The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by natrahyaacob, 2022-02-26 21:07:19

PROGRAM DKM

PROGRAM DKM

JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
MPU 23052 SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

TAJUK: TEKNOLOGI PERUBATAN
NAMA PENSYARAH : SOLEHAH BINTI SAMSUDIN

KELAS : DKM2B

NO REG. NO STUDENT NAME SECTION
1 01DKM20F2071 DKM2B
2 01DKM20F2038 MOHAMAD MAHATHIR BIN MYDEEN DKM2B

3 01DKM20F2058 MUHAMMAD ARIFF DANIAL BIN MOHAMAD DKM2B
4 01DKM20F2056 AFANDI DKM2B
AHMAD ASHMAN BIN MOHAMMED ROSLI
SHAFAREL AIMAN BIN SHAMSUL AZHAR

JADUAL AGIHAN TUGAS

NAMA TUGASAN
MOHAMAD MAHATHIR BIN MYDEEN
- Isi Kandungan
MUHAMMAD ARIFF DANIAL BIN MOHAMAD - Prinsip Syariah
AFANDI
AHMAD ASHMAN BIN MOHAMMED ROSLI - Pendahuluan
- Kesimpulan
SHAFAREL AIMAN BIN SHAMSUL AZHAR
- Isi Kandungan 1(Teknologi)
- Maqasid Syariah

- Etika Islam
- Cadangan Masa Depan

PENDAHULUAN

Teknologi dalam bidang perubatan telah pesat berkembang dan telah memberikan sinar dan
harapan kepada jutaan pesakit yang menderita. Teknologi-teknologi baru dan terkini dalam
bidang perubatan seperti teknologi MRI, Computer Tomography, Mata Bionik, Teknologi Llizarov
serta implikasi-implikasi yang terlibat samada dari aspek positif mahupun negatif. Teknologi
merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu takrifan. Teknologi
moden membawa begitu banyak manfaat kepada pengguna. Dalam konteks bidang perubatan,
teknologi mampu memberi rawatan yang lebih efektif dan cekap kepada para pesakit.
Pesakit-pesakit yang serius seperti Tubercolosis, Polio, Leprosy dan lain-lain dapat diubati
dengan perkembangan teknologi. Seiring dengan perkembangan teknologi, sesetengah pesakit
kancer dapat juga dapat diubati contohnya dengan melalui sesi kemoterapi yang ternyata
menggunakan teknologi moden.

ISI KANDUNGAN

● Teknologi dalam bidang perubatan memerlukan penyelidikan demi
penyelidikan agar dapat memenuhi keperluan semasa yang menuntut
kecekapan dan kepantasan untuk menyelamatkan nyawa atau membongkar
segala rahsia disebalik sesuatu penyakit bagi mendapatkan penawar.

● Peralatan yang semakin lengkap mengurangkan risiko kegagalan.
● Dapat merawat pelbagai penyakit kronik seperti barah, darah tinggi, kencing

manis dll.

ISI KANDUNGAN 1 ( TEKNOLOGI )

1. IMRT

Intensity-modulated radiation therapy (IMRT) adalah jenis terapi radiasi yang digunakan
untuk mengubati kanser dan tumor bukan kanser. IMRT menggunakan teknologi
Radiotherapy untuk memanipulasi pancaran foton dan proton radiasi agar sesuai dengan
bentuk tumor.

2. HIJAMA (BEKAM)

Hijama atau dikenali sebagai bekam darah adalah prosedur perubatan alternatif dan istilah
Arab untuk bekam basah, di mana darah ditarik oleh vakum dari celah kulit kecil untuk tujuan
terapeutik.Amalan ini berasal dari Yunani, Arab, Turki dan Parsi dan disebut oleh
Hippocrates.

Dari Anas bin Malik r.a,(ditanya) tentang kebaikan berbekam, lalu beliau berkata bahawa
rasulullah S.A.W juga berbekam kerana berbekam itu bapa segala kebersihan (bersih dari
kotoran kat darah tu). Lalu rasulullah memerintahkan untuk diambil 2 bekas makanan
untuknya dan berkata kepada keluarganya agar meletakannya di pinggan mereka dan
berkata : sesungguhnya sebaik baik benda kamu berubat adalah dengan berbekam dan ia
adalah contoh ubat ubatan bagi kamu. Sebaik-baik pengubatan yang kamu lakukan adalah
dengan Hijamah. Hadis dari Ibnu Abi Umar juga menyebutkan demikian(Shahih Muslim
1577)

3. AccuVein

Menghalakan jarum ke salur darah kadangkala menjadi satu kesilapan dan menyebabkan
kesakitan kepada pesakit jika disuntik pada bahagian yang salah. Hadirnya alat ini ataupun
AccuVein berfungsi sebagai pengesan kepada salur darah yang tersembunyi disebalik
lemak dan kulit yang tebal. Dengan hanya menekan satu butang , cahaya inframerah
daripada alat ini akan dipancarkan ke lokasi yang diinginkan , kemudian gambar salur darah
akan dipancarkan secara terus ke kulit. Hadirnya gambar salur darah ini dipengaruhi oleh
proses penyerapan cahaya oleh haemoglobin yang terdapat di dalam darah dan
menimbulkan gambaran salur darah yang sebenar. Dengan terpancar gambar salur darah
tersebut pada dasar kulit pesakit, ianya akan memudahkan kerja doktor samada untuk
menyuntik ubat mahupun untuk mengambil darah.

