The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kachisma, 2021-01-06 08:37:32

Dasar Ketetapan Kokurikulum SKBaT 2021

Dasar Ketetapan Kokurikulum SKBaT 2021

DASAR KETETAPAN PELAKSANAAN KOKURIKULUM 2021

Sekolah Kebangsaan Batangan
21600 Marang,
Terengganu.

A. PENGENALAN
Gerak kerja Kokurikulum ialah kegiatan pembelajaran yang berasaskan gerak kerja terancang

yang dijalankan diluar bilik darjah dan merupakan lanjutan daripada kurikulum yang di ajar dalam
bilik darjah. Kegiatan kokurikulum mengajar murid apa yang tidak dapat diajar di dalam bilik
darjah serta mengukuhkan lagi apa yang telah dipelajari terutama yang berkaitan dengan mata
pelajaran di sekolah.

Gerak kerja kokurikulum merupakan kegiatan bercorak pendidikan yang menyediakan
pengalaman pembelajaran dan dijalankan dalam masa persekolahan tetapi di luar jadual
pembelajaran dan dijalankan dalam masa persekolahan tetapi di luar jadual pembelajaran formal.
Sebahagian besar daripada kegiatan kokurikulum merangkumi pembelajaran yang bukan
berasaskan mata pelajaran akademik.

Gerak kerja kokurikulum lebih banyak dilaksanakan secara tidak formal dan lebih ditumpukan
pada aspek yang tersembunyi seperti bakat kepimpinan, nilai, sosial dan sebagainya.

B. DASAR PELAKSANAAN KOKURIKULUM

1.0 Konsep
1.1 “Kegiatan Kokurikulum” ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan
daripada prosses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang member
murid peluang untuk menambah, mengukuh dan menambahkan pengetahuan,
kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah.(Rujuk peraturan 2 dalam

1|

Dasar Ketetapan Pelaksanaan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Batangan 2021

Peraturan-Peraturan Pendidikan Kurikulum Kebangsaan 1997: Warta Kerajaan-PU
(A) 531/97).

1.2 Aktiviti Kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah , dan setiap
murid harus melibatkan diri. Aktiviti ini boleh dijalankan di dalam dan di luar bilik
darjah, mengikut kesesuaian sesuatu aktiviti. Dengan andaian bahawa murid-murid
tidak mendapat pengalaman tertentu di bilik darjah, maka aktiviti kokurikulum
dapat menyediakan pelbagai pengetahuan dan pengalaman untuk perkembangan
mental, minat , bakat, jasmani, rohani dan pembentukan nilai-nilai estetika serta
sosial yang positif.

1.3 Sebagai satu bidang pendidikan, penglibatan semua murid adan anggota
masyarakat adalah perlu, berasaskan kepada anggapan bahawa;-

1.3.1 Semua murid harus mempunyai keseimbangan antara perkembangan
mental (akademik) dengan perkembangan sahsiah yang bersepadu (sosial,
jasmani dan rohani).

1.3.2 Semua murid mempunyai minat dan bakat yang boleh dikembangkan;

1.3.3 Semua murid boleh dididik , dan boleh pula mendidik diri sendiri dan rakan
sebaya:

1.3.4 Sekolah bertanggungjawab melahirkan murid-murid untuk keperluan
masyarakat dan negara.

1.3.5 Masyarakat turut bertanggungjawab memainkan peranan mendidik murid-
murid.

2.0 Matlamat Kokurikulum

Matlamat utama aktiviti kokurikulum adalah untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan
Negara . Antara matlamat yang hendak dicapai adalah seperti berikut;

2.1 Menyemai kesedaran murid-murid terhadap agama dan kepercayaan kepada
Tuhan.

2.2 Menyeimbangkan antara perkembangan mental dengan perkembangan rohani ,
jasmani , dan emosi murid-murid.

2.3 Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan dikalangan murid dalam sekolah dan di
antara sekolah.

2|

Dasar Ketetapan Pelaksanaan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Batangan 2021

2.4 Membina dan meningkatkan minat dan bakat murid-murid dalam aktiviti yang
diceburi.

2.5 Membina dan meningkatkan disiplin murid.
2.6 Mewujudkan budaya sekolah yang menarik dan mengembirakan.
2.7 Membina dan meningkatkan kerjasama dan sumbangan serta hubungan dua hala

antara sekolah dan masyarakat.
2.8 Mewujudkan sekolah berwatak.

3.0 Hakikat Kokurikulum

3.1 Matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan ialah untuk mewujudkan suatu bangsa
bercorak Malaysia yang bersatu padu dan dihormati. Hasrat ini akan dapat dicapai
jika generasi muda sekarang dapat pendidikan yang seimbang dan sempurna
sentiasa member penekanan kepada kedua-dua aspek iaitu akademik dan gerak
kerja kokurikulum. Ini bermakna seseorang pelajar itu diberi didikan yang
menyeluruh merangkumi aspek mental, fizikal dan spiritual.
Y.A.B Datuk Seri Abdullah bin Hj. Ahmad Badawi (1985).

3.2 Penekanan baru kepada gerak kerja kokurikulum di sekolah-sekolah adalah sesuai
dengan masa dan keperluan pendidikan di negara kita sekarang. Ini akan
menjadikan pendidikan yang menyeluruh merangkumi bidang akademik dan
kokurikulum. Kedua-dua bidang ini seharusnya digabungkan, diberi penekanan
baru, dan diberi penilaian dan pengiktirafan yang sesuai supaya keseluruhan
pelajar-pelajar dan guru-guru dapat memahami konsep pendidikan yang berasaskan
kepada penekanan yang sama kepada bidang kokurikulum dan bidang akademik.
Dato’ Abdul Rahman Hj. Arshad (1985)

3.3 Gerak kerja kokurikulum “…..adalah penting untuk menyemai, memupuk dan
menanam kekitaan ataupun ‘esprit de corps’ di antara pelajar-pelajar pelbagai
keturunan yang mempunyai latar belakang dan cara hidup yang berlainan. Ia juga
bertujuan melatih pelajar-pelajar supaya bersikap bertanggungjawab. Kegiatan ini
juga boleh melatih mereka berdisiplin, berdikari dan berkemahiran dalam sesuatu
lapangan yang mereka sertai”
Laporan Jawatankuasa Karbinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979)

3.4 ….gerak kerja kokurikulum boleh menyediakan pengetahuan dan pengalaman bagi
perkembangan mental, minat, bakat, jasmani, rohani dan pembentukan nilai-nilai
estetika serta sosial yang positif.

