The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PENULISAN SEJARAH SENI BARAT DAN ORIENTAL-NURIN NABIHAH-PPS2-12

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurynnly22, 2023-03-22 09:18:15

PENULISAN SEJARAH SENI BARAT DAN ORIENTAL-NURIN NABIHAH-PPS2-12

PENULISAN SEJARAH SENI BARAT DAN ORIENTAL-NURIN NABIHAH-PPS2-12

1 JABATAN PENDIDIKAN SENI VISUAL TUGASAN PENTAKSIRAN BERTERUSAN 1 / 2 / 3 / 4 / 5 / 6 (INDIVIDU / KUMPULAN) SEMESTER : PPISMP SEMESTER 2 TAHUN : KOD KURSUS PSVK1104 KURSUS SEJARAH SENI BARAT DAN ORIENTAL Nama Pelajar NURIN NABIHAH BINTI AHMAD SUHAILY Angka Giliran 2022172310233 No. Kad Pengenalan 040522110474 Kumpulan/Unit PPS2-12 Nama Pensyarah PUAN FAIRUZ BINTI ABDUL HALEEM Tarikh Hantar 07 MAC 2023 Pengesahan Pelajar: Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Catatan (jika ada) Tanda Tangan Pelajar: NURIN Tarikh: 07 MAC 2023 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS 56000 KUALA LUMPUR Markah


2 . ISI KANDUNGAN BIL TAJUK MUKA SURAT 1.0 PENGHARGAAN 3 2.0 PENGENALAN 4 2.1 LATAR BELAKANG SEJARAH ALIRAN RENAISSANCE 4 2.2 LATAR BELAKANG SEJARAH ALIRAN POP ART 5 3.0 TOKOH ALIRAN RENAISSANCE 6 3.1 KARYA CATAN ALIRAN RENAISSANCE 7 4.0 TOKOH ALIRAN POP ART 8 4.1 KARYA CETAKAN ALIRAN POP ART 9 5.0 PERBANDINGAN 11 6.0 RUMUSAN 11 7.0 RUJUKAN 12


3 1.0PENGHARGAAN Bersyukur ke hadrat ilahi dengan izinnya dapat saya menyiapkan tugasan pentaksiran berterusan ini dengan jayanya. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah yang banyak membantu dan membimbing serta memberikan banyak ilmu kepada saya dalam menyelesaikan tugasan ini iaitu yang dihormati, Puan Fairuz binti Abdul Haleem. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya yang telah banyak memberi semangat dan semangat moral kepada saya dalam menyelesaikan tugasan ini serta banyak memberikan pemudahcara bagi memudahkan saya dalam menyelasaikan tugasan pentaksiran berterusan ini. Seterusnya, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya terutama yang sebidang dengan saya kerana telah menyumbangkan banyak pendapat dan sentiasa memberi peringatan kepada saya untuk menyelesaikan tugasan ini. Mereka juga banyak membantu dalam persoalan saya seperti menjawap soalan yang saya tanya agar saya lebih faham dalam menyiapkan tugasan ini Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penyelesaian tugasan pentaksiran berterusan saya ini. Terima kasih.


