warisan budaya malaysia MPU3183 PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN
AHLI KUMPULAN MISHALINY MC230924334 ZAYANAH MC230923662 CHARLIZE MC230924144 AL-UMYRAH MC230521971 ELYANA MC230522361
BIL ISI KANDUNGAN HALAMAN 1 SENI 1.1 SENI BINA 1.1.1 WARISAN SENI BINA MELAYU 1.1.2 WARISAN SENI BINA CINA 1.1.3 WARISAN SENI BINA INDIA 1.3 kepentingan warisan seni bina dalam masyarakat malaysia 1 - 8 2 WARISAN MUZIK 2.1 WARISAN ALAT MUZIK 2.1.1 ALAT MUZIK MELAYU 2.1.2 ALAT MUZIK CINA 2.1.3 ALAT MUZIK INDIA 2.2 PENYANYI 2.3.1 MUZIK DALAM MENCERMINKAN ETIKA DAN PERADABAN DALAM MASYARAKAT MALAYSIA 9 - 15 3 TARIAN 3.1: PENGENALAN 3.2: JENIS TARIAN TRADISIONAL DI MALAYSIA 3.2.1: TARIAN MELAYU 3.2.2: TARIAN INDIA 3.2.3: TARIAN CINA 3.2.4: TARIAN SABAH 3.2.5: TARIAN SARAWAK 3.3: KEPENTINGAN TARIAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA 16 - 23 ISI KANDUNGAN
BIL ISI KANDUNGAN HALAMAN 4 PAKAIAN 4.1: PENGENALAN PAKAIAN BUDAYA MALAYSIA 4.2: PAKAIAN TRADISIONAL PELBAGAI KAUM 4.2.1: PAKAIAN TRADISIONAL KAUM MELAYU 4.2.2: PAKAIAN TRADISIONAL KAUM CINA 4.2.3: PAKAIAN TRADISIONAL KAUM INDIA 4.3: BAGAIMANA PAKAIAN MENCERMINKAN BUDAYA MALAYSIA 4.4: CABARAN DALAM PEMAKAIAN PAKAIAN TRADISIONAL MENGATASI CABARAN TERSEBUT 4.5: LANGKAH 24 - 30 5 MAKANAN 5.1: PENGENALAN TENTANG MAKANAN BUDAYA DI MALAYSIA 5.2: MAKANAN TRADISIONAL PELBAGAI KAUM 5.2.1: MAKANAN TRADISI KAUM MELAYU 5.2.2: MAKANAN TRADISI KAUM CINA 5.2.3: MAKANAN TRADISI KAUM INDIA 5.2.4: MAKANAN TRADISI KAUM KADAZANDUSUN 5.2.5: MAKANAN TRADISI KAUM IBAN 5.3: KEPENTINGAN BUDAYA MAKANAN 5.4: BAGAIMANA MAKANAN BUDAYA MALAYSIA MENCERMINKAN ETIKA & PERADABAN MASYARAKAT MALAYSIA 31 - 40 ISI KANDUNGAN
seni
Seni bina bukan sekadar gabungan seni dan sains dalam mereka bentuk bangunan, tetapi juga merangkumi warisan seni bina tradisional yang kaya di Malaysia. Dalam konteks ini, seni bina tradisional seperti rumah Melayu dan rumah Minangkabau menjadi titik sentral dalam perbandingan antara keindahan warisan lama dengan konsep seni bina kontemporari. Dari perancangan bandar hingga ke reka bentuk bangunan dan perabot, seni bina tradisional turut memberikan inspirasi dan elemen-elemen estetik yang terus diterapkan ke dalam landskap pembangunan moden. Oleh itu, seni bina di Malaysia tidak hanya mencerminkan evolusi sains dan seni dalam reka bentuk binaan, tetapi juga terus menghargai dan memelihara keunikan warisan seni bina tradisional yang memperkaya identiti senibina negara. PENGENALAN seni bina di malaysia
seni bina rumah tradisional melayu Rumah tradisional Melayu memancarkan keunikan dan keindahan melalui beberapa ciri yang khas. Pertama, suasana sejuk dan damai sentiasa menyelubungi rumah kampung. Apabila melangkah masuk ke dalam rumah, pastinya akan berasa sejuk terutama pada waktu malam. Hal ini disebabkan oleh banyak lubang pengudaraan dalam rekaan rumah. Lubang angin ditempatkan seperti pada lantai papan, tingkap, dan bumbung, membentuk sistem pengudaraan tersendiri untuk memastikan keselesaan penduduk. Selain itu, pembinaan rumah kampung yang tinggi juga bukan tanpa sebab. Ketinggian rumah dipertimbangkan dengan faktor keselamatan sebagai prioriti. Ini membantu mengelakkan intipan orang luar, melindungi dari pencuri, serta memberikan perlindungan daripada binatang buas dan bencana alam seperti banjir.
seni bina rumah tradisional melayu Satu lagi ciri menarik ialah seni ukiran yang banyak. Seni ukir yang indah dan rumit dapat ditemui di tangga, dinding beranda, dan atap rumah kampung. seni ukiran ini membuktikan kehandalan masyarakat Melayu dalam seni dan pertukangan. Kesemua ciri-ciri ini bersama-sama membentuk rumah tradisional Melayu yang unik, memikat mata dan merangkumi nilai-nilai kebudayaan. Anjung atau beranda merupakan elemen penting dalam rumah tradisional Melayu. Ia bukan hanya tempat berehat, tetapi juga melambangkan kepentingan adat dan tatatertib masyarakat. Anjung turut berfungsi sebagai tempat berjumpa tetamu. tetamu lelaki selalunya akan dijemput naik sehingga anjung sahaja untuk mengelakkan fitnah dari masyarakat setempat.
seni bina masjid Contohnya; Istana Negara, Kuala Lumpur: Sebagai tempat kediaman rasmi Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Istana Negara menggabungkan elemen-elemen seni bina tradisional Melayu dalam reka bentuknya. Atap yang melengkung(kubah) , ukiran kayu yang indah, dan struktur berbentuk istana mencipta imej keagungan yang menggambarkan seni bina Melayu yang klasik. Seni bina masjid di Malaysia memukau dengan kombinasi elegan antara seni ukir kayu, kubah berlapis-lapis, dan menggabung elemen Islam yang klasik. Setiap masjid, seperti Masjid Putra di Putrajaya menunjukkan kehebatan seni bina dengan menggabungkan elemen tradisional dan moden. Keindahan seni ukir Islam dan geometri yang halus mencipta suasana yang menenangkan serta mempromosikan keagungan seni bina Islam di negara ini.
