The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KUMPULAN 1- Tugasan E-Majalah
Batik: Seni Warisan Batik

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Rawiah Abd Wahab, 2024-01-08 14:32:58

E-Majalah Batik: Seni Warisan "Batik Malaysia"

KUMPULAN 1- Tugasan E-Majalah
Batik: Seni Warisan Batik

B SEN A I WARISAN T “BATIK MALAYSIA” IKPemerkasaan batik demi negara bangsa oleh Kerajaan Batik melambangkan warisan budaya negara Batik membezakan identiti negara bangsa Batik sebagaik pengukuh negara bangsa SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA (AN)


RAWIAH BINTI ABD WAHAB (292608) NURUL AKMAR BINTI MOHAMED SIDIK (292990) INTAN SYAFIQAH BINTI MAZLAN (293041) NURUL NABILA BINTI JUNAIDI (296173) i NAMA AHLI KUMPULAN


SEJARAH “BATIK MALAYSIA”............................................. 1 EMPAT MOTIF POPULAR DALAM PENGHASILAN BATIK MALAYSIA ............................................................................... 2 PERALATAN YANG DIGUNAKAN DALAM PEMBUATAN BATIK ............................................................... 3 PROSES PEMBUATAN BATIK ............................................... 4 ISU BERKAITAN BATIK: BATIK MELAMBANGKAN WARISAN BUDAYA NEGARA ............................................................... 5-9 BATIK MEMBEZAKAN IDENTITI NEGARA BANGSA ............................................................ 10-13 BATIK SEBAGAI PENGUKUH NEGARA BANGSA ............................................................ 14-17 PEMERKASAAN BATIK DEMI NEGARA BANGSA OLEH KERAJAAN ............................................ 18-21 RUJUKAN MUKA SURAT ii ISI KANDUNGAN PERKARA


Batik merupakan salah satu bidang kraftangan yang paling popular di Malaysia. Perkataan ‘Batik’ di ambil daripada perkataan Jawa iaitu ‘ba’ dan ‘tik’ yang bermaksud setitis lilin. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (n.d) , batik didefinisikan sebagai kain bercorak yang dilukis dengan lilin dan dicelup. Terdapat persoalan yang sering kali mengaitkan asal usul Batik Malaysia dan Batik Indonesia. Pada asalnya, Batik telah diperkenalkan di Negara Indonesia dan telah sah diakui oleh pihak organisasi UNESCO (United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization). Batik Indonesia telah sah diakui oleh UNESCO sebagai Warisan Budaya Tak Benda (WBTB) pada 2 Oktober 2009. Walau bagiamanapun, Batik di Malaysia mula diperkenalkan sejak tahun 1910 lagi dan negeri yang pertama memulakan penghasilan serta perusahaan batik ini adalah negeri Kelantan dan seterusnya Batik telah berkembang ke negeri Terengganu, Pahang serta Kedah pada tahun kemudiannya. Batik Malaysia mempunyai keunikan warisan seni tersendiri dan kaya dengan sejarah yang berasal daripada kepelbagaian budaya tempatan di Malaysia. Di Malaysia, Batik telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu, di mana ia merupakan satu seni kraftangan yang sangat dihargai dalam kehidupan di istana. Batik Malaysia mempunya pengaruh Melayu yang kuat. Namun begitu, Batik Malaysia juga mempunyai sentuhan seni daripada pengaruh budaya Cina dan India bagi mencerminkan kepelbagaian kaum dan juga etnik di Malaysia. Hal ini dapat dibuktikan dengan penggunaan motif tertentu dalam penghasilan batik bagi menampakkan unsurunsur kepelbagaian kaum dan juga etnik di Malaysia Sebagai contoh, motif batik yang digunakan bagi penghasilan batik dari pengaruh melayu adalah motif seperti motif flora dan geometri yang diilhamkan daripada persekitaran semula jadi dan juga simbol kemelayuan. Tambahan pula, kombinasi warna yang digunakan adalah terang dan juga kontras bagi menggambarkan keceriaan serta kegembiraan budaya melayu. Seterusnya, Batik Malaysia juga dipengaruhi oleh budaya cina. Hal ini dikatakan demikian kerana motif yang digunakan adalah seperti motif bunga teratai, naga serta simbol tuah yang sering digunakan dalam batik yang diilhamkan oleh budaya cina. Disamping itu, Batik Malaysia juga terdapat pengaruh daripada budaya India, di mana motif yang sering digunakan adalah motif paisley dan bunga berbentuk gubahan. Dari segi penggunaan warna, Batik yang dipengaruhi oleh budaya India banyak menggunakan warna yang terang seperti warna merah dan kuning bagi mencerminkan budaya itu sendiri. Kesimpulannya, sejarah Batik Malaysia adalah sangat luas malah ianya kaya dengan kisah disebalik pengaruh budaya dalam membentuk identiti nasional masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, tetapi ianya bukanlah hanya sekadar seni mahupun kreativiti penghasilan batik itu sendiri. Jelaslah bahawa batik bukan sahaja sebahagian daripada seni warisan Malaysia, malah dengan setiap gabungan corak, motif dan juga warna yang digunakan dalam penghasilan Batik Malaysia dapat mengambarkan satu gabungan yang menakjubkan dari segi kepelbagaian budaya di Malaysia. Batik Malaysia berbeza dengan batik Indonesia dari segi motif, corak, peralatan pembuatannya serta warna dalam penghasilan batik tersebut. 1 SEJARAH “BATIK MALAYSIA” Imbas disini


