The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by natrahyaacob, 2021-10-09 01:54:17

eBOOK TOPIK 5

eBOOK Topik 5

70

TOPIK 5:
KAEDAH FIQH DALAM

SAINS, TEKNOLOGI
DAN KEJURUTERAAN

DALAM ISLAM



SERI KARTINI BINTI JURAMI

71

Kaedah Fiqh berasal daripada dua perkataan bahasa Arab
iaitu kaedah dan fiqh.

Kaedah dari kata dasar (‫) قعد‬dan fiqh dari kata
dasar ( ‫) فقه‬. Jamak (plural) kaedah fiqh ialah
qawaid fiqhiyyah (‫)القواعد الفقهيه‬.

Pengertian Pada pengertian bahasa perkataan kaedah memberi erti tapak, asas dan
Bahasa prinsip. Manakala fiqh bererti al-fahmu iaitu kefahaman.

Dari segi istilah, kaedah fiqh bermaksud prinsip fiqh yang bersifat umum Pengertian
dalam bentuk nas (ayat) pendek dan mengandungi hukum-hukum umum Istilah Fiqh

yang sesuai dengan bahagian-bahagiannya.

KAEDAH = tapak, asas, prinsip. KAEDAH FIQH = Prinsip fiqh yang bersifat umum dalam

bentuk nas (ayat) pendek dan mengandungi

FIQH = kefahaman hukum-hukum umum yang sesuai
dengan bahagian-

bahagiannya

Ia merupakan kaedah yang dirumus oleh ulamak

berdasarkan dari ringkasan masalah-masalah fiqh

terdahulu dan penelitian serta kefahaman mereka

terhadap nas syarak (al-Quran dan AI-Hadis).

IKaedah fiqh membantu menjelaskan kaedah penetapan
hukum sesuatu permasalahan yang berkaitan dalam skop
perbincangannya dan dijadikan bahan pertimbangan
dalam menetapkan sesuatu hukum permasalahan baru
yang mampu berinteraksi dengan perubahan zaman.

Namun ia tidak menduduki tempat sebagai dalil syarak.

KKoonnsseepp AAssaass KKaaeeddaahh FFiiqqhh 72
DDaann AApplliikkaassiinnyyaa

1 5

‫االلااموورر بممققاصدهها‬ ‫االلععااددةة ممححككممةة‬

2 3 4

‫اليقين لا يزال‬ ‫المشقة تجلب‬ ‫االلضضرررر ييززالل‬
‫بالشك‬ ‫التيسير‬

‫ الامور بمقاصدها‬1 DALIL RUJUKAN

Setiap Perkara Bergantung ‫ َوِإَّنَم ا ِلُكِّل اْم ِرىٍء َم ا َنَوى‬، ‫ِإَّنَم ا اَألْع َم اُل ِبالِّنَياِت‬
Kepada Niatnya
Maksudnya:“Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada
niat, dan sesungguhnya kedudukan bagi amalan tersebut adalah

tertakluk kepada apa yang diniatkan”.

Kaedah ini menjelaskan bahawa kedudukan atau hukum sesuatu Hadis riwayat
amalan seseorang sama ada pertuturan atau perbuatan, adalah Saidina Umar al-Khattab
bergantung kepada niat atau tujuan pelakunya.

PERBINCANGAN KAEDAH

Niat bermaksud sesuatu lintasan dalam hati untuk melakukan sesuatu perkara. Kedudukan
niat sangat penting kerana ia mempunyai pelbagai fungsi dalam menentukan setiap amalan
yang dilakukan dan memberi rentetan kesan kepada pelakunya dalam pelbagai masalah
hukum.

Dalam bidang sains, teknologi dan kejuruteraan, niat berperanan menentukan kedudukan
dan hukum setiap aktiviti kajian dan produk yang dihasilkan. Selain diiktiraf oleh Islam
peranan niat dalam aktiviti tersebut juga boleh mencapai status ibadah umum dan amal
jariah.

Secara umumnya perkembangan sains, teknologi dan kejuruteraan selagi mana ia
bertujuan memberi kebaikan kepada manusia dan tidak bercanggah dengan prinsip
syarak adalah diterima dalam Islam.

