The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by natrahyaacob, 2022-02-28 20:58:18

PROGRAM DKA

PROGRAM DKA

DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM 1
SESI 1 2021/2022

KOD & NAMA KURSUS: MPU25032 SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

TAJUK TUGASAN : TEKNOLOGI PERKAPALAN ”CRUISE”

NAMA PENSYARAH: USTAZ ABDUL MUBARAK BIN JAAFAR

AHLI KUMPULAN:
MUHAMMAD FARIZ ISMAIL BIN ABDUL HALIM (01DKA20F2048)

MUHAMMAD TAUFIQ HIDAYAT BIN HASSAN (01DKA20F2067)
NAJMI AIMAN SYAZWAN BIN KAMARUL ARIFFIN (01DKA20F2063)

KELAS & JABATAN : DKA2B (JABATAN KEJURUTERAAN AWAM)

JADUAL AGIHAN ISI KANDUNGAN ETIKA ISLAM
TUGASAN CADANGAN
MAQASID KESIMPULAN
PENDAHULUAN SYARIAH RUJUKAN

DALIL PRINSIP 2
SYARIAH
PERBINCANGAN
BERKAITAN DALIL LATAR BELAKANG
TEKNOLOGI KAPAL

CRUISE

TEKNOLOGI
PERKAPALAN CRUISE

JADUAL AGIHAN TUGASAN

NAMA JENIS TUGASAN

FARIZ Ø MEMBUAT “SLIDE” PEMBENTANGAN
Ø PENDAHULUAN
Ø DALIL
Ø PERBINCANGAN BERKAITAN DALIL

TAUFIQ Ø TEKNOLOGI PERKAPALAN CRUISE
Ø LATAR BELAKANG TEKNOLOGI KAPAL CRUISE
Ø PRINSIP SYARIAH
Ø CADANGAN

NAJMI Ø MAQASID SYARIAH
Ø ETIKA ISLAM
Ø KESIMPULAN
Ø RUJUKAN

3

PENDAHULUAN

Kapal merupakan kenderaan pengangkutan air yang tertua di dunia. Seperti yang kita sedia maklum kapal pesiaran
ini merupakan sebuah kapal khusus untuk membawa penumpang berlayar bagi menikmati keindahan kebesaran
ciptaan Allah SWT. Kapal pesiaran ini juga terbukti telah memberi banyak manfaat yang cukup besar kepada manusia.

Dalam tugasan ini kami akan membincangkan mengenai dalil serta huraian ayat al-quran yang berkaitan dengan
teknologi “kapal cruise”. Bukan itu sahaja, kami juga akan menerangkan latar belakang teknologi ini serta prinsip
maqasid syariah dan etika prinsip islam. Sama ada teknologi ini menepati kedua prinsip ini mahupun tidak, kami akan
memberikan hujah serta huraian berkaitannya. Kami juga akan memberi idea dan cadangan penambahbaikan bagi
teknologi kapal “cruise” ini.

Perkembangan teknologi dewasa ini memberi implikasi kepada sektor pembuatan kapal seluruh dunia. Pelbagai reka
bentuk, saiz dan struktur baru telah dicipta supaya dapat memberi manfaat kepada manusia.

4

DALIL 5

Allah subhanahu wata’ala berfirman:

‫ِْفِ َِاْاا ِلي َّ ّورا َْاهّْايَِ َِْاْيراِِ اوَ اَوْها ِْ َّايوّّْاف ّنفََا ِ َِواااوْْي ّه ََِِِ َْل ِناَِ َِاْ ّيِا ّيا َِِّ َْا ِنواْيلََِِّْْيِْناافِوِزْاّيْرَ ّّاف ِ ّلناْيَِِو ّاوفاَّس َّساِنَ ّ ّوِ َِاِِلْاخاوْفّيف ِمَّا ِنا‬
‫ِيِلمّي ّوِ ِْْاا ِيَِ ّسّاِمااَ ّ َوو ِّااَ َْفِ ِاانا ِوَ ِّ ِن ّي َِاْي ِن ايَِاوْي َِِْ ِٰاْ ّي ََِ ِه ِناف ّيااْي َِِ َْ ِناوْ ّف ّن ِوا اف اي ِا‬

Terjemahan :

“Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi, pergantian malam dan siang, kapal yang
berlayar di laut dengan muatan yang bermanfaat bagi manusia, apa yang diturunkan Allah
dari langit berupa air, lalu dengan (air) itu dihidupkan-Nya bumi setelah mati (kering), dan
Dia tebarkan di dalamnya bermacam-macam binatang, dan perkisaran angin dan awan
yang dikendalikan antara langit dan bumi, (semua itu) sungguh merupakan tanda-tanda
(kebesaran Allah) bagi orang-orang yang mengerti.”

