The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

4 MAWARDI_MUHAMMAD FARIS IRFAN BIN FAIZAL (1)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by farisirfan060802, 2022-06-11 12:02:49

4 MAWARDI_MUHAMMAD FARIS IRFAN BIN FAIZAL (1)

4 MAWARDI_MUHAMMAD FARIS IRFAN BIN FAIZAL (1)

KELEMAHAN

Jalan ceritanya menyimpang dari plot utama yang mengekalkan budaya Sarawak
• Perkembangan watak yang teruk
• tidak konsisten dengan watak
• Ceritanya terlalu terperinci membuatkan buku ini agak bosan untuk dibaca. Peristiwa

penting terlalu pendek.
• terdapat banyak perkataan Bahasa Indonesia yang tidak difahami digunakan

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Mengekalkan jalan cerita daripada menyimpang dari plot utama
• Membina perkembangan watak yang lebih baik dan realistik
• Tetap konsisten dengan watak
• Memanjangkan peristiwa yang penting supaya pembaca tidak berasa terkeliru
• Memasukkan sekali maksud perkataan yang tidak difahami untuk kemudahan pembaca



BIMASAKTI MENARI
karya Sri Rahayu Mohd Yusop

BIOGRAFI PENULIS

Nama Sri Rahayu Mohd Yusop wajar dimasukkan dalam Malaysia Book of Records kerana
dalam tempoh 12 tahun berkarya, beliau telah menghasilkan sembilan buah novel dan kesemua
novel tersebut memenangi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan Kategori Novel Remaja. Dua
daripadanya, iaitu Bukan Legasi Lalang dan Bimasakti Menari memenangi Hadiah Sastera
Perdana Malaysia Kategori Kesusasteraan Remaja (Novel) bagi tahun 2000/2001 dan 2012.
Latar belakang pendidikannya bukan kesusasteraan Melayu sebaliknya memiliki Ijazah Sarjana
Muda Pendidikan TESL daripada University of Otago, New Zealand & Dunedin College of
Education, New Zealand.Sri Rahayu Mohd Yusop merupakan suatu nama yang sedang mekar
dalam jagat kesusasteraan Melayu. Minatnya kepada dunia penulisan berkait dengan minatnya
yang suka bercerita.

“Sebagai kakak sulung, saya suka bercerita kepada adik-adik saya. Apabila saya remaja saya
mula menulis sekadar suka-suka. Apabila memasuki universiti, saya belajar teknik penulisan
dengan membaca buku-buku panduan penulisan,” katanya menghimbau kenangan
berjinakjinak dalam dunia penulisan.

Apabila melanjutkan pelajaran di New Zealand, beliau menemukan keistimewaan negara
sendiri sebagai latar belakang cerita. Hanya ketika berusia 24 tahun, barulah beliau menemui
jati diri sebagai penulis. Setelah berkahwin, suami merupakan penyokong kuat yang
memberikan bantuan dari segala segi di samping galakan. Di samping itu, ibu beliau tidak
putus-putus mendoakan kejayaannya.



SINOPSIS KESELURUHAN

Novel yang saya pelajari ialah novel Bimasakti Menari. Novel ini mengisahkan Nurul Hafsa
yang bertugas sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin. Beliau dikunjungi
oleh pelajar-pelajar dari Jepun untuk melihat buruj Orion atau buruj Belantik dengan mata
kasar, tanpa sebarang bantuan alat pencerap namun gagal kerana langit terlalu cerah. Nurul
Hafsa yang pada mulanya runsing dengan situasi tersebut akhirnya telah mengambil langkah
bijak bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan mengemukakan hujah yang dapat diterima
oleh kumpulan pengunjung tersebut. Dia dengan berani telah mengakui kekurangan yang
berlaku pada malam tersebut berpunca daripada kesan negatif akibat pembangunan pesat
yang berlaku di Kuala Selangor.

Nurul Hafsa mengambil keputusan untuk melihat sendiri kelip-kelip di Kampung Kuantan.
Beliau kecewa kerana tidak banyak kelip-kelip di situ, apatah lagi anak sungainya dipagar
untuk menghalang bot atau sampan melaluinya. Budiman mengajak Nurul Hafsa menemui
‘lelaki kelip-kelip’ atau nama sebenarnya Muhammad Taufik yang merupakan pemilik anak
sungai tersebut. Muhammad Taufik berbuat demikian agar populasi kelip-kelip tidak
terancam. Nurul Hafsa membentangkan Projek Kawasan Simpan Langit Gelap di hadapan
Menteri Besar, ahli akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah
Alam. Rancangannya ditentang oleh Dato’ Johann Arlington dan dia mengatur rancangan
untuk mengupah tiga orang tonto bagi menyiasat pergerakan Nurul Hafsa dan Muhammad
Taufik dan memastikan mereka tidak dapat melaksanakan projek tersebut. Berita kemalangan
Muhammad Taufik mengejutkan Nurul Hafsa. Ketua Inspektor Lim mengesyaki kemalangan
itu dirancang oleh musuhnya. Selepas peristiwa itu, Nurul Hafsa pula menjadi mangsa
apabila diculik dan abangnya, Budiman cedera dipukul. Muhammad Taufik cuba
membebaskan Nurul Hafsa dengan mengikut arahan penculik untuk berjumpa di stesen
minyak Petronas.

Nurul Hafsa dibebaskan tetapi Muhammad Taufik pula diculik. Nurul Hafsa cuba
menyelamatkan Muhammad Taufik dengan membuat laporan polis di IPD Kuala Selangor.
Balai Polis Bestari Jaya menerima aduan daripada penduduk setempat bahawa terdapat
aktiviti bukan perladangan dan pihak polis membentuk Pasukan Gerak Khas. Pasukan ini
menyerbu dan berjaya menembak tiga lelaki dan beberapa orang lelaki keluar menyerah diri.
Muhammad Taufik diselamatkan oleh Ketua Inspektor Lim.

Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala
Selangor untuk menghadiri kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan kali kedua Tan Sri
Muhaimin dan bekas isterinya. Tan Sri Muhaimin menyampaikan ucapan ringkas dengan
menyatakan rasa syukur beliau ke hadrat Ilahi dengan kembalinya anak dan isteri ke
pangkuan beliau dan musuh perniagaannya, Dato’ Johann Arlington pula bakal dihadapkan
kemuka pengadilan. Dalam majlis tersebut, Muhammad Taufik meluahkan isi hatinya
terhadap Nurul Hafsa. Muhammad Taufik menyampaikan hasratnya untuk menghantar
rombongan lamaran ke kediaman orang tua Nurul Hafsa.

SINOPSIS BAB DEMI BAB

BAB 1: JANJI SRIKANDI
Dalam bab Janji Srikandi, penulis bercerita tentang Nurul Hafsa yang melalui hari pertamanya
bekerja sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin, Kuala Selangor. Sekumpulan
pengunjung yang terdiri daripada kumpulan murid dan guru pengiring dari Sekolah Rendah
Kichihimahigashi, Hiroshima hadir ke balai cerap tersebut untuk melihat buruj Orion atau buruj
Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang bantuan alat pencerap. Malangnya, Nurul Hafsa
telah menghadapi masalah di luar jangkaannya apabila langit pada malam tersebut yang
sepatutnya telah benar-benar gelap tetap cerah. Nurul Hafsa yang pada mulanya runsing dengan
situasi tersebut akhirnya telah mengambil langkah bijak bagi menyelesaikan masalah tersebut
dengan mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh kumpulan pengunjung tersebut. Dia
dengan berani telah mengakui kekurangan yang berlaku pada malam tersebut berpunca
daripada kesan negatif akibat pembangunan pesat yang berlaku di Kuala Selangor. Pada malam
tersebut, Nurul Hafsa telah menanam azam dalam jiwa seterusnya berjanji kepada para
pengunjung bahawa dia akan memulihkan keadaan yang berlaku dengan sedaya upayanya.
Pada mulanya, Puan Wickham mempersoalkan kemampuan manusia untuk menggerakkan
bintang kembali ke kawasan pencerapan. Namun, Nurul Hafsa dengan hujah bijaknya
menyatakan bahawa bintang-bintang sememangnya sedia ada di langit, hanya mata manusia
sahaja yang tidak dapat melihat. Sedikit cahaya akan membuka deria manusia, manakala
banyak cahaya pula akan menutup deria kita. Dia memaklumkan bahawa tuhan menciptakan
deria manusia dengan penuh keterhadan agar kita tidak leka dengan sesuatu yang tidak dapat
dilihat oleh deria.

BAB 2: WICHAM
Dalam bab ini, penulis mendedahkan bahawa Puan Wickham yang hadir sebagai pengiring
kumpulan pelajar dari Hiroshima, Jepun merupakan ibu kepada salah seorang Pegawai Cerap
Sultan Salahuddin yang bernama Muhammad Taufik. Muhammad Taufik berasa kesal dengan
janji yang dibuat oleh Nurul Hafsa terhadap pengunjung tersebut kerana dia benar-benar kenal
dengan ibunya, Puan Wickham yang akan datang lagi bersama kumpulan pengunjung tersebut
untuk menuntut janji yang dilafazkan oleh Nurul Hafsa. Walaupun Puan Wickham dan
anaknya, Muhammad taufik tinggal berjauhan namun kekerapan mereka berkomunikasi
melalui rangkaian sosial menyebabkan mereka tidak kekok untuk berbual setiap kali bersua
muka. Mereka mempunyai minat dalam bidang yang sama. Pada malam tersebut Muhammad
Taufik menjemput ibunya untuk bermalam di rumah prototaip Ikhtiar TeknoAlam yang
diusahakan olehnya. Hal ini bagi membolehkan Puan Wickham memberikan pendapat beliau
tentang projek pembinaan rumah mesra alam komersial yang sedang diusahakan oleh anaknya,
Muhamad Taufik. Muhammad Taufik bersyukur atas kepulangan ibunya walaupun dia tahu
apabila subuh menjelang, ibunya akan pergi kembali meneruskan tugas beliau.

