The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KERJA KURSUS PROSEDUR PENGURUSAN TINGKAH LAKU (2)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by soffiaridzuan0305, 2022-10-18 14:23:38

KERJA KURSUS PROSEDUR PENGURUSAN TINGKAH LAKU (2)

KERJA KURSUS PROSEDUR PENGURUSAN TINGKAH LAKU (2)

langkah-langkah
pelaksanaan
prosedur

pengurusan tingkah
laku MBPK

KERJA KURSUS PENGHASILAN PRODUK
PKUK3193 PENGURUSAN TINGKAH LAKU
MURID BERKEPERLUAN PENDIDIKAN KHAS

NAMA : NURIN IRDINA BINTI NAMA : ARMEYANZA BIN SAINI NAMA : SITI SOFFIA BINTI MOHD
NAZARUDDIN RIDZUAN
ANGKA GILIRAN : 2021012340152
ANGKA GILIRAN : 2021012340140 ANGKA GILIRAN: 2021012340161
NO. MATRIK : P21014755
NO. MATRIK : P21014712 NO. MATRIK: P21014738
NO. IC : 031008150014
NO. IC : 020129120301 NO. IC: 030530090072

DISEDIAKAN OLEH UNIT/KUMPULAN : PISMP PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN

KOD DAN NAMA KURSUS: PKUK3193 PENGURUSAN TINGKAH LAKU MURID BERKEPERLUAN PENDIDIKAN KHAS

NAMA PENSYARAH: DR LIONG KON THAI

TARIKH PENGHANTARAN: 12 OKTOBER 2022

ISI KANDUNGAN

PENGENALAN MENGENAL PASTI DAN

01 MEMILIH TINGKAH

LAKU SASARAN

02 MENGUMPUL 03 MENGENAL PASTI DAN
DAN MEREKOD MENENTUKAN

DATA BASELINE PENEGUHAN

ISI KANDUNGAN

MERANCANG 05 MELAKSANAKAN

04 PROGRAM PROGRAM INTERVENSI

INTERVENSI 07 MENILAI
KEBERKESANAN
06 MEREKOD DATA
INTERVENSI
INTERVENSI

ISI KANDUNGAN

KESIMPULAN SENARAI RUJUKAN

MENGAMUK

PENGENALAN

PENGENALAN

Tingkah laku mengamuk kebiasaannya dikaitkan dengan Murid Berkeperluan
Pendidikan Khas (MBPK) yang mengalami autisme. Menurut Ulvi (2019), tingkah laku
mengamuk kanak-kanak autisme sering disebut dengan istilah “tantrum”. Tingkah
laku mengamuk MBPK berupaya memberi risiko kepada dirinya dan orang di
sekelilingnya. Kanak-kanak autisme akan mengamuk sehingga membawa kepada
cubaan mencederakan diri sendiri dan orang lain sekiranya tidak dapat ditangani
(Salmihah Che Mud et al., 2021). Oleh itu, kami telah menghasilkan bahan
bermaklumat mengenai langkah-langkah pelaksanaan prosedur pengurusan tingkah
laku mengamuk. Prosedur pelaksanaan pengurusan tingkah laku mengamuk terdiri
daripada tujuh langkah.

01

MENGENAL PASTI DAN
MEMILIH TINGKAH
LAKU SASARAN

MENGENAL PASTI DAN MEMILIH TINGKAH LAKU SASARAN

Dalam proses mengubah tingkah laku, Tingkah laku
langkah pertama adalah guru perlu sasaran
mengenal pasti tingkah laku sasaran.
Tingkah laku sasaran merupakan tingkah Tingkah laku
laku yang berada pada tahap yang serius mengamuk :
dan telah dipilih untuk diberi keutamaan memukul diri
dalam proses pengurusan tingkah laku.
Guru hanya perlu memilih satu tingkah sendiri
laku sasaran pada satu-satu masa.

Membahayakan Mengganggu Menyebabkan murid lain
diri dan orang pembelajaran mengelakkan diri dari berinteraksi
lain
dengan dirinya

Tingkah laku sasaran Guru perlu memilih tingkah laku yang
yang dipilih perlulah.. sememangnya mendatangkan banyak
keburukan kepada MBPK. Tingkah laku
mengamuk telah menyebabkan MBPK
membahayakan dirinya dan orang yang
berada di sekelilingnya, mengganggu
pembelajaran serta menyebabkan murid
lain tidak ingin berinteraksi dengannya.

