The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by natrahyaacob, 2022-01-18 22:44:34

INSTITUSI PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH SEBAGAI PLAFORM INTEGRASI

KUMP SHAHIRA

NAMA KURSUS :
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

KOD KURSUS :
MPU21032

NAMA PENSYARAH :
PN NATRAH BINTI YAACOB

TAJUK TUGASAN :
EFOLIO

( INSTITUSI PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH SEBAGAI PLAFORM INTEGRASI )

NAMA PELAJAR & NO. PENDAFTARAN :

NOOR NABILA HUSNA BINTI SUBRI 01DEP20F2001

NOR SHAHIRA BINTI ABD RAHMAN 01DEP20F2009

ERWANIE HUSNA BINTI AZMI 01DEP20F2021

Jadual Kerja

Bil. Isi Kandungan Disediakan oleh :

1. Pendahuluan Nor Shahira

2. Isi 1 : cabaran integrasi melalui Nor Shahira
pendidikan Nabila Husna
Nabila Husna
3. Isi 2 : Inisiatif kerajaan dalam
membantu pelajar

4. Isi 3 : Dasar pendidikan di Malaysia

5. Isi 4 : Cara memupuk integrasi Erwanie Husna

6. Isi 5 : Cara memupul integrasi dari Erwanie Husna
sekolah rendah dan menengah Erwanie Husna

7. Kesimpulan

INSTITUSI PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH SEBAGAI PLATFORM
INTEGRASI

MAKSUD INTERGRASI

Intergrasi adalah tindakan menggabungkan atau menyatukan sesuatu bahagian
sehinggamenjadi sebahagian daripada keseluruhan.Sebagai contoh menurut kamus
dewan edisi ke-4 integrasi ialah penggabungan dua atau beberapa kaum menjadi
satu kesatuan.

DEFINISI PENDIDIKAN

Pendidikan merangkumi proses pengajaran dan pembelajaran kepakaran khusus,
dan juga sesuatu yang tidak dapat dilihat tetapi lebih mendalam: pemberian
pengetahuan, pertimbangan, kemahiran dan kebijaksanaan. Salah satu asas
matlamat pendidikan adalah untuk mengajar kebudayaan melangkaui
generasi.Pendidikan sering berlaku di bawah bimbingan pendidik, tetapi pelajar juga
dapat mendidik diri mereka sendiri. Pendidikan boleh berlaku dalam situasi formal
atau tidak formal dan setiap pengalaman yang mempunyai kesan formatif terhadap
cara seseorang berfikir, merasakan, atau bertindak dapat dianggap sebagai
pendidikan.

Dalam bahasa Inggeris, pendidikan dikenali sebagai Education dimana secara
etimologi perkataan tersebut berasal dari bahasa Latin.Secara etimologi maksud
pendidikan adalah proses mengembangkan kemampuan diri sendiri dan kekuatan
individu.

JENIS PENDIDIKAN TIDAK FORMAL
FORMAL
Pendidikan tidak formal merupakan
Pendidikan formal seperti di unversiti , pendidkan awal atau asuhan dalam
kolej, dan sekolah. intitusi keluarga di rumah.

Pendidikan formal berdasarkan sukatan Pendidikan tidak formal diberikan melalui
pelajaran yang telah disediakan pantun , syair , peribahasa , pepatah ,
dilaksanakan secara kelas dan pantang larang , cerita berbentuk teladan
mempunyai tahap iaitu permulaan , dan pengajaran.
pertengahan dan pengkhususan.

CABARAN INTEGRASI MELALUI PENDIDIKAN

Perbezaan dalam Bahasa , budaya , kepercayaan dan keturunan

Perbezaan pengaruh sikap dan nilai seseorang dalam setiap komuniti di negara ini
adalah sukar untuk menerima perubahan yang akan dilakukan oleh kerajaan
dalam dasar Pendidikan.Hal ini adalah disebabkan oleh mereka berfikir penerimaan
mereka terhadap perubahan yang dilakukan oleh kerajaan adalah suatu
paksaan.Oleh hal yang demikian cadangan untuk melakukan perubahan terhadap
sistem akan mendapat tentangan daripada masyarakat di negara ini.

