Ibu Zain
TOKOH PENDIDIKAN
NEGARA
DISEDIAKAN OLEH:
ALYAA HANA FARIAL BTE SHAMSULHADI
SK SRI SKUDAI
1
Pendahuluan
Buku skrap digital ini merupakan hasil kajian tentang seorang
tokoh yang amat berjasa dalam bidang pendidikan, khasnya
dikalangan wanita. Buku ini mengandungi biodata, ketokohan dan
sumbangan tokoh yang dipilih iaitu Yang Berbahagia Tan Sri Hajah
Zainon Binti Sulaiman atau lebih dikenali sebagai Ibu Zain. Beliau
dipilih oleh kerana sumbangan yang signifikan terhadap
perjalanan Pendidikan negara Malaysia tercinta.
Biodata Pelajar
“Antara mata pelajaran yang saya
gemari di sekolah adalah mata
pelajaran Sejarah. Saya menggemari
Sejarah kerana dapat mengetahui
maklumat tentang perkara-perkara
yang pernah berlaku di negara kita
suatu Ketika dahulu”
NAMA PELAJAR ALYAA HANA FARIAL BINTI SHAMSULHADI
TARIKH LAHIR 7 JULAI 2010
ASAL JOHOR
SEKOLAH SK SRI SKUDAI
EMAIL [email protected]
2
Biodata Ibu Zain
ZAINON BINTI MUNSHI SULAIMAN
22 JANUARI 1903
DILAHIRKAN DI NYALAS, MELAKA
Merupakan anak ke-6 dari lapan adik beradik.
Ibu Zain sangat bertuah kerana bapanya, Munshi Sulaiman mempunyai
kesedaran yang tinggi terhadap kepentingan pendidikan di kalangan anak-
anaknya, tidak kira lelaki mahupun perempuan.
Beliau menuntut di Methodist Girls School, Tengkera pada tahun 1909
sehingga 1912 diikuti Tengkera School dari tahun 1913 sehingga 1915.
Beliau lulus Junior Cambridge dimana pada masa itu adalah suatu
pencapian yang luar biasa dikalangan anak gadis.
3
Rasionalisasi Pemilihan
Ibu Zain
➢ Ibu Zain merupakan seorang pelopor wanita dalam bidang
Pendidikan dan Politik
➢ Ibu Zain seorang yang kental dalam mempertahankan akidahnya
sejak dari kecil. Pernah ditawarkan menjadi mubaligh Kristian
sewaktu muda tetapi berjaya menolaknya.
➢ Ibu Zain mempunyai kesedaran yang tinggi untuk melihat kaum
wanita berjaya dan berazam supaya lebih ramai wanita dapat hadir
ke sekolah.
➢ Pada umur 17 tahun, beliau telah menubuhkan sekolah di Pasuh
Jaya, Negeri Sembilan dengan menggunakan perbelanjaan sendiri
➢ Ibu Zain menjalankan kegiatan dakwah bagi membantu memulihkan
akhlak golongan wanita yang terpengaruh dengan tentera Jepun.
Beliau juga mampu menguasai bahasa Jepun dalam tempoh
sebulan sahaja.
➢ Di zaman konfrontasi dengan komunis, Ibu Zain mendaftar diri
sebagai tentera sukarela dan meredah hutan seorang diri. Beliau
bergerak dari satu kampung ke kampung yang lain bagi menangkis
dakyah komunis daripada menular di kalangan masyarakat.
4
Bukti Kredibiliti
❑ 1924 : Ibu Zain dilantik sebagai Guru Besar di Sekolah
Perempuan Bandar Maharani
❑ 1927 : Ibu Zain dilantik sebagai penyelia sekolah-sekolah
perempuan di negeri Johor
❑ Presiden pertama yang dilantik bagi Persatuan Guru-Guru
perempuan Sekolah Melayu dan Sekolah Agama Negeri
Johor
❑ 1948 : Ibu Zain dilantik sebagai Ahli Dewan Undangan
Negeri Johor mewakili parti UMNO
❑ 1959 : Ibu Zain dipilih sebagai wakil rakyat bagi kawasan
Pontian Selatan.