Antara fungsi niat: 73
1. Membezakan ibadah atau adat.
2. Menbezakan ibadah dengan ibadah yang lain. DNiihaatti
3. Membezakan fardhu dengan sunat dalam ibadah yang sama jenis.
4. Membezakan antara fardhu dengan fardhu itu sendiri.
5. Mendapat pahala atau dosa (amalan soleh atau toleh).
6. Mendapat ganjaran pahala atau lagha.
7. Hukuman yang dikenakan.
8. Perbuatan yang boleh dilakukan atau tidak boleh dilakukan.

Syarat sesuatu aktiviti sains, teknologi dan kejuruteraan diiktiraf di dalam Islam ialah:

1.Bertujuan baik seperti jaringan internet yang boleh memudahkan dan membantu urusan
manusia.

2.Menepati syarak seperti teknologi penyembelihan haiwan secara kormersial yang tidak
bercanggah dengan nas syarak.

3.Disusun dengan baik dan menepati kualiti syarak dan semasa seperti sistem pengurusan
yang mampu menjadikan kerja tersusun, efektif dan menepati syarak.

4.Mendahulukan sesuatu yang terpenting daripada yang penting dengan merujuk tujuan syariat
seperti produk yang dihasilkan lebih mengutamakan keselamatan nyawa manusia berbanding
keuntungan.

ccoonnttoohh

 Teknologi kapal terbang adalah
bertujuan untuk memberi kemudahan
kepada manusia untuk bergerak dengan
lebih pantas, selesa dan selamat.

 Pembedahan secara laser dalam bidang
perubatan bertujuan untuk memberi rawatan

yang lebih efektif dan mesra pesakit.

 Capaian internet bertujuan membantu kepada
manusia mencapai atau berkongsi maklumat
dengan lebih mudah, cepat dan tepat.

‫ اليقين لا يزال بالشك‬2 DALIL RUJUKAN 74

 Al-Quran surah Yunus: ayat 36 yang bermaksud:

Keyakinan Tidak akan Dihilangkan “Dan kebanyakan manusia tidak menurut melainkan
Dengan Keraguan sesuatu sangkaan sahaja. Pada hal sesungguhnya
sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak untuk

menentukan sesuatu kebenaran”.

 Hadis diriwayatkan oleh Muslim, Kaedah ini menjelaskan bahawa
daripada Abi Hurairah RA yang bermaksud: keyakinan pada sesuatu perkara
tidak boleh diubah hanya kerana
“Apabila kamu dapati sesuatu yang berlaku pada sesuatu keraguan.
perut, kemudian timbul persoalan adakah keluar
sesuatu daripadanya atau tidak jangan kamu Sesuatu keyakinan hanya boleh
sekali-sekali keluar daripada masjid sehinggalah dihilangkan dengan sesuatu
kamu mendengar bunyi atau dapati baunya”. keyakinan yang lain.

PERBINCANGAN KAEDAH Keyakinan adalah sesuatu yang dipegang atau
dipercayai benar pada asal sesuatu perkara. Syak atau
ragu pula bermaksud ketidakyakinan atau
ketidakpastian terhadap sesuatu perkara.

Kaedah ini menetapkan keyakinan yang dipegang oleh
seseorang tidak berubah dengan sewenang-wenangnya oleh
gangguan syak atau keraguan yang tidak pasti status
kebenarannya.

Kaedah ini digunakan dalam menyelesaikan masalah fiqh
berkaitan was-was seperti ragu-ragu bilangan rakaat dalam
solat, tidak pasti telah batal wuduk dan seumpamanya.

Dalam bidang sains, teknologi dan kejuruteraan, suatu keyakinan pada ilmu yang dimiliki secara
benar mampu menghasilkan keputusan dan tindakan yang benar dan penuh keyakinan. Keraguan
dan kemungkinan-kemungkinan yang tidak pasti menjadi kekangan dalam penghasilan rekaan,
ciptaan dan penyelidikan.