Kedudukan corak masyarakat diubah

Sistem penjajah British dasar pecah dan perintah dapat menunjukkan di mana
kedudukan orang Melayu sebagai petani dan menetap di kampung manakala orang
Cina pula ditempatkan di Kawasan perlombongan bijih timah yang akhirnya
berkembang menjadi bandar-bandar baru.Orang India pula bekerja sebagai buruh di
lading getah dan Kawasan estet.

Oleh hal yang demikian, pihak kerajaan akan berasa sukar untuk mencapai
matlamat mereka iaitu untuk menyatupadukan antara semua kaum.Oleh itu, pihak
kerajaan perlu memikirkan cara untuk meletakkan pelajar dari pelbagai kaum
menerima ilmu di sebuah sekolah yang sama.Hal ini perlu dilakukan adalah untuk
mencapai matlamat dasar Pendidikan iaitu menyatukan dan mengintegrasikan
masyarakat pelbagai kaum.Akhir sekali, penempatan pelajar-pelajar daripada
pelbagai kaum di sekolah boleh dilakukan dalam acara sambutan kemerdekaan.

INISIATIF KERAJAAN DALAM MEMBANTU PELAJAR SEKOLAH

Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)

Kerajaan telah banyak memberikan bantuan kepada pelajar dalam setaip aspek.
Antaranya adalah seperti, Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT). Program ini telah
dilancarkan pada tahun 1975 untuk semua sekolah kerajaan dn sekolah bantuan
kerajaan. Pada tahun 1983, program ini telah diperluas ke semua Sekolah Menengah
Agama Kerajaan Negeri dan Sekolah Menengah Agama Rakyat yang berdaftar
dengan Majlis/Jabatan/Yayasan Agama Islam Negeri.

Matlamat utama kerajaan adalah untuk memastikan pelajar yang dalam kalangan
ibu bapa atau penjaga yang kurang mampu menerima buku teks SPBT pada
minggu pertama sesi persekolahan bermula. Objektif kerajaan pula adalah bagi
meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga yang
kurang mampu. Manakala objektif kedua adalah bagi memastikan murid daripada
keluarga yang kurang mampu tidak tercicir dalam persekolahan mereka.

Bantuan Awal Persekolahan (BAP)

Bantuan awal persekolahan (BAP) mula diperkenalkan pada tahun 2012 bertujuan
untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak anak yang ditanggung
oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awl tahun. Bantuan ini diiberikan
kepada murid murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau setaraf dengannya dari
kalangan keluarga yang berpendapatan Isi Rumah Kasar RM3000.00 dan ke bawah.
Murid yang menerima BAP akan diberikan bantuan sebanyak RM100.00 bagi
seorang murid secara sekaligus (one-off)
Bantuan komputer riba & internet percuma untuk B40

Yayasan Hasanah yang merupakan sebuah entiti di Khazanah Nasional BHD,
akan menyumbangkann laptop, tablet dan data percuma kepada keluarga
berpendapatan rendah melalui inisiatif CERDIK. CERDIK bertujuan untuk menolong
pelajar dalam menyesuaikan diri dengan norma baru pelajaran atas talian (online).
Bantuan 150 ribu komputer riba ini akan diberikan kepada peajar sekolah rendah dan
menengah.

Bagi segi kelayakkan, ianya hanya diberikan kepada pelajar daripada keluarga
berpendapatan rendah. Pemilihan pelajar dan sekolah yang mendapat subangan
laptop ditentukan sendiri oleh Kementerian Pejaran Malaysia (KPM). KPM juga akan
menetapkan dan meneliti spesifikasi perisian dan perkakasan laptop yang lebih
mampan dari segi kebolehgunaan, jangka hayat dan sokongan jaminan yang padu.

DASAR PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Pendidikan Kebangsaan

Dasar pendidikan diharapkan dapat memenuhi keperluan tenaga rakyat negara ini
dalam jangka masa panjang dan pendek dan melahirkan masyarakat yang bersatu
padu, berdisiplin dan terlatih. Malah dapat menampung keperluan keperluan negara
buat masa ini dan masa depan. Dasar pendidikan kebangsaan juga dilaksanakan
dengan memperkembangkan tenaga pengajar yang terlatih dan juga mendirikan
sekolah sekolah selaras dengan pertambahan kanak kanak. Daar ini bukan sahaja
mampu memenuhi keperluan tenaga manusia dari segi jumlah tetapi juga dari segi
kualiti. Dasar ini seharusnya dapat menggalakan lebih ramai rakyat yang terlibat
secara aktif dalam bidang keusahawanan dan tidak tergantung semata mata kepada
erajaan untuk mencari kerja.

