The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NURUL ANIS SABRINA BINTI FAZLI (BM6)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NURUL ANIS SABRINA BINTI FAZLI IPG-Pelajar, 2024-03-07 00:55:57

BUKU LOG PENGAKAP

NURUL ANIS SABRINA BINTI FAZLI (BM6)

BUKU LOG PENGAKAP BUKU LOG PENGAKAP


1.BIODATA DIRI 2. MAKLUMAT PENGENALAN UNIT, LAMBANG, BENDERA, COGAN KATA/MOTO, IKRAR DAN LAGU UNIT 3. PERLEMBAGAAN/UNDANG-UNDANG, PENGASAS, SEJARAH PENUBUHAN, TUJUAN PENUBUHAN DAN ISTIADAT RASMI 4. STRUKTUR ORGANISASI PELBAGAI PERINGKAT 5. PENGURUSAN KEAHLIAN, PAKAIAN SERAGAM DAN PANGKAT/LENCANA KEMAHIRAN 6. LAPORAN PERJUMPAAN AKTIVITI ISI KAND UNGAN


NAMA NURUL ANIS SABRINA BINTI FAZLI UNIT BAHASA MELAYU 6 ANGKA GILIRAN 2021082340426 AMBILAN JUN 2021/2026 IPG KAMPUS IPGM KAMPUS KOTA BHARU NO. TELEFON 019-3127315 NAMA PENSYARAH TN. HJ. MOHAMAD SHUKRI BIN MAT YAACOB B IO DATA D I R I


MAKLUMAT PENGENALAN UNIT, LAMBANG, BENDERA, COGAN KATA/MOTO, IKRAR DAN LAGU UNIT


Pengakap APA ITU PENGAKAP ? Satu program/aktiviti penuh dengan cabaran dan keseronokan untuk melatih golongan muda remaja. Satu pergerakan belia bertaraf antarabangsa dan tertua di dunia. Satu pertubuhan sukarela, bebas dari politik, dan terbuka kepada semua tapa mengira asal usul bangsa dan kepercayaan agama selaras dengan tujuan, prinsip, dan kaedah kepengakapan (scout method). Berdasarkan kepada Persetiaan dan Undang-undang Pengakap


Pengakap Tertakluk kepada Akta Parlimen - Akta 784, Akta Persekutuan Pengakappengakap Malaysia (Di-Semak 2016) dahulu dikenali sebagai Akta 38 (1968) , Akta 143 (1974) dan Aka 409 (1989) dan Dasar Pertubuhan Peraturan (P.O.R.) Melatih golongan belia (muda remaja) dengan sokongan daripada sumber dewasa


Pengakap Berpengakap bermaksud penglibatan diri dalam pergerakan atau pertubuhan Pengakap secara sukarela, bebas daripada politik untuk melatih generasi muda Penglibatan atau penyertaan sama ada dalam kumpulan yang ditaja atau kumpulan terbuka tapa mengira asal usul, bangsa dan kepercayaan agama


Pengakap LAMBANG PENGAKAP PERSATUAN PENGAKAP SEDUNIA


Pengakap Pecahan tiga kelompok : melambangkan Persetiaan Pengakap Pengakap iaitu 1.Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara. 2.Menolong orang setiap masa. 3.Menurut udang-undang pengakap. Dua buah bintang pecah lima berwarna ungu pada kelopak kiri dan kanan : melambangkan sepuluh undang-undang pengakap Ikatan buku sila berwarna putih : menunjukkan ikatan persaudaraan pengakap sedunia Lingkaran tali berwarna putih : melambangkan perpaduan rakyat Malaysia dan persaudaraan pengakap sedunia Warna ungu : warna Biro Pengakap Sedunia Warna putih : warna kesucian dan kebersihan


Pengakap LAMBANG PENGAKAP PERSATUAN PENGAKAP MALAYSIA


Pengakap Pecahan tiga kelompok : melambangkan Persetiaan Pengakap Pengakap iaitu 1.Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara. 2.Menolong orang setiap masa. 3.Menurut udang-undang pengakap. Warna kuning, hijau dan merah : melambangkan unit-unit Pengakap: Kuning bagi Unit Pengakap Kanak-kanak, Hijau bagi Unit Pengakap Muda, Merah bagi Unit Pengakap Remaja. Dua buah bintang pecah lima berwarna hijau pada kelopak kiri & kanan : Melambangkan undang-undang pengakap. Ikatan hijau : menujukkan ikatan persaudaraan pengakap.


