Berita Pusat Pengajian Sains Matematik 1 I LOVE MATH DI AYER ITAM , KEDAH. 3-4 April 2015 - I Love Math dianjurkan oleh Pusat Pengajian Sains Matematik dengan kerjasama daripada pihak Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) dan telah dijayakan oleh Persatuan Sains Matematik. Aktiviti yang diadakan pada setiap sidang akademik ini melibatkan sekolah-sekolah yang berminat untuk menganjurkan program ini kepada pelajar mereka. Aktiviti pada sidang 2014/2015 (Semester Kedua) ini diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Seri Indera Putera, Ayer Itam Kedah. Seramai 90 orang pelajar sekolah yang terdiri daripada pelajar tingkatan 4 dan 5 mengambil bahagian. Manakala fasilitator terdiri daripada 35 orang siswa dan siswi serta 4 orang pensyarah pengiring daripada Pusat Pengajian Sains Matematik. Program dua hari satu malam ini adalah yang julung kali dijalankan yang mana sebelum ini program ini dilakukan hanya sehari . Dalam program ini, pelbagai aktiviti yang telah dirancang agar peserta mendapat manfaat sekali gus memupuk minat pelajar sekolah kepada subjek matematik. Di samping itu, pelajar juga diberi pendedahan penggunaan matematik dalam kehidupan seharian. JIL . 1 BIL 01 ( ISSN: 2462-1390) http://www.usm.my NOV 2015 Acara akan datang : “Math Day Out” 21-22 Nov 2015 Pulau Pangkor, Perak “Math Trip” 5 Disember 2015 Gua Tempurung, Perak “Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.” -Lao TzePusat Pengajian Sains Matematik Universiti Sains Malaysia 11800 USM Pulau Pinang Tel: 04-6533481 Fax: 04-6570910 https://www.facebook.com/matematikUSM (Penerbitan 2 kali setahun) Berita Pusat Pengajian Sains Matematik School of Mathematical Sciences Newsletter Universiti Sains Malaysia
Berita Pusat Pengajian Sains Matematik 2 Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti suaikenal, senamatik, ceramah motivasi, rekreasi matematik, burumatik, pentas matematik dan projek matematik. Keterangan lanjut tentang aktiviti seperti di dalam jadual dibawah: Aktiviti Penerangan Suaikenal Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan tersebut akan diberi nama dalam ruang lingkup matematik. Senamatik Berkonsepkan senamrobik yang dibuat secara bersama-sama dan diiringi dengan muzik. Ceramah motivasi Sesi yang disampaikan oleh seseorang yang boleh mencetuskan kesedaran tentang pentingnya matematik kepada para peserta. Rekreasi Matematik Aktiviti berbentuk “mind teaser”. Aktiviti ini menguji kemampuan setiap peserta kem dalam menyelesaikan masalah secara matematik. Burumatik Permainan yang memerlukan peserta menyelesaikan beberapa soalan matematik mudah. Tugasan ini dilakukan berkumpulan dan berbentuk seperti “treasure hunt”. Pentas Matematik Peserta kem membuat persembahan di atas pentas. Sesi pentas matematik merupakan persembahan berbentuk seni hiburan. Tujuannya bukanlah untuk berhibur sematamata tetapi menghayati matematik sebagai satu bentuk hiburan. Projek Matematik Sesi ini menggerakkan kreativiti dalam kalangan peserta kem dalam membina model. Peserta kem akan diberi satu projek kecil yang perlu diusahakan secara berkumpulan. Matlamat program ini diadakan adalah untuk memupuk minat para pelajar terhadap mata pelajaran matematik di samping mengeratkan silaturrahim antara pelajar sekolah dengan siswa-siswi serta menaikkan semangat pelajar-pelajar untuk berjaya hingga ke menara gading. Penasihat Prof Dr.Ahmad Izani Md. Ismail Ketua Editor Prof Dr. Hailiza Kamarulhaili Sidang Penerbit Prof. Madya Ang Miin Huey Dr Husna Hassan Dr Ahmad Lutfi Amri Ramli Dr Mohd Tahir Ismail Cik Hartini Ahmad Cik Nur Atiqah Jamaludin Sidang Penerbit