seni bina warisan cina KUIL CHEN HONG TENG Senibina masyarakat cina terbahagi kepada 2 jenis iaitu senibina tradisional dan senibina BabaNyonya. Kebanyakan masyarakat cina mempunyai kepercayaan terhadap sesuatu ukiran ataupun seni bina yang digambarkan. Contoh seni bina tradisional adalah tokongtokong cina di seluruh negara,seperti Tokong Chen Hong Teng yang dibina pada tahun 1646 di Melaka. Kuil ini dikatakan juga kuil tertua di Malaysia. Bumbung adalah unsur terpenting ditegakkan oleh tiang bebas dari dinding. Bahan binaan utama untuk struktur bumbung ialah kayu. Biasanya kayu yang digunakan berbentuk segi empat dan berwarna merah. Terdapat empat bentuk asas bumbung iaitu : a. Bumbung panjang b. Bumbung lima c. Campuran bumbung panjang dan bumbung lima d. Bumbung piramid Bumbung panjang Bumbung lima . Bumbung piramid
seni bina warisan cina Contohnya; Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra atau sinonim dengan nama Masjid Beijing ialah sebuah masjid yang terletak di Rantau Panjang, dalam jajahan Pasir Mas, Kelantan. Seni bina masjid ini amat unik kerana menggabungkan seni bina Cina dan Islam iaitu menyerupai Masjid Niujie yang berusia lebih daripada 1,000 tahun di Beijing, China seni bina warisan india Bagi masyarakat india pula, seni bina banyak dipamerkan melalui kuil-kuil Hindu.Lazimnya senibina masyarakat india bewarna-warni dan mempunyai unsur-unsur dewa-dewi kepercayaan agama hindu. Contoh seni bina india iaitu Kuil Batu Caves yang dibina pada hujung abad ke-19 di Kuala Lumpur yang merupakan kuil tercantik di negara ini.Seni bina yang dipaparkan adalah secara terperinci menggabungkan ukiran halus,hiasan emas,motif lukisan tangan dan jubin yang cantik.
KEPENTINGAN WARISAN SENI BINA DALAM MASYARAKAT MALAYSIA Pemeliharaan Tradisi dan Nilai-Nilai: Seni bina warisan ini sering mencerminkan nilai-nilai tradisional dan etika masyarakat yang membangunnya. Bangunan-bangunan seperti kuil-kuil, masjid-masjid, dan istana-istana tradisional mencerminkan pengabdian kepada agama, keadilan, dan nilai-nilai sosial yang dianut oleh komuniti yang membangunnya. Mereka juga mencerminkan etika kebijakan binaan dan seni yang diwarisi dari generasi ke generasi. Menghormati Kepelbagaian Budaya: Kehadiran seni bina warisan dari berbagai budaya di Malaysia menunjukkan kemampuan masyarakat Malaysia untuk hidup secara harmoni dalam kepelbagaian budaya. Ini mencerminkan nilai-nilai saling hormat-menghormati dan hidup dengan harmoni dengan masyarakat berlatar belakang budaya yang berbeza. Pelajaran dari Sejarah: Bangunan-bangunan bersejarah seperti istana-istana Melayu, kuilkuil Cina dan India membawa sejarah yang kaya dengan mereka. Mereka mencerminkan sejarah Malaysia dan pengalaman peradaban yang telah ada selama berabad-abad. Melalui pemeliharaan dan pemulihan, masyarakat dapat menghargai dan belajar dari sejarah ini dan menerapkannya dalam konteks masa kini.
MUZIK
PENGENALAN Tradisional moden ghazal pop DIKIR BARAT R&B dongdang sayang Hip-hop Kehadiran alat muzik tradisional Malaysia adalah amat penting dalam mengekalkan warisan budaya yang pelbagai dan tersohor. Walaupun kemajuan pesat dalam teknologi, alat muzik yang dihargai ini terus melambangkan kemewahan ekspresi artistik dan keindahan mendalam yang berakar umbi dalam masyarakat tradisional Malaysia. Setiap alat muzik tradisional merangkumi naratif yang menawan dan simbolisme yang mendalam yang mencerminkan intipati kehidupan, kepercayaan, dan nilai-nilai yang tidak berbelah bahagi yang dipegang oleh masyarakat setempat. MUZIK GENRE MUZIK
ALAT MUZIK KAUM MELAYU Rebana, gendang pekeliling yang biasa digunakan dalam persembahan muzik Melayu Islam tradisional seperti nasyid. Ia juga dikenali sebagai alat yang menghidupkan suasana semasa pelbagai majlis keagamaan, kehadirannya menjadi amat diperlukan. Jika hendak dibandingkan dengan kompang, bunyi rebana ini sedikit halus. Kompang, gendang kecil yang sering bergema dalam perhimpunan masyarakat. Alat yang dihargai ini mempunyai kepentingan yang mendalam dalam upacara keagamaan, termasuk perkahwinan, majlis-majlis kegembiraan, dan juga persembahan muzik tradisional. REBANA KOMPANG
ALAT MUZIK KAUM CINA Erhu ialah alat khas dari China yang menghasilkan muzik dengan menggosok talinya. Orang ramai memainkannya untuk keseronokan dan ia juga boleh menjadi sebahagian daripada kumpulan besar instrumen yang dipanggil orkestra. Bunyi yang dihasilkannya berbeza dan boleh membuatkan anda merasakan emosi yang berbeza. Suona adalah alat muzik yang diperbuat daripada kayu yang sangat popular di China. Ia mengeluarkan bunyi yang kuat dan sering dimainkan semasa acara khas seperti perayaan atau upacara. SUONA ERHU
ALAT MUZIK KAUM INDIA Sitar ialah alat khas dari India yang anda mainkan dengan memetik talinya. Ia mempunyai 6 hingga 7 tali utama dan beberapa tali tambahan yang menghasilkan bunyi yang sangat sedap dan menarik. Orang di India suka menggunakan sitar untuk memainkan muzik klasik Veena ialah sejenis alat muzik istimewa yang dimainkan dalam muzik klasik India. Ia kelihatan seperti periuk besar dengan tali terbentang di atasnya. VEENA SITAR
BAGAIMANA MUZIK MENCERMINKAN ETIKA DAN PERADABAN Menerusi laman sesawang UtusanTV.com, terdapat satu artikel yang menunjukkan bahawa walaupun alat muzik tersebut adalah alat muzik tradisional kaum cina, ia tidak dapat menyekat minat kaum lain daripada bermain alat muzik tersebut. Alat muzik tradisional ini boleh dimainkan oleh sesiapa sahaja walaupun bukan alat muzik kaumnya. Artikel: https://utusantv.com/2023/01/11/singa/