( Al-Baqarah 2 : Ayat 164)

PERBINCANGAN BERKAITAN DALIL

1) َ‫( فِّْٰي فنا وَ ْٰي ِّ ول فِٰ ِل وت اخ و‬silih bergantinya malam dan siang) Yakni pergantian siang dan malam dan perbedaan
keduanya dalam hal cahaya, kegelapan, panas, dan dingin; adapun sebab dan efek dari hal-hal ini
merupakan hikmah-hikmah yang dalam dan terdapat maslahat bagi makhluk-Nya.

2) َ‫( ْٰ وّص اتلو فِيف ِر وصت و‬dan pengisaran angin) Yakni mengirim angin yang membantu penyerbukan dan yang
tidak, yang sebagai penolong dan yang sebagai pembinasa, yang panas dan yang dingin, yang lembut
dan yang kencang. Pendapat lain mengatakan: yakni mengirimnya ke timur dan selatan, dan dua angin
yang bertemu.

6

3) َ‫( ٰ ِْ َخ فّ يم وص فِْٰ يّ فسا و‬angin dan awan yang dikendalikan) Yakni yang ditundukkan. Pendapat lain
mengatakan: penundukannya adalah tetapnya ia diantara langit dan bumi tanpa tiang dan tanpa
digantung.

4) َ‫( تف ِو ووخَق فَ وّْوف ِق لِ فت ات ل‬sungguh (terdapat) tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang
memikirkan) Yakni semua orang yang berakal mengetahui bahwa segala yang ada ini tidak mungkin
dilakukan sepenuhnya atau sebagiannya oleh sembahan-sembahan orang-orang kafir yang meliputi
penciptaan langit dan bumi, pergantian siang dan malam, pergerakan kapal di lautan, hujan yang turun
dari langit, bumi yang kembali hidup dengan hujan, persebaran hewan-hewan, dan pergerakan angin,
maka barang siapa yang melihat hal ini dengan cermat dan menjalankan pikirannya niscaya akan
mendapat kepastian bahwa yang melakukan itu adalah Allah Ta’ala.

7

TEKNOLOGI PERKAPALAN CRUISE

Ø Kapal persiaran atau dalam Bahasa inggris digelar “Cruise Ship”
atau “Cruise Liner” merupakan sebuah kapal persiaran mewah
bagi penumpang yang menaikinya untuk menikmati perjalanan
percutian di atas laut sambil menikmati keindahan di laut.

Ø Kapal persiaran mewah ini dibina umpama sebuah hotel mewah
yang terapung. Kapal persiaran mewah biasanya mempunyai
lebih ramai krew dan kakitangan daripada penumpang. Hal ini
bagi menjamin keselamatan penumpang yang menaikinya.

8

LATAR BELAKANG TEKNOLOGI KAPAL CRUISE

SEJARAH PRASARANA

REKA BENTUK

9

SEJARAH

Kapal persiaran telah diperkenalkan sejak 200 tahun yang lalu oleh seorang ahli perniagaan iaitu Arthur Anderson
yang berasal dari Scotland. Beliau telah mengemukan idea mengenai pelayaran mewah di atas laut yang dilengkapi
pelbagai kemudahan sebagai penumpang. Idea awalnya adalah merangkumi pelayaran dari Scotland ke Iceland pada
musim panas dan pelayaran yang lebih jauh ke Mediterranean pada musim sejuk. Pada tahun 1835, Arthur Anderson
bersama Brodie Wilcox menjadi pengasas sebuah syarikat bernama "Peninsular and Oriental Steam Navigation
Company" yang lebih dikenali dengan nama akronimnya iaitu "P&O."