3|

Dasar Ketetapan Pelaksanaan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Batangan 2021

Buku Panduan Pengurusan Gerak Kerja Kokurikulum Sekolah Menengah
(BPPGKKSM), Kementerian Pendidikan Malaysia (1989)

3.5 Peranan dan tanggungjawab utama sekolah bukan hanya semata-mata kepada
penyampaian ilmu pengetahuan dan memupuk kemahiran-kemahiran tertentu
kepada pelajar-pelajar, bahkan juga bagi melahirkan pelajar-pelajar yang dapat
memberi sumbangan ke arah hidup yang harmonis , bersatu padu, bertoleransi,
berdisiplin, dan bahagia. Justeru itu, sekolah adalah tempat bagi melahirkan
pelajar-pelajar yang mempunyai sahsiah yang baik, iaitu yang mempunyai sikap
serta menghayati nilai-nilai hidup berasaskan prinsip-prinsip Rukunegara.
Surat Pekeliling Iktisas Bil. 1/1985

3.6 Sepertimana kurikulum, gerak kerja kokurikulum juga mempunyai peranan dalam
pembentukan perkembangan jasmani dan rohani pelajar-pelajar. Oleh yang
demikian kokurikulum sekolah juga seharusnya dapat dititikberatkan oleh sekolah-
sekolah……kegiatan kokurikulum merupakan program penting demi
membangunkan potensi pelajar secara menyeluruh. Secara umum kegiatan
kokurikulum yang sedia ada telah berjaya membina disiplin pelajar serta
meningkatkan minat mereka terhadap pembelajaran.
Surat Pekeliling Iktisas Bil 4/1995

3.7 “…….sukan sebagai sebahagian dari kegiatan kokurikulum yang diwajidkan di
sekolah-sekolah, adalah juga merupakan satu-satunya saluran yang berkesan bagi
memupuk persefahaman dan perpaduan di kalangan para pelajar.
Surat Pekeliling Iktisas Bil. 7/1988

4|

Dasar Ketetapan Pelaksanaan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Batangan 2021

C. MOTO ,PIAGAM ,VISI, MISI, MATLAMAT, OBJEKTIF & PERANCANGAN
STRATEGIK KOKURIKULUM

1. MISI KOKURIKULUM

“BELAJAR MEMIMPIN”

2.PIAGAM PELANGGAN KOKURIKULUM

1. MEMBERI PERKHIDMATAN YANG BERKUALITI KEPADA SEMUA PELANGGAN
2. MEMBERI BIMBINGAN KEPADA PELANGGAN YANG MEMERLUKAN BANTUAN

BERKAITAN DENGAN PENGURUSAN KOKURIKULUM
3. BERSIKAP TERBUKA DALAM MEMBERI DAN MENERIMA CADANGAN YANG

MEMBINA
4. MENGAMALKAN DASAR PINTU TERBUKA KEPADA SEMUA PELANGGAN

3. VISI KOKURIKULUM

MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU MELALUI SUKAN BERPOTENSI

4. MISI KOKURIKULUM

KAMI WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN BATANGAN AKAN MENDIDIK DAN
MELAHIRKAN GENERASI PELAJAR YANG SIHAT DAN CERGAS MELALUI PROGRAM
KOKURIKULUM SERTA MEMBERI PELUANG PENYERTAAN DAN PENGLIBATAN
YANG MENUJU KE ARAH KECEMERLANGAN DAN KEGEMILANGAN PADA
PERINGKAT SEKOLAH, DAERAH , NEGERI , KEBANGSAAN SEJAJAR DENGAN
FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA DAN “BELAJAR UNTUK MEMIMPIN”.

5. MATLAMAT KOKURIKULUM

1. MELAHIRKAN GOLONGAN PELAJAR YANG PRIHATIN TERHADAP KECERGASAN
DAN KESIHATAN FIZIKAL BOLEH MENCAPAI KECEMERLANGAN DALAM
PERTANDINGAN KOKURIKULUM

2. MELAHIRKAN GOLONGAN PELAJAR YANG AKTIF, PRODUKTIF, BERDISIPLIN,
BERSEMANGAT SUKAN YANG TINGGI DAN BERSATUPADU.

3. MENYEDIAKAN PELUANG SELUAS-LUASNYA PENYERTAAN DIKALANGAN
PELAJAR MELALUI PROGRAM DAN AKTIVITI KOKURIKULUM KE ARAH
KECEMERLANGAN.

4. MEMPERSEIMBANGKAN PERANCANGAN PROGRAM KOKURIKULUM SELARAS
DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA.

5|

Dasar Ketetapan Pelaksanaan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Batangan 2021

5. MEMASTIKAN SEMUA PELAJAR MELIBATKAN DIRI DALAM SEMUA AKTIVITI
KOKURIKULUM SERTA BERUSAHA UNTUK MENGECAPI KECEMERLANGAN
DENGAN PRASARANA YANG SEDIA ADA.

6. OBJEKTIF KOKURIKULUM

1. MERANCANG, MENGURUS DAN MENENTUKAN PELAKSANAAN PROGRAM
PENDIDIKAN KOKURIKULUM.

2. MENYELARAS DAN MENILAI PROGRAM PENDIDIKAN KOKURIKULUM.
3. MENINGKATKAN KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN

KOKURIKULUM.
4. MEMBANTU DALAM PENGELOLAAN PROGRAM PENDIDIKAN KOKURIKULUM BAGI

PIHAK UNIT SUKAN JPNT DAN PPD MARANG.
5. MELATIH MURID MENJADI INSAN YANG BERKETERAMPILAN, BERSAHSIAH

MANTAP DAN BERDISIPLIN SELARAS DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN
KEBANGSAAN.
6. MENYEMAI KESEDARAN DIKALANGAN MURID TERHADAP AGAMA DAN
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN YANG MAHA ESA.
7. MENGASAH POTENSI, MENINGKATKAN SERTA MENGUKUHKAN MINAT, BAKAT
DAN KEMAHIRAN MURID. KEGIATAN KOKURIKULUM YANG MENYEDIAKAN
PROGRAM DAN AKTIVITI PENINGKATAN KEMAHIRAN YANG DAPAT MEMBANTU
MURID MENAMBAH KEMAHIRAN DALAM BIDANG YANG DIMINATI MEREKA.
8. MENAMBAH SEMANGAT KEKITAAN DAN KERJASAMA DIKALANGAN MURID
MELALUI AKTIVITI DAN PROGRAM KOKURIKULUM.
9. MEWUJUDKAN BUDAYA DAN PERSEKITARAN YANG SIHAT, MENARIK, BERKESAN
DAN MENGEMBIRAKAN BAGI MEMBANTU PERTUMBUHAN JASMANI DAN ROHANI
YANG SEIMBANG DALAM DIRI MURID.
10. MENYEIMBANGKAN ANTARA PERKEMBANGAN MENTAL, ROHANI, JASMANI DAN
EMOSI MURID.
11. MELATIH MURID MENGGUNAKAN MASA LAPANG DENGAN BERFAEDAH DAN
TIDAK MENGHABISKAN MASA DENGAN KEGIATAN YANG TIDAK BERMANFAAT.
12. MEMBINA KERJASAMA ANTARA SEKOLAH DAN MASYARAKAT.
13. MEMBERI KHIDMAT DAN SUMBANGAN KEPADA KELUARGA, SEKOLAH,
MASYARAKAT DAN NEGARA.
14. MENYEDIAKAN SATU PENGALAMAN YANG SEIMBANG DENGAN PENDIDIKAN
FORMAL.