Pengakap Lingkaran tali berwarna kuning : melambangkan perpaduan rakyat Malaysia dan persaudaraan pengakap sedunia. Anak bulan dan bintang : menunjukkan agama rasmi Malaysia iaitu agama Islam. Warna kuning pada anak bulan & bintang : menunjukkan warna Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia RajaRaja. Bintang pecah 14 (warna kuning) : melambangkan 14 buah negeri termasuk Wilayah Persekutuan yang terkandung di dalam Malaysia.


Pengakap BENDERA PENGAKAP


Pengakap Bendera Persekutuan Pengakap Malaysia telah mula diperkenalkan sejak pendaftarannya dengan Biro Antarabangsa Pengakap dan dengan sedikit perubahan ia digunakan sehinggalah sekarang. Rupa bentuk pembuatannya adalah hasil gabungan Bendera Malaysia dan lambang Persekutuan. Keseluruhan bendera tidak termasuk Bendera Malaysia dan Lambang Persekutuan adalah berwarna hijau gelap.


Pengakap Bendera Persekutuan berukuran 183 cm panjang dan 91.5 cm lebar. Bendera-bendera ini dikibarkan di semua Ibu Pejabat, Pusat/Institut Latihan dan Pasukan-Pasukan Persekutuan. Bendera ini dikibarkan setiap hari mulai jam 08.00 sehinggalah 18.30 mengikut tatacara dan penghormatan tertentu.


Pengakap PENGAKAP KANAK-KANAK "BUAT SEHABIS BAIK" PENGAKAP MUDA "SELALU SEDIA" PENGAKAP REMAJA "PANDANG LUAS" PENGAKAP KELANA "BERKHIDMAT" COGAN KATA / MOTO PENGAKAP


Pengakap PERSETIAAN PENGAKAP Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia dengan seberapa daya upaya saya akan Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara, Menolong orang pada setiap masa, Menurut undang-undang pengakap


Pengakap Kami Pengakap Malaysia Harapan nusa dan bangsa Berikrar setia Pada pertiwi tercinta Melatih generasi muda Menjadi insan yang berguna Persetiaan pengakap Teras dipegang bersama Menolong orang setiap masa Menabur bakti di mana sahaja Demi Tuhan, Raja dan negara Berbudi, bersaudara Taat, menurut perintah Kami bangga junjung cita-cita Pengakap Malaysia Kami bangga junjung cita-cita Pengakap, Pengakap Malaysia LAGU RASMI PENGAKAP


PERLEMBAGAAN/ UNDANG-UNDANG, PENGASAS, SEJARAH PENUBUHAN, TUJUAN PENUBUHAN DAN ISTIADAT RASMI


Pengakap UNDANG-UNDANG PENGAKAP Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya. 1. Pengakap adalah seorang taat kepada Yang Dipertuan Agong, kepada Rajanya, Negaranya, Pemimpin-pemimpin pengakapnya, Ibu bapanya, Orang-orang di atas & Orang-orang dibawahnya. 2. Pengakap wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa. 3. Pengakap itu sahabat kepada sekalian dan saudara kepada lainlain pengakap walau apa negeri, pangkat dan agama sekalipun. 4.


