The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Pentadbir STRIDE, 2021-02-02 22:57:27

Laporan Tahunan STRIDE 2019

Laporan Tahunan STRIDE 2019

ISI KANDUNGAN

SIDANG REDAKSI 1
PERUTUSAN KETUA PENGARAH 2-5
VISI, MISI & OBJEKTIF 6
MAKLUMAT KORPORAT 7-9
PEMBANGUNAN ORGANISASI
Prestasi Kewangan 10-13
Pembangunan Infrastruktur 14-20
Pengurusan Sumber Manusia 21-22
Pembangunan Modal Insan 23-28
PENYELIDIKAN, PEMBANGUNAN 29-33
DAN INOVASI (RD&I)
PERKHIDMATAN TEKNIKAL 34-51
Perkhidmatan Teknikal 52-53
PENERBITAN
LAWATAN 54-59
Pelawat Dalam Negeri 60-61
Pelawat Antarabangsa 62-66
Lawatan
AKTIVITI-AKTIVITI ORGANISASI 2019 67-68
Konvensyen Inovatif & Kreatif (KIK) 69
Sambutan Bulan Kebangsaan Dan
Hari Malaysia Peringkat STRIDE 70
Lawatan Kerja KSU Kementerian Pertahanan Ke STRIDE 71
Perhimpunan Bulanan STRIDE 72-73
Aktiviti Sukan STRIDE 74-77
Aktiviti Sosial Dan Kerohanian STRIDE

SIDANG REDAKSI

PENAUNG

YBrs Dr. Mohmad Asri bin Abd Ghani

AHLI
REDAKSI

Mohd Faudzi Bin Muhammad 1
Norkamizah binti Mohd Nor @ Shamsuri

Mohd Hazri bin Rahmat @ Sulaiman
Rozita binti Md Salleh
Siti Rozanna binti Yusuf
Nor Afizah binti Salleh

Siti Noriza Binti Mohd Kamel
Aznizah binti Ahmad
Ibrahim bin Tahir

Nurul Najwa binti Abd Rahman
Jumilah binti Abdul Rahman
Mohd Hambali bin Anuar
Suhairi bin Mohamad Isa
Farizah binti Abdul Fatah
Abbas bin Zubir
Mohd Hafiz bin Mohd Noor

Mohd Ridzuan bin Mohd Rashid
Abdul Ahad bin Md Burhanudeen

Faridah binti Ismail
Wan Mohd Zani bin Wan Hassan
Nur Aina Batrisyia binti Abdullah

Nur Zariah binti Abdul Halim

LAPORAN TAHUNAN 2019 INSTITUT PENYELIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI PERTAHANAN

PERUTUSAN Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
KETUA PENGARAH dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT
dengan limpah rahmat serta izinNya, Laporan
Tahunan 2019 Institut Penyelidikan Sains dan
Teknologi Pertahanan (STRIDE) telah berjaya
diterbitkan. Walaupun penerbitan agak terlewat
disebabkan oleh penularan wabak COVID-19 dan
pelantikan ahli jawatankuasa yang baru, atas
usaha yang gigih akhirnya Laporan Tahunan ini
dapat direalisasikan. Saya mengambil
kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan
penghargaan atas kreativiti, inovasi dan komitmen
ahli jawatankuasa yang terlibat dalam menyiapkan
laporan ini. Laporan Tahunan STRIDE diterbitkan
bagi melaporkan pelbagai aktiviti, sumbangan,
kajian-kajian pengeluaran dan pencapaian
STRIDE sepanjang tahun 2019.

Pada masa kini, negara mempunyai kelengkapan ketenteraan yang stabil kerana disokong melalui
pengimportan daripada luar negara. Namun, kestabilan ini begitu rapuh kerana kebergantungan negara
kepada pihak luar dikhuatiri akan mendatangkan masalah terutama membabitkan kos penyelenggaraan
peralatan yang agak tinggi. Untuk menyahut cabaran ini, STRIDE telah memperkukuhkan fungsinya
dalam menerajui penyelidikan berkaitan persekitaran tropika negara. Kecemerlangan penyelidikan
STRIDE dalam sektor pengujian tropika terserlah susulan kejayaan Penubuhan Pusat Pengujian
Tropika (TTC) STRIDE. Pada tahun 2019, TTC telah mendapat kelulusan untuk membangunkan Pusat
Kecemerlangan Pengujian Tropika bagi TTC Test Site and Proving Ground di Kuala Chini, Pahang.
Pusat ini akan memastikan setiap perolehan aset pertahanan dan keselamatan melalui peringkat
pengujian yang lengkap dan seterusnya mengurangkan kerosakan kepada peralatan tersebut. Ini akan
menjimatkan kos selenggaraan dan mengurangkan bantuan dari negara luar.

LAPORAN TAHUNAN 2019 INSTITUT PENYELIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI PERTAHANAN 2

Hasil R&D daripada perspektif penyelidikan seperti pengkomersialan, perlindungan harta intelek
dan penerbitan penulisan saintifik amat ditekankan. STRIDE menyediakan 2 medium bagi
pegawai mengembangkan bakat penulisan saintifik dan kreatif iaitu melalui penerbitan majalah
BUDI dan Defence S&T Technical Bulletin. STRIDE juga menggalakkan warganya
menghasilkan penerbitan berimpak dan produk yang berpotensi untuk dikomersialkan dan
dilindungi sebagai harta intelek.

Pembangunan infrastruktur moden dan canggih yang bertunjangkan kepada kepentingan
pertahanan merupakan fokus utama STRIDE dalam memberi sokongan kepada pihak Angkatan
Tentera. Pembangunan makmal Electromagnetic Compatibility (EMC) diteruskan pada tahun
2019 dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2022. Makmal ini dijangka berupaya
menjalankan pengujian EMC/EMI bagi peralatan ATM dan mematuhi spesifikasi MIL-STD-461E
dan MIL-STD-464.

Bagi meningkatkan kepakaran dalam bidang analisis dan penyiasatan kegagalan, Tim Makmal
Kotak Hitam (MKH) telah mengadakan lawatan ke Pusat Simulator Airbus dan Boeing di
Subang. Tim ini juga telah menghadiri kursus menyelam di dasar laut dan pengendalian dron
bagi memberi sokongan dalam operasi mencari dan menyelamat. Sebagai agensi ulung yang
diiktiraf oleh kerajaan dalam ujian bahan kalis tikaman, keupayaan STRIDE ditingkatkan lagi
dengan terbinanya makmal Stab Apparatus and Measurement System (STAM). Pengujian yang
dijalankan adalah penting bagi memastikan peralatan yang dibekalkan memenuhi piawaian
antarabangsa dan selamat digunakan.

Untuk membangunkan budaya kreativiti dan inovasi, setiap bahagian di STRIDE digalakkan
mengambil bahagian di dalam penyelidikan berkumpulan bagi kelestarian penyelidikan dan
penggunaan sumber secara optima. Ini boleh dilihat dengan tertubuhnya 6 kumpulan KIK
Horizon Baru yang berjaya menghasilkan 6 projek inovasi berimpak tinggi. Bagi menghargai
usaha kumpulan KIK ini, satu konvensyen KIK Horizon Baru telah diadakan pada 18 hingga 20
November yang meliputi ceramah dan pertandingan KIK.

