang diterima oleh pihak sekolah perlu bertindak segera dan
melaporkannya kepada Pengetua sekiranya tindakan telah diambil.
16.2 Surat itu perlu disimpan dalam fail pejabat.
16.3 Jika surat itu ditujukan kepada guru dengan dinyatakan melalui atau salinan
kepada Pengetua, surat itu boleh disimpannya sendiri setelah mengambil
tindakan.

17. URUSAN KE JABATAN PENDIDIKAN / PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH
17.1 Guru-guru yang hendak ke Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat Pendidikan
Daerah untuk urusan peribadi perlu mendapat surat kebenaran daripada
Pengetua.

38 GURU CAKNA MURID KE PERSADA

SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 39
BUKU PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 2020

18. PELAWAT / AGENSI LUAR
18.1 Guru tidak dibenarkan berurusan rasmi dengan pelawat / agensi luar tanpa
kebenaran Pengetua / Pentadbir.
18.2 Semua pelawat perlu mendaftarkan diri di Pondok Keselamatan untuk
mendapatkan Pas Pelawat.
18.3 Semua pelawat perlu berjumpa dan mendapatkan kebenaran daripada Pentadbir
terlebih dahulu sebelum berurusan dengan guru-guru.
18.4 Guru perlu memastikan sebarang aktiviti / urusan dengan agensi luar telah
mendapat kebenaran PPD / JPNS / KPM.

19. PEMBELIAN BEKALAN DAN PERKHIDMATAN
19.1 Guru yang hendak membeli bekalan dan perkhidmatan mesti memohon
kebenaran dengan mengemukakan borang Permintaan untuk Pembelian
Bekalan dan Perkhidmatan / kerja yang boleh diperoleh di pejabat.
19.2 Borang itu mesti mendapat pengesahan daripada Ketua Panitia / Guru Kanan
Mata Pelajaran sebelum diluluskan oleh Pengetua / Penolong Kanan.
19.3 Segala invois mesti ditandatangani oleh guru yang menerima dan direkodkan
dalam buku stok dan inventori dengan kemas.

20. PERHIMPUNAN SEKOLAH
20.1 Semua guru dikehendaki menghadiri perhimpunan sekolah pada masa dan hari
yang ditetapkan.
20.2 Guru lelaki hendaklah memakai tali leher dan baju kemeja berlengan panjang.
20.3 Guru akan bersama-sama murid menyanyikan Lagu Negaraku, Lagu Negeri
Selangor, Lagu Sekolah dan Lagu Patriotik.
20.4 Semua guru hendaklah berada di atas pentas semasa perhimpunan rasmi
dijalankan.

21. MESYUARAT DAN KURSUS DALAMAN
21.1 Semua guru diwajibkan hadir ke Mesyuarat Guru, Mesyuarat Kurikulum,
Mesyuarat HEM, Mesyuarat Kokurikulum, Mesyuarat Bidang, Mesyuarat Panitia,
dan semua mesyuarat unit sekolah jika diarahkan.
21.2 Guru perlu datang ke mesyuarat tepat pada masanya dan dilarang
meninggalkan mesyuarat sebelum mesyuarat selesai.
21.3 Semua staf perlu hadir dalam kursus dalaman yang dianjurkan oleh sekolah dan
unit masing-masing

22. ACARA ATAU MAJLIS SEKOLAH
22.1 Semua guru diwajibkan hadir dalam semua majlis atau acara rasmi sekolah
dengan berpakaian rasmi.

23. KEAHLIAN KELAB KEBAJIKAN STAF, PIBG & ALUMNI
23.1 Semua staf menjadi ahli Kelab Kebajikan Staf dan PIBG sekolah.
23.2 Staf boleh dilantik menjadi ahli dan AJK ALUMNI tertakluk kepada
perlembagaan ALUMNI.
23.3 Jumlah yuran kelab / PIBG / ALUMNI tertakluk kepada keputusan mesyuarat.

39 GURU CAKNA MURID KE PERSADA

SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 40
BUKU PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 2020

24. PENGGUNAAN ALAT-ALATAN
24.1 Penggunaan alat-alatan hendaklah betul serta mengikut peraturan.
24.2 Mesti mendapat kebenaran daripada ketua-ketua unit atau penjaga stok.
24.3 Bertanggungjawab menggunakan alat-alat dengan baik dan memulangkan
kembali dengan segera serta berkeadaan baik.
24.4 Jika rosak hendaklah dilaporkan dengan serta merta. Kehilangan peralatan
perlulah diganti oleh si peminjam.

