GOLDEN EXCELLENCE AWARD MRSM Baling Dirasmikan Oleh Pn Juriah binti Alias 10:00 PAGI Timbalan Pengarah I (Pembangunan Kurikulum) Bahagian Pendidikan Menengah MARA
KATA ALU-ALUAN TIMB PENGARAH I (KURIKULUM) , BPM MARA GEA 2022 Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Satu Malaysia. Bersyukur kita kerana dapat kita bersama-sama meraikan satu majlis yang amat berprestij “GOLDEN EXCELLENCE AWARD “ MRSM Baling bagi tahun 2022. Setelah dua tahun menyambut majlis ini secara atas talian, kesempatan untuk meraikan anak-anak pelajar serta guru-guru dan tenaga pengajar MRSM Baling secara bersemuka haruslah kita ambil dan laksanakan dengan sebaik boleh. Sesungguhnya anugerah seumpama ini juga telah membuka peluang terbaik kepada para pelajar khasnya, untuk menonjolkan keupayaan dan kemampuan mereka untuk meraih gelaran sama ada di peringkat sekolah, nasional mahupun global. Dengan ini, MRSM akan dapat melahirkan generasi pewaris kepemimpinan negara yang memiliki semangat perpaduan dan semangat kesukanan, mencakupi pelbagai rutin kehidupan, berketrampilan dalam pelbagai bidang, kritis dan kreatifsekaligus konstruktif. Saya amat yakin dengan adanya gandingan mantap antara pihak maktab dengan MUAFAKAT akan menjadikan MRSM Baling lebih beraspirasi untuk meningkatkan pencapaian ko-akademik dan kokurikulum pelajar agar terus cemerlang serta dapat meningkatkan penglibatan dan rasa kebersamaan ibu bapa serta komuniti terhadap maktab ini. Oleh itu sempena majlis ini saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak maktab dan MUAFAKAT MRSM Baling yang sentiasa memberi sokongan dan menjadi penganjur bersama bagi meraikan majlis anugerah ini dengan jayanya. Saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pelajar serta guru-guru yang menerima anugerah pada hari ini. Sekian Terima kasih. Pn. Juriah binti Alias Timbalan Pengarah I (Pembangunan Kurikulum) Bahagian Pendidikan Menengah MARA
KATA ALU-ALUAN YDP MUAFAKAT Assalamualaikum w.b.t. dan selamatsejahtera. Alhamdulillah, segala puji dan syukur ke hadrat Allah S.W.T atas limpah dan kurnia-Nya, dapat kita bersama-sama meraikan anak-anak pelajar dan tenaga pengajar yang kita hormati dalam Majlis Golden Excellence Award. Jutaan penghargaan saya zahirkan kepada pihak pengurusan MRSM Baling, semua ahli jawatankuasa dan guru-guru yang terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung dalam menjayakan majlis yang penuh gilang-gemilang ini. Tahniah juga diucapkan kepada anak-anak pelajar kita yang telah mengambil bahagian dalam pelbagai pertandingan yang dianjurkan oleh Unit Homeroom, Unit Ko-kurikulum serta Unit Kepimpinan. Majlis Golden Excellence Award ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada semua pelajar, tenaga kerja serta jurulatih yang berdaya saing dalam menyertai aktiviti yang dianjurkan. Adalah menjadi harapan kami bahawa Majlis Golden Excellence Award ini dapat menyuntik motivasi kepada pelajar-pelajar dan guru yang menyumbang tenaga serta menjadi dorongan kepada para pelajarlain untuk turut mengambil bahagian pada masa akan datang. Walau bagaimanapun, impak terpenting bukanlah terletak kepada pingat yang diperoleh dan piala yang dijulang, tetapi