PRINSIP SYARIAH

Perubatan Islam senantiasa melakukan kajian analisa bagi memastikan kehidupan yang lebih
baik tanpa melanggar batasan syariah.

● Sebagai contoh, Mesin MRI yang diguna pakai oleh majoriti hospital seluruh dunia untuk
mengesan otak tanpa mengenakan efek yang berbahaya pada setiap pengguna.

MAQASID SYARIAH

● Memelihara nyawa

Bidang perubatan bertanggungjawab dalam memelihara nyawa manusia dan mencegah penyakit-penyakit daripada merebak. Tetapi,
perubatan bukanlah untuk mencegah kematian kerana kematian itu berada dalam kehendak Allah, bukannya dalam tangan manusia.
Cuma, bidang ini menyediakan kualiti kepada pesakit agar dapat mengecapi kualiti hidup yang tinggi yang membolehkan mereka
mengerjakan ibadah sebelum kematian menjemput. Bukan itu sahaja, bidang perubatan juga berperanan dalam menyediakan dasar-dasar
yang berkaitan bagi mencegah penyakit daripada terus merebak dalam masyarakat lantas memberikan sumbangan khusus dalam tamadun
manusia.

● Memelihara agama

Dalam bidang perubatan, memelihara agama diberikan priority berbanding dengan maqasid yang lain. Memelihara agama manusia berkait
rapat dengan ibadah kerana segala tindak-tanduk manusia adalah ibadah di sisi Allah. Mereka yang sakit tidak dapat mengerjakan ibadah
yang fardu dengan sempurna maka menjadi peranan serta tanggungjawab doktor untuk mengubati mereka dengan dibantu oleh
pharmacist, nurse dan lain-lain. Oleh itu, medical treatment menjadi penyumbang secara langsung dalam ibadah manusia.

ETIKA ISLAM

Pada dasarnya etika kedoktoran moden mesti menjadi sebahagian daripada seorang doktor Islam.
Tetapi ianya perlu ditambah dengan etika yang berlandaskan ajaran Islam. Etika ini dapat dinyatakan
seperti yang berikut:

1. Mempercayai kematian
- Kematian itu adalah suatu yang pasti dan telah di tetapkan oleh Allah s . w. t. Oleh yang demikian,
seorang doktor mestilah akur dengan kuasa Allah ini. Tiada yang dapat menghalang ajal seseorang
itu, walau dengan apa cara sekalipun

2. Menghormati pesakit

- Seorang doktor haruslah menghormati pesakitnya tanpa mempedulikan latar belakang mereka.
Dengan itu, komunikasi antara seorang doktor dan pesakit dapat berjalan dengan baik dan lancar.
Ini penting kerana bagi memastikan keadaan pesakit tidak bertambah teruk. Seterusnya ianya
dapat meningkatkan reputasi seorang doktor dan menarik minat lebih ramai pesakit.

3. Pergantungan kepada Allah

- Usaha yang dilakukan oleh seorang doktor perlulah dilengkapkan lagi dengan pergantungan
kepada Allah. Setiap rawatan yang dilaksanakan bertambah berkat apabila mendapat keredhaan
dari Allah s.w.t.

CADANGAN MASA DEPAN

1. Penciptaan anggota badan bionik

- Seseorang individu yang kehilangan anggota badan seperti tangan dan kaki boleh mendapat "peluang kedua” untuk
hidup hampir seperti manusia lain dengan penggunaan anggota badan palsu atau dalam terma perubatan disebut
sebagai prostetik. Namun dengan kemajuan teknologi, anggota badan prostetik ini boleh berfungsi dengan lebih baik,
contohnya mengawal pergerakan tangan prostetik dengan menggunakan minda. Dengan meletakkan elektrod pada
pelbagai bahagian tengkorak, seseorang dapat memanipulasi prostetik bioniknya dengan berfikir.

2. Kemajuan dalam bidang kejuruteraan genetik

- Proses yang paling terkenal untuk mencapai ini adalah CRIPSPR atau "clustered regularly interspaced short
palindromic repeats". Penggunaan modifikasi genom CRISPR masih kontroversial, tetapi terbukti berkesan dalam
pelbagai aplikasi perubatan. Penyelidikan bioperubatan menunjukkan bahawa CRISPR dapat merawat barah,
progeria, penyakit sel sabit, hemofilia, penyakit Huntington, dan banyak lagi penyakit yang disebabkan oleh gen
seseorang. Penyelidikan lebih lanjut kemungkinan akan menghasilkan banyak penemuan dalam merawat pelbagai
penyakit, patogen, dan banyak lagi.