MOTIF FLORA MOTIF ABSTRAK MOTIF FAUNA MOTIF GEOMETRI Motif daripada tumbuh-tumbuhan seperti pucuk rebung, bunga cempaka dan lain-lain. Kebanyakkan pengusaha batik menggunakan motif flora seperti bunga raya dan ros. Penggunaan motif flora sentiasa berubah mengikut peredaran masa. Motif fauna merujuk kepada lukisan haiwan seperti ramarama,burung dan lain-lain. Di malaysia, batik yang bermotifkan fauna sangat terhad kerana Malaysia berpegang pada prinsip islam. Motif geometri melibatkan pengulangan motif. Pengulangan ini melibatkan pelabagai bentuk seperti bentuk segi tiga, bulat, segi empat dan lain-lain bentuk. Motif abstrak kebiasaannya dilukis mengikut kreativiti dan imaginasi pelukis. Seni motif abstrak adalah sangat halus dan sukar untuk difahami 2 EMPAT MOTIF POPULAR DALAM PENGHASILAN BATIK MALAYSIA Sumber Imej: Google imej


1.KAIN PUTIH 2. PEMIDANG 4. LILIN 8. DAPUR GAS KECIL 5. WAJAN 7. PEWARNA 3. CANTING 6. PEMBERUS 9. GAWANGAN 3 PERALATAN YANG DIGUNAKAN DALAM PEMBUATAN BATIK Sumber Imej: Google imej


Proses meregang atau menegang. Kain putih dipotong mengikut saiz pemidang. Kemudian, kain diregangkan dan dipaku pada pemidang atau meja terap. Proses mencorak. Melukis corak di atas kain putih yang telah diregangkan menggunakan pensel. Proses memanas lilin. Lilin dipanaskan mengikut suhu yang telah ditetapkan sehingga cair. Proses melakar corak. Melakar corak menggunakan canting yang telah dimasukkan cairan lilin. Proses mewarna. Mewarna batik mengikut corak motif yang telah di lakar menggunakan berus. Proses mematikan warna batik. Proses ini dilakukan dengan merendam batik yang telah siap diwarnakan kedalam air panas.Tujuannya adalah untuk memastikan warna yang dilukis tidak luntur apabila dibasuh. 4 PROSES PEMBUATAN BATIK Sumber Imej: Google imej


“Menurut artikel Penang Institute (2021), batik mampu menggambarkan idea budaya Malaysia untuk dipersembahkan kepada pelancong asing yang pertama kali melancong ke Malaysia.” Walaupun falsafah politik, sosioekonomi, dan sosiobudaya mereka berbeza, ini menggambarkan kepentingan batik sebagai simbol kebangsaan bagi ketigatiga negara jiran ini. Di Malaysia, batik merupakan salah satu rekabentuk atau corak pada pakaian yang dapat menggambarkan cir-ciri tradisional dan ianya juga dikategorikan dalam bidang kraftangan tradisional. Batik terhasil daripada proses teknik percetakan yang dikenali sebagai ‘mencanting’ batik. “Menurut artikel Suara Merdeka (2023), Batik mula diperkenalkan di negeri Kelantan sejak tahun 1910 malah ianya lebih awal daripada itu.” Pada lingkungan tahun 1770-an, terdapat sejenis batik yang dikenali sebagai Batik Pelangi telah diperkenalkan dan coraknya masih lagi diguna pakai sehingga pada hari ini. Kini, perusahaan pakaian batik Malaysia sangat popular dan kebanyakkan perusahaan batik adalah tertumpu di negeri-negeri di Pantai Timur, iaitu Kelantan dan Terengganu. Batik lebih daripada sekadar kain. Sejarahnya yang panjang di benua Asia dan Afrika adalah bukti positif bahawa terdapat kerjasama silang budaya selama beratus-ratus tahun. Walaupun kini, batik masih digunakan untuk menyebarkan idea-idea budaya. Batik bukan sahaja digunakan dalam kehidupan seharian tetapi juga dipakai oleh pramugari Malaysia Airlines, Singapore Airlines dan Garuda Indonesia. Walaupun Malaysia terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum dan budaya, batik tetap menjadi penghubung untuk setiap masyarakat di Malaysia. Ini kerana, Walaupun setiap kaum mempunyai pakaian tradisional yang tersendiri, malah wujud juga sebilangan tanggapan yang menyatakan bahawa pakaian batik tidak lagi relevan dan agak ketinggalan zaman. Lantaran itu, masih ramai masyarakat Malaysia yang bersetuju dan berpendapat bahawa seni batik ini memang patut dipertahankan kerana ianya dapat mencerminkan simbol kenegaraan bagi negara kita dan ianya juga masih relevan untuk dimasukkan dalam corak pemakaian pakaian kebangsaan. BATIK MELAMBANGKAN WARISAN BUDAYA NEGARA 5 Imbas disini


Setiap budaya mempunyai jenis pakaian yang tersendiri, terutamanya apabila ia berkaitan dengan jenis fabrik dan tenunan yang digunakan untuk majlis-majlis khas dan perayaan. Walaupun sukar untuk melihat batik sebagai baju tradisional memandangkan kepelbagaian kaum dan adat resam di Malaysia, idea batik sebagai budaya bersama yang inklusif sangat penting kepada identiti negara. Batik Malaysia sering kali menonjolkan unsurunsur seni tradisional Melayu, Cina, dan India. Corak dan motif pada batik mencerminkan perpaduan harmoni antara pelbagai etnik di Malaysia, menciptakan satu identiti seni yang unik dan bersatu. Walaupun batik berasal dari Indonesia, Malaysia juga mempunyai tradisi batik yang unik dan kaya. Batik Malaysia memaparkan corak dan warna yang mencerminkan kepelbagaian etnik dan budaya di Malaysia. Melalui keunikan ini, ia menjadikan batik sebagai lambang warisan budaya negara. Selain itu, batik Malaysia juga sering kali menggabungkan elemen alam seperti bunga, daun, dan fauna tempatan. Ini menciptakan satu hubungan yang erat antara seni dengan alam sekitar serta mengukuhkan lagi kaitannya dengan warisan alam dan budaya Malaysia. Warna-warna yang digunakan dalam batik Malaysia juga memberikan makna dan simbolisme. Contohnya, warna merah dan biru sering kali digunakan untuk melambangkan keberanian dan kekuatan, sementara warna kuning melambangkan kekayaan dan kemakmuran. Melalui corak, warna, dan motifnya, batik Malaysia benar-benar melambangkan warisan budaya negara ini dengan menggambarkan kepelbagaian, perpaduan, dan keindahan seni tradisional Malaysia. 6 Sumber Imej: Google imej


