UTHM/FPTV/LM-Ver.1/03b
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL
http://www.uthm.edu.my
LAPORAN AKHIR LATIHAN MENGAJAR
PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN
VOKASIONAL (MULTIMEDIA KREATIF)
KOD LM 2 : BBD40204
Nama guru pelatih : FATIN AMIRAH BINTI MOHD TARMIZI
No.matrik Gambar pelajar
No.tel dan email
: DB160159
Nama Institusi : 019-3430189
Alamat, no.tel dan
email institusi [email protected]
: SMK RAJA MUDA MUSA, BESTARI JAYA
Nama pembimbing
dan no.tel : SMK RAJA MUDA MUSA, 45600 BESTARI
JAYA, SELANGOR
Nama penyelia 03-32719091
dan no.tel
: PUAN ANARLAISA BINTI MD IDRIS
019-2343219
: PROF. MADYA TS. DR. LAI CHEE SERN
012-5768327
1 SENARAI SEMAK Semakan ()
Bil Perkara
. Jadual Waktu Individu dan Kelas dan senarai
kursus/subjek yang diajar
Senarai semak oleh pembimbing
2. • UTHM/FPTV/LM-Ver.1/07
3. Laporan Jurnal Refleksi Akhir
Laporan Institusi/Kokurikulum/Pengurusan dan Sahsiah
• UTHM/FPTV/LM-Ver.1/04
• UTHM/FPTV/LM-Ver.1/05
• UTHM/FPTV/LM-Ver.1/06
4.
** sertakan borang-borang yang telah disahkan oleh
pembimbing/penyelaras kokurikulum/Pengarah/Pengetua
5. LAMPIRAN
Tandatangan Pelatih Tandatangan Penyelia FPTV
FATIN AMIRAH BINTI PROF. MADYA TS.
Nama : MOHD TARMIZI Nama : DR. LAI CHEE SERN
Tarikh :
Tarikh : 15/11/2020
Cop rasmi :
JADUAL WAKTU DAN SENARAI SUBJEK
JADUAL WAKTU DAN SENARAI SUBJEK (PKPB FASA 1)
JADUAL WAKTU DAN SENARAI SUBJEK (PKPB FASA 2)
2 ANALISIS MASALAH DAN CABARAN DALAM MELAKSANAKAN
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR)
Fatin Amirah binti Mohd Tarmizi1, Anarlaisa binti Md Idris2 Prof. Madya Ts. Dr. Lai
Chee Sern3
1,3 Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
2SMK Raja Muda Musa, Bestari Jaya, Selangor
[email protected], [email protected] , [email protected]
Abstrak
Pada 14 September 2020 hingga 6 November 2020, saya telah menjalani Latihan Mengajar di
SMK Raja Muda Musa, Bestari Jaya, Selangor. Selepas sebulan sesi pengajaran dan pembelajaran
dijalankan secara bersemuka, Negeri Selangor diperintahkan sebagai PKPB dan semua sekolah
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah. Oleh itu, pelbagai masalah dan cabaran
yang dihadapi sepanjang melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah. Antaranya, bahan
bantu mengajar yang digunakan perlu mengikut kesesuaian subjek yang diajar semasa
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah. Selain itu, masalah capaian internet yang
tidak stabil mengganggu sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah. Suasana pengajaran dan
pembelajaran di rumah yang tidak kondusif boleh menyebabkan murid tidak dapat menyiapkan
tugasan yang diberikan dengan baik. Bebanan tugasan yang banyak juga tidak wajar diberikan
kepada murid kerana boleh mendatangkan kesan negatif seperti stress, tidak bermotivasi, tidak
dapat menyiapkan tugasan dan sebagainya. Walau bagaimanapun, setiap masalah dan cabaran
yang dihadapi mempunyai cara penyelesaiannya.