4 2.0PENGENALAN 2.1LATAR BELAKANG SEJARAH ALIRAN RENAISSANCE Aliran Renaissance wujud bermula dari abad ke-14 sehingga abad ke-17 di Eropah serta menjadi jambatan dari zaman pertengahan era Medieval ke zaman moden. Kebangkitan dikatakan bermula dari abad ke-15 sehingga pertengahan abad ke-17. Renaissance bermaksud kelahiran semula dalam bahasa itali iaitu renisciment. Aliran ini menunjukkan penghargaan yang diberi kepada tokoh-tokoh ilmu yang disumbangkan semasa tamadun Rom dan Yunani. Kemajuan islam sebagai kuasa besar merupakan salah satu sebab kemunculan aliran ini. Zaman pertengahan aliran ini bermula dengan kejatuhan empayar Rom dan banyak kemajuan dalam seni, sains dan kerajaan yang dihasilkan oleh orang Yunani dan Rom telah hilang pada waktu ini Penonjolan keupayaan manusia menyelesaikan masalah dan berfikir merupakan asas yang paling penting pada zaman kegemilangan zaman Renaissance. Humanisme yang dikenali sebagai pemikiran. Francesco Petrarch merupakan tokoh humanisme yang terkenal dan telah memuji puisi latin dan karya klasik serta menyeru orang yang sezaman dengannya untuk memperbaiki bahasa latin serta mengkaji karya-karya klasik dan kemudiannya beliau berjaya menjadi seorang sarjana yang terkenal di Eropah. Banyak kesan yang berlaku sewaktu zaman ini seperti banyak bidang yang telah berkembang dengan meluas dalam bidang seni lukis, politik, seni ukir, persuratan, ekonomi dan sosial. Munculnya satu Monorki baharu sewaktu berlaku perubahan dalam bidang politik. Monorki baru yang ditafsirkan melalui kewujudan kerajaan pusat dan kesatuan kebangsaan. Sistem menjadi lebih kukuh dengan adanya amalan pembayaran cukai kepada pusat pentadbiran. Selain itu, kegiatan ekonomi pada zaman ini turut berubah. Usaha kegiatan sara diri sebelum ini kian pupus. Hal ini kerana, berlaku perdagangan tempatan dan antarabangsa yang berkembang dengan maju. Dari sudut sosial pula, berlaku perbezaan dari segi pemikiran dan gaya hidup manusia. Pada zaman ini, manusia dapat menzahirkan emosi mereka dengan lebih baik dan ia diluahkan melalui muzik. Antara tokoh zaman Renaissance dalam bidang seni ialah Leonardo da Vinci dan Raphael. Leonardo merupakan manusia yang dijadikan teladan pada zaman tersebut. Beliau menguasai semua bidang ilmu termasuklah seni bina, seni lukis, kejuruteraan, seni ukir, botani, falsafah, geografi, serta ketenteraan dan perang. Raphael pula, beliau adalah pelukis yang mempunyai bakat yang besar pada zaman Renaissance. Antara karyanya yang terbaik adalah terletak di dalam Sistine Chapel di Rom iaitu “Madonna”. Pada tahun 1520, beliau telah meninggal dunia dan telah menghasilkan banyak karya yang teragung.


5 CONTOH KARYA ALIRAN RENAISSANCE The Last Supper (1498) Monalisa (1503) 2.2LATAR BELAKANG SEJARAH ALIRAN POP ART Aliran ini merupakan gerakan seni visual di british dan telah muncul pada pertengahan 1950-an serta selari dengan pengakhiran 1950-an di Amerika Syarikat. Artis aliran ini memberi fokus terhadap imej-imej biasa budaya popular. Sebagai contoh, ‘billboards’, gambar-gambar kartun pada beberapa lukisan, majalah, produk pasaraya dan pengiklanan. Kebiasaannya, istilah seni pop dirujuk pada seni kritik british. Dalam esei seorang kurator iaitu Lawrence Alloway,yang bertajuk ‘The Arts and Mass Media’ menggunakan istilah kebudayaan massa popular. Namun begitu, Alloway adalah salah seorang pengkritik yang mempertahankan kebudayaan seni pop dan massa sebagai sebuah seni yang sah. Pada abad ke-21, seni pop merupakan salah sebuah gerakan yang utama. Secara keseluruhannya, seni pop ditafsirkan sebagai idea-idea dominan stail lukisan abstrak dan sebagai perkembangan kepadanya. Bagi menentang kebudayaan kumpulan elit dalam seni dan menekankan elemen-elemen yang tidak menarik, seni pop telah menggunakan imej yang popular. Kebanyakan seni pop ini dipertimbangkan melalui akademik sebagai organisasi luar yang menggunakan latihan dan kebiasaannya susah untuk difahami. Seni pop merupakan tindak balas terhadap stail lukisan abstrak walaupun ianya ditandakan sebagai menajamkan seni kerja mengecat dan gambaran. Namun begitu, aliran ini mempunyai kaitan dengan aspek tertentu gaya lukisan abstrak. Sebagai contoh,


