The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by wanzakiah, 2022-06-08 22:47:06

EFOLIO G3

EFOLIO G3

MPU23052
(SAINS TEKNOLOGI DAN
KEJURUTERAAN DALAM

ISLAM)

hukum mengambil vaksin
Peranan islam dalam menghadapi
penyakit

1

MPU23052 – SAINS TEKNOLOGI DAN
KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

KETUA EDITOR
WAN ZAKIAH BINTI WAN YUNUS

PENYUNTING

1.MUHAMMAD AZROL BIN MOHD JAAFAR

(13DAD21F1018)

2.NUR HAWANIE SYAMIERAH BINTI HAZAHAR

(13DAD21F1080)

3.MUHAMMAD DARIMI BIN RODZI (13DAD21F1088)

4.MUHAMMAD AQIL SYAZANI BIN AMRAN

(13DAD21F1129)

5.MUHAMMAD IRFAN HAKIMI BIN AFFENDI 2
(13DAD21F1124)

Isi kandungan

No. tajuk m/s
1. objektif
3

2. Mengapa harus mengambil vaksin 4

3. Apakah hukum mengambil vaksin 5

4. Hukum menggunakan vaksin 6

sebagai alat pencegahan penyakit

5. Peranan islam dalam menghadapi 7-9

penyakit

6. Hukum berubat dengan bahan 10-11

yang haram

7. Hukum vaksin kembali kepada 12-13

intipati kandungan yang terdapat

di dalamnya

8. kesimpulan 14
9. Sumber rujukan
15

3

Objektif

Dalam pembelajaran kali ini, objektif yang akan dicapai adalah seperti
berikut:
• Memahami dan mengenali apa itu vaksin dan cara ianya bekerja di

dalam tubuh badan manusia
• Mengetahui segala apa hokum yang telah dinyatakan oleh para

ulamak dan para sahabat di dalam hadis hadis sahih
• Meyedarkan masyarakat betapa pentingnya vaksin untuk kesihatan

tubuh badan kita
• Mencuba mengamalkan peranan peranan yang telah diperjelaskan

di dalam e folio ini.

4

Mengapa harus mengamil vaksin?

1.Efektif dalam meminimumkan penyebaran Covid 19
Vaksin COVID-19 sudah terbukti efektifuntuk mencegah seseorang
yang dijangkitivirus Corona. Apabila dijangkiti, maka vaksin boleh
membantu meminimumkan penyebaran Covid-19.
Ketika orang yang telah divaksin masih lagidijangkiti COVID-19, maka
vaksin yangtelah disuntikkan ke dalam tubuh akanmencegah tubuh
daripada mengalami gejala parah akibat virus Corona.

2. Membentuk antibodi
Vaksin COVID-19 terbukti boleh membantu membentuk respons
antibodi untuk sistem kekebalan tubuh. Bahkan, pada orang yang
sudah pernah dijangkiti COVID-19 sekalipun.• Penelitian menunjukkan
bahwa vaksinasi terbukti menyediakan perlindungan bagi orang-orang
yang sebelumnya pernah dijangkiti virus ini.

3. Menciptakan kekebalan kelompok
Kekebalan kelompok adalah ketika sebagian besar populasi kebal
terhadap penyakit menular tertentu sehingga memberikan
perlindungan tidak langsung atau kekebalan kelompok bagi mereka
yang tidak kebal terhadap penyakit bahaya ini.Misalnya, jika 80%
populasi kebal terhadap suatu virus, empat dari setiap lima orang yang
bertemu seseorang dengan penyakit tersebut tidak akan sakit dan
tidak akan menyebarkan virus tersebut lebih jauh. Dengan cara ini,
penyebaran penyakit tersebut dapat dikendalikan.

5

Apakah hukum mengambil vaksin?

• Mufti Wilayah, Datuk Dr Luqman Abdullah, dalam satu kenyataan,
berkata pihaknya mengambil inisiatif membincangkan pelbagai
kekeliruan dalam kalangan masyarakat berhubung pengambilan
vaksin COVID-19 dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan
Hukum Syarak Wilayah Persekutuan kali ke-2/2021 pada 11 Februari
lalu.

• Beliau berkata, mesyuarat itu membuat keputusan bersetuju
mengguna pakai resolusi MKI ke-10, berhubung perkara itu yang
bersetuju hukum penggunaan Vaksin COVID-19 adalah HARUS dan
WAJIB diambil oleh golongan yang ditetapkan oleh kerajaan
Malaysia.