Elizabeth Tan merupakan seorang yang terkenal di Malaysia yang menyanyi dan menulis lagu. Dia mula terkenal dengan berkongsi video dirinya menyanyikan lagu ‘Kantoi!’ yang disukai orang lain. Orang sangat menyukainya kerana dia mempunyai suara yang indah dan boleh menulis lagu juga. SHILA AMZAH VANESSA REYNAULD PENYANYI MALAYSIA Shila Amzah merupakan penyanyi terkenal Malaysia yang digemari oleh masyarakat seluruh dunia. Bakat Shila diiktiraf dan dihargai oleh pelbagai negara terutama negara Cina kerana kefasihannya dalam betutur dan menyanyi dalam bahasa Mandarin. ELIZABETH TAN Vanessa Reynauld merupakan penyanyi dari Malaysia yang sememangnya mahir menyanyikan lagu dalam bahasa Tamil, Cina dan Melayu. Dia telah menyanyikan banyak lagu yang sangat disukai orang dan dia juga telah bertanding dalam pertandingan Sing! China 2023
Tarian
Seni Tarian adalah satu bentuk persembahan melalui pergerakan tubuh badan secara berirama yang dilakukan di tempat dan waktu tertentu untuk keperluan pergaulan, mengungkapkan perasaan, maksud dan pemikiran. Sesuatu persembahan tarian itu diperkuatkan penyampaian dan maksud yang ingin disampaikan melalui bunyi-bunyian atau muzik. Seni tarian di Malaysia dipengaruhi dengan perkembangan semasa dunia seperti ballet, moden kontemporari, jazz, latin dan sebagainya namun seni tarian bersifat tradisional yang mewakili masyarakat komuniti tempatan seharusnya dilindungi , diwarisi dan dimartabatkan agar tidak hilang ditelan arus kemodenan zaman. . PENGENALAN tarian TRADISIONAL DI MALAYSIA
Pengaruh Islam ke atas tarian tradisional Malaysia boleh dilihat dengan ketara dalam tarian Zapin, sebuah tarian yang terkenal di negeri Johor. Tarian ini, yang diperkenalkan oleh para mubaligh dari Timur Tengah, pada mulanya digunakan dalam amalan berzikir yang bertujuan menyebarkan pengetahuan mengenai sejarah tamadun Islam. TARIAN MELAYU Tarian Mak Yong yang berasal dari Patani di selatan Thailand dicipta untuk hiburan kerabat DiRaja wanita, permaisuri serta puteri sewaktu ketiadaan kerabat diRaja lelaki. Tarian ini menggabungkan drama romantis, serta tarian dan nyanyian tradisional dengan gaya yang menawan, yang mengisahkan zaman kegemilangan kesultanan Melayu. TARIAN MAK YONG JENIS TARIAN TRADISIONAL DI MALAYSIA TARIAN ZAPIN Tarian yang paling terkenal di Malaysia ini adalah sebuah tarian yang meriah, dengan rentak yang agak laju. Tarian ini, yang dipersembahkan oleh pasangan penari dengan gerak-geri pantas yang disulami pelbagai usikan, berasal dari tarian tradisi Portugis yang diperkenalkan di Melaka sewaktu era perdagangan rempah di situ. TARIAN JOGET
TARIAN INdia Kathakali adalah tarian yang berasal dari Kerala (India Selatan). Tarian ini merupakan drama musikal yang bermakna permainan cerita dan ditarikan untuk menggambarkan kemenangan kebenaran atas kesalahan. Para penari Kathakali menggunakan riasan wajah serta kostum tarian yang berwarna meriah. Ini melambangkan bahwa karakter-karakter yang dimainkan merupakan mahkluk dari dunia lain. Tema tari Kathakali berasal dari cerita klasik Ramayana, Mahabharata dan berbagai kisah legenda dan mitologi Hindu. Bharatanatyam adalah tarian tradisional masyarakat India dari Tamil Nadu, India. Pada asalnya, bharatanatyam hanya ditarikan oleh devadasiiaitu golongan gadis yang menghambakan diri kepada dewa-dewa dan kuil, serta tidak akan berkahwin sepanjang hayat. Golongan devadasi membuat persembahan bharatanatyam di kuil untuk menunjukkan cinta mereka terhadap dewa yang dipuja. Mengikut peredaran zaman, bharatanatyam mula menjadi persembahan pentas. Penari lelaki juga mula melibatkan diri dalam tarian tradisional ini. TARIAN KATHAKALI TARIAN BHARATANATYAM Kolattam adalah seni kampung purba. Tarian ini dilakukan oleh wanita sahaja, dengan dua batang kayu diadakan di setiap tangan dan dipukul untuk membuat bunyi berirama.Kummi adalah salah satu bentuk purba tarian kampung Tamilnadu. Ia berasal apabila tidak ada alat muzik, dengan para peserta bertepuk tangan mereka untuk menjaga masa. TARIAN KOLATTAM
Tarian naga, adalah aktiviti hiburan dan mempunyai seni yang unik. Tarian naga berasal daripada kebudayaan Dinasti Han dan sudah berusia kira-kira 2,000 tahun. Pada zaman kuno, rakyat berfikir naga boleh menguruskan air hujan, maka rakyat sentiasa berdoa kepada naga untuk turun hujan pada musim kemarau, dan kemudian menjadi aktiviti budaya dan rekreasi. Di samping itu, bangsa Cina sangat memuja naga dan naga sebagai simbol tuah. TARIAN CINA TARIAN NAGA Tarian Kipas terkenal di Negeri Perak. Tarian ini tergolong dalam tarian istana kerana sering ditarikan pada majlismajlis perkahwinan diraja. Penari-penarinya terdiri daripada wanita. Jumlah penari-penari antara 2 hingga 6 orang. Setiap penari memegang dua buah kipas. Penari-penari biasanya memakai baju kebaya, bersanggul dan berdandan dengan suntingan bunga yang disanggul. Kadangkala penari akan memakai selendang panjang yang disemat pada bahu. TARIAN KIPAS Tarian Singa merupakan sebahagian adat dan warisan masyarakat Cina. Tarian Singa dipopulerkan sejak masa Dinasti Han kira-kira 206 BC - 220 AD. Oleh kerana Tarian Singa memainkan peranan yang penting di segi mitologi Cina begitu juga mewakili keriangan dan kegembiraan, sepertimana penyampaian lagenda bertutur bahawa ianya dapat menghapuskan peristiwa yang jahat. Persiapan persembahan ini, wajib dilatih sepanjang tahun semata-mata untuk membuat persembahan pada masa Tahun Baru Cina dan juga pertandingan antarabangsa. TARIAN SINGA