Para saintis, teknokrat dan jurutera hendaklah berkeyakinan bahawa usaha mereka memenuhi
tujuan syariat dan memberi impak yang baik kepada kesejahteraan manusia. Sebarang
keraguan yang datang, tidak mengugat keyakinan asal dan usaha yang dilakukan.

Jika seseorang melakukan sesuatu perkara.
Kemudian berlaku keraguan, sama ada perkara
itu belum, sedang atau telah berlaku, maka
perlu dikekalkan keyakinannya (untuk tetap
dengan perkara yang dilakukannya) pada
keadaan atau hukum asal (kerana keyakinan
tidak boleh dihilangkan dengan keraguan).

ccoonnttoohh 7765 Saintis telah menghasilkan telefon pintar untuk memberi

pelbagai kemudahan kepada manusia. Namun timbul keraguan
telefon pintar tersebut akan digunakan untuk perkara-perkara
yang tidak bermanfaat. Maka hukum asal penghasilan telefon
pintar dibolehkan.

 Saintis telah menghasilkan alat pengguguran janin bagi janin yang bermasalah dan
perlu digugurkan. Timbul keraguan alat ini akan digunakan untuk menggugurkan janin
luar nikah. Hukum asal alat ini boleh dihasilkan.

3 DALIL RUJUKAN

‫المشقة تجلب التيسير‬  Al-Quran, surah al-Baqarah, ayat 185

Kesukaran Membawa Kepada yang bermaksud: “Dan ia tidak menjadikan kamu
Kemudahan (Keringanan)
menanggung sesuatu keberatan

dan susah payah dalam perkara agama”

Kaedah ini menjelaskan bahawa sesuatu kesukaran Masyaqqah
yang diiktiraf oleh syarak boleh menjadi sebab sesuatu (kesukaran)
perkara itu boleh dimudahkan atau diringankan sesuai
dengan ketetapan syarak.

PERBINCANGAN KAEDAH Masyaqqah yang boleh membawa
kepada kemudahan dalam
Masyaqqah (kesukaran) adalah sesuatu kesulitan yang syarak:
menghendaki adanya keperluan (hajat) terhadap sesuatu,
namun jika tidak dipenuhi ia tidak akan mendatangkan 1. Kurang akal (gila).
bahaya kepada manusia. 2. Kurang umur (kanak-kanak).
3. Tertidur sehingga sedar.
Kesukaran yang dimaksudkan dalam kaedah ini adalah 4. Jahil perkara yang sebenar.
merujuk kepada beberapa keadaan kesukaran yang 5. Sakit.
melampaui tahap kebiasaan bagi manusia normal. 6. Musafir.
7. Alpa atau terlupa.
Masyaqqah (kesukaran) akan mewujudkan keringanan 8. Dipaksa.
(rukhsah) bagi menghilangkan kesukaran tersebut. 9. Umum al-balwa (perkara yang
diterima umum dan boleh
dimaafkan apabila berlaku).

1. Pengguguran kewajiban atau hukum seperti dibenarkan RRuukkhhssaahh
meninggalkan puasa Ramadhan disebabkan sakit. ((kkeerriinnggaannaann))

2. Mendahulukan sesuatu perkara pada masa hadapan Rukhsah yang dibenarkan
seperti jamak taqdim ketika musafir. oleh syarak:

3. Menangguhkan sesuatu perkara seperti jamak ta’khir.
4. Pengurangan melaksanakan sesuatu kerana kesukaran

yang wujud seperti solat qasar.
5. Penggantian seperti bertayamaum menggantikan wuduk

dan mandi wajib.

Perkara yang perlu diambil perhatian 76
untuk mengaplikasikan kaedah ini:

1. Pengaplikasian kaedah ini 2. Sebarang kesukaran yang berlaku dalam proses
tertakluk kepada prinsip dan penyelidikan perlu dirujuk kepada syarat-syarat yang

maqasid syariah. membenarkan rukhsah terpakai.

3. Keizinan untuk menggunakan kaedah ini berlaku 4. Kebenaran menggunakan
apabila sesuatu tujuan yang sangat diperlukan rukhsah berkuatkuasa selama

terhalang oleh sesuatu kesukaran yang dibenarkan mana kesukaran tersebut
oleh syarak. masih berlaku.