Pengakap UNDANG-UNDANG PENGAKAP 5. Pengakap itu baik dan kasih kepada segala binatang. 6. Pengakap itu seorang yang sentiasa menurut perintah & suruhan ibu bapanya, kepada patrolnya atau pemimpin pengakapnya dengan tiada apa-apa soalan. 7. Pengakap itu seorang yang sentiasa bersabar dan manis mukanya dalam kesusahan. 8. Pengakap itu pandai berjimat cermat 9. Pengakap itu bersih & suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya


Pengakap SEJARAH PENGASAS PENGAKAP DUNIA Lord Baden-Powell juga dikenali sebagai "BP" dilahirkan pada 22 Februari 1857 di Hyde Park, London. Bapanya, Reverend H.H. Baden-Powell merupakan seorang pensyarah di Universiti Oxford, London. Manakala ibunya pula adalah anak kepada Laksamana British yang bernama W.T.Smyth. Semasa BP berumur tiga tahun, ayahnya meninggal dunia. Tinggallah beliau bersama ibunya dalam keadaan yang sederhana.


Pengakap SEJARAH PENGASAS PENGAKAP DUNIA Sejak kecil sudah menunjukkan minat yang amat mendalam terhadap penghidupan di luar rumah dan alam semula jadi. Pada zaman persekolahan, BP banyak menceburkan diri dalam kegiatan sekolah seperti berlakon,menyanyi dan menembak. Pada tanggal 8 Januari 1941, beliau telah meninggal dunia di Paxtu, Kenya sebelum sempat menyambut ulang tahun ke 84.


Pengakap SEJARAH PENUBUHAN Pergerakan Pengakap telah diasaskan oleh Lord Baden-Powell pada tahun 1907 di England. Nama penuh beliau ialah Lieutenant-General Robert Stephenson Smyth Baden-Powell. Beliau lahir di London, England pada 22 Februari 1857. Ayahnya, Baden-Powell merupakan seorang pensyarah di University of Oxford manakala ibunya bernama Henrietta Grace Smyth. Beliau merupakan bekas pegawai tentera British. Beliau telah berkhidmat di banyak perangperang terutamanya di Afrika. Lord Baden-Powell


Pengakap SEJARAH PENUBUHAN Pada tahun 1876, Baden-Powell telah menyertai pasukan “13th Hussar” dengan pangkat sebagai “Lieutenant”. Beliau kemudian belajar ilmu ketenteraan dan kepengakapan dari Puak Zulu seawall tahun 1880 di Daerah Natal, Afrika Selatan di mana dia dan rejimennya ditempatkan. Semasa dalam pengembaraannya di sini, dia telah menjumpai banyak manik kayu, yang mana manik kayu ini dipercayai dimiliki oleh Raja Dinizulu, iaitu salah seorang Raja Kaum Zulu pada masa itu. Manik kayu inilah yang menjadi simbol kepimpinan dalam kepengakapan seperti hari ini. Manik kayu atau "Wood Badge"


Pengakap SEJARAH PENUBUHAN Baden-Powell sebagai tentera Oleh kerana beliau telah menunjukkan kepimpinan yang baik semasa dalam perkhidmatannya, beliau telah dinaikkan ke pangkat “Major” dan sebagai “Aide-de-camp” atau setiausaha kepada bapa saudaranya, Gabenor Kepulauan Malta, Sir Henry Agustus Smyth. Dia ditempatkan di Malta selama 3 tahun dan selama di situ dia bekerja sebagai pegawai perisik bagi kepualauan Maditerranean.


Pengakap SEJARAH PENUBUHAN Pada tahun 1896, beliau telah kembali ke Afrika dan berkhidmat dalam Perang Matabele ke-2. Di sini dia telah bertemu dengan Peninjau dari Tentera Amerika Syarikat bernama Frederick Russell Burnham. Baden-Powell telah belajar ilmu ikhtiar hidup dan kepengakapan dari Frederick Russel Burnham. Adalah dipercayai juga Frederick memakai topi “Stetson” (Topi bulat dan tali) dan “neckerchief” (Skaf tiga segi), yang menjadi simbolik pergerakan pengakap pada hari ini.


Pengakap SEJARAH PENUBUHAN Baden-Powell kemudian di tempatkan di Gold Coast. Pada tahun 1897, beliau dihantar ke India untuk berkhidmat dalam Perang Ashanti ke-4. Beliau telah dinaikkan ke pangkat “Colonel” pada usianya 40 tahun, yang mana beliau adalah “Colonel” termuda dalam sejarah ketenteraan British. Beliau ditugaskan untuk memimpin “5th Dragoon Guards”. Beberapa tahun kemudian dia telah menulis sebuah buku panduan mini bertajuk “Aids to Scouting”. Buku ini menulis tentang ringkasan ilmu meninjau (scouting) yang dipelajarinya daripada Frederick Burnham.