Ekspresi Seni dan Kreativiti: Pembuatan batik melibatkan proses yang rumit dan memerlukan kreativiti tinggi. Seniman batik sering menggabungkan elemen-elemen tradisional dengan inovasi kontemporari, mencipta karya seni yang unik dan menyemarakkan warisan budaya. Pakaian Tradisional: Batik adalah sebahagian yang penting daripada pakaian tradisional Malaysia. Contohnya, baju kurung dan baju kebaya. Penggunaan batik dalam pakaian ini memberikan sentuhan klasik dan mewah, mengekalkan keunikan warisan budaya Malaysia dalam bentuk fesyen tradisional. Pengiktirafan Antarabangsa: Batik Malaysia telah dikenali di peringkat antarabangsa sebagai lambang warisan budaya yang bernilai tinggi. Pengiktirafan ini membantu menyebarkan keindahan dan keunikan batik Malaysia ke seluruh dunia, mencipta kesedaran tentang kekayaan budaya negara ini. Perkembangan Industri: Industri batik di Malaysia memberikan peluang pekerjaan kepada ramai orang dan menyokong pertumbuhan ekonomi tempatan. Inisiatif untuk mempromosikan dan melindungi warisan batik juga membantu mendorong pertumbuhan industri ini sebagai sebahagian daripada ekonomi kreatif Malaysia Hal ini secara tidak lansung membuktikan bahawa batik bukan hanya kain biasa malah ianya adalah medium seni yang memancarkan identiti dan kekayaan budaya Malaysia, membentuk sebahagian penting daripada sejarah dan tradisi negara. Batik daripada pelbagai perspektif: 7 Sumber Imej: Google imej


Dalam masyarakat Malaysia, batik bukan sekadar sehelai kain, tetapi ia menjadi lambang warisan budaya yang dihargai dan dijunjung tinggi. Batik memainkan peranan sebagai lambang warisan budaya dalam kalangan masyarakat Malaysia. Batik bebagai identiti kebudayaan negara, batik merangkumi corak dan reka bentuk yang mencerminkan identiti kebudayaan Malaysia. Penggunaan batik dalam pakaian tradisional, upacara keagamaan, atau majlis rasmi menekankan kesan kebudayaan yang kuat dan memperkukuhkan perbezaan budaya Malaysia. Selain itu, batik adalah merupakan pemeliharaan tradisi iaitu amalan membuat batik secara tradisional merupakan warisan yang diwarisi dari generasi ke generasi. Aktiviti ini tidak hanya memastikan pemeliharaan kemahiran kraf tradisional, tetapi juga mengukuhkan rasa tanggungjawab terhadap warisan budaya. Batik juga dapat dilihat sebagai pertautan generasi dalam pembelajaran dan penghayatan dimana ia dapat membentuk jambatan antara generasi kini kepada generasi akan datang. Keterlibatan dalam proses membuat batik, sama ada melalui kursus atau aktiviti komuniti dapat membantu menyatukan masyarakat secara positif dan melestarikan tradisi keluarga. Masyarakat Malaysia melihat batik sebagai bentuk seni yang membolehkan ekspresi kreativiti. Beberapa seniman dan pereka batik menggabungkan elemen-elemen tradisional dengan inovasi kontemporari, mencipta karya seni yang menarik dan relevan dalam konteks masa kini. Batik adalah juga sebagai pengenalan kepada pelancong. Hal ini kerana, salah satu produk seni dan kraf yang sering dijadikan cenderahati atau dipamerkan kepada pelancong. Ini membantu menyebarkan keindahan dan keunikan budaya Malaysia ke peringkat antarabangsa, sambil mendorong pemahaman dan menghormati terhadap warisan seni tempatan. Melalui industri batik dapat nengukuhkan ekonomi tempatan. Ini kerana industri ini memberikan peluang ekonomi kepada banyak pengusaha kecil dan menengah. Peningkatan permintaan terhadap batik tempatan membantu memajukan ekonomi tempatan dan menyokong komuniti kraf tempatan. Dengan demikian, batik bukan sahaja menjadi lambang warisan budaya dalam masyarakat Malaysia, tetapi juga berperanan dalam membangun identiti kebudayaan, mengukuhkan hubungan antara generasi, dan memajukan ekonomi tempatan. 8


Batik diakui sebagai lambang warisan budaya Malaysia disebabkan oleh asal usul dan sejarahnya, ini kerana batik telah menjadi sebahagian daripada sejarah Malaysia sejak zaman purba. Pengaruh budaya dari pelbagai komuniti seperti Melayu, Cina, dan India menyatukan unsur-unsur unik dalam corak dan reka bentuk batik Malaysia. Meskipun berakar dalam tradisi, batik terus berkembang dengan adanya inovasi dalam reka bentuk dan teknik pembuatan. Ini menunjukkan kelanjutan warisan budaya sambil memastikan relevansi dalam konteks moden. Jelaslah, batik dianggap sebagai lambang warisan budaya Malaysia kerana kehadirannya yang mencerminkan sejarah, nilai seni, dan kepelbagaian budaya dalam masyarakat Malaysia. Ia tidak hanya menjadi kain berwarna-warni, tetapi juga merentasi dimensi seni, tradisi, dan identiti kebangsaan. Tradisi batik terus hidup dan diwarisi dari satu generasi ke generasi berikutnya. Batik adalah cara yang indah untuk memastikan bahawa warisan budaya Malaysia patut diteruskan dan dihargai. “Menurut Malaysia Gazatte (2023), Dalam setiap benang dan corak, identiti Malaysia bersinar sebagai penghormatan kepada masa lalu, budayanya dan semangat seni yang berkekekalan.” Imbas disini 9 Sumber: Malaysia Gazette Sumber: Akhbar Astro Awani Online Sumber : Google imej