• Selaras dengan dasar kerajaan dalam memerangi wabak COVID-19
di negara ini, pihak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP)
dengan ini menzahirkan sokongan yang tidak berbelah bahagi serta
mendukung sepenuhnya pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19
Kebangsaan.

6

Hukum Menggunakan Vaksin Sebagai
Alat Pencegahan Penyakit

• Ini termasuk tindakan menghindari penyakit

sebelum terjadi. Demikian juga jika dikhawatirkan
timbulnya suatu penyakit dan dilakukan immunisasi
untuk melawan penyakit yang muncul di suatu
tempat atau di mana saja, maka hal itu tidak masalah,
karena hal itu termasuk tindakan pencegahan.
Sebagaimana penyakit yang datang diobati, demikian
juga penyakit yang dikhawatirkan kemunculannya.

• Benarlah sabda Nabi SAW:
‫لا يوردن ممرض على مصح‬

Maksudnya: "Jangan didekatkan yang sakit dengan
yang sihat."(Riwayat Bukhari)

7

Peranan islam dalam menghadapi
penyakit

1) Berdoa kepada Allah S.W.T

Islam menganjurkan umatnya agar membaca pada waktu pagi dan
petang zikir berikut sebanyak tiga kali:

Hal ini kerana, Rasulullah S.A.W mengatakan bahawa sesiapa yang
membacanya sebanyak tiga kali pada waktu pagi dan petang, nescaya
dia tidak akan ditimpa sebarang kemudaratan.

“‫اللهم إني أعوذ بك من البرص والجنون والجذام ومن سيئ الأسقام‬
Dengan nama Allah yang mana dengan nama-Nya tidak ada mudarat
terhadap sesuatu pun di bumi dan juga di langit, dan Dialah Tuhan yang

Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [15](Riwayat al-Bukhari
dalam al-Adab al-Mufrad (660))

2) Mencegah

Islam amat menitikberatkan soal pencegahan penyakit sebelum ia
menimpa. Terdapat beberapa langkah pencegahan yang dianjurkan
seperti yang ditunjukkan dalam beberapa riwayat yang sahih. Antaranya
sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Abd Al-Rahman bin 'Auf R.A
bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

“‫إذا سمعتم به بازم فلا تقدموا عليه وإذا وقع بأرض واللم بها فلا تخرجوا فرارا منه‬

Sekiranya kamu mendengar mengenai taun yang menimpa sesuatu

kawasan, maka janganlah kamu masuk ke tempat tersebut. Sekiranya ia

berlaku di sesuatu kawasan dan kamu berada di dalamnya, maka

janganlah kamu keluar daripadanya untukmelarikan diri darinya.

[16]"(Riwayat al-Bukhari (5730)) 8

Peranan islam dalam menghadapi
penyakit

3) Merawat

Sebaik sahaja seseorang itu ditimpa penyakit, Islam memberi
penekanan kepada kepentingan merawat. Di samping redha dengan
takdir Allah S.W.T, tuntutan untuk merawat penyakit juga tidak boleh
diabaikan. Ini berdasarkan sebuah Hadis daripada Usamah bin Syarik
R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

“‫تداووا فإن الله عز وجل لم يصنع داء إلا وضع له دواء غير ذاء واحد الهرم‬
Hendaklah kamu merawat (penyakit) kerana sesungguhnya Allah tidak

menjadikan suatu penyakit melainkan Dia turut menyediakan ubat
baginya, melainkan satu penyakit sahaja iaitu ketuaan."(Riwayat Abu

Daud (3855), Riwayat Ahmad (4/278))

Imam al-Nawawi menjelaskan: Hadis ini memberi isyarat disunatkan
mengubat penyakit. Inilah mazhab. ashab kita (aliran mazhab al-Syafi'i),
kebanyakan Salaf dan keseluruhan. Khalaf. Kata al-Qadi 'lyadh: Dalam
Hadis-hadis ini terkandung beberapa ilmu-ilmu agama dan dunia,
antaranya; benarnya ilmu perubatan, diharuskan berubat secara
keseluruhannya.