BAB 3: SUNGAI RAHSIA
Nurul Hafsa memutuskan untuk melakukan kajian terlebih dahulu tentang kebenaran kata-kata
kumpulan pengunjung dari Hiroshima yang kecewa kerana tidak dapat melihat kelip-kelip di
Kuala Selangor sebelum dia bertanyakan hal tersebut kepada abangnya, Budiman. Nurul Hafsa

telah pergi ke tempat orang melihat kelip-kelip dengan menaiki kereta yang dipandu oleh
ayahnya, Haji Yassir. Sesampai di sana, Haji Yassir tidak berminat untuk bersama-sama Nurul
Hafsa menaiki bot untuk melihat kelip-kelip. Hal ini disebabkan seumur hidupnya Haji Yassir
tinggal di Kampung Kuantan dan tidak pernah ke mana-mana selain ke Tanah Suci Mekah.
Dalam imaginasi Nurul Hafsa, dia nampak kelip-kelip terbang dalam satu gerombolan dengan
jumlah berjuta-juta ekor dan melakukan kerlipan secara serentak. Malangnya, pemandangan
hebat tersebut hanyalah khayalan semata-mata. Realitinya, menunggu kehadiran serangga
tersebut bagaikan mereka menunggu kehadiran tetamu yang sangat pemalu. Akhirnya, Nurul
Hafsa menerima kanyataan bahawa perkara inilah yang dialami oleh kumpulan pengunjung
dari Jepun yang terbang beribu-ribu batu jauhnya tetapi hanya dapat menyaksikan kelip-kelip
yang cahayanya separuh mati kerana bilangannya yang sedikit. Nurul Hafsa turut mengajak
pengemudi bot yang dinaikinya untuk melalui suatu kawasan cabang sungai milik persendirian
yang dikatakan menjadi tempat kumpulan kelip-kelip berkelip serentak seperti lampu-lampu
hiasan. Namun demikian, dia begitu kecewa kerana kawasan persendirian tersebut tidak dapat
dilalui oleh mereka. Sepanjang perjalanan pulang, Nurul hafsa melayan perasaan sambil
memikirkan sudut hujahan yang bakal dibentangkan dalam satu persidangan kemuncak fantasi.
Kuala Selangor yang berubah menjadi bandar pelancongan telah dicemari oleh pencemaran
cahaya dengan senyap.

BAB 4: BUDIMAN
Budiman kembali ke rumah dengan menaiki sebuah kereta jenis hibrid seperti yang diimpikan
oleh Nurul Hafsa. Budiman dan adiknya makan tengah hari bersama ayah mereka, Haji Yassir.
Seusai solat Zohor berjemaah, Budiman bertanyakan khabar Nurul Hafsah tentang hari pertama
dia bekerja di balai cerap. Setelah mendapat jawapan yang mengecewakan daripada adiknya,
Budiman yang merupakan seorang guru Sains di Sekolah Menengah Kebangsaaan Tanjung
Keramat sejak tiga tahun yang lalu membaca laporan menggunakan Skala Langit Gelap Bortle
yang ditaip adiknya, Nurul Hafsah. Skala ini dicipta oleh John E Bortle untuk membantu
peminat-peminat kaji falak amatur membandingkan tahap kegelapan langit di sesuatu tempat
pencerapan dengan tempat pencerapan lain. Berdasarkan skala ini, Kuala Selangor yang pernah
diklasifikasikan sebagai kelas 1 sebelum ini, kini berada di kelas 8, iaitu langit terbias dengan
warna putih atau oren disebabkan cahaya lampu. Nurul Hafsah mengeluh apabila Kuala
Selangor yang baru empat tahun ditinggalkannya telah berubah. Budiman mengakui penduduk
Kuala Selangor belum menyedari bahawa pembangunan dan kemudahan yang dinikmati jika
tidak dirancang dengan teliti akan membawa kesan buruk terhadap alam sekitar. Nurul Hafsa
terkejut namun gembira apabila menyedari bahawa Budiman turut menyokong usahanya untuk
menyelamatkan Kuala Selangor daripada terus tercemar akibat pembangunan yang tidak
terancang.

BAB 5: JIWA AYAHANDA
Tan Sri Muhaimin mengambil tempat pemandunya yang keletihan menunggu kepulangan
beliau di lapangan terbang dan memandu laju ke sebuah kawasan kampung tempat projek
rumah Ikhtiar TeknoAlam yang didiami anaknya Muhammad Taufik. Sepanjang
pemanduannya, beliau mengimbas kembali kenangan perpisahan antara beliau dengan
isterinya Maryam Wickham Abdullah kerana Muhammad Taufik telah menghantar pesanan
ringkas tentang kehadiran bekas isterinya untuk bermalam di situ. Beliau berasa puas dapat

membuktikan kepada bekas isterinya bahawa beliau telah melakukan yang terbaik untuk anak
mereka. Sesampai beliau di rumah Muhamamad Taufik, air muka beliau berubah apabila
dimaklumkan anaknya bahawa Puan Maryam telah pulang. Beliau tetap bertanyakan khabar
Puan Maryam kepada anaknya ketika mereka bersama dengan pemandunya Sobirin
menghadap hidangan yang dimasak Puan Maryam sebelum bekas isterinya itu pergi. Walaupun
Tan Sri Muhaimin terpaksa melepaskan isterinya kerana perbezaan pendapat dan membawa
haluan masing-masing, namun mereka tidak pernah bermusuh dan zuriat menjadi penyambung
silaturahim mereka berdua.

BAB 6: CITA-CITA
Nurul Hafsa membuat keputusan untuk bercakap dengan Puan Foziah, Pegawai Atasan Pejabat
Majlis Daerah Kuala Selangor berkaitan dengan laporan tentang tahap kecerahan langit Kuala
Selangor yang telah dihantarnya. Namun demikian, Nurul Hafsa hanya dinasihati agar tidak
mengharapkan sebarang tindkan diambil kerana Puan Foziah memaklumkan tiada
undangundang alam sekitar yang telah dilanggar di Kuala Selangor. Namun demikian, Nurul
hafsah tetap mengingati janjinya terhadap kumpulan pengunjung kanak-kanak dari Jepun yang
ingin melihat bintang di Kuala Selangor dan impiannya yang sejak dulu hingga kini adalah
untuk menjadikan Kuala Selangor, Bukit Melawati dan Balai Cerap Sultan Salahuddin tempat
tumpuan peminat-peminat langit seluruh dunia melihat bintang. Dalam masa yang sama, Nurul
Hafsah bertanyakan abangnya Budiman sama ada dirinya telah hilang akal dan bimbang
tentang hal yang remeh-temeh. Budiman menasihati Nurul Hasfa agar bertenang dan
beristighfar serta mendengar kata hati. Akhirnya, dia bertekad tidak akan membiarkan masalah
pencemaran di Kuala Selangor daripada terus berlaku. Mereka sedar perkara ini tidak boleh
dilakukan tanpa bantuan orang lain. Budiman bersedia untuk membawa adiknya berjumpa
dengan ‘ lelaki kelip-kelip’. Lelaki tersebut merupakan individu yang memagar sungai kecil di
kawasan orang melihat kelip-kelip dan dialah juga yang menghantar Budiman pulang ke rumah
dengan kereta hibrid. Pada awalnya, Nurul Hafsa tidak senang dengan lelaki tersebut, namun
Budiman menasihati adiknya agar tidak terburu-buru bersangka buruk terhadap orang lain.
Nurul Hafsa bersedia untuk berjumpa lelaki tersebut dengan folio yang dihasilkannya dengan
tajuk Kuala Selangor: Kawasan Simpan Langit Gelap.

BAB 7: LELAKI KELIP-KELIP
Nurul Hafsa menyiapkan dirinya untuk bertemu lelaki kelip-kelip dengan berhati-hati. Dia
beranggapan bahawa dia akan bertemu dengan seorang lelaki berpangkat bapa dan berpengaruh
seperti yang dikatakan oleh abangnya, Budiman. Setelah mereka berdua sampai di kawasan
rumah lelaki kelip-kelip, Nurul Hafsa ternampak seorang lelaki muda sedang membuat
kerjakerja pertukangan yang melibatkan pembinaan sebuah peralatan pertanian kecil-kecilan.
Apabila Nurul Hafsa melihat wajah lelaki tersebut, mindanya cuba mengingati kembali
wajahwajah yang pernah dia lihat sepanjang usianya. Akhirnya, Nurul Hafsa mengecam wajah
lelaki tersebut. Budiman memanggil lelaki tersebut dengan nama Muhammad Taufik dan
bertanyakan beliau sama ada masih mengingati adiknya, Nurul Hafsa. Rupa-rupanya
Muhammad Taufik merupakan rakan sekolah abangnya ketika bersekolah di Tanjung Keramat.
Budiman memaklumkan bahawa selepas tahun 6, dia belajar di Otago. Dalam masa yang sama,
Nurul Hafsa menyindir perbuatan Muhammad Taufik yang memagar sebahagian daripada
sungai Selangor. Muhammad Taufik menjelaskan bahawa dia yang meminta ayahnya

membelikan tanah yang menyusuri tepi anak sungai di Kampung Kuantan, terus ke kampung
Api-api yang berkeluasan 50 hektar. Semua ini dilakukannya apabila dia mendapati populasi
kelip-kelip di Kampung Kuantan semakin berkurangan akibat kehadiran pelancong yang ramai
dengan bunyi enjin motor bot, cahaya lampu di jeti, pencemaran air sungai, pemusnahan
kawasan paya bakau, cahaya dari kawasan petempatan manusia dan cahaya rodaferris yang
semuanya membawa ancaman kepada populasi kelip-kelip. Dia memagar anak sungai tersebut
dengan harapan kelip-kelip mempunyai tempat untk bersembunyi dan akan meruntuhkan pagar
itu apabila populasi kelip-kelip sudah pulih kembali. Nurul Hafsa yang mendengar penjelasan
tersebut memohon maaf daripada En. Taufik kerana telah tersalah anggap terhadap pemuda
tersebut.