25. TELEFON
25.1 Penggunaan telefon sekolah hanyalah untuk urusan rasmi sahaja. Guru
hendaklah menggunakan telefon awam atas urusan peribadi.
25.2 Semua penggunaan telefon sekolah secara rasmi perlu dicatat dalam buku log
penggunaan telefon sekolah.

26. KUNCI
26.1 Semua kunci mesti disimpan di pejabat.
26.2 Kalau ada guru yang hendak menyimpan kunci bilik-bilik tertentu, dia mestilah
mendapat kebenaran daripada Pengetua. Guru tersebut bertanggungjawab
terhadap bilik tersebut sepenuhnya.
26.3 Semua kunci perlu diserah ke pejabat pada hari terakhir setiap sesi
persekolahan.

27. ARAHAN DAN PEKELILING
27.1 Setiap arahan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Pengetua hendaklah dibaca
dengan teliti dan dipatuhi serta ditandatangani selepas membacanya.
27.2 Setiap arahan dan pekeliling, tindakan segera perlu diambil.

28. ARAHAN-ARAHAN LAIN SEPERTI YANG DIARAHKAN OLEH PIHAK
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, JABATAN PENDIDIKAN
NEGERI SELANGOR, PPD PETALING PERDANA DAN PIHAK
PENGURUSAN SEKOLAH

PRINSIP ETIKA KERJA
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Etika kerja Kementerian Pelajaran Malaysia perlu dilaksanakan dan dihayati
berdasarkan prinsip-prinsip berikut:
i. Niat yang betul
ii. Perlakuan yang baik
iii. Penggerak ke arah kebaikan
iv. Memperkotakan apa yang dikata
v. Disiplin dan beradab
vi. Menghargai dan bertanggungjawab terhadap hasil usaha organisasi

40 GURU CAKNA MURID KE PERSADA

SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 41
BUKU PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 2020

KUMPULAN B : Sekolah-sekolah di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor,
Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya.

PENGGAL MULA AKHIR JUMLAH JUMLAH
PERSEKOLAHAN PERSEKOLAHAN HARI MINGGU

02.01.2020 31.01.2020 19 11
01.02.2020 29.02.2020 20 1
10
01.03.2020 13.03.2020 9
49
JUMLAH HARI 2
7
CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 1 1

1 14.03.2020 22.03.2020 9 16

23.03.2020 31.03.2020 7 6

01.04.2020 30.04.2020 22

01.05.2020 22.05.2020 11

JUMLAH HARI 40

CUTI PERTENGAHAN TAHUN

23.05.2020 07.06.2020 16

08.06.2020 30.06.2020 17
01.07.2020 24.07.2020 18

JUMLAH HARI 35

CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 2

25.07.2020 02.08.2020 9

2 03.08.2020 31.08.2020 19
01.09.2020 30.09.2020 21

01.10.2020 31.10.2020 21

01.11.2020 20.11.2020 13

JUMLAH HARI 74

CUTI AKHIR TAHUN

21.11.2020 31.12.2020 41

*Hari Ganti adalah hari persekolahan bagi menggantikan Cuti Berganti sempena hari
perayaan utama.

41 GURU CAKNA MURID KE PERSADA

SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 42
BUKU PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 2020
42 GURU CAKNA MURID KE PERSADA

SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 43
BUKU PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 2020
43 GURU CAKNA MURID KE PERSADA

SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 44
BUKU PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 2020

1.0 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SEKOLAH 2020

1.1 JAWATANKUASA PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SEKOLAH

Pengetua : Johana binti Mat Said
Penolong Kanan Pentadbiran : Raja Nor Fadzilah binti Raja Izhar
Penolong Kanan HEM : Qaryanis bt. A.Aziz
Penolong Kanan Kokurikulum : Siti Salwa binti Arshad
GKMP Bahasa : Ruzilah binti Md Sharif
GKMP Sains dan Matematik : Ayuni binti Hassan
GKMP Teknik dan Vokasional : Yusnisham binti Yunus
GKMP Kemanusiaan : Ismail bin Marni

