The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Sinopsis Novel Hempasan Ombak
Bab 1 hingga 14 dan Keseluruhan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by abcd190806, 2021-03-17 12:18:40

Sinopsis Novel Hempasan Ombak

Sinopsis Novel Hempasan Ombak
Bab 1 hingga 14 dan Keseluruhan

Tugasan Unit Plan 1 Bahasa Melayu
Sinopsis Novel Hempasan Ombak

Nama : Mohd Syahmi Asnawi bin Shamsul
Kelas : 3 Inquirer
Sekolah : SMK Pantai IB World School
Guru Subjek : Puan Sa’adiah binti Bohari

HEMPASAN OMBAK

SINOPSIS BAB 1

Farid yang berusia 19 tahun terpaksa mewarisi Syarikat Batik Nusantara kerana ayahnya,Haji
Badrul telah meninggal dunia.Ibu Farid,Hajah Zaoyah tidak dapat mengambil tanggungjawab
tersebut kerana sudah berusia.Manakala kakaknya Latifah pula sudah beranak lima orang dan

tidak pernah diajar tentang perniagaan ayahnya.Abangnya Lotfi pula sudah lebih 10 tahun
duduk di kerusi roda akibat kemalangan dirempuh lori.Farhan pula pernah dirancang sebagai

pewaris Syarikat Batik Nusantara oleh ayahnya tetapi malangnya Farhan meninggal dunia
akibat kemalangan jalan raya .Hanisyah yang berumur 15 tahun dan Hisyam yang berumur
12 tahun terlalu muda dan mentah untuk mewarisi syarikat tersebut.Ketika di pejabat,Farid

mula risau kerana banyak hutang bertimbun dan kewangan syarikat kurang stabil.
Tomsiah,kerani yang sudah bekerja di syarikat itu selama lebih 10 tahun.Tomsiah
menerangkan tentang isu hutang kepada Farid dan mengatakan kewangan syarikat masih
mampu membayar gaji pekerja.Kemudian itu,Tomsiah memberikan Farid nombor lelaki yang
tidak diberi tahu siapa namanya.Lantas Farid menghubungi lelaki tersebut dan meminta

pandangan lelaki tersebut.

HEMPASAN OMBAK

SINOPSIS BAB 2

Farid yakin bahawa pemergian ayahnya adalah ketentuan Allah,bukannya kerana perbuatan
orang-orang yang berhasrat dengki dengan syarikat ayahnya.Farid menjadi lebih semangat
selepas menonton Stone Fox yang mengisahkan tentang Willy iaitu budak 12 tahun yang

Berjaya mengendalikan ladang ternakan.Farid kemudiannya pergi melawat ke
bangsal.Apabila sampai disitu Pak Nik memberitahu Farid tentang kain batik tidak laku dan
ada orang yang ingin menggerhanakan syarikat ini tetapi Pak Nik tidak memberitahu siapa

orang tersebut.Selepas itu,Farid dipanggil oleh Tomsiah.Tomsiah pula menghulurkan fail
hutang yang perlu dibereskan dengan segera untuk mengelakkan saman dari

mahkahmah.Setelah beberapa waktu kemudian,Farid berfikir untuk menjual lori dan van
untuk membereskan segala hutang.

HEMPASAN OMBAK

SINOPSIS BAB 3

Masalah syarikat itu membuatkan Farid tiada selera untuk makan.Lotfi dan Hajah Zaoyah
meminta Farid untuk meluahkan apa yang menyebabkan Farid tidak berselera untuk

makan.Bagi Farid syarikat gagal membayar hutang sekiranya hutang gagal dikutip dengan
segera.Abangnya yang lumpuh,Lotfi seakan-akan menyesal menyalahkan dirinya kerana
lumpuh dan tidak mampu membantu Farid menguruskan syarikat.Namun,Farid mengatakan

bahawa abangnya masih mampu membantu.Ketika Farid berbincang dengan ahli
keluarganya,Farid mengatakan bahawa dia tidak mahu syarikat itu ditutup kerana orangorang seperti Tomsiah dan Pak

Nik akan hilang tempat bergantung.Kemudiannya,Hajah
Zaoyah mencadangkan untuk menggadai emasnya dan tanah miliknya kerana dia berfikir
bahawa semua itu tidak diperlukan lagi.Farid menjadi serabut dengan idea itu kerana takut

akan kegagalan.