1.0 Pengenalan
Pada 14 September 2020 hingga 6 November 2020, saya telah menjalani Latihan
Mengajar di SMK Raja Muda Musa, Bestari Jaya. Saya ditugaskan untuk mengajar subjek
Asas Sains Komputer dan Reka Bentuk Teknologi Tingkatan 1 iaitu sesuai dengan bidang
dan kepakaran saya. Saya sentiasa menerapkan Pembelajaran Abad Ke-21 seperti Stay
and Stray, Parking Lot dan sebagainya untuk menarik perhatian murid semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka dilaksanakan. Selain itu, penggunaan
Pembelajaran Abad Ke-21 sedikit sebanyak membantu saya menjadi seorang guru yang
cekap dalam mengawal situasi yang tidak dapat dielakkan tetapi sesi pengajaran dan
pembelajaran perlu dilaksanakan seperti biasa. Contohnya, makmal komputer digunakan
untuk menjawab ujian berkomputer maka sesi pengajaran dan pembelajaran bagi subjek
Asas Sains Komputer perlu dilaksanakan di dalam kelas dengan menggunakan
Pembelajaran Abad Ke-21. Penggunaan Pembelajaran Abad Ke-21 memudahkan murid
untuk memahami pengajaran aturcara yang disampaikan oleh guru. Di samping itu,
pelbagai bahan bantu mengajar yang saya gunakan bagi memudahkan pelaksanaan sesi
pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka dijalankan di dalam kelas atau makmal
komputer. Contohnya, kertas mahjong, komputer, LCD projektor, mockup dan
sebagainya. Pada 14 Oktober 2020, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat
dikuatkuasakan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor. Secara
tidak langsung, semua sekolah atau institusi ditutup dan SMK Raja Muda Musa
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah menggunakan dua pendekatan
yang termaktub dalam Manual Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia iaitu pendekatan dalam talian dan luar talian. Oleh itu, saya
menggunakan aplikasi pembelajaran seperti Whatsapp, Telegram, Padlet, Quizizz,
Kahoot dan Google Meet sebagai bahan bantu mengajar saya. Semua aplikasi
pembelajaran ini telah membantu saya dalam memberikan tugasan dan penerangan
kepada murid semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah. Dengan
adanya peluang ini, saya dapat meneroka lebih banyak aplikasi pembelajaran yang baru,
menarik dan interaktif seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.1. Murid akan menjadi
aktif dan bersemangat semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah dijalankan
dengan adanya aplikasi pembelajaran yang mampu menarik perhatian mereka. Selain itu,
pentadbir sekolah memberikan kepercayaan kepada saya dalam menggalas
tanggungjawab untuk menjadi salah seorang petugas frontliner dan bertugas secara
mingguan. Saya diamanahkan untuk menjaga serta memantau kepatuhan sop oleh
kesemua murid yang hadir ke sekolah supaya semua murid yang hadir ke sekolah dalam
keadaan yang sihat. Pengalaman ini mengajar saya untuk menjadi seorang guru yang
bertanggungjawab dan pandai menguruskan masa dalam melaksanakan tugas yang
diamanahkan di samping menyampaikan ilmu kepada murid-murid. Seterusnya, saya
berpeluang menjadi fasilitator bagi Bengkel Eksplorasi Digital Transformasi Sekolah
(TS25) iaitu saya berkongsi maklumat tentang cara penggunaan aplikasi pembelajaran
seperti Quizizz dan Padlet bersama guru-guru yang terlibat seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah 1.2. Secara tidak langsung, saya dapat meningkatkan kemahiran ICT dalam
menggunakan aplikasi pembelajaran dan membantu guru-guru melaksanakan pengajaran
dan pembelajaran di rumah dengan mudah.