Adai-adai ialah tarian suku kaum Brunei di Sabah. Tarian ini tercipta ketika para nelayan yang sedang berdayung pulang dari menangkap ikan pada waktu malam agar rasa mengantuk para nelayan akan hilang. Selain itu, tarian ini menggambarkan pada kehidupan kaum nelayan yang mana merupakan kehidupan tradisi masyarakat Brunei. Tarian ini merupakan sejenis tarian tradisi rakyat Sabah yang amat terkenal di Sabah dan di seluruh Malaysia. Tarian Sumazau merupakan sejenis tarian tradisi suku kaum Kadazan Dusun. Tarian ritualnya memenuhi pelbagai fungsi seperti tarian sumazau yang ditarikan untuk mengucap kesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan menanam dan menuai padi dan juga untuk menolak bala, menyemah semangat, dan mengubati penyakit. TARIAN Sabah TARIAN ADAI-ADAI TARIAN SUMAZAU Tarian ini adalah sejenis tarian asli masyarakat suku Bajau. Tarian Limbai ditarikan ketika menyambut ketibaan pengantin lelaki yang diarak ke rumah pengantinperempuan. Sebaik sahaja rombongan pengantin sampai, perarakan dihentikan sementara, lalu tarian Limbai dipersembahkan di hadapan pengantin. Ia merupakan upacara khas sebagai isyarat menjemput pengantin naik ke rumah untuk melakukan istiadat ijab qabul yakni pernikahan. TARIAN LIMBAI
Tarian Ngajat sangat popular dalam kalangan Orang Ulu di Sarawak. Ngajat bagi orang-orang Iban adalah tarian yang melatih orang-orang Iban berperang. Penari-penari akan memakai kain merah yang yang diikat pada bahagian pinggang hingga ke paras lutut. Penari juga memakai topi yang dihias dengan bulubulu burung. Di tubuhnya dipakaikan sejenis baju yang dibuat dari bulu-bulu burung tetapi tidak dijahit kiri dan kanannya. TARIAN Sarawak TARIAN NGAJAT Tarian Koncong terdapat di Sarawak, ditarikan dengan tujuan mengubat si sakit dan kedua untuk menghibur si malang. Tarian ini ditarikan oleh tiga orang penari wanita dengan iringan nyanyian seorang atau dua orang lelaki. Mereka menari dalam bulatan dan di sebelah tangan kanannya memegang sapu tangan dalam gerakan seolaholah menyerupai burung terbang. Tarian Datun Julud ini boleh ditarikan secara berseorangan atau berkumpulan. Ia merupakan tari bersama suku kaum Dayak Kenyah yang tinggal di Bulungan, Kutai, Berau dan Pasir iaitu kawasan persempadanan antara Sarawak dan Kalimantan Timur. Alat muzik utama yang mengiringi tarian ini ialah Sape. Dalam tarian ini bulu-bulu burung dilekatkan di celah jari kedua-dua belah tangan penari sebagai perhiasan. Gerakan langkah yang menghentakkan kaki ke kiri dan ke kanan di ulangulang sambil menyanyi dan bertepuk tangan. TARIAN KONCONG TARIAN DATUN JULUD
Kini, warisan budaya tradisional menghadapi ancaman kepupusan. Budaya tradisional mencakupi amalan dan cara hidup pelbagai kaum di negara kita. Tamadun sesuatu bangsa selalunya dapat dilihat pada warisan seni budayanya. Warisan budaya ini harus dikekalkan kerana mempunyai identiti tersendiri. Menyokong dan mengekalkan tarian tradisional membantu memelihara warisan budaya dan identiti kebangsaan. Tarian tradisional adalah manifestasi warisan budaya yang unik dan kaya di Malaysia. Mereka mencerminkan sejarah, adat resam, dan kepercayaan masyarakat tempatan. Mempelajari, mengajar, dan mengembangkan tarian tradisional melibatkan seni dan kreativiti. Ini memberi peluang kepada rakyat Malaysia, terutamanya generasi muda, untuk mengasah bakat seni mereka, menggabungkan unsur tradisional dengan elemen kontemporari, dan menyumbangkan kepada perkembangan seni negara. Rosnan yang merupakan lulusan jurusan seni bina dari Universiti Sains Malaysia (USM) yang bergiat aktif dalam seni persembahan Mak Yong berpendapat pengenalan subjek seni dan budaya di sekolah bukan sahaja mampu memupuk minat generasi muda menghargai seni rakyat, malah dapat menggelakkan mereka dilabelkan sebagai 'buta budaya'. KEPENTINGAN TARIAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA PEMELIHARAAN BUDAYA DAN IDENTITI NEGARA PENGEMBANGAN SENI DAN KREATIVITI Menyusun gerak dan langkah lemah gemalai yang senada tatkala mempersembahkan seni tarian tradisional bukan sahaja mampu memberi kepuasan kepada si penari malah dapat membangkitkan elemen perpaduan. Biarpun berlainan bangsa dan agama, seni tarian tradisional ini mempunyai keunikan tersendiri kerana ia dapat menyuntik semangat muhibah, menghormati kepelbagaian dan memberi sokongan antara satu sama lain dalam kalangan mereka yang berkecimpung dalam cabang seni tersebut. PENGUKUHAN PERPADUAN DAN KEBANGSAAN
PAKAIAN
Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum terutamanya kaum Melayu, Cina, India, Iban dan Kadazan dusun. Oleh itu, setiap kaum mempunyai pakaian yang berbeza dari segi jenis kain, bentuk dan warna berdasarkan budaya dan adat masing-masing. Etika berpakaian tradisional setiap kaum dipengaruhi oleh agama dan boleh disesuaikan dengan pengaruh dan keadaan tempatan. Pakaian tradisional dapat melambangkan identiti sesebuah masyarakat itu sendiri dan menjadi kebanggaan turun temurun kerana keunikan corak pakaian-pakaian tersebut. Oleh itu, budaya memakai pakaian tradisional haruslah dikekalkan supaya tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas yang bermaksud adat yang tidak berubah dan tetap utuh selama-lamanya. PENGENALAN PAKAIAN TRADISIONAL KAUM DI MALAYSIA
Baju kurung berasal dari negeri Johor yang merupakan pakaian tradisional kaum wanita Melayu. Menurut sejarah kewujudan pakaian ini, baju kurung dikatakan hasil kreatif Sultan Abu Bakar iaitu sultan Johor pada tahun 1866. Pengertian kurung secara tidak langsung bererti ‘mengurung atau menutup’ anggota tubuh. Hal ini menepati konsep pakaian cara Melayu setelah kedatangan Islam, sehinggalah istilah ‘kurung’ diertikan sebagai baju yang selesa dan longgar, labuh atau panjang. Kebanyakan baju kurung diperbuat daripada kain sutera yang halus dan lembut. Walaubagaimanapun, baju kurung telah ditambah dengan perhiasan seperti manik, pelbagai motif warna dan benang berwarna emas bagi menambah keanggunannya. KAUM MELAYU Pakaian Tradisional kaum Melayu yang amat popular adalah Baju Melayu bagi lelaki dan Baju Kurung bagi perempuan. Baju Melayu yang paling asasnya terdiri daripada dua bahagian iaitu bahagian baju berlengan panjang dengan dua jenis bentuk kolar seperti teluk belanga dan