BAB 8: BEBAS GRID
Budiman mencadangkan Muhammad Taufik menunjukkan projek yang sedang
dilaksanakannya kepada Nurul Hafsa. Muhammad Taufik bersetuju lalu mengajak Budiman
dan adiknya meneliti rumah tradisional Melayu yang mempunyai ciri-ciri berteknologi tinggi
yang dibinanya. Setelah mendengar penjelasan Muhammad Taufik tentang sistem rumah
tersebut, lalu Nurul Hafsa membuat kesimpulan bahawa Muhammad Taufik mencipta satu
model tempat tinggal di luar grid. Muhammad Taufik mengakui bahawa dia hendak mendirikan
rumah di atas tanah satu per lapan ekar untuk sebuah keluarga, yang dapat mengurangkan
kebergantungan penduduk terhadap grid utiliti yang sedia ada. Hasratnya adalah untuk
menyampaikan mesej dan menanamkan kesedaran bahawa apabila manusia kembali
bergantung kepada alam semula jadi secara terus, manusia akan menyedari betapa pentingnya
alam sekitar. Hal ini disokong oleh Nurul Hafsa. Sepanjang pertemuan tersebut, Nurul Hafsa
sering bersetuju dengan pendapat Muhammad Taufik menyebabkan abangnya, Budiman
tersenyum melihat gelagat dua pencinta alam etrsebut. Namun begitu, dia sedar bahawa
adiknya Nurul Hafsa dan sahabatnya Muhammad Taufik emmpunyai misi penting yang tidak
boleh dilalaikan dengan emosi. Akhirnya, Muhammad Taufik mengingatkan Nurul Hafsa
tentang tujuan asal mereka bertemu Muhammad Taufik menolongnya membawa kembali
kegelapan ke Kuala Selangor.

BAB 9: ZURIAT
Bab ini menceritakan Muhammad Taufik meminta pertolongan ayahnya Tan Sri Muhaimin
untuk menyokong rancangannya untuk menjadikan Kuala Selangor satu kawasan simpan langit
gelap secara industri untuk tujuan kaji bintang amatur dan profisional dan untuk menghalang
kepupusan kelip-kelip. Pertemuan Tan Sri Muhaimin dengan rakan lamanya Tan Sri Yahya
telah membuka ruang kepada mereka untuk berbicara tentang zuriat masing-masing. Pada akhir
perbualan, Tan Sri Muhaimin bertahmit apabila menyedari bahawa usaha-usaha anaknya
selama ini merupakan gabungan ciri-ciri terbaik dua orang manusia bernama Muhaimin dan
Maryam.

BAB 10: SIDANG SEJUTA KELIP-KELIP
MuhamMad Taufik tersinggung jika sering dikaitkan dengan kedudukan dan kemewahan
ayahnya. Muhammad Taufik ketawa mengenangkan peristiwa dia selalu didampingi oleh
perempuan-perempuan yang ingin mengambil kesempatan atas kemewahannya. Namun
begitu, mereka akan meninggalkannya setelah mengenali Muhamad Taufik yang sebenarnya.

Kini, dia berhadapan dengan seorang gadis yang terang-terangan tertarik oleh
keistimewaankeistimewaan yang ada pada dirinya. Muhammad Taufik dan Nurul Hafsa
bertemu di dalam bilik tutorial di Perpustakaan Awam Sultan Syarafuddin, Kuala Selangor
untuk berbincang tentang pembentangan tentang projek Kuala Selangor. Di situ mereka
berbalas-balas hujah bagi memantapkan pembentangan yang akan dilaksanakan nanti.
Budiman menemankan mereka berdua tetapi tidak mengganggu perbincangan mereka.
Muhammad Taufik kagun akan kesetiaan Budiman sebagai saudara tua yang hadir untuk
menjaga tatatertib perhubungan antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Nurul Hafsa
mengemukakan rasional pelaksanaan projek tersebut, iaitu untuk mengembalikan populasi
kelip-kelip ke Kuala Selangor sebelum pupus sepenuhnya dan mengembalikan kegemilangan
Kuala Selangor sebagai pusat kajian falak yang terkenal di peringkat antarabangsa. Selesai
perbincangan, Muhammad Taufik mempelawa mereka berdua ke rumahnya malam tersebut
untuk menebus kekecewaan Nurul
Hafsa yang tidak dapat melihat kelip-kelip di jeti Kampung Kuantan tempoh hari.

BAB 11: LEWAT SATU MELINIUM
Muhammad Taufik memilih untuk menggerakkan sampan menggunakan pendayung,
bukannnya dengan menggunakan enjin motobot elektrik untuk membawa Nurul Hafsa dan
Budiman ke kawasan kelip-kelip. Mereka berhenti setelah sepuluh minit mendayung.
Berdasarkan pandangan Nurul Hafsa, keadaan gelap di situ adalah pada skala dua. Sambil
menantikan kelip-kelip yang mula hadir, Muhammad Taufik menerangkan kepada dua beradik
itu tentang jenis kelip-kelip atau dalam bahasa saintifiknya pteroptyx tener. Kemudian
bilangan kelip-kelip menjadi semakin banyak lalu menjadi satu gerombolan kelip-kelip yang
berkerlipan secara serentak bagaikan lingkaran Bimasakti. Pada malam itu Nurul Hafsa terkejut
apabila dimaklumkan Muhammad Taufik bahawa Puan Wickham ialah ibunya. Nurul Hafsa
bersetuju dengan permintaan Muhammad Taufik bahawa dia akan meneruskan pencerapan data
populasi kelip-kelip andai sesuatu terjadi kepada Muhammad Taufik.

BAB 12: STRATEGI
Muhammad Taufik akan mengambil masa seminggu untuk meminta bapanya menggunakan
pengaruh beliau agar dia dan Nurul Hafsa dapat bertemu dengan pegawai daerah dan panel
penasihatnya. Di hadapan dua insan penting tersebut, Nurul Hafsa memulakan pembentangan
dengan membaca surah al-A,raaf, ayat 56. Setelah dia dan Muhammad Taufik selesai membuat
pembentangan dan menjelaskan segala kekeliruan Dato’ Haji Mustofa , pegawai daerah Kuala
Selangor, mereka meminta Beliaumeneliti cadangan mereka untuk mewartakan
Kuala Selangor sebagai kawasan simpan langit gelap yang pertama di negara ini.

BAB 13: DENDAM KEMBALI MEKAR
Dalam bab ini, Dato’ Haji Mustafa telah mengunjungi individu bernama Johann Arlington-
Majid. Beliau memaklumkan minat mendalam menteri besar terhadap idea projek Kawasan
Simpan Langit Gelap. Johann marah dengan berita tersebut kerana hal itu bermakna dia tidak
dapat meneruskan penguasaan tender membekalkan lampu-lampu daripada syarikat miliknya.
Johann merupakan ahli perniagaan yang hanya mementingkan kekayaan. Dia merupakan
musuh lama Tan Sri Muhaimin apabila Marion Wickham wanita yang dicintainya memilih Tan
Sri Muhaimin sebagai suami. Dato’ Mustafa memaklumkan bahawa Muhammad Taufik akan

membuat pembentangan terbuka tentang projek tersebut di hadapan menteri besar, ahli
akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah Alam. Beliau meminta
Johann untuk belajar dan memberikan tempoh selama seminggu untuk berfikir bagi
mendapatkan tender projek tersebut jika mahu. Namun Johann tetap berkeras dengan
pendiriannya, dan rasa tamaknya.

BAB 14: GELAP DALAM TERANG
Johan Arlington-Majid tetap hadir dalam sesi pembentangan terbuka projek yang diusahakan
Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik. Namun kehadirannya bukan untuk memberi sokongan
malah untuk mengganggu dan membuat kecoh pada hari itu. Nurul Hafsa dengan ditemani
Muhammad Haimin disisinya telah membentangkan projek tersebut kepada yang hadir. Segala
sanggahan daripada Johann telah berjaya dibidas dan Menteri Besar sentiasa menyokong
pandangan dan hujahannya. Pembentangan pada hari tersebut banyak berkisar tentang jenis
penggunaan lampu dan pencahayaan yang sesuai. Menteri Besar turut menegur sikap buruk
Johann dalam majlis tersebut. Pada akhir pembentangan Menteri Besar mengumumkan bahawa
pihak kerajaan negeri akan mengiklankan tender dalam masa terdekat. Johann yang sentiasa
bergelumang dengan dendam kesumat dalam diam mengatur rancangan untuk mengupah tiga
orang tonto bagi menyiasat pergeragan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik dan memastikan
mereka tidak dapat melaksanakan projek tersebut.

BAB 15: KHIANAT
Nurul Hafsa memerhatikan lampu-lampu jalan yang terdapat di lorong menuju ke rumahnya
sambil memandu. Walaupun lorong tersebut sepi tetapi dia tidak pernah berasa terancam.
Lorong ke rumahnya memang tiada berorang melainkan dua tiga hari kebelakangan terdapat
tiga orang lelaki memotong rumput di tepi-tepi jalan. Namun demikian, dia hairan walaupun
tiga orang pemotong rumput bekerja tetapi lalang masih meninggi. Ketika dia menghentikan
kenderaannya di sisi motosikal Budiman, dia menerima berita Taufik ditimpa kemalangan.
Mereka terus pergi mencari Taufik dan bertemu dengannya dalam rimbunan lalang dengan
bajunya dibasahi darah di bahagian rusuk. Nurul Hafsa segera menelefon ambulans dan Taufik
dibawa ke Hospital Besar Tanjung Karang. Menerut siasatan awal, polis memberitahu
walaupun penyerang mengambil barang-barang berharga milik Taufik, namun mereka
meninggalkan telefon bimbitnya sebagai suatu mesej peribadi penjenayah kepada mangsa.
Pihak hospital memaklumkan bahawa Muhammad Taufik berada dalam keadaan stabil.

