KOD KURSUS : MPU 23052
NAMA KURSUS : SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM
TAJUK TUGASAN : “TEKNOLOGI KAPAL TERBANG”
NAMA PENSYARAH :PUAN ARIYANTI BINTI ADNAN
NAMA PELAJAR & NO.PENDAFTARAN : 1)MUHAMMAD ADAM HAZIQ BIN RAZAK -01DAD21F1018
2)EMIR MUHAFIZ BIN ZUKRI -01DAD21F1010
3)MUHAMMAD AFIQ BIN RAZALI -01DAD21F1007
4)ARIEF FAUZAN BIN ADIN -01DAD21F1001
KELAS : DAD 2A
JABATAN : JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL (JKM) 1
ISI KANDUNGAN Halaman
1
Bil. Isi kandungan 2
1 JADUAL AGIHAN TUGASAN
2 TUGASAN 1(TBM) 3&4
3 PENGENALAN 5~7
4 DALIL NAQLI & HURAIAN 8 & 11
5 LATAR BELAKANG / SEJARAH 12 & 13
6 PRINSIP TEKNOLOGI KAPAL TERBANG
7 TUGASAN 2(E-FOLIO) 14
8 PRINSIP SYARIAH 15
9 MAQASID SYARIAH 16 ~18
10 ETIKA ISLAM 19 ~ 22
11 CADANGAN & PENAMBAHBAIKAN
12 KESIMPULAN 23
13 RUJUKAN 24
25 & 26
JADUAL TUGASAN Tugasan
Bil. Nama • Menyediakan Slide Pembentangan.
1. Arief Fauzan b. Adin • Mencari maklumat berkaitan
2. Emir Muhafiz b. Zukri Pengenalan,Kesimpulan,Prinsip
3. Muhd Afiq B. Razali Syariah dan Cadangan.
4. Muhd. Adam Haziq B. Razak • Mencari Maklumat berkaitan Latar
Belakang dan Sejarah
• Mencari gambar rajah yang sesuai.
• Mencari maklumat berkaitan Dalil Naqli
dan Maksud serta Tafsiran Ayat .
• Membuat Rujukan
• Membuat penambahbaikan
• Mencari Maklumat berkaitan Maqasid
Syariah
• Membuat Semakan Akhir Slide
Pembentangan.
1
01
TUGASAN 1 (TBM)
2
PENGENALAN
Ramai yang menyangka “The Wright Brothers” iaitu Wilbur Wright dan Orvile Wright ialah pencipta atau
pencetus sejarah penciptaan kapal terbang.Namun ramai yang tidak menyedari bahawa ALLAH SWT telah
membayangkan bahawa manusia boleh terbang melayang sejak zaman Nabi Daud AS.Penciptaan sesuatu
kenderaan yang mampu membuat penerbangan berasaskan pergerakan burung yang terbang di atas bukit dan
dibaluti dengan besi ini telah dinyatakan dalam al-Quran.Sebenarnya ilmuwan Islam telah lama menjadi lilin
membakar diri untuk mengupas rahsia penerbangan. Abbas Qasim Ibnu Firnas (Ibnu Firnas) yang lahir pada
810 dan wafat pada 888,beliau hidup pada zaman pemerintahan Khalifah Umayyah di Andalusia (Sepanyol)
ialah seorang pakar fizik,kimia dan astronomi yang tidak asing lagi di dalam lipatan sejarah Islam.
3
Beliau ialah insan pertama yang telah merujuk kepada ayat al-Quran (Surah Al Mulk,ayat 19) dan mencipta sejarah
sebagai manusia pertama yang terbang.Beliau orang pertama yang melakukan penerbangan 600 tahun sebelum
sebelum Leonardo da Vinci mengembangkan mesin terbangnya dan lebih 1000 tahun sebelum “Wright Bersaudara”
melakukan penerbangan sulung mereka yang terkenal.Ibnu Firnas dilahirkan dari kalangan orang Barbar iaitu orang
asli Afrika Utara di sebelah timur Lembah Sungai Nil.Kelompok itu berkembang dari Lautan Atlantik hingga ke Mesir iaitu
daripada Lautan Mediterranean hingga ke Sungai Niger sejak abad ketujuh. Ibnu Firnas mencetuskan idea daripada
burung yang terbang di udara dengan menggunakan sayap.
