INSTITUT PROFESIONAL BAITULMAL SDN BHD (238474-D)
(MILIK MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN)
MANUAL KEWANGAN DAN PERAKAUNAN
(EDISI 1)
INSTITUT PROFESIONAL BAITULMAL
Disediakan Oleh
Bendahari
Jabatan Kewangan
Institut Profesional Baitulmal
Kuala Lumpur
31 Disember 2012
BAB 10
PELABURAN
BAB 10
PELABURAN
10.1 Pelaburan
IPB hendaklah melaburkan dana yang belum digunakan lagi bagi meningkatkan
pendapatan dan pada masa yang sama hendaklah memastikan risiko diminimakan.
Pelaburan yang dibuat itu hendaklah dilakukan oleh staf yang diberi kuasa dan
diakaunkan dengan tepat. Pemilihan polisi pelaburan hendaklah mengambilkira tahap
kecairan, tahap risiko yang boleh diterima, faktor tempoh dan pulangan yang berpatutan
bagi pelaburan yang dibuat.
10.2 Pelaburan Am
Pelaburan dalam Simpanan Tetap oleh IPB adalah dikiasifikasikan sebagai Pelaburan
Am. Pelaburan am adalah semua Pelaburan yang dibuat daripada lebihan Akaun Hasil
Disatukan selain daripada Pelaburan Kumpulan wang Amanah.
10.3 Kriteria Pemilihan Institusi Kewangan
IPB dibenarkan membuat pelaburan saham yang mematuhi Syariah di dalam dan luar
negeri. Syarikat tidak dibenarkan membuat pelaburan di dalam pasaran bursa saham
kecuali dengan kelulusan MAIWP.
Kriteria-kriteria seperti perkhidmatan yang segera, jenis-jenis pelaburan yang
ditawarkan, kualiti nasihat pelaburan, caj perkhidmatan dan transaksi boleh digunakan
sebagai asas untuk menentukan institusi kewangan yang dipilih.
10.4 Rekod-Rekod Pelaburan
Semua transaksi berkaitan pelaburan perlu diuruskan oleh staf yang diberikuasa dan
direkodkan dalam daftar pelaburan simpanan tetap bagi semua urusan pembelian,
penjualan dan rekod keluar / masuk sijil-sijil pelaburan simpanan tetap.
Laporan bulanan terperinci berkaitan aktiviti pelaburan simpanan tetap hendaklah
disediakan dan ditandatangani oleh Bendahari.
Sebarang pelarasan berkaitan dengan pelaburan simpanan tetap dan lejar hendaklah
diluluskan oleh staf yang diberikuasa. Mana-mana pelarasan yang melibatkan institusi
kewangan, semakan dokumen hendaklah dibuat termasuk jumlah yang direkod dan sijil
yang terdapat dengan institutsi kewangan yang berkenaan.
10.5 Perlindungan Sijil-Sijil Dan Rekod Pelaburan
Semua dokumen-dokumen pelaburan simpanan tetap hendaklah diurus dengan
sempurna dan disimpan dengan selamat. Tempat penyimpanan hendaklah hanya boleh
diakses oleh staf yang dibenarkan sahaja.
10.6 Sijil Pelaburan dan Resit Penyimpanan
Semua pembayaran ke atas pelaburan simpanan tetap hendaklah mempunyai akaun
terimaan berserta bukti-bukti pelaburan seperti sijil, bon, nota, buku simpanan atau lain-
lain.
10.7 Daftar Pelaburan
Daftar pelaburan hendaklah dikemaskini setiap kali berlakunya perubahan termasuk
penyata sijil yang diterima lewat selepas penyelesaian, urusan pembelian, penjualan
dan rekod keluar / masuk sijil-sijil pelaburan simpanan tetap.
CARTA ALIRAN – PERMOHONAN DAN PEMBAYARAN WANG PENDAHULUAN DIRI
KETERANGAN CARTA ALIRAN
Kpd Staf Dari Staf
Yang Memohon Yang Memohon
1. Terima Borang Permohonan Pendahuluan Diri (BPPD) BPPD &
Bersama – sama borang berkursus / tugas rasmi yang BL/BK
telah diluluskan dari staf yang memohon.
2. Semak semua dokumen yang diterima dan tentukan Tentukan Amaun
amaun pendahuluan diri yang boleh diambil. Pendahuluan
3. Masukkan maklumat pendahuluan diri yang dipohon Rekod
ke dalam sistem komputer perakaunan dan cetak Berkomputer
Penyata Pendahuluan staf berkenaan.
Buat Pastikan
4. Pastikan staf berkenaan tiada tunggakan pendahuluan Pembetulan Tiada
yang belum diselesaikan.
Ada Tunggakan
5. Jika didapati terdapat tunggakan dalam akaun Tunggakan
pendahuluan tersebut, hubungi dan maklumkan Ada
kepada staf berkenaan untuk tindakan penyelesaian. Tunggakan ?
6. Kemukakan BPPD bersama-sama dengan dokumen Kepada Pegawai Yang Tiada
sokongan yang lain kepada pegawai yang diberi Diberi Kuasa Tunggakan
kuasa bagi meluluskan permohonan.
Luluskan
Permohonan
A
KETERANGAN CARTA ALIRAN
A
7. Sediakan Baucer Bayaran berpandukan kepada
BPPD yang telah diluluskan. Sediakan Kepada
Baucer Pegawai
8. Kemukakan Baucer Bayaran bersama - sama Bayaran Yang Diberi
dengan semua dokumen sokongan kepada Kuasa
pegawai yang diberi kuasa untuk mendapatkan Luluskan
kelulusan bayaran. Baucer
Bayaran
9. Masukkan maklumat ke dalam komputer
berpandukan kepada Baucer Bayaran Sistem Rekod
Perakuanan Berkomputer. Berkomputer
10. Sediakan cek bayaran berpandukan kepada Sediakan Kepada
Baucer Bayaran yang telah diluluskan. Cek Pegawai
Yang Diberi
11. Kemukakan cek bersama-sama dengan Bayaran Kuasa
Baucer Bayaran dan dokumen sokongan
kepada pegawai yang diberi kuasa untuk cek Tandatangan Cek
ditandatangani.
B
KETERANGAN CARTA ALIRAN
12. Asingkan dokumen-dokumen pembayaran B
mengikut keperluan.
Asingkan
13. Serahkan cek bayaran bersama-sama Dokumen
Baucer Bayaran dan BPPD kepada staf
berkenaan. Serahkan
Cek
14. Failkan semua dokumen ke dalam Fail
Bayaran bulan berkenaan. Failkan
Dokumen