cekak musang, serta bahagian seluar panjang. Baju tersebut diperbuat daripada kain yang sama jenis iaitu kain kapas, linen dan satin. Pakaian tradisional lelaki Melayu adalah sama bagi setiap negeri iaitu baju Melayu teluk belanga kecuali negeri Johor yang mempunyai baju melayu tanpa kolar. Tambahan pula, baju Melayu tidak akan lengkap tanpa pemakaian samping daripada kain songket atau kain pelikat yang dililit kemas pada pinggang. BAJU MELAYU BAJU KURUNG Baju kebaya biasanya dipakai oleh wanita Melayu dan Indonesia. Namun begitu, baju kebaya ini juga amat popular dalam kalangan masyarakat di Singapura dan Brunei dan pada masa yang sama dianggap sebagai baju tradisional di negara mereka juga. Baju tersebut diperbuat daripada kain kasa yang dipasangkan dengan sarung, batik, atau pakaian tradisional yang lain seperti songket dengan motif warna-warni. Selain baju kebaya biasa, terdapat juga baju kebaya yang dikenali sebagai baju belah kebaya panjang yang berasal dari negeri Johor. Pakaian ini juga dipakai dalam acara-acara rasmi atau majlis keramaian selain daripada baju kurung dan baju Melayu. BAJU KEBAYA
KAUM CINA Hanfu merupakan pakaian tradisional kaum cina yang tertua yang dipakai oleh kedua-dua jantina lelaki dan perempuan. Ketika Dinasti Han, Hanfu telah diterima pakai dan dinaikkan pangkat oleh golongan pemerintah dan kemudiannya menjadi pakaian kebangsaan orang etnik Han. Ia mempunyai kesinambungan reka bentuk iaitu Lengannya kembang dan leher mempunyai kolar yang selesa. Pakaian hanfu ini juga menjadi pilihan ramai kaum untuk mencuba kerana ia amat sopan sekali, malah ia turut direka secara moden. Samfu merupakan sejenis baju dan seluar yang sering dipakai oleh lelaki berketurunan cina bermula dari Dinasti Ching. Samfu bermaksud baju dan seluar dalam dialek kantonis. Secara umum, ia dipakai semasa pergi ke lombong, ladang, keluar bekerja, atau di rumah dalam kehidupan seharian. Pakaian tradisional cina ini berupa baju longgar, terbelah di hadapan, berkolar tinggi dan seluar longgar yang diperbuat daripada kain lembut seperti kain sutera atau satin yang tidak bercorak atau berbunga halus. HANFU Cheongsam merupakan pakaian tradisional Cina paling popular dan sering dipakai dalam majlis atau upacara yang bersesuaian seperti majlis perkahwinan dan tahun baru cina. Cheongsam berasal dari Dinasti Qing dan sejak itu telah berkembang menjadi variasi Beijing, Shanghai, dan Hong Kong yang dibezakan oleh hiasan, warna, bahan dan reka bentuk. Terdapat pelbagai jenis cheongsam, namun asalnya pakaian tradisional cina ini berlapis-lapis, dipakai ketat, berbelah di kiri dan kananya, penuh dengan sulaman benang emas dan sutera. Baju ini asalnya labuh tetapi lamakelamaan ia disingkatkan hingga ke paras lutut. SAMFU CHEONGSAM
Sari merupakan pakaian tradisional kaum Wanita berketurunan India. Ia adalah pakaian seharian dan turut dipakai pada musim perayaan. Sari terdiri daripada lembaran kain yang berukuran semeter hingga dua meter lebar dan panjangnya pula antara lima hingga lima belas meter mengikut saiz pemakai. Sebelum memakai sari, para wanita perlu memakai anak baju yang ketat dan singkat, kemudian kain sari tersebut dililit pada badan dengan bahagian hujungnya yang bersulam diletak di atas bahu kiri. Sari diperbuat daripada pelbagai jenis, corak dan warna kain serta ditambahkan dengan manik yang berkilat bagi mempertingkatkan keindahannya. KURTA KAUM INDIA Dhoti merupakan pakaian tradisional kaum India bagi lelaki. Pakaian ini diperbuat daripada lembaran kain putih yang berukuran 5-meter panjang dan berbentuk segi empat tepat tanpa berjahit. Para lelaki kaum India akan melilitnya di bahagian pinggang, diikat pada celah paha dan kemudian disangkutkan pada bahu. Dhoti biasanya dipadankan dengan kurta iaitu sejenis baju yang labuh. Kain asas ini boleh datang dalam pelbagai warna malah berhias sulam atau manik kecil supaya kelihatan menarik. Pakaian ini banyak dipakai oleh golongan ceti. DHOTI SARI Kurta merupakan pakaian tradisional bagi kaum lelaki India di majlis rasmi. Kurta adalah kemeja panjang yang labuhnya di bawah atau di atas paras lutut dan diperbuat daripada kain kapas atau linen. Kebiasaannya kurta akan dipakai bersama dhoti, paijama, salwar, churidar, atau seluar longgar. Namun, pada masa modern ini, kurta juga sering dipakai bersama seluar jeans dalam kehidupan seharian. Kebanyakkan kurta tradisional tidak mempunyai kolar, tetapi variasi moden dengan stail baru datang bersama kolar Mandarin.
Pakaian tradisional kaum Melayu dipakai secara meluas di Malaysia oleh kaum lain seperti Cina dan India. Sebagai contoh, para pelajar perempuan di sekolah memakai baju kurung sebagai pakaian seragam yang bukan sahaja untuk pelajar Melayu, malah pelajar dari kaum lain juga memakainya. Hal ini demikian kerana baju kurung dan baju Melayu tidak menggambarkan agama orang yang memakainya dan tidak bercanggah dengan setiap ajaran agama yang ada di Malaysia. Oleh itu, pakaian tradisional Melayu ini terbukti dapat menyatukan padukan kaum di Malaysia kerana tidak berlakunya provokasi dalam penerimaan untuk memakai pakaian tradisional Melayu. BAGAIMANA PAKAIAN MENCERMINKAN BUDAYA MALAYSIA Selain itu, dengan adanya rumah terbuka bagi perayaan yang sering disambut di Malaysia seperti Hari Raya Aidilfitri, Deepavali dan Tahun Baru Cina, kita dapat menggalakkan setiap kaum untuk memakai pakaian tradisional kaum yang menyambut perayaan tertentu. Misalnya, ketika perayaan Hari Raya Aidilfitri, kaum bukan Melayu digalakkan untuk memakai baju kurung dan baju Melayu semasa menghadiri rumah terbuka yang dianjurkan oleh kaum Melayu. Justeru, fenomena ini dapat menambahkan lagi semangat perpaduan antara masyarakat dan menggambarkan budaya masyarakat Malaysia yang bersatu padu.