1.2 JAWATANKUASA P9 : Pengetua
: Penolong Kanan Pentadbiran
Pengerusi : Ketua Unit Bimbingan dan Kaunseling
Timbalan Pengerusi : Semua Penolong Kanan
Setiausaha
AJK Semua GKMP

1.3 JAWATANKUASA KEWANGAN SEKOLAH

Pengerusi : Pengetua
Timbalan Pengerusi : Penolong Kanan Pentadbiran
Naib Pengerusi 1 : Penolong Kanan HEM
Naib Pengerusi 2 : Penolong Kanan Kokurikulum
Setiausaha : Pembantu Tadbir N22
AJK : Semua GKMP

Juruaudit Guru Bimbingan & Kaunseling
Guru Perpustakaan dan Media
Semua Ketua Panitia
Semua Penyelaras Mata Pelajaran
Setiausaha Kokurikulum
Setiausaha Sukan
: Noor Azah binti Abdullah

44 GURU CAKNA MURID KE PERSADA

SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 45
BUKU PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 2020

1.4 JAWATANKUASA PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN

Pengerusi : Pengetua
Timbalan Pengerusi : Penolong Kanan HEM
Naib Pengerusi 1 : Penolong Kanan Pentadbiran
Naib Pengerusi 2 : Penolong Kanan Kokurikulum

Setiausaha : Noor Azam bin Abdul Manaf

Pen. Setiausaha : Norsuhailiza binti Khairudin

JK Penerima & Pendaftaran : Ayuni binti Hassan

Intan Shafinah binti Sharom

JK Pemeriksa : Nor Hidayah binti Md. Arshad

Izzati binti Jamal

JK Lembaga Pemeriksa Pelupusan : Ruzilah binti Md Shariff

Norihan binti Mohamad Nain

Pegawai Perakuan Pelupusan Aset : Yusnisham binti Yunus

Ismail bin Marni

Pegawai Stor : Norfaiezal bin Yunus

Pegawai Penerima : Semua Ketua Panitia / Penyelaras Mata

Pelajaran

Pegawai Pemeriksa Stok : Semua Ketua Panitia / Penyelaras Mata

Pelajaran

Suhaila binti Mohamed Saad

Pegawai Pemverifikasi Stok : Athirah Diyana binti Mustafa

Nurul Hidayah binti Wahab

AJK : : Guru Perpustakaan dan Media

Setiausaha Sukan

Setiausaha Kokurikulum

1.5 JAWATANKUASA ICT DAN DATA SEKOLAH

Pengerusi : Pengetua
Timbalan Pengerusi : Penolong Kanan Pentadbiran
Naib Pengerusi 1 : Penolong Kanan HEM
Naib Pengerusi 2 : Penolong Kanan Kokurikulum
Setiausaha : Nur Izawati binti Othman
AJK : Semua GKMP
: Semua Penyelaras Tingkatan
Eoperasi : Pembantu Tadbir N22
Jadual Waktu : Hajariah binti Yacob
Peperiksaan Dalaman : Siti Marlina binti Saran
Pusat Sumber Sekolah : Noorazlinda binti Mohd Noor
SKPMg2 (Pencerapan) : Ruzilah binti Md Sharif
Google Classroom : Nur Izawati binti Othman
Latihan Personel : Fariza binti Lokman
APDM : Nor Hazianie binti Osman
HRMIS : Nor Hazianie binti Osman

45 GURU CAKNA MURID KE PERSADA

SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 46
BUKU PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 2020

Pendaftaran : Semua Penyelaras Tingkatan
SSDM : Afizah binti Abdul Rahim
SPBT : Noorashikin binti Mansor
Kebajikan & KWAPM : Roni binti Musa
Biasiswa & Insurans : Norsuhailiza binti Khairudin
PAJSK : Arbiah binti Mohd Ariff
SEGAK : Raja Normi binti Raja Mohamad
Laman Web Sekolah : Nur Izawati binti Othman

1.6 JAWATANKUASA PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

Pengerusi : Pengetua
Timbalan Pengerusi : Penolong Kanan Pentadbiran
Setiausaha : Yusnisham binti Yunus
AJK : Semua Penolong Kanan
: Semua GKMP
: Guru Bimbingan & Kaunseling