6 kepercayaan terhadap keupayaan seni terutama dengan karya seni yang besar. Seni pop juga merupakan kesinambungan dan penolakan terhadap Dadaisme. Semasa seni pop dan Dadaisme meneroka banyak tema yang sama, seni pop telah menggantikan dorongandorongan anarki yang bersifat memusnahkan dan sindiran terhadap pergerakan Dadaisme dengan pengesahan kebudayaan massa artifak yang terpisah. CONTOH KARYA ALIRAN POP ART Marilyn Monroe (1967) Queen Margrethe ll of Denmark (1985) 3.0 TOKOH ALIRAN RENAISSANCE Leorardo da Vinci atau nama penuhnya ialah Leonardo di ser Piero da Vinci merupakan tokoh seni yang terkenal dan pakar dalam pelbagai bidang di Itali pada zaman Renaissance. Beliau dilahirkan pada 15 April 1452 di Vinci, Itali dan meninggal dunia pada 2 Mei 1519. Ser Piero da Vinci merupakan bapanya dan merupakan tukang serta tuan tanah yang kaya. Ibunya pula merupakan anak gadis petani yang bernama Caterina. Pada waktu itu, ia merupakan zaman kelaziman penggunaan nama keluarga di Eropah. Hal ini menyebabkan, nama penuhnya ialah Leonardo di ser Piero da Vinci yang bermaksud


7 Leonardo, anak lelaki Piero dari Vinci. Beliau terkenal dengan penghasilan lukisan, arca, sains, seni bina, kejuruteraan dan anatomi. Leonardo lebih terkenal sebagai seorang pelukis. Antara karya terkenal beliau ialah Monalisa, The Last Supper dan sebagainya. Monalisa adalah karya potret manusia yang sangat dikagumi dalam sejarah dan karya The Last Supper merujuk kepada lukisan keagamaan yang selalu direka semula sepanjang masa. Beliau dilihat sebagi seorang tokoh yang pintar dan dihormati dengan menunjukkan keaslian dalam inovasi teknologinya. 3.1 KARYA CATAN ALIRAN RENAISSANCE “The Last Supper” (1498) Karya The Last Supper dihasilkan pada tahun 1498 oleh Leonardo da Vinci. Media yang digunakan dalam penghasilan karya ini ialah cat tempera dan fresko dan merupakan aliran renaissance. Dari sudut menggambar, dapat dilihat beberapa unsur seni seperti penggunaan bentuk ilusi pada imej figura serta bayang dalam karya. Penggunaan warna yang terhad, namun mementingkan warna gelap pada latar belakang manakala penggunaan warna cerah pada figura. Hal ini dapat membezakan serta dapat memberi fokus dalam karya tersebut. terdapat jalinan tampak pada ketelitian baju, dinding dewan serta muka figura. Bagi prinsip rekaan pula, terdapat prinsip kesatuan iaitu dari segi ketepatan sesuatu benda. Selain itu, penegasan diberikan pada meja makan dengan penggunaan warna yang cerah. Sebelah kanan dan kiri yang seimbang dalam karya telah mewujudkan keseimbangan. Akhir sekali, irama dan pergerakan dilihat dengan pergerakan tangan figura di meja makan sewaktu berbicara. Karya ini dapat dianalisis dengan teknik chiaroscuro bagi menonjolkan kesan yang cerah, umpama ia datang dari luar kanvas serta dengan adanya latar belakang