Rajah 1.1 Aplikasi pembelajaran Wordwall bagi subjek Reka Bentuk dan Teknologi
Rajah 1.2 Menjadi fasilitator untuk Bengkel Eksplorasi Digital Transformasi Sekolah
(TS25)
2.0 Bisikan hati/ Latar belakang masalah
Saya mengajar subjek Asas Sains Komputer di SMK Raja Muda Musa, Bestari Jaya,
Selangor. Apabila saya ditempatkan untuk menjalani latihan mengajar di kolej ini saya
amat bersemangat untuk berkongsi ilmu kepada murid-murid saya. Dalam tempoh
tersebut saya telah ditugaskan untuk mengajar subtopik Kod Arahan HTML yang
memerlukan perisian Sublime dan komputer untuk membina aturcara HTML. Namun
begitu, pada 14 Oktober 2020 Negeri Selangor menjalankan Perintah Kawalan
Pergerakan Bersyarat dan semua sekolah atau institusi ditutup. Secara tidak langsung,
SMK Raja Muda Musa mengambil keputusan untuk melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran di rumah bersama murid dengan menggunakan dua pendekatan iaitu
pendekatan dalam talian dan luar talian. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran di
rumah secara dalam talian berlaku apabila terdapat capaian Internet dan penggunaan
peranti yang membolehkan murid belajar secara real time. Manakala pengajaran dan
pembelajaran di rumah secara luar talian berlaku apabila murid belajar menggunakan
peranti seperti komputer, komputer riba, tablet atau telefon pintar tanpa capaian Internet
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2020). Berdasarkan situasi yang berlaku, saya
menghadapi beberapa masalah dan cabaran dalam melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran di rumah bagi subjek Asas Sains Komputer bersama murid tanpa perisian
dan perkakasan komputer. Rajah 2.1 dan 2.2 menunjukkan contoh aturcara dan paparan
output yang dipaparkan menggunakan perisian Sublime.
Rajah 2.1 Contoh aturcara menggunakan perisian Sublime
Rajah 2.2 Contoh paparan output menggunakan perisian Sublime
Menurut Ja’apar, F. (2017) antara cabaran yang dihadapi dalam melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran di rumah adalah penggunaan bahan bantu mengajar yang
sangat terhad dan murid sukar untuk membayangkan output sesuatu aturcara tersebut
tanpa perisian yang tententu serta perkakasan komputer. Oleh itu, saya cuba perhalusi
perkara ini dengan mengenal pasti bahan bantu mengajar yang sesuai yang digunakan
sepanjang pengajian saya di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Seterusnya,
pengajaran dan pembelajaran di rumah sangat memerlukan capaian internet yang stabil
kerana kekurangan kemudahan dan capaian kepada internet boleh mengakibatkan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di rumah menjadi terganggu (Noraffandy & Ling, 2011).
Suasana pengajaran dan pembelajaran di rumah yang kondusif dan selesa juga
memainkan peranan dalam memudahkan murid memahami pengajaran yang disampaikan
oleh guru melalui pendekatan dalam talian atau luar talian. Menurut Lestari, E., &
Yuzarion, Y. (2019), pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah yang tidak
kondusif dan tidak selesa akan mengakibatkan suasana yang membosankan dan tidak
efektif. Di samping itu, guru-guru perlu bertimbang rasa dalam memberikan tugasan
kepada murid. Bebanan tugasan yang banyak boleh menyebabkan murid mudah terdedah
kepada tekanan stress dan sukar untuk menguruskan masa dengan teratur dalam
menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru-guru (Abd Ghani, N. A., & Ashari, Z. M.,
2018).
3.0 Menganalisis dan menilai
Beberapa masalah dan cabaran yang dihadapi dalam melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran di rumah bersama murid adalah penggunaan bahan bantu mengajar yang
kurang sesuai. Saya mendapati murid sukaer dalam memahami tugasan yang diberikan
dan contoh yang dinyatakan walaupun tugasan tersebut berpandukan buku teks sahaja.
Contohnya, murid perlu menulis aturcara berpandukan aktiviti yang terdapat dalam buku
teks. Menurut Ekayani, P. (2017), pemilihan bahan bantu mengajar yang sesuai dapat
menarik perhatian murid serta memberikan kejelasan tentang tugasan yang diberikan.