Berita Pusat Pengajian Sains Matematik 3 Prof Madya Ahmad dalam Slot Motivasi Pembentukan ahli kumpulan dan logo Majlis Perasmian Ice-Breaking Peserta sedang membina projek Hasil Projek peserta Senamatik
Berita Pusat Pengajian Sains Matematik 4 KUIZ MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG 2015 11 April 2015 – Kuiz Matematik Sekolah Menengah Peringkat Negeri Pulau Pinang merupakan salah satu aktiviti tahunan Persatuan Sains Matematik yang diadakan untuk penyertaan sekolah-sekolah menengah di Pulau Pinang sejak tahun 1980an. Kuiz Matematik merupakan usaha siswa-siswi Persatuan Sains Matematik untuk menaikkan nama USM dan menyemai minat pelajar dalam bidang matematik. Matematik merupakan subjek yang dapat meningkatkan daya kreativiti dan pemikiran kritikal pelajar. Ciri-ciri ini akan membantu pelajar dalam melanjutkan pelajaran mereka ke institusi pengajian tinggi dan dalam kerjaya kelak. Program ini dijalankan di Dewan Utama Pelajar (DUP) USM . Sebanyak 40 buah sekolah mengambil bahagian dengan jumlah peserta seramai 237 orang. Mereka dibahagikan kepada dua kategori iaitu sekolah menengah rendah (tingkatan 1 hingga 3) dan sekolah menengah atas (tingkatan 4 dan 5). Objektif kuiz matematik ini adalah untuk meningkatkan minat pelajar sekolah menengah dalam mata pelajaran Matematik. Pelajar sekolah menengah didedahkan dengan masalah-masalah harian yang dapat diselesaikan dengan menggunakan matematik yang dipelajari di peringkat sekolah. Pelajar sekolah menengah didedah dengan suasana universiti dan mampu menjadi inspirasi bagi mereka untuk melanjutkan pelajaran ke istitusi pengajian tinggi. Prof Dr. Hailiza Kamarulhaili, Prof Madya Ang Miin Huey dan Dr Lee See Keong dari Pusat Pengajian Sains Matematik adalah penasihat projek ini. Pengarah Projek ialah saudara Andy Kang Chuin Liang. Projek Matematik Hasil Kerja Pelajar Antara Siswa yang terlibat Kuiz sedang berlangsung Penyampaian Sijil Pemenang Antara Siswa yang Terlibat Disediakan oleh Prof. Madya Dr. Ang Miin Huey
Berita Pusat Pengajian Sains Matematik 5 BENGKEL MATEMATIK SEKOLAH RENDAH PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG 2015. 21-22 Mac 2015 - Bengkel Matematik Sekolah Rendah Peringkat Negeri Pulau Pinang merupakan satu aktiviti tahunan Persatuan Sains Matematik yang diadakan untuk penyertaan sekolah-sekolah rendah di Pulau Pinang sejak tahun 2013. Bengkel ini dijalankan selama dua hari bermula dari 8.30 pagi – 5.00 petang. Peserta-peserta bengkel terdiri daripada murid-murid tahun 5 dan 6. Bengkel ini merupakan usaha siswa-siswi Persatuan Sains Matematik untuk menyemai suasana pembelajaran matematik dengan kaedah bijak dan kreatif di samping melatih murid-murid berfikiran kritikal dalam penyelesaian masalah matematik. Di dalam bengkel ini murid telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan (tidak melebihi 20 orang setiap kumpulan) mengikut topik pengajaran. Topiktopik tahun 2015 ialah pecahan, masalah pengagihan, kebolehterbahagian dan isi tempat kosong dalam operasi tegak matematik. Sebanyak 17 buah sekolah mengambil bahagian dalam