Batik selalu dipandang rendah oleh masyarakat dan tidak diberikan perhatian istimewa kepadanya malahan ianya merupakan isi terpenting budaya kita yang telah lama diidentifikasikan sebagai identiti negara bangsa. Pemakaian batik yang berbeza secara meluas dalam kalangan masyarakat dapat menyumbang kepada identiti negara bangsa. Walaupun zaman telah berubah, namun batik boleh diselaraskan dengan fesyen semasa mengikut peredaran zaman dalam meletakan batik sebagai identiti negara. Dengan menggunakan pakaian batik juga, setiap budaya dapat dilihat dengan mudah. Pelbagai cara yang dapat memudahkan seseorang untuk mengidentifikasikan setiap budaya terutamanya dari segi pemakaian tradisionalnya. “Menurut Beh May Ting (2021), batik sukar dianggap sebagai baju tradisional.” Hal ini dikatakan demikian kerana dengan adanya pelbagai kaum dan adat di Malaysia, imej batik sebagai sesuatu budaya yang dikongsi dan tidak mempunyai batasan antara kaum dapat membentuk satu identiti kebangsaan Malaysia yang amat bermakna. Sebagaimana yang kita tahu, Malaysia sangat terkenal dengan penduduknya yang berbilang kaum, bangsa, budaya dan agama yang berbeza. Batik boleh dijadikan sebagai satu platform dimana ianya dapat menghubungkan satu bentuk perpaduan dalam kalangan masyarakat melalui pemakaian pakaian batik walaupun mereka juga mempunyai pakaian tradisional mereka yang tersendiri. Namun, setiap kaum di Malaysia tetap memakai pakaian batik tanpa menghiraukan latar belakang antara kaum. Imbas disini 10 Sumber: Google Imej Sumber: Laman Web KLFW BATIK MEMBEZAKAN IDENTITI NEGARA BANGSA


Masyarakat di Malaysia disarankan untuk mengenakan pakaian batik pada setiap hari khamis. Hal ini menyebabkan seluruh penjawat awam disarankan memakai pakaian batik pada hari tersebut. Berikutan dengan saranan kerajaan yang telah diisytiharkan oleh mantan Perdana Menteri yang ke-9. Saranan tersebut masih lagi diguna pakai walaupun sistem kerajaan pada ketika itu sudah bertukar tangan kepada system kerajaan baharu pada hari ini. Berikutan pengisytiharan tentang saranan pemakainan batik pada setiap hari khamis, ianya adalah bertujuan untuk meningkatkan lagi kesedaran masyarakat dalam membudayakan pakaian batik supaya lambang identiti negara bangsa lebih menonjol pada peringkat antarabangsa. Tambahan pula, pemakaian batik juga dapat memberikan pengetahuan kepada masyarakat tentang perbezaan batik di negara sendiri dengan reka bentuk batik di negara jiran. Tinjauan juga telah dilakukan di sekolah-sekolah menengah Cina tentang pemakaian batik dalam kalangan guru dan juga staf di sekolah tersebut. Melalui tinjauan tersebut, kebanyakkan staf dan juga guru –guru di sekolah tersebut memberi respon yang positif terhadap pemakaian batik untuk pergi ke tempat kerja. “Menurut Bernama (2023), batik ini adalah identiti Malaysia, tidak kisah bangsa dan kaum mana apabila mengenakan baju bercorak batik ianya akan menyatukan kita kerana itu adalah imej kita sebagai rakyat Malaysia," katanya yang bertugas di Unit Komunikasi Korporat (UKK) KPDN. ‘’Bagus langkah itu (mewajibkan pakaian batik Malaysia) kerana sebelum ini ada yang keliru dengan batik Malaysia dan batik negara lain (Vinod Mathialakan,2023).” Kebanyakkan guru dan juga staf sekolah jenis kebangsaan Cina menyukai pakaian-pakaian tradisional melayu lebih-lebih lagi baju kurung dan baju kurung kedah yang mempunyai unsur batik. Hal ini kerana batik dapat menambahkan kemanisan seorang guru dan yang paling penting adalah sebagai lambang perpaduan kaum dan sekali gus memupuk semangat nasionalisme antara mereka. Menurut Berita Harian (2023), seorang guru di Sekolah Kebangsaan Cina bernama Chung Hwa Wei Sin berkata "Lebih utama, batik adalah seni warisan negara dan lambang identiti rakyat Malaysia yang terdiri daripada masyarakat berbilang bangsa”. Tambahan pula beliau berkata, "Batik juga bukanlah asing bagi saya kerana saya berasal dari Terengganu. Sebelum cuba pakai batik, saya suka lihat orang lain pakai sebab cantik". 11 Sumber: Laman Web Kosmo