Begitu juga berdasarkan sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Al-
Darda' R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:E(Riwayat
Abu Daud (3874))

“‫إن الله أنزل الذاء والدواء وجعل لكل ناء نواة فتاوؤا ولا تداووا بحزام‬

Sesungguhnya Allah menurunkan penyakit dan juga ubat. Serta Dia

menjadikan bagi setiap penyakit itu ada ubatnya. Maka hendaklah

kamu semua berubat dan janganlah kamu berubat dengan suatu yang

haram." [18]. 9

Peranan islam dalam menghadapi
penyakit

4) Tawakal

Setelah segala usaha dan ikhtiar dilakukan, Islam mengajar kita agar
menyerahkan segala urusan seterusnya kepada Allah S.W.T. Inilah
bentuk tawakal iaitu penyerahan diri yang mutlak kepada Allah setelah
usaha-usaha dilakukan. Allah S.W.T berfirman:

“‫فإذا عزمت فتوكل على الله إن الله يحب المتوكلين‬
Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah

kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang
bertawakal kepada-Nya."(ali 'Imran: 159)

Inilah pegangan akidah sejati seorang Muslim, yang menghimpunkan
antara mengambil usaha serta bertawakal kepada Allah S.W.T dalam
setiap tindakan yang dilakukan. Sekiranya segala usaha mengelakkan
penyakit seperti doa dan langkah pencegahan telah diambil, namun
seseorang itu tetap diuji juga dengan penyakit, maka hendaklah dia
menenangkan dirinya dengan firman Allah S.W.T:

“‫قل لن يصيبنا إلا ما كتب الله لنا هو مؤشنا و على الله فليتوكل المؤمنون‬
Katakanlah (wahai Muhammad) bahawa sama sekali ujian tidak akan
menimpa kita melainkan apa yang telah Allah tetapkan untuk kita. Dia
lah pelindung kita, dan kepada Allah jugalah golongan beriman itu perlu

bertawakal." [19](al-Taubah: 51)

10

Hukum berubat dengan bahan yang
haram

Antara isu yang sering dibangkitkan oleh sebahagian pihak sehingga
menimbulkan kegusaran dan kerisauan masyarakat terhadap vaksin
ialah dakwaan bahawa vaksin ini mengandungi kandungan atau bahan
yang haram di dalamnya.

Isu berubat dengan bahan haram atau najis ini bukanlah isu baharu.
Bahkan sabit larangan berkenaannya dalam nas syarak. Kenyataan
Imam al Nawawi adalah seperti berikut:

‫راما التاري بالماسات غير المشر مهر خالل سراة‬
“‫و شيخ القاسات غير الشمال هنا في الملاعب والشمرم رو قطع المشهور‬

Adapun berubat dengan najis-najis selain daripada arak, maka ia adalah
dibolehkan sama ada terdapat padanya keseluruhan najis selain suatu

yang memabukkan Inilah pendapat mazhab dan pendapat yang
dinaskan dan inlah pendapat yang dipegang oleh jumhur

‫زلنا بحول الفكري الحالة لا لم تجد طاهرا بو ساسها في وحدة حزت المانات بلد ماه مهر‬
“‫حرام عند وجود نقره را خوانا با لم‬

Sesungguhnya yang membolehkan berubat dengan najis hanyalah
apabila tidak terdapat bahan yang suci yang boleh menggantikan
tempatnya Sekiranya terdapat bahan yang suci (untuk digunakan dalam
merawat), maka haram (menggunakan) najis-najis tanpa sebarang
khilaf Hukumnya haram ketika wujud selainnya (bahan yang sucij dan ia
tidak haram sekiranya tidak terdapat bahan selainnya.(Rujuk al-Majmu

Syarah al-Muhazzab, 950-51)

11

Hukum berubat dengan bahan yang
haram

Juga berdasarkan sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Wa'il al-
Hadrami, bahawa Tariq bin Suwaid al-Ju'fi R.A bertanya kepada
Rasulullah S.A.W berkenaan arak. Kemudian Baginda melarang atau
tidak menyukai untuk dia melakukannya. Tariq berkata: "Sesungguhnya
aku melakukannya untuk berubat". Maka Baginda S.A.W berkata:

“‫إنه ليس بدواء ولكنه ذاء‬
Sesungguhnya ia (arak) bukan ubat, akan tetapi ia merupakan suatu

penyakit."(Riwayat Muslim (1984))

Oleh yang demikian, Imam al-Nawawi ketika mengulas berkenaan
dengan isu hukum berubat dengan najis, beliau mengatakan bahawa
larangan berubat dengan najis hanyalah merujuk kepada arak. Adapun
najis-najis selain daripada arak, hukum asal penggunaannya juga adalah
haram melainkan dalam keadaan darurat yang mana tidak ada bahan
suci lain yang boleh menggantikannya. Ini berdasarkan firman Allah
S.W.T:

“‫وقد فصل لكم ما حرم عليكم إلا ما أضطررتم إليه‬
Sesungguhnya Allah telah menjelaskan kepada kamu apa yang

diharamkan-Nya atasmu, kecuali apa yang terpaksa kamu
memakannya."(al-An'am (119))

12

Hukum vaksin kembali kepada intipati
kandungan yang terdapat di dalamnya

Berkenaan dengan isu bahan kandungan yang terdapat di dalam vaksin,
Mufti Wilayah Persekutuan yang ke-7 telah mengulas berkenaannya
secara panjang lebar pada tahun 2016 yang lalu, dengan menyebutkan:

Dalam hal ini, terdapat beberapa bahagian yang telah disebutkan oleh
para ulamak:

Pertama:

Vaksin yang mengandungi kandungan yang harus untuk digunakan
serta mempunyai kesan yang bermanfaat. Tidak syak lagi bahawa
kategori jenis ini adalah harus untuk digunakan. Bahkan ia merupakan
antara nikmat Allah S.W.T yang dikurniakan kepada sekalian makhluk-
Nya. Pencapaian perubatan (medical achievement) seumpama ini telah
memberi sumbangan yang besar dalam mengurangkan pelbagai wabak
yang tersebar pada hari ini.

Kedua:

Vaksin yang mengandungi isi kandungan yang harus untuk digunakan.
Akan tetapi ia boleh menyebabkan mudarat yang lebih banyak kepada
tubuh badan berbanding manfaatnya. Ataupun ia tidak bermanfaat
pada asalnya. Vaksin seumpama ini tidak dinafikan lagi bahawa tidak
boleh untuk digunakan kerana kita dilarang untuk memudaratkan diri
kita dengan makanan, minuman, ubat-ubatan, dan seumpamanya.

13

Hukum vaksin kembali kepada intipati
kandungan yang terdapat di dalamnya

Ketiga

Vaksin yang mengandungi bahan yang diharamkan ataupun ia najis
pada asalnya akan tetapi ia telah dirawat dengan bahan kimia ataupun
ia telah dicampur dengan bahan-bahan lain yang menukarnya daripada
namanya kepada ciri bahan yang diharuskan penggunaannya. Inilah
yang dipanggil sebagai proses istihalah (proses perubahan kepada halal)
serta mempunyai kesan kesan yang bermanfaat. Vaksin kategori ini tidak
syak lagi diharuskan penggunaannya. Ini kerana proses istihalah yang
berlaku telah mengubah nama dan sifatnya justeru menjadikan
hukumnya juga berubah, maka ia adalah boleh untuk digunakan.

14

KESIMPULAN

Berkenaan dengan hukum penggunaan vaksin COVID-19, selama mana
telah dipastikan bahawa tidak terdapat sebarang bahan-bahan haram
yang digunakan dalam penghasilan vaksin tersebut, maka hukum asal
pengambilannya adalah harus. Manakala sekiranya pengambilan vaksin
tersebut terbukti berkesan dalam mencegah penyakit serta ternafi
sebarang kemudaratan daripadanya, maka hukum pengambilannya
adalah dituntut bahkan menjadi kewajiban apabila ditetapkan oleh
pihak pemerintah.
Dalam masa yang sama, sekiranya pemerintah membuat ketetapan
mewajibkan pengambilan vaksin COVID-19 ini kepada seluruh rakyat,
khususnya kepada mereka yang terdedah dengan risiko jangkitan
seperti pejuang barisan hadapan (frontliners) serta golongan yang
berisiko, maka menjadi kewajipan untuk kumpulan ini mengambilnya.

15

Sumber rujukan

.buku rujukan
Buku fatwa Iman Al Nawawi,imam Al Nawawi, siri kitab turath 6,
2018
Buku Kuasa Usul Fiqh, Fauwaz Fadhil Noor, 2019
Buku Fiqh Awlawiyyat, Dr. Mohammad Nidzam Abdul Khadir,
2019
Media sosial
https://www.pcb.gov.my/bm/berita/pengumuman/1449-
apakah-kepentingan-mengambil-vaksin-covid-19
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/02/785997/
hukum-vaksin-covid-19-harus-mufti-wilayah

16


Click to View FlipBook Version