The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azizah, 2022-03-08 20:55:11

MK BAB 11-JUALAN & KAWALAN KREDIT

MK BAB 11-JUALAN & KAWALAN KREDIT

INSTITUT PROFESIONAL BAITULMAL SDN BHD (238474-D)
(MILIK MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN)

MANUAL KEWANGAN DAN PERAKAUNAN
(EDISI 1)

INSTITUT PROFESIONAL BAITULMAL

Disediakan Oleh
Bendahari
Jabatan Kewangan
Institut Profesional Baitulmal
Kuala Lumpur
31 Disember 2012

BAB 11

JUALAN DAN
KAWALAN KREDIT

BAB 11
JUALAN DAN KAWALAN KREDIT

11.1 Jualan
1. Penjualan kepada mana-mana pihak hendaklah seboleh-bolehnya atas asas
bayaran tunai.
2. Sekiranya secara kredit terpaksa dilakukan, kelulusan-kelulusan dan peraturan-
peraturan tertentu hendaklah diikuti, sebagaimana yang telah ditetapkan dalam
Dasar (Polisi) Kawalan Kredit MAIWP melalui Garis Panduan MAIWP bagi anak-
anak syarikat bertarikh 01 April 2011.
3. Jualan terdapat dalam dua (2) kategori iaitu :-
(i) Jualan Tunai; dan
(ii) Jualan Kredit.

11.2 Jualan Tunai
1. Jualan Tunai boleh ditakrifkan sebagai pertukaran barang atau perkhidmatan
dengan wang tunai pada masa urusniaga itu berlaku. Contohnya, jika pengguna
membeli sehelai baju, baju tersebut akan diperoleh setelah wang tunai di bayar.
2. Bagi perkhidmatan pula, pengguna tidak mendapat sebarang perkhidmatan
bentuk fizikal tetapi mendapat nilai faedah atas perkhidmatan yang ditukarkan
dengan wang tunai. Contohnya, jika pengguna menaiki bas, dia akan membayar
harga tiket. Harga tiket yang di bayar merupakan bayaran perkhidmatan bas
tersebut bukannya membeli bas.
3. Kelebihan dan kekurangan jualan tunai kepada penjual dan pembeli pula adalah
seperti butiran berikut :-

iii) Butir-butir jualan
iv) Kuantiti
v) Harga Seunit
vi) Jumlah Harga
vii) Jumlah Harga dalam perkataan
viii) Tandatangan Pengurus

11.3 Jualan Kredit

1. Jualan kredit boleh ditakrifkan sebagai beli sekarang dan bayar kemudian. Dalam
kaedah ini, pembeli akan membayar sejumlah wang yang dikenali sebagai wang
pendahuluan atau deposit. Selepas itu, pembeli akan menerima barang yang dibeli
dan boleh menggunakannya. Bayaran selebihnya akan dibayar secara beransur -
ansur setiap bulan mengikut perjanjian yang telah dibuat. Terdapat dua jenis jualan
kredit iaitu sewa beli dan bayaran tertunda.

2. Sewa beli merupakan satu bentuk perniagaan ansuran yang menjual barang-barang
tahan lama dan mempunyai nilai jual semula yang baik. Pembayaran dibuat secara
beransur-ansur. Pembeli ialah penyewa barang dan penjual ialah yang empunya
barang. Penyewa perlu membayar sedikit wang pendahuluan dan selepas bayaran
pertama diterirna, barang tersebut boleh digunakan serta merta. Hak milik hanya
akan diperoleh oleh penyewa setelah semua bayaran dijelaskan. Penjual atau
pembiaya boleh menarik balik barang itu jika penyewa tidak membayar ansuran dua
bulan berturut-turut selepas diberi notis. Akta Sewa Beli 1967 mensyaratkan bahawa
persetujuan sewa beli mestilah diwujudkan dalam bentuk tulisan dan mestilah
ditandatangani oleh semua pihak yang terlibat dalam perjanjian tersebut.

3. Kelebihan dan kekurangan jualan tunai kepada penjual dan pembeli pula adalah
seperti butiran berikut :-

a) Kelebihan Kepada Penjual

(i) Mendapat pulangan segera daripada pelaburan yang dibuat.
(ii) Dapat mengelak daripada mengambil risiko hutang lapuk.