Pada 875, Ibnu Firnas mencipta peluncur (glider) daripada struktur kayu bersalut kain sutera dan membuat
penerbangan pertama dari sebuah menara masjid di Cordova.Penerbangan kedua juga daripada atas
bukit di kawasan yang sama. Beliau terbang seperti seekor burung. Idearekabentuk alat penerbangan ini telah
diabadikan dalam bukunya bertajuk “Abbas Bin Firnas and the Origin of
Flight”.
4
Dalil Berkaitan :
“Teknologi Kapal Terbang”
5
DALIL NAQLI & HURAIAN
Surah al-Mulk ayat [ 67 : 19 ]
HURAIAN :
1.Selepas beberapa amaran dan ancaman dalam ayat-ayat sebelumnya, ayat ini mengajak manusia memerhati
dan berfikir tentang kejadian burung yang berterbangan di udara dengan mengembang dan menguncupkan
sayapnya sebagai suatu keajaiban ciptaan Allah yang membuktikan kekuasaan-Nya.
2. Ayat ini menjelaskan bahawa burung boleh berterbangan dan terapung di udara bukanlah semata-mata
kerana kemampuan dan daya semula jadi burung menggerakkan sayapnya. Sebenarnya, kekuasaan Allah Yang
Maha Pemurah jualah yang menahan burung itu daripada jatuh ke bumi. Lantaran pemurahnya Allah, diciptakan
burung dalam bentuk aerodynamic bagi membolehkannya terbang. Tanpa rahmat-Nya, nescaya burung tidak
akan mampu terapung di udara. Oleh itu, daripada dalil ini, kita dapat lihat bahawa teknologi kapal terbang
adalah tidak mustahil. (Sayyid Qutb,risalah Fi Zilal Al Quran) 6
Surah Al Nahl ayat [16 : 79]
HURAIAN :
Kita nampak mereka terbang dengan hebat dan senang sahaja. Dan Allah mahu memberitahu kita bahawa tiada
yang memegangnya di langit kecuali Allah. Tiada yang membolehkan burung-burung itu terbang melainkan Allah
sahaja. Kalau Allah tidak pegang, maka burung-burung itu akan jatuh ke tanah juga.
Kita sangka burung terbang kerana sayapnya, bentuk badannya yang aerodinamik, angin yang meniup dan
memegangnya di udara (dipanggil drag dalam istilah sains), tetapi sebenarnya Allah yang beri burung itu supaya
boleh terbang dan bertahan di udara. (Tafsir Ibnu Kathir)
7
LATAR BELAKANG
Ibnu Firnas : Manusia Pertama Yang Terbang Diinspirasikan Daripada Burung
Beliau ialah Abbas Bin Firnas Bin Wardas dan lebih dikenali sebagai Ibnu Firnas. Ibnu Firnas dilahirkan di Ronda,
Sepanyol pada tahun 810 M. Ronda kini merupakan bandar pelancongan yang terkenal yang terletak di Malaga.
Di zaman kerajaan Islam Andalus, kota ini memainkan peranan sebagai pusat bandar di selatan Andalusia dan
merupakan satu-satunya bandar yang telah dibina di pergunungan Serenia.
Pelbagai sumber menyatakan bahawa Abbas Ibn Firnas adalah orang pertama yang telah mencipta alatan
terbang. Fakta ini juga diiktiraf oleh seorang cendekiawan Barat, Phillip K. Hitti yang berkata, “Ibn Firnas adalah
orang pertama dalam sejarah untuk membuat percubaan saintifik untuk terbang”.
Ibnu Firnas mencipta sepasang sayap untuk terbang di mana sayap tersebut menyerupai
konsep burung dan berfungsi seperti mesin peluncur (glider). Ibnu Firnas telah membuat
sepasang bingkai kayu yang menyerupai sayap burung dan dilekatkan dengan bulu-bulu.