BAB 16: DUA KELIP-KELIP TERAKHIR DI DUNIA

Nurul Hafsa bersama dengan ayah dan abangnya menuju ke hospital untuk melawat

Muhammad Taufik. Setibanya mereka di sana, Nurul Hafsa melihat ibu dan bapa Muhammad

Taufik sedang berbual dan sedikit bertelagah tentang kejadian yang menimpa anak mereka.

Nurul Hafsa meminta izain untuk berbual dengan mereka berdua dan menceritakan keazaman

Muhammad Taufik. Selepas itu mereka solat subuh berjemaah di surau hospital. Kemudian,

mereka mendapat khabar tentang keadaan Muhammad Taufik yang semakin baik walaupun

belum sedar. Nurul Hafsa melawat Muhammad Taufik dua hari kemudian sambal ditemani

abangnya, Budiman. Dia memohon maaf kepada rakan seperjuangannya itu atas segala yang

terjadi. Dia bersedia jika Muhammad Taufik ingin mengundurkan diri. Namun begitu,

temannya itu masih berkobar-kobar untuk meneruskan perjuang mereka bersama. Dalam

pertemuan tersebut, Muhammad Taufik sempat bertanyakan Nurul Hafsa tentang sebab dia
tidak memakai selendang hitam bermanik Kristal.

BAB 17: JALAN YANG DITINGGALKAN
Tan Sri Muhaimin memberitahu Muhammad Taufik ketika beliau dan bekas isterinya berada
di hospital bersama Muhammad Taufik bahawa Ketua Inspektor Lim menasihati beliau agar
memberitahu pihak media bahawa kejadian yang menimpa anaknya merupakan kejadian
jenayah biasa bagi memudahkan pihak polis menjalankan siasatan. Namun begitu, Muhammad
Taufik tidak bersetuju dan meminta ayahnya memberitahu perkara sebenar bahawa serangan
tersebut bermotifkan khianat kerana dia yakin motif serangan tersebut adalah untuk
membuktikan kegelapan sebagai punca jenayah seterusnya menghalang projek kawasan
Simpanan Langit Gelap akan dihentikan. Setelah Menteri Besar berbincang dengan Tan Sri
Muhaimin melalui perbualan telefon, keesokan harinya akhbar mengeluarkan berita bahawa
Kuala Selangor Akan Diwartakan Sebagai Kawasan Simpan Langit Gelap.

BAB 18: KERASUKAN
Sejak Muhammad Taufik dimasukkan ke hospital, sudah hampir seminggu kerja mencerap
populasi kelip-kelip terhenti. Sebagai menunaikan janji mereka terhadap Muhammad Taufik,
Nurul Hafsa dan Budiman meneruskan kerja tersebut dengan menggunakan peralatan
pencerapan yang telah disampaikan oleh Tan Sri Muhaimin kepada mereka berdua. Ketika
meranduk semak samun untuk balik ke kereta mereka selepas melakukan aktiviti pencerapan,
tiba-tiba Nurul Hafsa terdengar suatu bunyi dan ternampak Budiman tergelimpang di tanah.
Sepantas kilat, dia dicapai oleh tangan-tangan ganas. Dia ternampak susuk tiga orang lelaki
sebelum mulutnya dibalut dengan pita pelekat bersaiz lebar dan kepalnya disarung dengan kain
gelap.

BAB 19: SELENDANG HITAM MANIK KRISTAL
Muhammad Taufik bersiap-siap untuk keluar dari Hospital dan mengikut ibunya pulang ke
Otago apabila dia kejutkan dengan jambangan bunga berbalut selendang hitam bermanik
kristal. Dia menjumpai sekeping nota dalam jambangan tersebut yang memintanya berada di
stesen petronas pada jam 8.30 pagi hari tersebut. Hatinya bertambah bibang apabila melihat
kerongsang yang yakininya milik Nurul Hafsa. Muhammad Taufik meminta Tan Sri Muhaimin
menghentikan kereta di stesen petronas ketika dalam perjalanan ke lapangan terbang dengan
alasan ingin ke tandas. Tanpa disedari kedua-dua orang tuanya, dia pergi ke tempat van putih
seperti yang tercatat dalam nota yang diterimanya. Ketika itu, dia diarahkan masuk ke dalam
van tersebut sebelum disarung sebelumnya tangannya diikat dan dimasukkan ke dalam but
kereta. Kepanya disarung dengan kain hitam sepanjang perjalanan. Muhammad Taufik dibawa
ke lokasi yang sama dengan tempat Nurul Hafsa ditahan. Menyedari situasi tersebut, dia cuba
menenagkan Nurul Hafsa walaupun tidak dapat melihat apa-apa sebelum dia dipukul di
rusuknya sehingga tidak sedarkan diri.

BAB 20: NYAWA UNTUK NYAWA
Nurul Hafsa telah dibebaskan oleh penculik. Dia bimbang dengan keadaan Muhammad Taufik
yang belum dibebaskan. Dalam keadaan tersebut, Nurul Hafsa berasa bertuah kerana tidak
dicederakan. Dia pasti bahawa perancang jenayah ini sebenarnya ingin mencapai sesuatu yang

boleh diukur dengan wang. Jika rancangan tersebut gagal sekalipun, mereka masih boleh
melepaskan diri daripada tuduhan mencederakan, merogol atau membunuh mangsa. Dengan
bantuan pemandu van sekolah yang ditahannya ketika dia berjalan seorang diri, dia telah
membuat laporan polis. Haji Yassir dan Budiman bersyukur keran Nurul Hafsa selamat. Haji
Yassir menenangkan Tan Sri Muhaimin dengan meminta beliau bersabar, berdoa dan
menyerahkan segalnya kapada Allah. Kehilangan Muhammad Taufik disiarkan dalam berita
setiap jam di semua stesen televisyen tempatan.

BAB 21: LEGASI BAJU BIRU
Bab ini menceritakan kronologi penculikan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik. Dengan
bantuan CCTV, pihak polis cuba mengecam van putih yang digunakan oleh penculik tersebut.
Malangnya, nombor pendaftaran kenderaan tersebut sukar dikesan kerana kabur. Tan Sri
Muhaimin telah memaklumkan kepada Ketua Inspektor Lim tentang pesanan ringkas yang
dihantar ke telefon bimbitnya yang memintanya menarik balik sebut harga Dedaun Emas jika
tidak mahu menerima padah. Berita tengah hari yang membawa khabar tentang penculikan
sensasi etrsebut secara besar-besaran telah membuahkan hasil. Seorang penduduk tempatan
telah membuat aduan tentang aktiviti bukan perladangan di sebuah ladang kelapa sawit yang
terletak jauh di pedalaman Bestari Jaya. Pasukan Gerak Khas telah diarahkan ke lokasi tersebut
untuk mengadakan serbuan dan tangkapan. Selepas berbalas tembakan, Muhammad taufik
berjaya diselamatkan.

BAB 22: CINTA PEJUANG
Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala Selangor
untuk menghadiri kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan kali kedua Tan Sri Muhaimin
dan bekas isterinya. Tan Sri Muhaimin menyampaikan ucapan ringkas menyatakan rasa syukur
beliau ke hadrat Ilahi dengan kembalinya anak dan isteri ke pangkuan beliau. Musuh
perniagaannya pula bakan menghadapi pengadilan. Dalam majlis tersebut, Muhammad Taufik
meluahkan isi hatinya terhadap Nurul Hafsa. Dia telah mengembalikan selendang hitam manik
kristal yang disimpannya semenjak hari pertama dia mengetahui Nurul Hafsa diculik.
Muhammad Taufik menyampaikan hasratnya untuk menghantar rombongan lamaran ke
kediaman orang tau Nurul Hafsa. Dalam keadaan malu dan meminta diri untuk membantu
mengemaskan kenduri yang baru selesai, dia menerima pesanan ringkas daripada Muhammad
Taufik bertulis kita ialah dua kelip-kelip terakhir di dunia.

KELEBIHAN

• Watak utama, iaitu Nurul Hafsah mempunyai perwatakan yang menarik

Seorang yang berani- Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik berani membuat pembentangan
cadangan projek Kawasan Simpan Langit Gelap di Kuala Selangor di hadapan Menteri Besar,
ahli akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah Alam. Perwatakan
watak sampingan, iaitu Muhammad Taufik yang menarik

Seorang yang setia kawan- Atas semangat setia kawan, Muhammad Taufik sanggup berjumpa
dengan penculik Nurul Hafsa di stesen minyak Petronas untuk menyelamatkan Nurul Hafsa
yang telah diculik

• Binaan plot klimaks yang menarik

Ekoran daripada penculikan Nurul Hafsa, Muhammad Taufik yang sepatutnya mengikuti
ibunya balik ke Otago, New Zealand dengan berani telah pergi menemui penculik di stesen
minyak PETRONAS. Di situ, dia diculik dan dibawa ke sebuah kawasan perladangan kelapa
sawit di Bestari Jaya. Selepas itu, penculik membebaskan Nurul Hafsa. Nurul Hafsa membuat
laporan di balai polis Bestari Jaya. Pihak polis yang diketuai oleh lnspektor Lim menubuhkan
pasukan Gerak Khas. Akhirnya, penjenayah tersebut berjaya diberkas.Persoalan yang menarik

Persoalan yang menarik

Persoalan tentang hubungan setia kawan antara sahabat - atas semangat setia kawan, Budiman
dan Nurul Hafsa bergegas ke tempat kemalangan selepas dihubungi oleh Muhammad Taufik
bagi membantu Muhammad Taufik yang ditimpa kemalangan

• Pengajaran yang boleh dicontohi

Kita hendaklah bersyukur atas nikmat yang diperoleh- Haji Yassir bersyukur lalu memeluk
Nurul Hafsa dan menangis kegembiraan kerana anaknya itu telah berjaya diselamatkan selepas
diculik oleh orang-orang suruhan Dato’ Johann Arlington

KELEMAHAN

• Penggunaan cakap ajuk juga berleluasa sehingga kadang-kala mengganggu
• Penulisan yang lebih banyak memberitahu daripada menunjukkan
• Dialog kadang-kala terlalu panjang.
• perkembangannya agak terbatas dan terlalu cepat untuk diusaikan

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

• Elakkan menggunakan perkataan yang berulang-ulang
• Tetapkan latar masa dengan betul dan teratur
• Tidak memanjangkan dialog antara watak
• Jelaskan sesuatu adegan dengan terperinci
• Tetapkan sudut pandangan sesuatu watak dan tidk asyik menukar-nukar.