nilai kegigihan itu sendiri yang menjadi pemangkin untuk mewujudkan kumpulan pelajar yang seimbang secara holistik. Menjadi impian kami semua yang bernaung dalam MUAFAKAT MRSM Baling untuk melihat kemenjadian para pelajar yang serba boleh di MRSM Baling. Semoga majlis seperti ini terus memberi inspirasi kepada anak-anak pelajar untuk terus maju dalam bidang homeroom, ko-kurikulum dan kepimpinan. Sekalung penghargaanjugak kepada semua AJK Majlis Golden Excellence Awards 2022 kerana Berjaya melaksanakan program ini. Semoga usaha yang dilakukan ini diberkati oleh-Nya. Taniah kepada semua! Ir. Dr. Rosmiwati Bt Mohd Mokhtar Yang Dipertua Muafakat Maktab Rendah Sains MARA Baling GEA 2022
KATA ALU-ALUAN PENGETUA MRSM BALING GEA 2022 Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah izin-Nya, saya diberi ruang dan kesempatan untuk mengungkapkan seuntai kata sempena Majlis Golden Excellence Award (GEA) MRSM Baling 2022. Golden Excellence Award merupakan acara tahunan yang diadakan bagi memberi penghargaan kepada pelajar-pelajar yang aktif dalam bidang kokurikulum, kepimpinan, pengurusan asrama dan pengurusan homeroom. Tunjang penganjurannya adalah untuk menggalakkan para pelajar berusaha dengan lebih gigih untuk memajukan diri dalam bidang kokurikulum dan homeroom. Dalam masa yang sama, anugerah ini juga adalah untuk memberi pengiktirafan kepada para pelajar yang telah mengorbankan masa dan tenaga sehingga menempa kejayaan dalam pelbagai peringkat pertandingan. Untuk pengetahuan semua,program homeroom, kokurikulum dan kepimpinan adalah teras kepada sistem pendidikan MRSM yang bertujuan mendidik kematangan pelajar untuk melahirkan individu serba boleh yang berani berhadapan dengan cabaran dunia global. Di samping proses pembelajaran akademik, pelajar juga akan didedahkan dengan budaya penerokaan kehidupan secara menyeluruh melalui pelbagai program pembelajaran di luar bilik darjah. Pemerkasaan dan pengukuhan Homeroom, kokurikulum dan kepimpinan juga diharap menjadi medium untuk menyemai bakat kepimpinan , selain membentuk nilai-nilai murni yang mencorakkan peribadi pelajar. Pengisian aktiviti-aktiviti di MRSM ini haruslah selari dengan kehendak Falsafah Pendidikan MARA, demi melahirkan generasi cemerlang akademik selain memiliki akhlak terpuji. Akhir kata, saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang memberikan komitmen kepada usaha menjadikan MRSM Baling terbilang daripada segenap segi. Terima kasih. En. Ismail bin Deraman Pengetua MRSM Baling
ATURCARA MAJLIS : Para Pelajar dan Guru Mengambil Tempat : Ketibaan Perasmi, Tetamu Jemputan dan Pihak Pengurusan : Nyanyian lagu Negeri Kedah, Negaraku & Amanah Rakyat : Bacaan Doa : Ucapan Tuan Pengetua MRSM Baling : Ucapan YDP Muafakat MRSM Baling : Ucapan Timbalan Pengarah I, BPM MARA : Persembahan Pelajar : Penyampaian Anugerah Homeroom : Tayangan Montaj : Penyampaian Anugerah Kepimpinan : Penyampaian Anugerah Mini Ulul Albab : Penyampaian Anugerah Kokurikulum : Penyampaian Sijil Penghargaan kepada Badan Kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan : Bersurai 10 : 00 pagi 10 : 30 pagi 1.00 petang GEA 2022