❑ 1963 : Ibu Zain dilantik sebagai Pengetua Kolej Puteri
Tuanku Ampuan Mariam
❑ Nama Ibu Zain diabadikan pada salah sebuah kolej di
Universiti Kebangsaan Malaysia
❑ 2007 : Watak Ibu Zain pernah dilakonkan didalam sebuah
filem yang bertajuk 1957 : Hati Malaya
❑ 2008 : Sejarah kehidupan dan kejayaan Ibu Zain pernah
dipentaskan di Istana Budaya
5
FOTO
Kolej Ibu Zain, UKM
Pementasan Muzikal Ibu Zain di Istana Budaya
Ibu Zain di Kolej Puteri
Tuanku Ampuan
Mariam
6
Jasa Dan Sumbangan
Tokoh
✓ Ibu Zain berjaya menyatukan kaum ibu dalam usaha mencapai
kemerdekaan negara
✓ Ibu Zain menubuhkan Sekolah Agama perempuan yang
pertama di Johor
✓ Ibu Zain adalah antara mereka yang bertanggungjawab
menubuhkan Persatuan Guru-Guru perempuan Sekolah Melayu
dan Sekolah Agama Negeri Johor.
✓ Ibu Zain terlibat dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu
sehingga tertubuhnya Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun
1958.
✓ Ibu Zain merupakan salah seorang
perintis UMNO dan Ketua Kaum Ibu,
UMNO (sekarang Ketua Wanita
UMNO).
7
Anugerah Yang Diterima
✓ 1947 : Pingat Ibrahim Sultan
✓ 1957 : Anugerah Tokoh Guru dari Kerajaan Burma
✓ 1958 : Johan Mangku Negara
✓ 1974 : Pingat Lady Of Myanmar dan Pingat Tun Fatimah
✓ 1975 : Tokoh Guru Kebangsaan Pertama, Ijazah Kehormat
Sarjana Muda Sastera Universiti Malaya dan Ijazah Kehormat
Sarjana Sastera, Universiti Kebangsaan Malaysia
✓ 1979 : Anugerah Darjah Panglima Setia Mahkota yang
membawa gelaran Tan Sri
✓ 1980 : MPSI memberi anugerah Suluh Budiman
✓ 1982 : Tokoh Sastera
✓ 1983 : Tokoh Pendidikan
Ibu Zain ketika menerima
Anugerah Tokoh Guru
Kebangsaan pada tahun 1975
8
Penutup Warisan
Sebagai kesimpulan, banyak Di sini lahirnya sebuah cinta
yang kita boleh pelajari dari Yang murni abadi sejati
Ibu Zain. Beliau seorang yang Di sini tersemai cita-cita
tabah memperjuangkan
pendidikan wanita pada Bercambah menjadi warisan
zamannya.
Andai kuterbuang tak diterima
Banyak pengajaran yang Andai aku disingkirkan
dapat kita pelorehi dan dapat
dijadikan tauladan. Sebagai Ke mana harus kubawakan
contoh, ketegasan beliau Ke mana harus kusemaikan
dalam memperjuangkan isu
pendidikan wanita amat Cinta ini
dikagumi. Betapa di bumi ini 'ku melangkah
Ke utara, selatan, timur, dan barat
Sebagai seorang remaja saya
berharap dapat mengambil Kujejaki
iktibar atas usaha beliau
dalam bidang pendidikan. Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini
Kuingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Kuingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan
Andai kuterbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus kubawakan
Ke mana harus kusemaikan
Cinta ini
Betapa di bumi ini 'ku melangkah
Ke utara, selatan, timur, dan barat
Kujejaki
Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini
Kuingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Kuingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan
9