bengkel ini menjadikan jumlah peserta yang menyertainya seramai 69 orang. Objektif bengkel matematik adalah untuk meningkatkan minat dalam kalangan pelajar sekolah rendah terhadap mata pelajaran matematik, mencungkil bakat pelajar sekolah rendah dalam bidang matematik dan melatih pelajar kemahiran berfikir secara kritikal dalam menyelesaikan masalah matematik. Prof. Dr. Hailiza Kamarulhaili, Prof. Madya Dr Ang Miin Huey dan Dr. Lee See Keong merupakan penasihat bagi program ini. Pengarah projek ialah saudara Muhammad Khir Jailani. Program Motivasi Antara Siswa yang terlibat Penyampaian Sijil Antara Siswa yang terlibat Disediakan oleh Prof. Madya Dr. Ang Miin Huey
Berita Pusat Pengajian Sains Matematik 6 Peserta Digit Dash ( Langkawi ) DIGIT DASH : KEM MATEMATIK SEPERTI CLASH OF CLANS Kem Matematik Digit Dash menampilkan kelainan kerana menggunakan konsep berunsurkan permainan real-time strategy mirip permainan telefon bimbit Clash of Clans. Dibahagikan kepada 9 kumpulan, pelajar perlu menjalani dua fasa iaitu Coin Collection dan Battle Round Di dalam pusingan Coin Collection, pelajar perlu mengumpul dana dengan menjalankan pelbagai aktiviti matematik seperti jengket sifir, mempelajari Matematik dari contoh kehidupan seharian, menjawab soalan berbentuk peperiksaan dan melakukan persembahan Matematik. Dalam fasa Battle Round, setiap kumpulan akan bertarung untuk menjatuhkan kubu pihak lawan dengan pembelian fortress dan canonball dari dana yang dikumpulkan. Sorakan dan jeritan dari pelajar membuatkan mereka bersemangat untuk mendapatkan sebanyak dana yang boleh dengan melengkapkan aktiviti-aktiviti matematik. Untuk tahun 2015, Digit Dash telah diadakan sebanyak tiga kali di tiga sekolah yang berbeza, melibatkan pelajar-pelajar dari 17 sekolah yang berbeza. Digit Dash 1.0 telah diadakan pada 18 April 2015 di SMK Labu Besar, Kulim, Kedah. Digit Dash: Langkawi pula diadakan pada 15 Ogos 2015 di SMK Tunku Putra, Langkawi, Kedah yang melibatkan pelajar dari sekolah-sekolah di Langkawi iaitu SMK Tunku Putra, SMK Kedawang dan SMK Mahsuri. Digit Dash Bertam diadakan pada 17 Oktober 2015 sempena Karnival Etos Kebangsaan 2015 untuk sekolah rendah melibatkan pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah di Pulau Pinang, Kedah dan Johor. Peserta dan Fasilitator Di Digit Dash Langkawi Peserta Melakukan Sukatan Digit Dash Bertam Pusingan Battle Round Digit Dash Langkawi
Berita Pusat Pengajian Sains Matematik 7 Jadual di atas menunjukkan ringkasan program Digit Dash yang telah berlangsung Salah satu aktiviti Digit Dash ialah pelajar mempelajari Matematik daripada lagu. Sebanyak dua video telah dihasilkan memparodikan lagu popular dan meliputi topik-topik seperti masa, pecahan, luas dan isipadu. Video pertama bolehlah ditonton di https://www.youtube.com/watch?v=WqF4h56j5fc atau pencarian dalam Youtube dengan kata kunci ‘Digit Dash – I Really Like You’. Gabungan aktiviti yang pelbagai menggunakan konsep permainan ini diharap dapat memupuk minat pelajar di samping melihat aplikasi matematik dalam kehidupan seharian. Lokasi Penglibatan Digit Dash 1.0 18 April 2015 SMK Labu Besar, Kulim, Kedah 99 orang pelajar tingkatan 5 Digit Dash : Langkawi 15 Ogos 2015 SMK Tunku Putra, Langkawi, Kedah 110 orang pelajar tingkatan 5 dari SMK Tunku Putra, SMK Kedawang dan SMK Mahsuri Digit Dash : Bertam 17 Oktober 2015 SK Bertam Indah, Bertam, Pulau Pinang 126 orang pelajar Darjah 5 dari 11 sekolah sekitar utara dan Johor. Peserta Mempelajari Pecahan Melalui Video Digit Dash Bertam Penghargaan Kepada Pensyarah yang terlibat Digit Dash Bertam Puzzle Solving Digit Dash 1.0 Disediakan oleh Dr. Ahmad Lutfi Amri Ramli
