The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by najahazhar NL, 2023-05-09 11:09:44

eBEDAH BUKU 2

eBEDAH BUKU 2

1) KIRAAN (NISAB) ZAKAT Kiraan zakat wang ringgit berkadar 85 gram dariapada emas tulen. Pada zaman Nabi SAW, zakat dibayar menggunakan syiling perak (dirham) yang berasal daripada Parsi, Iran dan syiling emas (dinar) yang berasal daripada Negara Rom Byzantin. Kiraan syiling perak bersamaan 200 dirham manakala kiraan syiling emas bersamaan 20 dinar ataupun berat 20 dinar. Dinar tersebut perlu didarabkan dengan 10 dirham. Terjadi suatu tragedi dimana nilai dirham jatuh berbanding nilai dinar. Hal ini dikatakan sedemikian kerana berlakunya penggalian perak secara besar-besaran. Oleh itu, emas telah dipilih sebagai asas kadar zakat kerana nilainya yang stabil dalam pasaran.


2) ADAKAH KIRAAN (NISAB) ZAKAT BOLEH BERUBAH? SIAPA YANG MENGUBAHNYA? Kiraan zakat tidak boleh diubah jika nilai relatif emas masih sama. Jika nilai emas merosot sehingga ukuran taraf hidup tidak boleh diukur, maka dibenarkan menggunakan kiraan haiwan. Contohnya, 5 ekor unta ataupun 40 ekor kambing adalah kiraan yang disepakati oleh ulama’. Kiraan wang adalah separuh daripada nilai kiraan haiwan. Syarat untuk menggunakan nilai kiraan haiwan adalah harga pasaran haiwan mestilah stabil. Hal ini kerana kiraan mata wang tidak sama seperti kiraan haiwan. Semua ini berpunca dari negara yang mundur menyebabkan nilai haiwan murah manakala negara lain lebih mahal.


3) ZAKAT UNTUK HARTA KANAKKANAK Zakat untuk harta kanak-kanak adalah wajib. Hal ini dipersetujui oleh Mazhab Maliki, Syafi’i dan Hambali. Abu Hanifah berpendapat bahawa ibadah wajib hanya untuk orang dewasa yang akil baligh dan berakal. Ini adalah hak untuk harta kanak-kanak, orang dewasa, orang gila dan orang yang berakal. “Sesungguhnya penjaga anak yatim boleh mempedagangkan harta anak itu supaya ia tidak habis bagi membayar zakat.” - Anas r.a.


Kanak-kanak atau anak yatim memerlukan harta untuk digunakan bagi keperluan asas dan keperluan pembelajaran. Harta tersebut mesti dicukupkan untuk keperluan asas terlebih dahulu. Contoh situasi yang sesuai adalah seperti air yang diperlukan untuk minum ataupun memasak dibolehkan bertayamum walaupun masih mempunyai sedikit air kerana air itu dihukumkan sama seperti tiada air.


4) ZAKAT UNTUK TAHUN-TAHUN YANG LALU Zakat ini dapat menyucikan diri dan harta serta dapat membuka jalan keredaan yang luas daripada pencipta yang maha tinggi. Selain itu, zakat merupakan hak fakir miskin dan seluruh orang yang berhak menerimanya. Hak ini telah ditetapkan dan tidak berubah walaupun ditelan zaman ataupun pembangunan yang termaktub dalam ordinan. Fakir miskin dan orang yang berhak menerima zakat tidak boleh mengata kepada orang kaya. Hal ini dikatakan demikian kerana Allah SWT sudah menentukan hak mereka dan kita wajib untuk memberinya. Umat islam wajib mengeluarkan zakat pada setiap tahun dan ianya bergantung kepada belanjawan dan gaji selagi ia betul dan sesuai dengan zaman dan pemotongan zakat pada akaun pada setiap tahun. Sebagai contoh, jika seseorang mempunyai 1juta maka ia perlu keluarkan 25000 dan jumlah ini akan dipotong pada masa akan datang. Zakat harta adalah mengurus keadaan bagi menyempurnakan keperluan. Pembayaran zakat tidak boleh dilambat-lambatkan kerana asas bagi mematuhi suruhan adalah melaksanakan dengan kadar segera. Islam membolehkan pembayaran zakat dilambatkan selepas diasingkan harta.


