PERMAINAN PERMAINAN TRADISIONAL TRADISIONAL GASING KUMPULAN 5
AHLI KUMPULAN 5 NUR HASLINDA 02DSK23F1081 NURUL SAFIA 02DSK23F1077 NURUL AQILAH 02DSK23F1022 MUHAMMAD ZHALEHUD’IN 02DKA23F1021
ISI KANDUNGAN PENGENALAN 01 SEJARAH DAN ASAL 02 USUL GASING 03 CARA-CARA BERMAIN GASING CARA BERMAIN 04 GASING CARA BERMAIN 05 GASING 06 CARA MENGEKALKAN PERMAINAN GASING
ISI KANDUNGAN PERATURAN 07 BERMAIN GASING 08 KESIMPULAN 09 VIDEO SEKIAN TERIMA 10 KASIH
PENGENALAN Permainan gasing adalah permainan yang popular di Semenanjung Malaysia. Ia bukan sahaja dimainkan oleh kanak-kanak malahan orang dewasa juga gemar bermain gasing. Gasing merupakan sejenis permainan yang boleh berputar pada paksinya sambil mengimbang pada satu titik. Gasing merupakan permainan tradisional orangorang melayu sejak dahulu lagi. Biasanya dimainkan selepas musim menuai. Pemenang dikira berdasarkan tempoh masa gasing mampu berputar.
SEJARAH DAN ASAL USUL GASING Menurut sumber dari Terengganu,gasing berasal daripada permainan memusing buah berembang. Buah berembang berbentuk bulat,licin dan agak leper. Buah yang mudah ditemui di pesisir pantai ini selalu digunakan oleh ahli silat sebagai satu latihan untuk menguatkan tangan. Di sesetengah tempat, buah berembang juga dikenali sebagai buah perepat (sonneratia alba). Buah berembang ini juga dijadikan sebagai permainan. Dalam permainan buah berembang, buah ini akan dipusingkan dengan menggunakan tangan. Buah berembang yang berpusing paling lama dan paling ligat dikira paling gah dan pemusingnya dianggap sebagai pemenang Gasing dicipta berdasarkan bentuk buah berembang. Perkataan gasing berasal daripada gabungan dua perkataan, ‘ gah berpusing ’. Gah dalam istilah permainan gasing bermaksud berpusing ligat dan tegak.
CARA- CARA BERMAIN GASING MELILIT TALI MELILIT GASING MEMUSING GASING MEMANGKAH GASING MENGANGKAT GASING
CARA BERMAIN GASING Cara yang pertama dipakai dengan memasukkan pergelangan tali ke dalam lengan permain dan cecincin iaitu hujung tali yang diikat membulat akan menjadi penyimpul hidup. Ini akan memudahkan pemain kerana apabila ditarik ia tidak mudah terurai. Pusingan tali pada lengan pula bergantung kepada pemain sama ada dililit pada tangan kanan atau tangan kiri. Pusingan lilitan bergantung kepada orang pemain untuk memastikan pemain selesa dengan lilitan tali tersebut. Lilitan tali biasanya dilakukan sendiri. MELILIT TALI MELILIT GASING Melilit pada lengan dahulu kemudian barulah dililit di sekliling gasing. Cara lain adalah seperti yang diamalkan oleh pemain gasing tradisional iaitu melilit gasing dengan mengikat pada pokok kayu supaya lilitan menjadi lebih kemas bagi menghasilkan pusingan yang lama. Semua gasing yang akan dililit hendaklah dipastikan bahu,labu dan pataknya supaya dalam keadaan dalam rata, jika keadaan labu tidak rata, kerja meratakannya haruslah dilakukan dengan mengikir,mengetuk atau menggosok dengan kertas kaca. Bagi menghasilakan cengkaman yang kuat biasanya permain gasing akan menyapu kanji di bahagian bahu gasing.