Berita Pusat Pengajian Sains Matematik 8 LAWATAN KE HATYAI THAILAND 9 Mac 2015 – Program Maths Trip 2015 telah diadakan di Hatyai, Thailand. Seramai 40 orang pelajar Sains Matematik, Sains Kimia dan Sains Fizik telah menyertai program ini. Pn. Ena Jamal turut menyertai program ini sebagai pensyarah iringan. Program Maths Trip 2015 ini diketuai oleh Nabila Faseha Roslin dan diiringi oleh 13 orang ahli jawatankuasa. Objektif lawatan ini adalah untuk mengeratkan silaturrahim antara pelajar dan staf serta mengukuhkan lagi jalinan persahabatan, membuka minda para pelajar Pusat Pengajian Sains Matematik ke arah kelestarian, menarik minat pelajar agar lebih cenderung ke arah kehidupan yang positif dengan beriadah dan melakukan kerja-kerja berfaedah. Kerjasama dan toleransi dalam kalangan pelajar dapat dipupuk serta budaya negara luar dapat dikenali. Antara tempat yang dilawati pada hari pertama lawatan adalah Nora Plaza, Bukit Monyet diikuti dengan Pantai Samila yang terkenal dengan replika duyung yang diperbuat daripada tembaga dan akhir sekali mereka mengunjungi Pasar Terapung (Floating Market). Ini merupakan lawatan pada hari pertama. Pada hari kedua para peserta dibawa melawat ke Hatyai Plaza yang juga dikenali sebagai pasar pagi Hatyai yang terletak berdekatan dengan pekan Hatyai. Hatyai Plaza amat dikenali oleh para pengunjung dengan barangan dijual pada harga yang sangat murah. Selepas lawatan ke pasar Hatyai, para peserta bertolak pulang dan singgah sebentar di Danok sebagai destinasi terakhir membeli-belah. Pelajar Yang Menyertai Lawatan Disediakan oleh Nabila Faseha Roslin
Berita Pusat Pengajian Sains Matematik 9 HARI INTERAKSI 2015 Program Hari Interaksi merupakan salah satu program tahunan yang dianjurkan oleh Persatuan Sains Matematik (PSM). Program ini adalah eksklusif untuk mahasiswa dan mahasiswi Pusat Pengajian Sains Matematik terutamanya mahasiswa tahun satu yang baru mendaftar sebagai ahli. Tujuan program ini diadakan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli baharu dan ahli lama. Selain itu, program ini juga menitikberatkan nilai-nilai murni seperti toleransi, tidak berputus asa, kerjasama dalam kumpulan dan semangat kerohanian yang tinggi dalam kalangan ahli PSM. Program Hari Interaksi diharapkan dapat dijadikan sebagai batu loncatan untuk kesatuan dalam kalangan ahli PSM. Seramai 140 orang peserta terdiri daripada pelajar tahun satu dan 105 ahli jawatankuasa projek terdiri daripada para pelajar senior telah memeriahkan acara pada hari tersebut. Pelbagai acara dan permainan telah diadakan pada hari tersebut seperti senamrobik, aktiviti dalam kumpulan (memindahkan arahan dalam bentuk lukisan) dan aktiviti explorace. Walaupun dalam keadaan cuaca tidak baik, para peserta sangat bersemangat dan memberikan sepenuh komitmen dalam menyertai aktiviti-aktiviti tersebut. Hari Interaksi Matematik 2015 telah diakhiri dengan majlis penutup yang dihadiri oleh Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Matematik iaitu Prof Hailiza Kamarulhaili, Prof Low Heng Chin dan pensyarah iaitu Puan Ena Jamal. Majlis penutup disempurnakan dengan ucapan dari Yang Dipertua Persatuan Sains Matematik, ucapan dari para Timbalan Dekan dan akhir sekali sesi penyampaian hadiah kepada semua kumpulan sebelum sesi bergambar. Disediakan oleh Muhammad Syahir Mohd Sari