HEMPASAN OMBAK

SINOPSIS BAB 4

Sejak 7:00 pagi Farid berada dalam pejabatnya.Kemudian Farid meninjau ke bengkel.Apabila
melihat tanah yang luas diluar bengkel,lalu terlintas idea untuk membesarakan bengkel di

kepala Farid.Setelah Pak Nik datang,Farid memberitahu ideanya untuk membesarkan bengkel
kepada Pak Nik.Farid kemudiannya teringat akan rakannya iaitu Abdul Kabeer dan Chew
Teck Heng yang terdedah kepada dunia perniagaan dalam usia muda dan cabaran mereka

dalam dunia perniagaan menjadi pembakar semangat Farid untuk terus berusaha menyihatkan
Syarikat Batik Nusantara.Pada pukul 9:00 pagi mesyuarat telah diadakan yang menjadi

pengerusi majlis adalah Farid.Selain Tomsiah dan Pak Nik,drebar,dua jurujual dan seorang
ketua pembatik juga turut hadir.Farid mencadangkan pengeluaran batik dalam bentuk siap
untuk dipakai dengan jenama tersendiri dan dijual melalui peruncit di bandar besar di Pantai

Barat serta menyertai pelbagai ekspo.Satu van dan lori akan dijual atas sebab kos
penyelenggaraan yang tinggi.

HEMPASAN OMBAK

SINOPSIS BAB 5

Farid mengunjungi alamat yang diberikan oleh lelaki yang didailnya beberapa hari
lepas.Nama syarikat lelaki tersebut ialah Nadi Zaman.Mokhsein ada nama lelaki
tersebut.Mokhsein pernah berkerja dengan Haji Badrul selama 10 tahun dan terhutang budi
dengan Haji Badrul kerana telah megajarnya tentang perniagaan.Mokhsein meninggalkan
Syarikat Batik Nusantara untuk memulakan perniagaannya sendiri ketika kewangan syarikat
stabil. Mokhsein memaklumkan, terdapat sebuah syarikat pesaing di Kuala Terengganu yang
mahu memonopoli pengeluaran batik dengan menjual batik dengan harga yang murah untuk
memastikan syarikat yang sedia ada muflis. Mokhsein kemudian menerangkan Farid perlu
menjalankan “strategi terkunci” jika mahu syarikatnya kukuh kembali, iaitu mengadakan
promosi dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, mengadakan
demonstrasi batik di Kuala Lumpur, mendapatkan kontrak dengan agensi kerajaan yang
bertujuan membekalkan pakaian rasmi persatuan atau pertubuhan, dan akhir sekali
mengadakan pameran bertaraf antarabangsa.Seterusnya,Mokhsein berjanji akan menolong

Farid jika berada dalam masalah.

HEMPASAN OMBAK

SINOPSIS BAB 6

Farid pergi ke gerai Zuraida yang dikenalinya sejak tingkatan satu.Zuraida berniaga pakaian
di bazar MARA di jalan Benggol,dekat stesen bas lama di Kuala Terengganu.Sejak zaman

persekolahan lagi Zuraida berniaga untuk membantu ibunya,iaitu seorang janda anak
lima.Sebelum mendapat gerai,dia hanya menjual makanan,minuman dan apa sahaja sehingga
selalu diburu penguat kuasa Majlis Perbandaran Kuala Terengganu (MPKT).Zuraida dibantu

dengan adik-adiknya untuk menguruskan gerai tersebut.Farid dan Zuraida adalah rakan
sekelas dari tingkatan satu hingga lima di Sekolah Menengah Seri Budiman.Farid
menanyakan banyak perkara tentang perniagaan kepada Zuraida.