6|

Dasar Ketetapan Pelaksanaan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Batangan 2021

D. .CARTA ORGANISASI KOKURIKULUM SEKOLAH

7|

Dasar Ketetapan Pelaksanaan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Batangan 2021

E. PERATURAN-PERATURAN PERLAKSANAAN KOKURIKULUM

1.0 Jenis-Jenis Aktiviti

1.1 Berdasarkan Warta Kerajaan bertarikh 21 hb Mei 1998, Jld. 42 No. 11
Tambahan No. 41 Perundangan P.U(A) 196, Pihak sekolah boleh
menubuhkan persatuan sekolah daripada kategori yang berikut:-
i. Mata Pelajaran diajar di sekolah
ii. Hobi dan Rekreasi
iii. Sukan dan Permainan
iv. Badan/Unit Beruniform
v. Apa-apa persatuan lain yang diluluskan oleh pendaftar

1.2 Persatuan /Kelab dan Unit Beruniform yang ditawarkan
adalah seperti berikut :

Persatuan / Kelab
Kelab Penggerak Digital - Robotik
Kelab Penggerak Digital - Fotografik
Kelab Rukun Negara
Kelab Doktor Muda

Unit Beruniform
Pergerakan Pengakap Kanak-Kanak(PKK)
Tunas Kadet Remaja Sekolah(TKRS)
Pergerakan Puteri Islam Malaysia(PPIM)

1.3 Sukan dan Pemainan yang ditawarkan adalah seperti berikut :

Kelab Sukan Dan Permainan 1 Murid 1 Sukan(1M1S)
Kelab Bola Sepak
Kelab Bola Jaring
Kelab Ping Pong
Kelab Bola Tampar
Kelab Catur

Sukan dan Permainan/Sukan Elit

Olahraga
Bola Sepak
Bola Jaring
Bola Tampar

8|

Dasar Ketetapan Pelaksanaan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Batangan 2021

Ping Pong
Badminton
Catur

Rumah Sukan

Rumah Kuning (Ferrari)
Rumah Biru (Lamborgini)
Rumah Hijau (Porshe)

2.0 PENYERTAAN

Penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum adalah wajib. Sehubungan
dengan itu kehadiran pelajar dalam aktiviti kokurikulum mestilah
direkodkan dalam buku laporan kokurikulum.

(Rujuk Surat Pekeliling Iktisas Bil. 1/1998. KP (B5) 8591 Jld (41)
bertarikh 15 Januari 1986)

2.1 Penyertaan Pelajar

Setiap pelajar DIWAJIBKAN menyertai ketiga-tiga bidang kokurikulum
iaitu Unit Beruniform , Kelab/Persatuan dan Kelab Sukan dan
Permainan(1M1S)
(Rujuk Surat Pekeliling Iktisas Subperkara 5.1 Bil 1/85)

2.2 Penyertaan Guru

2.2.1 Penyertaan SEMUA GURU adalah dikehendaki bagi mempastikan
keberkesanan pelaksanaan gerak kerja kokurikulum sekolah.

(Rujuk Surat Pekeliling Iktisas Subperkara 5.2. Bil 1/1985. KP (B5) 8591
Jld. 11(29) bertarikh 2 Januari 1985.

2.2.2 GURU-GURU PENASIHAT perlu ada bersama semasa
menjalankan kegiatan kokurikulum bagi mengawal sama ada di dalam atau
di luar kawasan sekolah bagi mengawasi keselamatan pelajar.

(Rujuk Surat Pekeliling Iktisas Bil 9/2000 dan Tambahan Bil 9/2000)

9|

Dasar Ketetapan Pelaksanaan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Batangan 2021

2.3 Kakitangan Sekolah

Penyertaan kakitangan sekolah sangat-sangat digalakkan dan dialu-alukan
untuk memastikan penyertaan yang menyeluruh untuk pelaksanaan gerak
kerja kokurikulum sekolah.

3.0 KEAHLIAN

3.1 Penentuan Keahlian

3.1.1 Pelajar telah memilih untuk menyertai mana-mana kelab/persatuan,
sukan dan permainan dan unit beruniform berdasarkan pemilihan dan juga
pilihan masing-masing.

3.1.2 Pelajar Tahun 3, 4, 5, dan 6 (tidak digalakkan menukar kelab
/persatuan atau unit beruniform/sukan dan permainan 1M1S).

3.2 Pengesahan Keahlian

Keahlian dianggap sah sekiranya pelajar memenuhi syarat-syarat yang
ditetapkan;

a. Berdaftar dengan Majlis Kokurikulum.
b. Membayar yuran keahlian yang ditetapkan dalam tempoh yang

ditetapkan.
c. Peratus kehadiran mestilah 70% atau lebih
d. Pelajar yang tidak hadir 3 kali berturut-turut tanpa sebab akan

digugurkan keahliannya.
e. Bagi Kes Pemecatan Jawatan AJK , guru penasihat perlulah memberi

amaran sekurang-kurangnya 3 kali kepada AJK berkenaan. Kali
pertama secara lisan, kali kedua dan ketiga secara bertulis. Bagi amaran
kali kedua dan ketiga, satu salinan notis amaran perlulah
diserahkan kepada GPK Kokurikulum. Guru penasihat perlulah
memaklumkan masalah disiplin AJK berkenaan kepada Guru Besar/
GPK Kokurikulum. Guru Besar/ GPK Kokurikulum yang berkuasa
memecat AJK yang dilantik.

3.3 Pemilihan AJK Tertinggi

3.3.1 AJK Tertinggi Unit Beruniform digalakkan dipilih dikalangan
pelajar Tahun 6, namun begitu bagi keputusan Mesyuarat Agung
menjadi penentu.

10 |

Dasar Ketetapan Pelaksanaan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Batangan 2021

3.3.2 Penolong AJK Tertinggi seperti Naib Pengerusi/ Naib
Setiausaha / Naib Bendahari adalah digalakkan dipilih daripada
Tahun 5 dan seterusnya mengikut cadangan.

4.0 PERUNTUKAN MASA/JUMLAH PERJUMPAAN DAN TEMPAT

4.1 Peruntukan masa untuk kegiatan kokurikulum seperti Warta Kerajaan No.
5652, Jld 11/Bil. 27 bertarikh 28 disember 1967 adalah seperti berikut:

4.2 Satu perjumpaan dikira berdasarkan kiraan 2 jam/60 minit.

Tahun Peruntukan Masa
3,4,5,6 & KPKP 2 jam/120 minit

4.3 Bilangan perjumpaan minimum setahun adalah :
4.2.1 Unit Beruniform - 12 kali
4.2.2 Persatuan dan Kelab - 12 kali
4.2.3 Sukan dan Permainan/1M1S - 12 kali

4.4 Aktiviti Kelab dan Persatuan dan Pasukan Badan Berunifrom dijalankan pada
setiap minggu pada hari selasa secara bergilir-gilir sebagaimana jadual
dibawah(Jadual Pelaksanaan Aktiviti Kokurikulum 2020) selama DUA(2) jam
bermula pukul 1.45 – 3.45 petang.