Pengakap SEJARAH PENUBUHAN Baden-Powell telah kembali ke Afrika sebelum Perang Boer ke-2. Pada masa ini, Baden-Powell telah diarahkan untuk bertahan di Mafeking. Mafeking pada masa itu sedang dikepung oleh seramai 8000 orang tentera Boer. Baden-Powell yang pada ketika itu mengetuai pertahanan Mafeking hanya mempunyai kira-kira 1 500 orang tentera, telah bertahan selama 217 hari. Daripada jumlah itu, beliau telah kehilangan seramai 812 orang tentera manakala Tentera Boer telah kehilangan seramai 2000 orang tentera. Strategi Perang Mafeking oleh Baden-Powell


Pengakap SEJARAH PENUBUHAN Semasa pengepungan Mafeking ini, Baden-Powell telah menggunakan pelbagai strategi peperangan seperti menanam periuk api palsu untuk mengelirukan pihak lawan dan menubuhkan “Mafeking Cadets” yang dianggotai oleh kanakkanak dan remaja yang berusia antara 12 hingga 15 tahun. “Mafeking Cadets” ini ditugaskan untuk menyampaikan maklumat, memberi rawatan dan membawa keluar tentera yang cedera dalam medan perang. Baden-Powell mendapati kanak-kanak ini mampu menjalankan tugas yang diberi kepada mereka dengan baik. Peristiwa inilah yang memberikan idea kepada Baden-Powell untuk menubuhkan unit pengakap. Atas kejayaan “Mafeking Cadets” ini dan berdasarkan pengalamannya, Baden-Powell telah menulis sebuah buku yang bertajuk “Aids to Scouting”. Buku ini telah diterima dengan meluas oleh semua pihak termasuk pihak guru dan persatuan belia. Beliau kemudian menulis kembali buku itu supaya sesuai dengan pembaca kanak-kanak.


Pengakap SEJARAH PENUBUHAN Pada 1 hingga 8 Ogos 1907, beliau telah membawa sekumpulan 21 orang kanak-kanak untuk berkhemah di Pulau Brownsea, England. Kesemua kanak-kanak ini telah dibahagikan kepada 4 patrol, yang menjadikan sistem patrol pada hari ini. Kesemua mereka berkhemah, memantau, membuat gajet dan ikhtiar hidup, menyelamatkan nyawa dan menanamkan semangat patriotik. Oleh kerana pada masa ini masih belum ada simbol atau lambang pengakap, semua peserta tidak memakai uniform seragam tetapi kesemua mereka memakai skaf (“neckerchief” – seperti yang dipakai oleh Frederick Russel Burnham). Mereka juga diberi lencana “fluer-de-lis” yang mana hari ini menjadi simbol asas lambang pengakap dunia. Setelah lulus semua ujian ikatan, menjejak dan bendera kebangsaan, peserta perkhemahan ini akan diberikan lencana yang tertulis “Be Prepared” seperti yang diguna pakai oleh semua pengakap seluruh dunia pada hari ini.


Pengakap SEJARAH PENUBUHAN Perkhemahan ini telah mendapat pengiktirafan sebagai Perkhemahan Pengakap Pertama. Pada tahun 1920, Jambori Dunia Pengakap Pertama (1st World Scout Jamboree) telah diadakan di Olympia, West Kensington, London. Di sini, Baden-Powell telah dinamakan sebagai Pengakap Agung Dunia (Chief Scout of The World). Pada tahun 1921, Baden-Powell telah diberikan gelaran kenamaan “Baronet” menjadikan namanya Baron Baden-Powell of Gillwell in the Country of Essex. Pada 17 September 1929, Taman Gillwell (Gillwell Park) telah dibuka dan dijadikan Pusat Latihan Pemimpin Pengakap. Pada tahun 1937 di Jambori Dunia Pengakap ke-5 (5th World Scout Jamboree), Baden-Powell telah mengucapkan selamat tinggal kepada dunia kepengakapan. Pada tahun 1941, Baden-Powell telah menghembuskan nafas terakhirnya dan telah ditanam di St. Peter’s Cemetary di Nyeri, Kenya. Pada batu kuburnya terlukis simbol “O” yang mempunyai titik di tengah yang mana dalam isyarat sulit pengakap bermaksud “Saya sudah pulang”.