Setelah berjaya menyiapkan model sayap terbang tersebut, Ibnu Firnas telah mengundang p
enduduk di Cordova untuk datang menyaksikan percubaan penerbangannya pada tahun 875.
Ibnu Firnas telah berdiri di atas sebuah bukit Al-Arus (Mount of the Bride) yang terletak di Rusala. Kemudian
beliau terjun dari menara tersebut dan kedua-dua belah tangannya bergerak bagi mengibarkan sayap. 8
Beliau berjaya terbang seketika sebelum berpatah balik menghala ke arah tempat beliau mula-mula terjun. Ketika
inilah dikatakan beliau tidak dapat mengawal sayap tersebut menyebabkan beliau mengalami kecederaan parah
pada punggungnya.
Selepas kemalangan tersebut, Ibnu Firnas menyedari bahawa struktur akhir ekor adalah bahagian penting untuk
mendarat. Strruktur ini adalah sama dengan cara burung menggunakan ekornya untuk mengurangkan kelajuan
sebelum mendarat. Struktur ini kemudian dinamakan ornithopter oleh Da Vinci.
Kegagalan percubaan Ibnu Firnas adalah kerana beliau tidak menambah bahagian ekor pada sayap terbangnya
mengakibatkan beliau gagal mendarat dengan baik. Ibnu Firnas bercadang untuk membuat ujian penerbangan
kedua, namun kemalangan yang dialaminya menyebabkan beliau luka parah di bahagian punggung.
Kecederaan ini mengakibatkan aktiviti beliau agak terbatas serta menyebabkan beliau tidak dapat melakukan
ujian penerbangan seterusnya. Meskipun demikian, hasil kerja Ibnu Firnas memberi impak besar kepada dunia
penerbangan.
Pencapaiannya dalam penerbangan telah memberi idea kepada Barat untuk membangunkan disiplin
penerbangan (Aviation Discipline) terutama pada struktur ornithopter, struktur utama bagi menstabilkan sebuah
pesawat. Hasil percubaannya telah mempengaruhi teknik penerbangan moden hari ini. Maka sudah terang lagi
bersuluh bahawa sepatutnya beliau digelar sebagai “Bapa Penerbangan”.
9
Wright Brothers mencipta dan terbang pesawat berkuasa dan pilot pertama.
Pada tahun 1899, selepas Wilbur Wright telah menulis surat permintaan kepada Institusi -Orville Wright -Wilbur Wright
Smithsonian untuk maklumat tentang eksperimen penerbangan, Wright Brothers telah merancang
pesawat pertama mereka. Ia adalah peluncur kecil biplane yang diterbangkan sebagai
layang untuk menguji penyelesaian mereka untuk mengawal kraf oleh sayap warping.
Warping sayap adalah satu kaedah menyempitkan sayap sedikit untuk mengawal pergerakan
dan keseimbangan pesawat.
Pelajaran Dari Pemantauan Burung
The Wright Brothers menghabiskan banyak masa memerhatikan burung dalam penerbangan. Mereka menyedari bahawa burung
melonjak ke arah angin dan udara yang mengalir di atas permukaan melengkung sayap mereka dicipta. Burung menukar bentuk
sayap mereka untuk bertukar dan bergerak. Mereka percaya bahawa mereka boleh menggunakan teknik ini untuk mendapatkan
kawalan roll dengan melancarkan, atau menukar bentuk, sebahagian sayap.
Eksperimen Glider
Dalam tempoh 3 tahun akan datang, Wilbur dan saudara lelakinya Orville akan merangka satu siri pelaut yang akan diterbangkan ke
dalam kedua-dua orang tanpa pemandu (sebagai layang-layang) dan penerbangan yang diuji. Mereka membaca tentang kerja-
kerja Cayley dan Langley dan penerbangan bergelombang Otto Lilienthal. Mereka berpadanan dengan Octave Chanute mengenai
beberapa idea mereka. Mereka mengakui bahawa kawalan pesawat terbang akan menjadi masalah yang paling penting dan paling
sukar untuk diselesaikan. 10
Pada tahun 1901, di Kill Devil Hills, North Carolina, Wright Brothers terbang peluncur terbesar yang pernah diterbangkan. Ia
mempunyai sayap 22 kaki, berat hampir 100 paun dan melengkung untuk pendaratan. Bagaimanapun, banyak masalah
berlaku.