4.5 Aktiviti 1 murid 1 sukan (1M1S) pula ditetapkan pada setiap hari rabu selama
satu jam(1 jam) bermula pukul 7.45 – 8.45 pagi.

4.6 Sebarang penangguhan kegiatan kokurikulum perlu mendapat kebenaran Guru
Besar/PK Kokurikulum dan perlu dimaklumkan lebih awal kepada semua
murid yang terlibat.

4.7 Perhimpunan Bulanan Kokurikulum/Senamrobik ditetapkan pada setiap hari
Rabu minggu akhir setiap bulan.

11 |

Dasar Ketetapan Pelaksanaan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Batangan 2021

TAKWIM KEGIATAN KOKURIKULUM 2021

JADUAL PELAKSANAAN AKTIVITI KOKURIKULUM 2021

BADAN BERUNIFORM / KELAB SUKAN(1M 1S) CATATAN/

BULAN KELAB/PERSATUAN SETIAP HARI RABU AKTIVITI
JANUARI
FEBRUARI 1.45 TGH/HARI - 7.45 PG – 8.45 PG

MAC 3.45 PTG

APRIL CUTI AWAL TAHUN
MEI
JUN 01 – 19 JANUARI 2021
JULAI
20 - 25 Jan 2021 Pendaftaran
Keahlian

26 Jan 2021 27 Jan 2021 Mesyuarat Agung
PBB/1M1S

Mesyuarat Agung

02 Feb 2021 03 Feb 2021 Kelab Persatuan

09 Feb 2021 *10 Feb 2021 CUTI

CUTI TAHUN BARU CINA/HARI KELEPASAN AM NEGERI

10 – 14 FEBRUARI 2021

02 Feb 2021 17 Feb 2021 Unit Beruniform

23 Feb 2021 24 Feb 2021 Kelab Persatuan

02 Mac 2021 03 Mac 2021 Unit Beruniform

09 Mac 2021 10 Mac 2021 Kelab Persatuan

16 Mac 2021 17 Mac 2021 Unit Beruniform

23 Mac 2021 24 Mac 2021 Kelab Persatuan

CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 1

(26 MAC – 03 APRIL 2021)

06 April 2021 07 April 2021 Unit Beruniform

13 April 2021 14 April 2021 Kelab Persatuan

20 April 2021 21 April 2021 Unit Beruniform

27 April 2021 28 April 2021 Kelab Persatuan

04 Mei 2021 05 Mei 2021 Unit Beruniform

CUTI HARI RAYA AIDILFITRI

11 – 15 MEI 2021

18 Mei 2021 19 Mei 2021 Kelab Persatuan

25 Mei 2021 26 Mei 2021 Unit Beruniform

CUTI PERTENGAHAN TAHUN

28.05.2021 HINGGA 12.06.2021

15 Jun 2021 16 Jun 2021 Kelab Persatuan

22 Jun 2021 23 Jun 2021 Unit Beruniform

29 Jun 2021 30 Jun 2021 Kelab Persatuan

06 Julai 2021 07 Julai 2021 Unit Beruniform

13 Julai 2021 14 Julai 2021 Kelab Persatuan

CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 2/HARI RAYA HAJI

16 – 24 JULAI 2021

12 |

Dasar Ketetapan Pelaksanaan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Batangan 2021

27 Julai 2021 28 Julai 2021 Unit Beruniform

03 Ogos 2021 04 Ogos 2021 Kelab Persatuan

OGOS *10 Ogos 2021 11 Ogos 2021 CUTI AWAL MUHARRAM

17 Ogos 2021 18 Ogos 2021 Unit Beruniform

24 Ogos 2021 25 Ogos 2021 Kelab Persatuan

*31 Ogos 2021 - CUTI HARI KEBANGSAAN

- 01 September 2021 -

07 September 2021 08 September 2021 Unit Beruniform

CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 3/HARI MALAYSIA

SEPTEMBER (10 – 18 SEPTEMBER 2021)

21 September 2021 22 September 2021 Kelab Persatuan

28 September 2021 29 September 2021 Unit Beruniform

05 Oktober 2021 06 Oktober 2021 Kelab Persatuan

OKTOBER 12 Oktober 2021 13 Oktober 2021 Unit Beruniform

*19 Oktober 2021 20 Oktober 2021 CUTI MAULIDUR RASUL

26 Oktober 2021 27 Oktober 2021 Kelab Persatuan

02 November 2021 *03 November 2021 Unit Beruniform

CUTI HARI DEEPAVALI

03 – 07 NOVEMBER 2021

NOVEMBER 09 November 2021 10 November 2021 Kelab Persatuan

16 November 2021 17 November 2021 Unit Beruniform

23 November 2021 24 November 2021 Kelab Persatuan

30 November 2021 - Unit Beruniform

DISEMBER - 01 Disember 2021 -

07 Disember 2021 08 Disember 2021 Kelab Persatuan

HARI ANUGERAH CEMERLANG

PERINGKAT SEKOLAH 2021

(07 DISEMBER 2021)

CUTI PERSEKOLAHAN AKHIR TAHUN

(10 - 31 DISEMBER 2021)

 Aktiviti Unit Beruniform/Kelab Persatuan dijalankan secara bergilir-gilir selama 2

jam setiap minggu manakala aktiviti 1M1S pula dijalankan setiap minggu selama

1 jam sahaja.

 Perhimpunan Bulanan Kokurikulum/Aktiviti Senamrobik akan dijalankan pada

setiap hari Rabu minggu terakhir sekali setiap bulan.

 Amali Sivik Dalam Kokurikulum dijalankan setiap minggu.

 Sebarang penangguhan kegiatan perlulah dimaklumkan lebih awal kepada

murid.

*Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.