Budaya pemakaian pakaian tradisional harus dikekalkan supaya tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Cara yang paling efektif dalam memartabatkan warisan pemakaian budaya Malaysia adalah dengan mengadakan kempen kesedaran, pameran, forum, ceramah, pertandingan, lawatan kebudayaan dan lain-lain. Dengan ini, masyarakat akan mendapat pendedahan tentang kepentingan mengekalkan budaya pemakaian pakaian tradisional yang seharusnya diwarisi daripada generasi kepada satu generasi yang akan datang. Oleh itu, semua pihak haruslah berganding bahu dalam meningkatkan minat masyarakat pelbagai kaum di Malaysia bagi memakai pakaian tradisional masing-masing dalam kehidupan seharian. CABARAN DALAM PEMAKAIAN PAKAIAN TRADISIONAL Pada zaman modenisasi ini, masyarakat terutamanya golongan muda kurang menggunakan pakaian tradisional kaum mereka. Mereka hanya memakai pakaian tradisional ketika menghadiri kenduri, majlis-majlis rasmi dan sambutan perayaan. Hal ini adalah kerana mereka terpengaruh dengan cara pemakaian budaya barat yang fesyen dan moden. Sebagai contoh, mereka berasa lebih selesa untuk memakai baju kemeja, seluar jeans dan sebagainya dalam kehidupan seharian. Kesannya, adat serta tradisi yang diwarisi secara turun temurun akan hilang begitu sahaja disebabkan oleh pengurangan pemakaian pakaian tradisional dalam kalangan masyarakat. LANGKAH MENGATASI CABARAN TERSEBUT
MAKANAN
Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai masyarakat yang pelbagai dan berbilang kaum. Kebanyakan penduduk Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan etnik utama iaitu Melayu, Cina dan India. Tambahan pula, bakinya termasuk kaum yang terletak di luar Semenanjung Malaysia, seperti Iban, Kadazan-dusun dan beberapa kaum lain dari negeri Sabah dan Sarawak. Masakan Malaysia merangkumi adat dan tradisi masakan yang terdapat di Malaysia dan mencerminkan kepelbagaian etnik rakyat negara itu. Malaysia merupakan sebuah negara yang menarik perhatian orang ramai terutamanya warga asing yang ingin berkunjung dan mempunyai pengalaman yang memuaskan. Selain destinasi pelancongan yang menarik minat orang ramai untuk melancong, Malaysia juga merupakan sebuah negara dengan masakan tempatan yang membangkitkan minat dan menepati citarasa setiap orang. PENGENALAN
Budaya masakan yang pelbagai ini berpunca daripada kepelbagaian budaya dan zaman penjajahan Malaysia. Pada abad ke-15, kawasan yang kini dikenali sebagai Malaysia menjadi laluan penting untuk perdagangan maritim. Di seluruh Malaysia, pedagang Arab berdagang rempah (membawa rempah ratus) dari Timur Tengah, serta peneroka dan pedagang Portugis, Belanda, dan British yang memperkenalkan makanan ruji seperti kacang-kacang tanah, nanas, avokado, tomato dan labu. Masakan Malaysia telah berkembang sepanjang sejarah rantau ini. Walaupun negara moden Malaysia hanya dilahirkan pada tahun 1963, masakan itu boleh dikesan sejak 1400-an, semasa zaman Kesultanan Melaka. Masakan Malaysia adalah gabungan pelbagai budaya masakan dari kepulauan Melayu, India, Cina, Timur Tengah dan beberapa negara Eropah. Pada abad ke-19, semasa zaman penjajahan British, ramai buruh India dan Cina telah dibawa ke Malaysia, menyumbang kepada kepelbagaian cita rasa dalam masakan Malaysia. SEJARAH (ASAL-USUL)
Nasi lemak merupakan makanan kegemaran bagi orang Malaysia dan Singapura terutamanya sebagai sarapan pagi. Nasi lemak adalah hidangan sarapan biasa, di mana ia sering dijual dibungkus dalam daun pisang atau surat khabar. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya. Rakyat Malaysia makan nasi lemak dengan telur kukus, timun, ikan bilis goreng dan sambal. Namun kini terdapat pelbagai juadah yang dihidangkan bersama nasi lemak seperti ayam, daging, sotong, udang dan pelbagai lagi. Lemang merupakan sejenis hidangan tradisi yang digemari orang ramai. Makanan ini wajib dihidangkan pada waktu Hari Raya Aidilfitri, dimana umat Islam meraikan perayaan dengan keluarga serta saudara-mara. Setelah golongan orang Islam Melayu selesai menjalankan ibadah, kembalilah mereka ke rumah dan menjemput tetamu untuk menikmati juadah Hari Raya, iaitu Lemang. Makanan tempatan yang berasaskan atau diperbuat daripada beras pulut, santan dan garam. Makanan ini juga dimasak dengan kaedah membakar secara perlahan-lahan sehingga isinya dimasak dalam buluh yang diselaput dengan daun pisang. Kaedah memasak lemang menggunakan buluh ini diadaptasi dari kaum asli di Malaysia. nasi lemak lemang Rendang adalah masakan yang berasal dari Padang, salah satu makanan khas budaya Minangkabau, dan sering disajikan pada acara-acara dan upacara untuk menghormati tamu. Namun, ia telah menjadi salah satu makanan tradisi masyarakat Melayu sejak dahulu lagi. Hidangan ini diperbuat daripada daging ataupun ayam. Ia dimasak bersama cili kisar, santan, serai, daun kunyit, halia dan bawang merah yang kemudiannya dimasak beberapa jam. Biasanya rendang dihidangkan bersama lemang atau nasi himpit menjelang sambutan Hari Raya setiap tahun. Malah, rendang juga turut dijadikan hidangan harian oleh masyarakat Melayu. rendang MAKANAN TRADISI KAUM MELAYU