5) PERSOALAN BERKAITAN ZAKAT i. Saya mempunyai akaun khas dalam Bank Ar-Rajhi sebagai pelaburan khususnya untuk derma. Saya menetapkan dalam wasiat seperti ini dan tiada harta khas yang lain. Dalam akaun ini, ada harta zakat beberapa individu dan derma yang tidak dinyatakan. Begitu juga sedekah sebagai tambahan kepada zakat harta khas yang ditentukan. Selesai pengagihan zakat kepada golongan yang berhak yang terdiri daripada orang yang ikhlas dan memiliki hubungan keluarga tanpa menentukan individu yang terlibat sebagai pemberi zakat. Dalam usaha bagi menentukan jumlah pemberian kepada setiap individu, ia dikira mengikut keadaan, keutamaan, dan keperluan. Sebahagiannya mendapat banyak dan sebahagian yang lain mendapat sedikit. Adakah prosedur (tatacara) ini memberi hak sama rata secara betul? JAWAPAN ◆ Dari segi syarak, pinjaman dari saudara lebih selamat dan tidak perlu diperbetulkan selagi ia mengikut kebebasan keputusan saudara. ii. Adakah dibenarkan meminjam daripada jumlah ini untuk diberikan kepada orang yang berhak mendapat zakat dan selainnnya dalam tempoh yang tertentu dan dikembalikan jumlah itu pada akaun yang sama? JAWAPAN ◆ Orang yang memiliki harta zakat dinegaranya tetapi tidak sampai kepadanya disebabkan keadaan tertentu. 10 iii. Apakah hukum memberi pinjaman (kepada orang yang berhak menerima zakat), kepada orang yang berhutang, atau bagi membayar


bil elektrik, bil telefon, sewa rumah, yuran pengajian, upah perubatan, insurans perubatan? JAWAPAN ◆ Sumbangan ini bertujuan membina sekolah , hospital dan selainnya sebagai wakil orang yang berhak menerima zakat. iv. Adakah dibenarkan memberi zakat berulang kali kepada individu yang sama dalam tempoh setahun dan kadang-kadang dalam tempoh kurang daripada setahun? Selagi keadaan mereka masih sama seperti orang yang berhak menerima zakat? JAWAPAN ◆ Dibenarkan memberi zakat berulang kali kepada individu yang sama beberapa kali dalam setahun atau setahun sekali. Selagi individu itu berhak menerima zakat. v. Adakah dibenarkan mengeluarkan zakat ke luar negara sekiranya pemiliknya tidak mensyaratkan pinjaman dalam negara ataupun bandar tertentu? JAWAPAN ◆ Dibenarkan mengeluarkan zakat ke luar negara ia wajib sekiranya pemberi zakat itu kaya. ◆ Negara yang mempunyai penduduk yang sedikit tetapi mempunyai harta yang banyak seperti negara-negara teluk wajib membantu negara islam yang mempunyai ramai penduduk tetapi sumbernya yang sedikit. ◆ Contoh: negara Bangladesh, India dan Pakistan. vi. Adakah pihak institusi pengajian tinggi dan organisasi Islam dalam bidang dakwah, pendidikan, komunikasi, dan badan yang