5. Kaedah ini tidak diambil mudah untuk 6. Saintis, teknokrat dan
menghalalkan segala bentuk rukhsah, sebelum jurutera perlu bertanggung
memilih pelbagai kaedah lain dalam mengelak
jawab dan jujur dalam
atau mengatasi kesukaran tersebut. menjalankan peranan mereka.

7. Keluasan penggunaan kaedah ini tiada had dan sempadan waktu. Keutamaan
diberikan kepada kes-kes yang memudaratkan agama, nyawa, akal, maruah, keturunan

dan harta manusia.

ccoonnttoohh

 Kesukaran untuk memelihara
kehormatan dan kemuliaan al-Quran yang
terlalu uzur mengharuskan penciptaan
mesin pelupusan naskhah al-Quran.

 Keharusan menggunakan
kaedah in-vitro atau bayi tabung
uji bagi pasangan suami isteri
yang tidak ada anak atau sukar
mempunyai anak.

 Keharusan majlis akad nikah
secara online ketika wabak
covid 19.

4 DALIL RUJUKAN 77

‫الضرر يزال‬  Hadis Rasulullah SAW yang dikeluarkan oleh

Kemudharatan Hendaklah Imam al-Suyuti: ‫ضرار ولا ضرر لا‬
Dihapuskan Maksudnya:

Tidak dibenarkan melakukan kemudharatan

dan membalas sesuatu dengan kemudharatan”.

Kaedah ini menjelaskan bahawa sesuatu kemudharatan
yang boleh mengancam tujuan syariah perlu dihapuskan.

PERBINCANGAN KAEDAH

Kemudharatan adalah kesulitan yang memberi kesan
buruk terhadap kehidupan asasi manusia yang akan
mengancam agama, nyawa, akal, keturunan, maruah
atau harta.

Kaedah ini menjadi panduan dalam perkembangan

sains, teknologi dan kejuruteraan agar setiap tujuan

dan segala yang dihasilkan tidak membawa

kemudaharatan dalam kehidupan. Bahkan para saintis,

teknokrat dan jurutera perlu berusaha menghasilkan

sesuatu yang dapat menghilangkan kemudharatan yang

sedang berlaku.

Islam mengharamkan segala tindakan dan tindak

balas yang boleh membawa kepada kemudharatan

Perbezaan antara sama ada kepada agama, negara, diri sendiri,
masyaqqah (kesukaran) dengan orang lain dan alam sekitar.

dharurah (kemudharatan)

MASYAQQAH DHARURAH

Kesulitan yang menghendaki keperluan Kesulitan yang memberi kesan buruk
(hajat) terhadap sesuatu. terhadap kehidupan manusia.

Jika tidak dipenuhi, tidak akan Jika tidak diselesaikan, akan mengancam agama,
membahayakan manusia. nyawa, akal, keturunan, maruah dan harta.

Masyaqqah membawa kepada kemudahan Dharurah akan menyebabkan
dan keringanan (rukhsah) untuk pengguguran sesuatu hukum untuk
menghilangkan kesukaran tersebut. menghilangkan kemudharatan tersebut.

Perkara yang perlu diambil perhatian 78
untuk mengaplikasikan kaedah ini:

1. Kemudharatan tidak boleh dihilangkan dengan kemudharatan yang
setaraf dengannya. Oleh itu, seseorang tidak boleh melakukan atau
menghasilkan sesuatu yang tahap bahayanya sama dengan tahap
bahaya pada perkara yang asal, walaupun berbeza bentuk.

2. Menolak kemudharatan perlu diutamakan daripada mengambil
kebaikan. Umpamanya penggunaan senjata nuklear untuk tujuan
peperangan tidak dibenarkan kerana menyebabkan kemusnahan yang
besar kepada manusia dan alam sejagat.

3. Sesuatu yang asalnya terlarang atau haram boleh dilaksanakan untuk
tujuan menghilangkan kemudharatannya. Contohnya keharusan doktor lelaki
melihat aurat wanita sekadar yang perlu untuk tujuan rawatan dengan syarat
tidak ada doktor wanita yang dapat merawatnya.

ccoonnttoohh  Teknologi sel stem embrionik dalam
bidang bio-perubahatan.