Rajah 3.1 dan 3.2 menunjukkan beberapa orang murid yang tidak dapat menyelesaikan
tugasan tersebut dengan baik. Perkara ini berlaku kerana mereka tidak memahami arahan
tugasan yang diberikan disebabkan oleh mereka tidak mahir menggunakan aplikasi
pembelajaran tersebut. Selain itu, beberapa orang murid menghadapi masalah capaian
internet untuk menyertai sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah dalam talian kerana
kehabisan kuota internet atau kawasan rumah tidak mempunyai rangkaian internet yang
stabil. Masalah ini turut disokong oleh Noraffandy & Ling (2011) bahawa kekurangan
kemudahan dan capaian kepada internet boleh mengakibatkan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di rumah terganggu. Secara tidak langsung, beberapa orang murid akan
ketinggalan dalam mendapatkan arahan tugasan yang diberikan dan mengambil masa
untuk menghantar tugasan kepada guru untuk disemak.
Seterusnya, suasana pengajaran dan pembelajaran di rumah yang tidak kondusif
dan selesa disebabkan oleh gangguan daripada keluarga, persekitaran dan sebagainya
merupakan cabaran yang saya hadapi semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
di rumah. Menurut Iberahim, H. (2014), suasana pembelajaran yang menarik, kondusif
dan menyeronokkan amat diperlukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di
rumah. Contohnya, murid tidak dapat menghadirkan diri semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran di rumah dilaksanakan dalam talian kerana ibu bapa mempunyai hal di luar
kawasan yang tidak dapat dielakkan. Murid tersebut berkemungkinan akan ketinggalan
silibus yang diajar kerana silibus bagi subjek Asas Sains Komputer mempunyai kaitan
antara satu sama lain. Di samping itu, bebanan tugasan yang banyak yang diberikan oleh
guru-guru juga merupakan punca masalah dan cabaran yang dihadapi dalam
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah. Hal ini kerana, murid tidak dapat
menguruskan masa dengan sebaiknya disebabkan oleh tempoh penghantaran tugasan
yang sangat pendek. Murid tidak dapat membahagikan masa mereka untuk menyiapkan
tugasan yang diberikan dan pada masa yang sama perlu menghadiri sesi pengajaran dan
pembelajaran di rumah bersama guru yang lain. Perkara ini boleh membawa kepada
pelbagai kesan negatif seperti tugasan tidak dapat disiapkan, kurang memberi komitmen,
tidak mempunyai motivasi serta kehadiran pengajaran dan pembelajaran di rumah akan
merosot (Muhayadin, N. A. M., & Yusof, N., 2020).
Rajah 3.1 Contoh tugasan yang diberikan melalui Padlet
Rajah 3.2 Contoh tugasan yang diberikan melalui Padlet
4.0 Kesedaran baru
Hasil daripada analisis yang telah dilakukan, saya mendapati bahawa masalah dan
cabaran yang dihadapi mempunyai cara penyelesaiannya. Sebagai seorang guru, saya
merasakan perancangan pengajaran secara sistematik melalui kaedah dan teknik yang
sesuai dapat mengenal pasti topik yang bakal diajar kepada murid semasa sesi pengajaran
dan pembelajaran di rumah (Salleh, S. F., 2018). Saya juga meneliti setiap bahan bantu
mengajar yang sesuai dan mudah untuk diakses oleh kesemua murid sebelum memulakan
sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah dilaksanakan. Pemilihan bahan bantu
mengajar dibuat adalah untuk memastikan bahan yang digunakan bersifat interaktif
kerana ia mampu menarik perhatian murid untuk menyertai sesi pengajaran dan
pembelajaran di rumah. Menurut Yusoff, A. F. M. (2017) multimedia interaktif juga
terbukti berkesan dalam membentuk serta mengekalkan maklumat untuk tempoh yang
panjang dan ia boleh dicapai kembali dalam masa yang lebih pantas berbanding kaedah
pengajaran tradisi. Keupayaan ini seterusnya dapat meningkatkan keberkesanan dalam
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah (Kamarul Azmi & Ab. Halim
Tamuri, 2010). Bagi saya, masalah capaian internet yang dihadapi oleh murid tidak dapat
dielakkan sebaliknya saya perlu bersikap tolak ansur dan mengambil berat tentang
masalah tersebut dengan mengumpul maklumat murid sebelum sesi pengajaran dan
pembelajaran di rumah bermula. Kemudian, saya menyediakan tugasan yang mudah
didapati oleh murid dengan menggunakan kedua-dua pendekatan seperti yang disarankan
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Saya juga memberikan tugasan dalam talian
serta luar talian dengan lebih baik untuk membantu pelajar dalam memahami pengajaran
dan pembelajaran di rumah yang disampaikan.