Reka bentuk batik Malaysia mempunyai identitinya yang tersendiri. Hal ini mungkin disebabkan oleh kepelbagaian budaya dan etnik di negara ini kepada perspektif artistiknya yang luas dan kumpulan orang yang sangat berbakat dalam industri fesyen. Melalui corak, warna, dan motifnya, "Batik Malaysia" benar-benar melambangkan warisan budaya negara ini dengan menggambarkan kepelbagaian, perpaduan, dan keindahan seni tradisional Malaysia. Dengan “konsep "1Malaysia", kerajaan Malaysia kini menyokong batik Malaysia sebagai pakaian kebangsaan kepada setiap lapisan masyarakat umum, dengan mempunyai pereka tempatan untuk menghasilkan rekaan batik baharu yang mencerminkan gagasan 1Malaysia (Malaysia Batik, 2023).” Hal ini secara tidak langsung dapat memupuk pemakaian batik dalam kalangan pelbagai bangsa walaupun mempunyai banyak perbezaan namun perkara ini juga akan memberikan kesan yang positif kepada pelajar tentang pemakaian batik. Dengan cara ini, generasi muda akan lebih menitikberatkan pemakaian batik dalam membentuk identiti negara di masa akan datang. Selain itu, setiap pelancong yang berkunjung ke negara Malaysia dengan mudah dapat membezakan setiap identiti negara Malaysia dengan negara lain yang mempunyai batik tersendiri melalui perbezaan corak pada pakaian batik yang ditonjolkan. Malaysia sering menggunakan elemen reka bentuk batik dan pakaian “batik sebenar” dalam pakaian dan aksesori negara kita. Sekitar tahun 1930, pengeluaran batik 'sebenar' bermula, dicop dengan lilin secara terus pada kain. Jauh sebelum pengeluaran ini dimulakan, batik khususnya dari Jawa telah dikenali dan digunakan di kawasan yang kini Malaysia. Hal ini terbukti bahawa batik telah diguna pakai untuk menunjukkan identiti negara dan bangsa dalam sesebuah negara. Batik Malaysia yang menggambarkan haiwan jarang berlaku kerana norma Islam melarang imej haiwan sebagai hiasan. Walau bagaimanapun, tema rama-rama adalah pengecualian biasa. Batik Malaysia juga terkenal dengan reka bentuk geometrinya, seperti lingkaran. Imbas disini 12 Sumber: Google Imej Sumber: Laman Web The Star


Batik juga digunakan secara lebih meluas dan bukan sahaja pada pakaian harian seperti pakaian di majlis formal, pakaian harian atau majlis keramaian tetapi ada juga masyarakat yang menggunakan batik sebagai alas meja, sarung cadar, selendang dan lain-lain dalam kehidupan harian. Kod pakaian etika bekerja juga telah berubah daripada masa ke masa yang diumumkan praktikal dan kemas dengan pemakaian tali leher dan pemaikaian sut yang diambil daripada warisan kolonial dan bukannya daripada sejarah pemakaian pakaian di Malaysia. Hal ini tidak berpatutan kerana Malaysia mempunyai suhu yang panas dan ianya sesuai dengan pakaian yang selesa seperti pakaian batik “Dengan adanya batik dan memperkasakan lagi batik kepada orang ramai, sudah pasti batik tidak akan ditelan zaman (Berita RTM, 2023).” Malah, identiti negara bangsa dapat dikekalkan dengan baik. ”Menurut Nur Atiesya (2021), Pada hakikatnya, batik ialah lambang kepada identiti bangsa melayu yang sememangnya perlu dibanggakan dan diraikan sepanjang masa merentasi zaman.” Oleh itu, batik dapat membezakan identiti negara bangsa bukan sahaja dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, malah kepada masyarakat di seluruh dunia. Batik adalah lambang identiti negara Malaysia yang sememangnya perlu dibanggakan kerana mempunyai kraftangan yang dapat menonjolkan identiti sesebuah negara dan bangsa. Batik amat penting kepada identiti negara Malaysia sehingga kerajaan telah menetapkan Hari Batik Malaysia yang berlangsung pada setiap tahun. Tambahan pula, selain batik digunakan dalam kehidupan harian, batik juga menjadi baju seragam kepada pramugari dan pramugara yang bekerja di Malaysia Airlines. Hal ini untuk memperkenalkan batik negara atau identiti negara Malaysia kepada penumpang-penumpang antarabangsa. Perkara ini dapat menunjukkan batik adalah sebagai identiti negara bangsa dengan perbezaan yang terdapat daripada corak batik negara jiran seperti Indonesia. Menurut Faris Danial Razi (2023), kebanyakannya memberi pendapat mahu Malaysia Airlines mengekalkan imej batik dan kebaya kerana ia melambangkan negara Malaysia. Imbas disini Imbas disini 13 Sumber: Google Imej Sumber: Google Imej Sumber: Google Imej


Batik merupakan salah satu saluran untuk mengukuhkan negara bangsa. Hal ini dikatakan demikian kerana gabungan unsur-unsur batik dari pelbagai budaya dan etnik di malaysia. Contohnya, corak dan motif yang digunakan sering mencerminkan unsur budaya Melayu, Cina, India, dan etnik-etnik. Ini memberi kesan yang mendalam dalam mengukuhkan identiti kebudayaan yang bersama. Menurut Sarah Arney (1987) dalam penulisan majalah beliau berjudul Malaysian BATIK: Creating New Traditions, menjelaskan bahawa pembuatan batik Malaysia di abad 20 telah memperlihatkan tradisi baru bangsa Malaysia yang menampilkan jenis dan motif batik yang menjadi simbol perpaduan kepada bangsa dan berupaya mengekalkan nilai sebenar untuk terus diwarisi serta digemari oleh masyarakat yang mendokongnya. Pentingnya batik sebagai saluran untuk mengukuhkan negara bangsa dapat dilihat melalui penggabungan unsur-unsur budaya yang berbeza dalam seni ini. Corak dan motif batik tidak terikat kepada satu kebudayaan sahaja, tetapi merangkumi unsur-unsur dari pelbagai etnik. Hal ini menciptakan satu identiti kebudayaan yang bersama, yang menggambarkan kesatuan dan perpaduan dalam masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa. Di Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, batik menjadi tali penghubung yang menyatukan semua lapisan masyarakat. Meskipun setiap kaum mempunyai pakaian tradisionalnya sendiri, batik dianggap sebagai satu bentuk pakaian kebangsaan yang dapat diidentifikasi oleh hampir semua orang Malaysia. Walaupun ada pandangan yang mengatakan bahawa batik mungkin ketinggalan zaman, namun realitinya, ia tetap relevan dan dihargai oleh generasi muda dan tua. Imbas disini 14 BATIK SEBAGAI PENGUKUH NEGARA BANGSA Sumber: Laman Web DetikEdu Sumber: Laman Web DetikEdu Sumber: Laman Web Selangorkini