Pengiraan Jumlah Perjumpaan Kegiatan Kokurikulum:

1. Unit Beruniform/Kelab Persatuan – 1 perjumpaan = 2 jam
2. Kelab Sukan & Permainan(1M1S) – 2 jam = 1 perjumpaan

13 |

Dasar Ketetapan Pelaksanaan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Batangan 2021

4.7.1 Tempat Perjumpaan Untuk Unit Uniform/Kelab & Persatuan/1M 1S
TEMPAT PERJUMPAAN UNIT UNIFORM/KELAB & PERSATUAN/1M1S 2021

Kelab/Persatuan Kelas

Kelab Penggerak Digital - Fotografik Bilik Studio
Kelab Penggerak Digital - Robotik Makmal Komputer
Kelab Doktor Muda Bilik Rawatan
Kelab Rukun Negara Dewan Mohd Ali

Kelab Sukan dan Permainan 1M1S) Kelas

Kelab Bola Sepak Padang Sekolah
Kelab Bola Jaring Gelanggang Bola Jaring
Kelab Ping Pong Bilik Ping Pong
Kelab Bola Tampar Gelanggang Bola Tampar
Kelab Catur Perpustakaan

Unit Beruniform Kelas/Bilik

Pengakap Kanak-Kanak(PKK) Dewan Mohd Ali

Tunas Kadet Remaja Sekolah(TKRS) Bilik Seni

Pergerakan Puteri Islam Malaysia(PPIM) Surau 5.0

PAKAIAN

Semua pelajar dikehendaki memakai pakaian sukan untuk kegiatan sukan/ permainan
dan menggunakan uniform pakaian seragam untuk perjumpaan unit beruniform. Pelajar
perlu menjaga kebersihan bilik dan persekitaran.
(Rujuk Surat Pekeliling Iktisas Bil 1 & 2 / 1996.

5.1 Pakaian Unit Beruniform

Ahli Unit Beruniform dikehendaki memakai uniform unit yang lengkap atau baju T
berkolar Unit Beruniform(semasa aktiviti lasak)

14 |

Dasar Ketetapan Pelaksanaan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Batangan 2021

5.2 Pakaian Kelab Sukan dan Permainan

Ahli-ahli Kelab Sukan/ Permainan dikehendaki memakai pakaian sukan yang
dibenarkan oleh pihak sekolah semasa menjalankan aktiviti ( sama ada T- Shirt PJPK
Sekolah atau T-Shirt Persatuan)

5.3 Pakaian Kelab/ Persatuan

5.3.1 Ahli-ahli Kelab / Persatuan dikehendaki memakai pakaian yang bersesuaian
dan dibenarkan memakai T-Shirt semasa menjalankan aktiviti.

5.3.2 Sebarang tempahan T-Shirt persatuan /kelab , “ design” T-Shirt perlulah
mendapat kelulusan daripada pihak pengurusan (Guru Besar / GPK Kokurikulum)

6.0 DERMA

6.1 Semua kelab/ persatuan/ permainan @ sukan / unit beruniform perlu
menghantar surat permohonan untuk mengutip derma daripada ahli kelab
(Rujuk Surat Pekeliling Iktisas Bil 3/1997)

6.2 Derma ditetapkan oleh Unit / Kelab/Persatuan masing-masing setelah
diluluskan oleh pihak pengurusan sekolah (Guru besar/ GPK Kokurikulum)

6.3 Kutipan derma mesti disertai dengan resit penerimaan.

7.0 PERHIMPUNAN RASMI BULANAN KOKURIKULUM

7.1 Perhimpunan Bulanan/Aktiviti Senamrobik akan diadakan SEKALI pada hari
Rabu setiap bulan pada minggu terakhir bermula pukul 7.45 – 8.45 pagi di
Dataran Foyer.

7.2 Guru bertugas pada setiap minggu akan memastikan tentatif perhimpunan
berjalan sebagaimana jadual yang telah ditetapkan.

7.3 Wakil seorang murid bagi setiap unit beruniform akan bergilir-gilir
mempengerusikan majlis.

7.4 Tentatif perhimpunan kokurikulum adalah seperti berikut:

15 |

Dasar Ketetapan Pelaksanaan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Batangan 2021

Bil Perkara Tindakan
1 Nyanyian 3 buah lagu: Pengerusi majlis/JK Siaraya

I. Negaraku
II. Lagu Pengakap/ TKRS/ PPIM
*secara bergilir-gilir
111. Lagu 1M1S

2 Program Memperkasakan Transformasi Guru bertugas mingguan/

Pendidikan(MTP): Murid bertugas

I. Kesiapsiagaan Silat

II. Kesiapsiagaan Renang

III. Kesiapsiagaan Serangan Binatang

Berbisa

IV. Kesiapsiagaan Bantuan Kecemasan/

Pernafasan

*bergilir-gilir selama 5 hingga 10 minit.

3 Info Kokurikulum: *GB/PKP/PK HEM/PKKO/

SU KO/Penyelaras

*salah seorang sahaja

4 Aktiviti Senamrobik Guru Penyelaras Senamrobik

8.0 PENGANJURAN MAJLIS BERSKALA BESAR

8.1 Protokol Ucapan

Ucapan 1: Guru Penasihat

Melibatkan Orang Luar Ucapan 2: Guru Besar

Ucapan 3: Tetamu Khas

Ucapan 1: Pengerusi Kelab/Unit

Tidak Melibatkan Orang Luar Ucapan 2: Ketua Guru Penasihat

Ucapan 3 :Guru Besar

8.2 Penyampaian Hadiah / Cenderamata

8.2.1 Hadiah/ Cenderamata disampaikan mengikut keutamaan. Hadiah /
Cenderamata yang paling utama di akhir sekali.

8.2.2 Sekiranya melibatkan jemputan khas dari luar, Guru besar sekolah akan
menyampaikan cenderamata kepada jemputan khas tersebut

8.2.3 Setelah cenderamata diberikan kepada para tetamu khas, pastikan
cenderamata itu diambil balik untuk disimpan sementara oleh AJK hadiah.
Kemudian bila tetamu khas hendak balik, bawa cenderamata itu ke kereta VIP.

16 |

Dasar Ketetapan Pelaksanaan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Batangan 2021

8.3 Aturcara Majlis
Draf aturcara majlis yang melibatkan pihak luar perlulah disemak oleh para
pentadbir lebih dahulu sebelum dicetak

8.4 Tertib Naik –Turun Pentas
Maklumkan kepada pelajar jika naik ke pentas disebelah kiri , perlu turun di sebelah
kanan atau sebaliknya.

8.5 Raptai
8.5.1 Sekiranya melibatkan pihak luar, raptai perlu dijalankan supaya majlis dapat
berjalan dengan lancar.

8.6 Kehadiran Pelajar

8.6.1 Pastikan pelajar datang lebih awal ke majlis daripada jemputan.

8.6.2 Pelajar perlu berpakaian sesuai.

8.6.3 Pastikan pelajar Tidak Balik ketika majlis sedang berlangsung.
8.6.4 Jika tidak ramai pelajar yang hadir, tolong simpan semua kerusi yang tidak
digunakan di tepi dewan agar tidak kelihatan kosong

9.0 AKTIVITI LUAR SEKOLAH

9.1 Semua aktiviti luar perlu mendapat kelulusan daripada Pejabat Pendidikan
Daerah Marang.

9.1.1 Peserta ( guru dan pelajar) tidak boleh ditukar dengan peserta
9.1.2 lain dalam senarai yang telah diluluskan (Jika berlaku sebarang
pertukaran setelah diluluskan ketua rombongan-guru yang
mengelolakan lawatan itu yang akan dipertanggungjawab jika
berlaku sesuatu kemalangan)
Hanya ke tempat disenaraikan dalam borang permohonan
lawatan yang telah diluluskan. ( Boleh isikan lebih banyak tempat
yang hendak dilawati dalam borong permohonan walaupun
rombongan tidak sempat lawat tempat tersebut).