Saya merasakan masalah suasana pengajaran dan pembelajaran di rumah yang
tidak kondusif dan tidak selesa adalah disebabkan oleh kurangnya pemantauan daripada
ibu bapa. Setiap ibu bapa perlu memainkan peranan dalam membantu dan memantau
anak-anak untuk menyertai sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah berdasarkan
jadual waktu yang telah ditetapkan. Saya turut bertimbang rasa dalam memberikan
tugasan kepada murid dengan melanjutkan tempoh penghantaran untuk satu tugasan agar
murid dapat menyiapkan tugasan yang diberikan dalam keadaan yang selesa dan mudah
untuk difahami. Seterusnya, tugasan yang saya berikan kepada murid sangat mudah dan
mereka boleh menyiapkan tugasan tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan tanpa
mengganggu sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah bersama guru yang lain. Saya
menyokong dengan kenyataan daripada Muhayadin, N. A. M., & Yusof, N. (2020)
bahawa bebanan kerja yang banyak diberikan kepada murid boleh menyebabkan pelbagai
kesan negatif seperti stress, tidak bersemangat, malas menyiapkan tugasan dan
sebagainya.
5.0 Cadangan dan tindakan
Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah menjadi lebih mudah jika bahan
bantu mengajar yang digunakan sesuai, menarik perhatian murid dan mampu
memberikan kefahaman yang jelas kepada murid. Hal ini disokong oleh Ja’apar, F. (2017)
bahawa pemilihan bahan bantu mengajar yang baik adalah untuk menarik minat pelajar
terhadap sesuatu topik yang akan mereka pelajari dengan menimba pengalaman yang
menyeronokkan. Antara bahan bantu mengajar yang digunakan semasa melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran di rumah adalah aplikasi pembelajaran Kahoot dan Quizizz
seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.1 dan 5.2. Sesi pengajaran dan pembelajaran di
rumah menjadi sangat aktif dan berkesan apabila menggunakan bahan bantu mengajar
berikut kerana aplikasi tersebut mudah diakses, mempunyai muzik, media dan
penyampaian pengajaran sangat mudah untuk difahami oleh murid.
Selain itu, masalah capaian internet dapat dikurangkan apabila sesi pengajaran
dan pembelajaran di rumah menggunakan dua pendekatan iaitu pendekatan dalam talian
dan luar talian seperti yang dinyatakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Bagi
murid yang tidak dapat menyertai sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah secara
dalam talian yang menggunakan aplikasi pembelajaran Google Meet, murid akan
diberikan tugasan lain secara luar talian. Melalui tindakan ini kadar penggunaan kuota
internet murid dapat dikurangkan dan boleh digunakan untuk sesi pengajaran dan
pembelajaran yang lain. Cara ini sangat berkesan kerana bilangan murid yang dapat
menyiapkan tugasan yang diberikan semakin meningkat dan murid juga dapat menjawab
tugasan tersebut dengan baik. Di samping itu, saya menyarankan agar Kementerian
Pendidikan Malaysia atau ibu bapa perlu memainkan peranan mereka dalam mengatasi
masalah ini dengan menyediakan kemudahan pelan internet yang stabil untuk murid
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah dengan jayanya.
Seterusnya, suasana pengajaran dan pembelajaran di rumah yang tidak kondusif
dan selesa tidak dapat dielakkan. Oleh itu, tempoh setiap tugasan yang diberikan semasa
sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah dipanjangkan sehingga sehari atau seminggu.