Sebagai contoh, pemakaian batik pada hari Khamis mencerminkan satu bentuk penghargaan terhadap keindahan dan keunikan corak serta rekaan batik Malaysia yang telah diwarisi dari generasi ke generasi. Corak dan warna-warna yang kaya dalam batik mencerminkan kepelbagaian etnik dan kekayaan alam Malaysia. Sekiranya, masyarakat secara kolektif memilih untuk memakai batik pada hari Khamis, ianya akan menciptakan satu atmosfera di mana nilai-nilai perpaduan dan kebersamaan ditekankan. Amalan ini boleh dianggap sebagai satu bentuk penyatuan di kalangan masyarakat Malaysia, yang terdiri daripada pelbagai etnik, agama, dan latar belakang budaya. Pemakaian batik menjadi simbol yang bersatu, menyatukan rakyat dalam pelbagai perbezaan. Dengan kesedaran terhadap kepelbagaian budaya dan penekanan terhadap nilai-nilai perpaduan, pemakaian batik pada hari Khamis di Malaysia menjadi lebih daripada sekadar pilihan pakaian biasa. Ia adalah satu langkah menuju ke arah memperkukuh identiti kebangsaan, merangkul keunikan budaya, dan memupuk semangat kebersamaan di kalangan rakyat Malaysia. Dalam konteks perkembangan zaman, transformasi batik menjadi versi moden bagi mencerminkan adaptabilitinya terhadap trend fesyen semasa tanpa mengabaikan keunikan warisan budaya. Pencipta atau pengusaha batik moden sering menggabungkan unsur-unsur tradisional dengan corak serta warna yang lebih kontemporari, menciptakan karya seni yang menarik dan relevan. Ini bukan hanya satu bentuk inovasi seni, tetapi Juga satu cara untuk mengekalkan relevansi batik dalam persekitaran seni dan fesyen global yang sering berubah dengan cepat. Keunikan batik moden tidak hanya terletak pada penampilan visualnya, tetapi juga pada nilai-nilai sosial dan budayanya yang tersemat dalam setiap corak dan motif. Setiap elemen dalam corak batik sering kali mengandungi makna yang mendalam, menjadi cerminan sejarah, kepercayaan, dan nilainilai masyarakat yang menciptakannya. Dengan demikian, batik tidak sekadar menjadi pakaian atau karya seni visual, tetapi juga sebuah medium untuk menyampaikan warisan budaya dan nilainilai yang berkembang. Imbas disini Imbas disini 15 Sumber: Google Sumber: Berita Harian Sumber: Wikipedia


Penggunaan warna dalam batik tidak hanya mencipta estetika yang menarik tetapi juga merangkumi simbolisme budaya. Setiap warna dapat merujuk kepada aspek-aspek tertentu dalam kehidupan masyarakat, dan begitu juga bentuk geometri dan simbol-simbol yang terdapat dalam corak batik. Inilah yang membuat batik bukan hanya pakaian, tetapi juga suatu bentuk naratif visual yang menyampaikan cerita dan identiti budaya. Dengan menyelami kedalaman seni batik, kita dapat memahami bahawa batik bukan hanya sekadar fesyen atau seni visual, tetapi merupakan suatu warisan budaya yang hidup. Batik moden tidak hanya memenuhi kehendak fesyen semasa, tetapi juga menyumbang kepada pelestarian nilainilai budaya, sejarah, dan identiti masyarakat yang terkandung dalam setiap sentuhan seni batik. Keindahan batik dan keterlibatan unsur budaya dari pelbagai etnik memberikan batik peranan penting dalam membentuk dan mengukuhkan identiti kebudayaan Malaysia. Seni ini tidak hanya mencerminkan kepelbagaian budaya yang ada, tetapi juga menjadi medium untuk memahami dan menghargai keunikan etnik masing-masing. Dalam corak dan motif batik, tergambar cerita perpaduan dan toleransi dalam masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa. Dalam konteks masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama, batik menjadi simbol persatuan di tengah-tengah kepelbagaian. Festival dan acara seni yang menonjolkan kepelbagaian batik menjadi platform untuk masyarakat memahami dan menghargai warisan budaya Malaysia. Ini juga melibatkan keterlibatan aktif masyarakat dalam mewarisi dan menyebarkan seni batik kepada generasi akan datang. Sambutan “Hari Batik Malaysia” yang berlangsung saban tahun bersama-sama dengan penganjuran kempen "Ini Batik Malaysia" dilihat sebagai antara usaha permerkasaan industri kraf batik tempatan di negara kita selain sebagai usaha kerajaan dalam membudayakan pemakaian batik Malaysia dalam kalangan masyarakat. Pentingnya batik dalam merentas sempadan budaya dapat dilihat dari cara ia menjadi medium untuk merayakan perayaan kebudayaan bersama. Seterusnya, festival dan acara seni yang menonjolkan kepelbagaian batik menjadi platform untuk memahami dan menghargai warisan budaya Malaysia. Melalui persembahan batik, masyarakat dapat mengekspresikan rasa kebanggaan terhadap keunikan budaya mereka sambil memupuk perasaan persatuan di kalangan rakyat Malaysia. 16 Sumber: The Star Sumber: Sinar Harian Sumber: Google