Sebelum memilih tingkah laku mengamuk sebagai tingkah laku
sasaran, guru juga perlu menganalisis sama ada tingkah laku
mengamuk merupakan tingkah laku yang wajar dipilih sebagai
tingkah laku sasaran atau tidak.

Guru perlulah menganalisis tingkah Jangka masa
laku sasaran berdasarkan : berlaku

Jumlah Jenis tingkah
keseluruhan laku
tingkah laku

Kekerapan Tahap
tingkah laku keterukan

02

MENGUMPUL
DAN MEREKOD
DATA BASELINE

MENGUMPUL DAN MEREKOD DATA

Selepas mengenal pasti tingkah laku sasaran
iaitu tingkah laku mengamuk, guru perlu
mengumpul maklumat tentang tingkah laku
mengamuk yang ditunjukkan oleh MBPK
sebelum melaksanakan program pengurusan
tingkah laku. Maklumat atau data yang
terkumpul ini dikenali sebagai ”baseline data”.

Mengetahui jumlah Tujuan Mengetahui bila
tingkah laku pengumpulan tingkah laku
mengamuk yang “baseline data” mengamuk banyak
dilakukan dalam sehari berlaku

Mengetahui sama ada Mengetahui
tingkah laku sebab-sebab
mengamuk memiliki berlakunya tingkah
corak atau pola laku mengamuk
tertentu

MENGUMPUL dAN MEREKOD DATA

Guru perlu konsisten Guru boleh - Rekod anekdot
dalam mengumpul dan menggunakan
merekod data baseline kaedah pemerhatian - Rekod naratif
untuk mengumpul
agar maklumat yang maklumat atau data - Rekod naratif berterusan
direkodkan adalah dan maklumat direkod
relevan dengan tingkah melalui teknik-teknik - Rekod kejadian (Event
Recording)
laku mengamuk berikut :
- Rekod kekerapan

- Rekod jangka masa
(Duration)

- Rekod had masa
(Interval)

- Rekod sampel masa

MENGUMPUL dAN MEREKOD DATA

● Antara semua teknik yang telah disenaraikan, APA ITU REKOD ANEKDOT?
teknik yang paling sesuai untuk guru Rekod anekdot adalah satu catatan
mengumpul dan merekod data adalah dengan ringkas yang menerangkan tentang
menggunakan rekod anekdot sesuatu peristiwa yang berlaku
kepada murid

Rekod anekdot sesuai kerana ia berkesan dalam membantu guru mendapatkan
maklumat tentang tingkah laku yang ingin diubah. Menurut Kartigesan (2021),
tingkah laku sukar untuk direkod, dianalisis serta tidak sesuai dirumuskan
menggunakan kajian berbentuk saintifik dan pakar pendidikan awal
kanak-kanak berpendapat bahawa rekod anekdot adalah satu cara yang
efektif untuk mengesan dan memberi gambaran yang sebenar tentang
masalah tingkah laku kanak-kanak. Justeru, rekod anekdot sememangnya
sesuai untuk guru gunakan dalam merekod data.

CONTOH REKOD
ANEKDOT



03

MENGENAL
PASTI DAN
MENENTUKAN
PENEGUHAN

PENEGUHAN

Guru hendaklah mengenalpasti dan menentukan jenis peneguhan yang sesuai untuk
mengurangkan masalah tingkah laku mengamuk MBPK. Hal ini dikatakan demikian kerana
peneguhan merupakan suatu kaedah yang berfungsi untuk mengukuhkan tingkah laku
baik MBPK dan mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini.

JENIS PENEGUHAN

POSITIF NEGATIF

JENIS PENEGUHAN

Peneguhan Negatif:- Peneguhan Positif:-
● Peneguhan ini boleh diberikan kepada MBPK ● Peneguhan ini boleh diberikan kepada MBPK
yang menunjukkan tingkah laku mengamuk di yang berjaya mengawal emosi dengan baik.
dalam kelas. ● Murid boleh diberikan pujian, motivasi dan
● Contohnya, murid diberikan teguran dan denda ganjaran ketika mempunyai kawalan kendiri
seperti time out ketika murid menunjukkan dan menunjukkan tingkah laku yang diingini
tingkah laku mengamuk yang menganggu ketika di dalam kelas.
kelancaran Pengajaran dan Pembelajaran ● Hal ini bertujuan untuk mengukuhkan tingkah
(PdP). laku baik murid dan memberikan sokongan
● Hal ini bertujuan untuk mengurangkan masalah motivasi untuk MBPK melazimkan tingkah laku
tingkah laku mengamuk serta memberikan positif dengan tidak mengamuk.
pengajaran kepada MBPK.