 Larangan pembinaan kilang di kawasan
perumahan kerana bahaya pencemaran.

 Suntikan vaksin bagi mengelakkan
penyakit merbahaya berjangkit.

 Bahan sisa merbahaya perlu dilupus
dengan teknologi yang selamat.

 Teknologi pembedahan plastik.

 Sistem kewangan Islam menggantikan
sistem kewangan konvensional yang
diharamkan.

‫العادة محكمة‬ 795 DALIL RUJUKAN

Adat Dijadikan Sebagai  Al-Quran surah al-A’raf: ayat 199 yang bermaksud:
Rujukan Hukum
“Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang
mengerjakan yang maaruf serta berpalinglah daripada

orang-orang yang bodoh”.

 Hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan Imam Kaedah ini menjelaskan adat dan
Ahmad, Bazar, Thabrani dalam Kitab Al-Kabir dari uruf boleh dijadikan rujukan untuk
Ibnu Mas’ud yang bermaksud: menetapkan sesuatu hukum bagi
sesuatu masalah dengan syarat
“Apa yang dipandang baik oleh orang-orang Islam tiada nas syarak dalam
maka baik pula di sisi Allah, dan apa yang sahaja permasalahan tersebut.

yang dipandang buruk oleh orang-orang Islam
maka ia di sisi Allah juga buruk”.

PERBINCANGAN KAEDAH ADAT TERBAHAGI
KEPADA DUA.
Adat ialah sesuatu yang sudah menjadi kelaziman
dilakukan oleh manusia. Uruf pula merujuk kepada 1. Adat yang sahih iaitu adat
sesuatu yang telah dimaklumi oleh masyarakat hingga yang tidak bertentangan dengan
menjadi amalan kebiasaan. Secara umum keduanya syarak.
adalah memberi maksud yang sama. 2. Adat yang fasid iaitu adat
yang bercanggah dengan syarak.
Syariah Islam sentiasa bersifat terbuka dan bertoleransi
menerima sebarang bentuk uruf dan adat yang sentiasa
berkembang dan tidak dapat dipisahkan dalam masyarakat
selagi mana ia tidak bertentangan dengan syarak.

Asas pertimbangan utama untuk menerima Para saintis, teknokrat dan jurutera masih
adat sebagai rujukan hukum ialah mencegah perlu menjadikan nas syarak, prinsip dan
berlakunya kemudharatan melebihi daripada tujuan syariah sebagai sumber teras dalam
mengambil kemaslahatan kepada manusia. membuat penyelidikan.

Syarat utama u’ruf 1 Uruf/adat tersebut menjadi amalan kebiasaan atau budaya
atau adat diterima 2 umum yang diamalkan secara berskala besar oleh masyarakat,
sebagai sandaran konsisten dan tidak berubah-ubah dalam tempoh singkat.
hukum:
Uruf/adat tersebut menjadi amalan kebiasaan atau budaya umum
yang diamalkan secara berskala besar oleh masyarakat,
konsisten dan tidak berubah-ubah dalam tempoh singkat.

3 Sekiranya uruf boleh menimbulkan kemudharatan dan kepayahan dalam
hidup, maka uruf tersebut dikira terbatal. Contoh larangan mengambil upah
mengajar al-Quran terbatal atas sebab uruf semasa.

ccoonnttoohh 80

 Pembelian air dan makanan
menggunakan mesin vendor.

 Pembayaran zakat secara
atas talian.

 Jual beli secara atas
talian.

KPEAREADNAAHNFIQH

Antara peranan kaedah fiqh dalam bidang PPeenneerraannggaann
sains, teknologi dan kejuruteraan ialah:
Kaedah fiqh menetapkan fomula teras atau
1 Memudahkan pemahaman terhadap asas untuk diguna pakai sebagai rujukan
penetapan hukum yang diguna sebelum memulakan penyelidikan.
pakai dalam persoalan sains,
teknologi dan kejuruteraan. Setiap persoalan baru dalam kajian sains,
teknologi dan kejuruteraan boleh dirujuk
kepada kaedah fiqh bagi menjelaskan
hukumnya.