Sayap tidak mempunyai daya angkat yang mencukupi, lif ke hadapan tidak berkesan dalam mengawal padang dan
mekanisme pergerakan sayap kadang-kadang menyebabkan pesawat terbang berputar. ,Mereka meramalkan bahawa lelaki
mungkin tidak akan terbang dalam seumur hidup mereka.
Walaupun masalah dengan percubaan terakhir mereka dalam penerbangan, Wright bersaudara mengkaji keputusan ujian
mereka dan menentukan bahawa pengiraan yang mereka telah digunakan
tidak boleh dipercayai. Mereka memutuskan untuk membina terowong angin untuk
menguji pelbagai bentuk sayap dan kesannya ke atas angkat.
Berdasarkan ujian-ujian ini, pencipta mempunyai pemahaman yang lebih besar tentang
bagaimana sebuah airfoil (sayap) berfungsi dan boleh mengira dengan ketepatan yang lebih
baik sejauh mana reka bentuk sayap tertentu akan terbang. Mereka merancang untuk mereka
bentuk sebuah lompat baru dengan sayap 32 kaki dan ekor untuk menstabilkannya.
*Pesawat pertama ciptaan “Wright Bersaudara”
11
PRINSIP TEKNOLOGI KAPAL TERBANG
1) SAYAP
i. Sebuah kapal terbang perlu menjana tujahan sendiri agar dapat melepasi permukaan tanah yang umumnya
disebabkan peralihan menyeimbangkan tekanan udara.
ii. Sayap kapal terbang direka khusus dengan bentuk bahagian atasnya yang melengkung lalu angin dapat
mengalir lebih cepat di atas sayap berbanding angin di bawah sayap lalu menyebabkan tekanan udara lebih
rendah di atas sayap.
iii. Perbezaan ini seterusnya akan menciptakan tujahan pada sayap.
12
2) AERODINAMIK
i. Pada prinsipnya, terdapat 4 gaya utama yang bertindak dalam penerbangan sesebuah kapal terbang yakni daya
dorong (thrust T), daya hambat (drag D), daya tujaht (lift L), dan berat pesawat (weight W).
ii. Ketika kapal pesawat sedang menjelajah (cruise) pada kelajuan dan ketinggian yang malar, keempat-empat
daya ini berada dalam keseimbangan: dan L = W.
iii. Sedangkan pada saat pesawat lepas landas dan mendarat, terjadi pecutan dan nyahpecutan yang dapat
dijelaskan menggunakan Hukum Newton Kedua (jumlah = jisim x kelajuan).
iv. Kapal yang berlepas dari landasan (take-off) mengalami pecutan dalam arah mengufuk dan mendatar.
Pada saat ini, L harus lebih besar dari W, demikian juga T lebih besar dari D. Dengan hal demikian, daya mesin
yang besar diperlukan saat melepasi landasan.
v. Pelepasan ini boleh gagal disebabkan kurangnya daya mesin (atas berbagai factor seperti kerosakan
mekanikal, ralat perbuatan manusia, gangguan persekitaran atau gangguan pada sistem kawalan pesawat.
13
02
TUGASAN 2 (E-FOLIO)
14
Prinsip Syariah
Prinsip syariah yang kami gunakan ialah Tawazun (keseimbangan) Tawazun bermaksud Al-
Tawazun ) )التوازنberasal daripada perkataan ) توازنا- )توازن – يتوازنyang bermaksud seimbang dalam
sesuatu timbangan atau sesuatu urusan. Manakala menurut istilah agama pula ialah satu sistem yang seimbang
dan lengkap bukan sahaja mengatur hubungan manusia dengan Allah, malah ia merangkumi hubungan sesama
manusia.