04

MERANCANG
PROGRAM
INTERVENSI

MERANCANG INTERVENSI

Guru perlu bijak merancang Guru boleh merancang program
program intervensi ke atas MBPK
yang mempunyai masalah intervensi yang sesuai dengan
tingkah laku mengamuk.
melibatkan domain bagi

membantu meningkatkan

perkembangan MBPK.

Intervensi ini penting untuk

memastikan murid mendapat

latihan, pendidikan, dan sokongan

fizikal atau mental yang akan

mempengaruhi perkembangan

tingkah laku dan kelancaran proses

pembelajaran.

KAEDAH PENGASINGAN

Antara intervensi yang boleh Kaedah pengasingan merupakan
dilaksanakan ke atas masalah intervensi yang sesuai kerana
tingkah laku mengamuk adalah mampu merangsang domain sosial
melalui pengasingan seperti dan emosi melalui cara mengawal
Snoezelen Box (Syahida Nordin et emosi, bahasa dan komunikasi
al., 2020). antara MBPK dan guru serta
perkembangan domain tingkah
Kaedah pengasingan hendaklah laku MBPK.
dijalankan selama beberapa
bulan. Contohnya, guru boleh
membuat Perancangan Pendidikan
Individu (RPI) selama 3 bulan
untuk melihat hasil intervensi sama
ada kaedah pengasingan mampu
mengurangkan masalah tingkah
laku mengamuk MBPK ataupun
tidak.

05

MELAKSANAKAN
PROGRAM INTERVENSI

PENGASINGAN

PROSEDUR KAEDAH PENGASINGAN: 5W 1H

SIAPA:
MBPK yang menunjukkan tingkah laku mengamuk.

APA:
MBPK yang mengamuk perlu diasingkan daripada murid
yang lain agar tidak mengganggu proses pengajaran dan
pembelajaran.

DI MANA:
MBPK hendaklah diasingkan di tempat yang selamat seperti
Snoezelen Box ataupun ruang yang boleh dipantau oleh
guru.

BILA:
Murid diasingkan selama 5 hingga 7 minit sahaja.

PENGASINGAN BAGAIMANA:

KENAPA: Guru perlu melakukan intervensi ini secara
berperingkat dan berfasa agar MBPK dapat
Hal ini bertujuan untuk memberikan masa melazimkan teknik kawalan emosi.
bagi MBPK menenangkan emosi dengan
menarik nafas panjang sebanyak 3 kali
untuk membantu oksigen sampai ke otak
(Kannamah Mottan, 2019).

PENGASINGAN

Fasa Pra Intervensi
● Guru hendaklah menenangkan MBPK yang mengamuk dengan memberikan peneguhan negatif iaitu teguran
terlebih dahulu.
● Jika tidak berjaya, guru boleh menjalankan intervensi pengasingan

Fasa Intervensi
● Guru mengasingkan murid di tempat yang sesuai dan boleh dilihat.
● Membiarkan murid menenangkan diri selama 3 hingga 7 minit.
● Jangkaan masa tersebut akan membosan MBPK untuk terus bertingkah laku mengamuk menyebabkan murid
mampu bertenang dan lebih peka terhadap persekitaran.

Fasa Selepas Intervensi
● Setelah murid menenangkan diri, guru hendaklah berkomunikasi dengan MBPK dengan menjelaskan akibat dan
kesan jika dia terus melakukan tingkah laku mengamuk.
● Murid akan diberikan peneguhan positif iaitu ganjaran seperti sticker kerana berjaya mengawal emosi dengan baik.
● Secara tidak langsung, murid akan lebih bermotivasi untuk menunjukkan tingkah laku yang diingini dengan
mengawal perasan.

06

MEREKOD DATA
INTERVENSI

Merekod data intervensi

Setelah melaksanakan program intervensi menggunakan kaedah pengasingan
terhadap MBPK yang mempunyai masalah tingkah laku mengamuk, guru perlu
merekod data intervensi. Di mana guru boleh menggunakan beberapa teknik iaitu
graf, jadual, carta, naratif, kekerapan dan lain-lain bagi merekod data intervensi.
Oleh itu, guru dicadangkan untuk memilih kaedah graf bagi melihat perubahan
tingkah laku mengamuk MBPK selepas intervensi dilaksanakan.