8 yang gelap dan kesamaran. Ia merupakan gambar horizon secara sistematik dari sudut perspektif. Antara tafsiran yang boleh dibuat dalam karya The Last Supper ini ialah jamuan terakhir yang dimaksudkan pada tajuk tersebut. Ianya merakamkan 12 individu dalam keadaan ragu serta riak wajah yang dramatis, marah, ketidakpercayaan dan ketakutan. Hal ini berbeza dengan wajah jesus yang kelihatan tenang. Salah seorang murid Jesus yang melakukan pengkhianatan iaitu Judas Iskariot. Dari sebelah kiri dalam karya tersebut ialah Bartolomeus, Yakobus, Andreas, Simon Petrus Hutasoit, Petrus, Judas, Yohanes, Jesus, Thomas, Yakabus Greater, Philipus, Matius, Yudas, Tadeus, Simon Zelot. Posisi kepala Judas pada paras posisi bawah daripada orang lain dalam karya itu menunjukkan bukti pengkhianatan dan orang yang tinggal dalam bayangan. Jesus merupakan guru kepada anak muridnya. Penyediaan roti dan anggur di atas meja menjadi simbol daging dan darah Jesus yang akan dinikmati sebelum berlaku kematian Jesus. Penilaian yang dapat dibuat ialah karya ini ingin menyampaikan reaksi penganut Jesus berkaitan khabar dan mengharapkan unsur seni Biblical. Karya ini juga mempunyai mesej tersirat iaitu, psikologi, simbol matematik, kompleks, penggunaan perspektif dan sebagainya. 4.0 TOKOH ALIRAN POP ART Nama beliau ialah Andrew Warhola dan terkenal sebagai Andy Warhol dan dilahirkan di Pittsburgh, Pennysylvania pada 6 Ogos 1928. Beliau seorang yang aktif dalam bidang seni seperti pembuat seni cetak, pelukis catan Amerika Syarikat dan pembuat filem yang menjadikan figura sebagai subjek utama dalam pergerakan seni visual yang dikenali sebagai seni popular. Beliau menjadi sangat terkenal apabila kejayaannya sebagai seorang


9 pengilustrasi komersil sehingga terlibat dalam lingkungan sosial tinggi yang juga termasuk orang jahanam bohemia, cendekiawan unggul, patron kaya dan selebriti Hollywood. Andy Warhol merupakan orang yang mempopularkan pergerakan seni popular yang wujud pada tahun 1960-an. Karya-karya seni awalnya menunjukkan minat beliau terhadap gaya seni ini yang diilhamkan iklan barangan dan animasi serta dicat menggunakan tangan. Beliau menjadikan selebriti sebagai tajuk lukisannya. Gaya lukisannya yang tersendriri dibentuk melalui tajuk tersebut. kebiasaannya, beliau menggunakan kaedah cetak sutera yang menjadi asas terhadap karya lukisannya. 4.1 KARYA CETAKAN ALIRAN POP ART “Queen Margrethe ll of Denmark” (1985) Karya Queen Margrethe ll of Denmark dihasilkan pada tahun 1985 oleh Andy Warhol. Karya ini merupakan karya edisi keempat. Karya ini menggunakan aliran pop art. Campuran empat warna iaitu warna merah muda, teal, ungu dan putih digunakan dalam penghasilan karya ini. Karya ini menampilkan Ratu Margrethe ll od Denmark dan memaparkan komposisi bentuk ratu yang sama. Perbezaan keempat-empat gambar tersebut hanyalah warna. Kita dapat menganalisis bahawa terdapat banyak unsur garisan terutama pada bahagian rantai dan rambut. Garisan yang beralun dan halus pada rambut tersebut menimbulkan ton warna yang cerah. Garisan yang ada juga telah menimbulkan rupa rambut dan rantai tersebut dengan lebih jelas. Ketelitian dan kehebatan pengkarya