CCoonnttoohh

‫َالَّض َرُر ُيَزاُل‬

Kaedah ini menjadi rujukan dalam
penetapan hukum harus menderma organ
bagi tujuan memelihara maqasid syariah.

MAJLIS FATWA KEBANGSAAN 81

TELAH MENETAPKAN SYARAT KEHARUSAN

PENDERMAAN ORGAN

1 Tidak boleh dijual beli demi menghormati kedudukan dan
kehormatan manusia.

Tidak boleh memudharatkan penderma. 2

3 Seorang muslim boleh menderma organ kepada non-
muslim yang tidak memusuhi agama Islam.

Organ yang didermakan tidak memberi kesan amalan baik dan buruk 4
kepada si penderma asal, kerana setelah pendermaan, orang yang
menerimanya akan menanggung akibat perbuatan tersebut.

5 Pendermaan organ mestilah memenuhi salah satu maqasid
syariah iaitu memelihara nyawa manusia.

Ia dilakukan sebagai pilihan terakhir untuk menyelamatkan nyawa 6
seseorang.

2 Membantu para saintis, teknokrat PPeenneerraannggaann
dan jurutera menyelesaikan
masalah yang melibatkan isu-isu Kaedah fiqh membantu saintis, teknokrat dan
sains, teknologi dan kejuruteraan
selari dengan tuntutan Islam. jurutera mengenalpasti isu-isu semasa yang

CCoonnttoohh wujud dalam masyarakat dan memberi

panduan kepada mereka untuk

menyelesaikan persoalan yang berlaku selari

dengan Islam seperti isu proses in-vitro

(persenyawaan luar rahim), perancangan

keluarga, pengguguran bayi dan pemindahan

darah.

‫الَّتْيِس يَر َتْجِلُب‬
‫اْلَم َش َّق ُة‬

Kaedah ini menjadi panduan dalam menyelesaikan masalah pasangan yang tiada atau
sukar memperolehi anak untuk mendapat anak melalui proses in-vitro (bayi tabung
uji). Namun pelaksanaan proses tersebut perlu dilakukan selari dengan Islam.

MUZAKARAH 82
JAWATANKUASA FATWA

MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL-EHWAL UGAMA ISLAM MALAYSIA

KALI KE-5 YANG BERSIDANG PADA 16-17 NOVEMBER 1982 TELAH
MEMUTUSKAN:

 Bayi tabung uji daripada pasangan suami isteri yang dicantumkan secara

1 ‘terhormat’ adalah sah di sisi Islam. Sebaliknya tidak sah sekiranya benih diambil
daripada bukan suami isteri yang sah.

 Sekiranya benih daripada suami atau isteri yang

2 dikeluarkan dengan cara yang tidak bertentangan
dengan Islam, maka ia dikira sebagai cara terhormat.

 Bayi yang dilahirkan melalui tabung uji itu boleh

3 menjadi wali dan berhak menerima harta pusaka
daripada keluarga yang berhak.

Syarat-syarat
kaedah bayi tabung uji

Ø Sperma dan ovum adalah daripada pasangan suami isteri yang sah.

Ø Benih yang telah disenyawakan perlu dimasukkan ke dalam rahim isteri
berkenaan dan tidak boleh ditumpangkan kepada rahim wanita lain.

Ø Tidak menggunakan sperma suami yang telah meninggal dunia bagi tujuan
menghasilkan bayi tabung uji kerana hubungan perkahwinan telah tamat.

Ø Melakukan kaedah pemilihan jantina kerana tindakan tersebut dikira
mencampuri urusan Allah dan tidak menerima takdir.

3 Menyediakan keperluan hukum-hukum yang menyeluruh
bagi menangani isu-isu kecil dalam sains, teknologi dan
kejuruteraan.

PPeenneerraannggaann

Hukum-hukum yang telah diputuskan dalam kaedah fiqh sangat sesuai untuk
menjawab persoalan-persoalan cabang (furu’) yang timbul dalam bidang
sains, teknologi dan kejuruteraan.