HEMPASAN OMBAK

SINOPSIS BAB 7

Setelah beberapa hari Farid membawa Zuraida makan tengahari.Ketika mereka berdua
makan,adiknya Zaharah menjaga gerai tersebut.Ketika bersembang Zuraida memuji Farid
kerana daripada seramai 40 orang murid Tingkatan 5 Sastera 1, Farid sahaja yang menjadi
pengarah syarikat.Zuraida juga ingin membantu Farid.Zuraida mencadangkan untuk batik

Farid dijual di gerainya.Lebih 400 helai kain batik terjual sebulan pada hari-hari
biasa.Zuraida juga mencadangkan untuk menghasilkan corak baru untuk menarik pelanggan

dan mampu bersaing di pasaran.Zuraida memberikan pelbagai idea untuk menarik
pelanggan.Selepas habis makan tengahari mereka menuju ke gerai Zuraida.Farid sedar

perasaannya sudah bertunas.

HEMPASAN OMBAK

SINOPSIS BAB 8

Di pejabat, Farid gigih memikirkan batik corak baharu yang agak moden . zuraida mencadangkan batik
canting yang agak moden mengikut minat pelanggan. Kak Tom bersetuju dengan cadangan Farid
supaya memodenkan batik perusahaan. Farid bercadang meminta bantuan encik Mokhsein bagi

memberikan pandangan tentang projek memodenkan pengeluaran batiknya. Ketika berbincang dengan
encik Mokhsein petang itu, encik Mokhsein telah memuji Farid kerana contoh usahawaan yang hendak

dilahirkan oleh DEB iaitu berdaya saing untuk memajukan perusahaannya kerana ramai usahawaan
melayu muflis ekoran majalah-majalah peribadi yang remeh-temeh. Encik Mokhsein bersetuju projek “

Pembesaran Keupayaan Pengeluaran Batik Cap dan Perintis Batik Lukis Syarikat Batik Nusantara”
dilaksanakan segera. Menurut encik Mokhsein, Farid masih muda walaupun lepasan SPM tetapi
berpotensi untuk berjaya dalam perniagaan. Encik Mokhsein yakin projek Farid bakal menaikkan

maruah bangsa dan martabat industri kampung. Farid perlu mendalami ilmu perniagaan jangka pendek
oleh MARA dan MIDA. Encik Mokhsein berjanji akan membantu aspek pasaran agar produk Farid

tidak jatuh ke tangan ejen yang tidak bertanggungjawab. Selepas itu, encik Mokhsein kerap bertanyakan
perkembangan projek Farid. Farid tidak bercadang menamatkan pengeluaran batik tradisi cuma
dimodenkan untuk pasaran sekarang.

HEMPASAN OMBAK

SINOPSIS BAB 9

Sebagai seorang usahawan yang berjaya, Mokhsein dijemput untuk merasmikan bengkel
batik moden.Majlis dijalankan secara sederhana dengan doa selamat dan jamuan makan yang

turut dihadiri oleh 200 orang penduduk kampong yang berhampiran. Pada hari tersebut,
Hartini Noor, adik sepupu Mokhsein datang. Hartini Noor graduan seni reka fabric lepasan
UITM kemudian melanjutkan pelajaran di sebuah adademik seni tampak di Australia.Zuraida
,melalahirkan rasa cemburu terhadap Hartini Noor dan meninggalkan majlis.Encik Mokhsein
mencadangkan Farid untuk mencari pekerja tempatan.Hartini Noor menceritakan kepada
Farid tentang kaedah, corak dan sejarah batik asli serta pengalamannya belajar.Farid yakin

batik modennya mampu bersaing dengan syarikat batik lain dan tidak lupa akan janjinya
untuk meletakkan batiknya dijual di gerai Zuraida.