LAPORAN TAHUNAN 2019 INSTITUT PENYELIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI PERTAHANAN 3

STRIDE juga aktif mempromosikan teknologi melalui pelbagai saluran seperti media massa,
seminar, pameran, Business Matching, mesyuarat dua hala dan forum perbincangan. STRIDE telah
menyertai Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) yang telah diadakan
pada 26 Mac hingga 30 Mac 2019. Ketika berlangsungnya pameran ini, telah diadakan satu
upacara penyerahan dokumen perjanjian kerjasama dengan Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia (UIAM) dalam membangunkan sistem ASV bagi kegunaan maritim. Bagi meningkatkan
lagi kerjasama antara MinDef, agensi kerajaan dan industri pertahanan, satu program yang dikenali
sebagai MinDef Business Matching Day telah berlangsung pada 23 hingga 24 Oktober di mana
sebanyak 26 produk inovasi dari STRIDE, ATM dan UPNM serta 3 produk dari MCY telah
dipamerkan. Dianggarkan seramai 700 orang telah menghadiri program tersebut. Hasil daripada
teknologi pertahanan sentiasa menjadi daya penarik dan menjadikan ia pengisian penting dalam
mempromosikan produk STRIDE.

Tidak dinafikan bahawa media memainkan peranan penting dalam usaha STRIDE
menyebarluaskan maklumat-maklumat baharu terutamanya berkaitan peranan, fungsi dan aktiviti-
aktiviti dijalankan oleh STRIDE serta isu-isu yang melibatkan kepentingan awam. Alhamdulillah,
pada Oktober 2019, saya rasa terpanggil untuk menjelaskan peranan STRIDE dalam program
Selamat Pagi Malaysia yang disiarkan secara langsung di TV1 terbitan RTM.

LAPORAN TAHUNAN 2019 INSTITUT PENYELIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI PERTAHANAN 4

Syabas dan terima kasih kepada semua Warga STRIDE yang bersungguh-sungguh melaksanakan
tugas dan tanggungjawab dengan penuh semangat dan dedikasi untuk menjadikan STRIDE
sebagai organisasi R&D Pertahanan yang cemerlang. Semoga kerjasama padu daripada semua
pihak dalam melaksanakan projek R&D pertahanan dapat diteruskan bagi melonjak industri
pertahanan tempatan dan seterusnya mengurangkan kebergantungan kepada teknologi asing.

Wabillahi taufiq wal hidayah wassalamua’laikum warahmatullahi wabarakatuh
YBrs Dr. Mohmad Asri bin Abd Ghani
Ketua Pengarah STRIDE

LAPORAN TAHUNAN 2019 INSTITUT PENYELIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI PERTAHANAN 5

VISI

Peneraju Sains dan Teknologi Pertahanan
Negara

MISI

Memperkasa Pertahanan Negara melalui Penyelidikan dan

Pembangunan, Inovasi serta Perkhidmatan Sains dan Teknologi

yang Mampan

TERAS STRATEGIK

1 Memperkasakan penyelidikan dan inovasi S&T
pertahanan bagi meningkatkan keupayaan dan kesiagaan
pertahanan negara

2 Memantapkan perkhidmatan sains dan teknologi pertahanan
yang holistik bagi menjamin kelestarian sistem pertahanan

3 Meningkatkan keupayaan organisasi dan kepakaran modal
insan untuk memberi perkhidmatan yang cemerlang

4 Memperkukuhkan jalinan kerjasama dengan rakan-rakan
strategik untuk eksplorasi teknologi pertahanan terkini dan
termaju

LAPORAN TAHUNAN 2019 INSTITUT PENYELIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI PERTAHANAN 6

MAKLUMAT KORPORAT

LAPORAN TAHUNAN 2019 INSTITUT PENYELIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI PERTAHANAN

PENGENALAN

INSTITUT PENYELIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI PERTAHANAN

Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE) bertanggungjawab untuk
memperkasakan penyelidikan serta inovasi Sains dan Teknologi pertahanan bagi meningkatkan
keupayaan dan kesiapsiagaan pertahanan negara yang selaras dengan visi STRIDE iaitu
Peneraju Sains & Teknologi Pertahanan Negara. Malah, bagi mencapai Misi STRIDE iaitu
Memperkasa Pertahanan Negara melalui Penyelidikan & Pembangunan, Inovasi serta
Perkhidmatan Sains dan Teknologi yang Mampan, STRIDE turut menjalin dan mengukuhkan
kerjasama dengan rakan-rakan strategik untuk eksplorasi teknologi pertahanan yang terkini dan
termaju.

STRIDE diterajui oleh Ketua Pengarah dan dibantu oleh Timbalan Ketua Pengarah dan Pengarah
Kanan. STRIDE mempunyai enam (6) bahagian pengurusan teknologi, satu (1) bahagian
pengurusan pentadbiran dan satu (1) bahagian pengurusan strategik.

LAPORAN TAHUNAN 2019 INSTITUT PENYELIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI PERTAHANAN 7

PENGURUSAN TERTINGGI

INSTITUT PENYELIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI PERTAHANAN

DR MOHMAD ASRI BIN ABD GHANI

KETUA PENGARAH STRIDE

DR MOHD YAZID BIN DR ZALINI BINTI YUNUS
AHMAD
PENGARAH KANAN
TIMBALAN KETUA PENGARAH NUKLEUS KONVENSYEN
SENJATA BIOLOGI
& TOKSIN

LAPORAN TAHUNAN 2019 INSTITUT PENYELIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI PERTAHANAN 8

EN. HARUN BIN ALI EN. AB SUKOR BIN ZAKARIYA DR MAHDI BIN CHE ISA
Pengarah Pengarah Pengarah

Bahagian Khidmat Pengurusan Bahagian Teknologi Persenjataan Bahagian Teknologi Maritim

DR RIDWAN BIN YAHAYA EN. WAN MUSTAFA BIN WAN HANAFI IR ZAINOL ABIDIN BIN AWANH SA
Pengarah Pengarah Pengarah

Bahagian Teknologi Perlindungan & Biofizikal Bahagian Teknologi Instrumentasi & Elektronik Bahagian Teknologi Jentera & Aeroangkasa

PN. SHAMSIAH BINTI KALIL PN. SITI HAJAR BINTI ZULKIFLI
Ketua Ketua

Pusat Pengujian Tropika Unit Penyelidikan, Inovasi dan Halatuju Strategik

LAPORAN TAHUNAN 2019 INSTITUT PENYELIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI PERTAHANAN 9

PEMBANGUNAN ORGANISASI

LAPORAN TAHUNAN 2019 INSTITUT PENYELIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI PERTAHANAN

PRESTASI KEWANGAN 2019

A. Belanja Mengurus (OE)

Bagi tahun kewangan 2019, STRIDE diperuntukkan Belanja Mengurus sejumlah
RM3,668,814.00. Agihan peruntukan adalah seperti di Jadual 1, manakala Jadual 2
menunjukkan pencapaian perbelanjaan STRIDE sebanyak 97.86%, satu pencapaian prestasi
perbelanjaan cemerlang bagi peruntukan Belanja Mengurus Tahun 2019.