SILIR DAKSINA karya Nizar
Parman

RINGKASAN

Lelaki bernama Abdullah Bin Kayan begitu misteri dalam hidupnya. Sesungguhnya Haiqal
tidak pernah bertemu, apatah lagi mengenali lelaki itu. Konflik keluarga telah membawa
kepada perceraian, lalu memisahkan Haiqal dengan ayah kandungnya itu.

Sebuah manuskrip lama yang terbengkalai menyingkap rahsia yang sekian lama terpendam.
Haiqal membulatkan tekad walau sedar uminya pasti membantah. Dia perlu ke kampung arwah
ayahnya. Misteri Abdullah Bin Kayan perlu dirungkai.

BIODATA PENULIS

Penulis novel Silir Daksina, Nizar Parman, 42, adalah anak kelahiran Batu Pahat, Johor. Beliau
merupakan seorang guru di SK Seri Lalang, Kluang dan baru menamatkan pengajian ijazah
asas di Universiti Terbuka Malaysia pengkhususan Bahasa Melayu sekolah rendah. Novel Silir
Daksina adalah novel pertama beliau namun amat bertuah apabila terus menang tempat kedua
hadiah sastera Utusan-Exxon Mobil tahun 2009 kategori novel remaja. Menurut laporan panel
hakim HSKU novel ini menepati ciri-ciri yang mewajarkan ia memenangi HSKU pada tahun
2009. Antaranya novel ini menampilkan watak remaja yang unggul serta mempunyai jati diri
yang tinggi dan berakhlak mulia. Novel ini juga memberi sedikit sebanyak info mengenai tarian
seni zapin yang makin dilupakan kini. Kekuatan novel ini juga terletak pada integrasi kaum
antara masyarakat Melayu dan Cina.

SINOPSIS KESELURUHAN BAB

Novel ini mengisahkan tentang seorang remaja bernama Haiqal Haqimi. Dia hidup bersama
ibu dan ayah tirinya.Suatu hari, Haiqal didatangi sebuah manuskrip lama yang didalmnya
terdapat hasil penulisan ayah kandungnya.
Teruja dengan kandungan nmanuskrip iyu, Haiqal bertekad untuk mencari jejak kehidupan
arwah ayah kandungnya itu di sebuah kampung di Batu Pahat, Johor. Keputusannya untuk ke
kampung arwahayahnya mendapat tentangan daripada uminya. Umi melarang Haiqal ke Johor
atas sebab-sebab tertentu.
Hubungan umi dan ayah kandung Haiqal sesungguhnya tidak bahagia sehingga berpisah. Umi
membawa Haiqal tinggal bersamanya di Kuala Terengganu. Ayah Haiqal, Abdullah bin Kayan
tinggal kesepian di Johor. Hidupnya kesepian, keseorangan dan dihurung kerinduan terhadap
anaknya.
Haiqal telah membuat keputusan bahawa dia tetap akan pergi walaupun uminya melarang keras
keputusannya itu. Uminya tidak mahu Haiqal mengikuti jalan hidup seperti arwah ayah
kandungnya. Haiqal tidak diberikan sebarang wang perbelanjaan untuk kesana. Sesampai di
Kampung Seri Purnama, Haiqal disambut mesra oleh penduduk kampung. Hal ini dikatakan
demikian kerana ayah kandung haiqal seorang yang sangat disegani di sana. Sedikit
demi sedikit Haiqal mula mengetahui mengenai arwah ayahnya melalui peceritaan
pendudukpenduduk kampung di situ.
Terdapat sedikit ilmu mengenai tarian zapin di dalam novel ini. Beliau juga seorang yang amat
mecintai sastera. Dari situlah perlahan-lahan Haiqal mengenali ayah kandungnya. Semenjak
ayahnya meninggal dunia , Kampung Seri Purnama kehilangan orang penting untuk
memperkenalkan tarian zapin ini.

Sebelum pulang, Haiqal ingin kumpulan zapin D'Purnama membuat persembahan zapin.
Haiqal dan See Hwa menari bersama-sama. Haiqal sangat terharu kerana umi, walid, dan adik
tirinya turut memberikan sokongan. Dendam uminya terhadap Abdullah bin Kayan telah
melebur apabila dia datang ke Kampung Seri Purnama untuk menyaksikan Haiqal menari.

SINOPSIS SETIAP BAB

BAB 1: TERSINGKAP RAHSIA
Haiqal begitu teruja membaca manuskrip berkulit biru muda yang setebal 58 muka surat.
Hatinya tersentuh dengan cerita yang ditulis oleh penulisnya Abdullah Kayan, nama yang
pernah disebut uminya. Adakala Haiqal berasa dia seperti berada dalam alam Abdullah Kayan
. Fikiran Haiqal menerawang pada masa usianya 6 tahun,,masih di sekolah tadika. Uminya
membuka rahsia tentang dirinya,,,bahawa ayahnya bukan walid. Haiqal bertanya tentang
ayahnya. Uminya memberitahu ayahnya berada jauh dari tempat tinggal mereka. Haiaql
menyimpan tekad untuk menncari ayahnya Abdullah Kayan

BAB 2: KISAH SEORANG TEMAN

Haikal menghabiskan waktu petangnya di gerai makanan Ratna di pantai Batu Buruk. Kawan
sekelasnya di sekolah. Ratna tidak meneruskan pengajian selepas tamat SPM sebaliknya
membantu ibunya menguruskan perniagaan ibunya. Sementara itu Haikal meneruskan
pengajian STPM dan sedang menunggu keputusan STPM. Mereka berkawan baik. Haikal
memberitahu Ratna bahawa dia sedang meneliti manuskrip ayahnya. Sambil mereka bersiarsiar
di pantai ,Haikal cuba menghayati pertemuan cinta ayah dan ibunya.. Ratna tiba-tiba ingin tahu
punca perpisahan ayah dan ibu Haikal. Haikal tidak tahu. Haikal pernah cuba bertanya umi
tetapi dibatalkan khuatir mengganggu kebahagian umi walid dan Nurul Aisyah. Uminya juga
belum tahu tentang manuskrip yang diterimanya. Haiqal menerimanya daripada Ong Swee
Hwa beralamat Kampung Seri Purnama Batu Pahat Johor.

ku teringat tentang gelagat seorang anak Tauke Lim Ai Ling yang cuba mengikut rentak tari
penaripenari yang sedang berlatih. Aku menyarankan Ai Ling belajar tarian zapin dan
menyertai ku mpulan tarian zapin kanak-kanak di kampung mereka.

BAB 3

Aku menawarkan perkidmatannya untuk membimbing Ai Ling dalan subjek Bahasa Melayu.
Aku sebenarnya teringat akan anaknya Aiman yang jauh terpisah apabila teringat kepada Ai
Ling. Aiman yang seusiadengan Ai Ling.Aku menggunakan masa di rumah untuk menanda b
uku latihan pelajarpelajarnya. Masa lapangnya digunakan untuk menulis puisi atau cerpen,
ataupun berbualbual dengan Tauke Lim.

Tauke Lim tinggal berjiran dengan aku. Tauke Lim mengambil upah menoreh dan menjaga k

ebun getah ayah aku yang lama tidak ditoreh.Ketika itu Tauke Lim datang dengan motorsikal

Honda 70cc. Tauke Lim tinggal menyewa di bandar setelah berhijrah dari kampung halama

nnya kerana semua harta peninggalan mendiang bapanya dijual oleh abangnya yang sangat

gemar berjudi.

Tauke Lim seorang yang rajin bekerja. Waktu pagi dia menoreh getah sementara petang digu

nakan untuk meraih hasil tani penduduk kampung untuk dijual di bandar.

Akhirnya, Tauke Lim berjaya membeli setengah ekar tanah ayah aku dan membina sebuah ru

mah separuh papan. Hasil gigihnya Tauke Lim rumahnya diubah suai menjadi rumah batu se

penuhnya.Sudah 18 tahun Tauke Lim tinggal di kampung aku. Anak sulung Tauke Lim, Kok

Wee sedang menuntut di Universiti Malaya dalam bidang undangundang. Anak keduanya

perempuan Ai Ching akan mengambil peperiksaan SPM. Tauke Lim hidup cara orang

Melayu.Ayah aku menganggap Ai Ching dan Ai Ling seperti cucunya send iri.Ayahnya

sering membawa Ai Ching dan Ai Ling ke bandar. Aku kembali teringat kepada

Aiman.Semasa bersiapsiap hendak ke sekolah. Tauke Lim muncul dan meminta tolong aku m

enumpangkan Ai Ching dan Ai Ling ke sekolah kerana keretanya tidak dapat dihidupkan kera

na kehabisan bateri.Ai Ching diturunkan di tepi jalan besar untuk mengambil bas sekolah ke

Parit Raja sementara Ai Ling bersama-

sama ke Sekolah Kebangsaan Seri Purnama.Tauke Lim menganggap belajar di sekola

h aliran Melayu dan Cina tidak penting. Yang penting anaknanaknya belajar dengan

rajin.Aku mencadangkan agar Ai Ling ke sekolah dengan kereta ak

u. Ai Ling akan memberitahu ayah dan ibunya sendiri tentang pelawaan aku. Aku kembali ter

bayang-bayang Aiman di dalam pakaian sekolahnya.