Oleh hal yang demikian,prinsip syariah ini diaplikasikan dalam teknologi kejuruteraan penerbangan seperti mana
yang kita dapat dilihat pada hari ini,berdasarkan ayat al mulk 19 . Allah SWT telah kurniakan burung sepasang
sayap supaya mereka dapat bergerak bebas di langit,ini menunjukkan bahawa ciptaan sayap adalah untuk
terbang dan tidak boleh diubah.Oleh itu para jurutera telah berpandukan burung sebagai inspirasi mereka untuk
mencipta kapal terbang yang kita dapat lihat pada hari ini dengan tujuan untuk bergerak di udara dan
angkasaraya.Tambahan pula,manusia berfikir dan mengambil pengajaran daripada firman Allah untuk
memperbaiki dan memudahkan kehidupan di dunia dalam masa yang sama memudahkan kehidupan mereka di
akhirat kelak.
Sebagai contoh,ini dapat dibuktikan dengan ilmuan Islam terdahulu tidak berdiam diri tidak melakukan apa- apa
pembaharuan dalam menghasilkan teknologi.Ini dibuktikan dengan Ibn Firnas membuat penelitian terhadap
burung untuk mencipta sesuatu teknologi.dari hukum asal manusia tidak boleh terbang seperti burung,akhirnya
penciptaan teknologi membolehkan manusia terbang dengan bantuan teknologi.Dengan teknologi
tersebut,manusia mampu menyeimbangidan memudahkan keperluan musafir yang lebih cepat dan mudah di
samping memudahkan urusan untuk menunaikan ibadah haji seterusnya melengkapkan rukun islam. 15
MAQASID SYARIAH YANG BERKAITAN DENGAN KAPAL TERBANG
Ta`rif : Maqasid syariah merupakan matlamat dan tujuan yang hendak dicapai
disebalik pensyariatan sesuatu hukum syarak terhadap manusia sama ada
umum ataupun khusus.
- Terdapat dua Maqasid Syariah yang kami gunakan iaitu :
1)Menjaga Agama
2)Menjaga Akal
16
1)Menjaga Agama
Prinsip maqasid syariah menjaga agama bukan sekadar memelihara agama dari ancaman musuh sahaja namun
menjaga agama dalam maqasid syariah juga boleh ditaarifkan sebagai kebolehan untuk menjaga amalan ibadah
seperti solat, zikir dan sebagainya serta bersikap berani ketika agama Islam dihina dan dimalukan.
Melalui kefahaman itu, secara tidak langsung akan menerbitkan satu tindakan dan tingkah laku yang menepati
kehendak syarak seperti keimanan dan ketakwaan yang murni,ia dapat memupuk keharmonian,saling hormat -
menghormati dan melaksanakan "Amar Makruf Nahi Mungkar“ bagi membina kesejahteraan masyarakat.
Dalam aspek teknologi kapal terbang juga berkait dengan maqasid syariah iaitu menjaga agama.Hal ini demikian
kerana, ibadah fardu wajib dilaksanakan ke atas Orang Islam.Apabila kita mempunyai teknologi kapal terbang ia
dapat memudahkan perjalanan atau urusan dan ia juga dapat mempercepatkan proses untuk pergi ke sesuatu
tempat yang jauh yang memakan masa yang panjang. Kita duduk di negara Malaysia jikalau kita hendak
menunaikan haji ke Mekah yang terletak di Arab Saudi yang jaraknya 6976.51 KM ia memakan masa yang agak
lama jikalau menggunakan kenderaan darat dan air.
Dengan adanya teknologi kapal terbang ini, ia akan dapat memudahkan umat Islam seluruh dunia untuk
menunaikan Haji ke Mekah dengan waktu yang singkat dan cepat.Selain itu,ia juga dapat mempercepat dan
memudahkan urusan seperti hendak menziarahi ahli keluarga yang jauh,henjak menuntut ilmu di negara lain dan
dapat mempercepatkan urusan jikalau ada hal yang kecemasan seperti kematian dan sebagainya.Oleh itu,
jelaslah bahawa teknologi kapal terbang juga bertepatan dengan salah satu prinsip maqasid syariah iaitu
menjaga agama. 17
2)Menjaga Akal
Akal ialah sesuatu yang membezakan manusia dengan makhluk lain. Inilah salah satu yang menyebabkan
manusia menjadi makhluk dengan ciptaan terbaik dibandingkan yang lain. Akal akan membantu manusia untuk
menentukan mana yang baik dan buruk. Islam sangat menghargai orang yang berilmu dan yang menggunakan
akal-nya untuk memahami dan mendakami ayat-ayat Allah untuk kebaikan.