Yee Sang, juga dikenali sebagai Yusheng, adalah hidangan yang diperbuat daripada pelbagai salad dan ikan. Menjelang sambutan Tahun Baru Cina, masyarakat Cina akan memasak makanan tradisional ini. Masyarakat Cina mempercayai bahawa ikan adalah pembawa rezeki. Yee Sang diperbuat daripada kepingan ikan terutamanya ikan salmon segar, kacang tanah, cili, lobak putih, lobak merah, halia, daun limau purut, daun pasli, biji bijan bakar dan udang kering goreng. Kuahnya atau penambah rasanya diperbuat daripada sos plum. Ketika bersiap untuk menikmati makanan ini, Yee Sang akan digaulkan dengan mengangkatnya tinggi menggunakan kayu penyepit sambil melaungkan ‘Lo Hei’ beramai-ramai. Semakin tinggi melambungkannya, ia membawa maksud rezeki mereka akan semakin mewah. yee sang Dumpling, juga dikenali sebagai Jiaozi, di mana kulitnya diperbuat daripada tepung gandum. Biasanya ia berintikan isi yang pelbagai jenis seperti udang segar, daging dan juga sayur-sayuran seperti cili, halia, cendawan serta herba. Dumpling merupakan masakan tradisional kaum Cina yang berkhasiat. Ini kerana ia direbus pada suhu yang perlahan berbanding memasak masakan lain. Makanan tradisional Cina ini juga bermaksud ‘wang datang’ kerana bentuknya menyerupai mata wang emas atau perak purba yang dikenali sebagai Yuanbao. Pada zaman dahulu, dumpling dianggap sebagai ubat di mana orang yang dijangkiti pelbagai penyakit akan diberi dumpling. Ia mempunyai kesan penyembuhan yang sangat baik kerana intinya mengandungi herba-herba yang berkhasiat. dumpling Kuih bulan ialah salah sebuah kuih tradisional kaum Cina. Kuih Bulan biasanya boleh didapati menjelang musim Perayaan Pertengahan Musim Luruh atau Tahun Baru Cina. Kuih ini berbentuk bulat dan juga segi empat yang diperbuat daripada kuning telur itik (masin) serta bahan-bahan lain. Ia mempunyai rasa yang manis. Selain itu, kuih bulan juga mempunyai inti yang pelbagai di sebelah dalamnya. Intinya diperbuat daripada pes biji teratai, kacang merah, walnut, bijan, badam, dan biji tembikai. Masyarakat Cina akan memakan kuih ini bagi memperingati sejarah seorang isteri raja yang telah berkorban demi rakyatnya. kuih bulan MAKANAN TRADISI KAUM CINA
Murukku antara makanan tradisi masyarakat India. Murukku secara tradisinya dinikmati sebagai juadah semasa Deepavali. Selain nama murukku, ia juga dikenali dengan nama chakli dan chakri. Bahan utama untuk menghasilkan kuih ini adalah urad dhal, tepung kacang tosai dan tepung beras. Murukku biasanya berbentuk bulat atau berbentuk halus. Ia dibuat menggunakan acuan khas dengan menekan tepung yang telah uli atau cara pemutaran. Kerangupan kuih ini diiringi dengan rempah ratus yang sedikit pedas membuatkan ia menjadi pilihan ramai menjelang hari-hari perayaan. Nasi daun pisang merupakan salah satu makanan tradisi kaum India yang masih kekal sehingga hari ini. Masyarakat India sering menggunakan daun pisang sebagai alas makanan pengganti pinggan. Ia dipercayai boleh membantu system penghadaman seseorang. Nasi daun pisang ini akan dihidangkan bersama pelbagai jenis sayuran, kari ikan mahupun ayam, jeruk dan juga papadom. Biasanya untuk menikmati hidangan ini adalah dengan menggunakan tangan bagi mengekalkan tradisi masyarakat ini. Untuk menunjukkan penghargaan selepas hidangan yang memuaskan, daun pisang perlu dilipat ke arah kita (iaitu ke arah dalam) untuk menunjukkan bahawa hidangan ini bagus. Lipatan ke arah yang bertentangan (iaitu ke atas/membiarkannya) menandakan bahawa hidangan tidak memuaskan. nasi daun pisang murukku Putu mayam antara makanan tradisi kaum India yang mendapat sambutan yang mengalakkan dari semua bangsa dan kini turut dinikmati oleh semua kaum di Sri Lanka, Malaysia, India dan Singapura sebagai snek. Makanan ini diperbuat dari tepung beras atau tepung “idiyappam” bersama air ataupun santan. Untuk menghasilkan putu mayam, ia akan dibentuk menjadi doh terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam acuan yang ditekan bagi menghasilkan bentuk seperti mee halus. Putu mayam dimakan bersama kelapa parut, gula merah/gula Melaka dan juga gula pasir. Hidangan ini sesuai dijadikan sarapan pagi dan juga minum petang. putu mayam MAKANAN TRADISI KAUM INDIA
Bosou, juga dikenali sebagai Tonsom merupakan salah satu hidangan tradisional suku kaum Kadazan-Dusun, Sabah. Ia seakan pekasam atau jeruk. Ia biasanya diperbuat daripada ikan Kepayang atau daging mentah. Kemudian, ikan atau daging mentah yang digunakan akan dicampur dengan nasi putih, garam dan buah-buahan seperti nangka, nenas muda, dan tuhau untuk menambah rasa. Bosou ini juga dicampur dengan pangi sebagai pengawet yang boleh membantu mengelakkan bosou daripada menjadi basi dan berbau busuk. Keseluruhan campuran akan diperam dalam bekas tertutup selama seminggu atau sehingga masak sepenuhnya sebelum boleh dimakan. Secara tradisinya, bosou disimpan dalam kakanan (tajau), tetapi kini ia disimpan dalam botol kaca atau bekas plastik. Bosou boleh dimakan begitu sahaja atau dimasak dengan bawang, cili dan bahan lain untuk menghilangkan baunya yang kuat dan juga sebagai penambah rasa. Sup Manuk Lihing ini dikenali sebagai Sup Ayam Lihing dalam Bahasa Melayu. Ia merupakan sejenis makanan tradisional kaum KadazanDusun, Sabah.Bahan–bahan yang diperlukan untuk memasak hidangan ini ialah seekor ayam kampung, minuman keras yang dikenali sebagai ‘Lihing’ dan hirisan halia. Bagi menyediakan hidangan ini, ayam yang dipotong perlu dicampur dengan setengah cawan lihing, hirisan halia, garam dan serbuk perasa. Rebus dan empukkan ayam sebelum dihidangkan. Sup Manuk Lihing ini juga dikatakan bagus untuk para ibu yang baru bersalin kerana sup tersebut dikatakan dapat membuang angin dalam badan. bosou sup manuk lihing Hinava atau Hinava Ginapan merupakan salah satu hidangan tradisi istimewa bagi kaum Kadazan-Dusun, Sabah, dan boleh dianggap sebagai hidangan paling popular di kalangan kaum Kadazan-Dusun. Ia merupakan hidangan yang diperbuat daripada isi ikan segar yang dicampur dengan biji buah bambangan parut, cili merah, halia, bawang merah, limau dan garam. Isi ikan tersebut tidak perlu dimasak kerana ia akan masak dengan menggunakan perahan jus limau (menyerupai shushi). Selain itu isi sotong atau udang juga boleh digunakan bagi penyediaan Hinava ini. Hinava sering menjadi hidangan istimewa semasa Tadau Kaamatan atau Pesta Kaamatan (pesta menuai padi). Selain itu, ia juga menjadi hidangan istimewa pada majlis-majlis penting seperti perkahwinan, majlis pertunangan dan lain-lain. hinava MAKANAN TRADISI KAUM KADAZAN-dusun