21000 OBJEK SEBAGAI PERUNTUKAN 2019
23000 Perjalanan dan Sara Hidup 351,860.00
24000 Perhubungan dan Utiliti 181,254.00
25000 Sewaan 227,665.00
26000 Bahan Makanan dan Minuman 15,000.00
27000 Bekalan Bahan Mentah / AlatGanti 108,200.00
28000 Bekalan Am / Bahan Lain 216,420.00
29000 Penyelenggaraan dan Pembaikan
35000 Perkhidmatan Di beli 2,108,118.00
39000 Kelengkapan dan Peralatan 417,297.00
JUMLAH Aset Tak Ketara 8,000.00
35,000.00

3,668,814.00

Jadual 1: Pecahan Peruntukan mengikut Objek Sebagai

LAPORAN TAHUNAN 2019 INSTITUT PENYELIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI PERTAHANAN 10

PRESTASI KEWANGAN 2019

A. Belanja Mengurus (OE)

PERUNTUKAN BELANJA BAKI % BAKI

OS 21000 351,860.00 344,921.00 6,938.81 1.97
OS 23000
OS 24000 181,254.00 171,763.40 9,490.51 5.24
OS 25000
OS 26000 227,665.00 226,539.00 1,126.00 0.49
OS 27000
OS 28000 15,000.00 14,369.30 630.70 4.2
OS 29000
OS 35000 108,200.00 79,927.62 28,272.38 26.12
OS 39000
JUMLAH 216,420.00 212,325.10 4,094.89 1.89

2,108,118.00 2,083,411.00 24,706.05 1.17

417,297.00 416,338.60 958.31 0.23

8,000.00 7,785.00 215.00 2.69

35,000.00 32,880.00 2,120.00 6.06

3,668,814.00 3,590,260.02 78,553.98 2.14

Jadual 2: Prestasi Perbelanjaan mengikut Objek Sebagai

LAPORAN TAHUNAN 2019 INSTITUT PENYELIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI PERTAHANAN 11

PRESTASI KEWANGAN 2019

B. Belanja Pembangunan (DE)

Bagi tahun kewangan 2019, STRIDE telah diperuntukan Belanja Pembangunan sejumlah
RM30,500,000.00. Walau bagaimanapun, peruntukan ini telah dipinda menjadikan jumlah
keseluruhan sebanyak RM3,466,678.71. Pecahan peruntukan mengikut projek di Jadual 3
menunjukkan pencapaian perbelanjaan STRIDE sebanyak 99.42% berdasarkan jumlah peruntukan
dipinda.

BIL PROJEK JUMLAH JUMLAH BELANJA BAKI (RM) PERATUS

PERUNTUKAN PERUNTUKAN (RM) PERBELANJAAN

(RM) DIPINDA (RM) (%)

1. Penyelidikan / Pengujian 7,000,000.00 3,221,297.71 3,221,297.71 0.00 100.00
Kesesuaian Peralatan / 91.85
Kelengkapan / dalam
Iklim Tropika (TTC) 0
99.42
2. Pengujian 20,000,000.00 245,381.00 225,380.61 20,000.39
Electromagnetic
Interference (EMI)
Terhadap Peralatan /
Kelengkapan Elektronik
dan Komunikasi dengan
Menggunakan Kebuk
Electromagnetic
Compatibility (EMC)

3. Pembangunan Fasiliti 3,500,000.00 0.00 0.00 0.00
Pengujian Magnetik dan
Akustik Untuk Kesiagaan
Angkatan Tentera
Malaysia

Jumlah Keseluruhan 30,500,000.00 3,466,678.71 3,446,678.32 20,000.39

Jadual 3: Pecahan Peruntukan Mengikut Projek

LAPORAN TAHUNAN 2019 INSTITUT PENYELIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI PERTAHANAN 12

PRESTASI KEWANGAN 2019

C. Akaun Amanah Penyelidikan & Pembangunan (R&D)
STRIDE 2019

Akaun Amanah Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) STRIDE ditubuhkan bertujuan untuk
memperakaunkan sumbangan bagi membiayai aktiviti-aktiviti R&D, perkhidmatan, penganjuran
seminar dan perundingan STRIDE. Pada tahun kewangan 2019, Akaun Amanah ini mencatatkan
baki bawa ke hadapan sebanyak RM1,981,231.47 manakala sejumlah RM2,195,870.97 dicatatkan
pada akhir tahun berakhir pada 31 Disember 2019. Maklumat terperinci adalah seperti Jadual 4 di
bawah.

Baki 01 Januari 2019 (RM) 1,981,231.47
Jumlah Terimaan (RM) 1,276,907.72
Faedah 2019 (RM)
Jumlah Kasar 2019 (RM) 11,916.44
Jumlah Perbelanjaan 2019 (RM) 3,270,055.63
Baki 31 Disember 2019 (RM) 1,074,184.66
2,195,870.97

Jadual 4: Butiran Akaun Amanah R&D STRIDE 2019

LAPORAN TAHUNAN 2019 INSTITUT PENYELIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI PERTAHANAN 13

PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR

MAKMAL ELECTROMAGNETIC COMPATIBILITY (EMC) BERSKALA BESAR
Projek pembangunan Makmal Electromagnetic Compatibility (EMC) berskala besar ini telah
diteruskan pada tahun 2019. Projek yang diluluskan dibawah peruntukan Belanja Pembangunan (DE)
RMKe-11 ini pada asalnya telah dicadangkan dan mendapat kelulusan MOF bagi pelaksanaan
perolehan secara rundingan terus. Walaubagaimanapun, pada Julai 2018, sebagai menghormati
polisi kerajaan semasa,projek ini dipersetujui untuk ditukarkan kaedah perolehan kepada tender
terbuka.
Projek ini kemudiannya dipecahkan kepada 2 perolehan berbeza iaitu 1) perolehan bangunan yang
diusahakan bersama Bahagian Pembangunan MinDef dan 2) perolehan kebuk serta peralatan
dengan kerjasama Bahagian Perolehan MinDef. Pada 11 April 2019, M.esyuarat Pihak Berkuasa
Melulus (PBM) yang dipengerusikan oleh KSU telah bersidang dan telah bersetuju untuk melantik
Perunding bagi pelaksanaan projek pembinaan bangunan EMC.
Sebanyak 5 siri mesyuarat telah dijalankan sepanjang tahun 2019 bersama Perunding yang dilantik
dan Bahagian Pembangunan bagi membincangkan konsep rekabentuk serta perancangan
pembangunan.

Mesyuarat Pembentangan Akhir Rekabentuk Terperinci Bagi
Pembangunan Kebuk EMC

LAPORAN TAHUNAN 2019 INSTITUT PENYELIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI PERTAHANAN 14

PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR

MAKMAL ELECTROMAGNETIC COMPATIBILITY (EMC) BERSKALA BESAR
Moden dan kontemporari adalah dua konsep yang sering ditekankan sepanjang proses merekabentuk
bangunan makmal ini. Bentuk bangunan juga direka bercirikan dinamik agar sentiasa releven dengan
peredaran masa. Rekabentuk bangunan juga direka mengikut profail tanah sediada bagi
mengurangkan kerja tanah disamping mengekalkan bilangan tempat kereta sediada.

