The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jannahrahdi, 2020-02-16 01:40:39

Jom ke Sekolah Gaya Hidup Sihat 1

Jom ke Sekolah Gaya Hidup Sihat 1

TARIKH : 17 FEBRUARI 2020
MASA : 7.30 PAGI
TEMPAT : DATARAN PERHIMPUNAN,

SMK BUKIT JELUTONG

PROGRAM JOM KE SEKOLAH

Merupakan program kolaboratif antara Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) dan Polis Diraja Malaysia
(PDRM) dalam usaha menangani permasalahan disiplin dan
salah laku murid. Penglibatan pihak polis dalam kawasan
sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS)
di semua sekolah kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Komitmen antara pihak KPM melalui peranan sekolah dan
pihak PDRM membuktikan keberkesanan kedua-dua pihak
dalam usaha penguatkuasaan undang-undang dan mencegah
salah laku di kalangan murid. Jalinan mantap antara kedua-
dua pihak dapat memastikan risiko salah laku di kalangan
murid semakin menurun selaras dengan konsep Sekolah
Selamat dan Amalan Guru Penyayang. Kehadiran PSS
melalui Program Jom Ke Sekolah ini diharap dapat menjadi
medan kearah membentuk sahsiah diri murid yang positif.

Objektif Program Jom Ke Sekolah

1. Membantu mencegah salah laku disiplin murid sekolah
daripada terlibat dalam kegiatan jenayah dan perlakuan
yang menyalahi undang-undang serta tidak bermoral
sama ada di dalam atau di luar sekolah.

2. Meningkatkan peratus kehadiran murid.
3. Memupuk minat murid untuk hadir ke sekolah.

MINGGU GAYA HIDUP SIHAT

Program ini diadakan adalah selaras dengan arahan Kementerian
Pelajaran Malaysia untuk menyokong Sambutan Hari Anti Dadah
Peringkat Kebangsaan. Aspek pendidikan dan pencegahan dadah amat
penting memandangkan generasi pelapis Negara berdepan dengan
ancaman gejala dadah yang serius. Oleh yang demikian kesedaran
tentang bahaya bahana dadah di peringkat lebih awal perlu diterapkan di
kalangan murid. Pendidikan dan pencegahan ini perlu diintegrasikan
dengan kempen gaya hidup sihat agar ianya memberi impak yang besar
dalam hidup seharian.

Sehubungan dengan itu, Minggu Gaya Hidup Sihat dilaksanakan
bertujuan untuk memberi kesedaran kepada murid tentang kesan amalan
gaya hidup yang tidak sihat serta pengambilan rokok, vape dan dadah.
Diharapkan program ini dapat menyumbang kepada melahirkan modal
insan yang berkualiti dan mampu menjadi pemimpin serta menyumbang
kepada pembangunan sosial negara sekaligus memberikan kesejahteraan
kepada komuniti dan masyarakat.

Objektif Minggu Gaya Hidup Sihat

1. Memberikan pengetahuan dan kemahiran mengenai gaya hidup
sihat dan mengamalkannya.

2. Memberi kesedaran kepada murid tentang bahaya rokok, vape dan
penyalahgunaan dadah

3. Menyemai dan menanam sikap untuk membenci dan menjauhkan
diri daripada dadah serta jenayah.

JAWATAN KUASA INDUK
PROGRAM

Penasihat : Pn. Badariatul Jamal Bt Mohd Hasnan
Pengetua SMK Bukit Jelutong

Pengerusi : Pn. Noor Azizah Bt Che Nawi
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Naib Pengerusi 1 : Pn. Liza Dhalia binti Mohd Ramli
Penolong Kanan Akademik

Naib Pengerusi 2 : Pn. Zuraidah Binti Hussin
Penolong Kanan Kokurikulum

Naib Pengerusi 3 : Pn. Rahimah Binti Omar
Penolong Kanan Petang

Penyelaras Program : Pn. Nor Qistina bt. Ibrahim

Guru Bimbingan dan Kaunseling

Setiausaha : Pn. Nursyakirin Bt Mohd Yusoff
Guru Bimbingan dan Kaunseling

Bendahari : Pn. Jannatun Harira Bt Rahdi

Guru Bimbingan dan Kaunseling


Click to View FlipBook Version