Hal ini kerana graf dapat menunjukkan data dan maklumat dalam bentuk kuantiti
yang mudah untuk dibandingkan dengan data baseline yang telah direkod sebelum
intervensi dilaksanakan. Berdasarkan graf yang dihasilkan, guru boleh melihat sama
ada kekerapan tingkah laku mengamuk MBPK berkurang atau tidak setelah
menggunakan kaedah pengasingan.

CONTOH graf intervensi

PENERANGAN GRAF INTERVENSI

Berdasarkan rajah di atas, dapat dilihat bahawa berlaku penurunan tingkah laku
mengamuk secara konsisten apabila intervensi menggunakan kaedah pengasingan
dilaksanakan. Graf menunjukkan berlakunya penurunan tingkah laku mengamuk
dan emosi mencabar sebanyak 41.0% selepas pelaksanaan kaedah pengasingan
kepada MBPK selama 10 bulan (Syahida Nordin et al., 2020).

07

MENILAI
KEBERKESANAN

INTERVENSI

Penilaian keberkesanan intervensi

Melalui perekodan data intervensi yang dilakukan ini, kita dapat melihat data yang diperoleh
sangat jelas menggunakan kaedah graf, guru akan lebih mudah untuk melihat sebarang
perubahan ataupun keberkesanan intervensi yang dijalankan iaitu teknik pengasingan.
Berdasarkan data yang terdapat di dalam graf, guru boleh menentukan sama ada intervensi
tersebut berjaya mengawal tingkah laku mengamuk MBPK ataupun tidak. Guru juga dapat
membuat satu refleksi dengan melakukan perbandingan antara baseline data sebelum (pra
intervensi) dan selepas intervensi (pasca intervensi) dilakukan.

Dalam tempoh pelaksanaan program intervensi tersebut, keberkesanan program amatlah
dititikberatkan untuk memastikan guru dapat menjalankan satu program intervensi yang boleh
mengawal tingkah laku mengamuk murid. Jika program ini tidak menunjukkan sebarang
perubahan positif, maka guru perlulah mengulangi program intervensi tersebut atau memilih
intervensi lain yang lebih sesuai untuk memodifikasikan tingkah laku yang disasarkan.

KESIMPULAN

KESIMPULAN

Kesimpulannya, masalah tingkah laku mengamuk MBPK hendaklah diberikan
pengurusan mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Sebagai bakal guru pendidikan
khas, prosedur pelaksanaan pengurusan tingkah laku perlulah difahami dengan
sebaiknya sebagai persediaan untuk menangani MBPK yang mempunyai masalah
tingkah laku mengamuk.

SENARAI
RUJUKAN

Kannamah Mottan (2019). Intervensi awal dalam pendidikan khas. Perak: Universiti
Pendidikan Sultan Idris.

Kartigesan, M. V. (2021). Mengenal pasti tingkah laku kanak-kanak melalui catatan
anekdot : kajian kes di prasekolah. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 19(1), 91-118.

Liong, K. T. (2022). [Nota Kuliah]. Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi
(JPPI), Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau.

Salmihah Che Mud, Fariza Md Sham, & Manisah Mohd Ali. (2021). Kaedah
pengawalan tingkah laku bagi anak mengalami Autisme: Controlling methods of
tantrum behaviour for children with Autism. Al-Irsyad: Journal of Islamic and
Contemporary Issues, 6(2), 733-744.
https://doi.org/10.53840/alirsyad.v6i2.228

Syahida Nordin, Hazahamima Miskam, Siti Hawa Togimin, & Mohd Syazwan Zainald
(2020). The use of snoezelen box in handling challenging behaviors learning
disabilities students in the classroom. Social Sciences, Education and Humanities
(GCSSSEH), 4, 396-404. https://doi.org/10.32698/GCS-04317

Ulvi Kholipah Alfazri. (2019). Identifikasi perilaku tantrum dan sensory meltdown anak
autis berdasarkan behavioral assessment di SLB Autisma Dian Amanah. Jurnal
Widia Ortodidaktika, 8(9), 971-982.

TERIMA
KASIH


Click to View FlipBook Version