(iii) Dapat menjual dengan harga murah atau memberi diskaun niaga yang
lebih tinggi kepada pelanggan.

b) Kelebihan Kepada Pembeli

(i) Pembeli dapat terus menggunakan barang setelah menjelaskan bayaran.
(ii) Pembeli dapat membeli barang dengan harga lebih murah.
(iii) Dapat memupuk sifat berjimat cermat kerana membeli mengikut

kemampuan.

c) Kekurangan Kepada Penjual

(i) Kemungkinan kehilangan pendapatan daripada faedah yang diperolehi
daripada jualan kredit.

(ii) Peniaga sukar menjual barang yang bernilai tinggi kerana pembeli tidak
mampu membayar secara tunai.

d) Kekurangan Kepada Pembeli

(i) Tidak dapat membeli barang yang bernilai tinggi kerana harga yang
mahal dan terpaksa membayar sekali gus.

(ii) Pembeli terpaksa mengumpul wang untuk satu tempoh tertentu memiliki
sesuatu barang.

4. Jualan secara kredit pula hendaklah menggunakan Invois Jualan. Butir-butir
yang perlu dicatatkan mengikut dokumen dimaksudkan adalah seperti berikut:-

i) Nama Pembeli

ii) Alamat Pembeli
iii) Tarikh Dokumen
iv) Kod Akaun Pelanggan
v) Butir-butir
vi) Kuantiti

vii) Harga Seunit
viii) Jumlah Harga
ix) Jumlah harga dalam perkataan
x) Perakuan penerimaan pelanggan
xi) Tandatangan Pengurus
xii) Tempoh Kredit perlu dijelaskan

11.4 Tatacara Perakaunan Bagi Jualan Tunai Dan Kredit

7. Hasil Jualan Tunai hendaklah diserahkan ke pejabat pada setiap hari melalui
Penyata Jualan Tunai harian yang disokong oleh salinan bil-bil jualan untuk
direkodkan ke dalam rekod penerimaan sistem perakaunan berkomputer atau
secara manual melalui Buku Tunai pada hari yang sama dan seterusnya wang
tunai dibankkan.

2. Jualan secara kredit hendaklah direkodkan ke dalam jualan sistem perakaunan
berkomputer atau secara manual melalui Akaun Akan Terima sebaik sahaja
transaksi jualan pada hari berkenaan selesai dilakukan.

3. Semua jualan secara kredit hendaklah dibuat berdasarkan kepada Borang
Pesanan Belian secara Kredit yang telah diluluskan.

4. Penerimaan untuk bayaran atas jualan secara kredit dari pelanggan hendaklah
dikeluarkan Resit rasmi dan semua Invois yang telah dibayar hendaklah
dicopkan dengan perkataan "JELAS". Ditarikhkan dan dicatat dengan nombor
resit bagi bayaran berkenaan, Transaksi penerimaan berkenaan juga perlu

11.5 Pengurusan Kawalan Kredit

7. Dasar-dasar dan peraturan-peraturan pengurusan kredit yang disediakan ini
adalah berpandukan kepada Garis Panduan Anak-anak Syarikat oleh MAIWP
bertarikh 01 April 2011.

2. Had dan kuasa kelulusan kredit adalah seperti berikut:-

Nilai Kuasa Melulus

i) Lebih daripada RM50,000.00 - Jernaah ALP IPB

ii) Lebih daripada RM25,000.00 - Jawatankuasa Pengurusan
Tertinggi IPB
iii) Kurang daripada RM25,000.00 - Bendahari

3. Pengurusan kredit terbahagi kepada dua (2) seperti berikut:

1) Kredit Tanpa Perjanjian

Untuk jualan samada berbentuk jualan perniagaan atau perkhidmatan
dan tidak terikat dengan sebarang perjanjian.

ii) Kredit Dengan Perjanjian

Untuk jualan berbentuk jualan perniagaan berkontrak yang dibuat melalui
Tender dan jualan perkhidmatan yang telah ditetapkan kadarnya secara
bulan (seperti sewa dan lain-lain).

