The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azratasnim03, 2021-12-14 02:49:38

KEBUDAYAAN DAN PERPADUAN DI MALAYSIA

KEBUDAYAAN DAN PERPADUAN DI MALAYSIA

KEBUDAYAAN DAN
PERPADUAN DI MALAYSIA

NAMA PENSYARAH : PN. NORAINI BINTI
NAWAWI

KOD SUBJEK : MPU21032
SESI : 2021/2022

NAMA KUMPULAN

✘ NUR AZIERA BINTI MOHAMAD ( 02DAT21F1030 )
✘ PUTERI NUR AQILLA BINTI MOHD SANI @ ROSLAN

( 02DAT21F1024 )
✘ FATIN NADIA BINTI MOHD NAFI ( 02DAT21F1028 )
✘ AFIFAH BINTI MOHD SUBARI ( 02DAT21F1001 )
✘ ALYAA AZREENA BINTI ROSLI ( 02DAT21F1005 )
✘ NUR AZRA TASNIM BINTI AMRAN ( 02DAT21F1082 )

2

PENGENALAN MALAYSIA

Merupakan sebuah negara yang berbilang kaum . Oleh disebabkan itu ,
Malaysia memiliki pelbagai jenis kebudayaan yang berbeza-beza .
Walaubagaimanapun , Malaysia masih hidup dalam keadaan aman dan
damai . Antara tiga kaum utama yang telah wujud di negara harmoni
ini ialah melayu , cina dan india . Suku Melayu menjadi bahagian
terbesar dari populasi Malaysia . Terdapat pula komuniti Tionghoa-
Malaysia dan India-Malaysia yang cukup besar . Bahasa Melayu dan
Islam masing-masing menjadi bahasa dan agama rasmi negara .
Malaysia adalah anggota perintis ASEAN dan turut serta di berbagai
organisasi internasional , seperti PBB . Sebagai bekas jajahan
Inggris , Malaysia juga menjadi anggota Negara-Negara
Persemakmuran .

3

PENGENALAN KEBUDAYAAN

Kepentingan adat resam di dalam hidup masyarakat tidak
kira apa bangsa sekalipun tidak dapat dinafikan . Adat dan
budaya yang merangkumi seluruh aspek bermula dari
kelahiran , perkahwinan sehinggalah kematian terdapat di
dalam hidup semua masyarakat di Malaysia . Adat resam
merupakan kebiasaan cara hidup yang diamalkan oleh
sesuatu masyarakat yang dapat menggambarkan corak
budaya masyarakat tersebut . Budaya boleh difahamkan
sebagai penghasilan masyarakat manusia dalam pelbagai
bentuk sama ada yang dapat dilihat atau tidak . Budaya
merupakan satu konsep yang penting untuk membandingkan
perbezaan antara suatu masyarakat dengan suatu
masyarakat yang lain .

4

DEFINISI KEBUDAYAAN

Perkataan ‘ budaya ’ berasal daripada bahasa
Sankskrit , buddhayah iaitu kata jamak yang berasal
daripada perkataan buddhi yang membawa maksud
budi dan akal . Kebudayaan merupakan seluruh cara
hidup masyarakat atau seluruh aspek pemikiran dan
tingkah laku manusia yang diwarisi daripada satu
generasi ke satu generasi yang lain melalui proses

pembelajaran .

5

PENGENALAN PERPADUAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada
lebih 200 kumpulan etnik. Antaranya ialah Melayu , cina ,
india , kadazan-dusun , iban dan lain-lain . Dengan penduduk
yang pelbagai budaya ini , perpaduan etnik atau sebaliknya
sentiasa menjadi agenda dalam pengurusan masyarakat dan
pemerintahan negara ini . Oleh kerana wujudnya kepelbagaian
budaya , agama dan bahasa dalam kalangan rakyat di negara
ini , maka timbulah pelbagai masalah yang melibatkan
hubungan etnik . Boleh dikatakan bahawa perkauman akan
sentiasa menjadi batas pemisah antara rakyat pelbagai
kaum . Keadaan ini seterusnya boleh menyebabkan berlakunya
pertumpahan darah .