SENARAI PENERIMA ANUGERAH HOMEROOM GEA 2022 ANUGERAH AKADEMIK TERBAIK TINGKATAN 2 TINGKATAN 3 TINGKATAN 4 TINGKATAN 5 : HR HAFIZAH : HR NOZIE : HR SYAFILLAH : HR NURZILA ANUGERAH MERIT TERTINGGI TINGKATAN 1 TINGKATAN 2 TINGKATAN 3 TINGKATAN 4 TINGKATAN 5 : HR AQEELAH : HR FARHANIDA : HR NORAINI : HR SYAFAWATI : HR W.S. HAJAR ANUGERAH E-HR TERBAIK TINGKATAN 1 TINGKATAN 2 TINGKATAN 3 TINGKATAN 4 TINGKATAN 5 : HR AZREEN : HR FARALIYANA : HR AZLIANA : HR SYAFILLAH : HR ROSMAINI ANUGERAH SETIAUSAHA TERBAIK TINGKATAN 1 TINGKATAN 2 TINGKATAN 3 TINGKATAN 4 TINGKATAN 5 : HR AZREEN : HR FARALIYANA : HR AZLIANA : HR SYAFILLAH : HR ROSMAINI ANUGERAH PRESIDEN TERBAIK TINGKATAN 1 TINGKATAN 2 TINGKATAN 3 TINGKATAN 4 TINGKATAN 5 : HR FADZILAH : HR FARHANIDA : HR NOZIE : HR SYAFAWATI : HR ROSMAINI ANUGERAH HOMEROOM TERBAIK TINGKATAN 1 TINGKATAN 2 TINGKATAN 3 TINGKATAN 4 TINGKATAN 5 : HR FADZILAH : HR FARHANIDA : HR NOZIE : HR SYAFAWATI : HR ROSMAINI ANUGERAH PENASIHAT TERBAIK TINGKATAN 1 TINGKATAN 2 TINGKATAN 3 TINGKATAN 4 TINGKATAN 5 : HR AZREEN : HR FARHANIDA : HR NORAINI : HR INTAN : HR W.S. HAJAR ANUGERAH HOMEROOM TERBILANG MENENGAH RENDAH MENENGAH ATAS : HR FARHANIDA : HR ROSMAINI
SENARAI PENERIMA ANUGERAH KEPIMPINAN GEA 2022 ANUGERAH BKP TERBAIK ANUGERAH PRESIDEN BKP TERBAIK ANUGERAH SETIAUSAHA BKP TERBAIK ANUGERAH KHAS JAWATANKUASA BKP AKTIF ANUGERAH KHAS BKP KEPIMPINAN MELALUI TELADAN ANUGERAH JAWATANKUASA PROGRAM TERBAIK ANUGERAH KETUA ARAS TERBAIK ANUGERAH VILLA TERBAIK : BADAN WAKIL PELAJAR 2021/2022 : NISA NABILAH BINTI SHARIZAN MOHD SHUKRI : NUR NATASHA SABRINA BINTI SOBRI : BADAN DAKWAH DAN ROHANI BADAR 2021/2022 : AIDIL AFIQ BIN ABDUL RAFAR : ALLYSYA LAI BT ABDULLAH : HERITAGE FEST (EMC 2021/2022) : MOHAMAD NUR HAKIMI BIN MOHAMAD ZUBIR : NADHIRAH NABILAH BT MOHD AKHIR : LC2 - 13 & 14 : PAB - O1&02
SENARAI PENERIMA ANUGERAH MINI ULUL ALBAB GEA 2022
SENARAI PENERIMA ANUGERAH KOKURIKULUM (BADAN BERUNIFORM) GEA 2022 MUHAMMAD ADAM HARITH BIN ANUAR MUHAMMAD AQIL WAFI BIN MOHD NASRI AZIQ FIZMAN BIN AHMAD FADZIL HAIFA SYAKIRAH BINTI AHMAD SOBRI MUHAMMAD RAFIIQILLAH BIN MOHD RIZAL NURFATIN ZEEHAN BINTI MOHAMAD HARIS FADILAH NURFATIN NAJIHAH BINTI NAWAWI NUR AINA NATASHA BINTI MD OMAR ZAHRATUL HANA BT MOHD ZAINI MUHAMMAD AMIRUL HAKIMI BIN MOHD NAWAWI MUHAMMAD HAFIZ FAHMI BIN ABDUL WAHAB
SENARAI PENERIMA ANUGERAH KOKURIKULUM (SUKAN & PERMAINAN) GEA 2022 FARISHA MAIZATUL BT AYOB HAZARUL ASWAD BIN SHAHRUL KHADIJAH UMAIRAH BINTI MOHAMMAD RASUL MUHAMMAD IMAN AKHMAL BIN MOHD ZAKI ALIFF HAZIQ BIN JASMEDI MUHAMMAD SYAZRUL AIMAR BIN SHAMSURI MUHAMMAD ZHARIF FITRI BIN MAT ZAINI MUKHTAR IZANY BIN IMRAN HUSNI AINUL SOFIYYAH BINTI AZRUL NAWFAL NAJMI BIN NORKHAIRIL NUR ADLINA BINTI ANUAR MUHAMMAD IMRAN ISMAIL BIN ZOLKAFLI
SENARAI PENERIMA ANUGERAH KOKURIKULUM (KELAB & PERSATUAN) GEA 2022 KARTIK RAJ A/L CHANDRAN HEERTHIK RAJ A/L MARIAPPA MUHAMMAD NAUFAL IMAN BIN ZAIPUL AKRAM FARID IDLAN BIN KAMAL RIZWAN NUR IZZA SYAHIRAH BINTI SABRI NURIN INTAN AMALIN BINTI AZMI NURIN QISTINA BINTI SUKIMI QISTINA DANEESYA BINTI ROSYIDI NUR AINA NAJWA BINTI SHAHRULNIZAR AHLAM NABIHAH BT AMMAR RASHIDI NUR AZALEA BINTI MOHD ARIZA ANIS MAISARAH BINTI AHMAD ASRI SRUTHY SATHIAMORTHY NISA NABILAH BINTI SHARIZAN MOHD SHUKRI WAN AMIRUL ARIF BIN WAN ROMZI NUR AIN QAISARAH BINTI MUHAMMAD FAHMI MUHAMMAD ADAM BIN ZAHID