Berita Pusat Pengajian Sains Matematik 10 ANUGERAH KHAS KECEMERLANGAN 2015 ( KATEGORI AKADEMIK) ANUGERAH KHAS KECEMERLANGAN 2015 ( KATEGORI PERSATUAN) CHONG MEI KEI (MATEMATIK TULEN) MONNA KIAW SHEH HUI (STATISTIK GUNAAN) KH’NG XIN YI (PEMODELAN MATEMATIK) THUM KAR MEN (MATEMATIK DAN EKONOMI) TAN HUI YIN (PENYELIDIKAN OPERASI) AZHAR AHMAD (MATEMATIK TULEN)
Berita Pusat Pengajian Sains Matematik 11 SIJIL DEKAN SAINS ( MATEMATIK) TAHUN PERTAMA ABHINESHWARY A/P BHALRAJ CHERN ZI JING FARAH HANIM BINTI HASRUDZI LIM SEE HOI MOHD AZRI SYAHMI BIN HAJI A.AZIZ NORIZAN BINTI MUHAMAD NORLAILA BIN JAAFAR NUR DALILA BINTI ABDULLAH SITI NOOR UMAIRAH BINTI SUDIN TAN QI HUAN TAN SIEW THENG TING SIE KIM TAHUN KEDUA AZHAR AHMAD CHIN CHENG FUI ELEEN WEE XIU XIANG HO CHI HOU KOK YIK LOONG MOHD HIJAN MOHD RAZALI NGEW KOK YEW TAHUN AKHIR AIZAT HANIS BIN ANNAS GOH ALYA NADHIRAH ABDUL WAHID GHAJENDRAN POOVANANDRAN HANIS SAFIRAH SAIFUL ANUAR LAI YI MIN MAJIDAH RAMI MOHAMMAD UMMAR YAKOP NUR ASREENAWATY MOHD ASRI NURATIKAH ZAINAL ABIDIN NURIZZATI AZHARI SITI RUQAIYAH HUSSAIN SYAIFUL AZMAN MUHAMMAD NOR IDAYU MAT RIPIN SAINS GUNAAN ( PERMODELAN MATEMATIK) TAHUN PERTAMA CHAN MUN CHUN CHIN CHEE YAW CHOW CHENG LI CHUNG SEE MAN EWE SIN HOOI GAN YEE LIN NOR AZLIANA AZMI TAN WENNY TEOW JUN XIONG WONG YEE WEI TAHUN KEDUA LEE CHIAU HUNG LEE YONG MENG NUR AZLINA MAT NOOR TAN LEY HUA TAHUN AKHIR ABDUL RAHMAN BIN MAYDIN ANIS MUNIRAH BINTI SADLI CHIN KHAI MOON HO EN YUNG JASON CHEAH WEI HEAN KH’NG XIN YI LIM YONG HUI MANIMEGALAI A/P GANESAN NGOW KA-NYAN NOORUL AFIAH BINTI MOHAMED SHUAIB NUR FATEHA BINTI ZAKARIA SEE MAY YEN TANG DAVID YOONG YUAN NING SAINS GUNAAN ( STATISTIK GUNAAN) TAHUN PERTAMA HING CHEN YEE TAN MIN WEI TIOU WEN QUAN YIP MEI KEI SENARAI SIJIL DEKAN SEMESTER II SIDANG AKADEMIK 2014/2015
Berita Pusat Pengajian Sains Matematik 12 TAHUN DUA BONG SZE TING CHIA JING LING CHIN PEI YING KONG MUI KIE LEE JIA MIN LEE SIEW YONG LIM YING MING ONG BEE YAN TAN LEA LUI THAI YUAN LING WONG POH YEE WONG WEN TIAN YAW SHI YU YEE HUI JIA TAHUN AKHIR CARMEN CHIN JIA WEN CHAI YOKE KENG CHONG NGER LING EUNICE TENG XUE QI KOID WEI YING LEE CHEW YANN LIM JIA HUI LIM YI ZHOU LOH YEE MAY LOW JIA CHIR MONNA KIAW SHEH HUI NG SIOK YEN NURUL FARHANA AISYAH BINTI MOHD LUTFI ONG JOO EE SYAZWANI BINTI SULAIMAN THE SOON TATT WILLIAM LIEW WEI SEONG YEAM CHIEW NA YEAP PEI LUAN YIP SHI NEE SAINS GUNAAN ( MATEMATIK & EKONOMI) TAHUN PERTAMA KOH YAN CHYI LIM ENG YIK LIM WEI HONG NUR AIN ASILAH BINTI AZMI SIEW CHEE CONG TAN YEE THENG TYE YI WEI WONG WEI NING TAHUN DUA CHIAH XIN YING HAZEL LIM SIEW MAE LIM TIONG HEAN LOW RUE NING NUR IDAYU IBRAHIM TAN CHING SHAN TEE SAY WEN WONG TAT YAU YAP HUI LING TAHUN AKHIR AHMAD SYAMIL ADZMAN CHEAH YEN PENG CHONG SOON HING CHOW CHIN CHUEN KOK JIN LIANG LEE LEE YIN ONG TEE HO TAN CHEAN WHEY TAN TONG SHENG SAINS GUNAAN (PENYELIDIKAN & OPERASI) TAHUN PERTAMA LIEW SHIN JIE NIK NORIZAN FAUZI NUR FATIHAH MUNIRAH RAMLI SITI ROBIAH MOHD RIDZUAN WONG JIA HUI TAHUN KEDUA NG CHAI FEN PAK SAU FONG TEOH SZE MING TAHUN AKHIR SEE CHAI LI SEE JERN PHIN TAN HOONG INN