MUZAKARAH KHAS 83
JAWATANKUASA FATWA

MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL-EHWAL UGAMA ISLAM MALAYSIA

YANG BERSIDANG PADA 12 JULAI 1999 TELAH MEMUTUSKAN:

 Penggunaan kaedah fiqh : "Menolak Kaedah Feqah

1 kerosakan lebih utama daripada mengambil ‫درء المفاسدمقدم على‬
kebaikan" adalah bertepatan dengan isu ‫جلب المصالح‬
pemindahan sel atau gen khinzir melalui
proses bio-teknologi. "Menolak kerosakan lebih utama
daripada mengambil kebaikan"
 Ini kerana , ia akan menimbulkan fitnah dan
menyebabkan umat Islam terjebak dalam perkara-
perkara yang haram.

 Barangan, makanan dan minuman

2 yang diproses melalui kaedah bio-
teknologi DNA khinzir adalah
bercanggah dengan Islam dan
hukumnya adalah haram.

 Penggunaan bio-teknologi DNA

3 khinzir dalam pemprosesan barangan,
makanan dan minuman belum lagi
sampai ke tahap darurat kerana masih
ada altenatif bahan yang lain.

TOPIK 5: 84
KAEDAHKEFJIQUHRUDTAELRAAMASNADINASLA, TMEKISNLOALMOGI DAN

LATIHAN
PENGUKUHAN

Imbas
di sini

atau layari ssccaann mmee
link di
bawah

http://tiny.cc/TOPIK5

RUJUKAN 85

1. Abdullah Jalil. 2011. Al-Qawa’ id Al-Fiqhiyyah. USIM.http://e-muamalat.islam.gov.my/ images
/pdf-bahan-ilmiah/qawaid_fiqhiyyah-_abdullaah_jalil_usim_portal.pdf [7 Julai 2021].

2. Fatmah Taufik Hidayat 1 & Mohd Izhar Ariff Bin Mohd Qasim. 2016. Kaedah Adat Muhakkamah
Dalam Pandangan Islam ( Sebuah Tinjauan Sosiologi Hukum ). Jurnal Sosiologi USK,
Volume 9, Nomor 1, Juni 2016 (hal. 67-83). file: /// C:/ Users/ User/ Downloads/ 9262-
21946-1-SM.pdf [ 8 Julai 2021].

3. Kalsom Awang & Mohd Zahirwan Halim Zainal Abidin . Pengaplikasian Qawa'id Fiqhiyyah
dalam Pengurusan Alam Sekitar. Jurnal Perspektif Jil. 3 Bil. 1 (hal. 39-59) ISSN 1985 -
496X. http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/30505/4. PDF [8Julai 2021].

5. Modul MPU 23052 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam . Ipoh : Unit Pendidikan Islam
dan Moral Politeknik Ungku Omar.

4. Khazri Osman, Mohamad Zulkifli Abdul Ghani & Najihah Abd . Wahid. 2020. Peranan Qawaid
Fiqhiyyah Dalam Dakwah Semasa Situasi Penularan Wabak. Bicara Dakwah Kali Ke 21:
Dakwah Dalam Talian Semasa Pandemik (hal. 69 - 74). Bangi: UKM. https://www.
ukm.my/ bicaradakwah/wp-content/uploads/2020/11/BD21-7.pdf [8 Julai 2021].

6. Mohd Azli Adnan , Asnuurien Najma Ahmad & Rasdin Husin.T.t. Sains Teknologi dan Kejuruteraan
Dalam Islam. Putrajaya: Jabatan Pengajian Politeknik.

7. Mohd Fauzi Hamat & Mohd Sobri Ellias . 2010. Aspek- Aspek Pemikiran Kritis Dalam Al -Qawa‘id
Al-Fiqhiyyah. Jurnal Syariah (Jil. 18, Bil . 3 (2010) hal. 527- 564). Kuala Lumpur: Universiti
Malaya.

8. Toha Andiko. 2014. Pemberdayaan Qawâ`Id Fiqhiyyah Dalam Penyelesaian Masalah - Masalah
Fikih Siyasah Modern . Al - ‘Adalah . Vol. XII , No .1 Juni 2014 (hal. 103-118).Lampung:
Faculty of Syariah State Islamic University of Raden Intan Lampung. file:/// C:/ Users
/ User/Downloads/178-791-1-PB%20(3).pdf [8 Julai 2021].