Aku menuju ke bilik guru. Hanya aku dan Cikgu Latifah di dalam bilik guru.Cikgu Latifah m

eluahkan rasa tentang gelagat pelajar Tahun Enamnya. Aku tersentak apabila Cikgu Latifah

memberitahunya tentang Ai Ling yang diberitahu oleh Ustazah Munirah. Ai Ling amat bemin

at untuk mempelajari subjek Pendidikan Islam. Aku menganggap itu peluang yang baik untuk

dia mendekati Ai Ling. Walaupun aku sebenarnya mempunyai peluang mendekati Ai Ling k

etika Ai Ling rapat dengan arwah ayahnya. Aku tidak mahu tergesagesa mendekati Ai Ling

kini , khuatir Ai Ling tidak selesa.

BAB 4: DESAKAN HATI

Haikal berada dalam dilema setelah membaca manuskrip ayahnya , Abullah Kayan. Haikal
bagaikan dapat merasa kepedihan dan rintihan hati Abullah Kayan. Hati Haikal melonjaklonjak
untuk ke kampung Abdullah Kayan. Namun Haikal bimbang kerana tidak kenal akan
sesiapapun di kampung itu. Malah Haikal berhadapan dengan halangan paling besaar iaitu
uminya sendiri., Rafiqah. Haikal terlalu menghormati uminya dan seingat Haikal hanya sekali
dia meninggikan suara kerana tidak bersetuju dengan keputusan uminya. Haikal benar-benar
buntu. Dalam kekalutan perasaan, haikal keluar untuk menemui Ratna di gerai Ratna.. Haikal
memberitahu Ratna dia sudah selesai membaca manuskrip ayahnya. Haikal berasa cerita yang
dikarang ayahnya itu ialah tentang diri ayahnya sendiri. Haikal dan Ratna kebingungan apabila
Aksara yang digambarkan oleh ayahnya dikatakan akan muncul. Mereka tidak tahu makna
Aksara yang menjadi impian ayahnya Haikal juga tidak tahu sakit yang menimpa ayahnya.
Akan tetapi dia berasa ayahnya mengharungi sakit seorang diri. Haikal memberitahu Ratna

,berdasarkan manuskrip itu , ayahnya seorang penulis yang mengalami kekecewaan. Seperti
ada persamaan antara Haikal dan ayahnya. Haikal juga seorang punulis yang menjadi johan
peringkat daerah dan negeri. Namun hanya Ratna dan cikgu-cikgu yang memahami minat dan
kejayaannya. Sebaliknya uminya tidak pernah berasa bangga akan pencapaiannya. Haikal mula
menyedari kebencian umi kepada ayahnya ada kaitan dengan dunia sastera ayannya.
Benarbenar buntu Haikal untuk berhadapan dengan umi,walid dan Nurul Aisyah bagi
meluahkan perasaannya tentang ayahnya.

BAB5: RINDU

Haikal mulai berasa rindu akan ayahnya.Namun tiada sebarang memori yang dia ada
bersamasama ayahnya. Hanya manuskrip itu yang mampu dibelek-beleknya. Haikal mula
terfikir sama ada Ai Ling dan Ong Swee Hwa ialah orang yang sama. Haikal mulai berkhayal
tentang Seri Purnama. Berkhayal tentang tarian zapin dan membayangkan kehebatan ayahnya
menari zapin. Haikal terasa rugi tidak hidup bersama-sama ayahnya. Teringat juga Haikal
tentang dunia perniagaan batik umi dan walid di Pasar Payang dan impian uminya mahu Haikal
mewarisi perniagaan itu kelak. Akhirnya, Haikal bertekad untuk menyampaikan hasratnya
kepada umi. Manuskrip ayahnya akan dijadikan alasan untuk merealisasikan hasratnya. Haikal
mahu melepaskan apa-apa yang terbuku di hatinya selama ini. Haikal terkenang kembali
tentang kekecewaannya untuk menatap wajah jenazah ayahnya tujuh tahun lalu. Umi tidak
membenarkan dia menziarahi jenazah ayahnya dengan alasan Haikal sedang menduduki
peperiksaan UPSR. Haikal terbayang kebaikan dan kasih sayang walid ayah tirinya. Namun
Haikal amat merindui kasih sayang ayah kandungnya. Haikal terus tertanya-tanya akan punca
perpisahan umi dan ayahnya.Namun Haikal tidak mahu dianggap biadap jika bertanya hal itu
kepada umi.

BAB 6: SATU KETENTUAN

Haikal bertekad untuk pulang ke kampung ayahnya. Walaupun berasa bimbang akan nasibnya
di sana Haikal tetap dengan keputusannya. Haikal tetap akan pergi walaupun uminya
membantah keras. Hasrat Haikal mencetuskan pertengkaran antara dia dan umi. Pertengkaran
menyebabkan umi membuka punca perpisahannya dengan Abdullah Kayan, Umi menganggap
ayah Haikal seorang yang mementingkan diri sendiri dan hanya hidup dalam dunianya tanpa
mempedulikan perasaan umi.Umi tidak mahu Haikal menjadi seperti Abdullah Kayan.
Sebaliknya Haikal berasa tindakan ayahnya pulang ke kampung halamannya kerana
tanggungjawabnya sebagai seorang anak. Umi terkejut apabila Haikal mempertikaikan
tindakan umi menghalang ayahnya daripada bertemunya ketika ayahnya datang berziarah .
Bagi Haikal umilah punca perpisahan antara mereka. Akhirnya dengan penuh kemarahan umi
membenarkan Haikal pulang ke kampung ayahnya . Walid memujuk Haikal dan merestui
keputusan Haikal. Walid berjanji memberi perbelanjaan untuk Haikal apabila tinggal di sana
nanti

BAB 7: PERJALANAN YANG JAUH

Walaupun walid mahu menghantarnya namun ditolak oleh Haikal kerana khuatir tindakan
walid akan menaikkan lagi kemarahan uminya. Ketika keluar dari rumah, hanya walid dan
Nurul Aisyah yang menghantarnya di muka pintu.. Uminya tidak kelihatan. Haikal berasa
uminya masih marah dan jengkel akan Abdullah Kayan. Haikal berharap agar segera sampai
ke destinasinya

BAB 8: TIBA DI KAMPUNG

Haikal tiba di stesen bas Batu Pahat pada pukul 5.30 pagi. Selesai memunaikan solat subuh
berjemaah di surau, Haikal mendapatkan perkhidmatan teksi untuk ke Kampung Seri Purnama.
Pemandu teksi, Pak Cik Salleh bersetuju membawa Haikal ke sana. Ketika Pak Cik Salleh
memberitahu Haikal mereka sudah sampai ke pekan Parit Raja, hati Haikal berdebar-debar.
Debaran makin kencang apabila dia sampai ke kampung Seri Purnama. Pak Cik Salleh
membantu Haikal untuk sama-sama mencari rumah ayahnya. Mereka tiba di sebuah warung.
Apabila lelaki separuh umur yang sedang menebar roti canai melihat Haikal masuk ke warung
dia kehairanan. Sebaik sahaja mengetahui Haikal ialah anak Cikgu Abdullah, Haikal terus
dipelawa makan roti canai sementara menunggu Tauke Ong tiba untuk membawanya ke rumah
arwah ayahnya. Lelaki itu memperkenal diri sebagai Wak Min dan isterinya Mak Menah.
Haikal tertanya-tanya sama ada Tauke Ong ialah Tauke Lim seperti yang digambarkan oleh
arwah ayahnya dalam manuskripnya. Ketika Haikal menunggu Tauke Ong, ada
pelangganpelanggan yang masuk ke warung memandang-mandang wajah Haikal dan ada yang
berbisikbisik sesama sendiri. Ketika itu, seorang lelaki Cina masuk ke warung. Dia kelihatah
amat mesra dengan pelanggan-pelanggan yang lain. Sebaik sahaja mengetahui Haikal ialah
anak Cikgu Abdullah, Tauke Ong terus berjanji akan membawa Haikal ke rumah arwah
ayahnya yang telah diamanahkan oleh arwah ayahnya untuk dijaga oleh Tauke Lim sehingga
Haikal sampai ke kampung itu. Di rumah arwah ayahnya, Haikal mendapat tahu bahawa
manuskrip itu diberi kepada Ong Swee Hwa dua hari sebelum ayahnya meninggal dunia. Ong
Swee Hwa amat sayang akan manuskrip tersebut. Akan tetapi perlu memunaikan amanah
menyerahkannya kepada Haikal.apabila Haikal dewasa. Ketika ditinggalkan bersendirian oleh
Tauke Ong, Haikal tertarik dengan sijil-sijil yang bergantungan di dinding. Dilihatnya satu
persatu. Ayahnya seorang yang lebih hebat dari yang disangkakannya. Hati Haikal sebak
mengenangkan sikap umi yang tidak merestui perjuangan seni ayahnya. Matanya beralih
melihat sekeping gambar di atas sebuah almari perhiasan di ruang tamu. Gambar ayahnya
sedang menerima anugerah daripada seorang sasterawan negara. Setelah puas menatap gambar,
Haikal mengalihkan pandangan ke rumah Tauke Ong. Dia mencari-cari sesuatu.

BAB 9: PERTEMUAN

Tepat pukul 11.30 pagi, Tauke Ong datang menjemput Haikal untuk makan tengah hari di
pekan. Tauke Ong datang bersama-sama anak gadisnya. Haikal yakin itulah Swee Hwa. Haikal
cuba mengawal kegelisahannya. Dalam perjalanan ke pekan, Tauke Ong memberitahu Haikal

bahawa dia akan menyerahkan semua urusan berkaitan arwah ayahnya kepada Haikal. Haikal
diberitahu oleh Tauke Lim bahawa sepanjang peninggalan arwah ayahnya, Tauke Lim diberi
amanah untuk menguruskan tanah di baruh, kelapa sawit, kebun getah dan buku bank arwah
ayahnya. Tauke Ong juga mengimbas kembali kebaikan arwah ayahnya kepada keluarganya.
Dia berasa tidak terbalas sehingga mati. Sesampai di pekan, Tauke Lim meninggalkan Swee
Hwa dengan Haikal untuk makan tengah hari di sebuah restoran mamak. Swee Hwa memecah
kebungkaman dengan memberitahu Haikal bahawa dia tidak pernah ke Terengganu. Swee Hwa
hanya mendengar kisah Terengganu melalui cerita Cikgu Abdullah. Haikal menyambut
perbualan Swee Hwa dengan memuji kebudayaan dan pejuang bangsa yang lahir dari Johor.