Dalam segi falsafah, Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke
arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu

untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha
ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonan dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Polisi keselamatan siber Kementerian Pendidikan Malaysia

Polisi Keselamatan Siber Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengandungi
peraturan peraturan yang mesti dibaca dan dipatuhi dalam menggunakan aset
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)KPM (termasuk Jabatan di bawahnya).
Dasar ini juga menerangkan kepada semua pengguna di KPM mengenai
tanggungjawab dan peranan mereka dalam melindungi aset ICT KPM. Polisi
keselamatan siber KPM diwujudkan untuk menjamin kesinambungan urusan KPN
dengan meminimumkan kesan insiden keselamatan ICT. Polisi ini juga bertujuan
untuk memudahkan perkongsian maklumat seuai dengan keperluan operai KPM. Ini
hanya boleh dicapai dengan memastikan semua aset ICT dilindungi.

CARA MEMUPUK INTEGRASI

Pelan Integriti Nasional adalah satu pelan atau rancangan yang dirancangkan
serta dilancarkan oleh kerajaan Malaysia dengan fokus utamanya untuk menanam
dan memupuk budaya etika dan integriti di kalangan semua lapisan masyarakat
Malaysia.Pelan Integriti Nasional ini telah dilancarkan pada 23 April 2004, oleh
Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, selaras
dengan cabaran
keempat Wawasan 2020 iaitu untuk membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-
ciri moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan
kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur.

Antara usaha-usaha kerajaan dalam memupuk Integriti Nasional ialah :
1. Perpaduan Politik
2. Perpaduan Ekonomi
3. Perpaduan Sosial dan Kebudayaan
4. Perpaduan Pendidikan

Perpaduan Politik

Sistem ‘kerajaan campuran’ dari segi kepelbagaian kaum merupakan salah satu
cara bagi menggabungkan fahaman politik berbilang kaum dan diperkembangkan lagi
melalui system politik yang fleksibel. Kerajaan Demokrasi juga merupakan satu
alternatif untuk mengatasi masalah perpaduan yang wujud. Semua warganegara yang
memenuhi syarat dan tidak melanggar undang-undang negara boleh menyuarakan
pendapat dan kritikan. Pemilihan calon dalam pilihanraya juga adalah bebas dan adil.
Calon yang memenangi pilihanraya dengan suara majoriti berhak menjadi wakil rakyat

dan boleh menyuarakan aspirasi rakyat melalui Dewan Undangan Negeri atau Dewan
Rakyat.

Perpaduan Ekonomi

Proses perkembangan ekonomi telah dirangka untuk membolehkan semua kaum
menyertai semua bidang dan peringkat kegiatan ekonomi. Kerajaan telah mengambil
langkah dengan mengintegrasikan ekonomi. Beberapa dasar pembangunan telah
digubal seperti Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional, dan lain-lain
dasar pembangunan ekonomi negara. Dasar- dasar ini diambil untuk memastikan
pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi untuk
membolehkan pertumbuhan lebih sama rata dan saling melengkapi antara satu sama
lain. Tujuan dasar-dasar ini diperkenalkan adalah kerana kerajaan sentiasa berusaha
untuk meninggikan taraf hidup rakyatnya. Dasar- dasar ini juga merupakan satu
usaha kerajaan untuk melibatkan semua rakyat menyertai pembangunan negara
supaya negara boleh mencapai kemajuan yang lebih membanggakan.

Perpaduan Sosial dan Kebudayaan

Strategi jangka pendek adalah melalui pelaksanaan aktiviti yang menggalakkan
interaksi dan perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.
Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan melibatkan masyarakat setempat dari pelbagai
peringkat umur dan keturunan etnik mencakupi bidang sosial pendidikan, sukan,
rekreasi, kesenian dan kebudayaan serta kesihatan dan alam sekitar, kebajikan,
keagamaan, ekonomi dan keselamatan. Lawatan-lawatan integrasi juga dianjurkan
untuk para penduduk melawati wilayah-wilayah lain ketika majlis-majlis perayaan
umum negara.