9. Zulkifli Mohamad al- Bakri. 2015. Bayan Linnas Siri Ke-35: Pendermaan Organ. Kuala Lumpur:
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. https:// muftiwp.gov.my/artikel/ bayan- linnas/
1816-pendermaan-organ [ 8 Julai2021].

10. https:// cmnacademy. com/ menjadikan- kelas- mengaji- yang- bukan- sekadar- mengaji /
[19 September 2021].

11. https:// www. hasanjufri. com /2021 /04 /memilih -untuk-mondok.html [19 September
2021].

12. https://www.pngwing.com/id/free-png-zuguz(19 September 2021].

13. https:// my. lovepik. com/ image- 500344435/ hand- over- aircraft- technology.html
[19 September 2021].

14. 4. https://jiwasihat.com/pembedahan-lasik/[19 September 2021].

15. https:// www.kaffah college.com/2013/ 04/ les-privat-atau-les-kelas [ 19 September
2021]

RUJUKAN 86

16. https:// my . lovepik . com / image - 500651015 / science - and - technology - and - medical -
innovation.html[19 September 2021].

17. https://www. sinarharian. com.my /article/ 27402/ LIFESTYLE/ Sinar- Islam/ RIBUAN-naskhah-
al- Quran - yang - kelihatan - masih - baharu - dan - belum - terusik - di -dalam-palet-
memenuhi-sebahagian- ruang- simpanan- pelupusan- di- pejabat- Kumpulan- Media-
Karangkraf - Karangkraf) - yang- terletak- di-Shah-A lam-
Selangor[19 September 2021].

18. https: // lt2.htgetrid. com/ eko/ etapy / korotkij- protokol- po- dnyam/ [19 September 2021].

19. https : // www . astroawani . com/ berita - malaysia / covid19 - jawi -
conducts - marriage - solemnisation - video - conferencing -
239024[19 September 2021].

20. https://ms.wikipedia.org/wiki/Pencemaran_udara[19 September 2021].

21. https :// freedesign file . com / 650312 - jatuh - daritangga - cartoon - illustration - vector /
[19 September 2021].

22. https://www. idntimes.com/science/experiment/deny-hung/mengenal-teknologi-stem-cell-
harapan-para-penderita-kanker-darah-c1c2/1[19 September 2021].

23. https://www. bharian. com. my/ dunia/ eropah/ 2021/03/797696/ suntikan-vaksin-covid-19-
tidak-batalkan-puasa[19 September 2021].

24. https://www.sinarharian.com.my/article/17857/EDISI/Johor/Gambar-pencemaran-tiada
-kaitan-Sungai-Kim-Kim[19 September 2021].

25. https://ms.approby.com/sejarah-pembedahan-plastik/[19 September 2021].

26. https :// economy . okezone .com/ read / 2020 / 12 / 07 / 278/ 2323088/ wapres- ingin -
masyarakat-lebih-paham-pasar-modal-syariah[19 September 2021].

27. https:// www. keyifotomat.com/ yiyecek- otomat- makina- snakky. aspx [19 September
2021].

28. https: // ms. pngtree.com/ freepng/ online- store- with- shopping- bags_5347177. html
[19 September 2021].

29. https: // cikguzim. blogspot.com / 2020 / 04 / cara- bayar- zakat- fitrah- online -
yang.html[19 September 2021].

30. https:// www. bharian. com.my/ wanita/ sihat/ 2019/ 01/ 516929/ eksklusif -21018-
pesakit-tunggu-organ-untuk-terus-hidup[19 September 2021].

31. https://www.slideshare.net/izzulsham/bayi-tabung-uji[19 September 2021].

32. http: // safitriendah1554 . blogspot . com / 2016 / 04 / pemanfaatan - dna- dalam -
bioteknologi.html[19 September 2021].

33. https://www.ipendidikan.my/persediaan-menghadapi-revolusi-industri-4-0.html (
[19 September 2021].


Click to View FlipBook Version