17 |

Dasar Ketetapan Pelaksanaan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Batangan 2021

9.2 Semua aktiviti luar perlu mendapat kebenaran bertulis dari ibu bapa atau
penjaga dan guru besar untuk mengambil bahagian di dalam sukan dan
aktiviti kokurikulum di luar sekolah. Surat kebenaran ibu bapa perlu disimpan
oleh guru penasihat dan dibawa bersama-sama semasa aktiviti luar sekolah.

9.3 Sentiasa memberi peringatan secara lisan dan bertulis mengenai aspek-aspek
keselamatan pelajar sebelum dan semasa lawatan. (Rujuk Surat Pekeliling
Iktisas Bil 9/ 2000).

10.0 KESELAMATAN PELAJAR

10.1 Guru mesti mengawasi dan peka terhadap keselamatan pelajar yang
melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum dan sukan (Rujuk Surat Pekeliling
Iktisas Bil 9/2000.)

10.2 Alat bantu kecemasan perlu dibawa bersama setiap kali aktiviti luar
sekolah dijalankan (Boleh dapatkannya daripada Guru Penasihat)

10.3 Memastikan pelajar mendapat Skim Perlindungan Diri (Insuran Tambahan
jika perlu)

10.4 Kenderaan yang digunakan untuk membawa pelajar hendaklah dipastikan
mematuhi syarat-syarat Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ)

10.5 Keselamatan dan kebajikan pelajar perlu diberi keutamaan seperti makanan
dan minuman dan lain-lain lagi.

10.6 Guru hendaklah mengiringi pelajar dalam semua aktiviti di luar kawasan
sekolah. Sekiranya terdapat pelajar perempuan, seorang guru wanita hendaklah
mengiringi pasukan tersebut.

10.7 Bagi semua aktiviti lasak, pelajar dikehendaki menjalani pemeriksaan
doktor terlebih dahulu.

10.8 Kesihatan pelajar perlu diberi perhatian dan diambil kira.
10.9 Pelajar yang mempunyai penyakit kronik tidak boleh dipaksa mengambil

bahagian. (Perlu disertai surat pengesahan doktor)
10.10 Pelajar yang cedera, semput atau lelah tidak dibenarkan mengambil

bahagian. (Rujuk Surat Pekeliling Iktisas Bil. 9/2000.

11.0 PENGGUNAAN UBAT-UBATAN DAN DADAH

10.1 Penggunaan ubat-ubatan dan dadah di dalam sebarang aktiviti adalah
dilarang sama sekali.

18 |

Dasar Ketetapan Pelaksanaan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Batangan 2021

10.1 Segala penggunaan ubat-ubatan dan dadah perlulah diperakukan oleh
doktor.

12.0 ALAT BANTU KECEMASAN (ABK)

12.1 Memastikan ABK lengkap dengan alatan serta peubatan asas.

12.2 Memastikan penggunaan alat perubatan asas dalam ABK diawasi oleh
pelajar atau guru yang mendapat latihan asas mengenainya.

12.3 Boleh dapatkan ABK daripada GPK Kokurikulum/ Penyelaras Unit
Beruniform/ Penyelaras Permainan/ Penyelaras Kelab/ Persatuan.

13.0 CUACA / MUSIM

13.1 Adalah dilarang sama sekali menjalankan aktiviti sukan ditempat lapang
semasa cuaca buruk dan adanya petir atau kilat.

13.2 Adalah Tidak dibenarkan mengadakan sukan semasa hujan dan ribut
petir , sama ada di padang atau diluar bilik darjah.

13.3 Berhentikan aktiviti sukan apabila keadaan menjadi gelap kerana
hendak hujan. (Rujuk Surat Pekeliling Iktisas Bil. 9/2000)

14.0 LAPORAN KEMALANGAN ATAU KECEDERAAN

14.1 Sebarang kemalangan atau kecederaan yang berlaku hendaklah disiasat dan
dilaporkan kepada guru besar dengan segera.

14.2 Semua jenis kemalangan mestilah direkodkan
(Rujuk Surat Pekeliling Iktisas Bil 9/ 2000)

15.0 PELAPORAN AKTIVITI

15.1 Guru Pengiring mestilah membuat laporan bertulis kepada pihak sekolah
mengenai sebarang aktiviti yang dijalankan atau disertai .
(Rujuk Surat Pekeliling Iktisas Bil 9/2000)

15.2 Semua Guru Penasihat perlu berkerjasama dalam membuat penilaian yang
adil seperti yang ditetapkan dalam panduan penilaian kokurikulum.

19 |

Dasar Ketetapan Pelaksanaan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Batangan 2021

16.0 NOMBOR RUJUKAN FAIL

16.1 Setiap surat-menyurat perlulah mempunyai nombor rujukan masing-
masing.

16.2 Nombor rujukan surat-menyurat bagi setiap unit kokurikulum adalah seperti
ditetapkan.
(Sila rujuk dokumen sistem fail sekolah).

F. SENARAI TUGAS KOKURIKULUM

1.0 Setiausaha Kokurikulum / Sukan

1.1 Menyelaraskan semua aktiviti kokurikulum / sukan sekolah
1.2 Menyediakan takwim dan jadual aktiviti kokurikulum/ sukan yang sesuai

dengan aktiviti MSS Marang / MSS Terengganu / MSS Malaysia.
1.3 Membantu Guru Besar / GPK Kokurikulum mengagihkan tugas guru dalam

Unit Beruniform / Kelab / Persatuan/ Olahraga dan Permainan
1.4 Menetapkan pelajar dalam Unit Kokurikulum / Rumah Sukan
1.5 Menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk aktiviti dan peralatan
1.6 Menyelaraskan penyertaan sekolah dalam aktiviti kokurikulum / sukan luar

sekolah.
1.7 Mengurus dan menjaga keselamatan semua peralatan dan kokurikulum/ sukan

sekolah.
1.8 Menyimpan dan mengemaskini buku stok dan inventori peralatan kokurikulum

/ sukan
1.9 Menyediakan peraturan penggunaan peralatan dan kemudahan kokurikulum /

sukan.
1.10 Menyediakan laporan lengkap tentang semua aktiviti kokurikulum / sukan

sekolah dan luar sekolah untuk edaran, rujukan dan rekod.
1.11 Sentiasa berbincang dengan Guru Besar/ GPK Kokurikulum untuk

kepentingan kokurikulum / sukan sekolah
1.12 Merekodkan pencapaian cemerlang pelajar dan pasukan sekolah dalam

Buku Rekod Pencapaian Kokurikulum / Sukan Sekolah / Sijil kokurikulum.
1.13 Merekod dan memasukkan data penglibatan kokurikulum ke dalam Sistem

Pentaksiran Aktiviti Jasmani,Sukan dan Kokurikulum(PAJSK).