mempertahankan isu-isu umat Islam dalam majlis dan perhimpunan peringkat antarabangsa, serta terlibat dengan forum antara agama layak menerima zakat? JAWAPAN ◆ Dakwah, pendidikan dan komunikasi adalah demi mempertahankan isu-isu umat islam, maka usaha ini dinamakan sebagai satu kaedah jihad pada zaman sekarang. vii. Adakah pegawai yang bertugas sebagai sukarelawan negara ataupun selainnya, orang yang menjalankan agihan harta zakat, orang yang menulis surat-surat bagi memohon bantuan kepada golongan yang memerlukan, orang yang menunaikan hajat orang lain, dan petugaspetugas amal kebaikan layak menerima bahagian daripada harta zakat? JAWAPAN ◆ Berikan ganjaran kepada orang yang disebutkan bagi menerima harta zakat. ◆ Berikan kepada mereka dengan kadar yang bersesuaian dengan kerja mereka. viii.Sekiranya seorang individu yang mempunyai kredibiliti diri yang tinggi, meminta bantuan bagi menyertai pilihan raya di negara yang mundur yang tidak mempunyai sumber lain sebagai harta utama, adakah dia layak dibantu menggunakan harta zakat?


JAWAPAN ◆ Tidak mengapa jika memberikan harta kepada orang islam yang dapat menyimpan amanah. Ia diberikan dengan harapan supaya dapat membantu manfaat kepada individu berkredibiliti dan negaranya berjaya dalam pilihan raya lalu mengangkat martabat islam dalam parlimen. ix. Adakah perancangan masjid dan sekolah di negara Islam yang miskin dan mundur boleh diberi bantuan menggunakan harta zakat? JAWAPAN ◆ Ya, boleh memberi bantuan kepada institusi yang disebutkan itu dengan menggunakan harta zakat dengan dua sebab: ◼ Pertama - Istitusi yang menuju ke jalan Allah. Institusi ini dianggap sebagai laya dan kubu untuk Islam untuk menangani gerakan kristianisasi dan selainnya. Hal ini bertujuan bagi memelihara umat Islam supaya tetap dalam agama dan akidah mereka. ◼ Kedua - Sekolah dan masjid merupakan keperluan asas untuk orang miskin. Zakat diberikan kepada fakir miskin dalam pelbagai bentuk. Sebagai contoh, seseorang memerlukan makanan, pakaian, sekolah dan masjid. Jika tiada sumber untuk menunaikan perkara tersebut, kita wajib menggunakan harta zakat. x. Apakah had bagi membuat keputusan dalam memberi sumbangan pada jalan Allah s.w.t khususnya kepada negara yang mundur? JAWAPAN ◆ Setiap perbuatan yang mengajak komuniti, syarak dan mentaliti organisasi supaya berpegang kepada identiti islam. xi. Adakah insurans Al-Quran, buku-buku Islamik yang dihantar ke luar, dan kos proses percetakan di negara mundur menggunakan harta zakat dibenarkan?


JAWAPAN ◆ Insurans Al-Quran, buku-buku Islamik yang bermanfaat menyampaikan dakwah mengisi kekosongan guru-guru dan mendirikan pusat Islam kesemuanya dianggap sebagai berjuang di jalan Allah maka dibenarkan menggunakan harta zakat untuk tujuan ini. xii. Apakah hukum memberi bantuan untuk program radio dan televisyen yang mengandungi rancangan dakwah, kebudayaan, kemasyarakatan, dan sebagainya menggunakan harta zakat? JAWAPAN ◆ Syarak tidak menghalang program kebudayaan dan kemasyarakatan selagi ia tidak bertentangan dengan Islam.