Jelaslah bahawa batik juga memainkan peranan sebagai duta seni Malaysia yang dapat dihargai oleh masyarakat dunia. Keunikan dan keindahan batik adalah warisan berharga yang terus dijunjung tinggi, mencerminkan kekayaan budaya Malaysia yang patut dirakam dan dipromosikan di peringkat global. Sebagai penjalin perpaduan dan duta seni Malaysia, batik terus mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pusat kebudayaan yang kaya dan berbilang bangsa. Pertumbuhan teknologi dan peningkatan akses kepada internet turut menyumbang kepada populariti batik di arena global. Melalui platform digital, seniman batik dapat berkongsi karya mereka ke serata dunia bagi, menyebarkan keindahan dan makna di sebalik setiap corak batik. Ini membuka peluang untuk mempromosikan warisan seni Malaysia secara antarabangsa, menjadikan batik sebagai lambang seni Malaysia yang dikenali di seluruh dunia. Pentingnya batik dalam seni dan kebudayaan Malaysia juga dapat dilihat melalui peranan industri kreatif dalam mempromosikan dan menjana ekonomi. Pelbagai produk dan barang hiasan dari batik menjadi produk eksklusif dan diminati oleh penggemar seni dari dalam dan luar negara. Inisiatif pemasaran dan promosi produk batik juga telah memberi impak positif kepada perkembangan ekonomi kreatif Malaysia. Secara keseluruhannya, batik bukan hanya sekadar pakaian tradisional, tetapi juga merupakan lambang seni yang memainkan peranan penting dalam mengukuhkan identiti kebudayaan Malaysia. Dengan menggabungkan unsur-unsur budaya dari pelbagai etnik, batik menjadi medium yang kuat untuk menyatukan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa. Imbas disini 17 Sumber : Laman Web Jadi Batek


Batik merupakan sebuah karya seni tekstil yang kaya dengan sejarah dan keunikan, telah menjadi mercu kebanggaan bagi kebudayaan Malaysia. Kehadirannya bukan sekadar dalam bentuk kain berwarna-warni, tetapi melalui sentuhan kemanusiaan dan kreativiti warisan nenek moyang. Menerusi arus globalisasi yang pesat, usaha untuk memelihara dan memartabatkan warisan budaya ini telah menjadi satu misi penting, khususnya dalam konteks pembinaan negara bangsa Malaysia yang berbilang etnik. Pengisytiharan “Hari Batik Malaysia” merupakan salah satu inisiatif kerajaan bagi memupuk masyarakat berbilang kaum terhadap pemakaian batik. Yang Amat Berhormat (YAB) mantan Perdana Menteri yang ke-9, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob telah mengisytiharkan tarikh 3 Disember pada setiap tahun sebagai Hari Batik Malaysia. Menurut beliau, pemilihan tarikh tersebut adalah sebagai penghargaan atas segala sokongan dan usaha yang telah disumbangkan oleh Allahyarhamah Tun Datin Paduka Seri Endon Mahmod, iaitu isteri kepada mantan Perdana Menteri yang kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Hal ini berikutan dengan kejadian pada beberapa tahun lalu iaitu “Pada 3 Disember 2003, Allahyarhamah telah memulakan sebuah gerakan Malaysia Batik – Crafted for the World, untuk membawa batik tempatan ke arena antarabangsa.” Melalui dasar-dasar yang dirangka serta inisiatif yang teliti, Malaysia telah berjaya mengekalkan kedudukan batik sebagai lambang kebanggaan kebudayaan negara. Dasar ini tidak hanya berkisar pada penggunaan batik dalam fesyen, tetapi juga mempromosikan aspek seni, keusahawanan, dan peluang ekonomi dalam industri kreatif. Oleh sebab itu, Kerajaan perlulah memainkan peranan yang penting untuk memartabatkan batik dalam membantu pembinaan negara bangsa di Malaysia. Di Malaysia, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) merupakan agensi yang bertanggungjawab dalam memperkenalkan industri kreatif seperti perusahaan batik. Malah, MOTAC juga banyak memainkan peranan dalam menjaga warisan kesenian negara yang tidak ternilai ini agar tidak lupakan oleh masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Imbas disini Sumber: Google Imej Sumber: Laman Web JendelaDBP 18 PEMERKASAAN BATIK DEMI NEGARA BANGSA OLEH KERAJAAN


Pengisyitiharan “Hari Batik Malaysia” ini bukan sahaja satu perayaan semata-mata, tetapi juga satu inisiatif strategik yang memperlihatkan komitmen kerajaan dalam mengangkat dan menyemarakkan penggunaan batik sebagai simbol kebanggaan kebudayaan negara. Pengisytiharan ini memberikan dimensi yang lebih luas dan mendalam, dengan memberi tumpuan kepada penyatuan identiti kebangsaan melalui aspek kemanusiaan yang terkandung dalam seni "Batik Malaysia" tersendiri. Dengan adanya perisytiharan Hari Batik Malaysia, diharapkan akan tercipta satu momentum yang positif dalam mengapresiasi keindahan warisan budaya ini. Langkah ini menjadi landasan untuk memperkukuhkan nilai-nilai kebangsaan serta mengukuhkan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia. Perisytiharan tersebut membawa harapan kepada semua warga negara untuk tidak hanya melihat batik sebagai kain berwarna-warni, tetapi sebagai warisan yang menyanjungi keunikan identiti Malaysia yang patut dijaga dan dipelihara sebagai satu aset berharga dalam membina sebuah negara bangsa yang teguh dan bersatu padu. Kerajaan menggariskan satu titik permulaan yang penting untuk menyemarakkan semangat masyarakat Malaysia dalam menghargai dan mengamalkan pemakaian batik. Ia merupakan panggilan kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang kaum untuk membawa batik ke dalam kehidupan harian sebagai lambang kesatuan dan identiti kebangsaan. Usaha ini bukan sahaja memberi pengiktirafan terhadap keindahan warisan seni tradisional, malah ia juga dianggap sebagai kekuatan bersama yang mewarnai keharmonian dalam masyarakat Malaysia yang berbilang etnik. . Sumber: Laman Facebook Kraftangan Malaysia “ Potrait YAB Perdana Menteri ke-10 yang bermotifkan Batik”” Sumber: Laman Facebook Kraftangan Malaysia “ Lawatan YAB Perdana Menteri ke- 10 di Booth Batik Sempena Hari Batik Malaysia 2023” 19