Kapal Titanic merupakan sebuah kapal persiaran mewah yang dikenali ramai kerana insiden tragik yang berlaku
kepada kapal tersebut. Pada tahun 1911, syarikat White Star Line membina tiga kapal baru, 40,000 tan dan dinamakan
“Olympic, Titanic dan Britannic.” Kapal Titanic berlayar dari Southampton pada 10 April 1912 dengan 2228
penumpang dan anak kapal. Hanya 705 orang yang selamat dari pelayaran setelah Kapal itu menghantam “Iceberg” di
Atlantik Utara dan telah karam pada tanggal 15 April.

10

PRASARANA

“Cruise Ship” menyediakan pelbagai prasarana untuk para penumpang malahan terdapat tempat rekreasi dan
hiburan dalam kapal ini. Kapal ini biasanya dilengkapi dengan pelbagai fasiliti penginapan dan kelengkapannya
bagaikan sebuah hotel yang bertaraf 5 bintang kerana terdapat ruang bilik, restoran, cafe, bar, casino, kolam
renang dan sebagainya.Selain itu,kapal pesiar mempunyai laluan perjalanan yang biasanya mengambil masa
berhari, berminggu malahan ada yang berbulan. Hal ini semua bergantung daripada pakej yang ditawarkan
oleh syarikat kapal persiaran itu sendiri kepada para penumpangnya. Di samping itu, kapal persiaran ini
cenderung dibina lebih besar berbanding kapal lain yang wujud pada masa kini. Kapal persiaran mewah ini
direka dengan bentuk yang besar , mewah serta elegan bagi menarik perhatian para penumpangnya.

11

REKA BENTUK

Reka bentuk kapal cruise biasanya bergantung kepada pereka bagi setiap syarikat serta bergantung kepada
modal yang dilaburkan. Secara am, reka bentuk sebuah kapal cruise berdasarkan lakaran yang dibuat oleh
arkitek yang diupah bagi memenuhi kehendak serta citarasa pemiliknya. Seperti yang kita tahu, kapal cruise
dibina dengan reka bentuk yang mewah serta menarik dari segi luaran mahupun dalam kapal tersebut.
Pembinaan kapal cruise mengambil masa 2 hingga 3 tahun untuk disiapkan sepenuhnya. Setiap kapal cruise yang
dibina mempunyai ciri-ciri dan keistimewaan mereka yang tersendiri yang dapat melambangkan syarikat mereka.

HARMONY OF THE SEAS ROYAL CARIBBEAN STAR PRINCESS DIAMOND PRINCESS

12

PRINSIP SYARIAH

Rabbaniah (ketuhanan) menjelaskan syariah Islam adalah dicipta dan disusun oleh Allah swt. Alam yang

terbentang luas ini mengandungi segala khazanah di dalamnya boleh diterokai dengan mematuhi

peraturan Allah swt. Seluruh ciptaan alam adalah milik Allah swt. Kita sebagai khalifah yang tertakluk

kepada peraturan alam milikNya. Setiap kajian dan ciptaan hendaklah menjurus kepada pengabdian diri

kepada Allah swt dan menginsafi keagunganNya. Inilah keyakinan yang perlu ada dalam diri setiap umat

Islam. Mempertikaikan sistem Islam bermakna kita meragui sistem yang datang daripada Allah. Demikian

juga dengan sistem ekonomi Islam. Ia lahir melalui wahyu Allah iaitu Al-Quran dan sunnah Nabi saw. Kapal

cruise ini juga disediakan bilik tidur untuk berehat dan menenangkan fikiran.Selain itu, terdapat juga

restoran yang menyediakan makanan kepada penumpang untuk menikmati juadah yang disediakan.Hal ini

jelaslah bahawa kapal cruise ini diciptakan sesuai dengan fitrah manusia supaya kita boleh mengingati

Allah dalam setiap perkara yang kita lakukan. 13

Allah Yang Maha Mengetahui dan Maha Kaya dengan segala kekuasaan, maka sebarang sistem yang datang
daripada-Nya juga adalah yang terbaik. Kefahaman yang pertama tentang prinsip rabbaniah dalam sistem
ekonomi Islam adalah keyakinan bahawa sistem ekonomi Islam dalam segi dasarnya adalah unggul dan
terbaik kerana ia datang daripada Allah dan Nabi Muhammad. Sebagai contoh, tidak semua umat Islam
faham apakah hikmah di sebalik pengharaman riba dalam setiap aktiviti perdagangan di mana teknologi
kapal menjadi kenderaan membawa dagangan yang utama. Lebih-lebih lagi pada zaman yang begitu
mencabar ini.Riba seolah-olah menjadi kebiasaan dan rata-rata menganggapnya tidak mengapa bak kata
peribahasa Melayu alah bisa tegal biasa.