Swee Hwa juga fasih berbahasa Melayu. Melihat penampilan Swee Hwa, Haikal teringat akan
Ratna yang masih belum dihubungi. Haikal juga kagum melihat Swee Hwa tidak kekok makan
dengan tangan. Selesai makan Swee Hwa memberitahu Haikal bahawa arwah ayahnya pandai
memasak.Haikal terasa betapa bertuahnya Swee Hwa dapat merasai kasih sayang ayahnya
berbanding dirinya. Haikal yakin Swee Hwa banyak menyimpan rahsia hidup ayahnya. Haikal
yakin Swee Hwa ialah watak yang dicipta oleh ayahnya dalam manuskrip itu. Selesai makan
tengah hari, mereka ke kedai buku untuk membeli novel. Mereka meminati penulis dan
sasterawan negara yang sama. Swee Hwa terus menyatakan minat Haikal diwarisi daripada
arwah ayahnya. Haikal berasa bahawa dia amat mesra dengan Swee Hwa walaupun baru
berkenalan. Mungkin manuskrip itu telah member gambaran tentang Swee Hwa. Petang itu,
Haikal menerima pesanan SMS daripada NuruI Aisyah. Terbayang kesedihan dan kesunyian
adiknya itu. Haikal terasa sebak kerana dialah tempat adiknya mengadu jika ada masalah.
Haikal menjadi rindu akan adiknya juga rindu akan keluarga dan Ratna tetapi itulah
pengorbanan yang mesti dihadapi Haikal.

BAB 10: PUSARA

Tauke Ong memberikan sebuah motosikal kepunyaan anaknya kepada Haiqal untuk
memudahkan pergerakan Haiqal. Haiqal menggunakan motosikal tersebut untuk ke kubur
ayahnya. Setelah berjaya mencari kubur ayahnya, Haiqal diselubungi rasa sebak
mengenangkan arwah ayahnya.

BAB 11: SUASANA BAHARU

Haiqal menyedari bahawa dia telah berada di kampung arwah ayahnya selama seminggu.
Dalam tempoh ini telah banyak urusan berkaitan amanah yang ditinggalkan oleh ayahnya
kepada Tauke Ong berjaya diselesaikan. Namun, Haiqal tetap menyerahkan segala urusan
tinggalan ayahnya iaitu ladang kelapa sawit kepada Tauke Ong kerana dia tidak mempunyai
pengetahuan mengenai pengurusan ladang kelapa sawit. Walau bagaimanapun, Tauke Ong
tetap mahukan Haiqal mempelajari cara-cara menguruskan ladang kelapa sawit. Haiqal banyak
mempelajari mengenai kelapa sawit daripada dua orang kampung yang mengambil upah
memotong buah kelapa sawit iaitu Bidin dan Salleh. Semua yang berlaku dalam tempoh
seminggu di Kampung Seri Purnama diceritakan Haiqal kepada Ratna dan juga adik tirinya
Nurul Asiyah melalui SMS. Haiqal telah mula mengenali remaja-remaja kampung tersebut.
Antaranya ialah Lazim iaitu anak kepada Haji Salim yang seusia dengannya. Haiqal selalu

diajak memancing ikan pada sebelah petang. Haiqal telah pergi memancing ikan puyu
bersamasama dengan Lazim. Sambil mereka memancing, Haiqal dapat melihat suasana
kampung yang menyebabkan dia teringat kembali zaman kanak-kanaknya. Lazim telah
menyatakan hasratnya untuk tidur di rumah Haiqal pada malam minggu.

BAB 12: RAHSIA BALAI RAYA

Haiqal telah pergi ke balai raya ditemani See Hwa dan Lazim. Dia dapat melihat keadaan balai
raya yang tidak terurus kecuali ada beberapa bahagian dalam balai raya itu yang kelihatan
terurus dan terjaga. Berbeza dengan sebelum ini, balai raya itu dikatakan lebih terurus dan
mempunyai banyak buku yang menjadi bahan bacaan penduduk kampung. Haiqal seakan tidak
percaya bahawa buku-buku yang terdapat dalam balai raya itu ialah hasil daripada penulisan
arwah ayahnya. Malah, sejarah hidup ayahnya juga turut dipamerkan di situ. Haiqal tertarik
dengan sebuah album besar yang menyimpan gambar-gambar ayahnya. Berdasarkan
gambargambar tersebut, Haiqal dapat mengetahui bahawa arwah ayahnya merupakan seorang
penari zapin. Hakikatnya, ayahnya ialah orang yang bertanggungjawab menghidupkan
kumpulan zapin Seri Purnama.

BAB 13: SINAR HARAPAN

Hasrat Haiqal untuk melihat persembahan zapin dimainkan semula di balai raya kampung Seri
Purnama telah disampaikan kepada Ketua Kampung Seri Purnama oleh Pak Cik Bakar. Haiqal
juga memaklumkan perkara tersebut kepada See Hwa dan Tauke Ong.

BAB 14: MENCARI KESERASIAN

Sejak kebelakangan ni, Haikal semakin sibuk dan sentiasa menghabiskan masa di balai raya.
Haikal meninjau persiapan di balai raya selepas solat isyak. Pentas telah dibina. Ada pendudu
k kampung yang hadir menonton latihan zapin. Golongan veteran, Pak Cik Bakar, Haji Salim
Wak Arif Pak Cik Tasrif dan Haji Leman semuanya telah dimamah usia tetapi masih bertena
ga bermain alat muzik zapin. Tauke Ong juga turut bergoyanggoyang kakinya mengikut alun
an muzik zapin. Akhirnya Haikal akur dengan desakan Pak Cik Bakar danTauke Ong untuk s
ama-sama menari tarian zapin. Namun begitu Wak Arif sedih kerana anakanak muda
kampung itu masih tidak menunjukkan minat kecuali Lazim yang pandai menari Zapin.Akan
tetapi, Lazim tidak dapat hadir kerana berkerja syif malam. Haji Salim memberi j aminan.
Lazim akan ikut serta pada minggu hadapan kerana pada minggu itu dia berkerja syif malam.

Haikal cuba menolak ajakan Pak Cik Bakar kerana tidak tahu menari zapin tapi akhirnya akur
apabila Pak Cik Bakar, Wak Parmin, Abang Ramlan dan Wak Seman bersungguhsungguh m
ahu mengajarnya. Semasa latihan Tauke Ong tekun memerhati Haikal menari lalu tersenyum
seperti ada menyimpan sesuatu rahsia. Selesai latihan, Haikal diajar secara teori tarian zapin
ketika berehat di warung Wak Min. Tarian yang memenatkan bagi Haikal. Haikal mula beras
a seronok berada di tengah-

tengah kumpulan zapin itu dan menunggu Lazim untuk turut serta. Namun jiwa Haikal t

ersentuh kerana anakanak muda kampung tidak menunjukkan minat terhadap seni ini. Haikal

berasa jika hal ini berterusan, seni zapin jincat akan pupus. Haikal meluahkan kebimbangan k

epada Pak Cik Bakar. Bagi Pak Cik Bakar, semuanya kerana tiada minat sedangkan zapin dan

kompang ialah warisan budaya. Anakanak muda kampung patut berasa bertanggungjawab

mewarisinya turun-temurun.

Bagi Haikal, dia amat suka tinggal di Kampung Seri Purnama yang kaya dengan kebudayaan.

Mungkin itulah sebabnya arwah ayahnya sanggup pulang dan tinggal di kampung itu. Bagi P

ak Cik Bakarpula, arwah ayah Haikal seorang yang kuat keinginan dan luar biasa orangnya.

Arwah ayahnya sanggup berpisah dengan uminya hanya kerana kecintaan yang terlalu dalam

terhadap kebudayaan yang

ada di Kampung Seri Purnama. Dia tidak mahu tarian zapin jincat lenyap begitu sahaja. Haik al

berasa jiwa orang seni sememangnya halus.

Pak Cik Bakar cuba menangkap punca sebenar Haikal kembali ke Kampung Seri Purnama ial

ah kerana manuskrip yang diterimanya. Maka, isi manuskrip terakhir karangan arwah ayahny

a yang belum selesai diceritakan kepada Pak Cik Bakar. Watakwatak dalam manuskrip

seperti Ai Ling, Tauke Lim, Abang Bakir, Pak Haji Salam, Roslan, R amli diceritakan kepada

Pak Cik Bakar. Ai Ling digambarkan pandai menari zapin. Haikal be rasa sangsi sama ada Ai

Ling ialah Swee Hwa anak Tauke Ong yang menari zapin. Lalu Pak Cik Bakar menasihati

Haikal berusaha mengenali Swe Hwa bagi mencari rahsia di sebalik manuskrip itu . Namun,

Haikal kurang pasti cara untuk memenuhi saranan Pak Cik Bakar kerana sedar akan

kampung itu penuh dengan adat dan kebudayaan yang perlu dihormati. Jangan hanya kerana

dia anak Abdullah Kayan, dia boleh berbuat sesuka hati. Kepercayaan penduduk kampung pe

rlu dijaga. Pujian Tauke Ong bahawa Haikal pandai menarikan tarian zapin amat mengejutka

n Haikal. Haikal berasa langkahnya masih sumbang berbanding Lazim yang masih boleh men

angkap gerak zapin walaupun sudah lama tidak menari. Terasa malu apabila menjadi tumpua

n semasa latihan tarian zapin.