Dalam menggerakkan usaha memartabatkan penggunaan batik di kalangan masyarakat, kerajaan telah melancarkan kempen berprestij yang diberi nama "Ini Batik Malaysia". Kempen ini bukan sahaja satu bentuk langkah pemasaran, tetapi juga satu langkah strategik yang menekankan kepentingan dalam memperkukuhkan industri kreatif kraf batik tempatan serta memupuk kesedaran akan pentingnya memelihara warisan seni budaya negara. Melalui usaha ini, kerajaan tidak hanya berperanan sebagai pemangkin dalam memajukan industri batik, tetapi juga sebagai pelopor dalam membudayakan pemakaian batik Malaysia di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Keperluan kempen ini adalah amat penting kerana ancaman terhadap keunikan batik Malaysia berlaku dengan cepat melalui arus kemodenan ini. Dalam konteks globalisasi, terdapat kecenderungan yang mendukacitakan di mana pengusaha dari negara jiran seringkali menciplak rekaan dan motif batik tempatan untuk produk keluaran mereka. Usaha pemerkasaan industri kraf batik tempatan adalah satu strategi proaktif untuk melindungi dan memastikan kelestarian warisan kraf yang telah menjadi identiti unik Malaysia. Kempen "Ini Batik Malaysia" menjadi panggilan kepada masyarakat untuk menghargai, mengguna, dan menyangjungi warisan seni ini sebagai satu aset berharga bagi pembinaan identiti negara. Langkah ini juga memberi penekanan kepada kepentingan menjaga keaslian rekaan dan motif batik Malaysia sebagai sebahagian daripada kekayaan budaya yang memperkukuhkan kepelbagaian identiti kebangsaan. Diharapkan, melalui kempen ini, kesedaran dan penghargaan terhadap keunikan batik Malaysia dapat ditingkatkan, membentuk satu masyarakat yang lebih prihatin dan aktif dalam memelihara warisan seni yang berharga ini. Sumber: Laman Facebook Institut Kraftangan Negara Sumber: Laman Facebook Kraftangan Malaysia Sumber: Laman Facebook Kraftangan Malaysia 20


Kempen "Ini Batik Malaysia" dan pengisytiharan "Hari Batik Malaysia" turut terdapat nilai-nilai kepelbagaian budaya dalam identiti negara. Dengan menggalakkan penggunaan batik dalam kalangan semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang kaum, usaha ini menjurus kepada kesedaran akan kepelbagaian sebagai aset penting yang memperkukuhkan keharmonian sosial. Ia menekankan perlunya penghargaan terhadap warisan budaya dari pelbagai etnik sebagai asas kepada pembentukan identiti kebangsaan yang inklusif. Sungguhpun kerajaan bertanggungjawab dalam memperkenalkan seni warisan batik ini kepada masyarakat yang berbilang kaum, pengusahapengusaha batik juga perlu memainkan peranan yang penting dalam memperluaskan lagi legasi batik ini dalam kalangan masyarakat tempatan. Oleh sebab itu, usaha-usaha memartabatkan batik di Malaysia bukan hanya sekadar untuk memperkukuhkan identiti kebudayaan negara, tetapi juga sebagai satu langkah strategik dalam membina negara bangsa yang bersatu padu dalam kepelbagaian. Ia menegaskan bahawa kebudayaan adalah elemen penting yang mampu menyatukan masyarakat pelbagai kaum dalam menyumbang kepada pembentukan identiti kebangsaan yang kaya dengan nilai-nilai kepelbagaian. Kesimpulannya, usaha kerajaan dalam memartabatkan batik dalam membantu pembinaan negara bangsa amat sesuai dengan konsep Keluarga Malaysia apabila semua rakyat Malaysia yang berlainan kaum bersama-sama menggayakan keunikan dan keindahan seni warisan tempatan melalui pemakaian batik tempatan. Oleh itu, “kita mesti bangga dengan identiti kita sendiri (Nik Nazmi, 2023).” Pemerkasaan industri kraf batik tempatan di negara merupakan salah satu strategi kerajaan untuk membudayakan pakaian batik Malaysia dalam kalangan masyarakat tempatan. Kempen yang telah dijalankan oleh kerajaan adalah sangat penting untuk diketengahkan. Hal ini berikutan dengan isu terdapat kecenderungan pengusaha dari negara jiran menciplak atau meniru rekaan serta motif Batik Malaysia. Menurut Encik Khairizal,36 tahun (2023) Pengusaha batik di Teratak Seni Kreatif, beliau berpendapat bahawa kerajaan sememangnya wajar mengadakan program seperti “Ini Batik Malaysia” agar masyarakat lebih terbuka dengan pemakaian batik Malaysia walaupun pada asalnya revolusi batik bermula dari negara jiran iaitu dari Indonesia. Meskipun begitu, batik Malaysia mempunyai motifnya yang tersendiri dan jauh berbeza dari motif yang digunakan untuk menghasilkan batik Indonesia. Disamping usaha kerajaan memperkenalkan batik, beliau juga turut membuka ruang kepada masyarakat yang berbilang kaum untuk menyertai kelas membuat batik serta memperkenalkan jenis-jenis batik yang terdapat di Malaysia. Imbas disini Sumber: Laman Facebook Kraftangtan Malaysia 21


21 RUJUKAN


Imbas untuk Layari Laman Sesawang Rujukan Diatas 22


“BATIK KITA, SENI WARISAN KITA”


Click to View FlipBook Version