Perpaduan Pendidikan

Pendemokrasian Pendidikan yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan
adalah untuk memastikan agar semua kaum atau etnik diberi perhatian dan
peruntukan serta kemudahan yang sama dan adil dalam pendidikan sama ada
mereka bersekolah di dalam bandar atau di luar bandar.Oleh itu sebagai rakyat
Malaysia, kita seharusnya terus mempertahankan nilai-nilai perpaduan yang
diasaskan sebelum ini. Hanya menerusi pendidikan saja, rakyat Malaysia yang
berbilang etnik dapat disemai rasa semangat kekitaan sejak kecil hinggalah dewasa

KEPENTINGAN MEMUPUK INTEGRASI DARI SEKOLAH RENDAH DAN
MENENGAH

Usaha memupuk integrasi dan perpaduan kaum paling sesuai dilakukan di
peringkat pra sekolah dan sekolah rendah. Tanggungjawab itu bukan sahaja mahu
dicapai melalui kurikulum, malah perlu digalas pengurusan sekolah dan masyarakat
keseluruhan. Integrasi perpaduan di kalangan murid harus didik sejak pra sekolah,
namun peringkat sekolah rendah paling berkesan.Oleh kerana sekolah rendah
mengambil masa enam tahun maka didikan integrasi ini ini cukup berkesan jika dibuat
dalam tempoh enam tahun itu iaitu tahun satu hingga tahun enam. Usaha ini bukan

sahaja berdasarkan dari segi kurikulum atau silibus tetapi juga harus diusahakan oleh
pengurusan sekolah, bukan hanya tanggungjawab guru besar dan guru tetapi juga ibu
bapa dan masyarakat agar integrasi ini dapat dibentuk di kalangan murid sekolah
rendah.

Bagi sekolah menengah pula, selain sekolah rendah sekolah menengah juga
tempat yang terbaik untuk memulakan proses integrasi antara kaum. Sekolah
menengah juga menyediakan ruang dan peluang untuk pelajar-pelajar pelbagai
kaum berinteraksi secara langsung. Berpeluang untuk saling mengenali dan
memahami antara satu sama lain dan akan membesar dengan sikap toleransi dan
hormat terhadap budaya dan agama kaum lain. Memupuk persefahaman kaum dan
seterusnya mempercepatkan integrasi. Melalui kempen kesedaran dalam
menyambut sambutan Hari Kebangsaan di sekolah dan universiti. Penghayatan Hari
Kemerdekaan dalam kalangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum.
Ini akan dijadikan salah satu cara memupuk integrasi dan mengambil iktibar dari hari
kemerdekaan.

KESIMPULAN

Tuntasnya,menerapkan integrasi dalam kalangan pelajar sekolah mahupon pelajar
di Pengajian Tinggi adalah penting agar dapat menjaga hubungan sesama
masyarakat.Oleh sebab itu, sejak dari akar umbi lah sepatutnya pihak ibu bapa atau
pon mereka yang dewasa perlu mengenalkan integrasi terhadap anak -anak supaya
apabila meningkat dewasa mereka tidak ketinggalan tentang hal seperti aspek
integrasi dan perpaduan.Terakhir ,harapan saya didiklah mereka yang masih muda
agar mengenali maksud integrasi dan perpaduan agar generasi akan datang lebih
efisien dan saling menjaga perhubungan sesama kaum.

SUMBER RUJUKAN
Bil Link
1. https://ms.wikipedia.org/wiki/Pendidikan
2. https://zikripunya.blogspot.com/2012/10/integrasi-pendidikan.html
3. https://www.youtube.com/watch?v=5vQoM40D6gQ

PENTAKSIRAN :
EFOLIO (PENULISAN)

9

KOD KURSUS & MPU21032
KURSUS
PENGHAYATAN ETIKA DAN
PERADABAN

TAJUK INSTITUSI PENDIDIKAN SEKOLAH
RENDAH SEBAGAI PLAFORM
INTEGRASI

LINK

NAMA PN. NATRAH BINTI YAACOB
PENSYARAH

NAMA AHLI 1.NOOR NABILA HUSNA BINTI
KUMPULAN & SUBRI (01DEP20F2001)

NO.PEND

10

2.NOR SHAHIRA BINTI ABD
RAHMAN(01DEP20F2009)
3. ERWANIE HUSNA BINTI AZMI

(01DEP20F2021)

LAMPIRAN PLAGIAT :
Sila kemukakan keputusan di sini.

11

12


Click to View FlipBook Version