20 |

Dasar Ketetapan Pelaksanaan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Batangan 2021

2.0 Penyelaras Persatuan / Kelab / Unit Beruniform

2.1 Menyelaras aktiviti mempromosikan kelab / persatuan / unit beruniform / sukan
permainan.

2.2 Mengatur dan menyelia perjalanan persatuan / kelab / unit beruniform.
2.3 Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat.
2.4 Menyelaraskan semua aktiviti.
2.5 Menyediakan borang untuk pelajar menyertai persatuan / kelab /unit

beruniform.
2.6 Menentukan aktiviti, surat-menyurat dan minit mesyuarat difailkan dengan

baik.
2.7 Memastikan peraturan Perlembagaan dan Minit Mesyuarat Agung direkodkan

dan difailkan.
2.8 Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan AJK diadakan setiap tahun pada

tarikh yang ditetapkan.
2.9 Menyediakan borang / buku yang diperlukan untuk aktiviti :

2.9.1 Borang memasuki persatuan.
2.9.2 Borang senarai AJK dan ahli
2.9.3 Buku Laporan kegiatan
2.9.4 Fail-fail yang diperlukan.
2.10 Mengumpulkan rancangan tahunan dan rekod pada awal tahun untuk
edaran, rujukan dan rekod
2.11 Membuat laporan tahunan keseluruhan tentang aktiviti dan pencapaian
kokurikulum sekolah.

3.0 Ketua Rumah Sukan

3.1 Menjadi Ahli Majlis Sukan Sekolah Kebangsaan Jambu Bongkok.
3.2 Menghadiri mesyuarat sukan apabila dipanggil
3.3 Mengadakan mesyuarat Rumah Sukan
3.4 Melantik EXCO( Jawatankuasa Kerja ) Rumah Sukan.
3.5 Menetapkan yuran rumah sukan
3.6 Membentuk pasukan olahraga rumah dan mengisi borang penyertaan.
3.7 Membentuk pasukan permainan rumah
3.8 Mengagih-agihkan tugas kepada guru-guru rumah yang lain.
3.9 Mengeluarkan surat kebenaran penjaga
3.10 Mengadakan latihan rumah
3.11 Menyediakan dan melatih pasukan pembarisan
3.12 Menyediakan dan melatih pasukan sorak rumah sukan.
3.13 Menyediakan pakaian perbarisan

21 |

Dasar Ketetapan Pelaksanaan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Batangan 2021

3.14 Menyediakan pakaian pasukan sorak rumah sukan
3.15 Menyediakan nombor-nombor atlet rumah
3.16 Mengutip / mengumpulkan nombor-nombor atlet yang telah digunakan
3.17 Menguruskan makan minum atlet.
3.18 Mengumpul dan menyerahkan piala-piala pusingan yang

dimenangi kepada setiausaha sukan sebelum hari sukan.
3.19 Menyediakan papan pelekat rumah sukan
3.20 Menyediakan bendera rumah masing-masing
3.21 Menyediakan laporan kewangan yang disediakan oleh bendahari

dan disahkan oleh 2 orang juruaudit dan ketua guru rumah sukan
3.22 Pada akhir tahun, menyelaras borang penilaian kokurikulum

pelajar yang hadir dalam aktiviti sukan mengikut jadual kedatangan.

4.0 Guru Rumah Sukan

4.1 Mengurus latihan rumah sukan pada hari-hari yang ditetapkan
4.2 Guru dan pelajar wajib hadir pada waktu latihan rumah sukan. Kedatangan

dicatat dalam buku kehadiran
4.3 Memilih dan melatih pasukan olahraga dan permainan untuk pertandingan

antara rumah sukan
4.4 Menghantar nama peserta yang berpotensi untuk pemilihan wakil sekolah
4.5 Merekodkan kedatangan pelajar dan mengambil tindakan terhadap pelajar yang

tidak hadir
4.6 Mengawasi keselamatan pelajar waktu latihan
4.7 Menyemai semangat kesukanan dikalangan pelajar
4.8 Sentiasa berbincang dengan ketua rumah sukan untuk meningkatkan prestasi

rumah sukan

5.0 Guru Permainan

5.1 Membentuk jawatankuasa
5.2 Merancang meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan minat pelajar dalam

permainan
5.3 Berusaha mendapatkan khidmat nasihat dari mereka yang pakar
5.4 Memastikan undang-undang permainan dan perlawanan dipatuhi.
5.5 Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual dan takwim

kokurikulum sekolah
5.6 Menganjurkan perlawanan antara rumah sukan / kelas /sekolah

22 |

Dasar Ketetapan Pelaksanaan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Batangan 2021

5.7 Menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar
5.8 Menguruskan surat kebenaran ibu bapa / penjaga untuk pertandingan luar

sekolah
5.9 Melapor dan merekodkan keputusan-keputusan pertandingan yang disertai
5.10 Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk peralatan dan pengurusan .
5.11 Menyemai semangat kesukanan dikalangan pelajar
5.12 Menentukan peralatan dan kemudahan permainan sentiasa dalam

keadaan baik, selamat dan mencukupi untuk digunakan.
5.13 Merancang aktiviti tahunan dengan guru rumah sukan
5.14 Menilai prestasi pasukan sekolah dan mengambil langkah-langkah

untuk mempertingkatkannya.
5.15 Merekodkan nama pemain-pemain dan pasukan yang

cemerlang (memenangi pingat daalam pertandingan
daerah /negeri/ Negara)
5.16 Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari masa ke semasa.

6.0 Guru Penasihat Persatuan / Kelab / Unit Beruniform

6.1 Membuat perancangan strategik / laporan Kokurikulum persatuan / kelab /unit
beruniform yang terdiri daripada item-item berikut;-

Item Huraian
1 Moto (3 atau 4 perkataan yang bermakna dan senang diingati
2 Visi (Gunakan visi yang sama)
3 Misi
4 Matlamat
5 Carta Organisasi
6 Perlembagaan
7 Piagam
8 Perancangan Tahunan
9 Senarai Keahlian
10 Jadual bertugas guru-guru penasihat
11 Maklumat Ahli
12 Kehadiran
13 Laporan Mingguan
14 Penyata Kewangan
Rekod Pencapaian
15 (Perlu masukkan pencapaian ke dalam buku pelaporan dan diserahkan
kepada GPK Kokurikulum. Sila taipkan sebaik sahaja keputusan
16 pertandingan diketahui. Penting untuk Hari Kecemerlangan / Anugerah
17 Kokurikulum dan Sukan pada Akhir Tahun.
Laporan Pertengahan Tahun/ Akhir Tahun
Menandatangani borang laporan kokurikulum

23 |

Dasar Ketetapan Pelaksanaan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Batangan 2021

6.2 Ketua-ketua guru penasihat perlu menghantar item-item di atas kepada GPK
Kokurikulum (Letak difail masing-masing di luar bilik GPK Kokurikulum)

6.3 Setiap akhir tahun (selewat-lewatnya 30 oktober ), sila serahkan lebihan wang
tunai kepada GPK Kokurikulum untuk simpanan. Sila tuntut wang masing-
masing pada bulan Januari tahun berikutnya.