6

DEFINISI PERPADUAN

Definisi perpaduan adalah hubungan atau kerjasama
yang dilahirkan secara sengaja dalam kalangan kaum
dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat
bersama secara jujur dan ikhlas . Dalam kata lain
perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh
masyarakat untuk membentuk satu identity . Malaysia
merupakan negara berbilang kaum yang terkenal
dengan kehidupan aman dan harmoni . Tiga kaum
utama di Malaysia adalah Melayu , Cina dan India .

7

CIRI-CIRI KEBUDAYAAN DAN PERPADUAN

KEBUDAYAAN PERPADUAN

➢ Merupakan perkongsian suatu ➢ Merapatkan hubungan perpaduan
masyarakat antara kaum

➢ Diperolehi melalui proses ➢ Menyemarakkan semangat
pembelajaran perpaduan dalam kalangan
masyarakat
➢ Tidak dapat berpisah dengan
Bahasa ➢ Memupuk semangat patriotik
antara kaum
➢ Kewujudan nilai-nilai tertentu
➢ Mengikut keadaan bentuk muka ➢ Mewujudkan sikap bekerjasama
dan saling menyayangi dalam
bumi masyarakat berbilang kaum
➢ Diwarisi secara turun temurun
➢ Membentuk masyarakat yang
harmoni

8

BAHASA DAN PERTUTURAN

Antara bahasa yang terkumpul di
negara Malaysia ini adalah :

✘ Bahasa tamil
✘ Bahasa hindi
✘ Bahasa melayu
✘ Bahasa kantonis
✘ Bahasa mandarin

9

SAMBUTAN PERAYAAN

MELAYU CINA INDIA

❖ Hari Raya ❖ Sambutan ❖ Sambutan
Aidilfitri Tahun Baru Deepavali
Cina
❖ Hari Raya ❖ Sambutan
Aidiladha Thaipussam

10

KEPELBAGAIAN BUDAYA MASYARAKAT MALAYSIA

Masakan Malaysia mencerminkan solekan pelbagai etnik penduduknya ,
dan ditakrifkan oleh kepelbagaiannya . Banyak budaya dari Malaysia
dan kawasan sekitarnya telah banyak mempengaruhi masakan
Malaysia , dengan pengaruh yang kuat dari masakan Melayu , Cina ,
India .

11

KEPELBAGAIAN BUDAYA MASYARAKAT MALAYSIA

Muzik Malaysia merangkumi muzik tradisional dan kontemporari yang
dimainkan oleh rakyat Malaysia . Muzik tradisional banyak dipengaruhi
oleh budaya Cina , Islam dan India . Kebanyakan alat muzik orang
melayu terdiri daripada gendang , seruling , gong dan sebagainya . Alat
muzik cina pula ialah pipa , guzheng dan yangin . Akhir sekali , bagi alat
muzik india pula ialah table , nadaswaram , pullangulal dan veenai .

12

KEPELBAGAIAN BUDAYA MASYARAKAT MALAYSIA

Pemakaian Malaysia bagi kaum Melayu ialah baju kurung dan baju melayu . Baju kurung ialah
sejenis baju longgar yang labuh dipadankan dengan kain panjang yang berlipat tepi . Baju melayu
pula merupakan kemeja longgar yang dipakai dengan seluar panjang . Seterusnya , pakaian cina
pula ialah cheongsam bagi perempun dan samfu bagi lelaki . Cheongsam mempunyai leher yang
tinggi , butannya di bahu , bentuk yang sendat di pinggang dan belahan di kiri dan kanan kain .
Samfu pula merupakan pakaian tradisional bagi kaum lelaki, mempunyai baju dan seluar
diperbuat daripada kain yang nipis. Pemakaian bagi kaum india pula ialah sari iaitu dipakai oleh
perempuan manakala kurta dipakai oleh lelaki. Sari ialah sebidang kain dipadankan dengan kain
dalam yang berwarna seakan-akan kain sari tersebut dan dililit pada badan. Kurta pula ialah
kemeja panjang yang sampai ke lutut dan lazimnya diperbuat daripasa kain kapas atau linen