SENARAI PENERIMA ANUGERAH KOKURIKULUM GEA 2022 OLAHRAGAWAN OLAHRAGAWATI TUNAS HARAPAN PASUKAN TERBAIK BADAN BERUNIFORM PASUKAN TERBAIK KELAB DAN PERSATUAN PASUKAN TERBAIK SUKAN DAN PERMAINAN PASUKAN TERBAIK KO-AKADEMIK PENASIHAT TERBAIK BADAN BERUNIFORM PENASIHAT TERBAIK KELAB DAN PERSATUAN PENASIHAT TERBAIK SUKAN DAN PERMAINAN PENASIHAT TERBAIK KO-AKADEMIK : AZIQ FIZMAN BIN AHMAD FADZIL : FARISHA MAIZATUL BINTI AYOB : HAZARUL ASWAD BIN SHAHRUL : PENGAKAP : PUBLIC SPEAKING : BOLA TAMPAR : STEM EXHIBITION COMPETITION : PENGAKAP : PUBLIC SPEAKING : BOLA TAMPAR : STEM EXHIBITION COMPETITION
SENARAI PENERIMA ANUGERAH KOSTUM GEA2022 TERBAIK GEA 2022
AHLI JAWATANKUASA GOLDEN EXCELLENCE AWARD 2023 Pengetua: En. Ismail Bin Deraman Timbalan Pengetua Pembangunan Bakat: Pn. Surizan Bt Yahaya Timbalan Pengetua Pembangunan Pelajar: En. Haslizan Bin Keliwon Penyelaras: Pn Roslinawati Bt Abd Manab Setiausaha: Cik Nur Syafawati Rawaida Bt Mohd Shukri JK PEMILIHAN: Cik Siti Aishah Bt Che Hat Cik Nurul Adibah Binti Mohd Rashid En. Muhamad Nawawi Bin Rahim En. Muhammad Munir Bin Mohd Izam En. Abdul Muaz Bin Abd Latif Pn. Ruhayah Bt Haji Wa Daud Pn. Syafillah Binti Abu Hassan Pn. Halilah Binti Ibrahim Pn. Nurzila Binti Ibrahim Pn. Nur Amalina Binti Ramlon Pn. Nurul Khadijah Fatimah Binti Kamaruzaman JK PENGACARA MAJLIS DAN BACAAN DOA: Pn. Nur Azreen Binti Mohammad Pn. Nuraisyah Radhiah Binti Samsudin En. Rosmaini Irsham Bin Romli JK PERSIAPAN TEMPAT DAN PERALATAN En. Mohamad Najib Bin Abdul Halim En. Zuhari Bin Iberahim En. Muhammad Akmal Bin Abdul Manaf En. Syamsulirwan Bin Mohammad Rose En. Kovin Raj A/L Nagasamy JK HADIAH DAN CENDERAMATA Pn. Nur Faraliyana Binti Mohamad Nasri Pn. Zuhamizah Binti Zulkeffli Cik Farah Sakina Binti Md Fauzi Pn. Nor Asyikin Binti Basran Pn. Azura Binti Anas JK JAMUAN DAN MAKANAN Pn. Rahana Bt Md Jamin (K) Pn. Fatimah Binti Che Ngah Pn. Wan Noraida Binti Wan Ismail Pn. Noor Azlianna Binti Abu Bakar GEA 2022
AHLI JAWATANKUASA GOLDEN EXCELLENCE AWARD 2023 JK PENGURUSAN DEWAN DAN HIASAN PENTAS Cik Nur Hafizah Binti Hasan Cik Noormala Binti Kamal Pn. Sarina Binti Abdul Rahman En. Khairul Bin Hashim En. Mohd Hasanizal Bin Kamaruzaman En. Mohd Syarifuad Bin Abdullah JK PROTOKOL DAN ATURCARA MAJLIS Cik Siti Nurul 'Aqeelah Binti Mohamed En. Muhammad Redzuan Bin Saidi Cik Nurul ‘Afifah Sya-Irah Binti Abd Nasir En. Badrul Bin Shuid JK JEMPUTAN DAN SAMBUTAN Pn. Aisyah Zahrah Binti Aduwan Pn. Siti Rahayu Binti Yusof JK SIARAYA En. Mohamad Azrun Bin Ramli En. Redzuan Bin Zakaria En. Azlani Bin Abdullah Sani JK BANNER DAN BACKDROP En. Khairul Nazmi Bin Bakhari JK KAWALAN PELAJAR En. Mohd Syarifuad Bin Abdullah Cik Syazlina Binti Samsudin JK DOKUMENTASI, BUKU PROGRAM DAN MONTAJ Pn. Farhanida Binti Ghazali En. Abu Harris Cik Nurul Asyiqin Binti Mohammad Jahangir Pn. Ziti Mumtaz Binti Rosdi Pn. Hanida Binti Ahmad Shari Cik Nur Zanariah Hanim Binti Nazri GEA 2022
SekalungPenghargaan Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa serta pihak yang terblinatsecara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Golden Excellence Award MRSM Baling 2022. GEA 2022