Haikal mula melihat sambutan anakanak muda dengan aktiviti yang dirancang. Beberapa ora

ng anak muda mulai hadir menonton latihan yang bagi Haikal sudah cukup sebagai sokongan

kepada kumpulan Zapin D’Purnama. Termasuklah Swee Hwa, Puan Khei dan Tauk

e Ong. Haikal sedar Swee Hwa sentiasa memerhati dirinya semasa dia berlatih menari..

Haikal sentiasa ditunjukajarkan oleh Lazim tentang rentak tarian zapin jincat. Lazim meman

g penari zapin jincat yang hebat. Haikal berasa beberapa anak muda kampung perlu dilatih be

rmain muzik untuk digandingkan dengan Lazim agar zapin jincat tidak terkubur. Haikal serin

g tidur agak lewat sejak malam kebelakangan. Adakalanya mencecah subuh matanya masih s

egar. Ingatannya merewang-rewang mengingati katakata Lazim dan Pak Cik Bakar.

Ingatannya

merewangrewang pada jalan cerita manuskrip arwah ayahnya, bagaikan ada sinkronisasi den
gan realiti yang dihadapinya. Haikal sedar dia mesti mendekati Swee Hwa dan tidak boleh sia
siakan peluang yang ada itu. Benarkah Ai Ling itu Swee Hwa? Benarkah Swee Hwa pandai
menari zapin seperti yang digambarkan di dalam manuskrip? Tetapi mengapa Swee Hwa tida
k mahu menunjukkan bakatnya sebaliknya hanya memerhati sahaja latihan zapin dijalankan.
Dalam keadaan masih berteka-teki, Swee Hwa mempelawanya bersiarsiar di pantai. Pantai
yang tidak terlalu cantik tetapi penuh kenangan bagi Swee Hwa. Swee H wa menceritakan
keistimewaan pantai itu kepada Haikal. Swee Hwa memberitahu Haikal pan tai itu penuh

dengan kenangan. Kenangan dia bersamasam arwah ayah Haikal. Di pantai itu arwah ayah
Haikal membeitahu Swee Hwa betapa dia t erlalu menyayangi Haikal. Ayahnya bercerita
tentang Haikal sehinggakan Swee Hwa berasa j ika haikal tidak kembali ke kampung Seri
Purnama, Swee Hwalah yang akan ke Kuala Teren gganu mencari Haikal. Haikal melepaskan
pandangan ke laut lepas lalu bertanya sama ada m anuskrip itu satu kenyataan hidup ayahnya
bukan rekaan. Swee Hwa hanya menganggukkan kepalanya. Tetapi Haikal keliru kerana
manuskrip itu tidak disudahkanoleh ayahnya. Bagi Sw ee Hwa, anya Haikal dan arwah
ayahnya yang tahu sebabnya. Swee Hwa hanya bertugas men yerahkan manuskrip itu kepada
Haikal. Sedarlah Haikal,manuskrip itu perlu mencapai penutu pnya.
Tibatiba Seww Hwa memberitahu Haikal bahawa dia suka melihat Haikal menari zapin yang
sama seperti arwah ayahnya. Swe Hwa meyakinkan Haikal bahawa dia memang pandai men
ari dan mesti berganding dengan Lazim pada majlis persembahan pada minggu hadapan. Seb
aliknya Haikal menguja Swee Hwa yang Swee Hwa pandai menari zapin, seperti yang tertulis
di dalam manuskrip ayahnya.. Haikal terus meminta Swee Hwa menari zapin jika mahu Haik
al menari zapin. Swee Hwa hanya mendiamkan diri, sementara Haikal berharap Swee Hwa m
emberikan jawapannya.

BAB 15: TETAMU ISTIMEWA

Balai raya yang sebelum ini sepi dan seolah-olah mati, kembali berseri. Petang tadi, Haiqal
membantu kerja-kerja memperkemaskan balai raya. Tidak terkecuali, See Hwa yang samasama
mengemas bahagian dalam balai raya itu agar kelihatan cantik dan rapi. Penduduk kampung
sibuk bergotong-royong memasak nasi jagung, kurma daging kambing dan daging lembu,
ayam masak merah serta dalca untuk hidangan para tetamu. Seminggu sebelum acara
persembahan dilangsungkan , Haiqal memaklumkan kepada walidnya tentang zapin jincat dan
meminta walid, umi dan Nurul Aisyah mendoakannya agar dia dapat mempersembahkan tarian
itu dengan sebaik mungkin. Berita yang amat mengejutkan apabila Lazim ditimpa kemalangan
jalan raya sewaktu pulang dari kerja dan dia tidak dapat menari. Pak Cik Bakar kelihatan resah
dan bimbang kerana sudah tiada masa lagi untuk menukar dan berlatih dengan pasangan baru
dalam persembahan itu. Haiqal dan Lazim sememangnya pasangan tarian yang serasi kerana
masing-masing dapat membaca gerak dan langkah. Haji Salim mencadangkan See Hwa untuk
menggantikan tempat Lazim kerana dulu sewaktu masih budak-budak See Hwa selalu
berpasangan dengan Lazim. Haiqal diminta oleh Haji Salim untuk memujuk See Hwa. Selepas
solat maghrib dia langsung ke rumah Tauke Ong. Haiqal berasa terkejut apabila melihat
pakaian yang digosok oleh See Hwa ialah baju zapin. See Hwa berterus terang dengan Haiqal
bahawa pada malam ini dia dan Lazim ingin membuat kejutan untuknya. Ini semuanya
rancangan Pak Cik Bakar dan Haji Salim tetapi telah berubah. Haiqal memujuk dan berharap
See Hwa menggantikan Lazim dan gadis itu bersetuju. Pada malam itu, persembahan zapin
D'Purnama berjalan dengan baik dan lancar. Walid , umi , dan Nurul Aisyah turut sama hadir
bagi menyokongnya. Haiqal berasa sangat terharu dengan kehadiran mereka.

BAB 16: BERMULALAH EPISOD

Haiqal meninggalkan bumi semenanjung untuk menimba ilmu di sebuah universiti yang
terletak di Bumi Kenyalang . Dahulu uminya memang mendendami ayahnya tetapi telah
terlebur apabila dia datang ke Kampung Seri Purnama untuk menyaksikan Haiqal menari..
Ratna kini telah mengikat tali pertunangan dengan seorang usahawan muda. Mereka akam
berkahwim pada penghujung tahun ini juga. See Hwa pula sangat sedih ketika kakiku
melangkah meninggalkan Kampung Seri Purnama. Tauke Ong meminta Haiqal untuk kembali
ke kampung itu semula Haiqal perlu menjadi seperti mana ayahnya untuk mewujudkan Aksara
kembali. Dia belum ada apa-apa yang melayakkannya untuk memimpin Aksara kerana terlalu
kecil dan kerdil. Manuskrip lama masih kemas dalam simpanannya. Baginya, manuskrip lama
tanpa judul itu mewakili suatu perjalanan masa. Silir Daksina benar-benar mendamaikan.

KELEBIHAN

• Watak utama, iaitu Haiqal mempunyai perwatakan yang menarik
Seorang yang peramah - Haiqal mudah mencapai keserasiannya dengan penduduk kampung
disebabkan keramahannya dalam bergaul dengan orang

• Perwatakan watak sampingan, iaitu Muhammad Taufik yang menarik
Seorang yang bersungguh-sungguh - See Hwa bersungguh-sungguh berlatih untuk pertandingan
sajak peringkat sekolah.

• Tema yang menarik
Tema novel ini ialah pengorbanan dalam memperjuangkan kebudayaan dan kesusasteraan.
Tema ini dapat dibuktikan melalui watak Haiqal Haqimi. Pengorbanan Haiqal ialah dapat
dilihat apabila dia sanggup meninggalkan umi, walid dan adik tirinya Nurul Asiyah sematamata
untuk ke Johor bagi menjejaki kisah hidup ayahnya. Semasa di Kampug Seri Purnama, Haiqal
berusaha mengaktifkan kumpulan zapin D’Purnama. Haiqal telah bekerjasama dengan
penduduk kampung untuk menganjurkan persembahan tarian zapin di Kampung Seri Purnama.
Haiqal juga bercita-cita ingin menghidupkan semula Aksara peninggalan ayahnya kerana
Aksara telah lenyap begitu sahaja setelah kematian ayahnya.

• .Persoalan yang menarik
Persoalan tentang kasih sayang bapa tiri terhadap anak tiri . Sebagai contoh, Walid menyayangi
Haiqal walaupun Haiqal anak tirinya. Menurut Haiqal,walid melayaninya dengan baik dan
langsung tidak membezakan kasih sayang antara Haiqal dengan adik tirinya, Nurul Asiyah.

Selain itu, Cikgu Nizam sering merindui anaknya Aiman. Kerinduannya itu menyebabkan dia
menitiskan air mata. Dia menatap potret wajah anaknya berulang kali dan didakapnya ke dada.
Dia menyatakan bahawa dia terlalu rindu akan anaknya Aiman. Peristiwa ini menunjukkan
nilai kasih sayang seorang bapa terhadap anaknya.

• Pengajaran yang boleh dicontohi
Kita perlulah gigih berusaha walaupun dihimpit kesusahan demi menyara keluarga serta
memperbaik taraf kehidupan- Tauke Ong telah bekerja mengambil upah menoreh getah di
kebun ayah Abdullah Kayan dan menjadi peraih hasil pertanian orang kampung untuk menyara
keluarganya.

KELEMAHAN

• Penulisan yang lebih banyak memberitahu daripada menunjukkan
• Pengakhiran yang tidak menarik
• Plotnya terlalu perlahan
• Perkataan dan ayat yang sama terus berulang\
• Jalan cerita yang klise

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
• Memericikan penulisan dengan konsep ‘tunjukkan jangan beritahu’

• Menulis pengakhiran yang lebih menarik
• Tidak memanjangkan plot yang tidak penting
• Tidak mengulangi perkataan dan ayat yang sama
• Tidak menulis cerita yang terlalu klise

SEKIAN TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version