HEMPASAN OMBAK

SINOPSIS BAB 10

Zuraida terkejut apabila Farid mengunjungi gerainya.Farid menjelaskan bahawa Hartini Noor
sudah bertunang dengan pereka bentuk dalaman dan bekerja selama sebulan sahaja di
syarikatnya.Kemudian Farid mengajak Zuraida mengelilingi beberapa negeri untuk

memperkenalkan dan seterusnya melantik ejen baharu untuk memasarkan batik keluaran
syarikatnya.Petang itu, Zuraida ke bengkel syarikat Farid dan dia terpukau melihat hasil kerja

Hartini. Namun Hartini merendah diri dan dia tidak mahu dianggap primadona malah
upahpun dia tidak ambil kerana percubaan untuk mengangkat martabat batik.Selepas itu,
Zuraida berkenal mesra dengan keluarga Farid. Lewat petang, Farid menghantar Zuraida

balik dengan kereta Peugeot peninggalan arwah ayahnya.

HEMPASAN OMBAK

SINOPSIS BAB 11

Mukhtar berang apabila ejennya dari Seremban melaporkan bahawa batik keluarannya tidak
mendpat sambutan denganalasan bercorak lama.Modal sudah banyak dikeluarkan, stok batik
masih banyak yang tidak dijual, dan ejen pula diberi keuntungan jualan sebanyak 35 peratus.
Jika masalah itu tidak diselesaikan, Syarikat Batik Rajawali akan gulung tikar.Mukhtar yakin
bahawa keluarann batik bercorak baharu adalah keluaran Syarikat Batik Nusantara.Mukhtar
kemudiannya pergi ke gerai anak saudaranya, Zuraida. Dia mendapati terdapat batik bercorak

baharu dijual di gerai Zuraida. Setelah didesak, akhirnya Zuraida mengakui bahawa dia
menjadi ejen menjual batik syarikat Farid.Mukhtar melarang Zuraida untuk menjual batik
keluaran syarikat Farid dan mengugut akan merobohkan gerai Zuraida.Farid pula mendapat
surat layang.Hal ini membimbangkan keluarga Farid tetapi dia tidak takut kerana menyedari
ugutan tersebut kerana cemburu dengan bengkel baharrunya berupaya menghasilkan corak

lebih moden, namun ibunya berazam melaporkan surat layang kepada pihak polis.

HEMPASAN OMBAK

SINOPSIS BAB 12

Farid mendapat panggilan mustahak dari Zuraida ketika bersiap-siap ke pejabat.Apabila Farid
sampai ke gerai Zuraida,dia membawa Farid ke rumahnya.Zuraida memberitahu bahawa ada
orang mengugut akan merobohkan gerainya jika dia menjual batik moden syarikat Farid.Ibu
Zuraidah suka Farid berkawan dengan anaknya dan berharap Mukhtar, bapa saudara Zuraida
tidak mengganggu hubungan anaknya.Manakala di bengkel Farid pula, Mahmood membuat
kekacauan kononnya sebelum Masri dan Azmi merupakan bekas pekerja syarikat majikannya
yang dirampas olrh Syarikat Batik Nusantara. Hartini Noor yang ketakutan meminta bantuan

Pak Nik.Melihat Azmi diperlakukan kasar oleh Mahmood menyebabkan Masri ingin
membantu Azmi,Masri mencurahkan lilin panas ke muka Mahmood.Kepulangan Farid

disambut dengan cerita kekecohan yang berlaku di bangsal batik modennya.