Pengakap TUJUAN PENUBUHAN Mengembangkan kebolehan mental, minat, bakat serta perkembangan rohani dan jasmani mereka. Mengukuh dan memperkayakan pengalaman yang dipelajari di dalam bilik darjah. Menyediakan mereka dalam proses penyesuaian bermasyarakat dengan cara memberi pengalaman untuk berhubung, bergaul dan bekerjasama. Memaju dan mengembangkan minat, bakat dan kemahiran murimurid dalam bidang-bidang tertentu.


Pengakap TUJUAN PENUBUHAN Menyemai dan memupuk disiplin, nilai dan sikap positif di kalangan mereka selaras dengan hasrat Rukun Negara. Melatih murid mengisi masa lapang dengan gerak kerja yang berfaedah di samping dapat meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan diri mereka. Menggalakkan murid-murid untuk melibatkan diri dan memberi sumbangan kepada sekolah dan masyarakat.


Pengakap ISTIADAT RASMI ISTIADAT LAUNG AGUNG Istiadat Laung Agung adalah tradisi dalam Istiadat PKK dan telah digunakan diseluruh dunia. Ia dilakukan oleh PKK untuk menunjukkan bahawa mereka telah membuat "Sehabis Baik". Kata penghargaan itu ditujukan khas kepada pemimpin PKK atau Akela. Laung Agung hendaklah diadakan pada setiap awal dan akhir perjumpaan PEK.


Pengakap ISTIADAT RASMI ISTIADAT LAUNG AGUNG


Pengakap ISTIADAT RASMI ISTIADAT LAUNG AGUNG


Pengakap Kedudukan Peserta : Dalam Bulatan Jurulatih : Sebaris di belakang tiang bendera, mengadap peserta, Ketua berada di sebelah kanan dan jurulatih bertugas di sebelah kiri ketua Bendera : Sudah bergulung dan terikat di puncak tiang Perjalanan Upacara Peserta menyusun kedudukan dan menunggu kedatangan ketua dan jurulatih 1. 2.Petugas berdiri di tengah-tengah Bila jurulatih masuk (perintah) “baris sedia” , bila semua jurulatih sudah sedia, barulah petugas mulakan upacara 3. Petugas : (Mara ke hadapan memberi hormat) Assalamualaikum tuan, PEK sudah siap untuk memulakan acara 4. Petugas : (Beri hormat, pusing belakang - bergerak ke tempat asal 5. ISTIADAT RASMI ISTIADAT MENGIBARKAN BENDERA


Pengakap 6. Petugas : (Beri arahan) Bendera 7. Petugas : (Bergerak menghadap bendera) 8. Pengibar bendera terus tarik tali bendera 9. Peserta hormat bendera sebaik sahaja tali bendera ditarik, 10. Pengibar bendera dengan segera langkah ke belakang dan hormat dan PKK yang lain ikut hormat bendera 11. Petugas : “Negara ku” - semua menyanyi 12. Petugas : (perintah) “Doa” - isyarat “Ap” 13. Pembaca doa langkah selangkah ke hadapan dan terus membaca doa menadah tangan aras bahu, bukan muslim tunduk pandang hujung kaki isyarat “Ap” untuk menurunkan tangan dalam kedudukan sedia ISTIADAT RASMI ISTIADAT MENGIBARKAN BENDERA