Jadi, murid dapat menguruskan masa mereka untuk menyiapkan tugasan tersebut dalam
keadaan yang selesa dan kondusif. Peranan ibu bapa juga sangat penting dalam
memastikan murid mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah dengan
memantau jadual waktu yang telah disediakan oleh sekolah untuk murid. Bebanan
tugasan yang banyak kepada murid boleh menyebabkan mereka stress dan kesuntukan
masa dalam menyiapkan setiap tugasan yang diberikan oleh guru. Bagi mengelakkan
perkara negatif itu berlaku, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah diselang
selikan dengan pengajaran teori dan kuiz dalam satu minggu. Tindakan ini dapat
dibuktikan bahawa bebanan tugasan yang banyak dapat dikurangkan dan murid juga
boleh mengulangkaji topik yang telah dipelajari terlebih dahulu sebelum meneruskan
topik yang baru bagi sesuatu subjek.
Rajah 5.1 Contoh kuiz menggunakan aplikasi Kahoot
Rajah 5.2 Contoh kuiz menggunakan aplikasi Quizizz
6.0 Kesimpulan
Refleksi ini ditulis adalah untuk menganalisis masalah dan cabaran yang dihadapi
sepanjang menjalani Latihan Mengajar secara pengajaran dan pembelajaran di rumah
disebabkan oleh pandemik Covid-19. Setiap masalah dan cabaran yang dihadapi dapat
diatasi dengan baik malah hampir kesemua murid memberikan kerjasama dalam
melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah. Sebagai seorang guru,
pemilihan bahan bantu mengajar yang betul adalah sangat dititikberatkan semasa
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah kerana subjek Asas Sains
Komputer merupakan subjek yang sukar untuk difahami oleh segelintir murid. Oleh itu,
saya sebagai pelajar bidang multimedia kreatif memperluaskan lagi penggunaan aplikasi
pembelajaran seperti Kahoot, Quizizz, Wordwall dan sebagainya untuk membantu murid
dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah dengan baik. Di samping itu,
penggunaan aplikasi pembelajaran ini mampu mengubah corak pembelajaran yang sukar
kepada mudah kerana murid dapat bermain sambil belajar serta memahami topik yang
disampaikan melalui aplikasi tersebut. Seterusnya, masalah capaian internet ini tidak
dapat dielakkan. Jadi, saya menggunakan dua pendekatan yang dinyatakan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu pendekatan dalam talian dan luar talian. Namun
begitu, saya sebagai seorang guru perlu peka dalam memastikan setiap murid tidak
ketinggalan silibus bagi subjek Asas Sains Komputer kerana ia berkait antara satu sama
lain. Masalah suasana pembelajaran yang tidak kondusif dan selesa pula dapat diatasi
dengan memberikan tempoh penghantaran tugasan yang lama supaya dapat memberikan
ruang kepada murid untuk menyiapkan tugasan tersebut mengikut keselesaan mereka
berdasarkan tempoh yang diberikan. Sebagai seorang guru, saya perlu bersikap prihatin
dan mengambil berat dalam memastikan setiap murid dapat menyiapkan tugasan yang
diberikan dalam keadaan yang selesa dan kondusif. Akhir sekali, bebanan tugasan yang
banyak yang diberikan kepada murid adalah tidak wajar sama sekali. Aktiviti pengajaran
dan pembelajaran di rumah perlu diselang-selikan dengan teori dan kuiz agar murid tidak
rasa terbeban dalam menyiapkan tugasan yang diberikan. Secara tidak langsung, saya
dapat membantu meringankan beban mereka dalam menyiapkan tugasan yang diberikan.
Rujukan
Abd Ghani, N. A., & Ashari, Z. M. (2018). Satu Kajian Tentang Kawalan Diri, Gangguan
Belajar-Masa Lapang dan Kesejahteraan Pelajar. Sains Humanika, 10(3-2).