6) ZAKAT PERNIAGAAN Seorang hamba Allah telah membeli sebuah kedai untuk dijadikan farmasi. Beliau telah berkongsi keuntungan dengan anak perempuannya yang bekerja di farmasi tersebut. Mereka bersetuju untuk mengekalkan sistem bekerja seperti beliau sebagai pemilik dan anak perempuannya sebagai pengurus syarikat dengan berdasarkan kaedah mudharabah (perkongsian syarikat). Keuntungan syarikat telah dibahagikan kepada tiga bahagian, dua per tiga untuk pengurus syarikat dan satu per tiga untuk pemilik. Keuntungan dijangkakan sebanyak 20 ribu US Dolar selepas menolak perbelanjaan. Mereka bersepakat untuk mengekalkan hak pemilikan kedai kepada pemilik saham syarikat. Saham pemilikan akan dijual mengikut harga semasa selepas beberapa tahun nanti. Farmasi merupakan tempat menjual ubat-ubatan yang bertujuan untuk mendapat keuntungan. Maka, cara mengeluarkan zakat adalah sama iaitu mengeluarkan zakat barang perniagaan. Perniagaan yang diuruskan oleh pengusaha sendiri bukan sejenis perniagaan yang tersimpan dan dimonopoli. Sebagai contoh, penjual harta dan tanah yang dikenali sebagai peniaga barangan yang tidak bergerak. Farmasi dikatakan sama seperti kedai runcit. Barangan dibeli berdasarkan kuantiti permintaan pembeli. Hukum-hukum zakat perniagaan yang wajib untuk modal dan keuntungan adalah selepas cukup dua pusingan untuk harta yang asal.


Contohnya, kiraan harta pada 10 Ramadhan mencukupi, maka diwajibkan untuk mengeluarkan kiraan zakat berdasarkan keuntungan pada 10 Ramadhan akan datang mengikut kaedah berikut: Hal ini kerana barangan ini bukan untuk dijual dan tidak termasuk dalam kiraan nisab zakat. Jumlah modal harta adalah tetap dan tidak termasuk sebagai barangan dan modal kerja yang keuntungannya semakin berkembang serta dapat diniagakan. Konklusinya, zakat yang hrus dikeluarkan untuk modal dan keuntungan perniagaan adalah:


Aset tetap dalam farmasi tidak dikira dan tidak termasuk dalam kiraan zakat.Kadar zakat boleh dikeluarkan mengikut persen pemilikan masingmasing. Jangkaan keputusan inventori farmasi pada akhir tahun: Zakat perniagaan tiada kaitan dengan kiraan untung-rugi. Hal ini dikatakan demikian kerana zakat dikira mengikut nilai harta yang ada pada akhir tahun dan nilai pasaran tanpa disyaratkan adanya keuntungan. Kewajipan zakat tetap perlu ditunaikan walaupun berlaku kerugian kepada modal ataupun baki modal. Selepas zakat dikeluarkan, lakukan agihan keuntungan mengikut persetujuan.


7) ADAKAH MENGGUNAKAN DUIT ZAKAT UNTUK URUSAN PENTADBIRAN DIBENARKAN? Pengurus yang bertanggungjawab mengutip zakat boleh mendapatkan sebahagian daripada hasil zakat yang dikutip. Zakat itu perlu dibahagikan kepada yang layak dan berhak disisi syarak. Zakat ini boleh digunakan untuk memenuhi keperluan dana pengurusan berkaitan kutipan, sama ada seidikit ataupun banyak. Proses itu perlu disambungkan berdasarkan apa yang diperlukan. Pihak pengurus zakat adalah yang dibenarkan menerima zakat selepas orang yang pertama. Pihak pengurus penting dalam menggerakkan kewajipan yang besar ini. Keperluan organisasi diberi kebenaran untuk mengurangkannya mengikut kadar yang dicadangkan. Sebanyak lima hingga 10 peratus yang disumbangkan mengikut ketentuan organisasi. Tugasan negara dilaksanakan oleh organisasi ini seperti mengumpukan harta, hasil, dan sumbangan untuk diagihkan kepada golongan yang layak. Pengeluaran dana organisasi perlu diteliti secara umum, manakala harta zakat secara khusus. Jangan membelanjakan pada perkara yang tidak perlu dengan sewenang-wenangnya dan membazir. Harta ini pada asalnya bukan untuk pihak organisasi tetapi milik golongan yang berhak mendapatnya. “Sesuatu kewajipan yang tidak dapat disempurnakan tanpa ‘sesuatu’, menjadikan ‘sesuatu’, menjadikan ‘sesuatu’ itu turut menjadi wajib”. Pernyataan diatas membawa maksud bahawa tidak sempurna perkara ini jika tiada pengurusan dan pengawasan. Hal ini membolehkan ia diuruskan dengan selamat dan harta tersebut sampai kepada penerima. Pegawai yang menjalankan tugas dengan baik akan mendapat keredhaan-Nya. Oleh itu, kadar yang dicadangkan adalah munasabah untuk diterima.