.
Mesyuarat Rekabentuk Terperinci
Bagi Pembangunan Kebuk EMC
bersama Ketua Pengarah STRIDE

Rekabentuk Makmal Pada Sisi
Pandang Hadapan

LAPORAN TAHUNAN 2019 INSTITUT PENYELIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI PERTAHANAN 15

PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR

MAKMAL KOTAK HITAM BSKU-STRIDE
Tahun 2019 telah menyaksikan pelbagai langkah bagi Tim Makmal Kotak Hitam (MKH) STRIDE untuk
menambah baik kerja dan aktiviti teknikal bersama Tim MKH Biro Siasatan Kemalangan Udara
(BSKU). Beberapa aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang Tahun 2019, di antaranya lawatan ke
beberapa Pusat Simulator Kapal Terbang di Subang, mesyuarat teknikal FDR/CVR bersama pihak
Malaysia Airlines Berhad (MAB) di KLIA dan menerima lawatan kunjungan rasmi makmal oleh YBhg.
Mantan Ketua Setiausaha Negara.
Pada 29 Januari 2019, BSKU telah menjemput Tim MKH STRIDE untuk turut serta ke lawatan kerja di
Pusat Simulator Pesawat Airbus dan Boeing di Bangunan Malaysia Airlines Berhad di Subang. Tim
telah memperolehi banyak maklumat berkenaan operasi penerbangan serta berpeluang merasai
penerbangan simulator secara individu. Pada 12 Februari 2019 pula, tim telah menerima lawatan
kunjungan rasmi oleh YBhg. Mantan Ketua Setiausaha Negara, Dato’ Seri Ismail bin Hj Bakar yang
berhasrat melihat sendiri pencapaian MKH yang telah dibangunkan pada Tahun 2017.

Lawatan Rasmi Mantan KSN YBhg Dato’ Seri Ismail bin Hj Bakar ke MKH pada
12 Februari 2019

LAPORAN TAHUNAN 2019 INSTITUT PENYELIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI PERTAHANAN 16

PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR

MAKMAL KOTAK HITAM BSKU-STRIDE
Bulan Mac sehingga Disember, tim bukan sahaja terlibat dengan kerja analisis malahan beberapa
aktiviti telah berjaya dilaksanakan di antaranya menerima lawatan daripada pihak luar termasuk
VIP TUDM, KSU Kementerian-kementerian lain dan pihak agensi penerbangan seperti Malaysia
Airlines Sdn Bhd., Malindo Air, Air Asia dan beberapa pihak teknikal yang berkaitan.

Lawatan Kerja ke Malaysia
Airlines Berhad

Kursus dan Lawatan ke MKH oleh peserta
Program Siasatan Kemalangan Udara TUDM

LAPORAN TAHUNAN 2019 INSTITUT PENYELIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI PERTAHANAN 17

PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR

PERALATAN SISTEM PENGUJI BAHAN KALIS TIKAMAN

Stab Apparatus and Measurement System (STAMS) adalah merupakan satu peralatan yang telah
dibangunkan bermula pada tahun 2019 bagi menjalankan pengujian terhadap bahan kalis tikaman
di Cawangan Balistik, Bahagian Teknologi Persenjataan, STRIDE.

Terdapat pelbagai bahan kalis tikaman diperoleh oleh pelbagai agensi kerajaan dan swasta seperti
Baju Kalis Peluru dan Tikaman (Armour vest), Protective Shield, Anti-Riot Suite yang dibekalkan
oleh syarikat-syarikat Industri Pertahanan kepada Kementerian Pertahanan, agensi-agensi
keselamatan seperti Polis, Penjara, Perhilitan, Kastam dan sebagainya.

Peralatan kalis tikaman yang dibekalkan ini memerlukan pengujian yang memenuhi piawaian
antarabangsa agar ianya selamat digunakan dan memastikan keselamatan nyawa
pemakai/pengguna peralatan tersebut. Oleh yang demikian sampel-sampel ini akan diuji oleh
STRIDE yang merupakan satu-satunya agensi yang diiktiraf oleh kerajaan bagi melaksanakan
ujian bahan kalis tikaman dan laporan teknikal yang dikeluarkan akan menjadi sumber rujukan bagi
meluluskan perolehan bahan kalis tikaman berkenaan. Sistem STAMS ini terdiri daripada 5
peralatan yang utama iaitu platform pengikat sampel, tiub corong, pemegang mata pisau, Data
Acquisition System (DAQ) dan komputer pemproses data seperti di Gambarajah 1 dan
Gambarajah 2.

Gambarajah 1 : Sistem STAMS 18

LAPORAN TAHUNAN 2019 INSTITUT PENYELIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI PERTAHANAN

PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR

PERALATAN SISTEM PENGUJI BAHAN KALIS TIKAMAN

Pengikat Sampel dan Pemegang Mata Pisau Ballistic Drop Mass

Mata Pisau P1 dan S1 HOSDB UK Sistem Pemprosesan Data Anti-Stab

Gambarajah 2: Peralatan STAMS

Alat STAMS ini telah dipasang dan disiapkan oleh kepakaran jurutera tempatan dengan
mengaplikasikan sepenuhnya keupayaan sistem automasi, efisiensi dan mengutamakan
keselamatan dengan meminimumkan penggunaan operator semasa ujian dilaksanakan. Alat ini
dapat menyiapkan 6 kali tikaman pisau dengan anggaran masa tidak melebihi satu jam dan
laporan ujian makmal dapat dihasilkan secara terus melalui aplikasi Microsoft Excel.

Dengan merujuk kepada standard piawaian antarabangsa National Institute of Justice (NIJ)
0115.00 Stab Resistance for Personal Body Armour, STAMS ini berupaya memenuhi piawaian
ujian untuk bahan kalis tikaman sehingga ke tahap Level II. Terdapat 3 Level ujian dengan
berdasarkan kepada Energy Level yang tertentu seperti di dalam Jadual 5.

LAPORAN TAHUNAN 2019 INSTITUT PENYELIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI PERTAHANAN 19

PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR

PERALATAN SISTEM PENGUJI BAHAN KALIS TIKAMAN

Jadual 5 : Level Ujian NIJ 0115.00 Stab Resistance for Personal Body Armour
Sebanyak 6 kali jatuhan pisau terhadap sampel dengan menggunakan dua jenis pisau berbeza iaitu
P1 dan S1 dengan merujuk kepada sudut dan Energy Level E1 dan E2 seperti Jadual 6 di bawah:

Jadual 6: Sudut dan Energy Level Setiap Jatuhan Pisau
Dengan mengaplikasikan sistem jatuhan bebas Potential Energy (PE), mata pisau akan diikat pada
pemegang dan diangkat menggunakan sistem motor pada jarak ketinggian tertentu bagi menghasilkan
jumlah tenaga (energy) sama seperti yang telah ditetapkan mengikut standard. Selepas itu, mata
pisau dan pemegang dilepaskan oleh magnetic clamp di mana bacaan potential energy akan
direkodkan beserta dua sensor start and stop akan merekodkan masa ketika pisau turun mengenai
sampel.
Bacaan Potential Energy (PE) akan dibandingkan bersama dengan bacaan Kinetic Energy (KE) bagi
memastikan tenaga berkenaan adalah tepat dan di dalam julat data yang dikehendaki. Pemegang
sampel dapat ditetapkan pada sudut 45° bagi melaksanakan ujian jatuhan pisau P1E1 dan S1E1 dan
sudut diukur menggunakan angle sensor. Data kedalaman tikaman pisau akan diukur secara manual
menggunakan digital caliper dan direkodkan. Bacaan penembusan pisau pada plastik Polyart untuk E1
mestilah tidak melebihi 7 mm manakala E2 pula tidak melebihi 20 mm.