Ekayani, P. (2017). Pentingnya penggunaan media pembelajaran untuk meningkatkan
prestasi belajar siswa. Jurnal Fakultas Ilmu Pendidikan Universitas Pendidikan
Ganesha Singaraja, 2(1), 1-11.
Iberahim, H. (2014). Pengaruh faktor persekitaran terhadap kecemerlangan akademik
pelajar Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan serta pelajar Fakulti
Kejuruteraan Elektrik di UTHM (Doctoral dissertation, Universiti Tun Hussein
Onn Malaysia).
Ja’apar, F. (2017). Bahan bantu mengajar (BBM) dalam pengajaran dan pembelajaran
(P&P) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) daerah Pontian (Doctoral
dissertation, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia).
Kementerian Pendidikan Malaysia (2020). Manual Pengajaran dan Pembelajaran di
Rumah. Putrajaya, Malaysia: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Lestari, E., & Yuzarion, Y. (2019, November). Konsep manajemen kelas untuk
pembelajaran yang kondusif. In Prosiding Seminar Nasional Magister Psikologi
Universitas Ahmad Dahlan (pp. 453-466).
Muhayadin, N. A. M., & Yusof, N. (2020). ANALISIS FAKTOR PENYEBAB STRES
DALAM KALANGAN PELAJAR DIPLOMA GEOMATIK POLITEKNIK
TUANKU SULTANAH BAHIYAH. Jurnal Dunia Pendidikan, 1(3), 13-23.
Noraffandy Yahaya & Ling, N.N. 2011. Kesediaan penggunaan e-learning di kalangan
pelajar tahun kedua kursus Sarjana Muda Sains, Komputer serta Pendidikan,
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia: Satu tinjauan. Jurnal of
Educational Social Science 1: 121-140.
Salleh, S. F. (2018). Masalah Pengajaran Guru Dalam Program Pendidikan inklusif di
Sekolah. Asian People Journal (APJ), 1(2), 243-263.
Yusoff, A. F. M. (2017). Pembangunan Perisian Pengajaran dan Pembelajaran
Multimedia Interaktif Pengurusan Jenazah Politeknik Malaysia. O-JIE: Online
Journal of Islamic Education, 2(2).
Kamarul Azmi & Ab. Halim Tamuri, (2010). Pendidikan Islam Kaedah Pengajaran dan
Pembelajaran : Edisi Ketiga. Skudai, Johor Darul Takzim: Universiti Teknologi
Malaysia.
LAMPIRAN AKTIVITI SEPANJANG LATIHAN
MENGAJAR
1. Mesyuarat Bulanan SMK Raja Muda Musa (Sesi Petang)
2. Bengkel Eksplorasi Digital TS25 – Fasilitator
BENGKEL EKSPLORASI DIGITAL TS25
RABU (23/09/2020) DAN KHAMIS (24/09/2020)
TEMPAT: MAKMAL KOMPUTER
ALATAN PERLU DIBAWA: LAPTOP MASING-MASING
SESI 1: 9.15 PAGI – 10.30 PAGI SESI 2: 11.00 PAGI – 1.00 TENGAH HARI
SENARAI PESERTA SENARAI PESERTA
1. PN. NORIZIAN BINTI MOHD YUNUS 1. EN. MOHD ZAINI BIN KAMARI
2. PN. NORASMAH BINTI SHAARI 2. PN. MARDIANA BINTI JAMALUDDIN
3. EN. IMRAN BIN NAYAN 3. EN. MOHD RIDZUAN BIN ANWAR
