The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MK BAB 14-PERATURAN KEWANGAN PADA AKHIR TAHUN KEWANGAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azizah, 2022-03-08 22:06:25

MK BAB 14-PERATURAN KEWANGAN PADA AKHIR TAHUN KEWANGAN

MK BAB 14-PERATURAN KEWANGAN PADA AKHIR TAHUN KEWANGAN

INSTITUT PROFESIONAL BAITULMAL SDN BHD (238474-D)
(MILIK MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN)

MANUAL KEWANGAN DAN PERAKAUNAN
(EDISI 1)

INSTITUT PROFESIONAL BAITULMAL

Disediakan Oleh
Bendahari
Jabatan Kewangan
Institut Profesional Baitulmal
Kuala Lumpur
31 Disember 2012

BAB 14

PERATURAN PERAKAUNAN
PADA AKHIR TAHUN KEWANGAN

BAB 14
PERATURAN PERAKAUNAN PADA AKHIR TAHUN KEWANGAN

14.1 TUJUAN
Tujuan Pekeliling adalah untuk memberi penjelasan mengenai peraturan perakaunan
yang akan berkuatkuasa pada akhir tahun kewangan bagi memastikan penyediaaan
akaun tahunan Institut Profesional Baitulmal berakhir 31 Disember XXXX tahun semasa
tidak tergendala.

14.2 LATAR BELAKANG

Selaras dengan Garis Panduan Anak-anak Syarikat Milik MAIWP, IPB dikehendaki
(selepas berakhirnya tahun kewangan) mengemukakan Laporan Kewangan Tahunan
Beraudit kepada pihak MAIWP sebelum 01 Mac XXXX tahun berikutnya.

14.3 PERUNTUKAN BAJET PERBELANJAAN TAHUNAN KEWANGAN SEMASA

(i) Ketua-ketua Jabatan / Unit bertanggungjawab hendaklah memastikan

peruntukan bajet perbelanjaan tahunan kewangan semasa bagi setiap jabatan /

unit adalah mencukupi untuk membayar kesemua perbelanjaan yang telah

dibuat.

(ii) Jika syarat ini tidak dipenuhi, maka bayaran yang berkenaan akan dikenakan
kepada peruntukan bajet perbelanjaan tahun kewangan tahun berikutnya.
Peraturan ini tidaklah digalakkan kerana ia akan menjejaskan peruntukan bajet
perbelanjaan tahun kewangan tahun berikutnya.

14.4 SEBUTHARGA DAN TENDER DI BAWAH PERUNTUKAN BAJET PERBELANJAAN

(i) Selaras dengan peraturan peruntukan bajet perbelanjaan tahun kewangan
semasa yang perlu dibelanjakan dalam tahun kewangan yang sama, perolehan

bagi bekalan/perkhidmatan dan kerja yang perlu dibuat sebutharga atau tender
hendaklah dibuat dengan kadar segera bagi memastikan bekalan/perkhidmatan
dan kerja diterima / disempurnakan sebelum 10 Januari XXXX tahun berikutnya.

(ii) Sehubungan dengan itu, tarikh akhir pendaftaran (penghantaran permohonan)
sebutharga adalah pada 30 November XXXX tahun semasa dan tender pada 01
November XXXX tahun semasa bagi peruntukan bajet perbelanjaan tahunan
kewangan semasa, kecuali pendaftaran sebutharga atau tender bagi tahun
berikutnya boleh diteruskan seperti biasa.

BIL JENIS DOKUMEN TARIKH AKHIR
1 Permohonan Tender (bagi nilai perolehan melebihi 01 November XXXX
(tahun semasa)
RM50,000) 30 November XXXX
(tahun semasa)
2 Permohonan Sebutharga (bagi nilai perolehan
RM10,000 hingga RM50,000)

14.5 PERMOHONAN PESANAN BELIAN DI BAWAH PERUNTUKAN BELANJA MENGURUS

(i) Untuk memastikan semua perolehan bagi bekalan/perkhidmatan dan kerja bagi
tahun kewangan semasa dapat dijelaskan, tarikh akhir penghantaran
permohonan pesanan belian (pembelian terus) daripada Ketua Jabatan / Unit ke
Jabatan Kewangan (Bendahari) ialah pada 30 November XXXX tahun kewangan
semasa.