LAPORAN TAHUNAN 2019 INSTITUT PENYELIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI PERTAHANAN 20

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

PERJAWATAN DAN PENGISIAN

Jumlah keseluruhan perjawatan di STRIDE pada tahun 2019 sebanyak 318. Daripada jumlah tersebut,
sebanyak 251 jawatan diisi, manakala 67 jawatan lagi masih kosong seperti Jadual 7 dibawah.

Kategori Perjawatan Pengisian Kekosongan
Jusa 3 3 0
Pegawai dan Profesional 86 15
Sokongan 1 101 49
Sokongan 2 182 133 3
32 29

Jumlah 318 251 67

Jadual 7: Jumlah pegawai dan kakitangan keluar, masuk melapor diri dan bersara pada tahun 2019
adalah seperti di Jadual.

Gred Daftar Masuk Daftar Keluar Bersara

Jusa B 1 1 1
Jusa C 1 1
1 1
M54 1 1 1
Q54 1 2 1
Q52 1
Q48 1 3 1
M48
M41/M44 2 1
JA 36 3
JA 29 2
JA 22 1
S 29
N 32
N29/N32(KUP)
Q 32
Q 29
Q 26
Q22
Q 19
N/W 22
N19/N22 (KUP)
N 11
H 22
H19

Jadual 8: Pegawai keluar, masuk melapor diri serta bersara 2019

LAPORAN TAHUNAN 2019 INSTITUT PENYELIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI PERTAHANAN 21

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

PERJAWATAN DAN PENGISIAN

KENAIKAN PANGKAT
• 2 orang Pegawai Penyelidik Q44 dinaikkan pangkat ke Gred Q48
• 11 orang Pegawai Penyelidik Q41 dinaikkan pangkat ke Gred Q44
• 1 orang Setiausaha Pejabat N29 dinaikkan pangkat ke Gred N32

ANUGERAH KHIDMAT CEMERLANG
Sebagai insentif untuk terus memberi perkhidmatan terbaik, penjawat awam dihadiahkan
dengan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang setiap tahun. Untuk 2019 seramai 20 orang
penjawat STRIDE telah dipilih untuk menerima penghargaan ini.

ANUGERAH PINGAT PERSEKUTUAN
Seorang Pegawai Penyelidik STRIDE telah menerima pingat Ahli Mangku Negara (AMN) dan
dua (2) orang Pegawai Sokongan menerima pingat Pangkuan Negara (PPN) dari DYMM Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada tahun 2019.

LAPORAN TAHUNAN 2019 INSTITUT PENYELIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI PERTAHANAN 22

PEMBANGUNAN MODAL INSAN

KURSUS DALAMAN

16 Jan 2019: Kursus Peralatan Xenon di Makmal 28 Jan 2019: Latihan Penggunaan Peralatan
Salutan, Blok D Pengujian Komunikasi

30 Jan 2019: Seminar Laboratory Safety & 13 Feb 2019: Produk Presentation (Cat Marin) Yang
Handling of Chemical Spillage Disampaikan Oleh Wakil Dari Syarikat A&E Group

1-5 Mac 2019: Bengkel HIRARC Blok M Siri 3 Mac 2019: Kursus Asas Mikrobiologi CPR
2/2019

LAPORAN TAHUNAN 2019 INSTITUT PENYELIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI PERTAHANAN 23

PEMBANGUNAN MODAL INSAN

KURSUS DALAMAN

30 Apr 2019: Taklimat Pengurusan Bahan Kimia 10 Mei 2019: Kursus FESEM Makmal TJS, BTJA
Oleh Pihak DOSH Di Bawah Program Kajian
Pendedahan Logam Plumbum Di BTP

15 Jul 2019: Kursus Pacuan Prestasi Cemerlang 2 Okt 2019: Program “Vibration Talk” Yang
Disampaikan Oleh Wakil Dari Syarikat DAG
Technologies (M) Sdn Bhd Kepada Warga BTM

15 Okt 2019: Taklimat Pengungsian Bangunan Dan 16 Okt 2019: Kursus Pengurusan Aset
Melawan Kebakaran Oleh Pihak Jabatan Bomba
Mukim Batu Arang

LAPORAN TAHUNAN 2019 INSTITUT PENYELIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI PERTAHANAN 24

PEMBANGUNAN MODAL INSAN

KURSUS DALAMAN

16 Okt 2019: Taklimat Dan Latihan Kepada Pegawai 25 Okt 2019: Latihan Penerbangan Dron
Kejuruteraan Mekanikal KD Sultan Idris 1 (KDSI 1)

BTM

5 Nov 2019: Biological Response Investigation 6-7 Nov 2019: Kursus Engraving di CKP, BTJA
Training and Evaluation (BRITE) Refresher Program

13 Nov 2019: Kursus Bio Cycle System

LAPORAN TAHUNAN 2019 INSTITUT PENYELIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI PERTAHANAN 25

PEMBANGUNAN MODAL INSAN

KURSUS DALAM DAN LUAR NEGARA

18-22 Feb 2019: Bengkel Biological Responses 12 & 13 Mac 2019: Kursus Shelf Life & Packaging
Investigation Training & Evaluation (BRITE) 4 di Unipeq

13 & 14 Mac 2019: Simulation Solution Seminar 11 Apr 2019: Bengkel Pengukuran Mesin Boleh
Sukhoi Su-30MKM Preventive Restoration Work, Ubah (CMM) di Cairnhill Metrology, Shah Alam

Holiday Inn, Glenmarie

11 Apr 2019: Bengkel Pengukuran Mesin Boleh 16-19 Apr 2019: Program Pementoran Siri 1/2019
Ubah (CMM) di Cairnhill Metrology, Shah Alam di Pahang

LAPORAN TAHUNAN 2019 INSTITUT PENYELIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI PERTAHANAN 26

PEMBANGUNAN MODAL INSAN

KURSUS DALAM DAN LUAR NEGARA

6 & 7 Jun 2019: BWC Regional Workshop on Preparedness to Respond to the Deliberate Use of
Biological Weapons

3 Jul 2019: Seminar Glycemic Index, 19-21 Ogos 2019: Bengkel Network Centric
Unipeq UKM Bangi Operations (NCO) Holistik, Markas Angkatan