14

Kefahaman yang kedua pula adalah segala aktiviti yang dijalankan untuk menggerakkan ekonomi bertujuan
mendapatkan keredaan Allah swt. Mereka yang memahami konsep ini akan memastikan segala pengurusan
dan aktiviti ekonomi yang dijalankan tidak mengandungi sebarang perkara yang haram seperti membawa
barang dagangan yang haram dan boleh membawa kemudaratan kepada manusia kerana ia pasti dimurkai
oleh Allah swt. Kefahaman ini boleh diterapkan dalam diri jika kita memahami bahawa setiap harta yang
diperolehi sebenarnya adalah pinjaman daripada Allah swt. Maka sebagai peminjam kita perlu mematuhi
segala terma dan syarat yang ditetapkan oleh pemberi pinjaman.

15

MAQASID SYARIAH (MEMELIHARA HARTA)

Teknologi perkapalan persiaran mewah “cruise” ini merupakan salah satu teknologi perkapalan yang mana menjadi
salah satu teknologi yang berkait dalam sektor pelancongan. Seperti yang kita sedia tahu, pelancong yang menaiki
kapal “cruise” ini bukan sebarangan tetamu. Kebiasaanya mereka yang berpangkat tinggi mahupun selebriti yang ingin
menikmati percutian secara privasi tanpa diganggu oleh para peminatnya. Bukan itu sahaja, kapal “cruise” juga sering
dijadikan tempat perjumpaan atau tempat persidangan bagi orang yang ternama. Oleh itu, pihak agensi “cruise” akan
menyediakan perkhidmatan yang sebaiknya lebih lagi terhadap keselamatan nyawa sendiri mahupun nyawa
penumpang. Sistem keselamatan dalam kapal “cruise” amatlah ketat bagi menjaga keselamatan harta para
penumpangnya. Sebagai contoh, para penumpang akan mendapat kunci bilik yang berbentuk kad. Kad ini akan
digunakan untuk memasuki bilik dan digunakan di dalam lif untuk menuju ke bilik, para penumpang tidak perlu
menghafal aras bilik mahupun nombor bilik. Dengan adanya sistem begini ia dapat memelihara harta para penumpang
dan mereka tidak perlu risau untuk meninggalkan barangan berharga di dalam bilik. Para penumpang juga akan berasa
lebih selesa dan privasi mereka terjaga. Terdapat banyak sistem keselamatan yang sangat ketat dalam kapal “cruise”
dan ini merupakan salah satu sistem keselamatan dalam kapal “cruise” bagi memelihara harta para penumpangnya.

16

MAQASID SYARIAH (MEMELIHARA NYAWA)

Dalam hal ini kepentingan dari sudut memelihara nyawa adalah salah satu aspek yang penting yang diterapkan

dalam agama islam sejak zaman nabi lagi kerana islam mementingkan perkara yang tidak memudaratkan kesihatan

bahkan nyawa . Dalam meniti kemodenan dunia yang berlandaskan kemajuan teknologi yang canggih ini

keselamatan amatlah dititikberatkan,lebih lebih lagi dalam teknologi kapal pesiaran ini. Seperti yang kita ketahui,

