PENGENALAN
Restu Ilmu merupakan langkah dan persediaan terakhir calon SPM untuk menghadapi peperiksaan
sebenar. Program ini diadakan untuk menyediakan calon SPM dari segi fizikal dan mental sebelum
menghadapi peperiksaan.
Majlis Restu Ilmu diadakan kerana restu guru serta bimbingan dan motivasi mampu menjadi kekuatan
kepada murid untuk menghadapi peperiksaan di samping sokongan berterusan daripada pihak sekolah.
matlamat
i. Untuk melahirkan murid yang berbudi luhur, berketrampilan, berdaya saing dan cemerlang
ii. Membimbing dan memupuk nilai murni serta sikap menghargai ibu bapa dan guru
iii. Menanam sikap hormat menghormati
OBJEKTIF
i. Memohon restu guru serta memohon memperoleh keberkatan ilmu sebagai bekalan paling
berharga menghadapi peperiksaan SPM
ii. Menyemai perasaan menghargai, bersyukur dan berterima kasih kepada guru dan rakan-rakan.
iii. Membina hubungan erat antara sesama rakan dan guru supaya berlapang dada menjelang
peperiksaan SPM.
Tentatif Program
7.20 pagi Bacaan Yasin
7.50 pagi Pemulangan SPBT
8.45 pagi Penyusunan Kerusi Meja untuk SPM
10.00 pagi Rehat
10.20 pagi Pelajar Tingkatan 5 berhimpun di Dewan Terbuka bagi Majlis Restu Ilmu SPM 2019
10.30 pagi Taklimat Setiausaha
(Pn. Shah Rafidzah Bt Khalid)
Majlis restu ilmu
(Guru yang terlibat – Barisan Pentadbir, Kaunselor, Guru Tingkatan 5 & Guru yang tiada PdPC pada ketika ini)
10.45 pagi Majlis Restu Ilmu bermula
10.50 pagi Bacaan Doa
Ikrar Murid
11.00 pagi Ucapan Wakil Murid
11.10 pagi Ucapan Pengetua
11.20 pagi Penyerahan alat tulis oleh Pengetua kepada Guru Kelas
11.30 pagi Sesi bersalaman antara calon SPM dan guru
(Penyerahan alat tulis oleh guru kelas kepada calon SPM)
12.20tgh Majlis Bersurai
Saya Tidak Semestinya Menjadi Yang Terbaik
Tetapi Apa Sahaja Yang Saya Lakukan,
Saya Lakukan Dengan Terbaik