The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nor.arzah, 2023-12-18 23:25:19

Rokok Elektronik & Vape, Selamatkah.

Rokok Elektronik & Vape, Selamatkah.

WABAK EVALI DI AMERIKA SYARIKAT • Wabak ini bermula pada Mac 2019 apabila muncul sekumpulan pesakit di Amerika Syarikat yang mengalami kecederaan dan kerosakan paru-paru yang berkaitan dengan penggunaan ecigarette/vape. • Sehingga Februari 2020, lebih 2800 pesakit telah dimasukkan ke hospital di Amerika Syarikat disebabkan oleh e-cigarette/vape yang berkaitan dengan kecederaan paru-paru (EVALI). • 68 kematian dilaporkan setakat ini. • Kanada juga telah melaporkan beberapa kes. Eropah melaporkan kes EVALI maut pertamanya pada Mac 2020. • Disebabkan pengharaman pelbagai produk vape, jumlah kes baharu telah menurun dengan ketara di AS.


WABAK EVALI DI AMERIKA SYARIKAT • Kajian sampel produk menunjukkan terdapat tetrahydrocannabinol (THC) dan Vitamin E asetat dalam e-cigarette/vape yang merupakan punca utama dalam wabak EVALI itu. • Kebanyakkannya melibatkan produk yang dibeli daripada sumber tidak formal seperti rakan, keluarga, atau secara peribadi atau peniaga dalam talian. (tidak dikawal) • Vitamin E asetat telah ditemui dalam sampel cecair paruparu pesakit yang diuji.


BAHAYA PENYAKIT EVALI


ADAKAH VAPE ALTERNATIF TERBAIK BAGI MEROKOK?


ADAKAH VAPE ALTERNATIF TERBAIK BAGI MEROKOK?


ADAKAH VAPE ALTERNATIF TERBAIK BAGI MEROKOK? Namun adakah ia selamat untuk disedut atau dihidu melalui sistem pernafasan? Propylene glycol dan vegetable glycerin yang dipanaskan akan menghasilkan formaldehyde (karsinogenik). Bahan perisa mengandungi bahan kimia diacetyl dan acetyl propionyl yang boleh menyebabkan kesan iritasi pada paru-paru. Perisa vanillin memberi kesan sitotoksik khususnya pada sel paruparu jika terdedah pada kadar tertentu.


ADAKAH VAPE ALTERNATIF TERBAIK BAGI MEROKOK?


ADAKAH VAPE ALTERNATIF TERBAIK BAGI MEROKOK? Tanpa bukti kukuh , industri vape telah mempromosikan vape secara berleluasa sebagai alternatif yang kononnya lebih selamat daripada rokok konvensional berdasarkan fakta-fakta yang telah dimanipulasikan. Hakikatnya, kajian berbentuk eksperimen jangka pendek yang telah dijalankan ke atas manusia telah menunjukkan beberapa kesan yang signifikan pada sistem pernafasan, tekanan darah serta paras oksigen dalam badan. Urine dan udara hembusan oleh penghisap vape juga dikesan mempunyai bahan toksik daripada cecair vape seperti benzene dan toluene.


ADAKAH VAPE ALTERNATIF TERBAIK BAGI MEROKOK?


ADAKAH VAPE ALTERNATIF TERBAIK BAGI MEROKOK? Malangnya ia bukan sekadar wap air Sebaliknya ianya adalah AEROSOL yang terbentuk hasil pemanasan cecair vape yang terdiri daripada propylene glycol, glycerin, bahan perisa, bahan-bahan kimia yg lain. Aerosol ini mempunyai saiz hampir sama dengan partikel asap rokok namun kepekatannya lebih tinggi. Oleh itu, ia boleh menerukkan lagi keadaan pesakit asma atau penyakit lain berkaitan pernafasan.


ADAKAH VAPE ALTERNATIF TERBAIK BAGI MEROKOK?