Firman Allah, SWT dalam Surah Ali-Imran ayat (190-191) yang ertinya,"Sesungguhnya dalam penciptaan langit
dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal (190),
(iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka
memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan
ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari seksa neraka) .
Dalam aspek teknologi kapal terbang juga amat menepati dengan salah satu maqasid syariah iaitu menjaga akal
kerana dengan pembuatan teknologi kapal terbang manusia dapat memikirkan bagaimana untuk menciptakan
sesuatu kenderaan yang mampu untuk terbang dengan selamat.Selain itu,dengan adanya teknologi kapal terbang
ini manusia dapat melihat dan memikirkan kehebatan kuasa Allah SWT dalam menciptakan bumi ini dengan
penuh keindahan.Seterusnya,manusia juga dapat menerokai dan dapat mengembara ke seluruh pelusuk dunia
dengan cepat untuk melihat dan memikirkan keindahan alam ciptaan Allah SWT.Sudah terang lagi bersuluh
bahawa teknologi kapal terbang bertepatan dengan salah satu prinsip
maqasid syariah iaitu menjaga akal.
18
ETIKA ISLAM
Etika bermaksud tingkah laku yang baik dan hidup yang bahagia. Etika merupakan satu bidang falsafah yang
membicarakan tentang tingkah laku manusia dari aspek aspek luaran dan dalaman.
Etika islam yang kami gunakan iaitu ikhlas dengan niat yang baik.Definisi niat menurut bahasa adalah mengarah
diri kepada sesuatu perbuatan.Manakala menurut dewan bahasa dan pustaka pula, niat adalah maksud atau
tujuan sesuatu perbuatan.Tambahan pula,definisi ikhlas dari sudut bahasa adalah menyucikan sesuatu.
Manakala menurut istilah pula adalah menyucikan amalan dengan niat yang betul iaitu kerana Allah SWT serta
menghalang atau menjauhkan amalan tersebut daripada sifat menyekutukan Allah SWT (syirik). Disebabkan itu,
Allah SWT berfirman di dalam al-Qur’an bagi menjelaskan akan kepentingan ikhlas ini.
.Dalam melakukan sesuatu perkara pastinya diperlukan sifat ikhlas dan diniatkan semata-mata kerana Allah.
Segala amal perbuatan yang dilakukan oleh seseorang adalah tertakluk kepada niatnya. Jika seseorang itu
melakukan sesuatu dengan ikhlas dan kerana Allah serta kepada kebaikan, pastinya akan terarah kepada
kebaikan. Apabila sesuatu perkara itu dilakukan manusia kepada niat kejahatan, pastinya akan terarah kepada
kejahatan.
19
Oleh itu, pastikan niat melakukan sesuatu pekerjaan mahupun perbuatan itu ikhlas dan kerana Allah.
Sesuatu pekerjaan dan perbuatan yang dilakukan dengan keikhlasan dan kerana Allah pastinya akan
memberi kesan yang berbeza berbanding sesuatu perbuatan dan pekerjaan yang dilakukan dengan niat
yang sebaliknya. Cuba tanamkan dalam diri kita untuk melakukan sesuatu dengan ikhlas dan niat kerana
Allah.
Ikhlas dalam melakukan sesuatu hal adalah baik. Apabila ikhlas dipraktikkan dalam melakukan sesuatu
pekerjaan, pastinya pekerjaan akan terhasil baik berbanding sesuatu yang dibuat secara terpaksa. Kesan
keikhlasan yang diperolehi bukan sahaja bagi diri sendiri, tetapi juga mampu dirasai oleh orang sekeliling.