6.4 Membentuk Jawatankuasa persatuan / kelab.
6.5 Memastikan aktiviti persatuan selaras dengan objektif
6.6 Memastikan adanya peraturan pertandingan
6.7 Memastikan jawatankuasa menjalankan tugas perlembagaan
6.8 Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar
6.9 Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan
6.10 Memastikan strategi yang sesuai untuk peningkatan persatuan / kelab
6.11 Membuat anggaran pendapatan dan perbelanjaan
6.12 Mengurus kewangan , harta benda dan peralatan persatuan / kelab
6.13 Melaporkan kepada GPK Kokurikulum tentang perkembangan persatuan /

kelab
6.14 Bekerjasama dengan pihak sekolah untuk menjayakan aktiviti-aktiviti

seperti Hari Kokurikulum, Hari Sukan, Majlis Anugerah, Hari Guru dan lain-
lain.
6.15 Menguruskan surat-menyurat dan segala keperluan untuk kegiatan luar
sekolah.
6.16 Menentukan papan kenyataan digunakan sepenuhnya.
6.17 Memastikan tidak ada unsure subversive tersebar / disebarkan di kalangan
ahli.
6.18 Mencadangkan nama-nama ahli yang layak menerima sijil penghargaan
kepada Jawatankuasa Majlis Kokurikulum.
6.19 Menandatangani borang laporan kokurikulum pelajar (Tahun 6).

G. PENGURUSAN KELAB / PERSATUAN

1.0 Prosedur Tetap Penubuhan Kelab / Persatuan

1.1 Mesyuarat penaja. Murid-murid membentuk jawatankuasa penaja untuk
menetapkan;
1.1.1 Tujuan dan matlamat
1.1.2 Aktiviti dan Kegiatan
1.1.3 perlembagaan

1.2 Jawatankuasa penaja menulis permohonan penubuhan kepada Guru Besar
dengan menyertakan dokumen yang telah ditetapkan.

24 |

Dasar Ketetapan Pelaksanaan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Batangan 2021

1.3 Mendapatkan kelulusan Guru Besar.
1.4 Mendapatkan perlantikan dan senarai tanggungjawab guru penasihat daripada

Guru Besar.
1.5 Menurunkan kuasa daripada pemimpin dan senarai tanggungjawab AJK

melalui Guru Besar kepada AJK.
1.6 Mendaftarkan ahli-ahli kelab / persatuan yang telah diluluskan oleh Guru Besar.
1.7 Mengadakan Mesyuarat Agung penubuhan dengan

1.7.1 Memilih Ahli Jawatankuasa
1.7.2 Merancang aktiviti Kelab / Persatuan
1.7.3 Pengesahan dokumen Kelab / Persatuan
1.8 Mengoperasikan Kelab / Persatuan
1.8.1 Perancangan Strategik
1.8.2 Surat Permohonan mengutip derma untuk persatuan
1.8.3 Surat kelulusan mengutip derma dari Guru Besar
1.8.4 Surat Pemberitahuan sekolah kepada Ibu Bapa / Penjaga berkaitan

dengan penglibatan murid dalam kokurikulum
1.8.5 Surat pemberitahuan kepada ibu bapa / penjaga tentang ketidak

hadiran murid dalam aktiviti Kokurikulum.

2.0 Senarai Tugas Ajk Persatuan / Kelab

2.1 Pengerusi
2.1.1 Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab ke atas
kesempurnaan mesyuarat.
2.1.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan mempastikan segala tindakan
yang diambil tindakan sewajarnya.
2.1.3 Membincangkan semua program dan aktiviti mingguan, semester
dan tahunan.
2.1.4 Membincangkan semua kegiatan yang dirancang dapat dijalankan
dengan baik.
2.1.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat
dari masa ke semasa.

2.2 Naib Pengerusi
2.2.1 Memangku jawatan pengerusi semasa ketiadaannya
2.2.2 Membantu tugas-tugas pengerusi
2.2.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat
dari semasa ke semasa

25 |

Dasar Ketetapan Pelaksanaan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Batangan 2021

2.3 Setiausaha
2.3.1 Menyelaras semua kerja urusetia untuk merancang dan
mengelolakan aktiviti.
2.3.2 Menguruskan hal-hal surat-menyurat.
2.3.3 Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat / laporan kegiatan-
kegiatan.
2.3.4 Mencatat kehadiran ahli-ahli.
2.3.5 Menyediakan / mencetak sijil penyertaan / penghargaan
2.3.6 Mendapatkan maklumat terkini ahli.
2.3.7 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat
dari semasa ke semasa.

2.4 Penolong Setiausaha
2.4.1 Menjalankan tugas-tugas setiausaha sewaktu ketiadaan setiausaha.
2.4.2 Membantu tugas-tugas setiausaha dalam melancarkan tugas.

2.5 Bendahari
2.5.1 Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan persatuan / kelab
2.5.2 Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan
dan bertanggungjawab di atas kebetulannya.
2.5.3 Menyediakan penyata kira-kira bulanan dan tahunan serta
menandatanganinya.
2.5.4 Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta oleh mesyuarat
AJK.
2.5.5 Menyediakan penyaata kewangan untuk mesyuarat agung.
2.5.6 Mengeluarkan resit bagi penerimaan dan pembayaran yang dibuat.

2.6 Ahli Jawatankuasa
2.6.1 Menghadiri mesyuarat / perjumpaan kelab / persatuan.
2.6.2 Menjalankan tugas sebagai membantu / merancang / memberi idea
bagi kelancaran aktiviti persatuan.
2.6.3 Mempengerusikan biro-biro sekirannya dilantik.

2.7 Pemeriksa Kira-Kira/Juru Audit
2.7.1 Memeriksa secara terperinci laporan kewangan persatuan / kelab serta
mengesahkannya sebelum mesyuarat agung persatuan / kelab.

26 |

Dasar Ketetapan Pelaksanaan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Batangan 2021

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

………………………………………………… …………………………………….
(KAMARUZAMAN BIN CHIK @ ISMAIL) (SAHARUDIN BIN MOHAMAD)
GPK Kokurikulum, Guru Besar,
SK Batangan. SK Batangan.

27 |

Dasar Ketetapan Pelaksanaan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Batangan 2021


Click to View FlipBook Version