Pengakap 14. Petugas : “Persetiaan” - isyarat “Ap” Petugas terus angkat tangan, diikuti oleh semua dan lafaz persetiaan 15. Petugas : Bila selesai persetiaan, petugas bergerak ke hadapan ketua - hormat - lapor “Istiadat selesai - majlis diserahkan kepada tuan” - pusing ke belakang (bergerak) mengambil tempat dalam barisan (sebelah tiang bendera) - perintah “Baris senang diri” 16. Jurulatih bertugas : mulakan tugas 17. Petugas : “Jurulatih, jurulatih sedia” “Keluar baris” ISTIADAT RASMI ISTIADAT MENGIBARKAN BENDERA


Pengakap ISTIADAT RASMI ISTIADAT MENGIBARKAN BENDERA


Pengakap Kedudukan Peserta : Dalam bulatan Jurulatih : Sedia di belakang tiang bendera menghadap peserta Perjalanan Upacara 1.Petugas : (Beri arahan) “PEK ! Sedia” Petugas : (Beri arahan) “Bendera” semua menghadap bendera, dua orang PKK berjalan ke arah tiang bendera, berhenti, bersedia di hadapan tiang bendera, seorang dari PKK menurunkan bendera dan seorang lagi mengawal dengan cermat supaya jangan ada bahagian bendera tercecah ke tanah dan menyangkutkan bendera ke bahu, Kedua PKK tadi melipat bendera 2. ISTIADAT RASMI ISTIADAT MENURUNKAN BENDERA


Pengakap 3. Petugas : (Beri arahan) “Serahkan bendera kepada ketua” PKK bergerak (arahan) “Ap” kedua PKK berpusing ke kanan, seorang balik ke dalam sekawan, seorang lagi (pemegang bendera) bergerak menghadap ketua, beri hormat dan serahkan bendera - selangkah ke belakang - hormat, balik ke sekawan 4. Petugas : (beri arahan) “Doa” - “Ap” - angkat tangan. 5. Pembaca doa selangkah ke hadapan dan terus membaca doa “Ap” - turun tangan 6. Petugas : (beri arahan) “PEK ! Bersurai” ISTIADAT RASMI ISTIADAT MENURUNKAN BENDERA


Pengakap ISTIADAT RASMI ISTIADAT MENURUNKAN BENDERA


Pengakap Tiga jari yang dirapatkan mengingatkan kepada Persetiaan Pengakap yang tiga itu: 1. Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara; 2. Menolong orang pada setiap masa; 3. Menurut undang-undang pengakap. Ibu jari ; undang-undang pengakap Jari kelingking; ahli-ahli pengakap Simbol ibu jari menindih jari kelingking; membawa maksud sebagai seorang ahli Pengakap & ditekankan supaya sentiasa mematuhi 10 undang- undang pengakap Hasil daripada pertautan ibu jari dan jari kelingking; bermaksud persaudaraan pengakap tanpa mengira pangkat, darjat mahupun keturunan HORMAT PENGAKAP


STRUKTUR ORGANISASI PELBAGAI PERINGKAT


Pengakap ORGANISASI PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA ORGANISASI PENGAKAP SEKOLAH ORGANISASI PENGAKAP IPGM KAMPUS KOTA BHARU ORGANISASI PENGAKAP SEKAWAN STRUKTUR ORGANISASI


Pengakap ORGANISASI PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA


Pengakap Penaung : Guru Besar Pengerusi : Penolong Kanan Kokurikulum Setiausaha: Pemimpin Kumpulan Bendahari : Penolong Pemimpin Kumpulan Jawatankuasa: Semua Pemimpin dan Penolong Pemimpin ORGANISASI PENGAKAP SEKOLAH Kepimpinan Kumpulan Pengakap Pemimpin Pengakap Kanak-Kanak Penolong Pemimpin Pengakap Kanak-Kanak Ketua Kumpulan Pengakap KanakKanak (Ahli Pengakap KanakKanak) Majlis Ketua Patrol (COH) Ketua Patrol / Sekawan Penolong Ketua Patrol / Sekawan Kuarter Master Patrol / Sekawan Ahli-ahli


Pengakap ORGANISASI PENGAKAP IPGM


Click to View FlipBook Version