Sebagai contoh, "Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat,dan sesungguhnya kedudukan
bagi amalan tersebut adalah tertakluk kepada apa yang diniatkan".
Jika niat itu hendak membantu orang,sudah pasti mendapat keredhaan Allah selagi tidak melanggar
perintah-Nya.Oleh itu,kita sebagai umat Islam hendaklah membina kapal terbang atas tujuan yang baik iaitu
untuk memanfaatkan masyarakat Islam dan bukannya untuk memudaratkan kehidupan orang lain seperti
membawa bom untuk peperangan sesama islam,membawa arak untuk eksport ke negara luar dan
membawa penumpang ke tempat – tempat maksiat.
19
Selain itu,etika islam yang terdapat dalam teknologi kapal terbang ialah itqan ( ketelitian). Itqan ialah prinsip
yang menekankan kepada akhlak dan amalan soleh.Setiap manusia perlu bersungguh-sungguh, tekun dan
memberi komitmen yang tinggi dalam melaksanakan tugas. Ini akan melahirkan kualiti kerja yang baik dan
cemerlang. Ia juga melibatkan soal keikhlasan atau mutu kerja di mana dari ajaran Islam inilah yang akan
menyelamatkan manusia di dunia dan di akhirat.
Rasulullah SAW mengungkapkan saranan menerusi hadis Baginda SAW yang diriwayatkan oleh Saidatina
Aisyah mafhumnya, “Sesungguhnya Allah menyukai apabila salah seorang daripada kamu melakukan
sesuatu pekerjaan, ia melakukannya dengan itqan (baik, sempurna dan teliti)” (Riwayat al-Baihaqi)
Pekerjaan adalah proses, wadah dan kaedah untuk beri kebaikan kepada orang lain. Bukan sekadar
mendapat laba tetapi gudang memperoleh pahala. Bukan semata makan gaji tetapi menghadam
sebanyaknya kebaikan dan reda Ilahi.
20
Seorang muslim yang baik pasti menjadi pekerja yang baik sebaliknya pekerja yang baik belum pasti
menjadi muslim yang baik jika pekerjaan yang dilakukan melanggar peraturan atau melepasi batas yang
disyariatkan Islam.
Sebagai pekerja muslim yang baik pastinya akan melakukan kerja kerana Allah SWT dan melakukan
pekerjaan itu dengan sebaik mungkin kerana mereka melihat pekerjaan itu sebagai ibadah. Sebagaimana
firman Allah yang bermaksud “Tidak aku jadikan Jin dan manusia melainkan untuk menyembah aku” (Az-
Zariyat:56)
Berdasarkan ayat ini kita dapati, tujuan ibadah itu merangkumi seluruh aspek kehidupan termasuk tingkah
laku dalam pekerjaan sama ada perbuatan, perkataan dan gerak hati (niat) yang diredhai Allah. Oleh itu,
kecemerlangan dan kejayaan dalam kerjaya dan juga kehidupan ini sangat berkait rapat dengan
sejauhmana kita melakukan pekerjaan itu dengan sebaik mungkin kerana Allah SWT.
21
Persoalannya adakah teknologi kapal terbang itu sendiri telah mengamalkan sifat tanggungjawab, kejujuran
dan amanah? Jika ini berlaku, teknologi tersebut diangggap sebagai teknologi yang baik.
Oleh itu, apa yang perlu dimiliki oleh setiap individu untuk menjadikan teknologi kapal terbang ini lebih
baik?individu tersebut perlu mempunyai sifat seperti ihsan dan itqan sebagai kunci dalam mencapai
kejayaan dan kecemerlangan dalam kerjaya seterusnya kepada organisasi. Kedua-dua sifat ini perlu saling
lengkap-melengkapi tidak kira pekerja itu bekerja di sektor awam mahupun swasta.
Sebagai contoh,seorang jurupandu kapal terbang mestilah teliti dalam melaksanakan tugasnya seperti
memastikan keselematan penumpang yang dibawa dalam keadaan yang paling selamat ,bukannya
mengambil perkara tersebut sambil lewa.Kelak nyawa penumpang jadi taruhan antara hidup dan mati.