3. Rawatan lebih baik untuk pesakit masalah jantung

- Sebelum abad ini, bantuan rawatan yang diberikan doktor sangat sedikit sekali untuk pesakit yang
mengalami serangan jantung. Rawatan biasanya terdiri daripada memberikan morfin dan lidokain,
yang dipercayai dapat mencegah degupan jantung yang tidak teratur. Sebilangan besar pesakit
dahulu tidak pulih, tetapi pada hari ini, kematian akibat penyakit jantung telah menurun sebanyak
40%. Sebilangan besar kejayaan ini disebabkan oleh penciptaan ubat-ubatan baru termasuk Lipitor,
Mevacor, Crestor dan Simvastatin yang semuanya berfungsi untuk melambatkan perkembangan
aterosklerosis (penumpukan plak dan bahan berlemak di arteri). Pesakit serangan jantung kini
dirawat dengan sangat berbeza daripada yang sebelumnya. Hari ini, semuanya berkaitan dengan
kepantasan. Sebaik sahaja pesakit tiba di hospital, darah beku dapat dibuang dengan ubat-ubatan.
Pengaktif plasminogen tisu yang direkayasa secara genetik (tPA) dapat memecahkan gumpalan
darah seterusnya memulihkan aliran darah.

4. Terapi kanser

- Selama bertahun-tahun lamanya, kaedah utama untuk merawat pesakit barah adalah melalui
terapi kemoterapi dan radiasi. Walaupun kaedah ini sering berfungsi, rawatan ini akan
menyerang sel-sel barah dan juga sel-sel yang sihat. Selama sedekad yang lalu, teknik baru
telah dikembangkan yang memungkinkan untuk merawat barah dengan lebih berkesan. Terapi
baru yang disasarkan berupaya menghilangkan banyak kesan sampingan berbahaya dari
terapi kemoterapi dan radiasi dengan hanya menyerang sel barah tanpa membahayakan sel
yang sihat. Terapi yang disasarkan ini berfungsi dalam beberapa cara, tetapi sebahagian
besarnya mereka melakukan perkara berikut:

• Mereka mengenal pasti dan membunuh sel barah secara langsung

• Mereka mengganggu penyebaran sel barah, menyekat sel yang bertanggungjawab untuk
pertumbuhan tumor

KESIMPULAN

Penyakit yang tidak dapat diubati pada zaman dahulu sudah boleh diubati dengan teknologi yang ada
sekarang. Perkembangan yang pesat dalam teknologi perubatan juga memberi peluang yang baik dalam
menjana ekonomi negara. Dunia perubatan banyak mengalami revolusi yang dengan penciptaan
teknologi baru yang serba canggih, ia juga membawa pelbagai manfaat dalam menangani cabaran dalam
menghadapi pelbagai halangan rawatan penyakit. Dengan inovasi dan revolusi yang tercetus dalam
bidang perubatan yang lahir daripada integrasi teknologi moden diharapkan dapat memberi manfaat dan
kesejahteraan kepada semua pihak, bermula daripada doktor, pesakit, agama dan negara.

Kesihatan dan perubatan adalah bidang yang penting di dalam dunia sains perubatan. Walaupun pada
zaman sekarang kita mempunyai teknologi perubatan yang canggih dan terkini, masyarakat khususnya
disarankan agar menjaga kesihatan diri dari pelbagai aspek kesihatan.

RUJUKAN

1. http://410percent.blogspot.com/2013/01/kegunaan-dan-kepentingan-sains-dalam.html
2. http://gosipdeee.blogspot.com/2018/03/pengenalan-berdirimegah-tugu-negara.html
3. https://iluminasi.com/bm/7-kemajuan-penting-abad-ke-21-dalam-bidang-perubatan.html
4. https://adoc.pub/queue/dr-abdul-basit-hj-abdul-rahman-pensyarah-jabatan-al-syariah-.html
5. http://wwwtechvoice.blogspot.com/2009/08/perubatan-dan-kesihatan.html
6. https://www.sciencedaily.com/releases/2009/11/091105143706.htm
7. https://www.healthline.com/health-news/future-prosthetics-might-be-this-mind-controlled-bionic-arm
8. https://www.cancer.gov/about-cancer/treatment/types/targeted-therapies
9. https://www.livescience.com/58790-crispr-explained.html

komen

-Fokus kepada satu teknologi sahaja
-logo KPT bukan logo KPM ya
-prinsip syariah salah..rujuk balik nota..5 prinsip syariah (rabbaniyah, wasatiah,
mizan dll) pilih satu sahaja dan huraikan
-etika islam dalam stk juga salah..pilih yang 5 kita belajar selasa baru ini (niat yg
baik, ikhlas, ihsan, itqan, mesyuarat dan muafakat, keseimbangan)
-huraian prinsip syariah, Maqasid dan etika perlu dikaitkan dgn teknologi yg dipilih.


Click to View FlipBook Version