"Pengembangan NAPA Emergency Computer” telah diperkenalkan pada tahun 2015 yang mana menjadi teknologi

pertama yang dapat memberikan amaran banjir di ruang komando. Oleh itu, kapten dapat mengetahui di mana

posisi terjadinya banjir dengan lebih awal supaya dapat mengatasinya apabila pelayaran sedang berlayar. Sebelum

adanya teknologi ini,kita tidak ada cara yang canggih untuk mengatasi banjir jika berlaku dalam tempoh masa kapal

sedang belayar.Teknologi yang ada ini amatlah menjamin keamanan dan keselamatan ketika berlayar. Jadi dengan

adanya "Pengembangan NAPA Emergency Computer” dapatlah penumpang berasa lebih selamat dan terjamin

akan keselamatan mereka semasa kapal sedang belayar. Oleh itu, selarilah dengan ajaran Islam yang mana Islam

amatlah menitikberatkan dalam perihal memelihara nyawa.Akhir sekali, dengan menyediakan jaket keselamatan

dan raket keselamatan sekiranya berlaku kecemasan dapat meningkatkan keyakinan para penumpang untuk

menaikinya.Sehubungan dengan itu, jelaslah bahawa keselamatan lebih terjamin. 17

ETIKA ISLAM (BERMESYUARAT & BERMUAFAKAT)

Ø Jika kita dapat lihat kapal persiaran mewah yang menampung penumpang dan barang yang bergerak dari satu
tempat ke satu tempat lain untuk menuju ke destinasi yang ditetapkan,pastinya ia mempunyai organisasi yang
kuat dan ampuh. Organisasi yang kukuh terhasil dengan adanya sistem bermesyuarat. Dari sini mereka akan
berbincang serta mengeluarkan idea masing-masing untuk mencapai kata sepakat dan mengekalkan
momentum pelayaran sebuah kapal. Kita dapat nilai betapa hebatnya krew dalam mengekalkan permuafakatan
kerana untuk mewujudkan suasana pekerjaan dan pelayaran yang baik,seronok serta kondusif.

Ø Seterusnya,dengan bermesyuarat dan bermuafakat menjadikan penumpang kapal mempercayai servis yang
diberikan. Hal ini sekaligus dapat membuatkan para penumpang yang menaiki kapal pesiaran ini memberi
sepenuh kepercayaan tentang keselamatan mereka kepada organisasi kapal tersebut. Analoginya jika kita tahu
sebuah rumah kayu tersebut tidak terurus dan tidak dijaga dengan kerjasama adakah berani untuk kita masuk
dalam rumah yang sebegitu? dan jawapanya semestinya tidak kerana kita mencari organisasi yang hebat dan
boleh dipercayai sebelum kita memilih untuk menggunakan atau menaikinya.

18

Ø Apabila terdapat kerosakan di dalam kapal pelayaran,pihak krew kapal akan duduk bermesyuarat untuk
mendapatkan solusi yang terbaik untuk mengendalikan permasalahan tersebut. Mesyuarat sangatlah penting
dan sangat diutamakan oleh krew kapal demi menjaga kualiti dan layanan terbaik yang diberikan kepada
penumpang. Seterusnya,ulasan daripada penumpang juga turut diambil kira dengan menyediakan kotak
cadangan. Organisasi kapal akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan cadangan yang dikemukakan oleh
penumpang bagi membuat penambahbaikan kapal dari segi layanan mahupun prasarana. Maka dengan cara ini
jugalah akan mengekalkan kepercayaan dan keselesaan serta perkhidmatan pada penumpang.

19

ETIKA ISLAM (ITQAN)

Ø Seperti yang kita sedia tahu, prinsip itqan diterapkan semasa proses pembuatan kapal cruise ini. Hal ini kerana,
untuk membina sebuah kapal cruise yang mewah memerlukan ketelitian yang sangat tinggi malahan sebelum
proses pembinaannya pun jurutera yang terlibat serta pereka bentuk kapal perlu berbincang dan membuat
lakaran dengan teliti. Jika mereka tidak teliti semasa proses melakar dan mereka bahagian dalaman serta luaran
kapal cruise ia akan memberi kesan sampingan yang akan berlaku setelah kapal itu telah siap sepenuhnya
seperti kapal itu mungkin akan tenggelam atau mengalami kerosakan pada bahagian tertentu. Bukan itu sahaja,
ia juga akan membahayakan nyawa penumpang serta krew yang berada dalam kapal "cruise" tersebut.

Ø Kesan tidak mengendalikan kapal cruise dengan teliti bukan sahaja boleh mengancam nyawa dan keselamatan
penumpang dan crew malahan syarikat yang menguruskan kapal cruise juga akan mengalami kerugian yang
berjuta atau berbilion ringgit.