1.7 JAWATANKUASA PENGURUSAN ADUAN PELANGGAN

Pengerusi : Pengetua
Timbalan Pengerusi : Penolong Kanan HEM
Naib Pengerusi 1 : Penolong Kanan Pentadbiran
Naib Pengerusi 2 : Penolong Kanan Kokurikulum
Setiausaha : Ismail bin Marni
AJK : Semua GKMP
: Guru Bimbingan & Kaunseling

1.8 JAWATANKUASA INDUK PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS)

Pengerusi : Pengetua
Timbalan Pengerusi : Penolong Kanan Pentadbiran
Naib Pengerusi 1 : Penolong Kanan HEM
Naib Pengerusi 2 : Penolong Kanan Kokurikulum
Guru Perpustakaan dan Media : Noorazlinda binti Mohd Noor
Setiausaha : Saerah Suria binti Ayub Zambiri
AJK : Noorhaniizzati binti Noordin

Norsuhailiza binti Khairudin
Semua GKMP
Semua Ketua Panitia dan
Penyelaras Mata Pelajaran

46 GURU CAKNA MURID KE PERSADA

SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 47
BUKU PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 2020

1.9 JAWATANKUASA PENGURUSAN PENTAKSIRAN DAN
PEPERIKSAAN

Pengerusi : Pengetua
Timbalan Pengerusi : Penolong Kanan Pentadbiran
Naib Pengerusi 1 : Penolong Kanan HEM
Naib Pengerusi 2 : Penolong Kanan Kokurikulum
AJK : Semua GKMP
Psikometrik : Guru Bimbingan dan Kaunseling
Setiausaha Kurikulum : Mahani binti Abd Rahman
Setiausaha SPM : Asyuliana binti Azmi
Pen. Setiusaha SPM : Norrini binti Ishak
Setiausaha PT3 : Norashidah binti Mohamad
Pen. Setiausaha PT3
Setiausaha Peperiksaan Dalaman : Siti Noraini binti Mohamad
Pen. Setiausaha Pep. Dalaman : Siti Marlina binti Saran
Setiausaha PBD Men. Atas : Siti Noraini binti Mohamad
Setiausaha PBD Men. Rendah : Norrini binti Ishak
Setiausaha PAJSK : Siti Noraini binti Mohamad
Setiausaha SEGAK : Arbiah binti Mohd Ariff
: Raja Normi binti Raja Mohamad

1.10 JAWATANKUASA PENGURUSAN SKPMg2

Pengerusi : Pengetua
Timbalan Pengerusi : Penolong Kanan Pentadbiran
Naib Pengerusi 1 : Penolong Kanan HEM
Naib Pengerusi 2 : Penolong Kanan Kokurikulum
Setiausaha : Guru data
Pen. Setiausaha : Pembantu Tadbir N22
AJK : Semua GKMP

1.11 JAWATANKUASA PLC

Pengerusi : Pengetua
Timbalan Pengerusi : Penolong Kanan Pentadbiran
Naib Pengerusi 1 : Penolong Kanan HEM
Naib Pengerusi 2 : Penolong Kanan Kokurikulum
Setiausaha : Ayuni binti Hassan
AJK : Semua GKMP

Pembantu Tadbir N22
Fariza binti Lokman

47 GURU CAKNA MURID KE PERSADA

SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 48
BUKU PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 2020

1.12 JAWATANKUASA PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN
MALAYSIA (PPPM)

Pengerusi : Pengetua
Timbalan Pengerusi : Penolong Kanan Pentadbiran
Naib Pengerusi 1 : Penolong Kanan HEM
Naib Pengerusi 2 : Penolong Kanan Kokurikulum
Setiausaha : Aini binti Hassan
Ahli : Semua GKMP

Fariza binti Lokman

1.13 JAWATANKUASA KEBITARAAN SEKOLAH

Pengerusi : Pengetua
Timbalan Pengerusi 1 : Penolong Kanan Pentadbiran
Timbalan Pengerusi 2 : Penolong Kanan HEM
Timbalan Pengerusi 3 : Penolong Kanan Kokurikulum
Setiausaha Kurikulum : Mahani binti Abd Rahman
Setiausaha HEM : Aadila Fatin binti Mohd Desa
Setiausaha Kokurikulum : Junaidah binti Abdul Ra’am
Peny. Pengantarabangsaan : Arbiah binti Mohd Ariff
Pen. Peny. Pengantarabangsaan : Hasnida binti Harun
AJK : Semua GKMP
: Guru Bimbingan dan Kaunseling