CARA BERMAIN GASING MENGANGKAT GASING MEMUSING GASING MEMANGKAH GASING Memangkah adalah satu gerakan yang penting dalam permainan gasing. Tumpuan, perhatian dan hayunan hendaklah tepat mengenai sasaran supaya gasing akan menghasilkan uri yang ligat, tegak, dan kuat. Terdapat empat gaya pangkahan yang biasa dignakan oleh pemain dalam apa juga pertandingan, iaitu pangkah tokok, pangkah bentak, pangkah layang dan pangkah tebang. Memusing mengikut cara yang betul akan menghasilkan pusingan yang tegak, kuat, ligat dan tetap. Untuk menghasilkan pusingan seperti ini, langkah yang disusun hendaklah mengikut cara yang betul supaya gasing tidak jatuh mengiring, meleret atau borot. Umumnya terdapat dua jenis pusingan yang biasa diamalkan, iaitu pusingan sorong tarik dan pusingan sentap. Untuk pusingan sorong tarik, gasing hendaklah dipegang secara mengiring dan dihayun ke belakang. Serentak dengan itu mata mestilah tertumpu ke arah sasaran di hadapan. Sebelum gasing diangkat, pemain mestilah terlebih dahulu menentukan liuk arah pusingan dankedudukan gasing. Menentukan liuk bermakna mencari liuk atau kedudukan pusingan terendah bahagian patak dengan bumi. Bahagian terendah inilah yang akandiangkat. Arah pusingan perlu ditentukan untuk disesuaikan dengan arah pusingan badan ketikamembawa gasing. Mengangkat gasing dilakukan dengan menggunakan tali dan cokok.
CARA MENGEKALKAN PERMAINAN GASING Hal ini dapat menggalakkan lagi generasi kini untuk menyertai permainan tradisional. MENGADAKAN PESTA PERMAINAN TRADISIONAL MENYEDIAKAN JURULATIH YANG PROFESIONAL MEMAJUKAN LEBIH BANYAK PERMAINAN TRADISIONAL Jurulatih yang profesional dapat meningkatkan lagi kemahiran bermain gasing dalam golongan masyarakat. hal ini amatlah penting bagi menjamin permainan gasing ini tidak dilupakan oleh generasi yang akan datang. Hal ini kerana, permainan tradisional ini semakin lama semakin dilupakan. Oleh itu, semua pihak haruslah bertanggungjawap dalam mengekalkan permainan tradisional ini sehingga nanti.
PERATURAN BERMAIN GASING Gasing hendaklah diperbuat daripada kayu keras dan kukuh (Kayu Penaga atau Rhu). Gasing-gasing yang dipertandingkan hendaklah jenis kayu yang sama. Bentuk tubuh gasing adalah bulat dan mempunyai kepala, tumbung, dan paksi. Logam timah sahaja yang dibenarkan kelihatan pada bahagian sisi gasing. Tali gasing hendaklah sesuai dan tidak membahayakan Penyokok hendakl dperbuat daripada kayu dan mudah digunakan.
KESIMPULAN Kesimpulannya, dengan mengangkat kembali medium permainan tradisiomal Gasing ini berharap dapat membantu mengangkat minat semua lapisan masyarakat tidak kira tua atau muda untuk bermainan permainan tradisional . Kami berharap permainan tradisional ini tidak dilupakan oleh generasi yang akan datang kerana segala warisan yang telah diciptakan atau dihasilkan oleh nenek moyang kita harus dijaga sehingga dapat dikenali oleh semua anak cucu yang akan datang.
VIDEO https://youtu.be/jcwNyUgzo_o? si=JuzLLbYVVsOy6SCp
MAKA DENGAN INI TAMATLAH MAKA DENGAN INI TAMATLAH PEMBENTANGAN KAMI, JIKA ADA PEMBENTANGAN KAMI, JIKA ADA KESALAHAN MAKA KESALAHAN MAKA PERBETULKAN JANGAN PERBETULKAN JANGAN DISEBABKAN SATU KESALAHAN DISEBABKAN SATU KESALAHAN SERIBU KEBAIKAN DILUPAKAN SERIBU KEBAIKAN DILUPAKAN