TAKLIMAT KEMASUKAN SEKOLAH KHUSUS UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK BALING
PANDUAN PERMOHONAN 1) MAKLUMAT PBD : Mohon maklumat PBD terkini dari guru kelas murid 2) KEMASKINI MAKLUMAT DI SPATKPM (Jika Perlu) : Kemaskini maklumat murid, ibu bapa dan penjaga pada Modul Pengurusan Murid 3)MENGISI PERMOHONAN : Mengisi permohonan dan memastikan medan wajib telah diisi 4) CETAK PERMOHONAN : Cetak BORANG PERMOHONAN yang telah lengkap sebagai rujukan
PANDUAN AM 1. Borang permohonan hendaklah diisi oleh pemohon dengan BIMBINGAN IBUBAPA/PENJAGA/GURU. Pemohon TIDAK DIGALAKKAN mengisi borang secara bersendirian. 2. Pemohon dikehendaki mengisi semua MAKLUMAT yang diperlukan dengan BETUL dan TEPAT. 3. Kesilapan mengisi borang permohonan adalah tanggungjawab pemohon DAN BOLEH MENYEBABKAN PERMOHONAN TIDAK DIPERTIMBANGKAN. 4. PENGEMASKINIAN BOLEH DILAKUKAN SEHINGGA TARIKH TUTUP PERMOHONAN. Pemohon dikehendaki menyemak semua maklumat dengan teliti sebelum mencetak. 5. Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) akan dilaksanakan kepada semua murid yang memohon sebagai syarat UTAMA kemasukan ke Sekolah Khusus (SBP/ SMKA/ SMT/ KV/ MTD). PKSK Tingkatan 4 akan dilaksanakan dalam tempoh 02 Oktober 2023 hingga 13 Oktober 2023.
PANDUAN KHUSUS 1. Pemohon dikehendaki memasukkan No. MyKad Murid dan No. MyKad/ No. Pengenalan Diri Penjaga Utama/ Penjaga Kedua kemudian tekan Log Masuk. 2. Maklumat pemohon yang telah dipaparkan adalah maklumat padanan daripada Modul Pengurusan Murid. Jika terdapat maklumat yang tidak tepat, sila kemaskini maklumat di portal SPATKPM di pautan public.moe.gov.my. Seterusnya, sila berhubung dengan guru kelas sekolah asal untuk pengesahan pindaan maklumat. Pindaan maklumat yang telah disahkan oleh guru kelas akan dikemaskini dalam sistem permohonan ini secara automatik. 3. PENYAKIT/ ALAHAN : Sila nyatakan penyakit/ alahan pemohon dengan memilih maklumat berkaitan berdasarkan butiran yang dipaparkan. 4. E-MEL : Sila masukkan alamat e-mel pemohon/ ibu/ bapa/ penjaga utama yang aktif. 5. TAHAP PENGUASAAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) : Sila lengkapkan maklumat tahap penguasaan bagi mata pelajaran Tingkatan 3 yang berkaitan seperti dalam Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah Pertengahan Sesi Akademik 2023/2024.
PANDUAN KHUSUS 6. AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM 6.1 MAKLUMAT KEPIMPINAN Maklumat kepimpinan akan dipadankan dengan sistem Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). 6.2 KEGIATAN KO-KURIKULUM Kegiatan kokurikulum akan dipadankan dengan sistem Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). 7. PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK (PPsi) Pelaporan Pentaksiran Psikometrik akan dipadankan dengan sistem e-Profil Kerjaya Murid. 8. PILIHAN SEKOLAH KHUSUS 1 (Maklumat Pilihan Sekolah 1 adalah WAJIB diisi) 8.1 JENIS SEKOLAH KHUSUS Sila pilih jenis sekolah khusus seperti : Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sekolah Menengah Teknik (SMT) Kolej Vokasional (KV) Maktab Tentera Diraja (MTD) 8.2 BERMINAT MENGIKUTI DUAL LANGUAGE PROGRAMME (DLP) Pilih YA/TIDAK. *Senarai nama sekolah yang akan dipaparkan adalah berdasarkan pilihan ini
PANDUAN KHUSUS 8.3 PAKEJ MATA PELAJARAN Pilihan pakej mata pelajaran adalah seperti berikut: a) Sekolah Berasrama Penuh (SBP) STEM (Sains Tulen) STEM AGAMA (Sains Agama) STEM TMUA (TMUA Sains) b) Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) STEM AGAMA (Sains Agama) STEM TMUA (TMUA Sains) SASTERA DAN KEMANUSIAAN (Agama Ikhtisas) c) Sekolah Menengah Teknik (SMT) KEJURUTERAAN MEKANIKAL KEJURUTERAAN AWAM KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK PERDAGANGAN SAINS PERTANIAN d) Kolej Vokasional (KV) Rujuk senarai kursus KV e) Maktab Tentera Diraja (MTD) STEM (Sains Tulen) SASTERA DAN KEMANUSIAAN (Sains Sosial) *Pilihan Pakej STEM TMUA (TMUA Sains) hanya terbuka kepada murid yang telah mengikuti Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT).
PANDUAN KHUSUS 8.4 NEGERI Sila pilih NEGERI sekolah pilihan pemohon. 8.5 NAMA SEKOLAH Sila pilih NAMA SEKOLAH pilihan pemohon. *Pemohon TIDAK BOLEH memilih sekolah yang sama sebagai pilihan sekolah khusus. 8.6 JARAK DARI RUMAH KE SEKOLAH Pilih anggaran jarak seperti tertera dari tempat tinggal pemohon ke sekolah pilihan 9. PILIHAN SEKOLAH KHUSUS 2 Rujuk perkara 8.1 hingga 8.6. *NOTA PENTING Bagi pilihan sekolah khusus 2 dan 3, pemohon BOLEH memilih sekolah yang sama seperti pilihan 1 sekiranya pakej mata pelajaran/ aliran/ program adalah BERBEZA 10. PILIHAN SEKOLAH KHUSUS 3 Rujuk perkara 8.1 hingga 8.6. *NOTA PENTING Bagi pilihan sekolah khusus 2 dan 3, pemohon BOLEH memilih sekolah yang sama seperti pilihan 1 sekiranya pakej mata pelajaran/ kursus pilihan adalah BERBEZA.
PANDUAN KHUSUS 11. PILIHAN PUSAT PENTAKSIRAN KEMASUKAN SEKOLAH KHUSUS (PKSK) 11.1 NEGERI PILIHAN Sila nyatakan negeri pilihan untuk menduduki PKSK. 11.2 PPD PILIHAN Sila pilih daerah pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) pusat PKSK. 11.3 PILIHAN PUSAT PKSK Sila pilih nama pusat PKSK pilihan. * Nama pusat PKSK yang telah MENCAPAI JUMLAH CALON YANG DITETAPKAN tidak akan dipaparkan. * Penentuan pusat sebenar PKSK adalah tertakluk kepada Urus Setia. 12. PERAKUAN PEMOHON Sila klik pada pernyataan yang berkenaan.
LINK PERMOHONAN : https://spskt4.moe.gov.my/
Terima kasih ubksmkbaling2023 #cakna masa hadapan anda