Perkara ini perlu diketahui oleh organisasi agar menyedari hal ini dengan jelas dalam tugas mereka. Ini adalah untuk mengelakkan kenaikkan kadar perbelanjaan pengurusan dalam jumlah yang lebih besar sehingga tidak boleh dikurangkan. Contohnya, sedikit seumbangan telah diperuntukkan untuk projek pembinaan masjid, sekolah, penggalian perigi, tempat meletak Al-Quran serta buku, dan sebagainya. Maka perbelanjaan itu wajib dilakukan mengikut peruntukkan yang diberi ataupun termasuk perbelanjaan asas.


8) ADAKAH MELABURKAN HARTA ZAKAT DIBENARKAN? Allah swt mewajibkan zakat kepada umat Islam yang layak. Hal ini bertujuan bagi memenuhi keperluan dan menguatkan matlamat yang penting. Selain itu, kita diwajibkan oleh syarak bagi membelanjakan harta zakat dengan baik dan tidak boleh melambat-lambatkan pemberian zakat tanpa masalah atau keuzuran. Ia dilakukan kerana untuk membantu orang fakir miskin dan orang yang berhak menerima. Maksud mempercepatkan bayaran zakat ialah menyampaikan zakat itu kepada fakir miskin dan golongan yang lain dalam keadaan yang baik bagi memenuhi keperluan mereka. Contohnya, NAbi SAW dan Khulafa Ar-Rasyidin segera menghantarkan pekerja untuk mengutip zakat daripada majikan dan mengagihkannya kepada orang yang berhak tanpa melambatkannya. Baitumal merupakan pengantara antara orang kaya dan miskin. Ia adalah organisasi yang bertugas sebagai wakil untuk menerima zakat. Tiada zakat yang diberikan kepada organisasi ini kerana tidak layak.


❖ Dengan ini kita telah menzalimi fakir miskin dan golongan yang berhak mendapat zakat dalam dua keadaan: ❖ Sarana yang diberikan oleh persatuan kebajikan tinggi Islamiah dan lain-lain untuk menghadapi sesuatu keadaan:


Orang yang bertanggungjawab atas persatuan kebajikan dan organisasi bantuan wajib mematuhi dan berusaha memberikan harta zakat yang terkumpul kepada orang yang berhak. Harta yang boleh untuk pelaburan adalah harta sukarelawan amal kecuali zakat dan sedekah jariah. Harta wakaf diberikan dengan kadar satu pertiga ataupun kurang daripada satu pertiga daripada harta pemberi bagi membelanjakan atas jalan Allah, fakir miskin dan ibnu Sabil. Harta yang diperolehi secara haram atau syubhah dalam keadaan pemberi harta ialah orang yang miskin dan berniat melakukan kebaikan maka dibenarkan untuk pelabur bagi mendapatkan pulangan dan harta ini perlu dipulangkan kepada masyarakat dalam keadaan yang baik.