10 dapat dilihat pada kombinasi warna yang digunakan untuk penghasilan warna kontra. Warna kontra yang dihasilkan telah menarik perhatian, memberi fokus serta mengelakkan kebosonan. Warna kontra ini juga telah menghasilkan tindakan yang positif. Unsur keseimbangan simetri juga wujud dalam karya ini. Hal ini kerana, karya ini sama dan seimbang. karya ini mempunyai prinsip rekaan harmoni dengan adanya hasil ulangan dan rentak unsur seni yang sesuai serta seimbang. kepelbagain dapat ditonjolkan dalam penghasilan karya ini terutama dalam unsur seni warna dan garisan. Bagi tafsiran karya ini pula, pengkarya yang hebat dan terkenal dengan aliran pop art ini, beliau suka merakamkan watak-watak yang popular. Hal ini dapat disimpulkan bahawa, kemungkinan karya ini ingin menunjukkan kehebatan dan kewibawaan ratu yang sangat popular pada waktu itu. pengkarya ini mungkin menjadikan ratu ini sebagai role model dan mengagumi serta hormat kepada ratu ini. Penilaian yang dapat dilihat adalah, ketelitian dan kualiti penghasilan karya dengan menjadikan Ratu sebagai panduan dalam penghasilan karya yang sangat hebat. Pilihan warna dan unsur seni yang betul telah menarik minat orang yang melihat untuk memberikan tafsiran yang positif. Kesimpulannya, mesej yang ingin disampaikan oleh pengkarya ialah, populariti dan kehebatan seorang Ratu di Denmark.


11 5.0 PERBANDINGAN 6.0 RUMUSAN Sejarah seni merupakan rakaman atau catatan peristiwa yang berlaku terhadap masyarakat pada zaman dahulu. Proses melaksanakan tugasan ini telah memberi pengajaran berkaitan perkembangan seni pada awal penemuan sehingga kini. Daripada itulah, pengetahuan berkaitan aktiviti-aktiviti dan perkembangan seni dapat diketahui serta maksud yang tersirat dan tersurat dalam sesebuah karya. Dengan ini, banyak pengetahuan yang baharu berkaitan sejarah seni terutama kewujudan seni dalam pelbagai aliran. Tugasan pentaksiran berterusan ini juga dapat membaantu mengasah kemahiran seni yang ada dengan pengetahuan teknik-teknik yang digunakan dalam menghasilkan sesuatu karya. Dalam tugasan ini juga, saya diberi peluang untuk mengkaji dan membuat apresiasi berkenaan dua karya yang dipilih dan dikagumi ramai. Apresiasi boleh dedifinasikan sebagai kajian berkaitan pandai tukang atau pelukis-pelukis berkaitan hasil-hasil seni atau karya mereka, cara mereka bekerja, faktor yang mempengaruhi mereka, bagaimana pemilihan tema dan subjek matter serta gaya dan stail mereka. Penghasilan tugasan ini sangat membantu kepada diri saya untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan yang lebih meluas berkaitan seni visual. Aliran pop art Dihasilkan pada tahun 1985 Dihasilkan oleh Andy Warhol Pelbagai warna Mempunyai bentuk figura manusia Dikagumi sehingga kini Aliran Renaisance Dihasilkan pada tahun 1498 Dihasilkan oleh Leonardo da Vinci Menggunakan cat tempera dan fresko Karya Queen Margrethe ll of Denmark The Last Supper Karya catan Karya cetakan


12 7.0 RUJUKAN Artble. (2017, July 19). The thinker. Artble. Retrieved March 21, 2023, from https://www.artble.com/artists/auguste_rodin/sculpture/the_thinker Azizah, L. N. (2022, March 8). Aliran impresionisme: Pengertian Dan Contoh Karya impresionisme. Gramedia Literasi. Retrieved March 22, 2023, from https://www.gramedia.com/literasi/aliran-impresionisme/ Encyclopædia Britannica, inc. (2023, February 11). Auguste Rodin. Encyclopædia Britannica. Retrieved March 21, 2023, from https://www.britannica.com/biography/Auguste-Rodin Gersh-Nesic, B. (n.d.). Sejarah Seni Pop 101. Sejarah Seni Pop (1950-an-1970an). Retrieved March 22, 2023, from https://ms.eferrit.com/sejarah-seni-pop-101/ Penerangan Mengenai ARCA Francois Auguste Rodin. Raspberry. (2023, March 21). Retrieved March 21, 2023, from https://ms.uobjournal.com/1322-description-of-thesculpture-of-francois-auguste-rod.html The thinker: August Rodin's sculpture: Free essay example. StudyCorgi.com. (n.d.). Retrieved March 21, 2023, from https://studycorgi.com/the-thinker-august-rodinssculpture/


Click to View FlipBook Version