4. Jawatankuasa Kawalan Kredit perlu ditubuhkan dengan tujuan untuk menilai

keupayaan pelanggan, menetapkan had kredit dan terma kredit yang

bersesuaian.

5. Jawatankuasa Kawalan Kredit hendaklah membuat penilaian terlebih dahulu
terhadap semua permohonan urus niaga secara kredit (jualan dan perkhidmatan)
sebelum diluluskan oleh pegawai yang diberi kuasa.

6. Keahlian Jawatankuasa Kawalan Kredit ini hendaklah dilantik oleh Ketua
Eksekutif.

7. Keputusan Jawatankuasa Kawalan Kredit ini hendaklah diluluskan oleh Ketua
Eksekutif atau oleh seorang pegawai yang diberi kuasa oleh Ketua Eksekutif.

8. Pelanggan yang berurus niaga secara kredit hendaklah mengemukakan
permohonan. Kelulusan, had dan terma kredit adalah berdasarkan keputusan
Mesyuarat Jawatankuasa Kawalan Kredit.

9. Terma kredit maksimum bagi pelanggan yang bukan daripada Kumpulan
MAIWP ialah 90 hari.

10. Kumpulan MAIWP diberi kemudahan untuk berurus niaga secara kredit tanpa
perlu mengernukakan permohonan, tidak dikenakan. had kredit dan terma kredit
yang ditetapkan iaitu 90 hari

11. Jawatankuasa Kawalan Kredit hendaklah menentukan had, terma kredit dan
cagaran yang perlu dikenakan kepada pelanggan yang memohon untuk
mendapatkan kemudahan urus niaga secara kredit setelah mengambil kira profil
pelanggan.

12. Pihak Pengurusan IPB hendaklah mengambil tindakan ke atas pelanggan yang
gagal mematuhi had dan terma kredit yang ditetapkan, tindakan melalui
mahkamah hendaklah diambil untuk memungut hutang-hutang sekiranya
pelanggan berkenaan gagal untuk menjelaskan hutang-hutang dalam tempoh
empat belas (14) hari daripada surat peringatan terakhir dikeluarkan. Semua kos
yang berkaitan mahkamah hendaklah dipertanggungkan kepada penghutang
berkenaan.

13. Pihak Pengurusan adalah bertanggungjawab untuk mengedarkan senarai nama
pelanggan yang diambil tindakan dan disenaraihitamkan kepada syarikat milik
MAIWP yang lain.

11.6 Peruntukan Hutang Ragu

1. Jabatan Kewangan IPB dikehendaki mengenal pasti penghutang ragu secara
umum dan spesifik berdasarkan kriteria yang akan ditetapkan had masa
kesemasa dan menyenaraikannya dalam 2 senarai berasingan dan bersekali
dengan amaun.

2. Peruntukan hutang ragu secara umum dan spesifik hendaklah dibuat
berdasarkan polisi perakaunan IPB yang ditetapkan.

11.7 Kuasa Pelupusan Hutang Lapuk

1. Jabatan Kewangan hendaklah mengenal pasti hutang lapuk berdasarkan senarai
hutang ragu mengikut kriteria yang ditetapkan.

2. Pelupusan hutang lapuk hendaklah dibuat sebagai Iangkah terakhir setelah
Semua tindakan yang wajar diambil untuk mengutip hutang lapuk itu tidak
berjaya.

3. Had dan kuasa pelupusan hutang Iapuk adalah seperti berikut:-

Nilai Dan Tempoh Kuasa Pelupusan

i) > RM30,000.00; > 10 tahun Jemaah ALP IPB

ii) > RM10,000.00; > 10 tahun Jawatankuasa Pengurusan
iii) < RM10,000.00; > 10 tahun Tertinggi IPB
Bendahari

11.8 Carta Aliran Jualan Dan Kawalan Kredit

1. Carta Aliran Jualan Tunai.
2. Carta Aliran Semakan Sebelum Kelulusan Kemudahan Kredit Diberi.
3. Carta Aliran Jualan Secara Kredit.
4. Carta Aliran Pengurusan Permohonan Kemudahan Kredit.
5. Carta Aliran Tindakan Ke Atas Hutang Yang Telah Melewati Tempoh.


Click to View FlipBook Version