HEMPASAN OMBAK

SINOPSIS BAB 13

Ketika jam 2 pagi,keluarga Hajah Zaoyah terbangun akibat bunyi letupan.Bangsal batik
moden Farid dijilat api.Farid berusaha memadankan api tersebut tetapi tidak berhasil.Jiranjirannya juga membantu

sebelum pasukan Bomba sampai.Apabila api terpadam,bengkel
tersebut tinggal rangka dan 75 peratus bahan untuk membuat batik telah musnah.Farid
meyakinkan abangnya bahawa kes ini ada kaitan dengan surat layang yang dihantar kepada
Farid.Ibunya telah menyerahkan surat layang tersebut kepada Pak Nik untuk dilaporkan
kepada pihak polis. Ibu dan abangnya menasihati Farid menerima takdir tuhan selepas solat
subuh. Keesokan paginya, kawasan kebakaran menjadi tumpuan. Masing-masing terkejut.
Pekerja bahagian batik asli diminta bekerja seperti biasa. Hartini Noor terkejut tetapi kagum
dengan ketenangan dan kesabaran Farid. Pihak polis mengesahkan kebakaran berkaitan
dengan surat layang dan kekacauan oleh Mahmood. Tengah hari Zuraida datang melawat
Keluarga Farid dan bersempati. Inspector Ruzman menjelaskan bahawa Mukhtar, pemilik

Syarikat Batik Rajawali punca segalanya.

HEMPASAN OMBAK

SINOPSIS BAB 14

Penangkapan Mukhtar atas tuduhan membakar bengkel kepunyaan Farid telah disiarkan oleh
akhbar. Mukhtar didakwa mengupah tiga orang samseng untuk melakukan perbuatan

tersebut. Rayuan Mukhtar untuk diikat jamin telah ditolak oleh hakim.Tiga hari kemudian,
encik Mokhsein yang baru balik dari Singapura.Kemudian Mokhsein memberitahu khabar
gembira, iaitu dua buah butik di Singapura dan Ampang Park mahu melanggani batik moden
keluaran Farid. Mokhsein berjanji akan membantu Farid menjadi pembekal pakaian siap.

Farid terhutang budi dengan encik Mokhsein , Zuraida dan Hartini Noor yang banyak
membantu. Zuraida pula melanjutkan pelajaran di Dungun dalam bidang pertadbiran
perniagaan. Mahkamah Rendah Terengganu menjatuhkan hukuman bahawa Mukhtar
didapati bersalah dan akan meringkuk tiga tahun dalam penjara di Marang. Mukhtar berbuat
jahat kerana kemerosotan jualan batik dan hutang syarikatnya. Farid bermimpi Mukhtar
datang meminta maaf dan insaf. Mokhsein datang mengajak Farid dan Zuraida ke majlis
perkahwinan Hartini Noor di Kuantan. Ibu Farid mengusik anaknya tetapi Farid menjelaskan
bahawa dia masih muda untuk berkahwin kerana hendak menyambung pelajaran dahulu.

HEMPASAN OMBAK

SINOPSIS KESELURUHAN

Farid yang berusia 19 tahun terpaksa mewarisi Perusahaan Syarikat Batik Nusantara yang
telah diusahakan selama 20 tahun apabila pemiliknya,Haji Badrul meninggal dunia akibat
barah dalam perut.Dia sahaja yang berkemampuan dalam keluarganya.Walaupun masih
mentah dalam dunia perniagaan.Dia gigih menimba ilmu perniagaan daripada kerani yang
berpengalaman.Banyak orang yang membantu Farid mengharungi cabarannya.Hajah Zaoyah
yang menggadaikan hartanya untuk membayar hutang.Zuraida,rakan sekelas Farid yang
banyak membantu dalam urusan perniagaan.Encik Mokhsein,yang membantu mempamerkan

serta memperkenalkan Hartini Noor kepada Farid.Pemilik Syarikat Batik
Rajawali,mempunyai hasrat dengki kepada Syarikat Batik Nusantara.Mukhtar mengugut
Encik Mokhsein dan Zuraida untuk tidak membantu Farid.Mukhtar juga mengupah 3
samseng untuk membakar bengkel batik Farid.Akhirnya,Mukhtar dipenjarakan selama 3

tahun.

RUJUKAN :

- Buku Novel Hempasan Ombak
- Internet


Click to View FlipBook Version