22
CADANGAN
Cadangan yang kami hendak kemukakan untuk penambahbaikan pada masa hadapan ialah
penyediaan infrastruktur lapangan terbang yang cekap dan berkesan dari segi penyampaian perkhidmatan dan
operasi.Hal ini demikian kerana ,jika servis perkhidmatan dan operasi diberikan pada tahap yang maksimum,lebih ramai
masyarakat khususnya umat islam akan menggunakan kapal terbang sebagai pengangkutan mereka untuk ke sesuatu
tempat seperti mekah untuk melaksanakan ibadah haji.Jika sebelum ini terdapat masalah kelewatan masa penerbangan
dan kerosakan teknikal ketika pesawat hendak berlepas,natijahnya perkara tersebut membazirkan masa dan kos
pelanggan yang menggunakan perkhidmatan ini serta membuat orang kurang berminat untuk menggunakan
perkhidmatan ini lagi.Oleh itu,syarikat penerbangan yang menawarkan perkhidmatan ini hendaklah berusaha mengatasi
masalah tersebut agar pengangkutan kapal terbang dapat digunakan dengan selesa serta menjadi pengangkutan
tumpuan semua masyarakat di masa hadapan.
23
KESIMPULAN
Gunakanlah pancaindera dan akal yang dikurniakan Allah untuk memerhati, merenungi dan berfikir tentang
kejadian burung yang berterbangan di angkasa sehingga lahir perasaan takjub terhadap kehebatan dan
kekuasaan Allah SWT lalu meningkatkan keimanan kepada-Nya.Kita juga hendaklah mempelajari, terokai dan
perkembangkanlah ilmu berkaitan kejadian burung yang Allah terangkan dalam Al Quran untuk menghasilkan
teknologi yang memberi manfaat kepada kehidupan manusia. Contohnya, teori dan kajian saintifik berkaitan
teknologi penerbangan berpandukan Al Quran telah berjaya membuka jalan kepada penciptaan kapal terbang
sebagaimana yang telah dirintis oleh Ibn Firnas, sarjana Muslim pertama yang mencipta alat untuk terbang dan
melakukan ujian penerbangan.Akhir sekali,sebagai seorang Muslim, perbetulkanlah pandangan kita terhadap
segala kemajuan sains teknologi moden yang ditemui dan direka oleh para saintis agar kita tidak hanya
berbangga dengan kehebatan ilmu dan kajian saintifik semata-mata. Sebaliknya segala kejayaan penemuan
tersebut hendaklah dihubungkan terus dengan kekuasaan mencipta, ketinggian ilmu serta ketelitian pemerhatian
Allah agar dapat menambah penghayatan, keyakinan dan keimanan kita kepada segala nama dan sifat Allah
SWT.
24
KREDIT DAN RUJUKAN
1) SinarHarian (23 OGOS 2019).
Ilmuan Islam Pencetus Penerbangan.
https://www.sinarharian.com.my/article/44360/KOLUMNIS/Ilmuwan-Islam-
pencetus-penerbangan(20 MEI 2022)
2) Surah.my
Surah al-Mulk dan Surah al-Isra’
https://www.surah.my/17(20 MEI 2022)
3) WIKIPEDIA (21 DISEMBER 2021)
Latar Belakang Kapal Terbang.
https://ms.wikipedia.org/wiki/Kapal_terbang(20 MEI 2022)
4) Eferrit.com (17 DISEMBER 2021 )
Sejarah Penciptaan Kapal Terbang.
https://ms.eferrit.com/sejarah-penerbangan-the-wright-brothers/(20 MEI 2022)
25
4) WIKIPEDIA (5 APRIL 2022 )
Abbas ibn Firnas.
https://en.wikipedia.org/wiki/Abbas_ibn_Firnas(21 MEI 2022)
5) Lajnah Dakwah DMPM dengan kerjasama Ameerah dan Lajnah Dakwah DMPK Gombak
(28 Februari 2020)
https://berita.pas.org.my/tadabbur-al-quran-surah-al-mulk-siri-13/ (21 MEI 2022)
26