Tentera Malaysia

30 Sept- 4 Okt 2019: Kursus SATCOM, 21-25 Okt 2019: Program Joint External Evaluation
Kem Paya Jaras (JEE), International Health Regulations, KKM,
Putrajaya

LAPORAN TAHUNAN 2019 INSTITUT PENYELIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI PERTAHANAN 27

PEMBANGUNAN MODAL INSAN

KURSUS DALAM DAN LUAR NEGARA

25 Okt 2019: Bengkel 6 Kertas Putih Pertahanan 5-7 Nov 2019: ASI Conference

5-6 Nov 2019: IEEE Workshop On Geoscience And 11-22 Nov 2019: Kursus Offset SATCOM
Remote Sensing 2019 (IWGRS 2019) X- BAND Portsmouth, UK

2 Dis 2019: Seminar Pemeriksa Kebangsaan Konvensyen Senjata Kimia 2019

LAPORAN TAHUNAN 2019 INSTITUT PENYELIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI PERTAHANAN 28

PENYELIDIKAN,
PEMBANGUNAN DAN INOVASI

LAPORAN TAHUNAN 2019 INSTITUT PENYELIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI PERTAHANAN

R&D PERTAHANAN RMK-11

Penyelidikan dan Pembangunan Pertahanan dirancang, diurus dan dilaksanakan oleh STRIDE
melalui dua pendekatan iaitu projek jangka panjang di bawah Rancangan Malaysia lima tahun atau
kajian jangka pendek berbentuk penyelesaian masalah terhadap sistem dan aset pertahanan. Pada
tahun 2019, satu projek telah diluluskan melalui RMK-11, iaitu Pembangunan Fasiliti Pengujian
Sistem Degaussing Dan Rekabentuk Signature Magnetik Kapal, tambahan kepada dua projek yang
telah diluluskan sebelumnya. Projek-projek yang telah diluluskan merangkumi pembangunan fasiliti
yang boleh digunakan untuk tujuan penyelidikan & pembangunan (R&D) dan juga pengujian.

PUSAT PENGUJIAN TROPIKA (TTC)

Pusat Pengujian Tropika (TTC) bertujuan mewujudkan keupayaan dan kepakaran dalam pelbagai
kategori pengujian tropika bagi mengatasi masalah kegagalan aset pertahanan yang beroperasi di
dalam iklim Tropika. Sebanyak lapan (8) projek R&D masih lagi aktif dilaksanakan daripada tahun
2016 hingga 2019 iaitu:
i. Kajian Prestasi Transmisi Radio VHF/UHF dalam Persekitaran Tropika;
ii. Kajian Profil Suhu dan Humiditi di Makmal-makmal STRIDE;
iii. Kajian Profil Rintangan Bumi (Grounding) dalam Persekitaran Tropika;
iv. Kajian Keselesaan dan Ketahanan Pakaian Kombat dan Peralatan Webbing Terhadap

Persekitaran Tropika;
v. Kesan Persekitaran Terhadap Komponen Pesawat;
vi. Pangkalan Data Pemantauan Kesihatan dan Kesiapsiagaan Kapal Pertahanan dan

Keselamatan Negara;
vii. Kajian Tentang Kesan Alam Sekitar Terhadap Prestasi Kenderaan Darat;
viii. The Effect of Tropical Environment on Small Arms Ammunitions Performance.

LAPORAN TAHUNAN 2019 INSTITUT PENYELIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI PERTAHANAN 29

R&D PERTAHANAN RMK-11

PUSAT PENGUJIAN TROPIKA (TTC)

Selain daripada itu, sebanyak dua (2) projek baru dimulakan pada tahun 2019 iaitu:
i. Biofouling of Water Jet Propulsion System and other related part of Navy Vessel;
ii. Unmanned Ground Vehicle (UGV) 2.0.
Sebanyak empat (4) Test Operating Procedure (TOP) telah dibangunkan pada tahun 2019 di
bawah setiap kluster TTC menjadikan jumlah kesemua TOP yang siap dibangunkan sebanyak 16.
Semua TOP ini akan menjadi panduan utama di dalam melaksanakan pengujian di TTC.

LAPORAN TAHUNAN 2019 INSTITUT PENYELIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI PERTAHANAN 30

R&D PERTAHANAN RMK-11

Fasiliti Pengujian Sistem Degaussing & Rekabentuk
Signature Magnetik Kapal

Projek pembangunan Fasiliti Pengujian Sistem Degaussing Dan Rekabentuk Signature
Magnetik Kapal yang terletak di STRIDE Bahagian Teknologi Maritim, Lumut, Perak merupakan
fasiliti untuk menguji, memeriksa dan mengesahkan sistem degaussing kapal TLDM samada
ianya beroperasi pada tahap kesiapsiagaan yang terbaik atau sebaliknya.

Pengubahsuaian Makmal untuk Pengujian Sistem Degaussing
Dan Rekabentuk Signature Magnetik Kapal

Sistem degaussing yang dipasang pada kapal TLDM merupakan peralatan untuk mengurangkan
tahap kemagnetan kapal bagi mengelakkan risiko daripada dikesan dan diletupkan oleh periuk
api laut. Pada ketika ini, tiada kepakaran dan fasiliti di dalam negara untuk menguji sistem
degaussing dan negara terpaksa bergantung kepada kepakaran luar. Oleh yang demikian, risiko
data-data signature magnetik kapal terdedah kepada pihak luar adalah tinggi dan
membahayakan aset pertahanan negara.

Fasilti yang dibangunkan ini juga dibekalkan dengan perisian rekabentuk signature magnetik
kapal. Perisian ini berupaya merekabentuk sistem degaussing yang lebih optimum dan
menepati keperluan pertahanan negara. Dengan adanya perisian ini, sistem degaussing dapat
direkabentuk oleh kepakaran tempatan dan seterusnya dapat memenuhi kehendak TLDM agar
signature magnetik kapal berada dalam keadaan rendah dan selamat. Fasiliti yang kini di dalam
proses pembangunan dan dijangka siap tidak beberapa lama lagi merupakan satu-satunya fasiliti
yang terdapat di Asia Tenggara.

LAPORAN TAHUNAN 2019 INSTITUT PENYELIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI PERTAHANAN 31

R&D PERTAHANAN RMK-11

Fasiliti Pengujian Electromagnetic Compatibility (EMC)

Penggunaan peralatan elektrik dan elektronik yang canggih di dalam aplikasi ketenteraan
kadangkala menyebabkan wujudnya isu-isu berkaitan electromagnetic compatibility (EMC)
berpunca daripada gangguan electromagnetic interference (EMI). Ini boleh menyebabkan aplikasi
ketenteraan tersebut tidak dapat berfungsi pada tahap optimum. Projek ini bertujuan untuk
membangunkan fasiliti yang sesuai bagi menjalankan pengujian EMC ke atas kenderaan darat
ATM dan kenderaan komersial.
Projek ini telah dibahagikan kepada dua butiran yang merangkumi pembinaan bangunan
pelindung (shelter) dan perolehan kebuk EMC serta peralatan / sistem pengujian EMC. Fasiliti
yang bakal disiapkan ini dapat memastikan sistem dan aset pertahanan negara mematuhi
keperluan Electromagnetic Compatibility (EMC) seperti terkandung di dalam piawaian
antarabangsa.