Manuk merupakan salah satu makanan tradisi orang Iban. Manuk dalam bahasa Sarawak merupakan ayam. Manuk pansuh ialah hidangan yang diperbuat daripada ayam dan dimasak dalam buluh. Biasanya untuk menyediakan hidangan ini, ayam tua akan dijadikan sebagai pansuh. Hidangan ini juga sering menjadi lauk serta “tabas” semasa meraikan sesuatu perayaan. Hidangan ini sering menjadi makanan wajib semasa sambutan perayaan Hari Gawai setiap tahun. Kasam ikan adalah hidangan ala jeruk yang digemari oleh masyarakat kaum Iban. Ikan akan diperam selama sebulan sebelum ianya boleh dimakan. Semakin lama ia diperam, semakin sedap isi ikan tersebut. Antara ikan yang sering dijadikan sebagai pekasam adalah ikan baung, ikan semah, ikan lampam jawa, dan lain-lain lagi. Pekasam ensabi merupakan sayur sawi yang dijerukkan sehingga ia menjadi pekasam. Sayur ini merupakan salah satu makanan tradisional yang digemari oleh masyarakat Iban. Kaum Iban memanggil sayur sawi jeruk ini sebagai Kasam Ensabi. Setelah ianya dijerukkan, sawi ini mempunyai rasa yang masam serta sedikit masin. Hidangan ringkas ini yang telah wujud sejak zaman dahulu dan kini diwarisi oleh generasi muda masyarakat Iban sehingga ke hari ini. manuk pansuh pekasam ensabi kasam ikan MAKANAN TRADISI KAUM IBAN
Rakyat Malaysia dapat memahami dan menghargai warisan budaya etnik lain melalui masakan budaya. Ia juga memberi kesedaran budaya dan penerimaan kepelbagaian budaya serta membuka pintu kepada toleransi. Masakan budaya diwarisi oleh rakyat Malaysia turun-temurun. Masakan budaya dapat membantu mengekalkan tradisi dan pengetahuan warisan yang diwarisi dari generasi ke generasi. mewarisi budaya Negara Malaysia mempunyai pelbagai bangsa dan agama seperti Melayu, Cina, India, Kadazan-Dusun, Iban dan lain-lain etnik. Setiap etnik kaya dengan pelbagai jenis makanan. Masakan budaya merupakan penyatuan masyarakat pelbagai etnik Malaysia. Makanan budaya juga merupakan titik pertemuan yang menggalakkan perpaduan dan keharmonian antara pelbagai kaum yang berbeza. PENYATUAN MASYARAKAT MALAYSIA MELALUI BUDAYA MAKANAN mengenali budaya etnik lain KEPENTINGAN MEMELIHARA BUDAYA MAKANAN KEPADA MASYARAKAT MALAYSIA
Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum dan mempunyai banyak kumpulan etnik dimana setiap etnik mewarisi tradisi masakan tersendiri. Ianya juga mencerminkan budaya masyarakat yang berbeza. Nilai kepelbagaian dan harmoni masyarakat Malaysia dapat dihayati melalui penyatuan hidangan dari pelbagai etnik. BAGAIMANA MAKANAN BUDAYA MALAYSIA MENCERMINKAN ETIKA DAN PERADABAN DALAM MASYARAKAT MALAYSIA kepelbagaian etnik Makanan menjadi komponen penting dalam menunjukkan etika dan peradaban masyarakat Malaysia sewaktu perayaan seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali dan lain-lain. Perkongsian makanan semasa perayaan bersama jiran tetangga dan sanak saudara mencerminkan tanda kebiasaan dan sikap kasih sayang. makanan sebagai lambang perayaan Adab semasa makan seperti menggunakan tangan kanan dan mengucapkan terima kasih kepada tuan rumah merupakan elemenelemen yang menujukkan rasa hormat serta menyatakan nilai-nilai kesopanan rakyat Malaysia. adab semasa makan
rujukan https://saji.my/makanan-tradisional-melayu/ https://saji.my/makanan-tradisional-cina/?expand_article=1 https://saji.my/makanan-tradisional-india/?expand_article=1 https://saji.my/makanan-tradisional-kadazan/?expand_article=1 https://saji.my/makanan-tradisional-iban/?expand_article=1 MAKANAN https://pakaiantradisionaldimalaysia.weebly.com/melayu.html https://pakaiantradisionaldimalaysia.weebly.com/cina.html https://shopee.com.my/blog/pakaian-tradisional-india/ https://yuva4ptpjkhmu.weebly.com/pakaian-tradisional.html PAKAIAN http://2010215626.blogspot.com/2011/02/sejarah-penubuhanmasjid-beijing.html https://warisanpermaisuri.blogspot.com/2011/11/istana-negarabaru-jalan-dutalambang.html https://itc.gov.my/listings/masjid-putra-putrajaya/ https://www.propertyguru.com.my/bm/panduanhartanah/inspirasi-rumah-melayu-tradisional-40051 https://www.malaysia.travel/explore/batu-caves https://www.malaysiasite.nl/melakachenghoontengms.htm SENI
rujukan https://uniqueofmalaysia.home.blog/2018/11/23/tarian-tariantradisional-di-malaysia/ https://www.heritage.gov.my/tarian.html https://bestwaykuchingtour.blogspot.com/2016/05/tariantradisional-sarawak.html http://www.sentiasapanas.com/2017/04/tarian-tradisi-sukukaum-sabah.html#axzz8HCeuaOfL https://issuu.com/xuan171717./docs/titas_grp_3_2_55f899719a79 4b/s/12690768 http://naqeeuddin18.blogspot.com/2017/08/kepentinganmempertahankan-unsur-unsur.html https://www.sinarharian.com.my/article/48032/tarian-satukanmalaysia https://www.astroawani.com/berita-malaysia/subjek-seni-danbudaya-harus-diwujudkan-di-sekolah-pupuk-minat-generasimuda-117537 TARIAN https://utusantv.com/2023/01/11/singa/ https://ms.wikipedia.org/wiki/Muzik_Malaysia https://ms.wikipedia.org/wiki/Dondang_sayang https://en.wikipedia.org/wiki/Rebana MUZIK
TERIMA KASIH