13

PERMAINAN TRADISIONAL DI MALAYSIA

14

KEPENTINGAN KEBUDAYAAN

➢ Melambangkan identity sebuah negara . Contohnya amalan budaya tradisional kita

melambangkan sifat majmuk masyarakat kita . Misalnya , keunikan pakaian
tradisional pelbagai kaum yang pelbagai bentuk potongan dan cara pemakaian yang
bewarna warni

➢ Memupuk perpaduan negara . Contohnya rakyat majmuk kita kaya dengan nilai

tradisional yang murni . Misalnya , kunjung-mengunjungi dan mengadakan rumah
terbuka pada hari kebesaran . Rakyat kita tidak kira keturunan , agama dan amalan
adat resam turut merayakan bersama-sama

➢ Menarik minat pelancong luar . Contohnya , salah satu tarikan pelancong ialah

keunikan budaya tradisional kita , misalnya persembahan teater tradisional seperti
bangsawan dan makyung dan tarian seperti tarian kuda kepang dan gawai .

➢ Mengekalkan kesinambungan tamadun . Contohnya , melalui budaya tradisional , kita

mengetahui asal usul kita . Dengan ini , kita tidak lupa daratan , sebaliknya kita akan
sedar tentang kesulitan hidup nenek moyang kita dan dari sini kita akan mendapat
iktibar .

15

KEPENTINGAN PERPADUAN

1. Mewujudkan masyarakat yang

harmoni dan sejahtera

2. Malaysia sebagai sebuah negara

yang merdeka

3. Dapat meningkatkan kadar

pelancong asing ke Malaysia

4. Keamanan negara dapat

dipertingkatkan apabila amalan
perpaduan kaum telah meresap
ke dalam jiwa setiap rakyat
Malaysia .

16

KESAN KEBUDAYAAN DAN PERPADUAN DI MALAYSIA

Selain itu , perpaduan

di Malaysia amat

terdapat perbezaan 03 penting untuk
dalam bentuk adat mewujudkan
dan hasil daripada
perpaduan kaum ini masyarakat yang
akan memjadikan
negara kita aman, dinamik . Masyarakat
stabil, makmur dan
sejahtera. Walau yang dinamik akan
bagaimanapun, diakui
masih ng wujud dalam mewujudkan kelompok

sesebuah yang harmoni .
masyarakat di
negara kita ini.. Di samping itu, perpaduan

01 02 di Malaysia dapat 17
memajukan ekonomi
negara kerana kerjasama
yang utuh. Perpaduan di
Malaysia ini juga dapat
mewujudkan masyarakat
yang saling hormat
menghormati antara
satu sama lain tidak kira
apa jua bangsa dan
agama.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya , setiap kaum utama yang berada di Tanah
Melayu mempunyai identiti dan pengelompokan masing-masing . Pada
peringkat awal pencampuran antara kaum ini amat sukar untuk berlaku
disebabkan taburan petempatan mereka yang terasing . Amalan budaya
dan agama mereka juga berbeza-beza kepelbagaian ini menyebabkan
hampir tiada perpaduan yang dapat dikecapi oleh negara dalam tempoh
pendudukan kuasa asing tersebut selepas kemerdekaan , kerajaan telah
melaksanakan berbagai-bagai dasar dan program bagi memastikan
wujud perpaduan antara kaum di Tanah Melayu . Kesannya , kini
hubungan perpaduan antara kaum di Malaysia menjadi lebih erat dan
kukuh .

18

RUJUKAN

LINK WEBSITE ;

❖ https://dokument.pub/kebudayaan-dan-perpaduan-flipbook-pdf-i-6083eb0eac0f1.html
❖ https://www.perpaduan.gov.my/images/document/penerbitan/Dasar_Perpaduan_Negara-1.pdf
❖ https://saranakirizz.blogspot.com/2020/09/kebudayaan-dan-perpaduan.html
❖ https://www.bing.com/search?q=kebudayaan+dan+perpaduan+di+malaysia

BUKU

❖ Penghayatan Etika Dan Peradaban

Jabatan Pengajian Am
Politeknik Kuching Sarawak
KM22, Jalan Matang
93050 Kuching,
Sarawak

19

LAMPIREAN

20

SEKIAN , TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version