(ii) Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut akan diproses bermula tahun
kewangan berikutnya.

BAYARAN BEKALAN/PERKHIDMATAN DAN KERJA

14.6 Peruntukan bajet perbelanjaan tahunan kewangan semasa bagi
(i)

bekalan/perkhidmatan dan kerja yang telah diterima/disempurnakan dalam tahun

tersebut, invois atau tuntutan beserta dokumen-dokumen sokongannya perlu

1

dikemukakan kepada Jabatan Kewangan (Bendahari) selewat-lewatnya jam 4.00
petang pada 10 Januari XXXX tahun berikutnya.

(ii) Sebarang pembayaran / invois bagi pembelian terus bagi tahun semasa yang

diterima selepas tarikh tersebut (yang tidak dibuat akruan dalam tahun

kewangan semasa) akan dikenakan kepada peruntukan bajet perbelanjaan

tahun berikutnya yang akan menjejaskan peruntukan tahun tersebut. Perkara ini

tidak digalakkan bagi mengelakkan teguran daripada pihak Audit.

14.7 PENGESAHAN PANJAR WANG RUNCIT

(i) Rekupan wang runcit yang dilakukan sehingga 25 Disember tahun kewangan
semasa hendaklah dikemukakan mengikut peraturan yang dilaksanakan
sekarang sebelum 25 Disember tahun 2012.

(ii) Rekupan wang runcit yang terakhir iaitu 15 Disember - 25 Disember tahun
Kewangan semasa hendaklah dikemukakan pada atau sebelum 25 Disember
tahun kewangan semasa seperti berikut

i) Dokumen - dokumen yang lazim ( bil atau tuntutan) dikemukakan
bersama rekupan terakhir iaitu bagi tempoh 15 Disember hingga 25
Disember tahun kewangan semasa.

ii) Perakuan Panjar Wang Runcit pada akhir tahun kewangan semasa
mestilah ditandatangani oleh Ketua Jabatan Kewangan (Bendahari) dan
dicop dengan cop rasmi jabatan.

iii) Kerjasama daripada pihak Jabatan / Unit untuk mengemukakan perkara
(i) di atas adalah dimohon bagi mengelakkan teguran pihak audit.

14.8 PUNGUTAN HASIL / AMANAH

(i) Semua pungutan hasil / amanah yang dibuat oleh Jabatan / Unit sehingga 30
Disember XXXX tahun semasa hendaklah dikemukakan bersama resit
sementara serta wang tunai ke Jabatan Kewangan selewat-lewatnya jam 5

petang 30 Disember XXXX tahun semasa untuk diakaunkan dalam tahun
kewangan tersebut. Semua buku resit sementara yang berada dalam simpanan
Jabatan / Unit juga mestilah dipulangkan semula ke Jabatan Kewangan
(Bendahari).

14.9 PENYAMPAIAN DOKUMEN

(i) Untuk memastikan penutupan akaun tahun kewangan semasa mengikut jadual,
Ketua Jabatan / Unit hendaklah mengemukakan semua invois pembayaran dan
tuntutan-tuntutan bayaran beserta dokumen-dokumen sokongan yang lengkap
kepada Jabatan Kewangan (Bendahari) tidak lewat dari 10 Januari XXXX tahun
kewangan berikutnya.

(ii) Kerjasama semua pihak sangatlah diharapkan untuk menentukan dokumen-
dokumen tersebut dihantar sendiri ke Jabatan Bendahari selewat-lewatnya jam
5.00 petang pada tarikh-tarikh tersebut. Semua penghantaran dokumen diminta
Mendapatkan pengesahan akaun terimaan daripada pegawai berkenaan.

BIL JENIS DOKUMEN TARIKH AKHIR
1 Penyerahan invois/tuntutan beserta dokumen 10 Januari XXXX
(tahun berikutnya)
sokongan ke Jabatan Bendahari 04 Januari XXXX
2 Pengesahan Panjar Wang Runcit (tahun berikutnya)


Click to View FlipBook Version