4. PN. JAMILAH BINTI YUNUS 4. PN. KAMARIAH BINTI HANAFI
5. PN. MAIMUNAH BINTI MOHD ZAIN 5. PN. NEESAMALAR A/P SUBRAMANIAM
6. PN. NORAZREEN BINTI ZAINAL MUKHTAR 6. PN. NORHAYA BINTI EJOM
7. PN. NORHAYATI BINTI MOHAMED NOH 7. PN. NUR SHUHADA BINTI ADNAN
8. PN. NORLELA BINTI RAZALI 8. PN. NORHAFIZA BINTI MOHD HASAN
9. PN. NORLAILI BINTI SARWADI 9. PN. NURUL AZILLAH BINTI HAMZAH
10. PN. NOR ASIAH BINTI MAT YAMAN 10. PN. RAMZANA BINTI RAMLI
11. PN. THILAGAM A/P PALANISAMY 11. PN. RUSMAWATI BINTI HANAFI
12. USTAZ HISAMUDDIN BIN MOHAMMAD BIBET 12. PN. SALFARINA BINTI ISMAIL
13. USTAZAH SUZANA BINTI KADIR 13. PN. SITI RUHANI BINTI MOHD SHAH
14. PN. WAN NORHIDAYAH BINTI WAN ISMAIL 14. PN. UMMI NUUR BINTI MOHAMED
15. PN. ZAUWIAN BINTI SALHUDIN 15. USTAZAH SUMAYYAH BINTI HASHIM
GURU PEMBIMBING: FASILITATOR:
1. CIK FATIN AMIRAH BINTI MOHD TARMIZI
PN SITI KHATIJAH BINTI SAPAN 2. CIK SITI NUR FAIQAH BINTI SUHAIMI
(8.30 PAGI – 1.00 TENGAH HARI)
3. Pelaksanaan PKL 2020 – Bertugas sebagai Pemantau
Pelaksanaan PKL 2020
SMK Raja Muda Musa, Jalan Bukit Badong, 45600 Bestari Jaya, Selangor
Penyelaras: Puan Norazilawati binti Ali Amran (GKMP Sains dan Matematik)
Tarikh/Hari Pagi Petang
1.10.2020/Khamis Tingkatan 3 (3 USIM) Tingkatan 1 (1 USIM)
2.10.2020/Jumaat Guru Terlibat: Guru Terlibat:
5.10.2020/Isnin 1. Puan Aidah 1. Puan Norhafizah
6.10.2020/Selasa 2. Puan Nor Azimah 2. Puan Farhana
7.10.2020/Rabu 3. Puan Siti Khatijah 3. Encik Ridzuan
8.10.2020/Khamis Tingkatan 3 (3 UMS) Tingkatan 1 (1 UMS)
Guru Terlibat: Guru Terlibat:
1. Puan Marlina 1. Puan Shuhada
2. Puan Farzani 2. Encik Safwan
3. Puan Siti Khatijah 3. Cik Fatin
Tingkatan 3 (3 UPM) Tingkatan 1 (1 UPM)
Guru Terlibat: Guru Terlibat:
1. Puan Seri Wati 1. Puan Siti Ruhani
2. Puan Laily Othman 2. Puan Rusmawati
3. Puan Siti Khatijah 3. Cik Fatin Amirah
Tingkatan 2 (2 USIM)
Guru Terlibat:
1. Puan Norhafizah
2. Puan Farhana
3. Cik Siti Nur Faiqah
Tingkatan 2 (2 UMS)
Guru Terlibat:
1. Puan Siti Ruhani
2. Puan Rusmawati
3. Encik Ridzuan
Tingkatan 2 (2 UPM)
Guru Terlibat:
1. Puan Shuhada
2. Encik Safwan
3. Encik Ridzuan
Masa Pelaksanaan PKL 2020
Sesi Pagi Sesi Petang
8.00 – 8.45 2.00 – 2.45
Matematik Matematik
9.00 – 9.45 3.00 – 3.45
Bacaan Bacaan
9.45 – 10.15 3.45 – 4.10
Rehat Rehat
10.30 – 11.15 4.15 – 5.00
Literasi Saintifik Literasi Saintifik
11.30 – 12.00 5.00 – 5.30
Kewangan Kewangan
4. Aktiviti PAK21 (Stay & Stray)
5. Taklimat Penataran Modul Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR)
6. Personal Coaching bersama guru Asas Sains Komputer
7. Permohonan Bekerja Dari Rumah (BDR) yang disahkan oleh pengetua.