20

CADANGAN

Dalam teknologi perkapalan ini, kita boleh menggunakan bahan api mesra alam yang mana ianya
dapat mengelakkan daripada pencemaran air laut. Kita sendiri sedia maklum bahawa kapal pesiaran
ini telah mendapat banyak kritikan kerana ianya dianggap mencemari lautan apabila penumpang kapal
persiaran itu sendiri mempunyai sikap suka membuang sampah ke dalam lautan. Kita juga tahu
bahawa HFO masih merupakan bahan bakar utama untuk kapal pelayaran. Orang ramai beranggapan
bahawa sektor pelancongan ini dikaitkan dengan imej yang bersih dan mesra. Sebaliknya, gas ekzos
dilepaskan kerana kandungan sulfur tinggi HFO yang boleh mengakibatkan ekobalans jauh lebih teruk
daripada pergerakan individu.

21

KESIMPULAN

Ø Kesimpulannya, teknologi kapal pesiaran ini amatlah selari dengan maqasid syariah dan etika islam yang telah
dilampirkan. Hal ini demikian kerana dalam islam sendiri ada mengatakan bahawa agama Islam ini menggalakkan
umatnya keluar daripada kepompong mastautin dan bermusafir ke lokasi lain bagi menyelami 'permata
tersembunyi’ di tempat orang sambil menghayati kebesaran ciptaan Allah SWT. Sejajar dengan teknologi
perkapalan persiaran ini yang mana teknologi ini tidaklah bercanggah dengan konsep agama Islam. Seperti yang
kita sedia maklum, agama Islam sendiri menggalakkan pelayaran agar umat Islam dapat melihat sendiri
kebesaran kuasa Allah sekaligus dapat meningkatkan keimanan dan rasa perhambaan kita sebagai umat Islam.

Ø Selain itu, seperti yang kita ketahui tentang kisah nabi nuh yang mana Allah lantas memerintahkan Nabi Nuh
untuk membuat sebuah bahtera berupa kapal besar untuk mengangkut orang orang yang beriman serta haiwan
haiwan. Atas perintah itu Nabi Nuh mengumpulkan pengikutnya dan bergotong-royong membuat bahtera dari
kayu selama siang dan malam dalam beberapa tahun. Namun kerja keras itu mendapat cemuhan dari orang-
orang yang tercela.

22

Ø Dan akhirnya Nabi nuh telah membuktikan dengan usahanya menyiapkan sebuah bahtera besar dapat
menyelamatkan penduduk dan makhluk lain dari bahtera besar yang telah Allah berikan sebagai petunjuk
kepada orang orang kafir.

Ø Namun sejajar dengan apa yang telah diperkatakan iaitu isu memelihara keselamatan dan agama sangatlah
ditekankan dalam teknologi perkapalan ini. Hal ini kerana bimbang umat Islam pada harini mengambil mudah
tentang isu berkenaan. Jadi dengan adanya akal fikiran yang baik, dapatlah umatnya memikirkan tentang isu
yang telah dinyatakan kerana kita tahu islam telah memberikan penghargaan yang tertinggi terhadap akal
supaya dapat berfikir dan menggunakannya dengan baik.

23

RUJUKAN

Ø https://www.tokopedia.com/s/quran/al-baqarah/ayat-164
Ø https://www.jawapos.com/wisata-dan kuliner/travelling/28/11/2017/penumpang-kapal-pesiar-

syariah-singgahi-tanah-rencong-amazing/
Ø https://m.liputan6.com/ramadan/read/4539798/kisah-nabi-nuh-yang-diperintahkan-allah-

membuat-bahtera
Ø https://studipariwisata.com/kapal-pesiar/sejarah-kapal-pesiar/amp/
Ø https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2015/07/66048/berdakwah-menerusi-

pelayaran-islamik
Ø https://www.slideshare.net/wannurizzatiwanmohdy/industri-perkapalan
Ø http://azizharjinesei2015oktober.blogspot.com/2015/10/sejarah-sains-dan-teknologi-

perkapalan.html
Ø http://kumpulansatudisb.blogspot.com/2016/03/rabbaniah-ketuhanan.html

24


Click to View FlipBook Version