Reka Bentuk Fasiliti Pengujian Electromagnetic Compatibility (EMC)

LAPORAN TAHUNAN 2019 INSTITUT PENYELIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI PERTAHANAN 32

R&D PERTAHANAN RMK-11

Mobile Vehicle Surveillance System (MVSS)

MVSS merupakan Proof of Concept (PoC) sistem pengawasan bergerak untuk pesisir pantai dan
perairan negara yang pada awalnya dimulakan sebagai satu projek inovasi KIK STRIDE pada
tahun 2018. MVSS disasarkan dapat membantu usaha pihak-pihak keselamatan di dalam
mengurangkan aktiviti penyeludupan, pencerobohan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan
aktiviti jenayah rentas sempadan. Sistem ini terdiri daripada integrasi pelbagai sistem yang
dipasang di atas trak komersil. Kombinasi sistem radar marin dilengkapi AIS dan sistem elektro-
optik (Infra Red dan Thermal) digunakan untuk mengesan dan mengawasi pergerakan kapal-kapal
dan bot di perairan negara. Selain daripada itu, MVSS juga dilengkapi dengan peralatan untuk
memantau komunikasi melalui walkie-talkie yang biasanya menjadi medium komunikasi jarak dekat
penyeludup dan penjenayah. MVSS telah diuji beberapa kali untuk tujuan penambahbaikan dan
telah menyertai Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2019.

LAPORAN TAHUNAN 2019 INSTITUT PENYELIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI PERTAHANAN 33

PERKHIDMATAN TEKNIKAL

LAPORAN TAHUNAN 2019 INSTITUT PENYELIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI PERTAHANAN

PERKHIDMATAN TEKNIKAL

STATISTIK / PENCAPAIAN

Khidmat teknikal kepada MinDef, Angkatan Tentera Malaysia dan sektor keselamatan lain terus
diberi keutamaan sepanjang 2019, dan pencapaian aktiviti–aktiviti ini adalah seperti dalam Jadual
9 di bawah:

AKTIVITI PENCAPAIAN
Pengesahan Spesifikasi Perolehan 317 pengesahan spesifikasi
Pertahanan
Ujian Makmal dan Medan 761 permohonan melibatkan 2586 bilangan sampel
dan 9965 bilangan ujian
Penilaian Teknikal 108 penilaian teknikal

Penyiasatan Kegagalan dan Kajian Kes 55 kes penyiasatan

Jadual 9: Pencapaian Aktiviti Sokongan Teknikal STRIDE 2019

LAPORAN TAHUNAN 2019 INSTITUT PENYELIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI PERTAHANAN 34

PERKHIDMATAN TEKNIKAL

PENGUJIAN ELECTROMAGNETIC COMPATIBILITY (EMC) KENDERAAN PERISAI 8X8
GEMPITA
Pengujian Electromagnetic Compatibility (EMC) ke atas kenderaan perisai 8x8 Gempita ini yang mula
dijalankan pada tahun 2015 diteruskan pada tahun 2019 dengan pengujian ke atas 2 varian
kenderaan iaitu varian Armoured Engineer Nuclear, Biological and Chemical Reconnaissance Vehicle
(AENBCRV) dan varian Armoured Vehicle Fitter (AVF). Beberapa penambahbaikan telah dilakukan
oleh pihak DEFTECH hasil dari data pengujian yang diperoleh untuk meningkatkan lagi kualiti
kenderaan yang dihasilkan.

LAPORAN TAHUNAN 2019 INSTITUT PENYELIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI PERTAHANAN 35

PERKHIDMATAN TEKNIKAL

EKSESAIS PANAH JAGUH (EPJ)

Eksesais Panah Jaguh (EPJ) merupakan latihan tahunan yang dilaksanakan oleh Grup Artileri
Pertahanan Udara (GAPU) yang melibatkan sejumlah besar anggota tentera dan juga STRIDE
sebagai wakil tim teknikal. Kemahiran dan kecekapan seseorang anggota Artileri Pertahanan Udara
(Artileri PU) dan unit tembaknya bergantung kepada latihan menembak peluru dan misil hidup.
Latihan menembak peluru dan misil hidup haruslah dilaksanakan bagi menentukan setiap penembak
dan pasukan dapat dilatih dan bersedia untuk menangkis serangan udara pesawat musuh pada
sebarang masa demi mempertahankan kedaulatan negara.

Aktiviti ini dilaksanakan di Lapang Sasar bumi ke Udara (LSBU) bermula sejak tahun 1964 semasa di
Teluk Punggai sehingga mereka mempunyai sebuah LSBU yang diwartakan pada tahun 2012 oleh
kerajaan Negeri Johor di Tanjung Logok, Kota Tinggi. EPJ juga merupakan salah satu platform
terbaik buat STRIDE secara khususnya untuk mendalami dan memahami sistem pertahanan udara
semasa. Disamping itu, keperluan STRIDE semasa eksesais ini berjalan adalah sangat diperlukan
oleh pihak tentera dalam membantu memberikan maklumat dan khidmat nasihat berkaitan sistem
misil secara khususnya. Antara Latihan tembakan misil yang dilaksanakan semasa EPJ adalah
seperti misil Igla, misil Anza, Misil Jernas dan yang terbaru Misil Starstreak.

Antara sistem persenjataan lain yang terlibat semasa EPJ adalah sistem Meriam Oerlikon 35mm. Di
samping itu, EPJ juga merupakan salah satu platform untuk melaksanakan uji nilai keupayaan sistem
persenjataan, peluru dan misil dengan melaksanakan Complete Round Proof (CRP) untuk
melanjutkan tempoh jangka hayat sesuatu peluru atau misil tersebut.

LAPORAN TAHUNAN 2019 INSTITUT PENYELIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI PERTAHANAN 36

PERKHIDMATAN TEKNIKAL

EKSESAIS PANAH JAGUH (EPJ)

Eksesais Tembakan Misil Jernas Eksesais Tembakan Misil Star Streak
Rapid Ranger

Eksesais Tembakan 35 mm Meriam Oerlinkon Aktiviti pengujian semasa eksesais tembakan oleh
Tim STRIDE

Aktiviti pengujian semasa eksesais tembakan oleh Tim STRIDE

LAPORAN TAHUNAN 2019 INSTITUT PENYELIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI PERTAHANAN 37

PERKHIDMATAN TEKNIKAL

SIASATAN WEAPON TERMINAL

SIASATAN SUHU OPERASI PERALATAN GRIDCASE 2500 RUGGED TABLET, WEAPON
TERMINAL (WT) PADA LIGHTWEIGHT MULTIPLE LAUNCHER – NEXT GENERATION (LML-NG)
SISTEM PERTAHANAN UDARA STARSTREAK ATM

STRIDE telah menerima permohonan dari Markas Angkatan Tentera Malaysia bagi menyiasat dan
mengukur suhu operasi peralatan Gridcase 2500 Rugged Tablet, Weapon Terminal (WT) pada
Lightweight Multiple Launcher – Next Generation (LML-NG) di 32 RAD, Kem Terendak, Melaka.
Sehubungan itu, Tim Siasatan telah ditubuhkan, bagi melaksanakan penyiasatan dan kajian suhu
operasi ke atas peralatan tablet yang berkenaan. Hasil dari siasatan, suatu laporan dan syor telah
dicadangkan agar tablet dapat dipelihara serta berfungsi dengan baik ketika beroperasi.