1.14 JAWATANKUASA PEMBANGUNAN FIZIKAL SEKOLAH

Pengerusi : Pengetua
Timbalan Pengerusi : Penolong Kanan HEM
Naib Pengerusi 1 : Penolong Kanan Pentadbiran
Naib Pengerusi 2 : Penolong Kanan Kokurikulum
Setiausaha : Noor Azam bin Abdul Manaf
Pen. Setiausaha : Pembantu Tadbir N22
AJK : Semua GKMP
Pembangunan Fizikal (Kerosakan) : Noor Azam bin Abdul Manaf
Perabot : Erna Yusma binti Mohamad

1.15 JAWATANKUASA PENGURUSAN PRASARANA DAN BILIK KHAS

Pengerusi : Pengetua
Timbalan Pengerusi : Penolong Kanan HEM
Naib Pengerusi 1 : Penolong Kanan Pentadbiran
Naib Pengerusi 2 : Penolong Kanan Kokurikulum
Setiausaha : Noor Azam bin Abdul Manaf
Pen. Setiausaha : Pembantu Tadbir N22
AJK : Semua GKMP
Papan Kenyataan : Rohaida binti Syamsudin (K)

48 GURU CAKNA MURID KE PERSADA

SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 49
BUKU PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 2020

Mural : Jimetra a/p Yogarajah
Dewan Tun Sri Lanang : Zaharah binti A.Wahid
: Saerah Suria binti Ayub Zambiri (K)
Pusat Fleksi : Mohd Firdaus Khairi bin No Badery
Pusat Sumber Sekolah : Guru Bimbingan dan Kaunseling
Bilik Kenanga : Noorazlinda binti Mohd Noor
Bilik Anggerik : Setiausaha PIBG
Bilik Akademik : Pembantu Tadbir N22
Bilik Kemanusiaan : Siti Marlina binti Saran
Pusat Islam : Ismail bin Marni
Surau : Hasnida binti Harun
Makmal Sains : Roni binti Musa
Bengkel : Ayuni binti Hassan
Landskap : Rabi’atul ‘Adawiyah binti Osman
3K : Aini binti Hassan
Kebersihan & Keceriaan : Yusni binti Yusof
Kesihatan : Azlind binti Abd Aziz
Keselamatan : Nur Aida Marhanum binti Omar
Ujana Bahasa : Mohd Nor Fahmy bin Mohamad Jilani
Bilik Pendidikan Seni Visual : Ruzilah binti Md Sharif
Bilik Do Re Mi : Zaharah binti A.Wahid
Bilik Pancaragam : Suraini binti Samsu
Depoh Peralatan : Ali Hassan Mohdr bin Mohd Ramly
Bilik Peperiksaan : Nur Aida Marhanum binti Omar
Bilik Kokurikulum : Siti Marlina binti Saran
Bilik Ketua Unit Disiplin : Junaidah binti Abdul Ra’am
Bilik Disiplin : Mansor bin Muda
Bilik Segar : Mastura binti Mohamed
Setor Peralatan Sukan : Vijayamalar A/P Sinnathamby
Bilik Bahasa Jepun : Raja Normi binti Raja Mohamad
Makmal Komputer 1 & 2 : Arbiah binti Mohd Ariff
Bilik BOSS : Nur Izawati binti Othman
Bilik PLC : Noorashikin binti Mansor
Bengkel Pembuatan 1 : Ayuni binti Hassan
Bengkel Pembuatan 2 : Noor Azam bin Abdul Manaf
Bengkel Elektrik & Elektronik : Siti Noraini binti Mohamad
Bilik Masakan : Rabi’atul ‘Adawiyah binti Osman
Studio Reka Bentuk : Afizah binti Abdul Rahim
Bilik Pertanian : Afizah binti Abdul Rahim
: Siti Hajar binti Abas@Hamdan

49 GURU CAKNA MURID KE PERSADA


Click to View FlipBook Version