9) ADAKAH DIBENARKAN MENGELUARKAN ZAKAT DARIPADA PRODUK KILANG (BARANG) ATAUPUN MESTI DIZAKATKAN DALAM BENTUK NILAINYA? a) Adakah kami dibenarkan mengeluarkan zakat bagi produk kilang kami iaitu dalam bentuk barangan daripada kain sutera? JAWAPAN Zakat perniagaan dan perindustrian bermaksud mengeluarkan zakat dengan nilai. Zakat adalah wajib bagi nilai barangan bukan daripada jenis komoditi barangan itu. Sebab lain yang menyebabkan zakat nilai lebih utama adalah kemungkinan fakir miskin dan golongan yang berhak menerima zakat tidak mendapat manfaat daripada barangan itu. Contohnya, kain sutera yang diberikan kepada fakir miskin tetapi mereka tidak mempunyai saudara perempuan dan tidak memerlukan barangan itu. Kain sutera ini juga mahal harganya dan tidak sesuai untuk mereka. b) Apakah jadi sekiranya kilang itu menghasilkan kereta, adakah kamu akan beri kereta kepada orang fakir? Adakah mereka mampu bagi membeli petrol untuk bergerak kemana-mana? JAWAPAN Pengeluaran barangan untuk zakat seperti keadaan ini tidak dibenarkan tetapi terdapat syarat-syarat tertentu:


⚫ Contohnya, peniaga yang melakukan bayaran zakatnya secara tunai. Namun, kilang itu mempunyai barangan yang tidak aktif jualannya, yang mana diperlukan oleh fakir seperti barangan makanan yang sesuai untuk mereka. ⚫ Barangan ini mampu memberi faedah dengan penggunaan secara segera ataupun simpanan untuk digunakan apabila diperlukan. ⚫ Kita perlu bertanya kepada fakir miskin dan memastikan mereka mahu menerima barangan itu. Jikalau mereka menolak , maka perlu berzakat dengan menggunakan nilai wang. c) Berapakah nilai zakat yang wajib kepada saya untuk kilang ini? JAWAPAN Kadar untuk kilang adalah seperti percetakan, hotel, bangunan kediaman yang disewa dan sebagainya. Al-Mustaghalat adalah barang yang kekal keadaannya, juga nilai dan fungsi barang itu boleh dimanfaatkan. Barang aset tetap seperti ini adalah sama seperti hasil daripada pertanian tanaman ataupun buah-buahan , ia diwajibkan zakat kerana menjana keuntungan kepada pemiliknya. Pengairan tanah tanpa menggunakan peralatan dikawasan yang terkena hujan. Maka, diwajibkan daripada untung bersihnya sebanyak 10 peratus. Untung bersih bermaksud keuntungan yang diperoleh pada akhir tahun selepas potongan bayaran dan sewa. Sebagai contoh, bayaran penyelenggaraan, penggunaan perkakasan, dan penyewaan peralatan tanpa menambah-nambah kosnya.


10) AYAH MEMBERI ZAKAT KEPADA ANAKNYA Seseorang ayah tidak dibenarkan memberi anak-anaknya harta zakat walaupun mereka sudah berpisah. Harta zakat tidak boleh diambil daripada ibu bapa untuk kegunaan far’I iaitu anak-anak. Jika si anak memerlukan bantuan ayahnya, maka si ayah boleh membantu menggunakan duit selain daripada duit zakat seperti sedekah dan hibah (pemberian). Sebuah kisah daripada Mu’in bin Yazid r.a menyatkan, “Ayahku mengeluarkan beberapa wang untuk disedekahkan kepada seseorang lelaki di masjid. Aku datang dan mengambil wang itu. Ayahku melarang dan menyatakan, Demi Allah, ini bukan kuserahkan kepada kamu. Aku pergi bertemu Rasulullah SAW dan mengadu, maka Rasulullah menyatakan, ‘Wahai Yazid, kamu akan dapat apa yang kamu niatkan, dan kamu akan dapat apa yang kamu ambil wahai Mu’in.” Bagi menguatkan hadith ini, Imam As-Syaukani menyatakan, “Apa yang dilihat daripada sedekah ini adalah sedekah secara sukarela (sunat), bukan zakat yang wajib.”


GAMBAR BUKU


RUJUKAN ◆ http://maidam.gov.my/index.php/istilah-pengertian-zakat


Click to View FlipBook Version