LAPORAN TAHUNAN 2019 INSTITUT PENYELIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI PERTAHANAN 38

PERKHIDMATAN TEKNIKAL

PEMBANGUNAN PENGKALAN DATA GETARAN KAPAL-KAPAL TLDM

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), menggunakan enjin diesel bagi sistem propulsi utama dan
sistem auksiliari. Kebanyakan enjin yang digunakan ini ialah dari jenis enjin diesel laju tinggi. Adalah
penting jumlah enjin di dalam operasi memadai agar operasi ketenteraan tidak terjejas sama ada dari
segi ketepatan masa mahupun dari segi penjejasan kepada keselamatan dan keselesaan. Enjin diesel
adalah sejenis enjin pembakaran dalam, di mana pencucuhan bahan api di kebuk pembakaran
berlaku ekoran daripada suhu tinggi gas yang dimampat.

Sektor perindustrian kini menggunakan enjin diesel berbanding enjin turbin ataupun enjin stim seperti
dahulu-kala. Ini adalah kerana kemampuan enjin diesel melaksanakan tugas berat selain
keboleharapan enjin diesel di dalam pelbagai senario cuaca. Atas sebab ini, enjin diesel memainkan
peranan penting di dalam pelbagai sektor seperti pengangkutan darat dan lautan, penjanaan kuasa
dan lain-lain lagi. Keboleharapan enjin diesel ini teramatlah penting di dalam memastikan keselamatan

dan kedaulatan maritim negara.

Ekoran daripada fungsi penting dan kritikal ini, kegagalan jentera diesel akan menyebabkan potensi
kos kegagalan yang tinggi. Justeru itu adalah wajar untuk membangunkan suatu sistem pemantauan
kondisi yang sensitif agar kegagalan dapat dikenalpasti pada peringkat awal lagi. Pemantauan kondisi
dapat mengenalpasti kegagalan pada peringkat awal sekaligus mengelakkan kegagalan bencana
yang boleh merencatkan operasi keseluruhan sistem.

POINT#1 and #2 POINT #3 and #4

LAPORAN TAHUNAN 2019 INSTITUT PENYELIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI PERTAHANAN 39

PERKHIDMATAN TEKNIKAL

PEMBANGUNAN PENGKALAN DATA GETARAN KAPAL-KAPAL TLDM

METODOLOGI

Senarai peralatan dan tempat pengukuran
1. Empat (4) unit enjin diesel utama (MS1, MP2, MS3 dan MS4)
2. Dua (2) unit kotak gear (GBS dan GBP)
3. Empat (4) unit bongkah bantalan (PBS1, PBS2, PBP1 dan PBP2)
4. Dua (2) unit tiub buritan (STS dan STP)

LANGKAH PENGUKURAN
1. Keseluruhan prosedur pengukuran dibahagikan kepada tiga (3) peringkat.
2. Peringkat pertama melibatkan empat (4) unit enjin diesel utama dan dua (2) unit bongkah

bantalan; peringkat kedua melibatkan dua (2) unit kotak gear dan peringkat ketiga melibatkan
dua (2) unit tiub buritan dan dua (2) unit bongkah bantalan.
3. Pada setiap peringkat, pengukuran direkodkan antara 4th PDL dan 7th PDL. Dimana, lima minit
masa pengukuran bagi setiap PDL.

POINT #7and #8 POINT #5and #6

LAPORAN TAHUNAN 2019 INSTITUT PENYELIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI PERTAHANAN 40

PERKHIDMATAN TEKNIKAL

PEMBANGUNAN PENGKALAN DATA GETARAN KAPAL-KAPAL TLDM

POINT #9 and #10

Sebahagian Daripada Lokasi Pengukuran Dan Menyusun Galur Kabel Sehingga Ke Lokasi
Identifikasinya Pengukuran

Menempel Sensor Pada Lokasi Pengukuran Pengukuran rekod pada sela laju berbeza

LAPORAN TAHUNAN 2019 INSTITUT PENYELIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI PERTAHANAN 41

PERKHIDMATAN TEKNIKAL

AGENSI TEKNIKAL PERUNDANGAN NEGARA

STRIDE meneruskan penglibatannya dalam beberapa perundangan Malaysia iaitu sebagai agensi
teknikal bagi Bahan Kimia Berjadual 1 di bawah Akta Senjata Kimia 2005, agensi peneraju bagi
merangka draf rang undang-undang Konvensyen Senjata Biologi dan Toksin serta agensi teknikal di
bawah Akta Perdagangan Strategik 2010.

22 Jan 2019: Program Pendekatan Pematuhan 18-22 Feb 2019: Bengkel Biological Responses
Terhadap Konvensyen Senjata Biologi dan Toksin Investigation Training & Evaluation (BRITE) 4
(KSBT) serta Pelaksanaan Biosekuriti

25-27 Mac 2019: World Health Organization 22-24 Mei 2019: Regional Biorisk Assessment
(WHO) 1st Technical Advisory Group Meeting Of Workshop Di Pulau Cebu, Filipina
The Who Health And Security Interface,Jordan

LAPORAN TAHUNAN 2019 INSTITUT PENYELIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI PERTAHANAN 42

PERKHIDMATAN TEKNIKAL

AGENSI TEKNIKAL PERUNDANGAN NEGARA

15-19 Julai 2019: Pemeriksaan Kebangsaan 2 Ogos 2019: BWC Meeting of Experts, MX2 - Agenda

Konvensyen Senjata Kimia di RP Chemicals, Kuantan 5: Biological Risk Assessment and Management.

10-12 Sept 2019: Symposium on Promoting Institutional Oversight : Mechanisms to address
Biosecurity Threats From Emerging Technologies

1-2 Okt 2019: Second Regional Workshop For The Association Of Southeast Asian Nations (Asean)
States Parties To The Biological Weapons Convention On Preparedness To Respond To The
Deliberate Use Of Biological Weapons, Melia Hotel Kuala Lumpur

LAPORAN TAHUNAN 2019 INSTITUT PENYELIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI PERTAHANAN 43

PERKHIDMATAN TEKNIKAL

AKTIVITI-AKTIVITI

16-18 Jan 2019: Ujinilai Trak 5 Tan GS Kargo Man

28 Jan 2019: Lawatan Kerja Centre of Science and 28 Jan 2019: Lawatan Kerja Centre of Science and
Technology Research & Development (CSTRAD) Technology Research & Development (CSTRAD)

Brunei ke Makmal Mikologi Brunei ke Makmal Retort

28-31 Jan 2019: Water Sampling di Pulau Berhala, 29-31 Jan 2019: Uji Nilai Solar Hybrid Di Sabah
Sabah

LAPORAN TAHUNAN 2019 INSTITUT PENYELIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI PERTAHANAN 44


Click to View FlipBook Version