ADAKAH VAPE ALTERNATIF TERBAIK BAGI MEROKOK? Tidak dinafikan, sehingga setakat ini, cecair vape mempunyai kurang bahan kimia berbanding rokok. Namun itu tidak menjadikan ianya kurang bahaya. Pendedahan dalam jangka panjang terhadap satu-satu bahan kimia boleh menyebabkan kesan buruk terhadap kesihatan. Vape juga mempunyai bahan kimia lain yang mungkin kurang atau tiada dalam rokok seperti logam berat seperti aluminum, nikel dan kromium yang akan dibebaskan daripada lingkaran (coil) logam semasa proses pemanasan. Dalam satu laporan, pendedahan jangka pendek terhadap wap logam (metal fumes) ini dalam kalangan pengimpal meningkatkan risiko jangkitan paru-paru dan juga kanser paru-paru!


ADAKAH VAPE ALTERNATIF TERBAIK BAGI MEROKOK?


ADAKAH VAPE ALTERNATIF TERBAIK BAGI MEROKOK? Kebanyakan cecair vape yang dirampas dalam aktiviti penguatkuasaan oleh KKM didapati mengandungi nikotin. Nikotin adalah bahan asas dalam rokok yang menjadi punca ketagihan dan pergantungan yang tinggi terhadap sesuatu produk itu. Maka penambahan nikotin dalam vape, bererti anda bukan lah berhenti merokok tetapi hanya beralih kepada bentuk penagihan yang lain. Bagi yang tidak merokok, anda hanya menjebakkan diri anda ke dalam ketagihan rokok elektronik/vape.


BAHAYA LAIN ROKOK ELEKTRONIK


KESAN SAMPING VAPE Derita sesak nafas, masalah paru-paru akibat rokok, vape


KESAN SAMPING VAPE Muhammad Hamka, berkongsi mengenai kesan perkongsian vape dengan rakannya sehingga dia dimasukkan ke hospital. Lebih teruk lagi, doktor memaklumkan paru-paru kanannya turut terjejas teruk hampir 90%. Terdapat Nanah dalam paru-paru disebabkan pod/vape kongsi-kongsi mulut. Kena tebuk paru-paru, masuk tiub dalam paruparu untuk buang nanah Kalau tiada jalan lain, terpaksa jalani pembedahan.


KESAN SAMPING VAPE Muhammad Hamka, berkongsi mengenai kesan perkongsian vape dengan rakannya sehingga dia dimasukkan ke hospital. Lebih teruk lagi, doktor memaklumkan paru-paru kanannya turut terjejas teruk hampir 90%. Terdapat Nanah dalam paru-paru disebabkan pod/vape kongsi-kongsi mulut. Kena tebuk paru-paru, masuk tiub dalam paruparu untuk buang nanah Kalau tiada jalan lain, terpaksa jalani pembedahan.


KESAN SAMPING VAPE


KESAN SAMPING VAPE


KESAN SAMPING VAPE


KESAN SAMPING VAPE Kesan daripada vape/pod yang meletup


KESAN SAMPING VAPE Kesan daripada vape/pod yang meletup


KESAN SAMPING VAPE Kanak-kanak sesak nafas/sawan selepas disyaki tertelan cecair vape


GENERATION ENDGAME


SOAL SELIDIK PENERIMAAN PERUNTUKAN GENERASI PENAMAT DI KALANGAN MURID TINGKATAN 4 & 5


KUIZ


SOALAN 1 Adakah vape/rokok elektronik selamat untuk dihisap?


SOALAN 2 Apakah yang terkandung dalam cecair rokok elektronik?


SOALAN 3 EVALI adalah penyakit baru yang wujud disebabkan vape/rokok elektronik. BETUL atau SALAH?


SOALAN 4 Nikotin boleh menyebabkan ketagihan. BETUL atau SALAH?


SOALAN 5 Bahan-bahan dalam cecair rokok elektronik boleh menyebabkan kanser. BETUL atau SALAH?


Terima kasih! Unit Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit Pejabat Kesihatan Daerah Sepang


Click to View FlipBook Version